Anda di halaman 1dari 4

SCCA 1023 TEORI KOMUNIKASI

Bincangkan EMPAT (4) peranan / fungsi teori komunikasi kepada organisasi bukan kerajaan
(NGO):

1.0 PENGENALAN.

Manusia melakukan pelbagai aktiviti dalam kehidupan seharian. Aktiviti komunikasi adalah
aktiviti yang memonopoli kegiatan dan mesti dilakukan oleh manusia, oleh kerana itu
komunikasi menjadi sangat kompleks dan penting. Ini kerana keberkesanan setiap aktiviti yang
dilakukan bergantung kepada komunikasi yang dilakukan. Komunikasi boleh berlaku dengan
orang yang dikenal ataupun dengan pihak yang tidak dikenali. Implikasi dari sifatnya yang
sangat kompleks dan tidak tekal, maka ilmu komunikasi banyak dikaji.

2.0 DEFINISI

Teori komunikasi adalah gabungan dua kata dasar iaitu teori dan komunikasi. Teori
mengikut Littlejohn (1996) adalah satu konsep yang cuba menerangkan sesuatu pengalaman,
idea tentang suatu fenomena yang berlaku atau peristiwa manakala komunikasi menurut bahasa
ialah kenyataan atau perhubungan sementara menurut Miller (1996) satu situasi di mana sumber
memancarkan mesej kepada penerima dengan secara sedar bertujuan mempengaruhi perlakuan
penerima. Ini bermakna gabungan dua kata dasar teori komunikasi adalah satu percubaan
menerangkan, menjelaskan, membuat ramalan dan menjadi panduan untuk memahami sesuatu
situasi fenomena komunikasi.

3.0 FUNGSI TEORI KOMUNIKASI

3.1. Fungsi Informatif.

Organisasi dapat dipandang sebagai suatu sistem pemprosesan informasi. Maksudnya, seluruh
anggota dalam suatu organisasi berharap dapat memperoleh informasi yang lebih banyak, lebih
baik dan tepat pada waktunya. Informasi yang diterima memungkinkan setiap anggota organisasi

1
SCCA 1023 TEORI KOMUNIKASI

dapat melaksanakan pekerjaannya secara lebih efektif. Pekerja – pekerja atasan dalam sesebuah
pengurusan dan organisasi memerlukan informasi untuk merangka sesuatu kemajuan organisasi
ataupun digunapakai untuk mengatasi konflik yang terjadi di dalam organisasi. Sedangkan
pekerja – pekerja bawahan memerlukan informasi untuk melaksanakan pekerjaan dan di samping
itu juga informasi tentang jaminan keamanan, jaminan sosial dan kesihatan, izin cuti, dan
sebagainya.

3.2. Fungsi Regulatif.

Fungsi ini berkaitan dengan peraturan - peraturan yang berlaku dalam suatu organisasi. Terdapat
dua hal yang berpengaruh terhadap fungsi regulatif, aitu:

a. Berkaitan dengan pekerja - pekerja yang berada dalam golongan atasan, iaitu mereka yang
memiliki kekuasaan untuk mengendalikan semua informasi yang disampaikan dan juga memberi
perintah atau arahan supaya dilaksanakan sebagaimana yang ditetapkan.

b. Berkaitan dengan peraturan. Peraturan - peraturan regulatif pada dasarnya berorientasi pada
setiap pekerjaan. Ertinya, pekerja – pekerja bawahan memerlukan kepastian setiap peraturan -
peraturan tentang pekerjaan yang boleh dan tidak boleh untuk dilakukan ataupun dilaksanakan.

3.3. Fungsi Persuasif.

Dalam mengendalikan suatu organisasi, kekuasaan tidak semestinya membawa hasil sesuai
dengan apa yang diharapkan. Adanya kenyataan ini, maka banyak pimpinan yang lebih suka
untuk mendekatkan atau berkomunikasi dengan pekerja – pekerja bawahannya daripada
memberi arahan ataupun perintah sahaja. Hal ini kerana pekerjaan yang dilakukan secara
sukarela oleh pekerja bawahan akan menghasilkan impak yang lebih besar jika dibandingkan
dengan kepimpinan yang sering memperlihatkan kekuasaan dan penindasan untuk kepentingan
sendiri.

2
SCCA 1023 TEORI KOMUNIKASI

3.4. Fungsi Integratif.

Setiap organisasi berusaha untuk menyediakan saluran yang memungkinkan golongan atasan
dapat melaksanakan tugas dan pekerjaan dengan baik. Ada dua saluran komunikasi yang dapat
mewujudkan hal tersebut, iaitu:

a. Saluran komunikasi formal seperti penerbitan khusus dalam organisasi tersebut (buletin,
newsletter) dan laporan kemajuan organisasi.

b. Saluran komunikasi informal seperti perbincangan secara peribadi ketika waktu rehat,
pertandingan sukan, ataupun aktiviti kebajikan. Pelaksanaan aktivitas ini akan menumbuhkan
keinginan untuk melakukan pekerjaan yang lebih baik dalam diri golongan bawahan terhadap
organisasi.

4.0 KESIMPULAN

Teori komunikasi adalah satu penyataan yang boleh menerangkan, menjelaskan sesuatu perkara,
fenomena atau kejadian komunikasi tetapi oleh sebab sifatnya yang sementara maka ia berguna
untuk memberi asas kepada jangkaan, ramalan dan kajian pada masa hadapan yang lebih mantap
dan kukuh lagi.

Teori Komunikasi ialah teori yang menjelaskan fenomena komunikasi. Maka dengan itu, teori
komunikasi sangat perlu dan penting dalam menjalankan kajian saintifik. Teori akan sentiasa di
rujuk dalam perbincangan, perbandingan, mengenal pasti dan memahami fenomena lepas.
Dengan adanya teori dalam kajian, kajian yang dijalankan akan lebih fokus dan membincangkan
perkara-perkara yang telah ditetapkan. Di samping itu juga, teori juga sentiasa dikembangkan
atau dipertingkatkan. Di samping itu juga terdapat situasi yang hanya berlaku pada masa lampau
dan ia hanya boleh dijelaskan dengan teori. Maka untuk memahami masalah yang dialami pada
masa lampau, teori amat diperlukan.

3
SCCA 1023 TEORI KOMUNIKASI

RUJUKAN :

Beebe, S.A., Beebe, S.J., dan Redmond, M.V. (1999). Interpersonal communication:
Relating to others. Boston: Allyn and Bacon.

De Fleur, Melvin L. (1923), Teori Komunikasi Massa. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Miller,K. (2005) . Communication theories: Perspective, processes and contexts. New York :
McyGraw-Hill.

Saodah Wok, Narimah Ismail dan Mohd Yusof Hussain. (2003). Teori-teori Komunikasi.
Pahang: PTS Profesional Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai