Anda di halaman 1dari 7

PENGARUH HEDONISME TERHADAP GOLONGAN REMAJA

Created by Marzuki

PENDAHULUAN
Kemunculan aliran pemikiran dalam Islam berkembang pesat dengan kemasukan falsafah Greek
pada zaman pemerintahan kerajaan Abbasiyyah. Kemasukan aliran ini bukan sahaja meresap
masuk dalam pemikiran tokoh-tokoh Islam malah turut mewujudkan beberapa disiplin ilmu
khususnya dengan kelahiran ilmu kalam.(Mohd Fauzi Bin Hamat, 1997:175) Kesan dari kelahiran
ilmu ini, maka terbentuklah dua aliran aqidah yang bententangan antara satu sama lain. Aliran
tersebut merangkumi aliran al-Muctazilah dan al-Asyacirah (Mohd Fauzi Bin Hamat; 176).
Walaupun pengaruh falsafah Greek atau lebih tepat lagi pemikiran barat dapat dimurnikan tokohtokoh Islam seperti Imam al-Ghazali, namun aliran pemikiran ini kemudiannya menular masuk
dalam pelbagai bentuk selepas jatuhnya kerajaan Turki Uthmaniah. (Ramli Omar, 1999: 139)
Aliran pemikiran barat ini bukan sahaja menjadikan akal sebagai tunjang utama malah cuba
memisahkan agama dari kehidupan manusia. Hal ini dapat dilihat dengan rosaknya agama Yahudi
dan Nasrani apabila diresapi fahaman falsafah yang pelbagai sehingga menolak peranan wahyu.
( Zulkifli Haji Ismail, 2002 : 159).
DEFINISI TAJUK
Hedonisme menurut pengertian kamus dewan ialah pegangan atau pandangan hidup yang
mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1994:448)
Manakala Drs Sudarsono dalam bukunya Etika Islam Tentang Kenakalan Remaja terbitan Bina
Aksara pula mengatakan Hedonisme sebagai doktrin yang memandang kesenangan sebagai
kebaikan yang paling utama dan kewajipan seseorang untuk mencari kesenangan bagi tujuan
kehidupan. Ia beranggapan bahawa sesuatu perbuatan yang baik adalah mendatangkan kelazatan
atau nikmat (Mohd Ghazali Md Nor, 2007:41) Dalam Erti kata lain mereka beranggapan bahawa
kesenangan dan kenikmatan adalah merupakan tujuan akhir hidup. Jelasnya pernyataan ini sangat
bertentangan sekali dengan tujuan penciptaan asal manusia, sebagaimana firman Allah:

Maksudnya: Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka
menyembah dan beribadat kepadaKu. (Q.S. Az-Zariyaat : 51)
Menyoroti sejarah, fahaman Hedonisme didokong Aristipus (433-355 B.C), salah seorang murid
Socrates. Hal ini merujuk kepada pertanyaan Socrates kepada beliau tentang tujuan terakhir bagi
kehidupan manusia atau apa yang terbaik untuk manusia. Aristipus kemudiannya mengatakan
yang terbaik untuk manusia adalah kesenangan, hal ini terbukti kerana sudah sejak masa kecil
manusia berasa tertarik akan kesenangan dan apabila telah menikmatinya, ia tidak mencari
sesuatu yang lain dan menjauhkan diri dari ketidaksenangan (Muhammad Raqi Bin Mohd Shapien,
2006:50)
Idea ini kemudiannya dikembangkan oleh Epicurus (341-270 B.C) dengan mengatakan tujuan
hidup untuk kesenangan dan kedamaian. Dalam fahaman ini, Epicurus menekankan bahawa
kebaikan tidak mungkin akan difahami andainya kita menolak unsur kelazatan dalam hidup kita
termasuk kelazatan indera rasa, cinta serta kelazatan lain yang dapat dilihat dan didengar oleh
penglihatan dan pendengaran. Bahkan asas kepada segala kebaikan adalah kelazatan yang dirasai
perut sehinggakan ilmu, kebijaksanaan, budaya, dan tamadun umat manusia mesti merujuk
kepadanya. Manakala kelazatan minda pula dikatakan sinonim dengan proses berfikir tentang
kelazatan-kelazatan yang dicapai oleh unsur fizikal tersebut.
Remaja adalah seorang manusia yang berusia antara 14-21 tahun. Pada usia tersebut mereka
sangat naif terhadap apa-apa perkara, mereka selalu ingin mencuba semua yang ada di dunia ini
tanpa memikirkan akibatnya di masa yang akan datang.(Ramlah Yong; 2006)
HEDONISME DAN KAITANNYA DENGAN PENGARUH SEKULARISME
Pada masa kini, Kemunculan aliran sekularisme yang secara jelas bersifat anti agama dan
berasaskan budaya hawa nafsu (Rahimin Afandi Abd. Rahim, 2004: 213) sedikit banyak
menghancurkan pemikiran umat Islam. Menurut Muhammad Naquib al-Attas Sekularisme
bermaksud pembebasan manusia dari segi agama dan metafizik (Azhar Hj Mad Aros, 2000: 216)

Ia juga dapat didefinisikaan sebagai satu ideologi atau ajaran yang membina seluruh pengarahan
hidup manusia dalam setiap aspeknya selain dari ibadah keagamaan di atas asas kepentingan,
keperluan, ukuran, dan nilaian duniawi semata-mata. Dalam erti kata lain ajaran ini menolak
ukuran agama sebagai asas bermasyarakat dan bernegara disamping menjadikan pemenuhan
tuntutan duniawi sebagai matlamat tertinggi dan sebenar manusia.( Zulkifli Haji Ismail:257)
Akibat dari menjadikan akal sebagai tunjang utama kehidupan, timbul pelbagai aliran pemikiran
dalam masyarakat mengikut acuan yang tersendiri seperti Komunisme, Kapitalisme, Libelisme,
Pluralisme dan Hedonisme. Hedonisme adalah budaya yang lahir daripada asas sekularisme yang
menolak dominasi fahaman agama dalam kehidupan manusia (Badlihisham : utusan Malaysia)
Sekiranya diteliti hedonisme merupakan salah satu cabang fahaman Sekularisme. Ajaran
Sekularisme telah meletakkan lima prinsip utama sebagai neraca dalam alirannya (Mohd Ghazali
Md Nor : 57) prinsip-prinsip sekularisme adalah seperti berikut:
1. Prinsip Vetalisme menekankan apa-apa yang berbentuk kuat dan menguntungkan dari segi
kebenaran akan dianggap baik.
2. Prinsip Kreativiti meletakkan sesuatu yang boleh mencetuskan daya kreativiti dan menghasilkan
ciptaan baru akan dianggap sabagai baik dan bermutu.
3. Prinsip Relative pula menekankan tidak ada sesuatu konsep dan pemahaman terhadap sesuatu
fakta atau teori yang bersifat mutlak dan kekal. Sebaliknya semuanya boleh berubah mengikut
perubahan zaman dan perkembagan ilmu pengetahuan
4. Prinsip Hedonisme pula menggariskan apa-apa sahaja yang boleh memuaskan hawa nafsu
manusia akan dianggap baik , manakala apa-apa sahaja yang boleh membawa penderitaan nafsu
akan dianggap buruk
5. Prinsip terakhir pula menganggap majoriti masyarakat sebagai pemutus. Aliran ini menganggap
pilihan majoriti adalah baik.
Secara kesimpulannya, Hedonisme menggariskan keseronokan sebagai tunjang utama kehidupan,
mengutamakan aspek keseronokan diri seperti memiliki barangan yang berjenama, minum arak,
berjudi, bermain muzik, berhibur di kelab-kelab malam dan sebagainya. Keseronokan ini
diputuskan sendiri oleh akal manusia. Hal ini sedikit sebanyak bertepatan dengan matlamat
sekularisme yang mahu memastikan manusia bebas dari unsur ketuhanan. Selain itu, keseronokan
yang diputuskan oleh individu boleh menyebabkan penentangan antara satu-sama lain. Sebagai
contoh seorang individu menganggap membunuh adalah perkara yang menyeronokkan manakala
seorang individu lain menganggap ia sesuatu perkara yang menakutkan. Jadi, secara jelas konsep
pemikiran hedonisme tidak relevan digunakan dalam hal ini kerana boleh mewujudkan
pertentangan pemikiran.
Islam Dan Hedonisme
Islam sangat memandang berat pemikiran-pemikiran yang cuba menganggu umat Islam. Hal ini
kerana sekiranya pemikiran-pemikiran ini tidak dikawal, ia mampu merosakkan aqidah umat
Islam. Sedangkan Aqidah berfungsi sebagai tonggak seluruh perancangan hidup manusia
khususnya yang menyentuh aspek perancangan ummah (Mohd Fauzi bin Hamat, 2002: 13)
Firman Allah dalam kitab suci Al-Quran:


Maksudnya: Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat
sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari Neraka dan
dimasukkan ke Syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya dan (ingatlah bahawa) kehidupan di
dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah
kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. (Q.s. Ali Imran: 185).

Maksudnya: Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali
kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang) dan makanlah serta minumlah dan
jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui
batas. (Q.S. Al-Araf : 31)
Sesungguhnya Islam tidak pernah melarang dan menghalang ummatnya dari berseronok dan
hidup senang, bahkan Islam menggalakkan umatnya untuk berhias ketika ingin beribadah, namun

Islam menghalang ummatnya dari berlebih-lebihan dan malampaui batas. Ajaran Islam yang
dibawa oleh Nabi Muhammad sewaktu fasa pertama dakwahnya di Makkah menekankan
keburukan hawa nafsu dan menyeru manusia mengamalkan akhlak terpuji. Sewaktu Islam mula
berkembang di tanah Arab, gejala buruk seperti minum arak, pelacuran dan berfoya-foya di
kalangan masyarakat Arab Jahiliyah begitu ketara. Hanya selepas Islam bertapak kukuh perkara
itu dapat dibendung dan diatasi. Islam juga mengajar penganutnya melakukan perkara yang
berfaedah dan menjauhi perkara yang sia-sia dengan mengemukakan konsep semua perbuatan
akan dihitung oleh Allah di akhirat kelak.

Maksudnya: Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat
amalnya) (7) Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat
amalnya)(8)
(Q.S. Al-Zalzalah : 7 8)
Malah dalam hadis yang diriwayatkan, Rasulullah bersabda yang bermaksud bahawa Islam itu
adalah pekerti yang terpuji. Hadis itu dengan jelas mengajar umat Islam bahawa sebarang
pekerjaan atau sikap yang bertentangan dengan nilai dan norma agama akan mendapat balasan
seksaan di akhirat dan terkeluar dari ajaran agama.
Firman Allah lagi:


Maksudnya: Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan
hiburan yang melalaikan dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang
yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir? (Q.S.Al-Anan :32)
Lazimnya, perbincangan mengenai akidah akan turut melibatkan persoalan Iman. Konsep
Keimanan adalah mengenai individu yang mempunyai akidah yang benar dan mempunyai tiga
elemen penting merangkumi pegangan kuat berasaskan keyakinan, wujudnya unsur ketundukan
yang tulus dalam sanubari manusia terhadap apa yang diimaninya dan yang terakhir adanya unsur
cetusan atau rangsangan dalaman dalam diri individu tersebut untuk menterjemahkan seluruh
prinsip keimanannya di dalam diri dan di alam kenyataan dengan berusaha untuk menyelaraskan
seluruh aktiviti hidup hariannya berasaskan nilai-nilai keimanan tersebut. Ini kerana individu
tersebut tidak boleh bersabar melihat segala aktiviti hidup dilangsungkan berasaskan bentuk dan
kaedah yang bertentangan dengan asas-asas keimanan yang terpendam jauh dan kental dalam
hati sanubarinya. ( Mohd Fauzi bin Hamat : 16)
ISU YANG SERING DIKAITKAN DENGAN HEDONISME
Di bandar-bandar besar sekarang juga banyak tempat berseronok-seronok dan tidak hanya berupa
tempat pelacuran, malah ada juga caf dan bar, salon dengan service plus dan sebagainya.
Nampaknya hedonisme mendapat tempat yang cukup tinggi dikalangan masyarakat. Bahkan
masyarakat sekarang dikatakan sebagai masyarakat yang mengagung-agungkan kenikmatan
jasmani, dengan kata lain memuja perwatakan hedonisma itu sendiri.
Hampir semua permasalahan sosial yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini adalah
mempunyai kaitan yang rapat dengan aliran fahaman ini, Mohd Murtadha dalam tulisannya
Budaya hedonisme sebagai satu ancaman baru kepada masyarakat (Muhd Murtadha:2008)
mengenai kajian beliau berkaitan masalah sosial dalam majalah mastika bermula Jun Ogos
2008, menggariskan beberapa isu, antaranya:
1. Sukakan Kebendaan (Skim Cepat Kaya)
Sejak akhir-akhir ini terlihat seolah-olah ada kecenderungan masyarakat untuk hidup mewah,
bergaya dan berhibur secara berlebih-lebihan. Di rumah misalnya, segala kelengkapannya seperti
perabot dan perlatan elektrik mestilah yang serba moden dan canggih; kalau kenderaan pula,
bukan sahaja dari jenama yang terkenal, tetapi juga ia harus dilengkapi dengan pelbagai aksesori
latest accessories yang memperlihatkan kehebatan pemiliknya; begitu juga dengan pakaian,
harus dari jenis yang berjenama dan bergaya; dan kalau bersantai ataupun berhibur, harus pula di
tempat-tempat yang ada kelas. Dan pengaruh budaya hidup serupa inilah yang menyebabkan
masyarakat terus dibebani hutang. Keinginan untuk hidup mewah dan bergaya inilah juga yang
dipercayai menyumbang kepada peningkatan kes terlibat dengan Skim Cepat Kaya sejak
kebelakangan ini.

Maka tidak menghairankan kita bilamana bangsa melayu antara golongan yang paling ramai
terlibat dengan skim cepat kaya (Irffan Khairi.com: 2008), satu kes, seorang mangsa sanggup
mengeluarkan RM100.000 kepada seorang artis setelah dijanjikan pulangan pelaburan sebanyak
50 peratus. Bagaimanapun apabila mangsa cuba menunaikan cek imbuhan daripada syarikat artis
berkenaan, pihak bank memberitahu tarikh cek tidak matang, ia tidak boleh ditunaikan dan tiada
wang dalam akaun syarikat itu. (Aniza Zainuddin, harian metro : 2010) keinginan untuk mendapat
keuntungan yang besar dengan kerja yang sedikit membuat ramai dikalangan remaja terlibat
dalam skim ini tanpa memikirkan kebenaran apalagi halal atau haram.
2. Pemerkosaan / Rogol
Jenayah yang tidak pernah lekang dari paparan Media Massa ini semakin hari semakin meruncing,
Penyelaras Masjid, Ustaz Abu Bakar Bakilani Abu Hasan dalam forum bertajuk 'Masalah Sosial,
Cabaran Masa Kini' anjuran Masjid Permatang Sungai Dua dengan kerjasama Pejabat Agama
Daerah Butterworth menjelaskan terdapat peningkatan sehingga 300 peratus, Jelasnya, pada
tahun 2007 kes rogol mencatatkan 1,241 manakala tahun 2008 meningkat kepada 4,959 kes.
Sementara untuk Kes anak luar nikah pula daripada tahun 2000 sehingga bulan Julai 2008
berjumlah 257,411 orang yang mana nisbah 94 orang dilahirkan sehari semalam. (Mohd Sabri
Said: 2008) tidak termasuk yang tidak direkodkan.
Laman web Perisik rakyat, 4 jan 2010 melaporkan kes rogol yang berlaku sepanjang tahun 2000
sehingga julai 2009 adalah seperti berikut:

Antara kes-kes rogol yang dilaporkan di dada-dada akhbar;


Harian Metro; (19 jan 2010): Haid selamat mangsa samun diperkosa
Bagai dirasuk syaitan, tiga penjenayah bukan saja menyamun seorang jururawat, malah mereka
turut melakukan seks oral berhampiran sebuah kedai perabot di Kampung Pandan, dekat sini,
Jumaat lalu. Malah, kumpulan lelaki itu turut memaksa mangsa melakukan hubungan seks, namun
hajat itu tidak kesampaian apabila mangsa datang haid menyebabkan semua suspek
membatalkan keinginan mereka.
Mangsa yang ketika itu dalam keadaan bogel disuruh memakai kembali pakaiannya sebelum
diminta beredar jika tidak mahu dibunuh selepas mereka berang dengan keadaan mangsa yang
datang haid. Menurut sumber, mangsa yang berusia 30-an itu pada mulanya memandu
berseorangan selepas pulang dari pasar malam di Cheras kira-kira jam 2 pagi sebelum keretanya
ditahan seorang lelaki yang bertanyakan arah jalan.
(Berita Harian : 7 Nov 2009) Amah dakwa dirogol abang majikan
KUALA LUMPUR : Seorang pembantu rumah warga Indonesia mendakwa dirogol abang
majikannya selepas dia menolak ajakan untuk mengadakan hubungan seks dengan lelaki itu,
baru-baru ini.
Sumber berkata, lelaki terbabit meminjam pembantu rumah berusia 25 tahun itu daripada
adiknya kononnya bagi membantu membuat persediaan kenduri di rumahnya pada 23 September
lalu. Suspek berusia 40-an didakwa beberapa kali mengajak wanita itu mengadakan hubungan
seks ketika dalam perjalanan dari rumah adiknya di Wangsa Maju ke rumahnya di Bangi.
(Berita Harian : 08/11/2009) Rogol anak, nikah emak
PETALING JAYA: Seorang juruteknik dihukum penjara 10 tahun dan enam sebatan oleh
Mahkamah Sesyen semalam, atas dua tuduhan merogol remaja berusia 15 tahun, 10 hari sebelum
bernikah dengan ibu remaja berkenaan, lima tahun lalu. Hakim Rozina Ayob menjatuhkan
hukuman penjara 10 tahun dan enam sebatan bagi tuduhan pertama manakala tuduhan kedua
pula enam tahun ke atas Hamdan Ahadluddin, 49.
3. Wanita dan Seks
Berteraskan hak dan asasi manusia segelintir muda mudi kini seolah-olah agak susah untuk
ditegur apalagi dibimbing, Presiden Pertubuhan Wanita Muslim Antarabangsa (Malaysia), Dr Rubiah
Hamzah, berkata senario yang berlaku dalam negara ketika ini apabila kebanyakan remaja hilang

rasa malu apabila melakukan aktiviti seks bebas. Kes anak luar nikah diburukkan lagi dengan
laporan yang terbaru mengenai amalan seks bebas remaja hari ini boleh dianggap memasuki zon
kritikal apabila data dikumpul daripada rumah perlindungan wanita di Lembah Klang mencatatkan
2,701 kes kehamilan luar nikah sejak 1996 hingga September. (sumber: berita semasa, 2009)
Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih
257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan
Julai 2008. Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan
atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku
dalam setiap 17 minit 17 saat!
Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran kelahiran anak luar nikah
dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003) 30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf
yang dilahirkan adalah anak orang ISLAM. (berita harian : 2009)
Pecahan mengikut Negeri
Selangor = 12,836 orang Negeri Sembilan = 4,108 orang Kelantan = 1730 orang
Perak = 9,788 orang Pahang = 3,677 orang Perlis = 691 orang
K. Lumpur = 9,439 orang Kedah = 3,496 orang Sarawak = 617 orang
Johor = 8,920 orang Pulau Pinang = 3,412 orang Terengganu = 574 orang
Sabah = 8,435 orang Melaka = 2,707 orang
JUMLAH = 70,430 orang.
Sumber: berita harian online
4. Hiburan
Antara tunggak utama fahaman hedonism ini adalah hiburan yang melalaikan. Punca
permasalahan ini pastinya terletak pada Media sebagai penggerak utama hiburan kepada
peminatnya. Salah satu faktor penting yang menyumbang kepada berlakunya fenomena ini ialah
realiti media massa sama ada media cetak atau media elektronik yang memberikan peruntukan
yang sangat banyak kepada aspek hiburan. (Ummu Wafa : 2010).
Kebarangkalian yang boleh difikirkan adalah mengapa berita artis, rencana hiburan dan skandal
seks diberikan ruang yang begitu meluas, dengan gambar-gambar yang besar dan menggunakan
banyak ruang, tajuk-tajuknya yang besar, adakah kerana ianya lebih selamat? berbanding berita
berunsurkan politik, sosial atau jenayah misalnya. Remaja di sogokkan dengan ungkapan jauhkan
politik, politik kotor politik hanya untuk orang politik dan semacamnya lagi, namun hiburan
yang sememangnya melalaikan remaja di lambak-lambakkan. Pelbagai bentuk hiburan yang cuba
diketengahkan melalui beraneka slot hiburan. Dari rancangan berbentuk reality, konsert-konsert
jalanan hingga ke konsert yang di taja oleh badan-badan kerajaan. Konsert karnival Jom Heboh,
ada juga konsert-konsert yang lain terus dijamukan kepada masyarakat kita di atas pelbagai nama
dan tema, dianjurkan oleh pelbagai pihak dan syarikat. Konsert sempena sambutan tahun baru,
konsert sambutan hari kebangsaaan dan bermacam lagi. Contoh lain ialah Konsert Inspirasi TV3
yang berlangsung di Dataran Merdeka, Pesta Malam Indonesia 3, Rockaway 09 dan terdapat 6
konsert lain yang dianjurkan sempena Festival Muzik KL 2009 yang bermula dari 1-10 Julai 2009.
Selain dari itu budaya Hedonisme juga mendapat tempat yang cukup baik bila TV3 sanggup
mengeluarkan sejumlah wang bernilai USD100.000.00 untuk tempat pertama sebuah
pertandingan reality TV dan anggaran untuk hadiah sahaja bagi semua pemenang adalah
sebanyak RM 7 juta ringgit (Azamin Amin, Harakah daily: 2007)
Apabila program-program hiburan sebegini dilambakkan, kesannya minda masyarakat akan
banyak dibentuk dengan hiburan. Generasi muda yang diharapkan menjadi barisan pelapis untuk
menerajui dan mencorak pembangunan ummah dan negara, disibukkan dengan hiburan yang
melampau-lampau. Mereka lebih ghairah dan bersemangat untuk berbicara tentang gosip sensasi
para artis, filem-filem terbaru di pawagam, lagu-lagu yang sedang popular dan pelbagai topik lain
yang semuanya berkaitan dengan hiburan. Penyakit ini bukan sahaja menimpa golongan muda
mudi kurang berpendidikan, malah dukacita apabila ianya turut berjangkit kepada golongan
mahasiswa mahasiswi di institut pengajian tinggi. Fenomena ini dapat dibuktikan melalui pengaruh
penampilan fizikal, tutur kata, tindakan dan amalan majoriti para remaja zaman ini.

5. Gangterisme
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator T. Murugiah, berkata dianggarkan lebih
kurang 100,000 orang kebanyakannya belia India, terlibat dalam pelbagai kegiatan gengsterisme.
Sambil menyifatkan ia sebagai gejala sosial yang serius, menurutnya, laporan akhbar hampir
saban hari menyebut pembabitan pemuda keturunan India dalam aktiviti gengsterisme dan
jenayah lain. (Sumber, Utusan Malaysia: 2009)
Gangsterisme bermaksud kelakuan yang memusnahkan/merosakkan yang dilakukan secara
berkumpulan. (myhealth.gov.my : 2006) kebiasaannya kegiatan gengsterisme ini meliputi;
Merompak, menyeluk poket, terlibat dalam lumba haram (rempit), mencuri kereta, mengedar
dadah, minum arak, terlibat dalam seks rambang, mengugut peniaga-peniaga kecil untuk memberi
wang perlindungan bagi menjamin keselamatan mereka, bergaduh, buli dan sebagainya.
Penglibatan golongan ini semakin hari semakin serius sehinggakan mereka mula menular ke
sekolah-sekolah sehingga timbul kes-kes ugutan dan buli sesama pelajar, dalam hal ini
kementerian pelajaran mengambil langkah drastik yang konsisten bagi menangani sindrom
gengsterisme ini dengan cara mengadakan subjek khusus untuk meningkat displin pelajar dan
juga mewujudkan talian hotline terus ke pejabat Menteri Pelajaran bagi menerima segala aduan
untuk memudahkan tindakan yang perlu diambil segera oleh pihak atasan. (Adnil Mohd : 2001)
Kes-kes yang melibatkan gengsterisme ini, antaranya:
1. Mungkin kita masih belum lupa peristiwa kematian adik Muhammad Farid Ibrahim, pelajar
tingkatan empat, Sekolah Menengah Agama Datok Klana Petra Maamor, Empangan yang berlaku
sekitar tahun 2004, dimana Allahyarham dikatakan meninggal akibat dipukul oleh pelajar-pelajar
senior.(Mohd Khairul Hidayat Berahim:2009) Menurut sumber, sebelum kejadian, Muhammad Farid
dikatakan dikejutkan dari tidur oleh sekumpulan pelajar senior di bilik asramanya sebelum diheret
ke tandas.
Di tandas, kumpulan pelajar senior mengikat kaki dan tangan mangsa sebelum menghentak
kepalanya dengan baldi. Mereka turut menendang dan menumbuk mangsa sehingga dia (mangsa)
tidak bermaya. Dia yang teruk dibelasah tanpa mampu melawan parah dan darah membasahi
pakaiannya. Melihat keadaan mangsa yang tidak bermaya, kumpulan pelajar senior membawanya
ke bilik semula (Ahmad Nazri Mohamad : 2004)
2. Begitu juga kes yang melibatkan pelajar Sekolah Menengah Sungai Besi, Muhd Hadzrin bin
Mohamad yang meninggal akibat dibelasah rakan sekolah pada Febuari 2009. (Al-Amin bin
Mohamed Sultan : 2009) mangsa cedera parah di kepala dan meninggal dunia di Pusat Perubatan
Universiti Kebangsaan Malaysia, kira-kira jam 1 pagi. Mangsa di belasah oleh 24 orang pelajar
lelaki pada jam 9.30 pagi 13 febuari akibat daripada perebutan wanita. (Muhd Faiz Zaini: 2009)
6. Penagihan Dadah
Penagihan dadah yang hingga kini di anggarkan lebih 400,000 remaja Islam terjebak dalam
jenayah ini, mengikut statistic yang diperolehi dari laman web PEMADAM, memaparkan statistik
Jan Dis 2005 serta profil penagihan dadah di Malaysia mengikut kategori:
(1) Taburan penagih menurut negeri- Pulau Pinang berada pada kedudukan teratas
(2) Jumlah penagih mengikut status kes - kes ulangan lebih tinggi peratusnya
(3) Profil penagih mengikut jantina - lelaki lebih ramai, hampir 98% kes baru adalah lelaki,
sementara 99% kes ulangan adalah dari kaum lelaki.
(4) Profil penagih mengikut bangsa: Melayu berada pada kedudukan tertinggi dengan 69% kes
baru, 67% kes ulangan, dan 68% secara keseluruhan.
(5) Profil mengikut umur ketika dikesan: bagi kes baru, kebanyakan di kesan ketika berumur 2024 tahun dan untuk kes ulangan, ramai dikesan berumur 25-29 tahun
(6) Profil penagih mengikut jenis dadah yang digunakan: bagi kes baru dan ulangan,
kebanyakannya mengunakan heroin.
(7) Profil penagih mengikut pekerjaan: kebanyakan penagih bekerja sebagai jurujual atau dalam
bidang pembinaan rompakan, ragut, rempit dan bermacam bentuk pergaulan bebas lainnya.
Selain dari kegiatan-kegiatan tidak bermoral yang telah di bincangkan di atas, terdapat banyak
lagi isu-isu sosial semasa yang berasaskan dari idea atau aliran hedonism ini. Secara umumnya,
hedonisme itu boleh dianggap neokolonialisme yang dikhususkan serangannya kepada generasi
muda oleh Barat. Secara jelas, konsep yang dikemukakan itu hanya mementingkan kepuasan

nafsu tanpa wujudnya sebarang panduan atau batasan tertentu terutamanya ajaran agama. Gejala
ini timbul berikutan kegagalan manusia memahami konsep ajaran agama yang menekankan
keseimbangan antara nafsu dan akal fikiran demi kesejahteraan manusia. Budaya ini begitu cepat
menular di kalangan remaja yang terpengaruh dengan keseronokan dan aktiviti yang dianggap
dapat menghilangkan rasa bosan terutama remaja di bandar besar. Dengan kemunculan pelbagai
pusat hiburan dan kebebasan media yang tidak dikawal ketat, hedonisme merebak dengan pantas
tanpa disedari mereka.
Punca gejala ini timbul akibat kurang didikan agama. Didikan agama yang dimaksudkan ialah
pendidikan yang dapat membentuk ketahanan dalaman generasi muda untuk menangkis sebarang
gejala negatif yang disogokkan kepada mereka.
PENUTUP
Usaha serangan pemikiran (ghozwul fikr) yang tersebar luas telahpun diberi amaran dalam firman
Allah yang menerangkan tujuan utama serangan pemikiran ini dengan ayat:

yang bermaksud: Mereka ingin supaya kamu menjadi kafir sebagaimana mereka telah menjadi
kafir, lalu kamu menjadi sama (dengan mereka) (Surah An-Nisa, 4:89).
Rasulullah SAW juga mengingatkan umat Islam mengenai serangan pemikiran ini apabila baginda
melarang umatnya daripada meniru budaya orang kafir bagi menjaga keperibadian dan
karekteristik seseorang muslim.
Diantara jenis-jenis serangan pemikiran yang dapat dikenal pasti ialah pemikiran hedonism,
tahyul, khurafat, bidaah, kristianisasi, terrorism, seks dan sebagainya. Namun apa yang
malangnya, golongan remaja di Negara kita khususnya, sebenarnya secara tidak sedar telahpun
banyak terdedah kepada pengaruh fahaman ini. Dan sekiranya tidak ada perhatian dan tindakan
dari pihak-pihak yang berwajib maka pemikiran ini mampu menghancurkan Negara kita suatu hari
nanti. Kesemua serangan pemikiran ini berpunca untuk menjauhkan umat Islam daripada
keterikatan dengan para ulama dan Islam sebagai sebuah agama. Sebagaimana Firman Allah
s.w.t:






Maksudnya: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu
(wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu).
Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang
benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah
datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah
engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan
kepadamu. (120)

Anda mungkin juga menyukai