Anda di halaman 1dari 17

Agama memiliki peranan yang amat penting dalam kehidupan umat manusia.

Agama menjadi pemandu dalam upaya untuk mewujudkan suatu kehidupan yang
bermakna, damai dan bermartabat. Menyedari bahawa peranan agama amat
penting bagi kehidupan umat manusia maka internalisasi agama dalam kehidupan
setiap peribadi menjadi sebuah keniscayaan yang ditempuh melalui pendidikan yang
baik di lingkungan keluarga, sekolah dan masyarakat.

Kepercayaan bahawa terdapat satu tamadun atau peradaban yang sempurna


adalah mitos bukan realiti. Setiap tamadun mempunyai kekuatan (keunikan) dan
kelemahan yang tersendiri. Kekuatan sesuatu tamadun mungkin terletak pada nilai-
nilai moral, agama, falsafah, politik dan estetik manakala kelemahannya terletak
pada nilai-nilai ideal. Untuk meneliti dan mengkaji nilai-nilai ideal bukanlah
merupakan suatu tugas yang sukar tetapi untuk mengidentifikasikan kelemahan-
kelemahan dan memahami sesuatu tamadun adalah menjadi satu cabaran.

Menerusi tamadun India, kita dapat memerhatikan dua sudut pandangan


yang menarik mengenainya iaitu pertama, nilai-nilai ideal dan kontradiksi terhadap
nilai-nilai tersendiri dan keduanya cara tamadun ini menyesuaikan diri terhadap
perkara lain. Inilah dianggap iktibar tamadun India yang boleh dijadikan kepada
masyarakat Malaysia kepada zaman moden masa kini. Dalam konteks ini, iktibar
dari tamadun India dilihat melalui aspek terpenting iaitu pertama nilai- nilai murni.

Kepercayaan kepada satu entiti yang melampaui batasan pemikiran dan


kesedaran manusia merupakan asas sistem pemikiran agama orang-orang Hindu.
Dalam tamadun India kita dapat lihat setakat manakah konsep ketuhanan itu penting
dengan merujuk kepada tradisi falsafah mereka sejak Zaman Vedik. Dalam karya-
karya Upanishad konsep ketuhanan telah dipelopori secara mendalam dan dikenali
sebagai Brahman. Brahman mempunyai dua aspek iaitu saguna (mempunyai sifat)
dan nirguna (tanpa aspek). Dalam aspek saguna, Brahman adalah ketua bagi
semua, mengetahui segala-galanya dan pemerintah bagi pemikiran dalaman. Dialah
yang menyebabkan semua, daripadanya segala- galanya berhasil dan kepadanya
segala-galanya bersatu. Brahman adalah pemerintah alam semesta, Dialah yang
mencipta, memelihara dan akhirnya memusnahkannya. Dialah yang mengarahkan
takdir bagi semua makhluk dan yang tinggal di dalamnya. Dia menganugerahkan
kebahagiaan berdasarkan pahala dan memimpin mereka ke arah kesejahteraan dan
kebebasan, sebaliknya menghukum merekayangjahat. Dia digelar sebagai Isvara
dan badannya adalah jumlah campuran badan di alam semesta.

Dalam aspek nirguna Dia tiada sifat-sifatnya. Kewujudannya mutlak,


pengetahuannya mutlak dan kebahagiaannya mutlak tetapi kesemua mi tidak
merupakan sifat-sifatnya. Dialah yang menerangkan kesemua dan nirguna Brahman
hanya dapat diterangkan dalam bentuk penyangkalan seperti tidak panjang dan
tidak pendek, tidak terbayang atau gelap, tiada rasa atau berbau dan sebagainya.

Menerusi konteks tersebut menerangkan Brahman pemikir-pemikir Vedik


telah membincangkan roh individu sitau. Atman. Atman digambarkan sebagai entiti
yang bersemadi dalam badan manusia tetapi pada dasarnya adalah sama dengan
Brahman. Roh individu digunakan untuk menerangkan Brahman yang juga dikenali
sebagai Paratman (roh duniawi). Atman yang sebenarnya berasal dari Brahman
menjadi berbeza kerana diselubungi oleh badan dan sehingga sifat keindividuan itu
keksA Atman tidak dapat melepaskan diri dari duniawi dan bersatu dengan
Brahman. Atman haruslah menyingkirkan segala karma atau hasil perbuatan untuk
mencapal Brahman. Upanishad-upanishad telah menggunakan beberapa tamsil dan
ibarat seperti garam yang dicampurkan dengan air setiap titik air itu bergaram,
bunga api dan apt, besi dan gunting, tanah liat dan periuk belanga, emas dan rantai
dan lain-lain untuk menerangkan sifat-sifat persamaan antara Brahman dan Atman.

Pemikiran agama dan falsafah yang muncul kemudiannya masih


berasaskan kepada ajaran Upanishad. Dalam usaha untuk menerangkan hubungan
Atman dan Brahman pendapat mereka berbeza iaitu ada aliran pemikiran yang
menekankan sifat perbezaan antara roh individu dan roh duniawi, ada yang
membincangkan hubungan bersyarat, ada yang menekankan bahawa tidak ada
keduaan dan lain-lain tetapi semua aliran-aliran ini menerima konsep ketuhanan.
Pemikiran falsafah India menyarankan setiap orang menyedari warisan kedewaan
mereka dan menerusi ini, mereka akan menyedari tentang tiadanya pembatasan
dari segi geografi, bangsa dan agama.

Perkara yang menjadi faktor utama untuk menyatupadukan umat manusia. la


memecahkan segala bentuk perbezaan yang membelenggui kita dan meningkatkan
umat manusia kepada status yang sebenar sebagai anak-anak kekal abadi. la
merupakan penjelasan kepada persoalan mengapa kita harus buat baik kepada
orang lain. Kita harus berbuat baik kepada orang lain kerana kita kesemuanya ini
adalah satu dan dengan menolong orang lain bermakna kita menolong diri kita
sendiri. Sebaliknya, dengan menyakiti orang lain kita tidak mencederakan sesiapa
tetapi sebenarnya mencederakan diri kita sendiri.

Nilai-nilai dari Tamadun India yang boleh dijadikan iktibar kepada masyarakat
Malaysia adalah tuhan hanya satu, tidak ada perbezaan sesama manusia, menolong
orang yang memerlukan pertolongan tidak bertutur kasar dan menyakiti hati orang
lain menerusi kata-kata yang kesat. Maka sesama umat manusia yang diberikan
akal fikiran yang waras seharusnya menghormati insan manusia tanpa mengira
bangsa, bahasa, keturunan, asal-usul, kekayaan dan pendidikan. Masyarakat
Malaysia adalah kaya dengan nilai-nilai murni bukanya kaya dengan harta benda.

Dalam analisis terhadap tamadun India terdapat kemunculan tiga prinsip asas
yang penting bagi masyarakat pelbagai kaum dan budaya. Pandangan semesta
organik membenarkan penerimaan penuh kepelbagaian, perbezaan dan kontradiksi
tetapi pandangan semesta atomistik mengajar orang-orang India mentoleransikan
kepelbagaian dan perbezaan dan menolak kontradiksi. Jadi di India moden terdapat
penerimaan toleransi dan penoiaksn penerimaan. Di Malaysia juga terdapat
penerimaan kepelbagaian dan perbezaan pada sebelum tahun 1970 tetapi ia
berubah menjadi toleransi kepelbagaian dan perbezaan dan penolakan kontradiksi
secara pilihan pada zaman berikut. Di sini juga kita menyaksikan penolakan
'penerimaan'.

Toleransi biasanya menandakan unsur-unsur negatif iaitu sesuatu atau


seseorang tidak diterima atau disambut tetapi bertolak ansur kerana keadaan
mendesak yang tidak boleh diubah. Sifat toleransi dalam masyarakat majmuk
Malaysia membawa kesan negatif. Perkara yang perlu bagi integrasi nasional dan
hubungan antara kaum ialah penerimaan secara penuh segala perbezaan dan
kepelbagaian dan penolakan penuh segala kontradiksi tidak kira kaum, agama atau
status sosial yang lain. Barulah satu aturan sosial yang stabil akan muncul dengan
nilai-nilai individu, kumpulan, masyarakat dan nasional seperti persamaan,
kerjasama persetujuan, pencapaian, perpaduan, integrasi dan kesetiaan.
Pandangan semesta organik ini mengalami perubahan selepas kedatangan
kuasa British ke India. Dasar memperkenalkan pendidikan Inggeris dan usaha-
usaha yang dijalankan oleh mubaligh Kristian telah mempengaruhi pemikiran dan
perasaan orang India. Mereka mulai menyedari beberapa kelemahan dalam
masyarakat terutama dalam aspek sosial dan agama lalu mengambil tindakan untuk
memperbaharui masyarakat. Mereka melihat masyarakat secara kritis dan dari sudut
pandangan rasional dan apa-apa saja yang difikir tidak selaras dengan unsur
rasional dan saintifik ditentang. Masyarakat India beransur-ansur menerima
pandangan semesta atomistik yang mementingkan persamaan, persetujuan dan
keharmonian.

Mengikut pandangan semesta bagi dua benda untuk wujud bersama tidak
boleh mempunyai unsur-unsur berkontradiksi. Ketidaksamaan dan perbezaan akan
menyebabkan mereka percaya India akan menyaksikan perubahan-perubahan
sosial dan agama, usaha untuk menentang pihak British, perjuangan untuk menuntut
kemerdekaan, rusuhan antara orang Hindu dengan Muslim, tuntutan untuk negara
berasingan bagi orang Muslim, tuntutan oleh kasta-kasta bawahan untuk
memperbaiki kehidupan dan kedudukan mereka, usaha-usaha perubahan terhadap
kedudukan kaum wanita dan lain-lain lagi. Ini bermakna, ciri-ciri masyarakat yang
wujud sejak zaman purba dan zaman pertengahan, dan yang telah diterima,
sekarang dipersoalkan dan ditentang.

Tamadun India mempunyai atau memiliki mekanisme yang dapat


menguruskan pemikiran dan tindakan rakyatnya, supaya dapat mengharmoniskan
tendensi berkonflik yang muncul dalam masyarakat bersifat majmuk, dan juga
hubungan antara individu terpaksa menghadapi pandangan semesta yang
bertentangan. Konsep atau prinsip perpaduan dalam kepelbagaian mula diancam
dan India menghadapi pelbagai tuntutan, termasuk tuntutan untuk memisahkan
negara.

Kedatangan British dan tindakan memperkenalkan pendidikan Inggeris di


India telah menyebarkan idea-idea seperti kebebasan, persamaan, kesetiaan,
keadilan, rasionaliti, kebenaran dan kesedaran batin. Peranan mubaligh- mubaligh
Kristian juga menunjukkan kepentingan nilai-nilai ini. Oleh yang demikian sikap,
perspektif, kepercayaan dan pemikiran orang India melalui perubahan utama dan
mempengaruhi pandangan semesta yang dipegang selama itu. Pandangan semesta
baru mula muncul dalam minda orang India.

Mengikut pandangan semesta ini semua benda mempunyai unsur-unsur


semulajadi yang unik dan berbeza. la menekankan bahawa terdapat perbezaan
mutlak antara benda-benda yang boleh wujud secara berasingan atau mengadakan
hubungan dengan benda-benda lain. Ada kemungkinan benda-benda ini boleh
wujud bersama sekiranya tidak ada konflik atau pertentangan antara mereka. Jadi
perpaduan dilihat dalam bentuk sistem yang seimbang, tetap dan tekun. iaitu benda-
benda yang menjadi sebahagian susunan atau sebahagian dari perpaduan tidak
boleh menunjukkan konflik dan kontradiksi antara mereka. Benda-benda yang
menunjukkan konflik dan pertentangan tidak boleh wujud bersama.

Pandangan semesta baru ini masyarakat India mula melihat perbezaan


agama, kasta, kawasan dan jantina sebagai unsur-unsur tidak sesuai dan tidak
selari dengan idea-idea keadilan dan persamaan. Mereka melihat masyarakat India
secara kritis dan melihat ketidaktetapan, kontradiksi dan konflik dalam semua aspek
masyarakat sebagai sesuatu yang harus dipersoalkan dan diubahkan. Misalnya,
perbezaan kasta dan ketidaksamaan menjadi sasaran pembaharu-pembaharu sosial
dari Raja Ram Mohan Roy sehingga ke Gandhi, Ambedkar dan Naicker. Adat-adat
sosial yang melibatkan kaum wanita seperti kahwin awal, perkahwman semula balu,
pendidikan wanita, pembunuhan bayi perempuan dan upacara sati menyentuh
kesedaran batin perubahan-perubahan di India seperti Ram Mohan Roy, Ishwar
Chandra Vidyanagar dan B. M. Malabari. Swami Vivekananda mengingatkan orang
India bahawa penerimaan secara buta adat-adat menyebabkan kemerosotan sosial
dan budaya dalam masyarakat India. Di kalangan orang Muslim terdapat Syed
Ahmad Khan, Syed Ameer Alt dan Bahruddin Tyabji yang memulakan pembaharuan
sosial dan budaya supaya mereka menjadi lebih progresif.

Perkembangan sifat menghormati diri dan berkeyakinan diri menggalakkan


orang India supaya memperjuangkan kemerdekaan daripada cengkaman kuasa
imperialis. Ini menunjukkan bahawa orang India tidak lagi dapat menerima
penjajahan negara mereka oleh kuasa imperialis asing. Kehidupan sosial dan
budaya, segala kontradiksi, konflik, perbezaan dan ketidaksesuaian tidak lagi
diterima tetapi hanya ditoleransikan.
Sifat toleransi menjadi intipati pandangan semesta orang India, biar orang
Hindu mahupun orang Muslim. Dalam hubungan antara kaum masyarakat India
menyaksikan perselisihan faham antara Hindu dengan Muslim. Perbezaan dan
konflik meluaskan jurang hubungan antara kedua-dua kumpulan ini sehingga
tuntutan dibuat untuk mewujudkan negara Pakistan. Kasta-kasta rendah yang telah
menerima kedudukan mereka sehingga kurun ke-19 mula menuntut hak dan
kedudukan mereka yang sah dalam masyarakat. Kaum wanita juga berjuang untuk
kebebasan dan persamaan. Sebahagian besar dari kaum wanita dan kasta rendah
yang tidak dapat menentang kedudukan mereka kerana tidak ada kuasa untuk
melancarkan perjuangan hanya mentoleransikan kedudukan mereka.

Oleh yang demikian, semesta baru yang menekankan perbezaan dan hak-
hak individu memberi galakan bagi sikap kritis terhadap realiti sosial. la berkait rapat
dengan tujuan sesuatu benda, dan sesuatu benda dianggap baik atau buruk. Baik
sekiranya ia memenuhi tujuan seseorang individu atau buruk sekiranya ia
menghalang tujuan. Jadi keperluan menyingkirkan kejahatan yang wujud dalam
bentuk kontradiksi, konflik dan perbezaan tidak dapat dielakkan. Masyarakat India
kontemporari menghadapi banyak masalah berkaitan dengan kasta, kaum, dan
agama kerana pandangan semesta atomistik ini yang menekankan peri pentingnya
sifat keindividuan dan toleransi, bukan sifat berkumpulan dan penerimaan.

Nilai-nilai dari Tamadun India yang boleh dijadikan iktibar kepada masyarakat
Malaysia adalah masyarakat pelbagai kaum dan budaya yang disatukan di dalam
negara yang dikenali masyarakat majmuk. Selain daripada itu toleransi antara
pelbagai bangsa dan kaum tanpa mengira status sosial. Juga ditekankan sifat
hormat-menghormati antara sesama umat manusia tanpa mengira agama dan
bangsa. Menerusi sistem pendidikan yang formal dapat mengubah cara berfikir yang
logik , kritis, mantap, prolifik, globalisai dan waras sesama masyarakat Malaysia
Perkara dapat diperjelaskan kerana jatuh dan unggul sesebuah negara adalah
kerana rakyat yang berpendidikan.

Nilai-nilai moral di dalam tamadunIndia diberi penekanan terhadap nilai-nilai moral


dalam agamaHindu sebahagian besarnya wujud kerana wujudkepercayaan terhadap
doktrin karma yang berkaitandengan tindakan dan balasan.Hukum karma
menetapkan perbuatan baik dibalas baik danperbuatan jahat dibalas jahat di dalam
kehidupannyayang akan datang. Tamadun India juga dipengaruhi oleh
kesusasteraan vedik yang merujuk kepada kitab-kitab Veda, Brahmanas dan
Upanishad serta kesusasteraan Epik yang merujuk kepada dua karyanterbesar iaitu
Mahbrata dan Ramayana. Antara nilai-nilainya adalah menolak kemewahan hidup.

Penganut agama hindu percaya dengan mengamalkan kehidupan


bersederhana atau zuhud dan m e r e k a a k a n h i d u p semula.
S u a m i m e s t i m e n y a y a n g i isteri. Penganutagama Hindu mengamalkan
cerita-c e r i t a y a n g d i b a c a d a l a m hikayat Mahabrata. C o n t o h k a s i h
s a y i n g suami isteri yang paling ideal ialah Rama dan Sita.
S e t i a p s u a m i p e r l u melindungi isterinya d a r i p a d a g a n g g u a n
o r a n g lain. O l e h i t u , n i l a i m o r a l i n i menuntut kesengsaraan, memerangi
kelazatan, b e n c i k e p a d a k e k a y a a n d a n m e n g a m a l k a n y o g a .

Juga dilarang meminum arak tegahan meminum arak ini dimulakan oleh watak Sugar
Ajaria dalam hikayat Mahabrata. Menurut beliau, kebaikan tidak akan mendekati peminum arak,
malah peminum arak akan dihina oleh manusia dan ia adalah racun. Mentaati Ibubapa
Ketaatan kepada ibubapa di katakan merupakan cara untuk mencapai kesempurnaan hidup. Seperti
mana catatan Veda tentang Dhurva yang begitu taat kepada Prahlada. Beliau mencium kaki
untuk mendapat restu dan ketaatannyadinamakan vatsalya-bhara.

Menguasai nafsu bagi penganut agama Hindu, nafsu yang bebas akanmembawa
kemusnahan. Keperluan menguasai nafsu diperdebatkan oleh Arjuna dan Sri Krishna.
Mereka merumuskan kebolehan mengawal nafsu akan memberi banyak kebaikan dan
mencapai tahap tertinggi. K e a d i l a n d a l a m pemerintahan ,setiap pemerintah
menurut agama Hindu j u g a p e r l u a d i l k e r a n a kepada
pemerintahan r a k y a t b e r g a n t u n g n a s i b . O l e h i t u p e m e r i n t a h
y a n g zalim perlu dihapuskan b a g i m e n j a m i n m a s a depan
rakyat.
Perkara yang sama yang diseru dan dijadikan iktibar oleh
masyarkat Malaysia misalnya dilarang meminum arak, pemerintah
yang memerintah dengan adil, mengawal hawa nafsu, hubungan
suami isteri yang intim, mewajibkan zuriat agar meneruskan
keturunan, wanita perlu dihormati, syurga terletak pada kaki ibu
bapa bermaksut hormatidan hargai kedua ibu bapa perbuatan baik
d i b a l a s d e n g a n b a i k d a n s e b a l i k n y a . Pandangan semesta Tamadun India
pula, ialah mengembangkan pandangan semesta yang dapat mengharmonikan
kecenderungan-kecenderungan berkonflik dan lain-lain unsur kepelbagaian
fenomena dunia. Tamadun India juga menekankan sifat perpaduan di satu peringkat
dan sifat majmuk-relativisme di peringkat lain.

Pandangan semesta ini lebih bersesuaian dengan unsur-unsur kompleks yang


terdapat dalam realiti sosial. Jadi, di dalam Tamadun India mereka bersedia untuk
menerima pelbagai sistem, corak kehidupan sosial dan kepercayaan-kepercayaan.
Ia tidak menuntut atau diganggu oleh prinsip moral yang terlibat dengan
kepercayaan bahawa ia mempunyai kebenaran. Pandangan semesta
inimembenarkan seseorang memilih cara berfikir dan melakukan tindakan tersendiri.
Oleh yang demikian, kontradikasi diterima sebagai unsur kehidupan yang tidak
dapat dielakkan. Perspektif ini menunjukkan bagaimana India dapat menerima dan
mengekalkan pelbagai tradisi, pandangan dan pemikiran yang sering berbeza.

Sikap menerima kepelbagaian, perbezaan dan kontradikasi dalam tradisi


sosiobudaya merupaka asas pandangan semesta India yang asal. Ia menekankan
hakikat bahawa terdapat cara berfikir, cara hidup dan cara membuat sesuatu yang
berbeza dan alternative walaupun ia bertentangan satu sama lain. Sifat ini
membenarkan kepelbagaian dan menerima hakikat bahawa kontradikasi bukan
sahaja boleh wujud bersama tetapi harus wujud bersama kerana dalam dunia benar
semua benda dan perkara tidak diaturkan dalam satu sistem yang teratur, seimbang
dan bersepadu. Jadi, tradisi ini tidak menuntut bahawa bagi dua perkara untuk wujud
bersama mereka tidak mempunyai unsur-unsur yang bertentangan. Dalam
perkembangan tradisi agama didapati dewa-dewi yang terpenting pada Zaman Veda
Awal dengan beribu-ribu mazmur suci dicipta dan pelbagai upacara pengorbanan
diadakan. Tradisi India menerima semua ini dengan kepercayaan bahawa mereka
ialah unsur-unsur benar Hinduisme. Sama ada ia plisteisme atau monoteisme
mahupun Vaisnavisme atau Saivisme semuanya adalah sama bagi seorang Hindu
kerana mereka ialah perwakilan simbolik realiti agama yang sama.

Dewa-dewi politeistik dianggap sebagai penjaga nilai-nilai manusia seperti


kesihatan, kekayaan, panjang umur, kemasyhuran dan kejayaan serta mereka boleh
merayu kepada dewa-dewi supaya menghuraikan nilai-nilai ini. Konsep bahawa
dewa-dewi menjaga sesuatu yang dikehendaki oleh manusia merupakan cara
menegakkan nilai-nilai manusia dan memberi sifat-sifat kerohanian kepadanya.

Tamadun India juga menyaksikan kedatangan dua agama utama iaitu Islam
dan Kristian dengan tradisi, kepercayaan dan amalan masing-masing. Kedua-dua ini
wujud bersama dengan kepercayaan dan amalan Hindu. Orang-orang India
menerima semua ini dengan semangat serta minda yang membenarkan perbezaan
dan kontradikasi. Di samping itu juga, orang-orang India yang memeluk kedua-dua
agama ini kekal dengan pandangan, unsur dan amalan Hindu. Misalnya prasangka-
prasangka kasta, ketidakbenaran perkahwinan semula balu, penyembahan patung
dan amalan upacara diteruskan.

Sistem pemikiran falsafah Hindu terdapat enam aliran iaitu Sankhya, Yoga,
Nyaya, Vaiseika, Mimamsa dan Vedanta. Sankhya membincangkan 25 tattva atau
prinsip yang menyumbang kepada penciptaan manakala Yoga menekankan
kawalan badan dan pancaindera sebagai cara mencapai pengetahuan benar
tentang Realiti Agung. Nyaya berdasarkan kepada logik jadi penekanan terhadap
pemikiran yang jelas dan logik adalah cara mencapai kegembiraan teragung.
Vaiseika menyatakan tentang penciptaan duniawi dari atom dan pelepasan dari
kehidupan duniawi. Kuasa dan undang-undang dalam kitab Veda dibincangkan oleh
Mimamsa manakala Vedanta mencadangkan kewujudan Roh Mutlak dalam semua
benda bertujuan untuk mencapai penyatuan roh individu dengan roh duniawi.

Penerimaan unsur-unsur perbezaan dalam aspak agama membawa kesan


positif bagi masyarakat India yang tidak mengalami sebarang pergolakan agama
dalam sejarahnya. Tetapi sifat penerimaan yang terlihat dalam kehidupan sosial
membawa kesan negatif terhadap seseorang individu dan sesuatu kumpulan yang
menjadi mangsa diskriminasi dan penghinaan. Terdapat sebilangan manusia yang
dianggap sebagai orang yang tidak boleh disentuh dan didekati, diasingkan dan
dikehendaki tinggal di kawasan terpencil, didiskriminasikan dan dieksploitasi.
Masyarkat India tidak memperdulikan ketidakseimbangan dan ketidakadilan yang
berlaku di hadapan mereka walaupun tradisi bhakti menekankan persamaan
manusia di sisi Tuhan. Ada yang cuba menggunakan konsep karma yang
menyatakan bahawa kelahiran seseorang ditentukan oleh perbuatannya dalam
kehidupan lalu iaitu sebelum kehidupan ini. Ini merupakan usaha golongan yang
menikmati kehidupan yang baik menjustikasikan kedudukan mereka.

Aspek politik pula membincangkan konsep rajadharma atau tugas-tugas yang


diwajibkan bagi seorang pemerintah atau kerajaan. Terdapat tugas dan
tanggungjawab pemerintah bererti golongan yang diperintah mempunyai hak-hak
tertentu untuk menuntut perhatian kerajaan. Rakyat yang setia dan membayar cukai
mempunyai hak untuk menggantikan pemerintahan atau kerajaan yang kejam atau
tidak cekap. Jadi tekanan terhadap obligasi atau tanggungjawab antara satu sama
lain penting dalam hubungan antara kerajaan dan rakyat. Oleh sebab itu, sikap
penerimaan yang menjadi asas pandangan semesta India mempengruhi pemikiran
orang India sehingga mereka menerima idea, pandangan, amalan dan kehidupan
yang berbeza.

Nilai-nilai Tamadun Islam yang menjadi iktibar kepada masyarakat Malaysia


adalah berasaskan ajaran al-Quran memberi kepentingan dalam hubungan
kekeluargaan. Hubungan anak-anak dengan ibu bapa berasaskan kepada hak dan
tanggungjawab. Islam menegaskan hak terhadap anak mestilah dilaksanakan sejak
anak itu di dalam kandungan. Ibu bapa bertanggungjawab memberi pendidikan yang
sempurna kepada anak-anak-merangkumi pendidikan agama dan kemahiran. Anak-
anak tidak boleh menderhaka terhadap ibu bapa kerana keredhaan Allah terletak
pada keredhaan ibu bapa. Konsep keadilan menjadi asas di dalam sistem keluarga
Islam.
Komuniti atau masyarakat adalah unit yang penting dalam tamadun Islam.
Ikatan sesama anggota komuniti tidak hanya ditentukan oleh hubungan
kekerabatan, malah hubungan sesama agama(ukhwah) dan hubungan sesama
manusia yang merangkumi hubungan orang Islam dengan jiran yang bukan Islam.
Tamadun Islam menggariskan hak dan tanggungjawab individu Islam terhadap
jirannya dan peringkat-peringkat ikatannya dengan jiran tersebut. Asas hubungan
individu dalam Islam adalah ikatan kekerabatan, persamaan agama dan ikatan
kemanusiaan. Hubungan sesama anggota masyarakat berasaskan konsep
egalitarian bermaksud sama rata. Dalam pengertian sebenar ajaran Islam, tidak
wujud sistem kelas dalam masyarakat tidak membezakan kdudukan lelaki dan
wanita. Konsep sama rata wanita dalam Islam ialah berdasarkan konsep keadilan.
Ini bermakna fungsi dan peranan wanita adalah merangkumi bidang pekerjaan yang
sesuai dengan sifat kewanitaan dan fizikalnya.

Tamadun India menekankan beberapa nilai yang penting untuk membentuk


individu, memupuk semangat persaudaraan, menggalakkan sifat bertanggungjawab
dan mewujudkan keharmonian dalam masyarakat. Antara nilai dan kepercayaan
yang menyumbangkan kepada unsur-unsur tersebut ialah Dharma, kepercayaan
kepada Tuhan, Karma, Ahimsa, Satya, dan Perpaduan.

Tamadun India telah memberikan sumbangan yang besar dalam pelbagai


dimensi kehidupan manusia menerusi politik, ekonomi, sosial, teknologi, budaya,
pemikiran dan nilai–nilai luhur, sama ada dalam konteks tradisi mahu pun
kontemporari. Paling menarik memberi kesan langsung kepada masyarakat majmuk
di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India. Oleh yang demikian, paparan tamadun ini
diharapkan dapat memberi nilai tambah kepada masyarakat Melayu, Cina dan India
untuk lebih memahami, menghargai dan menghormati antara satu sama lain.

Malaysia dan India mempunyai banyak persamaan bukan sahaja dalam unsur
kepelbagaian kaum, budaya dan agama tetapi juga dalam pandangan semesta.
Sehingga akhir 1960-an, masyarakat Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum iaitu
Melayu, Cina dan India memegang pandangan semesta organik, dan menerima
segala unsur masyarakat sama ada yang serupa atau berbeza. Dari segi demografi,
kaum-kaum ini mendiami kawasan-kawasan yang berbeza sama ada menetap di
perkampungan, perladangan (estet) dan bandar, dan kaum-kaum ini kurang
berinteraksi. Mereka yang menetap di bandar menyaksikan pertemuan dan
pertembungan pelbagai budaya dan tradisi. Perbezaan diterima sebagai suatu realiti
sosial. Kebolehan pandangan ini untuk menerima elemen-elemen berbeza dan
berkonflik dalam satu sistem memberi satu wawasan luas dan kuasa untuk
berasimilasi dan bertoleransi. Terdapat perpaduan antara kaum etnik dan interaksi
antara kaum berlangsung dengan penuh tanggungjawab (komitmen), persaudaraan,
hormat-menghormati dan persefahaman.
Tahun-tahun pasca 1970 di Malaysia, menyaksikan kemunculan pandangan
semesta atomistik iaitu perbezaan dikenali dan diakui dan masyarakat dipandang
dari perspektif kritis. Unsur-unsur kontradiksi antara komuniti diberi perhatian,
dengan budaya, bahasa, agama dan kedudukan sosioekonomi menjadi isu-isu
dalam perubahan.

Pemikiran rasional, salah satu aspek pandangan semesta atomistik,


memerlukan kerajaan sebagai pelindung (penaung) kepada rakyatnya memahami
keadaan dan kedudukan sosial dan ekonomi yang berbeza dan mengambil tindakan
mengatasi perbezaan ini. Ketidakseimbangan dari segi sosio-ekonomi telah
menyebabkan kerajaan memperkenalkan dasar-dasar untuk membaiki dan
meningkatkan kedudukan kaum Melayu, sebagai kaum teras di negara ini. Dasar
Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan dengan matlamat untuk membasmi kemiskinan
dan menyusun semula masyarakat tanpa mengira kaum dalam kedudukan sosio-
ekonomi. DEB (1970-1990) diterima oleh kaum-kaum bukan Melayu kerana
walaupun tumpuan utama diberikan kepada kaum Melayu dan bumiputera lain
tetapi, kaum-kaum lain turut dilibatkan tanpa pengecualian. Ini kerana program
membantu kaum Melayu dianggap sementara iaitu sehingga mereka mencapai
kedudukan sosioekonomi yang lebih kurang sama dengan kaum-kaum lain di negara
ini.

Tindakan melanjutkan dasar-dasar yang menyebelahl sesuatu kaum atau


memberikan keutamaan kepada sesuatu kaum menyebabkan kemunculan
kontradiksi baru. Wujud keadaan kaum Melayu akan menjadi sangat bergantung
kepada kerajaan sehingga tidak boleh mencapai mobiliti sosioekonomi dengan
usaha sendiri dan tidak mampu untuk bersaing secara terbuka dengan orang bukan
Melayu. Tambahan pula kaum bukan Melayu mulai mencurigai keinginan kerajaan
untuk menamatkan dasar-dasar ini. Terdapat sebilangan besar individu dalam kaum
Melayu yang telah mencapai taraf sosioekonomi yang tinggi tetapi masih menikmati
kemudahan-kemudahan yang diberi melalui dasar-dasar ini. Kontradiksi seperti ini
akan mewujudkan ketidaktentuan psikik di kalangan kaum- kaum lain yang tidak
bersesuaian bagi hubungan antara kaum dan integrasi nasional.

Sesungguhnya usaha ini adalah mencerminan kepada komitmen serta


sokongan padu terhadap usaha pemantapan etika dan nilai nilai murni ke arah
mencapai status negara maju dan iktibar kepada masyarakat Malaysia yang
berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Tamadun India. Secara amnya,tokoh-
tokoh pemikir tersebutmeletakkan pembudayaan amalan nilai-nilai murni dalam
membinaperadaban sebagai sesuatu yangperlu ditanam, dibaja, disiram
dandisuburkan.

Ini adalah kerana apa yang akan menentukan wajah dancitra peradaban itu
sendiri adalah manusianya. Maka manusia perludibentuk adabnya, dan usaha
iniharus bermula dari peringkat yang paling awal. Generasi beradab hanya akan
dapat dilahirkan dengan asuhan nilai-nilai murni. Nilai-nilai murni yang sejagat
seperti amanah, jujur, bertanggungjawab, tekun, rajin, ikhlas, sahaja digalakkan
oleh agama Islam, malah juga oleh agama-agama lain, lantasmelambangkan
kejituan nilai dalamsemua bangsa dan agama demi kesejahteraan hidup. Dalam
kesibukan kitamenongkah arus globalisasi pada masa ini, kita perlu kembali
kepadapengamalan nilai-nilai murni sebagai asas kepada pembentukan
ketamadunan yang mapan.

Jelaslah kepada kita bahawa nilai-nilai tamadun India yang diamalkan dapat
mewujudkan hubungan mesra dan persefahaman sejagat dalam kalangan rakyat
Malaysia sebagai sebuah negara yang berbilang kaum yang hidup harmoni, saling
bertolak ansur, menghormati dan memahami antara satu sama lain. Dalam pada itu
juga, ia dapat mempamerkan jati diri Malaysia sebagai sebuah negara majmuk yang
mengamalkan nilai – nilai murni dalam kehidupan.

Oleh itu, kita sebagai bangsa yang bertamadun yang mendiami sebuah
negara yang merdeka dan aman hendaklah terus mengamalkan nilai-nilai tamadun
India yang boeh dijadikan iktibar kepada masyarakat Malaysia dan digunakan
sepanjang zaman.
Memelihara maruah dan
keturunan

Memelihara jiwa dan


nyawa Memelihara harta benda.

Prinsip –prinsip
asas tamadun
Islam

Memelihara hak Memelihara akal


kebebasan. fikiran

Kesejagatan
(sepanjang zaman)

Kesatuan
Bibliografi

Buku

Tamadun Islam dan Tamadun Asia (2004) Edisi 4 .Kuala Lumpur. Penerbitan
Universiti Malaya.

Ghazali Darussalam (2001). Siri Pengajian Sejarah Sumbangan Tamadun Islam.


Terbitan Pertama. Kuala Lumpur. Utusan Publication Sdn. Bhd.

Tamadun Islam dan Tamadun Asia ( 2006).Edisi Pertama. Kuala Lumpur.


Penerbitan Universiti Malaya

Internet
Hajah ruhayah (2008) retrieved on 17 Febuari 2009
http://hjhruhayah.blogspot.com/2008/12/prinsip-prinsip-tamadun-islam-
sesuai.html

Sudheer Birodkar, 1998, India’s Contribution to The World Culture, Hindu Press.
Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, 2000, Tamadun
Dunia, Shah Alam: Fajar Bakti, hlm. 434

Bibliografi

Asmah Haji Omar, 1986, Bahasa dan Alam Pemikiran Melayu, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka

Azhar Hj Mad Aros, 2000,Titas Kertas 2, Petaling Jaya : Fajar Bakti

Hayes, John R., 1976, The Genius of Arab Civilization-Source of Renaissance, Great Britain:
Westerham Press

Ismail al-Faruqi dan Lois Lamya al-Faruqi, 1992, Atlas Budaya Islam, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka

Mat Rofa bin Ismail, 1996, ‘Pembudayaan Matematik Dalam Gugusan Kepulauan Melayu’,
dalam Mohd Yusuf Hj. Othman (ed.), 1996, Siri Wacana Sejarah dan Falsafah Sains Jilid 5,
Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka

Mounir Farah dan Andrea Barens Karls, 1994, World History The Human Experience, New
York: Macmillan

Nathan Sivin, 1988, The Contemporary Atlas of China, London : Weidenfeld & Nicolson

Nik Rosila Nik Yaacob, “TITAS : Mampukah Melahirkan Generasi Berjiwa Malaysia? Jun
1998, Dewan Masyarakat.

Samuel P.Huntington, 1997, The Clash of Civilizations and The Remaking of World Order,
London: Simon & Schuster.

Sudheer Birodkar, 1998, India’s Contribution to The World Culture, Hindu Press

Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, 2000, Tamadun Dunia, Shah
Alam: Fajar Bakti.

Seyyed Hossein Nasr, 1968, Science and Civilization in Islam, New york : New American
Library
Wan Fuad Wan Hassan, 1996, Ringkasan Sejarah Sains, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka

Bibliografi

Asmah Haji Omar, 1986, Bahasa dan Alam Pemikiran Melayu, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka

Azhar Hj Mad Aros, 2000,Titas Kertas 2, Petaling Jaya : Fajar Bakti

Hayes, John R., 1976, The Genius of Arab Civilization-Source of Renaissance, Great Britain:
Westerham Press

Ismail al-Faruqi dan Lois Lamya al-Faruqi, 1992, Atlas Budaya Islam, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka

Mat Rofa bin Ismail, 1996, ‘Pembudayaan Matematik Dalam Gugusan Kepulauan Melayu’,
dalam Mohd Yusuf Hj. Othman (ed.), 1996, Siri Wacana Sejarah dan Falsafah Sains Jilid 5,
Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka

Mounir Farah dan Andrea Barens Karls, 1994, World History The Human Experience, New
York: Macmillan

Nathan Sivin, 1988, The Contemporary Atlas of China, London : Weidenfeld & Nicolson

Nik Rosila Nik Yaacob, “TITAS : Mampukah Melahirkan Generasi Berjiwa Malaysia? Jun
1998, Dewan Masyarakat.

Samuel P.Huntington, 1997, The Clash of Civilizations and The Remaking of World Order,
London: Simon & Schuster.

Sudheer Birodkar, 1998, India’s Contribution to The World Culture, Hindu Press

Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, 2000, Tamadun Dunia, Shah
Alam: Fajar Bakti

Seyyed Hossein Nasr, 1968, Science and Civilization in Islam, New york : New American
Library

Wan Fuad Wan Hassan, 1996, Ringkasan Sejarah Sains, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka

Anda mungkin juga menyukai