Anda di halaman 1dari 3

Tugasan 4 (WAJ3106) Nama : Malik Ridzuan B.

Mohamad No K/P: 820101-03-5581 Kelas: RBT 1

Cabaran-cabaran kepentingan antara etnik dari aspek sosial di Malaysia Terdapat beberapa cabaran kepentingan antara hubungan etnik di Malaysia. Salah satu adalah cabaran dari aspek sosial. Ini dapat dilihat melalui empat paradigma yang berlainan iaitu dari sudut pemisahan fizikal, sistem pendidikan yang berasingan, polarisasi dalam kalangan pelajar dan kontrak sosial. Dari sudut pemisahan fizikal ianya berlaku dalam masyarakat negara ini yang timbul akibat daripada kesan dasar pecah dan perintah yang diamalkan oleh British sejurus menjajah Malaysia. Ketiga-ketiga kumpulan kaum ini bukan sahaja terasing daripada segi lokasi tempat tinggal, malahan mereka menjalankan jenis pekerjaan yang berbeza. Keadaan ini juga menyebabkan sesuatu golongan etnik itu tidak mengenal atau berpeluang berinteraksi dengan lebih kerap di antara sesama mereka khususnya mereka yang tinggal dalam wilayah yang berbeza. Setelah kemasukan Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia wujud pula pemisahan fizikal antara Semenanjung Malaysia dengan negeri-negeri tersebut disebabkan oleh faktor geografi. Apabila keadaan ini berlaku maka akan wujud elemen negatif seperti perasaan kekitaan, prasangka, etnosentrisme dan stereotaip terhadap kumpulan etnik yang lain. Dengan ini, banyak usaha dilakukan untuk merapatkan hubungan antara etnik dan pemisahan fizikal seharusnya tidak menjadi halangan untuk mencapai perpaduan yang merentasi wilayah ini. Dari sudut sistem pendidikan yang berasingan pula adalah setiap golongan etnik mempunyai sistem pendidikan yang tersendiri yang menggunakan bahasa ibunda masingmasing dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka walaupun menggunakan kurikulum yang sama. Jika diperhalusi, aspek pendidikan merupakan salah satu daripada saluran yang penting untuk memupuk semangat perpaduan dikalangan masyarakat pelbagai kaum namun corak sistem pendidikan zaman penjajah dahulu masih terus kekal

hingga ke hari ini. Keadaan ini akan menyebabkan tidak ada ruang dan peluang bagi kanak-kanak pelbagai kaum untuk untuk berinteraksi dengan kaum-kaum lain dan bentuk sekolah yang beransingan ini tidak berperanan dengan berkesan untuk memupuk integrasi dan persefahaman dikalangan pelajar. Situasi ini hanya akan menyebabkan interaksi mereka hanya terhad di antara etnik yang sama sahaja. Implikasi bagi hubungan etnik ini hanya memberikan kesan yang negatif kepada negara Malaysia. Semua etnik masingmasing mempertahankan bahasa ibunda mereka dan tidak akan menerima bahasa ibunda kaum yang lain. Mereka akan menganggap adalah tidak wajar dan tidak penting untuk mempelajari bahasa kaum yang lain. Ianya akan memberikan impak yang kurang elok kepada penstrukturan negara kerana mempunyai corak pendidikan yang berbeza-beza. Dari sudut polarisasi dalam kalangan pelajar yang dapat kita lihat adalah masih lagi terdapat keterasingan pada peringkat sekolah rendah, kerenggangan pada peringkat sekolah menegah dan institut pengajian tinggi awam (IPTA) serta institut pengajian tinggi swasta (IPTS) masih wujud. Keadaan sebegini menyukarkan lagi proses hubungan etnik di Malaysia. Implikasinya di sini adalah nilai-nilai bagi memupuk semangat kekitaan pada negara Malaysia tidak dapat diterapkan dengan berkesan kerana masih lagi terdapat jurang di antara semua kaum. Jika kita lihat, pada masa kini masih terdapat para ibu bapa yang kurang mempercayai untuk menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Kebangsaan. Mereka lebih mudah menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Jenis Kebangsaan kerana merasakan struktur pendidikan di sekolah tersebut dapat menjamin kecemerlangan akademik anak mereka Akhir sekali adalah dari sudut kontrak sosial. kontrak sosial juga juga kerap dibangkitkan oleh sesetengah pihak. Kontrak sosial merupakan persetujuan yang dicapai semasa kemerdekaan dalam merangka perlembagaan. Antara isu yang sering ditimbulkan ialah kedudukan istimewa orang Melayu, kedudukan agama Islam, bahasa Melayu, dan sebagainya. Sebarang isu atau kontrak sosial yang dibangkitkan boleh membawa kepada kerenggangan hubungan etnik di Malaysia. Usaha-usaha perlu diambil secara berterusan bagi memastikan hubungn etnik di Malaysia sentiasa berada dalam keadaan yang baik. Usaha-usaha ini adalah melibatkan peranan kerajaan, masyarakat dan pertubuhan bukan kerajaan. Apa yang penting dalam memastikan hubungan etnik sentiasa dalam keadaan baik, segala usaha ini perlu disahut oleh setiap lapisan masyarakat. Oleh itu, perpaduan

yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur

Rujukan Paimah Atoma dan Mohd Azmir Mohd Nizah. 2011. Hubungan Etnik, Negeri Sembilan: Universiti Sains Islam Malaysia. Shamsul Amri Baharudin. 2010. Modul Hubungan Etnik, Selangor : Straits Digital Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai