Anda di halaman 1dari 20

KERTAS KERJA

PROGRAM PENGINDAHAN SUNGAI KEMENSAH

TARIKH
13 OGOS 2020 (KHAMIS)

TEMPAT
SUNGAI KEMENSAH, KUALA LUMPUR

ANJURAN
ECO-RANGERS UUM

TEMA
“SUNGAI NADI KEHIDUPAN”

1
KERTAS KERJA
PROGRAM PENGINDAHAN SUNGAI KEMENSAH

ISI KANDUNGAN
NO TAJUK MUKA SURAT
1.0 TUJUAN 1
2.0 PENGENALAN/ LATAR BELAKANG
2.1 PENGENALAN RINGKAS
2.2 PENGENALAN PROGRAM
3.0 OBJEKTIF PROGRAM
4.0 OBJEKTIF KAJIAN
5.0 SKOP KAJIAN
6.0 METADOLOGI
7.0 SKOP DAN BATASAN KAJIAN
8.0 TEMA
9.0 ANJURAN
10.0 TARIKH DAN MASA
11.0 TEMPAT PROGRAM
12.0 INOVASI
13.0 PUBLISITI
14.0 CADANGAN PERASMI
15.0 PENGLIBATAN DAN AHLI-AHLI PROGRAM
16.0 STRUKTUR ORGANISASI
17.0 TENTATIF PROGRAM
18.0 PERINCIAN PROGRAM
19.0 LANGKAH KESELAMATAN
20.0 BELANJAWAN
21.0 PENYERTAAN AHLI PROGRAM
22.0 PEJABAT URUSAN
23.0 SYOR/PENUTUP

1.0 TUJUAN

2
_____________________________________________________________________
Kertas cadangan ini bertujuan untuk menjalankan Program Pengindahan Sungai
Kemensah yang terletak di Ampang, Selangor. Memohon pertimbangan kelulusan
Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dengan tujuan untuk memelihara
keindahan dan kebersihan sungai. Program ini adalah anjuran Eco-Rangers UUM
dengan tujuan untuk melahirkan mahasiswa/i dan masyarakat setempat yang perihatin
terhadap sungai di sekeliling kita khususya dan diseluruh dunia amnya. Program ini
juga bertujuan untuk mengangkat semula sungai sebagai nadi kehidupan manusia dan
alam sekitar. Selain itu, ia juga dapat mendekatkan jurang diantara mahasiswa/i
dengan masyarakat untuk mempraktikkan ilmu pengetahuan yang ada selama
bergelar mahasiswa/i Universiti Utara Malaysia. Sejagat dengan hasrat Universiti
Utara Malaysia untuk memupuk semangat kesukarelawan di kalangan mahasiswa/i.
Di samping itu, dijangkakan program ini dapat memupuk nilai-nilai kepimpinan
dalam diri para ahli jawatankuasa pelaksana seperti profesionalisme, berkeyakinan,
berketerampilan dan juga semangat untuk berbakti kepada masyarakat.

2.0 PENGENALAN/ LATAR BELAKANG


_____________________________________________________________________
2.1 Pengenalan Ringkas

2.2 Pengenalan Program

3
Program Pengindahan Sungai Kemensah di Ampang yang bertemakan
“Sungai Nadi Kehidupan” merupakan program yang dianjurkan oleh ahli Eco-
Rangers UUM kepada penduduk setempat yang berhampiran Sungai
Kemensah. Sungai Kemensah telah dipilih untuk menjadi lokasi pengindahan
adalah kerana sungai tersebut merupakan tarikan para pengunjung yang
berdekatan mahupun luar dari kawasan tersebut. Program ini dapat dilihat
bahawa ahli Eco-Rangers dan penduduk komited dalam menjaga dan
mengekalkan keindahan sungai yang bukan hanya untuk kepentingan individu
tertentu tetapi untuk kepentingan masyarakat secara amnya. Pemuliharan
sungai merupakan satu aspek yang sangat penting dan amat dititikberatkan
dalam kehidupan. Hal ini kerana, penjagaan dan pemuliharaan sungai perlu
diwujudkan bagi menjamin keharmonian dan keselesaan para pengunjung.
Lokasi Sungai Kemensah ini adalah senang dikunjungi kerana kedudukannya
yang berada berhampiran dengan pusat bandar yang boleh di akses oleh
pelbagai lapisan masyarakat, selain berhampiran dengan Zoo Negara yang
menjadi salah satu lokasi tumpuan pelancongan. Selain itu, Sungai Kemensah
ini juga merupakan salah satu lokasi tumpuan kepada peminat sukan lasak
ATV dan beberapa aktiviti lasak yang lain yang mampu mendatangkan
pelbagai peluang ekonomi kepada penduduk setempat untuk menjana
pendapatan mereka. Dikhuatiri sekiranya ekosistem yang bernilai ini tidak
dijaga dan dipelihara dengan berkesan, ianya bakal menjejaskan sungai
tersebut yang menjadi nadi kehidupan kepada pelbagai habitat dan hutan yang
ada di kawasan tersebut. Dengan adanya program seperti ini, dapat
mewujudkan kesedaran tentang pentingnya sungai dalam kehidupan setiap
individu bagi menimbulkan keinginan untuk sama-sama memelihara dan
mencintai sungai serta menjaga hubungan mesra dan menjalin rasa muhibah
antara ahli Eco-Rangers UUM dengan masyarakat setempat.

3.0 OBJEKTIF PROGRAM

4
_____________________________________________________________________
Pihak Jawatankuasa Pelaksana telah mengariskan beberapa objektif program:

3.1 Mendekatkan mahasiswa/i di dalam Kursus Pengurusan Awam (SCCA2073)


dengan publik menerusi program kemasyarakatan yang akan dilaksanakan.
3.2 Memenuhi keperluan Universiti yang mana Kursus Pengurusan Awam
(SCCA2073) ini merupakan kursus teras program dan kandungannya
merupakan asas kepada beberapa kursus lain dalam program ini.
3.3 Memperkukuhkan kemahiran perhubungan awam mahasiswa/i dimana
skopnya adalah meluas yang meliputi aspek penyelidikan, kaunseling,
perancangan dan proses komunikasi.
3.4 Mahasiswa/i di dalam Kursus Perhubungan Awam (SCCA2073) ini dapat
menerapkan konsep dua hala dengan memberi penekanan terhadap elemen
saling tukaran komunikasi, timbal balik dan saling persefahaman dengan
publik agar objektif program tercapai.
3.5 Program ini bertujuan memupuk kesedaran dikalangan publik tentang
kepentingan menjaga sungai agar kebersihan dan keindahan sungai akan
terpelihara dan terpulihara.
3.6 Melalui program ini adalah diharapkan dapat meningkatkan kemahiran
merancang dan melaksanakan aktiviti perhubungan awam, perkhidmatan
publik dan program-program sosial dan secara tidak langsung dapat
menerapkan sikap profesionalisme dalam disiplin perhubungan awam secara
khusus.
3.7 Melahirkan bakal pengamal perhubungan awam yang mempunyai etika kerja
yang tinggi. Pengamal perhubungan awam yang baik dinilai menerusi
reputasinya.
3.8 Sebagai salah seorang bakal pengamal perhubungan awam, semestinya dapat
merancang dengan teliti setiap program yang dilaksanakan bagi mencapai
objektif yang maksimum iaitu dapat mengubah persepsi dan sikap orang
awam.
3.9 Kolaboratif di antara mahasiswa/i bersama pihak yang terlibat dalam
menjayakan program ini dapat meningkat imej positif mahasiswa/i itu sendiri
disamping dapat menaikkan imej Universiti Utara Malaysia secara tidak

5
langsung.
3.10 Dengan kemahiran yang ada di dalam Kursus Perhubungan Awam ini secara
tidak langsung propaganda program dapat ditakrifkan dengan jelas dan dapat
menarik minat orang ramai terhadap kepentingan memelihara dan memulihara
sungai.
3.11 Melalui program ini juga diharap dapat melahirkan para pegawai publisiti /
pegawai perhubungan awam yang berkarisma, berdaya saing dan memberikan
idea-idea sejajar dengan arus globalisasi.
3.12 Adalah diharapkan dengan adanya program ini sedikit sebanyak dapat
membawa perubahan di dalam sistem sosial masyarakat untuk lebih
menghargai alam sekitar terutamanya sungai yang menjadi nadi di dalam
ekosistem kehidupan.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN


_____________________________________________________________________
Sungai merupakan pembekal sumber makanan dan minuman kepada manusia dan
hidupan lain di muka bumi ini. Seperti yang kita sedia maklum melalui sungai
manusia dapat mandi, minum, membasuh pakaian dan pelbagai aktiviti lagi yang
dapat memberi manfaat kepada manusia. Sungai juga berperanan menjadi tarikan
pelancong untuk melawat ke Malaysia. Oleh yang demikian sungai perlu dijaga
kebersihannya agar terpelihara untuk generasi yang akan datang.
Untuk memelihara dan melindungi sungai dan persekitarannya daripada terus
merosot, adalah menjadi satu keperluan untuk menimbulkan kesedaran dalam
masyarakat mengenai kepentingan sungai dan peranan yang dimainkannya. Bagi
mencapai tujuan ini semua peringkat masyarakat, NGO dan Kerajaan perlulah
memainkan peranan masing-masing agar sungai-sungai yang ada bebas dari
pencemaran akibat dari kerakusan manusia dalam mengejar pembangunan.
Dengan itu, antara objektif kajian yang ingin dicapai ialah ingin melihat perhubungan
antara manusia dengan sungai dalam pendekatan pembangunan lestari. Pembangunan
pesat yang berlaku secara langsung telah mengugatkan kedudukan sungai. Pusat-
pusat penempatan dan berbagai bentuk aktiviti komersil telah tumbuh bagaikan
cendawan. Tambahan pula suasana ini diburukkan lagi dengan adanya pembangunan
yang tidak terancang dan tidak mematuhi peraturan dan garis panduan sebagaimana

6
yang telah ditetapkan oleh jabatan dan agensi-agensi kerajaan. Masyarakat sudah
mula membelakangkan fungsi dan kepentingan sungai terhadap kehidupan seharian
mereka. Berbagai kemusnahan demi kemusnahan telah dilakukan kepada sungai
yang mana telah mengakibatkan masalah banjir, penurunan dari segi kualiti air dan
bermacam lagi kemusnahan. Oleh itu, satu program kesedaran masyarakat berbentuk
pendidikan dan penglibatan masyarakat perlu dirangka agar semangat cintakan
kepada penjagaan sungai boleh dipupuk dari masa ke semasa.
Memandangkan sungai adalah khazanah yang perlu dipelihara kerana menjadi
sumber bekalan air bersih kepada manusia, haiwan dan tumbuhan selain menjadi
habitat semulajadi kepada pelbagai jenis hidupan, sungai juga boleh dijadikan tempat
tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara. Selain itu sungai juga boleh menjadi
tarikan untuk dijadikan tempat rekreasi jika dijaga kebersihan dan persekitarannya,
secara tidak langsung akan meningkat ekonomi penduduk setempat.
Objektif kajian ini juga ingin melihat sejauh mana program yang dijalankan ini akan
dapat memperkembangkan tahap pemikiran setiap masyarakat yang selama ini tidak
begitu mementingkan penjagaan alam sekitar terutamanya sungai. Dengan adanya
program ini, maka masyarakat akan dapat menilai pentingnya sumber air khususnya
sungai bagi kehidupan mereka.
Kami meletakkan harapan besar agar program dapat dijalankan dengan jaya serta
dapat mendidik masyarakat tentang kepenting sungai yang mana boleh lihat di dada-
dada akhbar banyak diberitakan mengenai pencemaran sungai yang tidak terbendung
contohnya seperti kejadian yang menimpa pada tahun lalu di Sungai Kim-kim, Pasir
Gudang, Johor.
Salah satu contoh yang baik dari pandemik coronavirus ini boleh dilihat ialah sungai-
sungai kita lebih baik berbanding dahulu, tiada pembuangan sisa toksik dan
pencemaran di kadar yang minima.
Melalui program ini adalah diharap dapat mentransformasikan sungai ke tahap yang
lebih baik dan bebas dari sebarang pencemaran dan memberi manfaat kepada semua.
Adalah yang diharap dengan Program Pengindahan Sungai Kemensah ini akan dapat
menterjemahkan matlamat program ini kepada semua golongan masyarakat selain itu
dapat meletakkan Malaysia di pentas dunia dengan mempunyai sungai yang bersih
dan bebas pencemaran.
5.0 SKOP KAJIAN

7
_____________________________________________________________________
Skop kajian menjurus kepada ahli Eco-Rangers UUM dan beberapa orang para
pelajar UUM serta Ketua Kampung dan penduduk setempat di Sungai Kemensah.
Skop kajian tertumpu di Sungai Kemensah kerana ahli Eco-Rangers UUM ingin
mengindahkan dan membersihkan lagi sungai yang menjadi tumpuan dan kunjugan
orang ramai. Skop kajian juga tertumpu kepada bagaimana dan cara-cara untuk
penambahbaikan persekitaran di kawasan sekitar sungai tersebut. Dengan adanya
kempen ini, dapat lagi merapatkan hubungan antara penduduk setempat dengan
bekerjasama antara satu sama lain serta menanamkan sifat mencintai alam sekitar.

6.0 METODOLOGI
_____________________________________________________________________
Kajiselidik dibuat secara random dengan pemilihan sasaran kajian sebuah komuniti
Eco-Rangers UUM untuk mencantikkan Sungai Kemensah agar penduduk setempat
lebih kerap mengadakan aktiviti gotong-royong bagi memelihara ekosistem perairan
Sungai Kemensah. Kaji selidik Sungai Kemensah ialah sebatang sungai di negeri
Selangor, Malaysia. Sungai ini mengalir di kawasan penduduk Kemensah dan
berhubung terus dengan Sungai Klang.
Kajian mengenalpasti info atau masalah yang boleh dipercayai melalui petikan
akhbar, kajian catatan tentang Sungai Kemensah melalui bahan rujukan yang boleh
dipercayai di internet serta soal selidik yang telah di dijalankan untuk tujuan temubual
bersemuka dengan responden-responden kajian. Aktiviti program gotong-royong
mencantikkan kawasan sungai secara berkumpulan akan dijalan mengikut tarikh dan
waktu yang telah ditetapkan.

7.0 SKOP DAN BATASAN KAJIAN


_____________________________________________________________________
Kajian ini mengambil kira kawasan persekitaran kerap dikunjungi masyarakat untuk
meluangkan masa aktiviti riadah bersama keluarga di Sungai kemensah sebagai
peningkatan kesedaran masyarakat harus mengurangkan pencemaran sepanjang
perairan Sungai Kemensah dan tidak membuang sampah merata tempat. Selain itu,
kebarangkalian kes gangguan bekalan air berpunca daripada pencemaran akan
menurun berikutan pengurangan pengeluaran sisa ke dalam sungai. Dalam aspek

8
kesihatan, penilaian terhadap penduduk di sekitar kawasan kajian secara keseluruhan
dan juga di sertai dengan kajian kes. Dalam aspek sosial pula, kajian yang sama di
lakukan terhadap penduduk di sekitar kawasan kajian bersama dan juga pada
pengunjung yang datang beriadah bersama keluarga. Dalam aspek ekonomi, analisis
dijalankan di kawasan tersebut bersama dengan kajian kes sebelum melaksanakan
program tersebut.

8.0 TEMA
_____________________________________________________________________
“Sungai Nadi Kehidupan”

9.0 ANJURAN
_____________________________________________________________________
Eco-Rangers UUM

10.0 TARIKH DAN MASA


_____________________________________________________________________
Program ini dirancang untuk diadakan pada:
Tarikh : 13 Ogos 2020
Hari : Khamis
Masa : 8:00 Pagi – 2:30petang

11.0 TEMPAT PROGRAM


_____________________________________________________________________
Sungai Kemensah, Ampang, Selangor

12.0 INOVASI
_____________________________________________________________________
Program yang akan dijalankan ini dapat melahirkan pelbagai cetusan idea untuk
mempromosikan Program Pengindahan Sungai Kemensah dengan bertema “Sungai
Nadi Kehidupan” bagi mengajak masyarakat setempat dan ahli Eco-Rangers UUM
bersama-sama dalam menjaga keindahan dan ekosistem sungai. Tujuan program ini
dijalankan adalah untuk memberikan kesedaran bahawa sungai adalah satu anugerah

9
yang penting kepada manusia mahu pun haiwan. Hal ini demikian kerana, sungai
adalah satu ekosistem yang sangat penting dalam peredaran fotosintesis yang
memberikan manusia dan haiwan untuk terus hidup. Oleh itu, Eco-Rangers UUM dan
penduduk setempat yang berhampiran dengan kawasan sungai kemensah mengambil
beberapa inisiatif bagi memperindah kawasan sungai berkenaan.
Selain itu, pelbagai inovasi dan pembaharuan landskap di sekitar Sungai Kemensah
akan di lakukan oleh ahli persatuan yang terlibat bersama penduduk setempat di
sekitar Kawasan sungai tersebut. Antara inovasi yang akan dilakukan adalah
membuat tong sampah dengan menggunakan bahan-bahan yang terpakai seperti
tayar-tayar kereta yang telah rosak untuk dijadikan tong sampah yang kreatif. Sebagai
contoh ahli Eco-Rangers UUM menggunakan tayar terpakai tersebut lalu
mengecatnya dengan pelbagai warna untuk menarik perhatian masyarakat serta
pengunjung yang datang ke Sungai Kemensah. Bukan setakat itu, mereka juga turut
melabelkan setiap satu fungsi tong sampah berkenaan mengikut jenis barang seperti
plastik/ kertas/ tin/ kaca. Selain itu, ahli Eco-Rangers UUM juga akan menggunakan
botol-botol mineral yang telah terpakai dan dibuang untuk dijadikan pasu bunga yang
digubah kepada pelbagai bentuk yang kreatif untuk memperindahkan landskap
kawasan Sungai Kemensah. Dengan kerjasama ahli Eco-Rangers UUM dan penduduk
setempat, diharap program ini dapat dijalankan dengan sempurna dan lancar.
Oleh itu, sebagai manusia yang telah diberikan akal fikiran maka gunakanlah dengan
sebaiknya anugerah dan nikmat yang telah diberikan dengan menjaga sungai seperti
seorang bayi kecil yang mahu diberikan perhatian. Justeru itu, cetusan inovasi yang
telah dilakukan oleh ahli Eco-Rangers UUM dan penduduk setempat diharap dapat
menarik minat pengunjung untuk datang ke Sungai Kemensah.

13.0 PUBLISITI
_____________________________________________________________________
Program ini akan dihebahkan melalui media cetak seperti poster, banner, bunting di
sekitar kawasan Kuala Lumpur dan Selangor serta media sosial seperti Instagram,
Facebook serta Twitter. Satu akaun Instagram dan ‘FB page’ akan diwujudkan
berkenaan program ini.
Selain daripada tujuan untuk mempromosikan tentang program ini kepada orang
ramai, usaha publisiti yang akan dijalankan bertujuan untuk menaikkan nama Eco-

10
Rangers UUM agar lebih dikenali oleh masyarakat setempat serta terus
menggalakkan orang awam untuk menyokong objektif program yang dianjurkan oleh
Eco-Rangers UUM.

14.0 CADANGAN PERASMI


_____________________________________________________________________
a. Perasmian pembukaan program
 Ketua Kampung Kemensah: En. Zohari Bin Ahmad
b. Perasmian penutup program
 Penyelaras : LtM. Rosli Bin Ismail

15.0 PENGLIBATAN DAN AHLI-AHLI PROGRAM


_____________________________________________________________________
 Jumlah urus setia majlis: 10 orang
 Jumlah penyelia majlis: 2 orang
 Jumlah penyertaan ahli persatuan dan penduduk setempat: 50 orang

16.0 STRUKTUR ORGANISASI


_____________________________________________________________________
Rujuk Lampiran A

17.0 TENTATIF PROGRAM


_____________________________________________________________________
Rujuk Lampiran B

18.0 PERINCIAN PROGRAM


_____________________________________________________________________
Di antara perincian program yang dapat kami perincikan ialah:

i) Beberapa Inisiatif Utama telah diwujudkan dan ahli kumpulan Eco-Rangers


adalah agensi yang bertanggungjawab untuk melaksanakan program ini iaitu
dengan mempromosi, memantau dan menguatkuasakan Akta Kualiti Alam
Sekeliling, 1974 ke atas penduduk kampung, orang awam dan pelancongan.

11
ii) Program ini juga dapat menentukan dan merangka program pendidikan kepada
setiap peringkat masyarakat dengan melibatkan mereka dengan aktiviti-aktiviti
yang di jalankan seperti gotong-royong, merekacipta tong sampah daripada tayar
kereta terpakai dan pengunaan botol-botol terbuang untuk di jadikan pasu bunga.
iii) Pengisian program ini adalah bagi memenuhi tanggungjawab sebagai pelajar
selain sebagai warganegara malaysia yang prihatin terhadap alam sekitar ia juga
dapat mendidik segenap lapisan masyarakat mengenai cara-cara bagi
memelihara dan memulihara sungai-sungai.
iv) Memberi pendedahan kepada pelajar cara menyusun dan menilai program.
v) Selain dari itu program ini juga dapat manjalankan kerja-kerja pengindahan dan
menigkatkan taraf kemudahan infrastruktur di kampung berkenaan.
vi) Menjadikan masyarakat sebagai pelapor sekiranya terdapat sebarang aktiviti
yang menyalahi undang-undang.
vii) Menggalakkan penubuhan kelab pencinta sungai di sekolah yang berhampiran
dengan sungai.
viii) Dapat memberi pendedahan dan menjalankan aktiviti-aktiviti yang berkaitan
dari masa ke semasa.

19.0 LANGKAH KESELAMATAN


_____________________________________________________________________
Bagi memastikan program yang dirancang ini berjalan dengan lancar, maka beberapa
langkah keselamatan akan dijalankan. Sebuah ‘whatsapp group’ akan diwujudkan
dan menjemput semua para pelajar yang terlibat secara langsung mahupun tidak
langsung bagi memudahkan penyampaian informasi semasa dan berkongsi lokasi
tempat program. Di samping itu, banner dan banting akan diletakkan di pintu masuk
kawasan program bagi memastikan para peserta dan para jemputan selamat sampai
tepat pada masanya ke tempat program. Selain itu, tempat program juga akan
diperiksa terlebih dahulu bagi memastikan keadaan tempat tersebut dalam keadaan
selamat, selesa dan kondusif untuk kegunaan program.

20.0 BELANJAWAN
_____________________________________________________________________

12
Rujuk Lampiran C

21.0 PENYERTAAN AHLI PROGRAM


_____________________________________________________________________
Rujuk Lampiran D

22.0 PEJABAT URUSAN


_____________________________________________________________________
Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan serta surat-menyurat,
sila hubungi:

Alamat : Mohd Azmi Bin Md Noh,


Ketua Pengarah Eco-Rangers UUM,
Universiti Utara Malaysia, 06010,
Sintok, Kedah Darul Aman
No telefon : 019-2227325
Email : jimmyazmi86@gmail.com

23.0 PENUTUP
_____________________________________________________________________
Secara keseluruhannya, adalah diharapkan program yang dilakukan ini bertujuan
untuk memulihara dan menjaga kebersihan sungai akan menjadi suatu tanggungjawab
yang berterusan dalam masyarakat kita. Bukan sahaja dapat mempertingkatkan
keselesaan kepada para pengunjung dan masyarakat setempat malahan dapat menjaga
kesimbangan ekosistem alam dan ianya juga akan menjadikan negara sebagai salah
satu daya tarikan pelancong. Ini sekaligus membawa imej kepada orang luar bahawa
masyarakat Malaysia sangat mementingkan kebersihan sungai.
Kepada mereka yang terlibat secara lansung atau tidak langsung dalam menjayakan
Program Pengindahan Sungai Kemensah ini samada ahli-ahli persatuan mahupun
komuniti setempat ini membuktikan bahawa kita bukan sahaja berdiri sebagai sebuah
badan persatuan atau komuniti semata-mata tetapi tujuan kita adalah ingin melihat
sungai-sungai di negara kita terpelihara dan dilindungi dari segala kemusnahan dan
ancaman yang boleh mendatangkan masalah kepada masyarakat. Hal ini adalah

13
kerana sungai adalah salah satu daripada sumber air utama negara.
Semoga Program Pengindahan Sungai Kemensah ini dapat dilaksanakan dengan
lancar dan mencapai matlamat dan objektifnya. Segala kerjasama dan sokongan yang
diberikan amat kami hargai.

Disediakan oleh: Disemak dan diluluskan oleh:

……………………. …………………………..
Nik Rozihan Binti Nik Mohammed Din LtM. Rosli Bin Ismail
Timb. Ketua Pengarah Eco-Rangers UUM Penyelaras

LAMPIRAN A

14
STRUKTUR ORGANISASI
PENGLIBATAN PROGRAM PENGINDAHAN SUNGAI KEMESAH

Penaung
Yang Berbahagia Professor Madya Dr Halim Bin Mad Lazim
Pengarah, Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan Kuala Lumpur

Pengerusi
Dr. Mohamad Noor Salehhudin Bin Sharipudin
Pensyarah Perhubungan Awam, Universiti Utara Malaysia

Penyelaras
LtM. Rosli Bin Ismail
Pensyarah Perhubungan Awam, Universiti Utara Malaysia

Penasihat
Encik Zohari Bin Ahmad
Ketua Kampung Kemensah

Ketua Pengarah
Mohd Azmi Bin Md Noh

Timbalan Ketua Pengarah


Nik Rozihan Binti Nik Mohammed Din

Setiausaha
Mastura Binti Abdul Mutalaib

Timbalan Setiausaha
Norzilawati Binti Bakren

Bendahari

15
Nor Khalidatul Liana Binti Bani Hashim

Eksekutif Bahagian

Eksekutif Program : Nor Khalidatul Liana Binti Bani Hashim


Eksekutif Perhubungan Awam : Nik Rozihan Binti Nik Mohammed Din
Eksekutif Pemasaran : Mastura Binti Abdul Mutalaib
Eksekutif Publisiti & Multimedia : Nana Azlina Binti Hashim
Eksekutif Cenderamata & Sijil : Sharifah Mahirah Binti Syed Khalid
Eksekutif Teknikal : Norsuhamizah Binti Rahmat
Eksekutif Protokol : Nurzaini Binti Abdul Wahab
Eksekutif Logistik & Keselamatan : Mohd Azmi Bin Md Noh
Eksekutif Jamuan : Sharifah Mahirah Binti Syed Khalid
Eksekutif Tugas-Tugas Khas : Norzilawati Binti Bakren
Eksekutif Pengurusan Pelajar : Nurzaini Binti Abdul Wahab
Eksekutif Penyelidikan : Norsuhamizah Binti Rahmat
Eksekutif Kajian : Nazila Binti Mat Safian

LAMPIRAN B

16
TENTATIF ATUCARA PROGRAM PENGINDAHAN SUNGAI KEMENSAH,
AMPANG, SELANGOR

TARIKH & MASA PERKARA TEMPAT


13 Ogos 2020  Sesi pendaftaran peserta
(Khamis)  Sarapan pagi
8:00pagi - 10:00pagi  Senaman pagi
 Bacaan doa
 Ucapan alu-aluan oleh Ketua
Pengarah Eco-Rangers UUM
 Perasmian program oleh Ketua
Kampung
10:00pagi - 11:00pagi  Taklimat ringkas aturcara &
keselamatan Sungai Kemensah,
 Penyampaian cenderahati Ampang, Selangor

 Penyerahan tong sampah 70 liter


sebanyak 10 tong
 Penyerahan alat kelengkapan
gotong-royong

11:00pagi - 2:00ptg  Aktiviti gotong-royong

2:00ptg-2:30ptg  Ucapan penutup oleh Penyelaras


 Penyampaian sijil penghargaan
 Makan tengah hari dan bersurai

LAMPIRAN C

BELANJAWAN

17
PROGRAM PENGINDAHAN SUNGAI KEMENSAH
PADA 13 OGOS 2020 (KHAMIS)

Anggaran Pendapatan

BIL PERKARA RM
1 Sumbangan dana
 Sumbangan (ADUN Kawasan Ampang) 1000.00
 Sumbangan Ketua Kampung 250.00

 Sumbangan Jabatan Imigresen WPKL 500.00

 Sumbangan TNB 500.00


500.00
 Sumbangan pelajar UUM
 Tajaan Makan Tengahari oleh Pak Tam Katering
JUMLAH PENDAPATAN KESELURUHAN RM 2,750.00

Anggaran Perbelanjaan

BIL PERKARA RM
1 Makan Pagi 310
i. Para Perserta 250.00
 RM 5.00 x 50 orang
ii. VIP 10.00
 RM 5.00 x 2 orang
iii. Mineral Water 500 ml 4 kotak 50.00
2 Publisiti
1,650
i. Poster A3
50.00
ii. Banner
100.00
iii. Bunting
100.00
iv. T-shirt
1040.00
 RM 20.00 x 52 orang
v. Tuala Muka sulam Logo Eco Rangers UUM
260.00
 RM 5 x 52 orang
vi. Sticker Lambang Logo Eco Rangers UUM untuk dilekat
100.00
di tong sampah
18
3 Protokol 110
i. Surat jemputan
 RM 2.00 x 5 orang 10.00
ii. Sijil Penyertaan
 RM 2.00 x 50 orang 100.00

4 Utiliti dan instrumensi 160


i. PA System 100.00
ii. Sewa Khemah 10 x 10
 RM 30.00 x 2 buah 60.00
5 Tugas-tugas Khas 520
i. Plastik sampah 50.00
ii. Sarung Tangan (Sekotak 100 pcs) 10.00
iii. Penyepit Sampah 110.00
iv. Tong sampah hitam 350.00
 RM 35 X 10 buah
JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN RM 2,750.00

LAMPIRAN D

Senarai peserta yang terlibat

No. Name Phone No


1 Nur Fasihah Binti Bushri 0193964522
2 Marlina Binti Muhammad 012 2158081
3 Meor Muhammad Firdaus Bin Meor Hassan 0132819907
4 Mohamad Hafidz Bin Kamaruddin 01127075197
19
5 Mohd Ainudin Bin Abu Hassan 0195009334
6 Mohd Makhzan Bin Mansor 0148344764
7 Muhamad Syafiq Bin Sulaiman 011239033693
8 Norsuhamizah Binti Rahmat 0149081877
9 Zulfahmi Bin Abu Bakar 0173297605
10 Iffa Tasnim Binti Rasul 0175428086
11 Mastura Binti Abdul Mutalaib 0175488116
12 Mohamad Ikhwan Bin Mahat 01117857936
13 Mohd Elias Bin Jamil 0193884858
14 Muhammad Nizar Bin Abdol Malek 0173336185
15 Nik Rozihan Binti Nik Mohammed Din 0196609197
16 Norzilawati Bt Bakren 0197541477
17 Nurzaini Binti Abdul Wahab 0193756293
18 Pravin Kumar A/L Thanabal 0126923935
19 Thurgashenee A/P Subramaniam 0165699414
20 Mohamad Amirul Amin B. Hazmir 0162129632
21 Mohd Aliff Asmawi B. Mahyudin 0102879302
22 Sharifah Mahirah Binti Syed Khalid 0173142592
23 Sunitha A/P Rama Rao 0102444476
24 Nana Azlina Binti Hashim 0126676184
25 Mohd Azmi Bin Md Noh 0192227325
26 Siti Raihan binti Rosdi @ Mohd Rosdi 0122343376
27 Nor Khalidatul Liana Binti Bani Hashim 0192220862
28 Rudy Herman Bin Irwan Shah 01137859447
29 Amirul mukminin bin kahar 0127325422
30 Zairul amri bin kamarulzaman 0198827256

20

Anda mungkin juga menyukai