Anda di halaman 1dari 6

CABARAN SERTA HALANGAN DALAM MEREALISASIKAN

DIALOG PERADABAN

Antara cabaran utama yang menjadi tribulasi kepada perkembangan proses dialog peradaban
di Malaysia:

 Sikap fanatik dan perkauman

Semasa perbincangan dialog diadakan tidak boleh membincang sesuatu isu


yang bersifat fanatik dan perkauman kerana akan menjadikan dialog peradaban tidak
menepati pencapaiannya dan hanya menguntungkan segelintir pihak sahaja. Ini telah
membolehkan masyarakat tidak lagi menaruh harapan terhadap diskusi peradaban
kerana mengikut pandangan mereka hanya pihak yang mendominankan
perbincangannya sahaja dapat menikmati faedah manakala pihak lain tidak dapat
menuntut kehendak mereka. Ini tidak mencapai matlamat untuk menyatukan kaum di
Malaysia dan memupuk perpaduan serta mencari jalan penyelesaiannya yang disetuju
oleh semua kaum terhadap sesuatu masalah tetapi hanya merumitkan lagi perpisahan
kaum dan perasaan fanatik dalam diri masyarakat. Seseorang yang melibatkan diri
dalam perbincangan harus mempunyai minda yang terbuka serta perasaan perkauman
yang bersama. Mereka juga perlu mempunyai sifat sederhana dalam semua perkara
kerana ia dapat menjamin kepentingan semua orang dalam sesebuah negara.
Misalnya, semasa kaum-kaum majoriti Malaysia iaitu kaum Cina, India dan Melayu
melibatkan diri dalam diolog peradaban sesuatu kaum tersebut tidak boleh hanya
mengetengahkan isu-isu yang menjadi kepentingan dan keperluan kaum mereka
sahaja. Sebagai contoh, isu-isu kebajikan dan sistem pendidikan yang mengkhususkan
sesuatu kaum tetapi ia tidak memberi manfaat secara bersama.

 Perspektif yang salah pihak tertentu terhadap pihak yang lain

Perasaan dan tanggapan yang salah terhadap sesebuah peradaban adalah


kerana menganggapnya sebagai satu ancamaan kepada kepentingan pihak tertentu.
Dialog peradaban yang dijalankan di antara dua pihak yang berbeza budaya,
kefahaman dan nilai amalannya boleh mengundang perspektif yang salah dan pihak
yang tidak bersetuju dengan peradabannya akan berfikir bahawa ini merupakan satu
helah yang memberi peluang kepada pihak lain untuk mempengaruhi mereka melalui
budayanya serta meleburkan nilai jati diri sesebuah budaya tersebut. Sebagai contoh
seperti yang melibatkan negara kita pada masa kini sebagai satu kuasa Islam. Umat
Islam sejak masa Nabi Muhammad SAW dan masa Khalifah Ar-Rasyidin hingga
sekarang memahami kenyataan adanya kemajmukan dan perbezaan dalam keyakinan
terhadap agama masing-masing. Dalam konteks sekarang pula, sebagaimana kata
bekas Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika menyampaikan
ucapannya pada Persidangan Antarabangsa ketiga Dunia Islam dan Barat, bahawa
konflik yang timbul antara dunia Islam dan negara barat (Kristian) bukan berpunca
daripada kepercayaan agama yang berbeza tetapi kerana manipulasi terhadap agama
oleh pihak yang berfikiran sempit atau sekular. Mereka menganjurkan ‘kekerasan’
atas nama agama. Kekerasan yang dianjurkan ini pada umumnya didorong oleh
keyakinan keagamaan, bahawa tindakan mereka adalah sejajar dengan perintah Tuhan
yang terdapat dalam teks-teks kitab suci mereka. Ucapan yang diberikan seumpama
ini boleh mengakibatkan kemarahan pihak barat dan mengukuhkan lagi perasaan
salah tanggapan mereka. Ini mengambarkan mereka sebagai satu kuasa anti-barat
serta suatu fahaman yang menunjukkan keganasan. Manakala, dari segi pemandangan
Timur serta lebih-lebih lagi oleh kuasa Islam, Barat merupakan satu kuasa penjajahan
yang hanya mementingkan kepentingan mereka sahaja. Mereka tidak pernah
mengambil kira kepentingan orang lain. Selain itu, mereka juga berfikir dengan kuasa
dan kepimpinan, mereka boleh menguasai sesebuah negara dan menjajahnya dengan
mengatakan mereka menolongnya. Kedua-dua pihak ini saling mempunyai tanggapan
yang salah terhadap masing-masing dan masih lagi kita melihat keadaan ini
berterusan. Ini juga jelas ditunjukkan apabila kuasa barat dan Islam tidak pernah dan
mahu untuk bekerjasama dalam mana-mana tujuan.

 Cabaran interaksi yang terhad

Kekurangan sumber-sumber untuk menggalakkan dialog peradaban dalam


Malaysia merupakan salah satu faktor penting yang menyebabkan penginteraksian
menjadi terhad. Masalah seperti salah faham dan prasangka hanya akan wujud jika
kekurangan galakan untuk interaksi supaya dialog peradaban dapat diwujudkan dan
dipraktikkan dalam kalangan masyarakat. Interaksi terhad antara pelbagai kaum
berada dalam keadaan yang terhad seperti Institut Pengajian Tinggi yang hanya
berinteraksi dalam lingkungannya, kawasan taman perumahan yang terpisah secara
sistematik mengikut kedudukan dalam petempatan tertentu serta sistem pendidikan
yang mengkhususkan kaum tertentu. Misalnya, universiti berfungsi sebagai satu
tempat untuk berinterasksi dalam satu komuniti iaitu ilmu pengetahuan. Dari segi
konteks diolog peradaban pula, ia menjadi tempat yang penting untuk mempelajari
budaya dan pengalaman kehidupan beragama, adat dan tamadun bangsa orang lain
selain daripada lingkungan sendiri dan masyarakatnya. Menerusi sesuatu
perbincangan yang diadakan dalam kalangan pelajar, pertukaran idea, interaksi yang
berasaskan ilmu pengetahuan, para siswazah dapat menjalani satu proses sosiologi
yang berterusan yang boleh menyesuaikan dengan proses semula jadi yang
mementingkan tindak balas yang berbentuk positif dalam proses sosialisasi.

 Kekurangan toleransi

Toleransi merupakan salah satu proses untuk memahami dan menerima


sesuatu perkara yang kita tidak anuti serta rasional untuk menerima dan
mempraktikkanya. Malaysia terdiri daripada pelbagai etnik kaum yang berbeza yang
menganuti pelbagai agama dan budaya tersendiri. Toleransi dalam kamus bermaksud
sedia menghormati atau menerima pendapat serta pendirian orang lain yang berbeza
dengan pendirian diri sendiri. Dengan prinsip ini, toleransi antara sesebuah kaum
dengan kaum lain adalah dengan menerima tradisi, prinsip agama dan budaya mereka.
Kebolehan untuk memahami dan menghormati pandangan orang lain serta keupayaan
untuk menerima pendapat orang lain boleh meningkatan kefahaman budaya
seseorang. Jika tidak mempunyai amalan menolak fakta serta berkeras untuk tidak
mempersetujui sesuatu perkara yang melibatkan kaum lain, rusuhan serta
pertelingkahan antara kaum boleh berlaku. Misalnya dalam soal agama. Penduduk
Malaysia yang mengamalkan pelbagai ajaran agama menjadi teras dan aspek penting
kepada pelaksanaan dialog peradaban. Pastinya dalam berbagai-bagai kaum, terdapat
nilai atau ajaran yang serupa walaupun tidak sama. Kita boleh menggunakan nilai
yang serupa sebagai titik asas untuk berinteraksi dan berkongsi pandangan dan
pendapat, Sebagai contoh nilai-nilai sejagat. Semua agama mengajar nilai-nilai murni
yang baik seperti bertolak ansur, berbudi dan lain-lain lagi.

 Sifat kepelbagaian budaya yang berpunca kepada perbezaan

Seperti yang diketahui, Malaysia mempunyai pelbagai kaum yang menganuti


pelbagai ajaran agama dan budaya. Perbezaan ini boleh mewujudkan jurang pemisah
yang ketara dalam masyarakat. Untuk mengurangkan jurang perbezaan dan
perfahaman, diolog peradaban adalah sangat penting. Tetapi, kini kepelbagaian
individu dari segi personaliti, agama, kaum, budaya, tradisi, pemikiran, tahap sosial
dan pekerjaan menjadi cabaran dan kekangan untuk merealisasikan pelaksanaan
proses dialog peradaban. Masyarakat Malaysia yang majmuk terdiri daripada
berbilang bangsa, agama, budaya serta pemikiran yang pelbagai sudah mengundang
cara hidup dan berfikir yang berbagai ragam serta berbeza. Situasi ini pastinya akan
mewujudkan pandangan dan sikap yang berbeza antara seorang individu dengan
individu yang lain. Inilah menjadi sebagai satu cabaran proses diolog peradaban.
Salah satu peristiwa yang melanda negara ini pada tahun 69-an ialah peristiwa 13
Mei. Ini dikatakan berlaku kerana perbezaan sosioekonomi, masalah interaksi
sosiobudaya dan identiti bangsa yang timbul di kalangan orang melayu dan cina pada
amnya antara golongan bumiputera dan bukan bumiputera. Oleh itu, perbezaan-
perbezaan ini menjadi isu sensitif yang sukar dan tidak boleh dibahaskan dan hal-hal
seperti ini tidak boleh dibincangkanan secara mendalam. Sikap keterbukaan dan
penerimaan yang masih lagi gagal dipupuk dalam kalangan individu menjadi satu
halangan kepada dialog peradaban. Pemupukan sikap fundamental dengan menerima
dan menghormati perbezaannya selain mencari persamaan serta mengambil inisiatif
untuk membincang hal-hal dipersetujui bersama adalah lebih wajar.

 Polarisasi kaum yang berada pada tahap kritikal

Polarisasi di sini merujuk kepada erti kata setiap kaum akan berkelompok di
dalam kaum masing-masing perhubungan dengan kaum lain adalah terhad dan
berhubungan dengan kaum lain hanya dilakukan apabila terdapat keperluan dan
kepentingan yang mustahak dan tidak dapat dielakkan. Ini memperlihatkan bahawa
polarisasi kaum di Malaysia pada masa ini menjadi semakin kritikal dan secara
langsung menjadi cabaran kepada proses dialog peradaban. Sebagai contoh, sesebuah
kaum yang terikat dengan kelompoknya hanya berhubungan dengan kelompok atau
kaum lain apabila terdapat kepentingan ekonomi dan politik. Ini merupakan salah satu
bentuk hubungan yang palsu. Apabila perhubungan yang berbentuk palsu ini
dijalankan segala usaha untuk memartabatkan keharmonian antara negara pasti tidak
akan dicapai kerana mereka seolah-olah menerima perbezaan kaum lain dengan sikap
terbuka tetapi sebaliknya mereka hanya menjalinkan hubungan semata-mata untuk
memenuhi kehendak mereka. Mungkin ini berpunca daripada amalan keluarganya
yang menekankan kepentingan kaum sejak kecil lagi dan ini menjadi salah satu
bahagian dalam kehidupan mereka yang tidak dipisahkan. Sebagai contoh, isu dan
hak golongan bumiputera sebagai golongan tua dan peribumi negara kita. Sebarang
hak dan istimewa kedudukan mereka tidak boleh disoal mengikut adat perundangan
negara kita. Tetapi, masih lagi dipersoalkan seperti hak-hak kebajikan secara tidak
langsung dan terselindung oleh kaum lain dengan menggunakan istilah satu Malaysia.
Iaitu kesamarataan dalam semua perkara kepada semua kaum di negara kita. Dalam
soal seperti ini, walaupun diolog peradaban boleh memainkan peranannya tetapi tidak
dapat mencapai objektifnya kerana dihalang oleh perundangan serta akan
mengakibatkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan masyarakat kerana mereka
masih lagi terikat dengan polarisasi kaum mereka.

 Ketidakfahaman etnik dan jurang pemisah

Mengetahui sesuatu etnik secara mendalam dan mendekati mereka mengikut


kehendak mereka adalah satu keperluan dalam proses dialog peradaban.
Ketidakfahaman etnik boeh menyebabkan kita tidak memahami unsur-unsur
penyatuan seperti fungsi lengkap melengkapi antara pelbagai etnik dan peradaban
mereka. Perbincangan dialog yang diadakan dalam kalangan golongan tertentu sahaja
tidak wajar dan perlu melibatkan pelbagai peringkat dan etnik kaum di negara
Malaysia kerana bukan hanya golongan majoriti yang diberi perhatian malah
golongan minoroti juga turut dipelihara kepentingannya. Jurang pemisah antara
golongan kaya dan yang miskin juga boleh mewujudkan krisis lingkungan.
Ketidakfahaman ini dan jurang antara etnik telah menyebabkan dialog peradaban
yang dipraktikkan tidak dijalankan disemua peringkat dan mereka berpendapat
bahawa ia hanya mengambil berat akan hal-hal golongan majoriti dan kepentingan
etnik minoriti tidak terpelihara dan tidak diambil kira kepentingannya. Sebagai contoh
etnik minoriti seperti masyarakat Siam di Kelantan, Kedah dan Perlis serta
masyarakat Portugis di Melaka perlu diambil kira nilainya serta berkongsi pendapat
dan mempraktikkannya norma-norma dan nilai kehidupan sebagai nilai-nilai yang
diterima umum kerana jurang pemisah yang wujud boleh menyebabkan perasaan
polarisasi dan kewujudan rasa curiga akan kedudukan mereka yang boleh memberi
kesan negatif kepada negara pada masa akan datang serta melahirkan prinsip poligami
seperti kedusunan, kedazanan di Sabah dan Sarawak.

Anda mungkin juga menyukai