Anda di halaman 1dari 9

Cabaran Hubungan Etnik di Malaysia

November 2, 2014
0
561

Hubungan Etnik di Malaysia

Mukaddimah Hubungan Etnik di Malaysia

Selepas peristiwa 13 Mei 1969, kunci keamanan, keteguhan, kestabilan, dan kemajuan
pembangunan negara banyak bergantung kepada perpaduan dan kerjasama
masyarakat Malaysia itu sendiri untuk mencapai perpaduan dan bukanlah satu perkara
yang mudah. Ini adalah kerana memandangkan penduduknya yang terdiri daripada
pelbagai kaum, berbeza dari segi agama, budaya, aktiviti, ekonomi, lokasi tempat
tinggal, dan sebagainya. Usaha-usaha untuk menerapkan semangat perpaduan atau
kekitaan di kalangan masyarakat sering menghadapi cabaran serta masalahnya.

Menurut Tan Sri Ghazali Shafie (1985) „ ….

the road to a cohesive and proggressive society is a long and ardous one which to use
the Malay phrase, is full of “ onak dan duri”.

Kenyataan di atas ternyata dapat kita simpulkan bahawa pelbagai cabaran yang perlu
kita tempuhi bagi membina negara Malaysia yang unggul di mata dunia. Terdapat
pelbagai cabaran yang di antaranya adalah cabaran sulung atau yang utama iaitu di
mana cabaran kepentingan etnik dari :

Cabaran Hubungan Etnik Dari Aspek Sosial

 Aspek sosial ini dapat lihat melalui empat paradigma yang berlainan iaitu dari
sudut pemisahan fizikal, sistem pendidikan yang berasingan, polarisasi dalam
kalangan pelajar dan kontrak sosial
 .Dari sudut pemisahan fizikal ianya berlaku dalam masyarakat negara ini yang
timbul akibat daripada kesan dasar “pecah dan perintah” yang diamalkan oleh
British sejurus menjajah Malaysia. Ketiga-ketiga kumpulan kaum ini bukan
sahaja terasing daripada segi lokasi tempat tinggal, malahan mereka
menjalankan jenis pekerjaan yang berbeza. Keadaan ini juga menyebabkan
sesuatu golongan etnik itu tidak mengenal atau berpeluang berinteraksi dengan
lebih kerap di antara sesama mereka khususnya mereka yang tinggal dalam
wilayan yang berbeza. Hal ini berlaku akibat pemisahan fizikal yang
disebabkan keadaan geografi di Sabah dan Sarawak yang terpisah oleh Laut
China Selatan.

Implikasi Hubungan Etnik Dari Faktor Sosial


Hanya terhadap hubungan etnik memperlihatkan perbezaan dari aspek lokasi yang
berbeza merupakan perkembangan yang kurang sihat dalam pemupukan hubungan
etnik di Malaysia. Selain itu, ia hanya meningkatkan lagi perasaan kekitaan atau
etnosentrisme yang bermaksud pandangan atau perseptif yang melihatkan kelompok
etnik lain melalui kaca mata etnik itu sendiri. Keadaan sebegini hanya akan
menimbulkan prasangka, stereotaip dan mengekalkan kejahilan di dalam kalangan
ahli bagi sesuatu golongan etnik terhadap golongan etnik yang lain.

Contoh yang boleh kita nyatakan di sini adalah, kejahilan ilmu masyarakat Semanjung
Malaysia dalam memahami cara hidup masyarakat Sabah dan Sarawak yang sedikit
berbeza dari aspek budaya, keagamaan mahupun adat resam. Perkara sebegini
mungkin akan berlaku jika semua etnik hanya mengambil berat tentang etniknya yang
tersendiri sahaja. Maka, pastinya amat sukar sekali Malaysia untuk menjadi negara
yang lebih maju sekiranya masyarakatnya terpisah dari sudut fizikal dan terasing dari
arus pemodenan negara. Seterusnya, adalah dari sudut sistem pendidikan yang
terasing.

Setiap golongan etnik mempunyai sistem pendidikan yang tersendiri. Maksudnya di


sini adalah, pelajar Melayu menuntut di sekolah Melayu dan menggunakan bahasa
perantaraan bahasa Melayu, pelajar Cina menuntut di sekolah Cina dan juga
menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa perantaraan, manakala, pelajar India
menuntut di sekolah Tamil dan menggunakan bahasa Tamil. Sistem persekolahan
yang memisahkan pelajar mengikut bahasa ibunda dan perbezaan etnik kurang
memainkan peranan yang berkesan bagi memupuk integrasi dan persefahaman dalam
kalangan pelajar. Situasi hanya akan menyebabkan interaksi mereka hanya terhad di
antara etnik yang sama sahaja. Implikasi bagi hubungan etnik ini hanya memberikan
kesan yang negatif kepada negara Malaysia.

Semua etnik masing-masing mempertahankan bahasa ibunda mereka dan tidak akan
menerima bahasa ibunda kaum yang lain. Ini adalah mereka akan menganggap adalah
tidak wajar dan tidak penting untuk mempelajari bahasa kaum yang lain. Selain itu,
adalah menjadi satu kemestian di mana setiap sekolah mengamalkan sistem
pendidikan yang berbeza. Ianya akan memberikan impak yang kurang elok kepada
penstrukturan negara kerana mempunyai corak pendidikan yang berbeza-beza. Tidak
juga dilupakan bahawa golongan yang menuntut di sekolah itu juga akan terlahirnya
para pemimpin untuk mentadbir negara Malaysia pada satu hari kelak. Sekiranya
pemikiran mereka hanya disogok dengan etnik mereka sahaja, sudah pasti Malaysia
tidak akan berada dalam keadaan yang aman. Bakal pemimpin negara ini juga
mengalami kesukaran untuk mendapatkan kata sepakat daripada rakyatnya yang
terdiri daripada etnik yang berbeza.

Pastinya, amat sukar untuk kita memupuk masyarakat yang majmuk jika cabaran ini
dianggap enteng oleh pihak yang berwajib. Dari sudut polarisasi dalam kalangan
pelajar yang dapat kita lihat adalah masih lagi terdapat keterasingan pada peringkat
sekolah rendah, kerenggangan pada peringkat sekolah menegah dan institut pengajian
tinggi awam (IPTA) serta institut pengajian tinggi swasta (IPTS) masih wujud.
Keadaan sebegini menyukarkan lagi proses hubungan etnik di Malaysia. Implikasinya
di sini adalah nilai-nilai bagi memupuk semangat kekitaan pada negara Malaysia tidak
dapat diterapkan dengan berkesan kerana masih lagi terdapat jurang di antara semua
kaum. Jika kita lihat, pada masa kini, masih ada lagi para ibu bapa yang kurang
mempercayai untuk menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Kebangsaan. Mereka
lebih mudah menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Jenis Kebangsaan kerana
merasakan struktur pendidikan di sekolah tersebut dapat menjamin kecemerlangan
akademik anak mereka. Sukar sekali untuk kita memaksa ibu bapa ini kerana mereka
mempunyai satu perspektif yang perlu kita hormati. Walau bagaimanapun, tidak
semua ibu bapa yang bertindak sedemikian.

Cabaran yang kedua adalah cabaran kepentingan etnik dari aspek : Ekonomi

Cabaran Hubungan Etnik Dari Aspek Ekonomi

Melalui aspek ekonomi terdapat dua perkara yang perlu ditekankan adalah
penguasaan ekonomi dan perbezaan pekerjaan berdasarkan sektor ekonomi. Pertama,
penguasaan ekonomi memperlihatkan jurang yang luas bagi setiap etnik. Majoriti
kaum Melayu menguasai sektor pertanian yang memerlukan banyak tenaga sumber
manusia dan berteknologi rendah. Bagi kaum Cina, yang umumnya menguasai sektor
yang lebih maju seperti perniagaan, perdagagan dan menggunakan teknologi moden.
Manakala, kaum India pula banyak terlibat dengan perladangan di estet getah dan
kelapa sawit. Kenyataan di sini sudah membolehkan kita membuat satu kesimpulan
iaitu terdapatnya jurang pendapatan yang begitu ketara dan tidak seimbang dalam
ekonomi negara Malaysia.

Semua golongan etnik sentiasa mencuba untuk bersaing dalam ekonomi ini untuk
berusaha mendapatkan hak dan keuntungan yang lebih besar. Penguasaan ekonomi
yang berbeza serta jurang pendapatan yang tidak seimbang mengakibatkan
ketidakstabilan dalam masyarakat majmuk. Justeru itu, implikasinya mengakibatkan
ketidakpuasan hati bagi semua golongan etnik. Bagi kaum Melayu yang terlibat dalam
sektor pertanian mendapat pendapatan yang sedikit dan berkemungkinan akan
menghadapi dengan kemiskinan. Situasi yang sama juga akan berlaku terhadap kaum
India yang di mana harga getah dan kelapa sawit adalah berlandaskan kepada keadaan
ekonomi di dunia. Jika harga meningkat, maka, pulangannya tentu baik dan
sebaliknya juga akan berlaku. Golongan etnik Cina pula akan terus mencari peluang-
peluang keemasan dalam perniagaan dan mereka dapat hidup dalam hidup yang
cukup mewah. Akan tetapi, mereka pasti berasa tidak puas hati yang di mana
kebanyakan lubang perniagaan banyak diutamakan kepada kaum Bumiputera atau
Melayu. Sudah tentu timbulnya persoalan di lubuk pemikiran mereka di mana hak
mereka sedangkan selama ini mereka banyak menyumbang kepada ekonomi negara.
Isu-isu sebegini merupakan perkara yang boleh menyebabkan negara kita bergolak.

Selain itu, dalam Rancangan Malaysia Kedua ada menyatakan perpaduan negara tida
boleh dicapai tanpa kesaksamaan dan keseimbangan yang lebih besar dalam kalangan
kumpulan sosial dan etnik Malaysia melalui penyertaan mereka dalam pembangunan
negara dan dalam perkongsian manfaat daripada permodenan dan pertumbuhan
ekonomi. Sesungguhnya, perpaduan negara tidak boleh dipupuk seandainya
sebahagian besarnya penduduk kekal miskik dan peluang pekerjaan produktif yang
tidak mencukupi. Fenomena kemiskinan bukan sahaja terdapat di kawasan luar
bandar tetapi juga di kawasan bandar. Keadaan ini boleh mengugat perpaduan negara
kerana masalah kemiskinan hanya menonjol dalam kalangan kelompok etnik yang
tertentu sahaja.
Cabaran Hubungan Etnik Dari Aspek Politik

Cabaran yang ketiga adalah cabaran kepentingan etnik dari aspek politik iaitu di mana
politik perkauman boleh menimbulkan perasaan kurang senang hati dan
mengukuhkan semangat perkauman jika sesuatu tindakan diambil tanpa mendapat
kata sepakat oleh semua pihak. Isu-isu perkauman seperti bahasa, kebudayaan,
pendidikan, agama, kerakyatan, dan ekonomi jika dipergunakan untuk tujuan
berpolitik, pastinya, ia tidak akan menyumbang ke arah masyarakat yang bersatu
padu.

Implikasinya mengakibatkan semua etnik akan saling berusaha untuk mengekalkan


identiti kaumnya sendiri tidak kira dari aspek bahasa dan budaya, mereka akan cuba
untuk mempertahankan agar mereka juga mendapatkan hak yang sama rata. Selain
itu, semangat taat setia pada negara Malaysia juga tidak wujud di kalangan etnik
kerana masing-masing pasti ingin menaburkan bakti pada negara mereka sendiri.
Lambang bendara Malaysia akan tinggal sebagai lambang sahaja jika semua etnik
hanya mementingkan hak etnik masing-masing.

Cabaran Hubungan Etnik Dari Aspek Agama

Cabaran yang keempat adalah cabaran nilai antara etnik yang menyatakan perbezaan
dari segi agama, bahasa, dan kebudayaan lebih ketara dalam masyarakat majmuk.
Kaum Melayu, Cina dan India mempunyai agama, bahasa dan kebudayaan yang
berlainan. Perbezaan ini bertambah sukar apabila setiap kaum terus menebal dengan
bahasa dan kebudayaan mereka sendiri.

Implikasi di sini mengakibatkan anggota etnik lebih mengutamakan anggota daripada


etnik yang sama dalam memilih sahabat, mendapatkan perkerjaan. Perkara ini seolah-
olah sudah menjadi tegal atau “taboo” kerana ia memang sukar untuk diubah
walaupun menggunakan ubatan atau teknologi yang moden sekali pun. Setiap etnik
tidak mempunyai perasaan hormat menghormati dengan agama dan budaya etnik-
etnik yang lain. Kesukaran untuk hidup dalam satu masyarakat yang sama pasti akan
menimbulkan kekecohan di kawasan tersebut. Ini adalah berdasarkan mereka
mempunyai masalah untuk berkomunikasi dalam bahasa yang difahami oleh semua
etnik. Masalah ini pasti mewujudkan ketidakselesaan juga mereka melihat budaya
yang sebelum ini belum pernah disaksikan oleh mereka. golongan etnik-etnik ini
tentunya sukar untuk menerimanya dan tidak mungkin akan menerima apa-apa
perubahan walhal ianya memberikan banyak faedah dalam kehidupan seharian
mereka.

Cabaran Hubungan Etnik Dari Aspek Globalisasi

Cabaran yang kelima adalah cabaran globalisasiyang menunjukkan proses globalisasi


serta pembaratan corak hidup berasaskan ekonomi dan politik barat merupakan
cabaran yang perlu dihadapi oleh rakyat Malaysia pada masa kini.

Implikasi daripada cabaran ini, jika dilihat dari sudut positif, kita dapat bergerak maju
melalui pendedahan menggunakan teknologi yang tinggi serta pentadbiran yang
sistematik menyebabkan Malaysia menjadi seperti yang dapat kita rasai perbezaannya
kini. Namun demikian, pengaruh Barat ini juga mewujudkan pelbagai unsur-unsur
yang negatif dari segi, budaya hedonisme atau budaya kuning yang telah berjaya
menyesatkan para remaja yang bisa menjadi bakal pemimpin negara lenyap dek
kerana budaya kuning yang songsang ini. Budaya kuning ini banyak memberikan
nilai-nilai yang negatif seperti terlibat dalam kancah jenayah, pemakaian yang kurang
sopan serta pergaulan yang melampaui batas. Dari segi sains dan teknologi yang
memusnahkan kebanyakan golongan remaja terdedah dengan pornografi-pornografi
yang menyongsangkan jiwa dan akidah remaja itu sendiri. Bermacam-macam
keburukan yang memusnahkan alam sekitar, budaya hiburan dan penyalahgunaan
sumber manusia dan bahan mentah juga datangnya daripada pengaruh Barat. Jelasnya
di sini dapat dilihat, kehalusan dan ketimuran rakyat Malaysia semakin terhapus dek
pengaruh Barat bagi merealisasikan wawasan negara. Tradisi dan adat resam kita pasti
akan hilang juga kerana tiadanya insan yang ingin menjaganya daripada lupus dek
arus pemodenan zaman.

Merujuk kepada hasil tulisan Hasnah Hussin dan Mardiana Nordin dalam buku
Pengajian Malaysia
, terbitan Oxford Fajar Sdn Bhd pada tahun 2007, usaha kerajaan ke arah pemupukan
hubungan etnik bermula setelah tahun 1957, iaitu selepas Tanah Melayu mencapai
kemerdekaan bagi mengatasi cabaran-cabaran yang telah dikemukakan sebelum ini.
Kerajaan merancang dan menyediakan pelbagai dasar dan pelan tindakan untuk
mencapai perpaduan dari pelbagai aspek. Kerajaan telah merangka Dasar Pendidikan
Kebangsaan sebagai landasan mewujudkan masyarakat yang bersatu padu. Penyata
Razak dan Ordinan Pelajaran yang telah termaktub sebelum merdeka telah disemak
semula menghasilkan Laporan Rahman Talib dan seterusnya dimaktubkan dalam
Akta Pelajaran, 1961 merupakan antara usaha awal kerajaan dalam sektor Pendidikan.
Matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan diharapkan dapat memenuhi keperluan
tenaga rakyat negara ini dalam jangka pendek dan panjang demi melahirkan
masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih.

Pelbagai Strategi Meningkatkan & Mengeratkan Hubungan Etnik di Malaysia

Antara strategi yang dirancang untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan


Kebangsaan ialah menjadikan Bahasa Kebangsaan bahasa pengantar yang utama,
mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis
sekolah, mewujudkan sistem peperiksaan yang sama dan sebagainya. Kerajaan
berusaha dengan lebih keras lagi dalam mencapai perpaduan berikutan berlakunya
peristiwa 13 Mei 1969 yang melibatkan rusuhan kaum yang amat dahsyat. Rentetan
peristiwa tersebut telah terbentuknya MAGERAN pada 17 Mei 1969 yang berfungsi
sebagai pengembali keamanan dan undang-undang negara; penentu pentadbiran yang
licin dan sempurna; dan pengembali keharmonian dan kepercayaan antara kaum.
MAGERAN didapati berjaya mengembalikan keamanan kepada negara selepas dua
tahun ditubuhkan. Seterusnya, pada tahun 1969 juga, Jabatan Perpaduan Negara(JPN)
dan Majlis Muhibah Negara(MMN) telah dibentuk. JPN yang diketuai Tan Sri Mohd
Ghazali Shafie telah ditubuhkan untuk membantu kerajaan menggerakkan dan
membimbing rakyat ke arah perpaduan negara. MMN pula ditubuhkan pada 18 Julai
1969 bertujuan memulihkan kepercayaan dan keyakinan antara kaum, mengkaji dan
mengatasi masalah untuk menghapuskan perselisihan faham, membantu dan
menyusun kerja-kerja sukarela. MMN dan JPN telah digabungkan pada 1Januari 1972
menjadi Kementerian Perpaduan Negara yang kini bergelar Kementerian Perpaduan
Negara dan Pembangunan Masyarakat yang ditugaskan untuk mengendalikan aktiviti-
aktiviti bercorak muhibah untuk masyarakat yang berbilang kaum. Selain itu, pada 29
Januari 1970 juga telah tertubuhnya Majlis Perundingan Negara(MAPEN) yang
bertanggungjawab untuk mengadakan garis panduan bagi kerjasama antara kaum dan
integrasi nasional untuk memupuk identiti kebangsaan di kalangan rakyat Malaysia
serta bertanggungjawab dalam pembentukan ideologi negara, iaitu Rukun Negara dan
perubahan perlembagaan.

Majlis ini dianggotai oleh pelbagai lapisan masyarakat seperti wakil-wakil dari
MAGERAN, wakil dari kerajaan negeri, wakil dari parti politik, wakil dari Sabah dan
Sarawak, wakil dari kumpulan agama, wakil dari badan profesional, wakil dari
perkhidmatan awam, wakil dari kesatuan sekerja dan persatuan majikan, wakil dari
akhbar, wakil guru-guru dan wakil dari kelompok minoriti bagi membolehkan mereka
membuat perbincangan secara berterus-terang. Kemuncak usaha kerajaan ekoran
peristiwa 13 Mei ialah terciptanya satu ideologi negara iaitu Rukun Negara yang
dihasilkan berasaskan kepercayaan, keyakinan dan iltizam untuk membentuk satu jati
diri rakyat Malaysia yang unggul serta bertujuan menyemai dan memupuk integrasi
nasional serta semangat perpaduan antara kaum. Rukun Negara dengan prinsip-
prinsip berdasarkan semangat Perlembagaan diharapkan dapat membentuk jati diri
rakyat negara ini sebagai satu bangsa Malaysia dan dijadikan sebagai pedoman dan
hala tuju dalam merancang program pembangunan negara. Secara khususnya, ia
merupakan ikrar yang menjadi acuan bagi integrasi nasional, pembentukan Bangsa
Malaysia dan ideologi negara.

Usaha kerajaan diteruskan lagi dengan Dasar-Dasar Pembangunan Negara yang


dirancang selaras dengan nilai-nilai sosioekonomi, politik, sumber kekayaan, aspirasi
masyarakat serta persekitaran global. Dalam konsep hubungan etnik, dasar-dasar
pembangunan negara merujuk kepada usaha kerajaan bersama rakyat untuk
melakukan perubahan dalam aspek sosial, kebudayaan, politik dan ekonomi secara
seimbang dan adil bagi semua kaum. Terdapat tiga pelan pembangunan negara yang
utama iaitu Era Dasar Ekonomi Baru (1971-1990), Era Dasar Pembangunan Nasional
(1991-2000) dan Era Dasar Pembangunan Negara. Dasar Ekonomi Baru (DEB)
merupakan salah satu usaha dasar ekonomi untuk mengubah masyarakat dan negara
daripada keadaan mundur kepada maju dalam pelbagai aspek kehidupan (kebendaan
dan bukan kebendaan). DEB dilancarkan oleh kerajaan Malaysia melalui Rangka
Rancangan Jangka Panjang(RRJP) yang bermatlamatkan untuk mengurangkan dan
seterusnya membasmi kemiskinan dengan menambah pendapatan dan
memperbanyakkan peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum dan
menyusun semula masyarakat untuk mengurang dan menghapuskan pengenalan kaum
mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

Antara usaha yang dijalankan untuk membasmi kemiskinan melalui DEB ialah
mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan, menambahkan daya
pengeluaran dan pendapatan, memberi peluang kepada orang yang bekerja di sektor
yang rendah daya pengeluarannya berpindah ke sektor yag lebih lumayan,
mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum dan antara kawasan (bandar
dan luar bandar), memodenkan kehidupan di luar bandar dan memperbaiki taraf dan
kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan, kesihatan, kemudahan infrastruktur dan
lain-lain. Seterusnya, Dasar Pembangunan Nasional(DPN) telah dilancarkan pada
tahun 1991 yang bermatlamat untuk mencapai pembangunan seimbang bagi
mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan adil. DPN merupakan pemangkin
negara ke arah menjadikan Malaysia sebagai negara maju dan digerakkan di atas
landasan yang kukuh ke arah membentuk pembangunan seimbang yang meliputi
aspek keadilan sosial, nilai, etika dan moral mengikut acuan tempatan.

Strategi DPN masih lagi berlandaskan strategi yang telah dibina oleh DEB iaitu
serampang dua mata dan diperkasakan pendekatannya dengan memasukkan beberapa
dimensi baharu dalam pelan tindakan, iaitu penegasan terhadap pembasmian
kemiskinan dengan dua tumpuan utama, iaitu menghapuskan kemiskinan tegar dan
mengurangkan kemiskinan relatif; menumpukan perhatian kepada pembangunan
sebuah Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) sebagai satu
strategi ke arah meningkatkan dan seterusnya mengekalkan penyertaan Bumiputera
dalam kegiatan ekonomi; meningkatkan penglibatan sektor swasta dalam proses
penyusunan semula masyarakat dan memebri lebih tumpuan kepada pembangunan
sumber manusia termasuk sistem nilai dan etika bagi mencapai matlamat
pertumbuhan ekonomi dan pengagihan yang saksama.

Usaha kerajaan diteruskan lagi dengan Dasar Wawasan Negara (2001-2010) atau
dikenali sebagai Wawasan 2020. ia merupakan respons kepada perkembangan
ekonomi, sosial dan politik yang berlaku pada peringkat nasional dan antarabangsa
serta menitikberatkan pembangunan menyeluruh dan bukan sahaja pembangunan
ekonomi tetapi dari segi politik, ekonomi, sosial, kerohanian, kejiwaan dan
kebudayaan. Menjelang tahun 2020, Malaysia dijangka mampu menjadi sebuah
negara yang bersatu padu dengan masyarakat Malaysia mempunyai nilai moral dan
etika yang utuh, penyayang, adil dan saksama, berkeyakinan serta mampu bersaing.
Dalam kertas kerja berjudul Malaysia Melangkah ke Hadpan(1991) yang
dibentangkan pada sidang pertama Majlis Perdagangan Malaysia di Kuala Lumpur
pada 28 Februari 1991 menyatakan terdapat sembilan cabaran yang dikenalpasti untuk
merealisasikan Wawasan 2020. Sememangnya, negara Malaysia telah berusaha untuk
mencapai kesembilan matlamat itu. Walaupun banayak matlamat itu menumpukan
kepada pembangunan ekonomi, pembangunan keseluruhannya tidak boleh
diketepikan. Hal ini disebabkan pembangunan keseluruhan dari aspek politik, sosial
dan ekonomi yang mampu menyatukan rakyat. Pembangunan yang seimbang dari
setiap sudut itu mampu menggerakkan pelbagai kaum di Malaysia untuk hidup secara
harmoni dan sejahtera.

Pelan Tindakan Perpaduan & Integrasi Nasional telah dirancang oleh Jabatan
Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Ia merupakan rancangan lima tahun iaitu
dari 2005-2010 yang merancang pelbagai usaha untuk memupuk dan
mempertingkatkan perpaduan dan integrasi nasional. Pelan ini mengandungi pelbagai
strategi yang dirancang dari pelabagai aspek seperti strategi politik, ekonomi,
pendidikan, penggunaan Bahasa Kebangsaan, Agama, Kebudayaan, Integrasi
Wilayah, Keselamatan, Pembangunan Kawasan, Penggunaan Tenaga Manusia, Media
Massa, Kesukanan, Pemasyarakatan Perpaduan, Pertubuhan Sukarela, Penyelidikan
Dan Penerbitan Bahan Bacaan, Pemantauan Isu-isu Semasa dan Konflik, Penubuhan
Panel Penasihat Perpaduan Negara (PANEL) dan Jawatankuasa Penasihat Perpaduan
Peringkat Negeri (JKPPN), program dan aktiviti perpaduan, Sekolah Wawasan dan
Program Latihan Khidmat Negara. Kesemua program, pelan dan aktiviti yang
dirancang telah dijalankan dengan bertujuan supaya masyarakat dapat melibatkan diri
dan memupuk hubungan etnik yang erat antara rakyat di negara ini. Melalui
pembacaan beberapa karya Fatimah Azzahra & Yusri Ab. Malik. Siri Perpaduan
Negara-Perpaduan Antara Kaum, terbitan Penerbit Setiamas pada tahun 1995.
Masyarakat Malaysia merupakan sebuah masyarakat majmuk yang mempunyai
pegangan agama, bahasa dan adat istiadat tersendiri.

Perhubungan politik dan ekonomi dengan dunia luar, proses penjajahan barat dan
kemasukan orang asing erupakan faktor utama yang bertanggungjawab mewujudkan
masyarakat berbilang kaum di negara ini. Malaysia terdiri daripada masyarakat yang
„multiracial‟ dan „multiculture‟ yang mempunyai asas-asas kukuh untuk
mewujudkan masyarakat yang lebih berbudaya, berilmu, bermoral, dan mendokong
cita-cita murni bangsa Malaysia berteraskan konsep negara bangsa.Melalui konsep
negara bangsa ini, semua masyarakat mendukung satu bangsa dan satu negara yang
tegak di atas satu identiti negara yang sama yang dimenifestasikan oleh pemikiran,
nilai-nilai sosio-budaya, lambang-lambang dan sentiasa berpegang kepada jiwa
kemanusiaan dan kerohanian yang tinggi. Bangsa yang bertamadun mempunyai
identiti peradabannya yang tersendiri. Masyarakat berperanan dalam pemupukan
hubungan etnik agar negara kita malaysia sentiasa dalam keadaan aman dan selesa.

Salah satu contoh peranan masarakat adalah dalam penerimaan budaya. Secara
amnya, memang ada kesamaan unsur kebudayaan antara ketiga- tiga golongan rakyat
di negara ini. Ciri- ciri hindu telah meresap masuk ke dalam kebudayaan masyarakat
melayu. Dari kepelbagaian budaya ini akan menyatukan nilai pelbagai bangsa. Orang
cina yang datang ke negara ini untuk bekerja di lombong- lombong bijih timah
diterima menjadi warganegara malaysia akhirnya. Persesuaian yang kelihatan antara
tiga golongan utama iaitu melayu, cina, dan india berasaskan ciri budaya yang sama.
Antaranya ialah mementingkan kekeluargaan dengan menghormati ibu bapa dan adik
beradik. Disamping itu kepentingan agama didahulukan.. Satu daripada cara mencapai
perpaduan di antara kaum ialah menjaga budi bahasa serta akhlak dalam pergaulan.
Perbezaan agama serta kepercayaan tidak mengurangkan kepentingan pemupukan
budl bahasa. Adat istiadat adalah peraturan yang sentiasa dlpatuhl dan diamalkan
dalam masyarakat Malaysia terutamanya pada hari perayaan. Adat istiadat ini
mencirikan Kebudayaan Kebangsaan.

Antara hari-hari perayaan yang sama-sama dihormati ialah Hari Kebangsaan Malaysia
pada 31 Ogos, Hari Deepavali, Tahun Baru Cina, Hari Raya, Sambutan Maulud Nabi
Muhammad s.a.w, Hari Keputeraan rasmi DYMM Yang di-Pertuan Agong Malaysia
Malaysia sememangnya terkenal sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat
majmuk dan kukuh dengan warisan budaya dan budi bahasa yang tinggi. Kesemua
adat resam ini sama-sama saling difahami dan dihormati oleh semua lapisan
masyarakat agar perhubungan kaum dapat dijalinkan dengan erat. Bagi masyarakat
Melayu terdapat beberapa· adat-adat kunjung mengunjung dalam masyarakat. Bagi
pengunjung beragama Islam hendaklah memmberi salam ‘Assalamu’alaikum’.
Pengunjung bukan Islam memadai mengucap selamat sahaja. Setiap pengunjung yang
hendak masuk ke dalam rumah orang Melayu perlu menanggalkan kasut.

Bagi masyarakat India pula terdapat kepelbagaian adat bergantung kepada


keturunannya sama ada Tamil, Punjabi atau India Utara. Antaranya secara umum
ialah semasa memberi hormat, kaum India terdapat berbagai-bagai cara dan
kebiasaannya dengan merapatkan tapak tangan dan mengangkatnya hingga ke dada
sambiI mengucapkan kata-kata yang bermaksud selamat. Semasa berkunjung, tetamu
mestilah membuka kasut kecuali jika tuan rumah membenarkannya. Kunjungan pula
seeloknya dibuat pada hari dan masa yang dikira sesuai. Kunjungan ke rumah orang
yang baru berpindah tidak sesuai dibuat pada hari Ahad, Selasa dan Khamis. Apabila
hendak pulang tetamu hendaklah terlebih dahulu meminta diri daripada tuan rumah
dengan mengatakan ‘saya akan datang lagi’ serta berjabat tangan. Masyarakat Cina
pula mempunyai adat tersendiri di dalam menerima tetamu. Semasa berkunjung ke
rumah orang dna, tetamu seelok-eloknya duduk di sebelah kiri tuan rumah. Ini
menunjukkan tetamu itu menghormati tuan rumah.

Tetamu hanya dilihat sopan apabila minum setelah dipersilakan oleh tuan rumah
berulang kali. Adalah dianggap tidak sopan jika mengunjung rumah keluarga Cina
sewaktu mereka sedang makan kecuali kunjungan itu khusus menghadiri jamuan.
Adat-adat ini banyak membantu dalam menggeratkan perpaduan di antara kaum.
Orang Melayu, Cina dan India sama-sama saling memahami adat dan kebudayaan
masing-masing. Dengan ini tidak timbullah persoalan ketidaksefahaman antara kaum.

Kesimpulan Mengenai Hubungan Etnik di Malaysia

Kesimpulannya, perpaduan kaum adalah perkara utama yang harus diberi perhatian
kerana pemupukan hubungan etnik antara masyarakat adalah amat penting bagi
negara Malaysia yang bermasyarakat majmuk serta menjamin kestabilan politik dan
ekonomi negara. Kerajaan sentiasa prihatin dan mengambil berat terhadap isu
perpaduan ini supaya dapat mengekalkan keharmonian kehidupan di negara kita
selain menjaga kemerdekaan yang telah dicapai melalui perpaduan nenek moyang
kita. Oleh yang demikian, setiap kaum, golongan masyarakat dan semua pihak adalah
terlibat bekerjasama dalam mencapai usaha yang murni ini bagi menjamin kehidupan
sejahtera yang berpanjangan.

Hubungan Etnik di Malaysia by EduWeb SGO

https://image.slidesharecdn.com/cabaran-cabarandalammengeratkanhubunganetnik-
141108060309-conversion-gate01/95/cabaran-cabaran-dalam-mengeratkan-hubungan-
etnik-2-638.jpg?cb=1415426635

Anda mungkin juga menyukai