Anda di halaman 1dari 1

Tugasan Harian 1

Program Latihan Khidmat Negara

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) merupakan kursus latihan wajib bagi
sesetengah daripada mereka yang baru menamatkan pendidikan sekolah menengah di
Malaysia. Kerajaan telah melancarkan program ini pada Febuari 2004. Pada setiap tahun,
24% daripada remaja yang akan berumur 18 tahun pada tahum latihan mereka dipilih untuk
menyertai program ini yang berlangsung selama 3 bulan.

Aktiviti yang dijalankan oleh program tersebut dikategorikan kepada fizikal,


kenegaraan dan perbentukan perwatakan. Antara kemaslahtan PLKN termasuklah memupuk
ketahanan mental dan fizikal remaja. Peserta PLKN akan melakukan aktiviti berkumpulan
seperti berkhemah, mendaki bukit, berkawad dan latihan lasak. Melalui aktiviti-aktiviti
tersebut, semua peserta perlu saling bekerjasama untuk mencapai sesuatu matlamat. Dengan
ini, nilai saling membantu dan bekerjasama dapat dipupuk dalam kalangan peserta.

Selain itu, perpaduan antara kaum turut dapat dipupuk. Program Latihan Khidmat
Negara memperkenalkan modul yang dapat memupuk perpaduan kaum melalui aktiviti
dengan kumpulan sasarannya, iaitu belia. Semua peserta, tanpa mengira bangsa dan agama
dapat berganding bahu untuk melakukan sesuatu perkara., bak kata pepatah berat sama
dipikul, ringan sama dijinjing. Interaksi secara langsung dalam kem latihan program ini dapat
memupuk nilai toleransi yang utuh antara kaum. Dengan nilai yang ada, ini dapat
mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham.

Di samping itu, PLKN juga dapat melahirkan modal insane yang berilmu. Dalam
konteks agama Islam, menuntut ilmu merupakan perjuangan demi masa depan diri, keluarga
dan masyarakat. Melalui Khidmat Alam Sekitar, remaja akan membantu menyelamatkan
alam sekitar. Hal ini dapat memupuk nilai peka terhadap isu-isu alam sekitar dan seterusnya
menjadikan remaja lebih prihatin terhadap alam sekitar.

Seterusnya, Program Latihan Khidmat Negara juga memperkenalkan aktiviti


khidmat masyarakat. Melalui aktiviti tersebut, remaja akan sentiasa prihatin terhadap
golongan kurang bernasib baik dan cuba sedaya upaya untuk membantu mereka. Secara
langusung, nilai menghormati hak golongan kurang upaya dapat ditanam dalam jiwa setiap
peserta. Remaja dapat bersikap penyayang dam mengambil berat tentang apa-apa yang
berlaku dalam masyarakat kita.

PLKN menanam semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda Malaysia.


Dengan semangat patriotisme, remaja dapat memupuk nilai cinta akan negara pada setiap
masa, iaitu memiliki perasaan saying dan bangga kepada negara. Generasi muda yang
mempunyai semangat patriotisme pasti akan mempertahankan negara daripada ancaman
musuh. Bukan itu sahaja tetapi, Malaysia yang dihuni masyarakat pelbagai kaum memerlukan
semangat patriotisme untuk bergerak maju dan stabil.

Sebagai kesimpulan, PLKN perlulah diteruskan. Masyarakat sepatutnya bahu-


membahu dan menyokong program ini agar remaja dapat menerajui ibu pertiwi ke arah yang
lebih cemerlang, gemilang and terbilang di persada dunia, seterusnya melahirkan insane yang
seimbang dari segi jasmani,emosi,hohani dan intelek.

Anda mungkin juga menyukai