Anda di halaman 1dari 9

Artikel ini ditulis oleh : Abdul Hamydy Abdul Hamid

Pulau Perhentian

Posted by hamydy on 12, February 2008


http://hamydy.wordpress.com/2008/02/12/pulau-perhentian-24-26-feb-2008/

24 – 26 Feb 2008
Pulau perhentian merupakan salah satu pulau di pantai timur yang menarik untuk
dilawati. Pulau Perhentian terletak di negeri Terengganu, terdiri daripada 2 buah pulau
iaitu perhentian kecil dan perhentian besar.

Trip ke pulau perhentian ini boleh pergi secara pakej mahupun bebas, Jika melalui pakej
lebih senang senang sikit kerana semua sudah di uruskan seperti tiket bot, penginapan
dan makan serta trip snorkeling, Cuma kekadang ia mahal sedikit tetapi memudahkan.
Kalau ada promotion mungkin boleh dapat murah. Bagi yang suka cabaran dan inginkan
pengalaman sendiri menguruskan percutian anda mungkin boleh mencuba trip sendiri
dengan menguruskan semuanya sendiri. Bagi yang ingin menguruskan sendiri perlula
membuat perancangan yang teliti dan awal bagi mengelakkan penginapan di chalet
penuh. tetapi cara ini kekadang lebih murah dan jimat.

Hak Cipta Terpelihara @ Hamydy ® 1


Artikel ini ditulis oleh : Abdul Hamydy Abdul Hamid

Antara perkara-perkara yang perlu anda ambil tahu jika ingin menguruskan sendiri
percutian ialah antaranya seperti membuat survey melalui internet dan juga membuat
panggilan kepada chalet disana mengenai cuaca dan keadaan ombak laut. Biasanya pada
musim tengkujuh hamper semua chalet di Pulau Perhentian Kecil tutup. Pada
pertengahan tahun pulak pulau Perhentian Kecil banyak dikunjungi oleh pelancong barat
yang lari dari musim sejuk di negara mereka. Kekadang pada waktu ini ada chalet yang
tidak menerima tempahan orang tempatan kerana ingin memenuhi tempahan pelancong
barat.

Pulau perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar, populasi penduduk di Pulau
Perhentian lebih tertumpu di Pulau Perhentian Besar, manakala Pulau Perhentian Kecil
banyak chalet untuk percutian. Di Pulau Perhentian kecil terdapat pantai yang dikenali
sebagai “Long Beach” , pantai ini panjang, cantik dan bersih. Di kawasan “long Beach”
ini lah tempat aktiviti kebanyakan pelancong barat berjemur dan santai.

Hak Cipta Terpelihara @ Hamydy ® 2


Artikel ini ditulis oleh : Abdul Hamydy Abdul Hamid

Pakej yang saya ambil ini kira antara yang murah setelah beberapa agent telah saya
survey. Biasanya pakej 3 hari 2 malam diantara RM300-500/pax tengok jenis chalet
jugak la kalau walk in terus kat chalet mungkin boleh dapat kurang dari RM300. kalau
dari Kuala Lumpur boleh naik bas ke Kuala Besut Terengganu tapi lebih kurang 8 jam
perjalanan. Perjalanan lama dan memenatkan, jikalau hendak cepat boleh naik flight dari
Kuala Lumpur dan turun di Kota Baru lebih dekat berbanding Kuala Terengganu sebab
dari Kuala Terengganu ke kuala Besut lagi jauh.

Perjalanan dari airport Kota Baru ke Kuala Besut menggunakan perkhidmatan teksi.
Terdapat kemudahan teksi di airport yang menghantar terus ke Kuala Besut. Pelancong
boleh membuat pilihan sama ada perjalanan sehala ataupun perjalanan dua hala. Selain
itu jika nak lagi murah, pelancong boleh menahan teksi di luar kawasan airport dan cuba
tawar menawar untuk dapatkan harga paling murah.
Di jeti Kuala Besut jika anda pergi sendiri, memang ada disediakan perkhidmatan boat ke
Pulau Perhentian tambang pegi balik sekitar Rm20. Di jeti kuala besut juga terdapat
banyak agen-agen perlancongan pilih sahaja kalau nak mudah. yang penting cari agen bot
untuk beli tiket. Ada sesetengah chalet menawarkan perkhidmatan penghantaran pergi
balik sebaik sahaja anda membuat tempahan di chalet tersebut.

Hak Cipta Terpelihara @ Hamydy ® 3


Artikel ini ditulis oleh : Abdul Hamydy Abdul Hamid

Pulau Perhentian Kecil


Bagi yang ingin berehat dan santai saya cadangkan Pulau Perhentian Kecil sebagai
destinasi, terdapat banyak chalet yang murah, mahal dan berhawa dingin di sini. Jika
masa kurang pelancong anda boleh bertukar2 chalet jika mahu jika anda tidak mengambil
mana-mana pakej. Perkhidmatan boat juga ada disediakan untuk aktiviti snorkeling dan
juga untuk melawat Pulau Perhentian Besar. Di tengah-tengah diantara Pulau Perhentian
Besar dan Pulau Perhentian Kecil biasanya pemandu boat akan bawa melihat penyu. Jika
air tenang dan jelas anda akan dapat melihat beberapa ekor penyu di dasar laut. Kawasan
ini tidak terlalu dalam. Semasa saya dibawa ke kawasan penyu ini pemandu boat tersebut
menunjukkan kemahiran menyelam kedasar laut dan memegang di belakang penyu dan
penyu tersebut akan berenang naik kepermukaan. Kepada pelancong yang mahir
berenang juga boleh berbuat demikian.

Hak Cipta Terpelihara @ Hamydy ® 4


Artikel ini ditulis oleh : Abdul Hamydy Abdul Hamid

Saya menginap di Mohsin Chalet. Chalet ini mempunyai aircond dan terdapat
kemudahan restaurant. Susunan di lereng bukit. Pemandangan daripada restuaran Chalet
Mohsin sangat menarik kerana dari situ kita dapat melihat pemandangan sepanjang Long
Beach dan juga dapat melihat chalet-chalet lain.

Hak Cipta Terpelihara @ Hamydy ® 5


Artikel ini ditulis oleh : Abdul Hamydy Abdul Hamid

Di Pulau Perhentian Kecil terdapat banyak motel-motel dan chalet-chalet yang murah dan
berbentuk tradisional pantai juga turut menyediakan mini bar untuk pelancong-pelancong
barat. Kebanyakan chalet-chalet ini ada diantaranya akan tutup sepanjang musim
tengkujuh dan hanya beroperasi selepas musim tengkujuh tamat.

Pulau Perhentian Besar


Di Pulau Perhentian Besar saya mengambil kesempatan untuk berjalan-jalan di sekitar
pulau tersebut dan merasai kehidupan penduduk disitu. Melawat perkampungan dan
mencuba makanan-makanan yang terdapat di Pulau Perhentian Besar. Pulau Perhentian
Besar terdapat penduduk yang banyak, terdapat sekolah balai polis dan semua
kemudahan asas, Pusat-pusat dan banggunan perniagaan banyak terdapat disini. Setelah
penat berjalan dan meneroka perkampungan penduduk saya pun pulang ke chalet
menggunakan boat yang sama yang telah ditempah.

Hak Cipta Terpelihara @ Hamydy ® 6


Artikel ini ditulis oleh : Abdul Hamydy Abdul Hamid

Perjalanan Pulang
Terdapat bas awam dari jeti besut ke Kota Baru tambang dalam Rm7-10, tetapi anda
kena menaiki bas tersebut dari jertih, Jikalau hendak menaik bas awam dari jeti besut
anda perlu menunggu dan menahan bas tersebut di tepi jalan sebabnya bas tersebut tidak
berhenti di hentian jeti Besut.

Kedai Keropok
Di kuala besut ada ada terdapat satu gerai keropok yang sedap, jika menaiki teksi untuk
ke Kota Baru, Anda boleh mintak pemandu teksi untuk berhenti di kedai kropok tepi
jambatan.

Hak Cipta Terpelihara @ Hamydy ® 7


Artikel ini ditulis oleh : Abdul Hamydy Abdul Hamid

Di Kota Bharu
Sementara menunggu masa untuk ke lapangan terbang dari pekan Kota Bharu anda
berpeluang untuk berjalan-jalan dan membeli belah di pasar Siti Khatijah, Muzium Kraf,
dan makan-makan terlebih dahulu dikawasan sekitarnya. Untuk ke lapangan terbang anda
perlu mencari cari bas ke airport tambang Rm 1.20 (Bas No 9). Tanyalah orang tempatan
bus stand untuk ke airport dimana.

Hak Cipta Terpelihara @ Hamydy ® 8


Artikel ini ditulis oleh : Abdul Hamydy Abdul Hamid

Berikut adalah butiran perbelanjaan dan harga pakej yang saya ambil.
Pakej 3h2m
Harga Pakej : 275/pax
Flight : Rm9.99 + Rm50.5 (tax + insuran ) sehala/pax (Air Asia)
Teksi dari Kota baru ke kuala Besut : Rm50
Total semua untuk 2pax = 550 (pakej) + 247.96 (flight) + 50 (Teksi) = Rm797.96
Ini kira murah la, tak mahal dan berbaloi la

Pakej termasuk
Bot pergi balik kuala besut dan Pulau Perhentian
Mohsin chalet (hawa dingin)
Makan 3 kali sehari kat Restoran Tummy Rumbles
Snorkeling trip

Agen perlancongan
Backpackjeo Travel
B-1-3 Megan Avenue 2,
O 12 Jalan Yap Kwan Seng, 50450,
Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : +603 2163 0963
Fax : +603 2162 2729
Web : www.backpackjeo.com

contact person : Mr Izzal Abdullah


tel : 016 669 4747

Hak Cipta Terpelihara @ Hamydy ® 9

Anda mungkin juga menyukai