Anda di halaman 1dari 30

Langkah Mengukuhkan Perpaduan Dalam

Kalangan Rakyat Malaysia


September 15th, 2014
Setiap tahun menjelang sambutan ulang tahun Hari Kemerdekaan, rakyat Malaysia tidak asing
lagi dengan tema sambutan yang silih berganti. Jika slogan tersebut dibaca dan diteliti, ia akan
membawa satu mesej yang sama iaitu kepentingan masyarakat berbilang kaum, budaya dan
agama di negara ini agar hidup bersatu-padu, saling menghormati antara satu sama lain serta
saling membantu sesama jiran tetangga.
Perpaduan yang kuat dan kukuh antara rakyat mampu menjana kejayaan dan kecemerlangan bagi
kesejahteraan serta kemakmuran negara. Oleh yang demikian, perpaduan dan keharmonian
adalah elemen yang sangat penting dalam mengekalkan keharmonian dalam kalangan
masyarakat Malaysia. Tanpa perpaduan, nescaya kemerdekaan dan kedaulatan negara yang telah
diperoleh sejak sekian lama akan hilang dalam sekelip mata. Persoalannya, bagaimanakah kita
dapat mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini?
Sebagai langkah pertama dalam membentuk perpaduan, rakyat haruslah bergaul dan memupuk
persefahaman antara kaum. Dalam keadaan tersebut, ibu bapa perlulah sentiasa menerapkan
nilai-nilai perpaduan dalam diri anak-anak sejak kecil lagi. Bak kata pepatah, melentur buluh
biar dari rebungnya.
Anak-anak digalakkan berkomunikasi dengan jiran yang berlainan bangsa dan ibu bapa juga
disarankan membawa anak-anak mereka mengunjungi rumah jiran semasa hari lebaran atau
perayaan. Dengan cara itu, ibu bapa dapat menjadi suri teladan kepada anak-anak dan
membolehkan mereka menghayati keistimewaan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada
pelbagai jenis kaum dan etnik.
Selain itu, ibu bapa juga boleh berkomunikasi dengan anak-anak dalam pelbagai bahasa,
misalnya bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, dan bahasa-bahasa ibunda. Apabila golongan muda
menguasai pelbagai bahasa, mereka dapat berkomunikasi dengan rakan yang berlainan bangsa
dengan mudah. Pokoknya, nilai-nilai perpaduan dan permuafakatan hendaklah didedahkan
kepada generasi muda sejak awal lagi agar jiwa perpaduan dalam diri mereka dapat berkembang
dengan sempurna.
Seterusnya, institusi-institusi pendidikan perlu bertanggungjawab menerapkan semangat bersatupadu dalam kalangan pelajar berbilang kaum. Antara langkah yang dapat diambil adalah dengan
memberikan kerja-kerja berkumpulan. Dalam konteks ini, guru-guru hendaklah membahagikan
pelajar secara berkumpulan dalam melaksanakan projek-projek sekolah, seperti kajian sains,
persembahan, dan sambutan-sambutan majlis di sekolah.
Guru-guru juga haruslah membahagikan kedudukan pelajar dengan sempurna untuk
menggalakkan pelajar berkomunikasi dengan pelajar-pelajar yang berlainan kaum dan bukannya
sesama satu kaum sahaja. Dalam proses menjayakan inisiatif-inisiatif tersebut, guru tidak boleh
mencetuskan isu-isu sensitif semasa mengajar, misalnya dengan mengagung-agungkan warisan

budaya sendiri dan mengejek budaya kaum lain. Pendek kata, pelajar-pelajar dan guru-guru
perlulah bekerjasama demi menzahirkan semangat perpaduan di peringkat sekolah.
Di samping itu, golongan pelajar perlulah belajar dan menghayati sejarah negara agar dapat
memahami erti perpaduan negara. Sebagai satu daripada langkah untuk mewujudkan
permuafakatan bangsa, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mewajibkan pelajar-pelajar agar
lulus dalam mata pelajaran Sejarah di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun
2013.
Langkah tersebut diharapkan dapat menyedarkan anak-anak bangsa tentang akibat kurangnya
perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat. Mengetahui dan memahami peristiwa yang
berlaku dalam sejarah negara seperti tragedi berdarah 13 Mei 1969, sudah tentu golongan muda
dan belia akan lebih menghargai perpaduan dan keharmonian yang dikecapi selama ini.
Pemahaman rakyat Malaysia tentang sejarah tanah air dapat menyemai semangat perpaduan
dalam diri mereka.
Pada masa yang sama, rakyat Malaysia hendaklah menghindari sebarang tindakan yang boleh
mencetuskan provokasi kaum. Walaupun rakyat diberi hak kebebasan bersuara, mereka haruslah
tidak mengambil kesempatan dengan mencetuskan isu-isu sensitif dan kontroversi yang dapat
merosakkan rasa muhibah dan perpaduan.
Masyarakat setempat juga boleh memainkan peranan dalam mengukuhkan perpaduan kaum di
negara ini melalui penganjuran aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong, Program Rukun
Tetangga, dan kempen Bulan Kemerdekaan untuk mengeratkan hubungan antara masyarakat
pelbagai kaum. Aktiviti-aktiviti seperti ini mampu menjamin kesejahteraan hidup warga
setempat, dengan membuka ruang dan peluang komunikasi antara jiran tetangga berlainan
bangsa.

PERMUAFAKATAN POLITIK DALAM KONTEKS HUBUNGAN


ETNIK
1.0

PENGENALAN KEPADA POLITIK


Politik adalah antara faktor penting dan perlu diberi perhatian dalam rangka memahami
bentuk dan sifat hubungan etnik dalam sesebuah masyarakat plural seperti di Malaysia. Hal ini
kerana, politik sering dikaitkan dengan kuasa, pembentukan dan pelaksanaan dasar . politik
memberikan kuasa kepada sesuatu kelompok atau rejim untuk melaksanakan sesuatu mengikut
hajat dan landasan pemikiran atau ideologi mereka. Selepas memperoleh kemerdekaan 1957,
Malaysia ialah negara yang mengamalkan sistem politik dan pemerintahan serta kerajaan yang
berlandaskan prinsip Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan. Dalam sistem
demokrasi, kerajaan dipilih melalui pilihan raya secara berkala yang diadakan sekali dalam
tempoh lima tahun. Pilihan raya diadakan bagi memperbaharui mandat yang diperoleh bagi
sesebuah kerajaan memerintah yang berasaskan prinsip demokrasi. Sistem demokrasi dan
amalan pilihan raya mengizinkan kewujudan dan penubuhan parti-parti politik bagi tujuan
bertanding dalam pilihan raya. Setiap parti politik yang ditubuhkan mempunyai asas-asas serta
prinsip perjuangannya yang tersendiri. Hal ini termasuklah yang berasaskan ideologi tertentu dan
parti-parti tang berteraskan kepentingan etnik dan perkauman.
Sejak merdeka, parti-parti politik yang terdapat di Malaysia rata-rata ditubuhkan
berasaskan kaum atau nilai perkauman seperti UMNO, MCA dan MIC. Namun begitu, sejarah
menunjukkan bahawa parti-parti ini walaupun ditubuhkan berasaskan kepentingan dan
perjuangan kaum, tetapi telah berupaya membentuk gabungan dalam sesuatu kerja sama
permuafakatan politik dikenali sebagai Perikatan dan mengamalkan konsep perkongsian kuasa.
Keadaan ini berlaku atas keperluan demokrasi juga kerana penggabungan akan memberikan
peluang sesuatu perikatan itu mendapat sokongan yang lebih besar dan seterusnya mengekalkan
kuasa. Sejak pilihan raya pertama pada tahun 1955, gabungan perikatan parti-parti berasaskan
kaum yang menyertai pilihan raya atas nama PERIKATAN dan kemudiannya BARISAN
NASIONAL telah memenangi 12 kali pilihan raya dan memegang tampuk pemerintahan negara
sehinggalah sekarang. Perkara yang hendak ditekankan di sini adalah kepentingan serta peranan
parti-parti politik dalam konteks perhubungan antara kaum. Lazimnya, Parti-parti yang
ditubuhkan untuk kepentingan-kepentingan yang dirasakan perlu dalam masyarakat majmuk .
Sehubungan itu, isu-isu seperti ketidakadilan sosial, kesaksamaan, diskriminasi dan
seumpamanya sering menjadi perdebatan serta menghangatkan polemik hubungan kaum di
Malaysia.
Situasi ini ditambah lagi dengan kandungan Perlembagaan Persekutuan yang
memperuntukkan beberapa bahagian yang secara langsung memberikan keistimewaan kepada
kaum Melay dan bumiputera secara tidak dirancang kerana perkara ini terhasil daripada
permuafakatan politik antara kaum utama dalam negara ini yang terlibat dalam proses menuntut

kemerdekaan. Bagi mereka yang tidak benar-benar memahami sejarah pembentukan


Perlembagaan Persekutuan dan proses permuafakatan itu berlaku serta persetujuan itu dicapai
antara pemimpin kaum-kaum yang terdapat di tanah Melayu pada waktu itu, mereka melihat
perlembagaan itu dari sudut unsur unsur yang boleh ditafsirkan sebagai diskriminasi. Akan
tetapi , bagi warga Malaysia, hal ini seharusnya tidak berbangkit lagi sesudah negara menempuh
era pasca kemerdekaan selama 5o tahun . hal ini kerana, perkara itu merupakan sebahagian
daripada sejarah unik negara ini yang memperlihatkan kesediaan setiap pemimpin kelompok dan
kumpulan suku kaum yang akan ada dalam nagara pada waktu itu bermuafakat dan menerima
konsep perkongsian seperti mana yang dipersetujui sebagai sesuatu kontrak sosial.
Walaupun parti-parti politik yang ditubuhkan berteraskan kaum, dengan semangat
toleransi dan kebersamaan yang tinggi, kaum-kaum yang ada di tanah Melayu ketika itu bersedia
memberi dan menerima serta bertolak ansur dalam perkara-perkara dalam perkara-perkara yang
melibatkan perbezaan, serta pada waktu yang sama bersedia berkorban atas asas dan hasrat mahu
membina negara dan masyarakat yang aman dan harmoni. Sehingga kini parti politik yang
berasaskan kaum masih terus wujud dan berperanan dalam sistem politik negara.
Dalam konteks hubungan antara etnik, idealnya parti-parti politik yang ditubuhkan itu
harus bersifat merentas kaum. Akan tetapi, realiti kehidupan masyarakat selalunya tidaklah
sedemikian rupa. Hal ini mungkin disebabkan sifat semula jadi manusia yang sentiasa berasa
terancam. Keadaan ini ditambah pula dengan ketidakseimbangan hubungan antara kaum yang
terdapat di negara ini seperti hubungan majoriti-majoriti , jarak sosial dan budaya yang berbeza
dan sebagainya.

2.0

PENGENALAN KEPADA PERMUAFAKATAN POLITIK


Bagi memahami persoalan hubungan timbal balik antara pembangunan politik dan
hubungan etnik, kita perlu menyentuh beberapa aspek kemajmikan masyarakat Malaysia yang
mewarnai proses politik di Malaysia. Kemudian, bab ini akan menghuraikan evolusi langkahlangkah memupuk hubungan etnik yang harmonis secara formal melalui institusi dan tindakan
politik. Institusi dan tindakan politik yang dimaksudkan ialah reaksi terhadap Melayan Union,
perjanjian persekutuan, penggubalan perlembagaan, pembentukan parti politik, pilihan raya dan
kerjasama parti-parti politik membentuk gabungan. Permuafakatan, kefahaman, kerjasama dan
penyatuan etnik merupakan unsure-unsur utama yang perlu dicapai dalam usaha negara Malaysia
kearah pembentukan 1Malaysia. Hal ini kerana, hubungan etnik yang harmoni dan sihat
memainkan peranan penting dalam konteks pembangunan politik negara. Hubungan etnik di
negara ini telah terjalin sejak sebelum merdeka lagi. Dari zaman penjajahan British sehingga
Perang Dunia Kedua, hubungan etnik telah melalui pasang surut seiring dengan perkembangan
politik semama. Keadaan bertambah baik apabila usaha kearah mencapai kesepakatan dan
kompromi politik dimulakan selepas Perang dan menjadi lebih rancak lagi pada tahun 1950-an di
Semenanjung Malaysia.

Selepas pembentukan Malaysia pada tahun 1963, pelbagai usaha dilakukan untuk
memupuk semangat kerjasama dan penyatuan penduduk berbilang kaum dalam pembangunan
politik negara. Secara umumnya, proses politi di Sabah dan Sarawak diwarnai oleh pertubuhan
parti-parti politik berasaskan kepentingan kelompok etnik tertentu sejak penghujung tahun 1950an, namun pada masa yang sama usaha-usaha untuk memupuk perpaduan etnik melalui
kerjasama politik turut dijalankan hingga kini. Walaubagaimanapun, usaha pihak kerajaan
tercabar apabila berlakunya. Peristiwa 13 Mei 1969 kerana ketidakseimbangan tahap
pembangunan politik, social dan ekonomi antara etnik dengan wilayah di Malaysia. Ketegangan
etnik sekali lagi dirasai oleh rakyat Malaysia ketika berlaku Peristiwa Kampung Medan pada
Mac 2001.

Walaubagaimanapun, atas usaha gigih yang dijalankan oleh pelbagai pihak di Malaysia
dan melaui berbagai-bagai saluran seperti pembangunan politik, negara kita pada hari ini bukan
sahaja dapat menikmati kestabilan politik, malah sedang menuju kearah penyatuan dan
keharmonian etnik. Keadaan ini membantu mencapai perpaduan penduduk berbilang kaum dan
meletakkan landasan asas bagi Malaysia menuju kearah pembentukan 1Malaysia yang
dikemukan oleh Perdana Menteri Malaysia dalam hasrat beliau untuk melahirkan sebuah negara
Malaysia yang unggul dan disanjung tinggi.
3.0

MODENSASI DAN PEMBANGUNAN POLITIK


Konsep modensasi merujuk kepada suatu proses dimana tranformasi ataupun perubahan
berencana dalam segala aspek kehidupan masyarakat. Modensasi mengandungi dua aspek utama,
iaitu pembangunan ekonomi dan pembangunan politik. Pembangunan ekonomi dan politik
merupakan perubahan bencana yang melibatkan perubahan dalam aspek-aspek tertentu yang
membawa kepada peralihan daripada bentuk ekonomi dan politik yang lama( tradisional) kepada
yang baharu ataupun moden. Pembinaan negara bangsa dapat di capai melalui beberapa kaedah
yang bersifat top-down seperti penghayatan ideologi negara, penerapan dasar-dasar awam yang
ditentukan oleh pihak kerajaan, dan pemupukan semangat nasionalisme melalui simbol-simbol
dan retual negara. Namun demikian, untuk mengukur pencapaian pembinaan negara bangsa
bukanlah suatu tugas yang mudah, berbanding dengan ukuranpencapaian pembangunan ekonomi
yang dapat diukur denang-ukuran-ukuran perangkaan dan stastitik. Biasanya penilaian terhadap
dasar-dasar awam yang dilaksanakan menjadi asas kepada pengukuran kejayaan atau pencapaian
pembinaan negara bangsa.
Selain bermatlamatkan pembinaan negara bangsa, pembangunan politik turut melibatkan
perubahan dalam aspek struktual dan budaya sehinggan membawa kepada perubahan sistem
politik masyarakat. Secara umumnya pembangunan politik dalam konteks ini berlangsung
melalui tiga proses utama: perbezaan struktur politi: sekularisasi budaya politik: dan peyertaan
politik yang besar oleh rakyat. Pembangunan politik dalam konteks mewujudkan amalan
demokrasi dianggap tercapai apabila terdapat kompenen-kompenen berikut dalam suatu sistem
politik, iaitu parti-parti politik, majlis perwakilan rakyat atau parlimen, perlembagaan negara dan

pilihan raya. Pada dasarnya, kewujudan keempat-empat unsur tersebut menjadi ukuran sama ada
suatu negara sudah atau belum mengamalkan amalan demokrasi. Secara ringkasnya, pembinaan
negara bangsa dan perubahan dalam aspek struktural dan budaya merupakan dua hal yang saling
mempengaruhi dalam menentukan tercapainya pembangunan politik dalam sesebuah negara
yang terbilang.

4.0

MENUJU PEMUPUKAN KERJASAMA DAN PERMUAFAKATAN POLITIK


4.1 Jawatankuasa perhubungan kaum/communities liaison committee (CLC)
Januari 1949, pengabungan usaha diantara dato onn jaafar dan gabenor jeneral british di
asia tenggara iaitu malcom Macdonald, CLC ditubuhkan dengan matlamat untuk mewujudkan
persefahaman dan kerjasama yang lebih baik dalam kalangan pelbagai etnik ditanah melayu.
CLC mempunyai beberapa anggota yang terdiri daripada lima orang pemimpin melayu, empat
orang wakil cina, seseorang wakil india,serani,Ceylon dan eropah masing-masing dengan e.e.c
thuraisingham (juga wakil orang Ceylon) adalah pengerusi CLC. Malcom pula bertindak sebagai
penasihat dan pengawai perantara CLC dengan kerajaan british. CLC merupakan pertubuhan
separa politik. Ianya adalah kerana perkembagannya dalam setiap perjumpaan yang diadakan
didalam pengawasan British. Selain itu, anggota CLC terdiri daripada pemimpin politik dan ahli
pentadbiran.
Kesepakatan dapat ditonjolkan melalui isu pendidikan dimana sistem pendidikan bukan
bercorak perkauman dengan pengguna bahasa inggeris dan bahasa melayu sebagai bahasa
pengantar dalam semua mata pelajaran sama ada sekolah rendah kerajaan ataupun bantuan
kerajaan. Ianya adalah merupakan satu cara terbaik yang diperolehi kesetian dan kerjasama
antara etnik. Bukan itu saja isu kerayatan juga merupakan isu kontroversi antara orang dengan
orang melayu yang turut sama dibingcang didalam CLC. Dalam hal ini telah dipersetujui bahawa
hak kerayatan berdasarkan prinsip jus soli harus diperluaskan kepada orang bukan melayu yang
dilahirkan dipersekutuan tanah melayu dan singapura, menumpukan taat setia sepenuh kepada
tanah melayu dan mengangap Negara ini sebagai tempat tinggal tetap. Bagi kerjasama ekonomi
pula, CLC juga mendapat persetujuan diantara ahlinya dan hasilnya, Rural and industrial
development authority (RIDA) dibentuk pada tahun 1950 dan Dato onn jaaffar dilatik sebagai
pengerusi.
CLC juga telah memberikan perhatian kepada hubungan politik orang melayu dan orang
bukan melayu seperti pengambilan orang bukan melayu dalam perkhimatan kerajaan serta
pengenalan pilihan raya tempatan. CLC juga telah mencadangakan dasar sama rata antara semua
etnik dalam politik Negara dengan berteraskan demokrasi dan hak asasi manusia demi
mewujudkan kerjasama dan hubungan etnik yang mengalakan. Perkara ini dilakukan dengan
pemberian latihan dalam pentadbiran kepada semua etnik dan keterbukaan peluang kepada orang
bukan melayu untuk melibatkan peluang dalam sektor perkhimatan awam serta politik.
Walaubagaimanapun usaha yang telah dijalankan oleh CLC dalam mencapai revolusi terhadap
isu-isu ini dalam masyarakat majmuk di Malaysia hanya sampai separuh jalan sahaja kerana

berikutan krisis Dato onn jaafar dengan umno. Krisis ini berkaitan usul pembukaan keanggotaan
umno kepada kaum bukan melayu yang mendapat tentangan daripada umno dan orang melayu.
4.2 Independence Of Malaya Party(IMP)
Pada tahun 1948 iaini selepas penubuhan persekutuan tanah melayu. Dato onn
mencadangkan satu dasar politik baharu dengan orang melayu sebagai teras dan umno dijadikan
sebuah parti politik kebangsaan, iaitu united malayan national organization(umno) dengan
membuka keahliannya kepada seluruh rakyat tanah melayu. Akan tetapi cadangan yang
disuarakan tidak diterima oleh ahli-ahli umno ini kerana umno khuatir serta bimbang umno akan
hilang sifat kemelayuan dan kehilangan perlindungan hak dan kepentingan orang melayu.
Setelah perkara tersebut mendapat tentangan daripada ahli-ahli umno dan orang melayu sewaktu
itu. Datoonn mengambil keputusan untuk keluar dari umno pada tahu 1951.
Setelah kesepakatan antara ahli umno gagal dirunding dan mendapat bantahan hebat dari
ahlinya, dato onn melangkah ketangga yang berlainan demi memperjuangkan dasar kerjasama
antara etnik dalam politik ditanah melayu. Dato onn telah menubuhkan independent of malaya
party(imp). Penubuhan imp dibentuk di hotel majestic, kuala lumpur pada 16 september 1951
telah mendapat sokongan daripada pemimpin bukan melayu yang penting. Mereka
bersependapat bahawa imp merupakan satu jalan kearah menjalin kerjasama antara pelbagai
etnik dalam perkembangan politik di tanah melayu. Bagaimanapun, orang cina lebih berminat
untuk menyertai mca yang telah ditubuh pada 27 februari 1949 kerana terdapat pihak yang
kurang bersetuju dengan perjuangan dato onn bahawasanya orang melayu menjadi teras politik
dan sebaliknya mereka menginginkan politik sama rata. Lain pula kepada kaum india kerana
sebahagian orang india ramai yang menanggotai mic, ini kerana mereka menginginkan
kemerdekaan tanah melayu dan segera untuk berlawan dengan dasar yang dibawa oleh dato onn.
Walaubagaimanapun, imp gagal menarik minat orang melayu oleh kerana mereka tidak
yakin terhadap kensop yang dibawa oleh datoonn. Akhirnya imp gagal mendapat tempat dan
ruang arena politik negara dengan hanya memenagi dua kerusi sahaja dalam pilihan raya majlis
bandaran kuala lumpur pada tahun 1952. Kemudian imp terkubur pada tahun 1953 akibat
pembubaran yang dilakukan olehnya kerana tidak kurang mendapat sambutan. Dato onn
meneruskan usahanya dengan membawa dasarnya dengan menubuhkan parti negara pada tahun
1954.
4.3 Perikatan UMNO-MCA-MIC
Perkongsian kuasa politik antara parti politik bermula pada january 1952 apabila dua
parti terbesar dimalaysia, iaitu umno dan mca bersetuju untuk berkerjasama dan bertanding
dalam pilihan raya majlis bandaran kuala lumpur yang diadakan pada 16 februari 1952 bagi
menandingi im, sebuah parti bukan perkauman. Persetujuan untuk membentuk sebuah pakatan
kerjasama antara orang melayu dengan cina yang dikenali sebagai perikatan umno-mca adalah
hasil usaha yang dijalankan oleh kolonel H.S lee, yang dipertua mca cawangan selangor dengan
dato yahya bin abdul razak, pengerusi jawatankuasa pilihanraya umno cawangan kuala lumpur.
Parti-parti politik yang yang bertanding dalam pilihan raya tersebut ialah perikatan umno-mca,
imp, parti buruh selangor, persatuan penyewa rumah dan calon bebas untuk merebut kerusi

majlis tersebut bagi kawasan sentul, bangsar, imbi dan petaling jaya. Pilihan raya yang
berlagsung itu telah memperlihatkan penduduk telah mula menerima kerjasama etnik dalam
proses politik negara dengan perikatan telah memenangi mejoriti kerusi dalam pilihan raya itu.
Pada oktober 1954, perikatan umno dan mca telah mendapat tarikan oleh parti yang dipelopori
oleh kaum india iaitu mic dengan menyertai parti perikatan ini berikutan ketiga-tiga parti ini
telah mencapai satu kesefahaman dan kerjasama bagi membina sesebuah negara bagsa yang
bersatu serta memperjuangkan kemerdekaan tanah melayu sewaktu itu.
Pada 27 julai 1955 pilihan raya persekutuan yang pertama berlangsug dengan disertai
oleh beberapa parti politik. Hasilnya daripada semangat yang tonjolkan dan kerjasama perpaduan
yang semakin erat dalam kalangan tiga etnik yang membolehkan parti perikatan ini telah
memenagi hampir kesemua kerusi yang dipertandingkan dengan 51 kerusi daripada 52 kerusi.
Oleh yang disebabkan itu parti ini telah melayakan perikatan membentuk kerajaan dan
memperjuangkan kemerdekaan tanah melayu daripada jajahan british. Kejayaan yang dicapai itu
telah merdekakan tanah melayu pada 31 0gos 1957 yang memperkuatkan lagi kedudukan parti
perikatan sebagai parti yang mendapat sokongan ramai dan pelbagai etnik di tanah melayu.
Populariti parti ini terbukti apabila piliha raya yang diadakan pada tahun 1959 dengan
memenangi 74 kerusi yang dipertandingkan daripada 104 kerusi.
Selang beberapa tahun kemudian iaitu pada tahun 1974, perikatan telah menukar nama
partinya kepada barisan nasional(bn) bagi mengukuhkan kerjasama antara etnik dalam parti-parti
politik dimalaysia supaya kumpulan etnik mendapat pertimbangan yang sewajarnya dalam
proses politik dimalaysia. Bagi pihak orang melayu dari sebelum merdeka hingga kini, terdapat
pas yang bertindak menjaga kepentingan orang melayu dan islam dengan kekuatanya dinegerinegeri yang majoriti penduduknya orang melayu iaitu kelantan, terenganu, kedah dan perlis.bagi
pihak orang bukan melayu, terdapat jugak beberapa orang parti pembangkang yang mewakili
luahan tidak puasan jati mereka, iaitu peoples progresif party (ppp) dan parti gerakan
rakyat(gerakan) sebelum tahun 1974, manakala kini parti bukan melayu yang aktif ialah
democratic action party(dap) yang masih mempersoalkan tentang keistimewaan melayu dan
bantuan yang disalurkan oleh kerajaan bn meningkatkan taraf hidup orang melayu.
Pada hari ini, parti keadilan rakyat (pkr) yang muncul sebagai sebuah parti berbilang
etnik dibawah kepimpinan datuk seri anwar ibrahim turut memperjuangkan kesaksamaan dan
keadilan bagi semua etnik di malaysia termasuklah penduduk di sabah dan sarawak.Menjelang
pilihan raya umum ke 12 pada mac 2008, dap, pkr, dan pas telah mencapai kesepakatan tanpa
mengira batasan perkauman untuk membentuk pakatan rakyat supaya dapat bersaing dengan bn
dalam memenangi sokongan pengundi dalam pilihan raya tersebut. Kemunculan pakatan rakyat
dalam politik mula mengubahsuasana politik dan mempengaruhi kepercayaan rakyat terhadap
kepimpinan bn negara ini. Selain itu, menjelang pilihan raya yang dipimpin beberapa orang
peguam india. Hindraf juga menjadi faktor kepada kegagalan bn untuk memenangi 2\3 daripada
kerusi yang dipertandigkan pada pilihan raya 2008. Ini kerana terdapat beberapa pihak yang
tidak berpuas hati dan mengkritik tindakan kerajaan meleraikan perhimpunan hindraf dengan
mengunakan internal security act (isa) untuk menahan pemimpin hindraf.

Hindraf menrupakan sebuah pertubuhan yang mengambungkan 30 buah pertumbuhan


hindu bukan kerajaan untuk mempertahankan hakdan warisan komuniti hindu dalam malaysia
yang mempunyai penduduk yang berpelabagai latar belakang. Hindraf diistiharkan sebagai
sebuah pertubuhan dan pergerakan haram oleh kerajaan malaysia pada 15 oktober 2008 kerana
kerajaan mempunyai bukti bahawa hindraf telah digunakan untuk tujuan yang menyalahi
undang-undang dan boleh menjadi satu ancaman kepada aturan umum dan moraliti.
5.0

KERJASAMA POLITIK DI SABAH


Perkembangan politik berparti di Sabah hanya bermula apabila Gagasan Malaysia
dikemukakan pada Mei 1961 yang telah mendorong kumpulan etnik menubuhkan parti masingmasing bagi melindungi dan mempertahankan hak dan kebajikan mereka dalam negara baharu,
Malaysia. Parti politik yang pertama ditubuhkan ialah sebuah parti kaum Kadazan iaitu United
National Kadazan Organisation (UNKO) pada Ogos 1961. Setelah itu, ianya diikuti oleh parti
Bumiputera Islam, United Sabah National Organisation (USNO) pada Disember 1961, United
National Pasok Momogun Organisation (Pasok Momogun) oleh kaum Murut pada tahun 1962,
Borneo Utara National Party (BUNAP) yang kemudian ditukar kepada Sabah National Party
(SANAP) hasil gabungan United Party dan Democratic Party yang ditubuhkan oleh orang Cina
pada tahun 1962. Untuk memastikan kepentingan setiap kumpulan etnik di Sabah tidak terjejas
dalam pembentukan Malaysia, UNKO, USNO, Pasok Momogun dan SANAP telah bersetuju
bekerjasama membentuk Parti Perikatan Sabah supaya setiap kumpulan etnik utama mempunyai
perwakilan dalam proses perkembangan politik negara. Pada Jun 1964, dua kumpulan etnik
utama, iaitu Kadazan-Dusun dan Murut yang diwakili oleh UNKO dan Pasok Momogun telah
mencapai persetujuan kerjasama bagi mempertahankan kepentingan kaum Bumiputera bukan
Islam di Sabah. Gabungan ini telah membentuk United Pasok Momogun Kadazan Organisation
(UPKO).
Sementara itu, dari tahun 1963 hingga 1967, persaingan politik antara penduduk
Bumiputera Islam yang diwakili oleh USNO di bawah pimpinan Tun Mustapha dengan golongan
Bumiputera bukan Islam diwakili UNKO/UPKO pimpinan Datuk Donald Stephen telah
mendominasi perkembangan politik di Sabah. Selepas itu, pelantikan Datuk Donald Stephens
dari UNKO sebagai Ketua Menteri Sabah yang pertama pada tahun 1963 telah mendatangkan
kritikan daripada Yang Dipertua Negeri, Tun Mustapha yang tidak puas hati dengan pelantikan
itu kerana jawatan itu sepatutnya disi oleh calon dari USNO mendapat 16 kerusi dan UNKO 12
kerusi. Kerajaan UNKO dan Donald Stephens tidak dapat menjalankan pentadbiran dengan baik
kerana tiada sokongan daripada Yang Dipertua Negeri dan kerjasama antara golongan
Bumiputera Islam dengan Bumiputera bukan Islam tidak dapat dicapai.
Perselisihan etnik turut berlaku antara Bumiputera bukan Islam dan bukan Bumiputera
apabila UPKO membuka cawangan di kawasan Sabah Chinese Association/SCA dan USNO
seperti di Sandakan dan Semporna. Hal ini menyemarakkan lagi krisis dalam kerajaan Donald
Stephen dengan orang Cina Sabah yang akhirnya membawa kepada pakatan SCA (orang Cina)
dengan USNO (orang melayu). Perselisihan antara dua orang pemimpin Bumiputera, Donald

Stephens dengan Tun Mustapha atas isu kelulusan permit dan lessen balak, isu penggantian
setiausaha kerajaan negeri dan dasar Donald Stephens yang dianggap lebih mengutamakan
kepentingan masyarakat Kadazan-Dusun telah membawa kepada campur tangan kerajaan
Persekutuan. Krisis itu berakhir dengan Donald Stephens diminta melepaskan jawatannya dan
Peter Lo dari SCA dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah buat sementara. Selepas pilihan raya
umum tahun 1967, atas kerjasama USNO dengan SCA, Tun Mustapha telah Berjaya mendapat
kuasa pentadbiran dan menjadi Ketua Menteri Sabah yang baru, maka sebuah kerajaan di bawah
pimpinan Bumiputera Islam dengan kerjasama orang Cina (SCA) berjaya diwujudkan.
6.0

KERJASAMA POLITIK DI SARAWAK


Perkembangan parti politik di Sarawak pada peringkat awalnya adalah sangat unik kerana
sifat keetnikan yang amat ketara dalam penubuhan parti politik. Setiap kumpulan etnik telah
menubuhkan parti politik mereka bagi memajukan dan menyuarakan aspirasi etnik masingmasing. Walaupun kecenderungan parti politik pada awalnya tidak mengehadkan
keanggotaannya kepada sesuatu etnik tetapi parti itu sebenarnya adalah didominasikan oleh etnik
tertentu sehingga lama-kelamaan parti itu menjadi sebuah parti yang mewakili kepentingan
kumpulan etnik tertentu. Di Sarawak, parti politik yang pertama ditubuhkan ialah Sarawak
United Peoples Party (SUPP) pada Jun 1959 yang diusahakan oleh sekumpulan orang Cina
dengan diketuai oleh Ong Kee Hui. Setelah penubuhan SUPP, wujud pula parti-parti politik lain
seperti parti Bumiputera Islam (Melayu) iaitu Parti Negara Sarawak (PANAS) pada tahun 1960
oleh golongan perabangan dari Kuching dan parti Bumiputera bukan Islam, iaitu Sarawak
National Party (SNAP) pada tahun 1961 oleh beberapa orang pemimpin Dayak dari kawasan
Skrang-Saribas.
Senario politik di Sarawak menjadi lebih menarik pada tahun 1962 apabila orang Melayu
dan orang Melanau dari Lembah Rejang menubuhkan sebuah lagi parti yang dikenali sebagai
Barisan Rakyat Jati Sarawak ( BARJASA), Parti Pesaka Anak Sarawak ( PESAKA) oleh
beberapa orang pemimpin Iban dari kawasan Rejang dan penubuhan Sarawak Chinese
Association (SCA) oleh sekumpulan ahli perniagaan Cina yang kaya. Dalam memastikan suara
setiap etnik utama di Sarawak mendapat tempat dalam perkembangan politik menjelang
pembentukan Malaysia, PANAS, SNAP, PESAKA, BARJASA dan SCA telah bersetuju
membentuk satu pakatan yang dikenali sebagai Parti Perikatan Sarawak pada 22 Oktober 1962
dengan SUPP sebagai parti pembangkang. Walaupun pembentukan Parti Perikatan Sarawak amat
perlu dalam sebuah masyarakat berbilang etnik demi mencapai keharmonian etnik dalam politik
Sarawak tetapi rasa kecurigaan antara dua parti Bumiputera Islam, iaitu PANAS dengan
BARJASA telah menyebabkan PANAS akhirnya mengambil keputusan keluar dari Parti
Perikatan Sarawak pada 15 April 1963 dan seterusnya berjuang sebagai parti pembangkang
bersama SUPP.

Pada Disember 1966, dua parti politik yang didominasikan oleh orang Melayu dan
Melanau, iaitu PANAS dan BARJASA telah bergabung membentuk Parti Bumiputera dan
kerjasama politik ini kemudian dilanjutkan dengan kaum Dayak melalui PESAKA bagi

membentuk Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pada Januari 1973. Selepas pilihan raya
tahun 1970, semua parti politik di Sarawak telah bersetuju menyertai Parti Perikatan Sarawak
termasuklah SUPP. Kesepakatan antara parti politik di Sarawak telah membolehkan Perikatan
Sarawak menjadi anggota Barisan Nasional. Penerimaan SUPP oleh golongan Bumiputera
sebagai rakan pilihan untuk menubuhkan kerajaan campuran Sarawak selepas pilihan raya tahun
1970 mencerminkan kompromi politik antara etnik telah bermula dalam proses politik di
Sarawak. Bagaimanapun, selepas Malaysia dibentuk, Stephen Kalong Ningkan dari SNAP telah
dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak yang pertama pada tahun 1963, tetapi kepimpinan
Ningkan dicabar oleh komponen Parti Perikatan Sarawak atas isu tanah, iaitu pengenalan
undang-undang yang membenarkan kaum Cina membeli tanah masyarakat Bumiputera.
Hubungan tegang juga wujud antara kerajaan Ningkan dengan kerajaan Persekutuan kerana
percanggahan dasar mengeai isu penggantian pegawai British dengan pegawai dari Semenanjung
dan isu pengekalan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi di Sarawak oleh Ningkan.
Krisis tahun 1966 ini berakhir apabila Ningkan dipecat daripada jawatan Ketua Menteri dan
diganti dengan Penghulu Tawi Sli. Krisis ini menyebabkan SNAP keluar dari Perikatan dan
PANAS menyertai Perikatan semula.

7.0
KE ARAH PENGUKUHAN PERPADUAN ETNIK DAN PEMBENTUKAN 1
MALAYSIA
7.1 RUKUN NEGARA
Peristiwa 13 Mei 1969 telah menyedari pihak kerajaan bahawa masih terdapat jurang
perbezaan antara etnik dari pelbagai aspek dalam masyarakat di Malaysia. Setiap kaum masih
lagi hidup terpisah antara satu sama lain tanpa adanya satu ideology kebangsaan yang boleh
mengikat dan menyatukan mereka bersama. Dalam usaha membina satu bangsa Malaysia yang
bersatu padu dan meningkatkan semangat cintakan negara yang dikenali sebagai Rukun Negara
telah dicipta.
Ideologi ini dicetuskan dalam mensyuarat Majlis Perundingan Negara (MPN) yang
pertama pada 27 Januari 1970 ketika negara di bawah pentadbiran Majlis Gerakan Negara
(MAGERAN). Draf Rukun Negara telah dibincangkan dan dibuat pindaan beberapa kali oleh
MPN, sebelum diluluskan oleh MAGERAN dan kemudian diisytiharkan oleh Duli Yang Maha
Mulia di-Pertuan Agong pada 31 Ogos 1970 ketika sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia.
Rukun Negara sebagai ideology kebangsaan Malaysia mengandungi lima objektif seperti
mencapai perpaduan yang erat dalam kalangaan seluruh masyarakat, memelihara satu cara hidup
demokratik, mencipta sebuah masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat
dinikmati bersama secara adil dan saksama, menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisitradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak, dan membina sebuah masyarakat
progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

Untuk mencapai objektif tersebut, prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara
perlu dihayati sepenuhnya oleh semua etnik dalam masyarakat. Lima prinsip utama yang
termaktub dalam Rukun Negara ialah Kepercayaan Kepada Tuhan, Kesetiaan Kepada Raja dan
Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang, dan Kesopanan Dan Kesusilaan.
Keperayaan Kepada Tuhan iaitu prinsip ini membawa maksud setiap orang mempunyai agama
ataupun kepercayaan sendiri. Agama dan kepercayaan sangat penting kerana setiap agama
menyeru manusia supaya berbuat baik dan menghindari perbuatan yang keji. Manakala
Kesetiaan Kepada Raja dan Negara iaitu prinsip ini menuntut kesetiaan penduduk yang unggul
dan tidak berbelah bahagi terhadap raja dan negara supaya dapat melahirkan penduduk yang
sedia berkorban negara. Selain itu, Rukun Negara yang ketiga ialah Keluhuran Perlembagaan
iaitu setiap rakyat mesti menghormati dan menghargai kandungan perlembagaan kerana
Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi negara ini. Rakyat seharusnya
mematuhi dan mempertahankan kemualiaan dan ketinggian Perlembagaan Persekutuan yang
menyentuh tentang kedudukan Yang di-Pertuan Agong dan raja-raja, agama Islam sebagai agama
rasmi, Bahasa Melayu sebagai Bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang-orang Melayu,
hak asasi rakyat, dan sebagainya.
Manakala Kedaulatan Undang-Undang ialah Rukun Negara yang ke-4 iaitu undangundnag merupakan tonggak keadilan yang berperanan menjamin kebebsan asasi dan memberikan
perlindungan kepada setiap orang dalam usaha mewujudkan keadilan dalam kalangan
masyarakat. Rukun Negara yang terakhir iaitu Kesopanan dan Kesusilaan iaitu prinsip ini
menyeru setiap anggota masyarakat supaya saling menghormati, berakhlak mulia dan
menggelakkan daripada menyentuh perkara-perkara sensitif dalam menjamin kesejahteraan dan
kehormonian hidup.
Rukun Negara menjadi rujukan dan garis panduan penting bagi sebarang dasar dan
keputusan yang hendak dibuat oleh kerajaan. Berpandukan prinsip tersebut, setiap dasar dan
keputusan dapat dibuat atas rasa sedar, rasional dan mengikut undang-undang serta peraturan
supaya perpaduan etnik dapat tercapai. Pihak kerajaan telah menggunakan Rukun Negara
sebagai instrument untuk mengatasi garis pemisah antara etnik dalam membentuk dan
membimbing masyarakat Malaysia ke arah mewujudkan perpaduan mewujudkan perpaduan
berdasarkan hak, peranan dan tanggungjawab yang digariskan dalam Rukun Negara. Rukun
menjadi peraturan dan norma hidup yang amat penting kepada setiap anggota masyarakat di
Malaysia dan pematuhan kepadanya dapat mewujudkan perpaduan dalam kalangan kelompok
pelbagai etnik di negara ini.

7.2 Pembentukan Barisan Nasional (BN)


Untuk mengukuhkan lagi penyatuan kaum melalui politik selepas Peristiwa 13 Mei 1969,
kerajaan Perikatan berpendapat bahawa kerjasama dengan parti-parti pembangkang perlu
diadakan agar satu ikatan kerjasama politik antara pelbagai etnik dan parti dapat diwujudkan.
Atas keperluan itu, kerajaan telah memperkenalkan sistem kerajaan campuran sebagai satu cara
untuk menggabungkan fahaman politik antara etnik melalui penggabungan parti-parti politik

kerajaan dan pembangkang supaya memantapkan kerjasama etnik serta kestabilan politik negara.
Kerajaan campuran pertama yang dibentuk adalah Perikatan dengan sebuah parti pembangkang,
iaitu Gerakan pada Februari 1972 supaya memudahkan kerajaan mengimplementasikan dasardasar sosioekonomi di seluruh negara. Pada 1 Mei 1972, kerajaan campuran telah dibentuk di
negeri Perak, iaitu antara Perikatan dengan Parti Progresif Rakyat (PPR). Setelah beberapa
rundingan diadakan, pada 27 Disember 1972, satu persetujuan telah dicapai untuk mewujudkan
sebuah kerajaan campuran antara Perikatan dengan Parti Islam Se-Malaysia (PAS), bekas
anggota Perikatan satu ketika dahulu. Parti-parti politik yang turut menyertai kerajaan campuran
di Sarawak ialah Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Sarawak National Party (SNAP) dan
Sarawak United Peoples Party (SUPP). Di Sabah, kerajaan campuran telah disertai oleh Parti
Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Parti Demokratik Sabah (PDS) dan Parti Kemajuan Sabah
(SAPP) selepas tahun 1970. Gabungan Perikatan dengan parti-parti pembangkang tersebut telah
meluaskan perkongsian politik hingga melibatkan 12 buah parti politik dari Semenanjung, Sabah
dan Sarawak yang dikenali sebagai Barisan Nasional (BN) dan didaftarkan pada 1 Jun 1974.
BN telah mengambil bahagian dalam pilihan raya tahun 1974 dengan menggunakan
symbol dacing dan menggunakan enam isu utama dalam kempen pilihan raya berkenaan iaitu
perpaduan, ekonomi, dasar luar negeri, keselamatan, agama dan perkhidmatan sosial. BN telah
Berjaya dalam pilihan raya tahun 1974 dengan memenangi 104 daripada 114 kerusi yang
dipertandingkan dan dapat menerajui pemerintahan di Malaysia. Kini, BN mengandungi 14
anggota parti komponen dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak yang menunjukkan wujudnya
pakatan dan kerjasama politik antara pelbagai etnik.

7.3 Pembentukan Pakatan Rakyat


Pakatan Rakyat atau dikenali sebagai Peoples Pact/Peoples Alliance dibentuk pada 1
April 2008 setelah melihat hasil perjuangan mereka dan sokongan rakyat kepadanya. Idea
membentuk pakatan ini lahir ketika kempen pilihan raya ke-12 pada tahun 2008. Pakatan politik
ini terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Democratic Action Party (DAP) dan Parti
Islam Se-Malaysia (PAS) yang mencapai persetujuan bekerjasama sebagai Barisan Rakyat
(People Front / Barisan Alternatif) semasa Pilihan Raya Umum ke-12 pada tahun 2008. Setiap
komponen parti yang pad asasnya mempunyai ideology perjuangan tersendiri tetapi akhirnya
telah berjaya mencapai pakatan bagi memperjuangkan dan mempertahankan kepentingan semua
kumpulan etnik di Malaysia. Bagaimanapun, parti-parti politik itu bersetuju mencapai kerjasama
politik bagi bersaing dengan kerajaan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke 12.
Persetujuan kerjasama mereka juga adalah untuk membuktikan pakatan mereka itu turut dapat
memperjuangkan kepentingan rakyat dan membawa kemajuan kepada rakyat serta negara.
Pakatan kerjasama PKR, DAP dan PAS telah Berjaya memenangi sokongan rakyat
berbilang etnik dan mengakibatkan BN hilang majoriti dua pertiga dalam pilihan raya 2008.
Kerjasama ketiga-tiga parti politik tersebut telah memenangi 82 kerusi Parlimen di mana DAP
memperoleh 28 kerusi, PKR memenangi 31 kerusi dan PAS mendapat 23 kerusi daripada 222
kerusi Parlimen yang dipertandingkan dalam pilihan raya 2008. Bagi kerusi DUN pula, mereka

memperoleh 196 kerusi daripada jumlah 505 kerusi yang dipertandingkan dalam pilihan raya.
Pakatan rakyat telah Berjaya menguasai kerajaan negeri di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak
dan Selangor ketika pilihan raya 2008. Pakatan Rakyat berikrar memperjuangkan hak dan
kebajikan semua rakyat tanpa mengira etnik seperti yang termaktub dalam perlembagaan
Malaysia. Pakatan Rakyat juga dibentuk sebagai sebuah gabungan parti politik daripada
berbilang etnik yang diwujudkan untuk membela nasib rakyat yang terpinggir dan tidak terbela
di bawah pimpinan Barisan Nasional. Ideologi Pakatan Rakyat ialah keadilan sosial, kemajuan,
demokrasi sosial dan kebajikan awam.

7.4 Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)


Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang mula dilaksanakan di Malaysia pada 16
Februari 2004 merupakan satu kursus latihan yang dijalankan oleh kerajaan untuk pembinaan
sahsiah diri dalam kalangan rakyat Malaysia khasnya golongan belia. Selain itu, PLKN
bermatlamat untuk membina dan mengukuhkan semangat patriotism dalam kalangan generasi
muda, menyatukan golongan muda dari pelbagai etnik dan menyediakan golongan belia bagi
menghadapi cabaran dari dalam dan luar negara. Idea untuk mengadakan PLKN ini dicetuskan
dalam Kongres Patriotisme Negara pada 24 Oktober 2002 yang dihadiri oleh pelbagai golongan
masyarakat termaksuklah orang awam, pelajar, tokoh, ahli akademik, Polis Diraja Malaysia,
Angkatan Tentera Malaysia, badan berkanun, ketua dan pegawai kanan jabatan kerajaan, wakil
rakyat dan menteri-menteri.
Sehubungan dengan itu, sebuah Jawatankuasa Kabinet Mengenai Kerahan Tenaga
(JKMKT) dengan dipengerusikan oleh Menteri Pertahanan dan dianggotai oleh tujuh orang
Menteri, seorang Penasihat Perdana Menteri yang bertaraf Menteri dan lima Timbalan Menteri
ditubuhkan dalam Mensyuarat Kabinet pada 30 Oktober 2002. JKMKT dipertanggungjawabkan
mengkaji keperluan perlaksanaan Program Latihan Khidmat Negara.
Tanggungjawab Jabatan Latihan Khidmat Negara (JKLN) adalah menggubal dasar
peraturan mengenai pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara, merancang, menyelaras dan
memantau mengenai pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara, merancang dan menyelaras
keperluan guna tenaga kerja, infrastruktur, kemudahan, peralatan dan kelengkapan latihan yang
diperlukan untuk Program Latihan Khidmat Negara, membangunkan dan menyeleggara system
maklumat serta menyimpan rekod-rekod mengenai peserta-peserta Program Latihan Khidmat
Negara, merancang, menyelaras dan melaksanakan Program Latihan Khidmat Negara, dan
mengkaji, menilai kebersanan pelaksanaan Program Khidmat Negara dan Akta latihan Khidmat
Negara 2003 atau disebut akta 628 diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 25 Jun 2003 dan Dewan
Negara pada 7 Julai 2003.

Sehingga tahun 2005, PLKN telah mendapat sambutan dan kejayaan daripada masyarakat
kerana program ini telah disertai oleh seramai 135, 700 orang belia berbilang etnik di kem-kem

latihan PLKN yang ditubuhkan di seluruh negara. Pada setiap tahun, 24% daripada remaja yang
berumur 18 tahun pada tahun latihan dipilih untuk menyertai PLKN. Namun, mereka yang
bermasalah tertentu boleh memohon untuk ditangguhkan atau dikecualikan untuk mengikuti
PLKN.
PLKN dilaksanakan untuk mencapai objektif yang telah digariskan seperti meningkatkan
semangat patriotism dan cinta akan negara dalam kalangan generasi muda atau remaja Malaysia.
Selain itu, mempertingkatkan perpaduan etnik serta integrasi nasional, membentuk perwatakan
positif melalui penerapan nilai-nilai murni, menanam semangat kesukarelawan dalam kalangan
remaja dan melahirkan generasi muda yang lebih cergas, cerdas dan penuh keyakinan diri.

8.0

KEMAJMUKAN ETNIK DALAM PROSES POLITIK DI MALAYSIA


Sebelum perbincangan lebih mendalam tentang proses politik di Malaysia dibuat, elok
kiranya beberapa aspek kemajmukan masyarakat Malaysia disentuh. Aspek demografi
merupakan perkara yang penting dalam mencorakkan kemajmukan masyarakat Malaysia. Aspek
demodrafi tidak hanya memperlihatkan betapa uniknya masyarakat Malaysia dari segi komposisi
etnik tetapi turut mewarnai wajah sosiobudaya, demografi politik dan proses politik di Malaysia.
Malaysia merupakan sebuah negara pluralistik yang mempunyai jumlah penduduk lebih
kurang 26.6 juta orang pada tahun 2006. Umumnya, Melayu merupakan kelompok etnik
majoriti, iaitu mewakili lebih kurang 55 peratus, sementara Cina mewakili lebih kurang 25
peratus, India 7 peratus dan selebihnya adalah terdiri daripada kelompok peribumi kecil seperti
Dayak, Bidayuh, Melanau dan Orang Ulu di Sarawak dan Kadazandusun, Murut, dan Bajau di
Sabah.
Secara keseluruhan, penduduk etnik Melayu merupakan kelompok majoriti di
Semenanjung Malaysia. Namun begitu, penduduk etnik Melayu bukan penduduk majoriti di
setiap wilayah atau negeri. Mesalnya, Pulau Pinang merupakan sebuah negeri yang mempunyai
komposisi penduduk yang agak seimbang menurut kelompok etnik kerana tiada satu kelompok
etnik yang dapat dikatakan majoriti. Jumlah penduduk etnik Melayu dan etnik Cina hamper sama
banyak dan selebihnya merupakan penduduk di negeri Kelantan, Terengganu dan Perlis
menunjukkan bahawa etnik Melayu merupakan penduduk yang majoriti. Di negeri Kelantan
misalnya, lebih daripada 90 peratus daripada keseluruhan jumlah penduduk terdiri daripada etnik
Melayu. Di negeri Melaka, Johor dan Selangor menunjukkan keadaan yang agak berbeza, yang
mana jumlah penduduk etnik Melayu hanya berjumlah sekitar 51 peratus daripada jumlah
keseluruhan penduduk.

Sesuai dengan keadaan demografi yang telah dihuraikan dapat dikatakan bahawa
Malaysia, pada umumnya, merupakan sebuah negara yang kaya dengan kepelbagaian budaya. Di
Semenanjung Malaysia, terdapat budaya dan cara hidup Melayu, Cina, India, masyarakat Baba-

Nyonya di Melaka dan Pulau Pinang, Portugis di Melaka, Serani di Pulau Pinang dan Thai di
negeri-negeri utara Semenanjung. Di Sabah terdapat kira-kira 32 golongan etnik manakala di
Sarawak terdapat lebih 20 golongan etnik yang mengamalkan cara dan gaya hidup yang berbezabeza. Justeru kepelbagaian ini, kesemua perayaan utama seperti Hari Raya Puasa, Tahun Baru
Cina, Deepavali, Hari Wesak, Gawai, Pesta Keamatan dan Hari Natal merupakan perayaan yang
disambut dengan meriah di negara ini.
Umumnya, orang Melayu merupakan penganut agama Islam. Pada masa lalu, sebahagian
besar orang Melayu di Semenanjung merupakan penduduk luar bandar. Namun, keadaan tersebut
mula berubah kerana proses penghijrahan ke bandar yang bermula sejak tahun 1970-an sehingga
masa kini. Bagi yang masih tinggal di luar bandar, kebanyakkannya terlibat dalam aktiviti
ekonomi pertanian dan perikanan, sama ada dalam skala kecil-kecilan atau secara komersial.
Manakala sebahagian besar etnik Melayu di bandar terlibat dalam pelbagai sektor seperti sektor
perkhidmatan awam, sektor swasta, dan turut terlibat dalam sektor prdagangan dan perniagaan.
Orang Cina merupakan golongan etnik kedua terbesar di Semenanjung. Masyarakat ini
menganuti pelbagai agama seperti Buddhisme, Konfusianisme, Kristian, Taoisme dan Islam.
Sebahagian besar etnik Cina tertumpu kepada sektor perdagangan dan perkhidmatan. Dari segi
petempatan, sebahagian besar orang Cina tertumpu di bandar-bandar utama, khasnya di Lembah
Klang. Orang India pula merupakan golongan etnik ketiga terbesar di Semenanjung. Pada masa
lalu, sebahagian besar orang India bekerja dan menetap di estet. Pada masa kini, terdapat
kalangan mereka yang berpindah ke bandar-bandar dan menerokai pekerjaan di sektor
perdagangan atau perkhidmatan dan menjalani penghidupan Bandar. Dalam kategori etnik India,
terdapat golongan subetnik seperti orang Sikh, Tamil, Malayali dan Singhala. Secara umum,
etnik India di negara ini merupakan penganut pelbagai agama seperti Hindu, Sikhisme dan Islam.
Golongan etnik terkecil di Semenanjung tetapi terkenal dalam kajian antropologi ialah
Orang Asli. Kebanyakkan Orang Asli merupakan penduduk di kawasan pedalaman di beberapa
negeri di Semenanjung. Mereka menganut kepercayaan tradisional, animism, Kristian dan Islam.
Selain Orang Asli, terdapat kelompok-kelompok kecil seperti masyarakat Baba-Nyonya di
Melaka dan Pulau Pinang, masyarakat Portugis di Melaka dan Thai di beberapa negeri di utara
Semenanjung. Kesemua masyarakat minority tersebut mempunyai budaya yang unik, seperti
budaya masyarakat Baba-Nyonya yang mencerminkan percantuman elemen-elemen budaya Cina
dan budaya Melayu. Budaya masyarakat Portugis di Melaka pula mencerminkan percantuman
antara budaya Portugis dan budaya masyarakat tempatan.
Di Sarawak, orang Dayak merupakan penganut kepercayaan tradisional dan Kristian,
sementara sebilangan kecil sahaja yang menganut agama lain, terutamanya Islam. Secara umum,
orang Dayak merupakan penduduk luar bandar, namun keadaan tersebut mula berubah semenjak
tahun 1970-an. Bagi mereka yang tinggal dikawasan pedalaman dan luar bandar, aktiviti utama
ialah pertanian. Terdapat juga dalam kalangan mereka yang bekerja sebagai buruh upahan dalam
sektor pembalakan. Seperti kelompok Melayu dan Bumiputera lain, sebilangan kecil daripada

mereka juga telah berjaya menerokai sektor baharu, sama ada perdagangan atau sektor komersil
di bandar-bandar utama negeri berkenaan.
Orang Melayu juga merupakan penghuni luar bandar dan mereka tinggal di
perkampungan, terutama di pinggir bandar Kuching, Kota Samarahan dan Sibu. Aktiviti utama
bagi mereka yang tinggal di luar bandar ialah pertanian. Bagi mereka yang tinggal di bandar,
kebanyakannya tertumpu di sektor perkhidmatan awam. Orang Melanau yang merupakan
penduduk pantai Sarawak menganut agama Islam, Kristian dan juga kepercayaan tradisional.
Bagi mereka yang masih tinggal di kawasan luar bandar, kebanyakannya bekerja sebagai nelayan
dan petani serta pengusaha sagu. Kebanyakannya orang Cina di Sarawak menetap di kawasan
bandar, terdapat sebilangan kecil yang tinggal di kawasan luar bandar. Kegiatan ekonomi mereka
tertumpu kepada aktiviti perdagangan, terutama di bandar-bandar utama. Orang Cina menganut
pelbagai agama.
Di Sabah, Bumiputera Kadazandusun menganut agama asal masyarakat berkenaan dan
Kristian ( namun terdapat juga yang menganut agama Islam terutamanya di Ranau ), sementara
etnik Bajau, Murut dan peribumi lain menganut agama Islam di samping terdapat juga yang
beragama asal dan Kristian. Purata bilangan penduduk yang menganut Islam dan Kristian dalam
kalangan etnik Bumiputera ini hamper sama jumlahnya. Kebanyakan daripada mereka terdiri
daripada penduduk luar bandar dan terlibat dalam pertanian sara diri sebagai aktiviti utama, di
samping mencari hasil hutan. Di bandar-bandar, mereka tertumpu kepada sektor perkhidmatan
awam walaupun bilangan dan peratusan antara kelompok etnik berbeza serta berubah-ubah dari
semasa ke semasa. Hal ini terjadi ekoran peluang pekerjaan yang terbuka luas sejak
pembangunan ekonomi berlangsung dengan baik di Sabah.
Masyarakat Cina di Sabah pula tertumpu di pusat-pusat bandar utama. Kebanyakan
mereka terlibat dalam aktiviti perdagangan dan sektor komersil. Mereka merupakan penganut
pelbagai agama. Di Sarawak, komposisi jumlah penduduk turut memperlihatkan wujudnya
pluraliti dalam kalangan penduduk. Secara umum, tidak terdapat satu kelompok etnik yang
majoriti secara mutlak di Sarawak. Menurut perangkaan tahun 2004 daripada Jabatan
Perangkaan Malaysia, penduduk di Sarawak berjumlah 2,181 juta orang. Etnik Dayak, Melayu
dan Melanau merupakan kelompok peribumi yang membentuk 73.2 peratus daripada keselruhan
penduduk Sarawak. Kelompok etnik Cina berjumlah kira-kira 26.5 peratus dan etnik India hanya
sekitar 0.2 peratus daripada keseluruhan penduduk Sarawak. Etnik Dayak merupakan kelompok
etnik terbesar, yang mewakili lebih kurang 44.3 peratus daripada penduduk Sarawak. Etnik
Melayu pula terdiri daripada 23.2 peratus dan Melanau 5.7 peratus daripada keseluruhan
penduduk Sarawak. Dalam kategori etnik Dayak, terdapat sub-etnik Iban, Bidayuh dan Orang
Ulu. Orang Ulu merupakan kategori yang mewakili kira-kira 20 kelompok peribumi kecil seperti
Kayan, Kenyah, Kelabit, Murut, Punan / Penan, dan lain-lain.
Di Sabah, tidak terdapat kelompok yang terbesar daripada segi saiz penduduknya. Empat
kelompok peribumi dan Melayu tidak jauh berbeza dari segi persatuan. Sebagai contoh, pada
tahun 2004, Kadazan Dusun merupakan etnik terbesar (24.8 peratus) dan Melayu (18.5 peratus).

Kebanyakan Kadazan Dusun, Bajau, Murut dan peribumi lain merupakan penduduk luar bandar
dan persisiran sementara kebanyakan etnik Cina menduduki bandar-bandar utama di negeri
berkenaan.
Secara keseluruhan, berlandaskan banci, penduduk di Malaysia dapat dikategorikan kepada
kelompok etnik yang berbeza-beza. Setiap kelompok etnik mempunyai amalan budaya yang
tersendiri. Mereka tidak hanya dapat dibezakan berdasarkan aspek kepercayaan atau agama,
tetapi juga daripada aspek lain. Pada masa yang sama, aspek demografi turut mempunyai
pengaruh terhadap demografi politik dan proses politik negara kerana dalam aspek tertentu,
politik ditentukan oleh bilangan, misalnya jumlah pengundi di kawasan tertentu dan jumlah
penduduk yang menganggotai sesuatu parti politik.
Aspek demodrafi politik di Malaysia dapat dilihat berdasarkan perkembangan dan angkaangka rasmi pilihan raya di Malaysia yang sudah berlangsung sejak tahun 1959. Sebagai contoh,
hal ini dapat dilihat dalam pilihan raya pada tahun 1999 dan 2004. Dewan Rakyat kini
mempunyai 219 wakil dan beberapa pemerhatian dapat disimpulkan. Pertama, dominasi etnik
Melayu dalam politik negara adalah jelas. Di Semenanjung, Sabah dan Sarawak, etnik Melayu
mempunyai 125 kerusi, di mana etnik Melayu merupakan pengundi majoriti di kawasan
parlimen berkenaan. Di Sabah dan Sarawak pula terdapat 31 kerusi majoriti peribumi. Secara
keseluruhan, kerusi Melayu atau Bumiputera dalam politk negara adalah 156 (71.2 peratus)
kerusi.
Sementara etnik Cina di Semenanjung merupakan majoriti pengundi di 23 (10.5 peratus)
kawasan parlimen. Tujuh (3.2 peratus) lagi kerusi parlimen Cina terletak di Sabah (1) dan
Sarawak (6). Hal ini menjadikan kerusi parlimen Cina sebanyak 30 (13.7 peratus). Tiada satu
pun kerusi parlimen di seluruh Malaysia yang mempunyai majoriti pengundi India. Daripada
jumlah 219 kerusi parlimen, terdapat 33 (15.1 peratus) merupakan kerusi plural. Ini bermakna, di
kawasan parlimen berkenaan tidak terdapat suatu kelompok etnik yang mewakili majoriti
pengundi di tempat berkenaan. Daripada jumlah tersebut, 15 mempunyai pengundi Melayu
(Semenanjung) terbanyak dan tiga mempunyai pengundi Melayu (Sabah), tetapi pengundi
mereka adalah kurang daripada 50 peratus. Begitu juga di 14 kawasan, pengundi Cina
(Semenanjung) merupakan pengundi terbanyak di 11 kawasan sementara Cina (Sabah) adalah
terbanyak di tiga kawasan parlimen di negeri berkenaan.
Bilangan kerusi kawasan parlimen yang majoriti pengundinya terdiri daripada kelompok
etnik ertentu memang tidak dapat dielakkan kerana faktor pola taburan penduduk yang
ditentukan oleh beberapa faktor lain, seperti sejarah, ekonomi dan selainnya. Yang lebih penting
diberikan perhatian ialah kemampuan parti-parti komponen dalam parti pemerintah, iaitu Barisan
Nasional mencipta formula penduduk sebenar. Hal ini penting kerana dalam perjalanan sejarah
pembentukan negara bangsa Malaysia, amalan kerjasama politik dan perkongsian kuasa sudah
lama diamalkan dan masih diteruskan sehingga kini.
9.0

HUBUNGAN ETNIK SELEPAS PENUBUHAN MALAYSIA

Dalam bidang politik, usaha bagi mencapai perpaduan dan integrasi etnik masih
dijalankan dengan giat. Segala usaha dan proses pilitik di negara ini telah berjaya membawa
semua etnik utama ke dalam proses politik dan pentadbiran. Pada tahap tertentu, kejayaan
Malaysia dalam usaha memupuk integrasi sosial telah menjadi contoh kepada beberapa buah
Negara luar yang kagum dengan kemampuan pemimpin negara mewujudkan suasana yang
harmonis dan aman damai. Secara beransur-ansur, suasana dan kejayaan dalam bidang politik
turut dapat diterjemahkan sepenuhnya kepada bidang lain terutama dari segi kemasyarakatan dan
dalam kehidupan seharian pelbagai etnik. Perpaduan dan integrasi ialah proses semula jadi dan
boleh berlaku dengan sendiri apabila individu-individu yang terlibat melihat faedah daripada
proses tersebut. Di negara kita, proses perpaduan dan integrasi memerlukan penglibatan
langsung Kerajaan dengan dasar-dasar bersifat top-down. Dalam konteks ini, DEB dan dasardasar yang selanjutnya, iaitu Dasar Pembangunan Nasional dan Dasar Wawasan Negara
merupakan suntikan penting daripada Kerajaan yang cuba mewujudkan perpaduan.
Kesemua dasar yang dirangka oleh kerajaan menyediakan peluang supaya semua etnik
berada dalam satu ruang fizikal yang sama, sama ada dalam bidang ekonomi, pendidikan, atau
perkhidmatan awam. Proses menemukan semua etnik adalah amat penting. Hal ini, adalah
kerana proses perpaduan dan integrasi kini sering membayangkan pembentukan bangsa Malaysia
yang wajar dikejar dan dicapai menjelang tahun 2020. Memang tidak dapat dinafikan bahawa
telah berlaku banyak perbincangan antara pelbagai pihak tentang bentuk bangsa Malaysia yang
diidamkan pada tahun 2020. Cuma, perbincangan itu sebahagian besarnya digerakkan dari atas
dan bukan dari akar umbi.
Dalam pembangunan ekonomimemang wujud ukuran tertentu yang boleh dijadikan
penanda aras pencapainnya. Misalnya, sepanjang tempoh 1980-an, turun naik pencapain
ekonomi diukur berdasarkan kadar pertumbuhan ekonomi tahunan. Sebaliknya, bukan mudah
untuk mengukur pencapaian perpaduan nasional dari segi ukuran yang berasaskan perangkaan.
Apa yang mampu kita lakukan adalah untuk melihat perlaksanaan dan prestasi setiap dasar yang
menyentuh soal perpaduan negara.
Dasar Pelajaran Kebangsaan misalnya, yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai
Bahasa penghantar ialah salah satu langkah untuk mewujudkan perpaduan. Namun kita tahu,
tidak semua rakyat Malaysia menghantar anak ke sekolah aliran kebangsaan yang menggunakan
Bahasa melayu sebagai bahasa penghantar. Keadaan ini berlaku kerana ibu bapa bebas memilih
menghantar anak mereka ke sekolah berbahasa penghantar Mandarin, Tamil, atau Inggeris yang
diizinkan wujud oleh Kerajaan. Namun begitu, boleh dirumuskan bahawa mereka yang
mengikuti sekolah aliran kebangsaan mempunyai peluang yang lebih baik untuk berinteraksi
tanpa mengira etnik dan terlibat dalam usaha mewujudkan perpaduan nasional.
10.0

CABARAN DAN SARANAN DALAM MENINGKATKAN HUBUNGAN ETNIK


Di negara ini terdapat pelbagai parti politik yang berasaskan kumpulan etnik dan setiap
parti politik akan memperjuangkan kepentingan kumpulan etnik yang diwakilinya. Politik
perkauman ini boleh menimbulkan perasaan tidak senang hati dan mengukuhkan semangat
perkauman jika penyuaraan kepentingan etnik tertentu dibuat tanpa mengambil kira kepentingan

semua pihak. Jika isu perkauman seperti bahasa, kebudayaan, pendidikan, agama, kerakyatan
dan ekonomi dibangkitkan, maka tindakan ini tidak akan menyumbang kea rah masyarakat yang
bersatu padu.
Walaupun kestabilan politik dan perpaduan kaum terhasil di Malaysia ekoran daripada
hubungan etnik yang mantap dan utuh serta adanya penyatuan pelbagai parti politik, namun pada
umumnya politik perkauman masih mewarnai politik Malaysia yang dapat dilihat dalam
tuntutan-tuntutan dan isi hati yang disuarakan oleh etnik-etnik tertentu melalui wakil mereka
daripada parti pemerintah atau pembangkang.
Semangat cinta akan negara perlu disemai dalam jiwa masyarakat sejak kecil lagi bagi
mewujudkan jalinan integrasi yang utuh dan murni dalam kalangan masyarakat Malaysia yang
kaya dengan pelbagai kebudayaan dan keagamaan . hal ini boleh dilakukan melalui pemupukan
kesedaran, pendidikan dan program-program pembangunan masyarakat.
Dalam menuju wawasan 2020 dan pembinaan 1 Malaysia tindakan yang paling penting
adalah mengukuhkan lagi kerjasama dan penyatuan etnik berdasarkan pengalaman dan acuan
Malaysia dalam membina perhubungan etnik yang harmoni dengan mempertingkatkan tahap
kepekaan etnik dalam kalangan rakyat pelbagai budaya.
Peranan dan penglibatan pemimpin parti politik adalah sangat penting dalam konteks
menjalin hubungan etnik yang sihat dalam pembangunan politik negara. Justeru , pemimpin
kesemua parti komponen BN dan Pakatan Rakyat boleh memberikan input dengan kerjasama
pelbagai agensi kerajaan yang berkaitan bagi mengkaji keperluan dan permasalahan yang
dihadapi oleh rakyat pelbagai etnik, termasuk suku etnik di Sabah dan serawak dan seterusnya
mencari penyelesaian terhadap isu-isu yang berbangkit, mereka juga harus berupaya meyakinkan
penyokong masing-masing untuk bersikap lebih rasional apabila menyuarakan dan menguruskan
perkara-perkara yang berhubung kait dengan masalah etnik.
Kesediaan bekerjasama dalam politik dan pentadbiran serta kemampuan mengatasi
persoalan kemiskinan dan kepinggiran di bandar dan luar bandar perlu diberi perhatian utama
oleh pemimpin serta kerajaan jika keharmornian etnik yang dikecapi sekarang ini mahu
dikekalkan dan ditingkatkan.
Perpaduan antara etnik dalam kalangan rakyat dan pemimpin politik atau parti politik
yang kukuh dan terjalin secara ikhlas adalah perkara terpenting yang perlu diberi perhatian oleh
pihak kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia dalam memastikan konsep 1 Malaysia serta
matlamat wawasan 2020 tercapai.
11.0

TSUNAMI POLITIK

Keputusan pilihanraya umum ke-12 memeranjatkan semua pihak. Baik dari parti
pemerintah mahupun parti pembangkang. Barisan Nasional (BN) menang dengan majoriti
mudah tetapi hilang penguasaan dua pertiga di parlimen. Selain itu BN gagal untuk
mempertahankan kekuasaan di beberapa buah negeri seperti Selangor, Perak Kedah dan Pulai
Pinang sementara Kelantan gagal ditawan dan kekal di bawah pemerintahan PAS. Semua kerusi
parlimen di Kuala Lumpur dirampas oleh pakatan pembangkang kecuali Setiawangsa berjaya
dipertahankan oleh Zulhasnan Rafique. Selatan tanahair yang menjadi kubu kuat BN juga
dirobek sedikit demi sedikit sehinggakan BN Negeri Sembilan hilang majoriti dua pertiga.

Di Melaka, DAP berjaya menawan lima kerusi DUN dan satu kerusi parlimen. Johor
yang merupakan negeri kelahiran Umno juga tidak ketinggalan menjadi mangsa apabila DAP
mendapat empat kerusi DUN dan satu kerusi parlimen sementara PAS pula mendapat dua kerusi
DUN. Peralihan undi yang besar kepada pakatan pembangkang tanpa dijangka itu, menyebabkan
ramai penganalisa politik menggelarkannya sebagai situasi ini sebagai Tsunami. Buat pertama
kalinya Barisan Nasional (BN) yang ditubuhkan pada 1973 hilang kuasa dua pertiga di parlimen
dan mengulangi sejarah Perikatan pada pilihanraya 1969. Pakatan BN yang ditubuhkan sebagai
formula baru untuk mengatasi kegagalan Perikatan pada pilihanraya 1969 akhirnya tempang
selepas 38 tahun berdiri gagah.

Prestasi BN pada pilihanraya umum 2008 lebih teruk daripada Perikatan pada pilihanraya
tahun 1969 oleh kerana kehilangan lima negeri kepada pakatan pembangkang. Abdullah Ahmad
Badawi telah berjaya mencipta sejarah apabila menjadi ketua BN pertama yang menyebabkan
kehilangan majoriti dua pertiga. Keputusan pilihanraya umum 2008 juga menyaksikan beberapa
menteri dan timbalan menteri mengalami kekalahan yang mengejut.

Sementara itu, Shahrizat Jalil tewas ditangan Nurul Izzah yang kali pertama bertanding
dalam pilihanraya umum. Samy Vellu yang menjadi Ahli Parlimen Sungai Siput semenjak tahun
1974 terpaksa akur dengan Dr Jeyakumar. Manakala Zainuddin Maidin yang menjadi Menteri
Penerangan sebelum ini dimalukan oleh Johari Abdul di Sungai Petani. Di Shah Alam, Aziz
Shamsuddin terpaksa akur dengan kemenangan Khalid Samad.

BN yang menang besar dalam pilihanraya umum 2004 menjadi begitu kuat sehinggakan
tiada kuasa pengimbang dalam menentukan hala tuju negara. Dalam bahasa yang mudah, BN
boleh membuat apa sahaja dengan kuasa dua pertiga mereka di parlimen. Selepas pilihanraya
2004 sehingga 8 Mac 2008 rakyat dibebani dengan kenaikan kos hidup yang mendadak.
Kenaikan harga minyak, tol, pengangkutan awam dan barang keperluan harian telah
menyebabkan ramai yang hidup menderita. Tambahan lagi apabila wujudnya watak-watak
jahat seperti Samy Vellu yang bersungguh-sungguh mempertahankan kenaikan harga tol telah

menyebabkan rakyat mula menyesal kerana memberikan mandat begitu besar kepada BN dalam
pilihanraya umum 2004.

Pakatan pembangkang yang sedar akan kegelisahan rakyat, bijak untuk memanfaatkan
suasana tersebut. Kempen untuk mengurangkan majoriti BN di parlimen agar mereka tidak boleh
membuat keputusan dengan sesuka hati, telah berjaya membuahkan hasil. Lim Guan Eng apabila
ditanya oleh wartawan sewaktu kempen pilihanraya berlangsung, mengatakan DAP tidak
mungkin mengalahkan BN dan hanya berniat untuk mengurangkan majoriti BN di parlimen.

Selain itu, Husam Musa yang juga naib presiden PAS, berkali-kali dalam siri ceramah
dan kempen pilihanrayanya, menyatakan kepada pengundi agar kuasa majoriti BN di parlimen
harus dikurangkan agar harga barang tidak boleh dinaikkan dengan sesuka hati. Di kalangan
orang ramai terutamanya pengundi atas pagar, untuk menukar kerajaan baru secara drastik adalah
sesuatu perkara yang menakutkan. Akan tetapi, kalau sekadar untuk mengurangkan majoriti BN
di parlimen, mereka bersedia melakukannya. Peningkatan kos kehidupan adalah pendorong
utama bagi kumpulan pengundi ini. Mereka ini percaya jika majoriti BN di parlimen
dikurangkan, harga barang tidak mudah untuk dinaikkan dengan sesuka hati.

Oleh kerana terlalu ramai yang berfikir untuk mengurangkan majoriti BN di parlimen,
maka BN akhirnya benar-benar kehilangan majoriti di parlimen bersama dengan kuasa dua
pertiganya. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh penganalisis politik, beberapa orang yang
berada dalam kelompok ini selepas dua hari keputusan pilihanraya diumumkan. Mereka
sebenarnya tidak menyangka bahawa BN akan kalah seteruk ini apabila memenangi hanya 140
kerusi parlimen berbanding dengan pembangkang yang berjaya mendapat 82 kerusi di parlimen.

Pertembungan di antara Pak Lah dan Dr Mahathir Mohamad adalah perkara yang sudah
diketahui umum. Semenjak projek jambatan bengkok dibatalkan, Mahathir tidak henti-henti
menyerang perdana menteri yang beliau lantik menggantikannya pada tahun 2003. Mahathir
memberitahu umum bahawa beliau menyesal kerana melantik Abdullah sebagai penggantinya.
Malah bekas perdana menteri itu pernah memohon maaf kepada rakyat di atas kesilapannya
melantik Abdullah yang dikatakan membawa Malaysia ke arah kehancuran.

Selain itu juga, peranan menantu Pak Lah dalam pentadbiran negara adalah salah satu
kebencian Mahathir. Mahathir mengatakan bahawa budak tingkat empat (merujuk kepada
Khairy Jamaluddin dan rakan-rakannya) menguasai Abdullah. Beberapa hari sebelum
pilihanraya, apabila ditanya oleh wartawan tentang kemungkinan Khairy akan memainkan
peranan penting dalam pentadbiran negara selepas pilihanraya umum, Mahathir berkata Malaysia
akan menuju kemusnahan.

Mahathir sedar bahawa Abdullah dan menantunya akan dapat disingkirkan jika BN
mengalami prestasi yang buruk dalam pilihanraya umum. Maka Mahathir pun menyeru ahli-ahli
Umno agar membersihkan Umno melalui pilihanraya umum. Mereka disaran agar mengundi
berasaskan kepada kredibiliti calon dan bukannya atas dasar parti. Dalam erti kata lain, ahli
Umno diberitahu agar jangan mengundi orang-orang Pak Lah. Kempen ini boleh dikatakan
berjaya. Ahli-ahli Umno yang benci akan Pak Lah dan menantunya telah memberi undi protes,
mengikut saranan bekas perdana menteri itu.

Rembau tempat menantu PM bertanding, boleh dijadikan contoh yang baik. Dalam
pilihanraya umum 2004, calon BN, Firdaus Muhammad Rom Harun telah menewaskan Dr
Dzulkifly Ahmad dengan majoriti yang besar sebanyak 18,656 undi. Manakala menantu PM
menang di Rembau baru-baru ini hanya dengan majoriti 5,746 undi. Khairy tidak mungkin
mendapat undi serendah itu jika orang Umno Rembau tidak protes terhadap beliau. DUN Paroi
yang terletak di bawah parlimen Rembau jatuh buat pertama kalinya kepada PAS apabila
calonnya Mohd Taufek Abdul Ghani berjaya mengalahkan Datuk Zaharuddin Mohd Shariff
dengan majoriti 1,071 undi.

Menantu PM yang dikatakan hebat sebelum ini sebenarnya tidaklah sehebat mana.
Kempen Dr. Mahathir untuk membersihkan Umno hampir menyebabkan menantu PM turut

dibersihkan. Ternyata orang Umno turut menyumbang kepada kehilangan kuasa dua pertiga BN
di parlimen dan menyebabkan beberapa buah negeri tumbang kepada pakatan pembangkang.
Tinjauan yang dibuat di beberapa buah negeri sewaktu kempen pilihanraya umum lalu,
menyaksikan jentera BN tidak bergerak seperti sediakala. Di Selangor, Terengganu dan
Kelantan, kempen BN tidak sehebat pilihanraya umum 2004.

Rakyat-rakyat di Kedah, Pahang, Perak dan Melaka menyuarakan kerisauan mereka mengenai
perihal jentera BN itu. Bilik gerakan BN dikatakan kosong dan pekerja parti tidak banyak
kelihatan. Macam-macam teori dikeluarkan dalam menganalisis strategi Umno dan BN. Ada
yang mengatakan jentera BN tidak bergerak kerena tempoh kempen kali ini agak panjang (13
hari). Malahan, ada yang berfikir bahawa BN telah membuat strategi baru yang tidak disedari
pakatan pembangkang. Ramai juga yang percaya ketua bahagian Umno menahan peruntukan
kerana mahu menggunakannya untuk pemilihan agung Umno yang bakal menjelang.

Tajol Rosli Ghazali mengesahkan teori yang pertama. Bekas menteri besar Perak itu ketika
ditanya oleh wartawan mengenai kelesuan kempen BN pada 1 Mac 2008 dengan angkuhnya
beliau berkata bahawa tempoh kempen pilihanraya terlalu panjang dan BN tidak memerlukan
masa yang lama untuk berkempen. BN tidak perlu berkempen jika pembangkang tidak menabur
fitnah. BN hanya turun untuk menjelaskan perkara sebenar bagi menangkis dakyah yang
disebarkan pembangkang katanya dengan penuh keyakinan. (Buletin Tengah Hari, TV3, 1 Mac
2008). Mungkin kerana kenyataan sombong yang dikeluarkan oleh Tajol Rosli itu, rakyat Perak
telah menghukumnya dengan memberikan undi kepada pakatan pembangkang yang akhirnya
menyaksikan, buat pertama kalinya, menteri besar Perak dilantik daripada parti yang bukan
Umno.

Faktor yang lain pula ialah faktor Anwar. Selepas 10 tahun, inilah pertama kalinya Anwar
Ibrahim berkempen dalam pilihanraya umum. Walaupun usianya telah meningkat, kehebatannya
berpidato, tidak dapat dinafikan. Selain itu, strategi Abdullah-Khairy membubarkan parlimen
sebelum Anwar dibenarkan bertanding membawa padah. Tanpa mempunyai sebarang beban
untuk menjaga kawasan, Anwar menjelajah ke seluruh negara. Jika Anwar dibenarkan
bertanding, tidak mungkin beliau akan mempunyai banyak masa untuk bergerak sebegitu bebas.
Di setiap tempat yang Anwar pergi, pastinya dihadiri ribuan orang. Rakyat yang menghadiri
ceramah Anwar terdiri daripada pelbagai kaum. Di sesetengah tempat, masyarakat Cina dan
India kelihatan lebih ramai daripada orang Melayu.

Penerangan bekas menteri kewangan itu tentang bagaimana beliau akan menurunkan
harga minyak jika pakatan pembangkang diberi peluang untuk mentadbir negara, mampu
meyakinkan rakyat. Dengan fakta dan bahasa yang mudah, rakyat dapat memahami apa yang
cuba diterangkan oleh Anwar. Tahun lalu, dalam sebuah artikel yang ditulis oleh Jocelyn Tan di
akhbar The Star, kumpulan tingkat empat yang diketuai menantu Pak Lah mengatakan bahawa
Anwar bukanlah lagi satu faktor bagi Umno untuk menghadapi pilihanraya. Khairy, Norza
Zakaria dan Zaki Zahid yang mendakwa mereka mewakili generasi muda di Malaysia, yakin
generasi yang mereka wakili tidak terpengaruh dengan Anwar.

Kesombongan kumpulan tingkat empat sampai ke kemuncaknya apabila Ketua Pemuda


Umno Wilayah Persekutuan, Norza Zakaria mencabar Anwar bertanding di mana-mana kerusi di
Kuala Lumpur. Akan tetapi, Anwar tidak dapat menyambut cabaran itu kerana beliau tidak boleh
bertanding dalam pilihanraya sebelum 14 April 2008. Tidak lama lagi, pantang bekas timbalan
perdana menteri itu akan berakhir. Jika salah satu kerusi parlimen di Kuala Lumpur dikorbankan
oleh mana-mana ahli parlimen pakatan pembangkang untuk Anwar bertanding, beranikah Norza
berdepan dengannya?

Pembangunan Multimedia Super Corridor (MSC) telah memerangkap pemerintah


Malaysia. Rakyat Malaysia kini telah mempunyai satu ruang di mana mereka terdedah kepada
pelbagai maklumat tanpa adanya sekatan. Dahulu, maklumat boleh dikawal sepenuhnya oleh
Umno-BN. Rakyat Malaysia hanya dapat membaca, melihat dan mendengar berita-berita yang
disajikan oleh media arus perdana. Dengan adanya internet, penguasaan terhadap maklumat telah
berjaya dipecahkan. Portal media seperti Malaysiakini, Malaysia Today, Harakahdaily , KL Pos
dan banyak lagi, telah menjadi media alternatif kepada rakyat Malaysia.

Tekanan dan cengkaman yang kuat pemerintah Malaysia terhadap rakyat, dengan
menggunakan akta-akta tidak demokratik, telah malahirkan begitu ramai gerilawan siber.
Kelahiran gerila siber ini bertambah dari masa ke semasa sehinggakan pasukan cybertrooper
tajaan Azalina Othman yang baru sahaja dilantik sebagai Menteri Perlancongan, tidak berdaya
untuk melawan. Tanpa disuruh, gerila-gerila siber ini telah melahirkan ribuan laman untuk
menyerang pemerintah BN. Teknologi blog telah menyebabkan perang gerila siber menjadi
semakin hebat. Kurang dari 3 minit, sebuah blog sudah boleh dimulakan.
Serangan demi serangan dari pelbagai penjuru, akhirnya merebahkan BN di beberapa
negeri terutama di bandar-bandar yang mempunyai akses kepada internet. Contoh yang terbaik
ialah di Kuala Lumpur di mana pakatan pembangkang berjaya menyapu sembilan daripada 10

kerusi parlimen. Bandar Shah Alam yang selama ini menjadi kubu kuat Umno, jatuh kepada
PAS.
Walaupun hilang majoriti dua pertiga BN di parlimen, Abdullah Ahmad Badawi terus
menjadi perdana menteri Malaysia bagi penggal kedua. Abdullah tidak menghiraukan desakan
dan tuntutan yang mahukan beliau meletakkan jawatan. Mukhriz Mahathir menjadi pencetus
kepada gerakan dalam Umno menuntut Abdullah meletakkan jawatannya. Beliau mengikut jejak
ayahnya yang menghantar surat kepada perdana menteri untuk mendesaknya meletakkan jawatan
sebagai bertanggungjawab kepada hilangnya majoriti dua pertiga BN dan beberapa negeri
kepada pembangkang. Dr Mahathir pernah melakukan perkara yang sama selepas Perikatan
kalah teruk dalam pilihanraya umum 1969 apabila beliau menghantar surat kepada Tunku Abdul
Rahman.

Sebelum ini, Abdullah ketika diminta mengulas tentang surat Mukhriz berkata, beliau
menyerahkan kepada Ketua Pemuda Umno, Hishamuddin Tun Hussein untuk mengambil
tindakan. Namun, selepas mesyuarat pemuda Umno, Hishamuddin berkata, Mukhriz tidak
dikenakan sebarang tindakan dan menyerahkan balik perkara itu kepada Abdullah sebagai
presiden Umno.

Kabinet baru yang diumumkan oleh Abdullah telah menyingkirkan separuh daripada muka lama,
dijangka menyemarakkan pertembungan dalam Umno. Orang Najib Tun Razak telah terkeluar
dari senarai tersebut. Kabinet baru ini dijangka membantu Abdullah dalam pemilihan pucuk
pimpinan Umno yang akan datang, dan sekaligus mengekang kemaraan Najib. Walaupun Khairy
Jamaluddin tidak diberikan sebarang jawatan menteri, orang-orangnya telah berada dalam
kabinet dan memegang portfolio penting. Contohnya, Wan Farid Wan Salleh yang dilantik
menjadi senator, memegang jawatan Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri. Sepupu
kepada menantu PM, Shaziman Mansor pula dilantik menjadi Menteri Tenaga, Air dan
Komunikasi.

12.0

KESIMPULAN
Selain insiden konflik perkauman pada tahun 1945 hingga 1946 selepas Jepun menyerah
kalah, peristiwa 13 Mei 1969 dan peristiwa Kg Medan pada 2001, keadaaan masyarakat dan
Negara Malaysia secara umumnya adalah stabil, makmur dan harmoni. Walaubagaimanapun,
usaha memelihara hubungan etnik yang harmoni selaras dengan perkembangan politik negara
merupakan cabaran yang besar yang dihadapi oleh Malaysia yang dihuni oleh penduduk pelbagai
etnik daripada latar belakang, budaya, Bahasa, agama, dan adat resam yang berlainan.
Masyarakat berbilang etnik di Malaysia telah mengharungi tahap kereggangan, ketegangan,

pertelingkahan antara etnik sehingga kita berusaha menuju ke arah penyatuan dan keharmonian
etnik sejak dari zaman penjajahan British sehingga ke hari ini. Untuk itu, kita telah melalui
pelbagai cabaran, masalah dan kesukaran dalam melahirkan hubungan etnik yang sihat, pada
masa yang sama kita juga telah berjaya menyelesaikan masalah dan isu perkauman yang wujud
sehingga tercapai kerjasama, permuafakatan dan kompromi politik antara etnik.

PERMUAFAKATAN KOMUNITI DAN SEKOLAH


5:20 AM

abam ming

No comments

Sekolah merupakan sebuah institusi pendidikan yang ditubuhkan oleh masyarakat.


Dengan kata lain, sekolah merupakan salah sebuah komuniti dalam masyarakat. Maka,
perhubungan sekolah dengan komuniti boleh diibaratkan bagai isi dengan kuku, mereka
saling berinteraksi dan saling mempengaruhi antara satu sama lain.
Oleh sebab komuniti merupakan sebuah masyarakat kecil, jadi sekolah juga diertikan
sebagai masyarakat kecil kerana sekolah merupakan sebahagian daripada masyarakat
di mana semua anggota hidup bersama dalam kawasan sekolah, mengikut peraturanpertauran dan cara-cara yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Bukan itu sahaja, sekolah
juga berkonsepkan sebagai suatu sistem sosial iaitu salah satu institusi pendidikan

yang ditubuhkan untuk memenuhi keperluan anggota-anggota masyarakat supaya


membolehkan mereka menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk kemajuan
dan perkembangan diri dan masyarakatnya.
Hari ini, sekolah dipertanggungjawabkan untuk memberi pendidikan dan menghasilkan
perubahan positif ke atas pelajar. Oleh itu, sekolah merupakan pengaruh yang utama
sebagai satu aspek alam sekeliling yang mendatangkan kesan di dalam pembentukan
sahsiah pelajarnya. Seperti yang sedia maklum, kebudayaan masyarakat sentiasa
mengalami perubahan. Justeru itu, pendidikan sekolah tidak memadai lagi dengan
penyampaian pengetahuan dan cara hidup tradisi sahaja malah ia perlu menyediakan
ahli-ahli masyarakat untuk menghadapi dan menerima proses pembaharuan. Oleh itu,
sekolah juga memainkan peranan sebagai agen memodenisasikan masyarakat dalam
semua bidang perkembangan dan kemajuan selari dengan keperluan-keperluan yang
telah dinyatakan dalam Matlamat Pendidikan Negara.
Selain itu, kerjasama di antara sekolah-sekolah adalah lebih diutamakan untuk
memupuk kesefahaman dan perpaduan di antara anggota-anggota yang terdiri
daripada pelbagai kaum. Maka, di samping meningkatkan kerjasama dalam bidang
aktiviti kurikulum dan kokurikulum di antara sekolah-sekolah daerah, negeri dan negara,
konsep sekolah wawasan pula diperkenalkan oleh Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, pada bulan
Disember 1995 bertujuan memberi peluang kepada murid-murid daripada pelbagai
kaum untuk belajar dan berinteraksi bersama dalam sesuatu kawasan yang sama demi
memupuk dengan lebih awal lagi perpaduan dalam kalangan anggota masyarakat
berbilang kaum.
Sekolah melahirkan pelajar-pelajar atau generasi yang berilmu pengetahuan dan
berakhlak mulia. Generasi-generasi yang berilmu pengetahuan seterusnya dapat
memberi sumbangan yang amat bernilai untuk perkembangan dan kemajuan
masyarakat dan negara. Kerjasama di antara sekolah dan masyarakat adalah penting
untuk membawa sekolah dan masyarakat bersama-sama menuju ke arah kejayaan dan
kegemilangan. Jika kedua-dua aset ini tidak saling berinteraksi sudah pasti remaja yang
berilmu pengetahuan tidak akan terhasil. Oleh sebab itu, dalam pelaksanaan Satu
Malaysia remaja dijadikan sebagai aset negara yang utama. Merekalah yang akan
menentukan masa hadapan negara.
Untuk itu, mereka perlu berketerampilan, mempunyai daya saing, kreatif dan inovatif.
Remaja yang berilmu dan bijaksana juga merupakan golongan intelektual yang mampu
berfikir dan menyumbang kepada pembangunan, kemajuan dan juga ketamadunan
bangsa dan negara. Dalam merealisasikan Satu Malaysia remaja seharusnya
menghayati falsafah muhibah dan kerukunan serta keharmonian antara kaum.
Justeru itu, untuk menjayakan semua ini segalanya harus bermula di sekolah dan

kerjasama sekolah itu sendiri dengan komuniti amat penting kerana hubungan keduaduanya boleh diibaratkan bagai aur dengan tebing.
Posted in: Pengantar Pendidikan

POLITIK PERMUAFAKATAN
Politik permuafakatan adalah salah satu kaedah yang di amalkan dalam sistem politik
Malaysia semenjak kemerdekaan. Kebiasaannya politik permuafakatan atau consosional
politik ini berlaku di nagara yang mempunyai masyarakat yang berbilang bangsa atau
majmuk. Malaysia telah mengamalkan politik permuafakatan ini dengan bergabungnya
UMNO, MCA dan MIC membentuk Perikatan. Politik permuafakatan ini pertama kalinya
diperkenalkan oleh Arend Lijpart semasa Persidangan Sains politik Antarabangsa di Brussel .

Antara negara maju yang melakukan politik permuafakatan ini adalah Belanda ,Swizerland
dan Austria. Manakala bagi negara sedang membangun yang menjalankan politik
permuafakatan ini termasuk Pakistan, India dan Malaysia adalah negara sedang
membangun yang paling berjaya dalam pengamalan politik permuafakatan. Walau
bagaimana pun berlaku sedikit gangguan terhadap kejayaan politik permuafakatan apabila
berlakunya rusuhan kaum selepas 13 Mei 1969. Tetapi keberkesanan Politik Permuafakatan
di Malaysia ini berlangsung dengan jayanya selepas itu sehingga kini yang membawa
tertubuhnya Barisan Nasional sebagai kesinambungan daripada Parti Perikatan.
Antara elemen utama yang terdapat dalam politik permuafakatan ini adalah melalui
perkongsian kuasa. Perkongsian kuasa ini akan melibatkan setiap ketua dan pemimpin
daripada setiap kaum untuk terlibat dalam pemerintahan. Selain itu melalui perkongsian
kuasa yang berlaku setiap kaum yang diwakili perlu dapat untuk mencapai kata sepakat dan
bertolak ansur bagi mencapai keputusan yang dibuat iaitu tanpa mendiskriminasikan hak
kaum-kaum yang lain.
Seterusnya pula adalah Kuasa veto. Kuasa veto di sini bermaksud setiap kaum berhak untuk
melakukan pembatalan terhadap sebarang keputusan yang dilakukan sekiranya dilihat
keputusan tersebut tidak memenuhi dan kepentingan kaum yang di wakili tidak di penuhi.
Elemen seterusnya ialah proposional iaitu nisbah perkadaran terhadap pemilihan yang
dilakukan dalam setiap sektor pemerintahan. Keadaan ini menyebabkan perlu ada wakil
daripada setiap kaum dalam pemerintahan negara dengan nisbah tertentu. Melaluinya akan
dapat untuk mengelakkan berlakunya diskriminasi terhadap kaum tertentu.
Elemen terakhir yang terdapat dalam politik permuafakatan ini adalah Autonomi Segmental
iaitu di mana setiap kaum mempunyai autonomi untuk menentukan apa yang perlu untuk
kaum yang di wakili contohnya isu-isu pendidikan, agama, bahasa dan budaya. Melalui
kerjasama dan gabungan ini, Malaysia dapat mengekalkan keamanan dan kestabilan politik
negara sehingga kini melalui BN yang melibatkan gabungan dan kerjasama antara setiap
kaum dan politik permuafakatan dapat di aplikasikan dengan jayanya dalam konteks politik
Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai