Anda di halaman 1dari 17

Ciri keenam murid dalam PPPM ialah beridentiti nasional.

Identiti
nasional terhubung dengan asas kesetiaan atau patriotisme
kepada cita-cita bernegara yang luhur.

Ia juga terkait dengan jati diri keMalaysiaan di mana usaha dan


pengorbanan dilakukan dengan bijaksana supaya Malaysia
menjadi aman dan makmur.

Identiti nasional yang kukuh melalui penghayatan prinsip Rukun


Negara diperlukan untuk kejayaan dan masa depan Malaysia.
Setiap murid berbangga dikenali sebagai rakyat Malaysia tanpa
mengira etnik, agama dan status sosioekonomi.

Semangat patriotik perlu dipupuk dalam diri setiap murid dengan


memahami sejarah negara, dan berkongsi aspirasi yang sama
untuk masa depan negara.

Demi mewujudkan identiti nasional yang sebenar, semangat


kerangkuman yang teguh amat diperlukan. Identiti nasional akan
dapat dicapai bukan hanya belajar memahami dan menerima
kepelbagaian tetapi juga menghayati kepelbagaian yang beri
manfaat.

Dalam tradisi Islam kepelbagaian itu sesuatu yang fitrah.


Keupayaan melakukan litaarrafu (al-Quran: Al Hujurat: 13) atau

kekenalan menjadi asas kerjasama dan sifat saling melengkapi


terhadap asas-asas yang baik.

Orang Cina dan India ada tamadunnya sendiri yang boleh dirujuk.
Pemikiran Kongfuzi umpamanya membawa falsafah kemanusiaan
yang tinggi. Jika ini dihayati oleh orang-orang Cina, nilai-nilai
interaktif akan menjadi lebih subur.

Hal yang sama boleh terjadi apabila nilai-nilai kerohanian orang


Islam seperti amanah, adil, jujur dan bijaksana dijadikan landasan
amalan dalam kehidupan ia akan memberi kesan baik kepada
orang lain kerana selari dengan fitrah insani.

Amat penting identiti nasional dipupuk dan dibentuk berasaskan


nilai-nilai kerohanian dan moral yang tinggi kerana ia memiliki
ukur tara mengenai salah-benar dan buruk-baik sesuatu.

Cintakan negara, kesediaan untuk berkorban, asas tolak ansur


yang baik, pemahaman terhadap perbezaan dan persamaan
adalah antara faktor penting membangun semangat patriotisme
ini supaya wujud keinsafan yang mendalam, di mana bumi dipijak
di situ langit dijunjung.

Perkara-perkara yang disepakati harus diperkukuhkan supaya


muafakat menjadi terserlah. Berlakunya perbezaan harus
disantuni dengan bijaksana supaya etika perbezaan
mempedoman setiap warga kita menyelesaikan sesuatu dengan
penuh berhemah.

Malah, murid dan pelajar harus dididik supaya sifat kerjasama


yang luas harus dikembangkan supaya rasa perkongsian yang
tinggi, semangat kekitaan yang murni disemai dengan baik. Bila
mereka dewasa nanti ia menjadi asas yang baik supaya
kerjasama terlihat dalam perniagaan, pendidikan dan juga
hubungan sosial.

Meski ia tidak mudah tetapi itulah asas-asas perpaduan yang


perlu dibina supaya tidak wujud polarisasi yang menjejas
hubungan antara kaum.

Kalau setiap orang di kalangan generasi muda mempunyai


kesedaran dan keinsafan yang tinggi mengenai pentingnya
kerjasama dan perpaduan ia adalah petanda baik untuk
membangun nilai-nilai patriotisme.

Tanpa nilai-nilai patriotisme, perasaan cinta dan sayangkan


negara tidak akan wujud. Yang dipentingkan ialah laba dan
keuntungan kewangan dan menyebabkan polarisasi terjadi.

Keadilan harus dijadikan asas terbaik mencapai cita-cita murni


negara dengan rasa tolak ansur yang tinggi dan semangat
pengorbanan di mana yang wajar supaya asas-asas
Perlembagaan dapat didukung secara saksama untuk kebaikan
semua.

Tidak mudah untuk membentuk asas perpaduan sejati dari sudut


jiwa dan pemikiran masyarakat Malaysia. Pilihan yang ada bagi
anak-anak kita dan generasi muda ialah kesediaan menyuburkan
titik-persamaan dan memahami titik-perbezaan supaya
keharmonian terjadi.

Tanpa asas ini binaan identiti nasional tidak akan mudah terjadi
kerana masing-masing kaum memikirkan diri sendiri tanpa
kesediaan untuk memahami dan mencari jalan kerjasama dengan
orang lain. Ia bakal menyebabkan pola-pola perkauman
berkembang dan tidak baik untuk membangunkan sebuah negara
Malaysia yang maju, aman dan damai.

PENDAHULUAN

Malaysia adalah sebuah negara yang penduduknya terdiri


dari pelbagai kaum yang mengamalkan cara hidup yang
tersendiri. Perbezaan ini dapat dilihat melalui bahasa, politik
,ekonomi , tempat tinggal dan hubungan sosial. Masyarakat
Malaysia terdiri daripada kaum Cina, kaum India, kaum Melayu.
Manakala di Sabah dan Sarawak terdapat kaum Kadazan,Iban
,Kayan, Bajau, Bidayuh dan banyak lagi. Mereka ini juga dianggap
sebagai kaum Bumiputera selain orang-orang Melayu termasuk
orang Asli . Intergasi pula membawa maksud penyatuan
kelompok masyarakat yang mempuntai latar belakang yang
berbeza ,lalu menjadi satu entiti yang terikat oleh nilai serta
kepentingan bersama. Ia juga berperanan untuk menyatupadukan
pelbagai kelompok dalam masyarakat melalui identiti bersama
kerana perpaduan rakyat menjadi teras kepada kemerdekaan
negara yang berdaulat .

Malaysia seperti negara lain yang ingin mencapai kemajuan dan


negara kita sedang menuju negara maju berdasarkan Wawasan
2020 . Oleh itu untuk mencapai impian ini negara mestilah
menyatupadukan semua kaum dengan melaksanakan pelbagai
dasar seperti Rukun Negara , Dasar Pendidikan, Dasar
Kebudayaan Kebangsaan , Dasar Ekonomi Baru, Wawasan 2020
dan Dasar Pembangunan Negara.Justeru itu semua kaum di
Malaysia diwajibkan memahimi , menerima , menghormati dan
mengamalkan nilai hidup dan identity yang sama bagi
membentuk rakyat yang sama selaras dengan impian konsep
1Malaysia.

KEPENTINGAN INTEGRASI KAUM DAN HUBUNGAN ETNIK

Hubungan etnik yang mantap sangat perlu dalam


kalangan rakyat sesebuah negara yang mempunyai kepelbagaian
kaum yang terdiri dari kaum Melayu , kaum Cina dan kaum India .
Kaum-kaum ini juaga terdiri daripada pelbagai agama, bahasa,
budaya dan etnik yang tersendiri. Kaum Melayu terdiri daripada
etnik Jawa. Bugis , Rawa , Banjar yang datang dari kepulauan
Indonesia. Manakala kaum Cina terdiri daripada etnik Kwangsi,
Hakka, hokien , Kantonis, Teochem dan Hainan. Bagi kaum India
pula mereka terdiri dari kasta Maruthuvar,Vanniyar ,Thevar ,Nadar

,Yadhavar dan Adhi Dravidar. Kesemua etnik ini mempunyai


bahasa yang berbeza dan cara hidup yang berbeza.

Oleh itu, kerajaan mestilah berusaha untuk menyatukan


hubungan etnik, perpaduan dan integrasi amat penting bagi
mewujudkan kestabilan politik dan seterusnya pembangunan
negara berjalan rancak tanpa sebarang gangguan ataupun
berlakunya prasangka antara kaum.Selain itu juga Integrasi kaum
dan hubungan etnik sangat penting supaya tenaga negara dapat
disalurkan kepada memajukan negara .Selaras dengan harapan
pemimpin negara untuk mencapai negara maju menjelang 2020.
Sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum dan
etnik, perkara ini dianggap penting kerana kemajuan sesebuah
negara adalah bergantung kepada perpaduan rakyat di negara .
Lantaran itu Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Najib bin
Tun Abdul Razak telah menekankan tentang pentingnya
perpaduan kaum atau integrasi kaum di negara ini diperkukuhkan
melalui slogannya iaitu Satu Malaysia dengan perkara asas yang
perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan
hormat-menghormati sesama kaum.

CABARAN INTEGRASI KAUM DAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

Cabaran utama yang menghalang intergrasi kaum dan


hubungan etnik di negara kita adalah bersangkutan dengan nilai
hidup iaitu prasangka, perkauman , etnosentrisme , sosioekonomi

dan pemisahan fizikal. Kesemua perkara ini membawa


perpecahan antara kaum dan etnik kerana mereka masih kukuh
kepada peranan tradisional dan berpegang teguh kepada nilainilai yang terbatas antara kaum. Masalah hubungan etnik dan
intergrasi kaum ini berpunca daripada dasar-dasar British ketika
menjajah Tanak Melayu dulu.

Sikap prasangka buruk antara kaum dan mengutamakan


etnik sendiri menjadi penghalang kepada perpaduan antara
kaumdan bercorak generalisasi dan stereotaip di atas bukti-bukti
yang tidak kukuh. Masalah prasangka buruk antara kaum ini
bermula dari Era Penjajahan British yang menjalankan
pemerintahan Dasar Pecah dan Belah yang telah menjarakkan
perpaduan antara kaum. Begitu juga Era Pendudukan Jepun yang
telah mengamalkan sikap berat sebelah dengan semangat antiCina telah memberi peluang kepada kaum Melayu membabitkan
diri dalam bidang perniagaan keadaan ini telah menimbulkan
kemarahan kaum Cina . Setelah Jepun menyerah kalah kaum Cina
telah mengambil tindakan dengan membalas dendam kepada
kaum Melayu ,kesannya berlakulah pergaduhan antara kaum.

Manakala perkauman pula merupakan sikap mementingkan


kumpulan etnik sendiri dalam bidang politik ,ekonomi dan sosial
atau kebudayaan dimana satu-satu etnik memntingkan kaumnya
sendiri. Sikap perkauman ini boleh menwujudkan hubungan yang
tegang dan menjarakkan sosial antara individu. Sikap perkauman
ini boleh menghalang perpaduan rakyat sekali gus merencatkan
kemajuan negara. Etnosentrisme pula merujuk kepada
kepercayaan bahawa unsure-unsur budaya sendiri adalah yang

terbaik dari budaya etnik lain. Sikap ini menghalang interaksi dan
pergaulan yang luas antara kaum dan etnik.

Kedudukan geografi juga mempengaruhi masalah integrasi kaum


dan hubungan etnik kerana jarak yang jauh menyukarkan
perhubungan dan sukar mengenali etnik lain. Sebagai contoh
kedudukan Sabah dan Sarawak yang terpisah dengan
Semenanjung Malaysia sukar untuk berhubung dan ia boleh
menimbulkan prasangka antara kaum dan etnik.

USAHA INTEGRASI KAUM DAN HUBUNGAN ETNIK

Dalam Perlembagaan terkandung beberapa perkara yang


menjurus kepada kesamarataan kaum seperti hak istimewa orang
Melayu dan Bumiputera dan kerakyataan bagi kaum Cina dan
kaum India. Bagi hak istimewa kaum Melayu dan Bumiputera
adalah bertujuan untuk membangunkan kaum Melayu demi
menyumbangkan kedudukan ekonomi dan sosial anata kaum.
Kewujudan Akta keselamatan Dalam Negari (ISA) adalah
bertujuan menjaga kepentingan dan keselamatan dalam negeri
dengan tujuan utama mencegah daripada sesiapa rakyat
membangkitkan isu-isu sensitive di khalayak ramai bagi menjaga
persefahaman rakyat. Penyatuan parti-parti berbilang kaum
seperti Barisan Nasional adalah sangat wajar bagi menyelesaikan
masalah yang dihadapi dengan penuh kesamarataan.

Dalam bidang ekonomi pula ketidaksamarataan telah


mewujudkan jurang yang sangat besar antara kaum dan etnik
dan ia menjadi penghalang kepada integrasi dan perpaduan kaum
serta etnik. Lantaran itu kerajaan telah mewujudkan usahawanusahawan Melayu dengan cara memberi bantuan, pinjaman
,lessen dan kontrak pekerjaan. Di samping itu juga agensi
kerajaan seperti PERNAS,MARA dan UDA turut membantu orang
Melayu dengan aktif terutama dalam bidang perniagaan agar
matlamat Dasar Ekonomi Baru tercapai. Kerajaan juga
mengalakkan kaum bumiputera membeli saham tajaan kerajaan
seperti MARA dan PNB. Tidak ketinggalan juga kerajaan telah
membangunkan tanah seperti FELDA, RISDA , KEJORA , KESEDAR
dan FELCRA unbtuk mermbangunkan kedudukan ekonomi dan
sosial kaum bumiputera.

Pembangunan tanah secara berkelompok atau menggunakan


pendekatan agropolitan akan dilaksanakan untuk pembangunan
pertanian kepada masyarakat Orang Asli serta Bumiputera Sabah
dan Sarawak. Pemberian tanah ini untuk golongan ini akan
membolehkan mereka memajukan dengan bantuan kerajaan. Di
samping itu mereka turut diberi akses yang lebih baik kepada
infrastruktur dan kemudahan awam seperti jalan, pendidikan dan
kemahiran. Kerajaan tidak mahu ada golongan atau kumpulan
yang tertinggal dalam pelaksanaan RMK 10 kerana keadilan sosial
perlu diutamakan. Pemberian tanah serta usaha memajukan
pertanian secara berkelompok membolehkan mereka menikmati
pendapatan yang lebih lumayan.

Dalam bidang sosial dan kebudayaan amalan pengkongsian


pelbagai kaum dan etnik telah dilakukan semenjak merdeka lagi
terutama dalam bidang pendidikan .Kurikulum pendidikan juga
telah diubahsuai bagi pengenalan kepada unsur budaya pelbagai
kaum dan etnik yang terdapat di Negara kita. Pengiktirafan
kerajaan terhadap kepentingan pendidikan yang berteraskan
agama juga tidak ketinggalan dalam perancangan RMK10.
Bantuan merupa dana tahunan disediakan untuk sekolah-sekolah
agama, sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil juga kepada
sekolah mubaligh . Ia adalah bertujuan memupuk hubungan
antara kaum dan etnik, supaya kaum-kaum lain yang terdapat di
Negara kita tidak terasa dipinggirkan oleh kerajaan.

Satu daripada penanda aras atau indikator negara maju ialah


penjagaan dan perkhidmatan kesihatan yang lengkap di samping
rakyatnya sihat dan cerdas. Penyediaan kemudahan kesihatan
yang menyeluruh serta bertaraf dunia telah lama dilaksanakan
oleh kerajaan. Kerajaan sentiasa memastikan tidak ada kawasan
atau rakyat yang tidak mendapat perkhidmatan kesihatan di
negara ini. Sejak RMK pertama hingga RMK10 perkhidmatan
kesihatan sentiasa diberi perhatian yang serius oleh kerajaan.
Banyak hospital, pusat kesihatan, klinik, klinik bergerak tidak
ketinggalan juga hospital pakar telah banyak didirikan di setiap
negeri dalam negara ini. Peruntukan yang berbilion ringgit setiap
tahun telah diberi kepada sektor kesihatan bagi menjamin kualiti
kesihatan kepada rakyat. Ia dalaha bertujuan menjamin kesihatan
rakyat terjamin tanpa mengira bangsa contohnya dengan
kewujudan Klinik 1 Malaysia. Tanpa mengira lokasi sama ada
bandar, pedalaman atau taman perumahan, kerajaan sentiasa
menyediakan kemudahan kesihatan kepada rakyat. Tidak ada
mana-mana kawasan atau rakyat yang terpinggir daripada
menikmati peluang kesihatan percuma di negara ini. Keprihatinan

kerajaan menyediakan kemudahan kesihatan bertujuan


mewujudkan rakyat Malaysia yang sihat, cergas dan mampu
melaksanakan pembangunan untuk negara atau menyumbang
secara yang mampu.

Kemewahan dan nikmat pembangunan yang dikecapi rakyat


Malaysia kini telah menyebabkan pertambahan bilangan pesakit.
Pelbagai penyakit sama ada kronik atau wabak semakin
bertambah di negara ini menyebabkan kebanyakan hospital
kerajaan menjadi sesak. Prihatin dengan situasi ini, kerajaan
sentiasa menambah bilangan hospital dengan membina
bangunan tambahan atau baru. Empat buah hospital baru dan
empat yang akan dinaik tarafkan telah disediakan untuk
memberi kemudahan dan keselesaan kepada rakyat yang
memerlukan rawatan.Konsep kebudayaan nasional telah
diperkenalkan pada tahun 1970 adalah bertujuan untuk
memperkenalkan identity nasional. Di Negara kita kebudayaan
nasional adalah berasaskan kebudayaan Melayu di samping
menerima unsur-unsur kebudayaan lain .

ASAS PERPADUAN KAUM DAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

Pencapaian penyatupadukan kaum dan etnik di Negara


kita jelas Berjaya apabila perkongsian kuasa politik telah terjalin
dengan jayanya sebagai contoh dalam UMNO . Begitu juga dalam
system demokrasi berpalimen yang diamalkan di Negara kita
.Setiap ahli politik yang mewakili diberi kuasa untuk menyuarakan
pendapat dari pelbagai etnik ,walau bagaimanapun masih terikat

dengan undang-undang yang telah kita setujui bersama ketika


perlembagaan Tanah Melayu hendak dibentuk dulu. Setiap rakyat
juga diberi kebebasan bersuara untuk menjaga kepentingan diri
dan keluarga tetapi masih terikat dengan undang-undang dan
peraturan tertentu . Semua ini bertujuan untuk menjaga intergrasi
kaum dan hubungan etnik supaya sentiasa terjalin dengan
muhibah.

Sebenarnya ekonomilah yang memainkan peranan yang sangat


penting dalam memupuk integrasi kaum dan hubungan etnik
yang mesra .Pertumbuhan ekonomi yang berterusan dan baik
dapat meningkatkan perpaduan yang utuh. Disamping itu
kerajaan juga dapat mengendalikan program ekonomi yang lebih
berkesan, sebagai contoh komuniti kaum Melayu telah semakin
maju dalam bidang ekonomi dan terlibat aktif dalam bidang
perniagaan. Melalui DEB yang mempunyai serampang dua mata
juga telah Berjaya memenuhi keperluan semua kaum dan etnik
dan tidak merugikan sesiapapun.

Tolak ansur dalam budaya juga telah menambahkan kemesraan


antara kaum dan etnik apabila bahasa Melayu dijadikan bahasa
rasmi dan bahasa ibunda lain masih boleh digunakan dengan
bebas tanpa sekatan. Kaum-kaum lain dan kumpulan etnik bebas
mempelajari bahasa ibunda tanpa dikenakan hukuman. Begitu
juga dengan amalan budaya lain masih boleh diteruskan oleh
komuniti walaupun budaya Melayu jelas diamalkan di Negara kita.
Tolak ansur ini bertujuan menjaga perasaan semua kaum dan
etnik di Negara kita supaya semua prasangat dapat dihapuskan.
Kerajaan juga tidak lupa menganjurkan kongsi raya bagi
mewujudkan penyatuan dalam konsep 1 Malaysia. Begitu juga

kunjungan muhibah yang diadakan sempena rumah terbuka


setiap kali perayaan yang diadakan oleh Perdana Menteri dan ahli
kabinet lain.

Identiti Nasional
Identiti nasional yang kukuh melalui penghayatan prinsip Rukun
Negara, diperlukan untuk kejayaan dan masa depan Malaysia.
Setiap murid akan berbangga dikenali sebagai rakyat Malaysia
tanpa mengira etnik, agama atau status sosioekonomi. Semangat
patriotik perlu dipupuk dalam diri setiap murid dengan cara
memahami sejarah negara, dan berkongsi aspirasi yang sama
untuk masa depan negara. Demi mewujudkan identiti nasional
yang sebenar, semangat keterangkuman yang teguh amat
diperlukan. Identiti nasional akan dapat dicapai bukan hanya
belajar memahami dan menerima kepelbagaian, tetapi juga
menghayati kepelbagaian.Perbincangan Buat perbincangan dalam
kumpulan mengenai langkah-langkah yang boleh dilaksanakan
oleh guru di sekolah bagi memenuhi ciri-ciri utama aspirasi setiap
murid.Sebelas Anjakan Utama Untuk Mentransformasi Sistem
Pendidikan NegaraKementerian telah mengenal pasti 11 anjakan
yang perlu dilakukan bagi menghasilkan perubahan yang
dihasratkan oleh semua rakyat Malaysia. Setiap anjakan perlu
memberi impak kepada sekurang-kurangnya satu daripada lima
keberhasilan sistem, iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan, dan
kecekapan. Kualiti menjadi fokus utama merentasi semua anjakan

kerana kualiti merupakan dimensi penting yang perlu diberikan


perhatian segera. Sebahagian daripada anjakan ini merupakan
perubahan strategi dan hala tuju pendidikan. Anjakan yang lain
merupakan perubahan pelaksanaan dalam cara Kementerian dan
sekolah melaksanakan dasar sedia ada. Sama ada perubahan
bersifat strategi atau pelaksanaan, semuanya menggambarkan
anjakan daripada amalan semasa. Sebelas anjakan tersebut
adalah :
Anjakan 1: Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidika
berkualiti bertaraf antarabangsa
.Anjakan 2: Memastikan setiap murid menguasai kemahiran
dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dan digalakkan
mempelajari bahasa tambahan.
Anjakan 3: Melahirkan rakyat yang menghayati nilai.
Anjakan 4: Mentransformasi profesion keguruan menjadi profesion
pilihan.
Anjakan 5: Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi
ditempatkan di setiap sekolah.
Anjakan 6: Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan
penyelesaian khusus berasaskan keperluan.
Anjakan 7: Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti
pembelajaran di Malaysia.
Anjakan 8: Mentransformasi kebolehandan keupayaan
penyampaian Kementerian.
Anjakan 9: Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti, dan sektor
swasta secara meluas.
Anjakan 10:Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap
ringgit

.Anjakan 11:Meningkatkan ketelusan untuk


kebertanggungjawaban awam secara langsung.
Layari Internet Dengan merujuk laman web
http://www.moe.gov.my/v/pelan-pembangunan-pendidikanmalaysia-2013-2025 anda dikehendaki membuat nota peta minda
mengenai anjakan utama transformasi sistem pendidikan
negara.Urutan Anjakan TransformasiBerdasarkan keperluan
membina kebolehan dan keupayaan sistem pendidikan negara,
Kementerian telah menyusun transformasi yang akan
dilaksanakan dalam tiga gelombang; gelombang satu, gelombang
dua dan gelombang tiga.

Perpaduan:

Murid yang berusia antara 7 hingga 17 tahun menghabiskan


lebih satu perempat daripada masa mereka di sekolah. Melalui
interaksi bersama murid lain daripada pelbagai latar belakang
sosioekonomi, agama dan etnik, murid belajar memahami,
menerima dan menghayati perbezaan. Keadaan ini mewujudkan
suatu perkongsian pengalaman dan aspirasi bagi membina masa
hadapan Malaysia. Kementerian berhasrat menjana suatu sistem
pendidikan yang memberi peluang kepada murid berkongsi

pengalaman dan aspirasi demi membentuk dan memperkukuhkan


lagi asas perpaduan rakyat Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai