Isu pembuangan bayi kerap menjadi bahan perbincangan masyarakat dan pemimpin
negara.Isu pembuangan bayi ini menjadi bahan perbincangan kerana banyak masalah
timbul.Pada pendapat saya,pihak kerajaan perlu mengambil tindakan yang sewajarnya
dalam menangani masalah pembuangan bayi.
Tatkala ingin menyembunyikan perbuatan dusta itu mereka sanggup membuang bayi
dengan harapan diberi peluang menjalani kehidupan baru.Di samping itu,sikap
masyarakat yang tidak prihatin,hanya perpeluk tubuh,dan mengabaikan isu itu turut
menjadi punca gejala ini menjadi-jadi.Mereka bersikap demikian kerana menggap isi ini
adalah sesuatu yang memalukan.Terdapat juga ahli masyarakat yang menuding jari
terhadap golongan remaja.Pada pandangan mereka inilah pencetus berlakunya
pembuangan bayi kerana pergaulan bebas.Sebagai masyarakat,kita sepatutnya memberi
teguran membina kepada remaja tersebut.Selain itu kesilapan yang paling nyata ialah
sikap wanita dan lelaki yang melakukan perzinaan sesuka hati.Mereka tregolong dalam
kalangan yang kurang pendidikan agamanya.selepas itu,masing-masing hilang rasa
tanggungjawab ke atas apa yang mereka lakukan hingga sanggup mengorbankan anak.
http://upsr.net/show.php?
n=97632&nS=17633&t=masalah_pembuangan_bayi_by_Navaneetham_Mathialagan.html