Anda di halaman 1dari 14

FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN

DIPLOMA ANALISIS PELABURAN

CTU152
VALUE AND CIVILIZATION
LAPORAN KERTAS KERJA:
TOPIK 4: KESAN MEDIA SOSIAL TERHADAP ETIKA DAN
PERADABAN

DISEDIAKAN OLEH:

NO. NAMA NO. MATRIK


1.
2.
3.

DISEDIAKAN UNTUK:

SEMESTER 2
SESI 23/24
SENARAI ISI KANDUNGAN

Bil. Kandungan Muka surat

ABSTRAK 1

1.0 PENGENALAN 2-3

2.0 KESAN MEDIA SOSIAL TERHADAP ETIKA DAN 4

PERADABAN

2.1 Penyebaran Berita Palsu 5

2.2 Buli Siber 6-7

2.3 Kebebasan Bersuara Tanpa Batas 7-9

2.4 Isu Scamming 9-10

3.0 KESIMPULAN KAJIAN 11

4.0 SUMBER RUJUKAN 12


Abstrak
Kajian ini telah mengkaji perbincangan tentang kesan media sosial terhadap etika dan
peradaban kepada masyarakat. Media sosial ialah salah satu platform yang baik untuk
bersosial sekali gus mengeratkan lagi hubungan sesama manusia, walaubagaimanapun
ianya perlu digunakan dan diuruskan dengan bijaksana. Pada masa kini, Media Sosial
dapat memberi impak yang besar dalam sektor ekonomi, politik dan sosial. Selain itu,
membolehkan negara semakin maju dan berkembang dengan pesat. Namun, terdapat
segelintir masyarakat yang menyalahgunakan media sosial serta dapat merosakkan
etika dan peradaban yang boleh mencetus pergaduhan, perlecehan, dan sebagainya.
Seterusnya, kajian ini bertujuan untuk mengatasi masalah buli siber, penyebaran
berita palsu, kebebasan bersuara tanpa batasan dan isu scamming. Masalah ini juga
dapat merosakkan sektor ekonomi serta merosakkan nama negara. Bagi mencapai
matlamat kajian yang telah ditetapkan, metodologi kajian ini menggariskan teknik
yang digunakan untuk memperoleh sumber rujukan. Oleh sebab itu, pengkaji telah
menggunakan bahan rujukan yang boleh dipercayai, termasuk buku akademik, artikel
dari jurnal dan buku yang dipilih sebagai sumber rujukan utama. Pengkaji turut
melawat laman web yang menjadi sumber rujukan kajian ini antaranya laman web
jurnal, akhbar online, majalah berkala, dan lain-lain yang turut disebut sebagai sumber
rujukan sekunder. Kemudian, menggunakan gabungan data tepat yang dikumpul
daripada sumber rujukan, kami juga menjalankan kajian menyeluruh. Analisis kajian
akan memberikan penjelasan yang lebih tepat dan memberikan jawapan kepada
sebarang solan yang timbul semasa kajian sedang ditulis. la memperbolehkan. untuk
menghasilkan kesimpulan yang tepat. Hasil kajian menunjukkan media sosial dapat
memberi impak positif mahupun negatif bergantung kepada pengguna itu sendiri.
Perkara ini menyebabkan etika dan adab semakin berkurang mengikut pengaliran
masa. Pada masa kini, remaja dan kanak-kanak diberi pendedahan awal dengan
penggunaan gajet menyebabkan mereka kurang akhlak dan budi bahasa seperti orang
dahulu kala. Hal ini kerana pendedahan dengan budaya barat dari waktu kecil. Oleh
itu, ibubapa perlulah memberi awal kepada anak-anak di usia muda kerana anak-anak
ibarat kain putih yang bersih. Tanpa didikan awal dari ibubapa, generasi akan datang
semakin kurang akhlaknya kerana mengikut budaya barat semata-mata.

Kata Kunci: kesan media sosial, etika, peradaban.

1
1.0 Pengenalan
Etika dan Adab adalah personaliti bagi seseorang untuk mengenalkan diri mereka
sama ada baik ataupun buruk. Melalui kajian lepas, etika dari sudut Bahasa ialah
sikap, tabiat, budaya, budi pekerti, perangai dan tingkah laku (Mohd Liki Hamid &
Rosnaaini Hamid, 2022:108), manakala dari sudut istilah pula dimaksudkan sebagai
tingkah laku semulajadi atau kebiasaan individu yang dipancarkan hasil daripada
keadaan jiwa seseorang individu tersebut serta tanpa pertimbangan pemikiran terlebih
dahulu (Abul A’la al-Maududi, 1967:20). Selain itu, peradaban berasal daripada kata
dasar ‘adab’. Mengikut kamus dewan, definisi adab pula ialah budi pekerti yang halus,
tingkah laku yang baik dan budi bahasa yang luhur (Kamus Dewan, 2010). Peradaban
terbahagi kepada 3 bahagian iaitu adab, adat resam dan adat istiadat. Adat resam
merupakan adat yang menjadi kebiasaan kepaa sesuatu kaum atau daerah (Kamus
Pelajar Edisi Kedua), manakala adat istiadat pula dimaksudkan berbagai-bagai adat
dan kebiasaan. Antara contoh tindakan seseorang yang tidak beradab ialah tidak
menghormati ibubapa dan menggunakan bahasa yang kesat. Etika dan Adab
memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan seharian kita sebagai
manusia.

Etika dan adab juga telah menjadi kebiasaan dalam kehidupan manusia. Hal
ini membawa maksud apa yang kita lakukan telah di didik oleh ibubapa kita sejak dari
kecil lagi dengan etika dan adab yang betul akan membawa kepada perilaku etika dan
adab yang baik serta dengan pelbagai contoh yang baik dan menghasilkan insan yang
mulia etika dan adabnya.

Etika dan peradaban juga dapat melahirkan masyarakat yang berhati mulia.
Etika ialah amalan yang baik atau prinsip yang dijadikan amalan dalam kehidupan
seharian. Negara akan menerima impak positif dari masyarakat yang berhati mulia.
Antaranya, negara akan dipandang mulia oleh negara luar dan dijadikan contoh oleh
negara luar. Perkara ini dijadikan isu perbualan ramai kerana kes jenayah dalam
negara dapat dikurangkan serta semangat patriotisme dapat dipupuk.

Hal ini juga, berkaitan dengan kehidupan kita, apabila seseorang itu
melakukan perkara yang baik, maka baiklah etika dan adabnya manakala sesiapa yang
menunjukkan perkara perbuatan yang buruk, maka buruklah etika dan adabnya. Dunia
pada hari ini lebih banyak pengaruh dan menjurus dari media sosial dan ini juga bolen

2
memberi pengaruh yang baik. Semua maklumat boleh didapati pada laman sesawang
seperti instagram, facebook, tiktok, twitter dan lain-lain media sosial juga dapat
mengeratkan hubungan silaturrahim manusia tanpa perlu ada di depan mata.

Media sosial juga mempunyai rangkaian yang luas dan boleh berkomunikasi
atas talian. Media sosial juga mempunyai limitasi yang terhad dan sukar untuk
pengguna mengemukakan pendapat dan pandangan bebas terhadap sesuatu perkara
yang disampaikan. Pengaruh media sosial pada masa kini tidak terhad dan bukan
sekadar bahan komunikasi dan perhubungan tetapi terdapat juga kegunaan untuk
berniaga, reagamaan, budaya, perubatan dan sebagainya. Oleh itu, kita sebagai umat
Islam jangan mudah terpengaruh dengan budaya dan agama yang ada di dalam media
sosial. Hal ini dapat dilihat secara positif bahawa pengaruh media sosial mampu
mempengaruhi perubahan akhlak, etika dan adab. Daya tarikan yang ada di sosial
media dapat mengubah diri seseorang jika tidak berhati-hati. Terdapat banyak hiburan
di televisyen dan media sosial yang menjadi minat remaja dan anak-anak pada masa
kini. Pada hari ini kita dapat melihat kanak kanak berumur 5 ke 6 tahun telah
terpengaruh dengan telefon bimbit. Racangan seperti ini tidak memberi manfaat atau
pelajaran malah tidak mampu merancang perkembangan minda dan kemampuan
dalam masyarakat.

3
2.0 KESAN-KESAN MEDIA SOSIAL TERHADAP ETIKA DAN
PERADABAN

Media sosial mempengaruhi etika dan peradaban dengan berbagai cara. Beberapa
dampak positif media sosial meliputi:

1. Peningkatan Kesadaran Sosial: Media sosial memungkinkan orang untuk


berbagi informasi dan memperluas pengetahuan mereka tentang isu-isu sosial
yang terjadi di seluruh dunia. Hal ini dapat meningkatkan kesadaran sosial dan
memotivasi orang untuk bertindak atas isu-isu tersebut.

2. Meningkatkan Partisipasi Politik: Media sosial telah memungkinkan


partisipasi politik yang lebih luas dan meningkatkan partisipasi publik dalam
proses politik dan pemilihan.

Namun, media sosial juga memiliki dampak negatif pada etika dan peradaban, antara
lain:

1. Penggunaan Bahasa yang Kasar: Media sosial memungkinkan pengguna


untuk berbicara dengan sangat terbuka tanpa adanya pengawasan dan kontrol,
sehingga dapat mengarah pada penggunaan bahasa yang kasar dan tidak
pantas.

2. Pencemaran Nama Baik: Media sosial memungkinkan seseorang untuk


dengan mudah menyebar kabar buruk atau melakukan pencemaran nama baik,
yang dapat merusak reputasi seseorang.

3. Penyebaran Informasi yang Salah: Media sosial memungkinkan informasi


yang salah atau tidak akurat tersebar luas dan cepat, yang dapat menyebabkan
kebingungan dan ketidakpastian.

4. Cyberbullying: Media sosial memungkinkan orang untuk menyebarkan


kebencian dan melakukan intimidasi atau pelecehan secara online, yang dapat
berdampak buruk pada kesehatan mental dan emosional korban.

Oleh karena itu, penting untuk menggunakan media sosial secara bijaksana dan
bertanggung jawab untuk meminimalkan dampak negatifnya pada etika dan
peradaban.

4
2.1 PENYEBARAN BERITA PALSU

Terdapat pelbagai kesan negatif dari penyebaran berita dan maklumat palsu oleh
pengguna kepada masyarakat. Antaranya, mempengaruhi cara seseorang itu
berfikir, bertindak dan menyelesaikan konflik tersebut. Hal ini berpunca kerana
media massa sedikit sebanyak telah membawa masuk masyarakat ke suatu pola
budaya baru dan mula menentukan fikiran mereka serta budaya perilaku masyarakat.
Oleh itu, jika maklumat palsu yang negatif mempengaruhi fikiran manusia secara
perlahan-lahan, akhirnya akan berlaku pelbagai cara yang negatif seseorang untuk
bertindak dan menyelesaikan konflik seperti menfitnah, bergaduh dan sebagainya.
Melalui kajian lepas, majoriti dari kalangan ibu bapa dan warga emas sering
mempercayai berita yang tidak sahih dan akan bertindak sesukahati seperti
berkongsikan berita tersebut dengan orang lain menerusi media massa. Contohnya,
facebook dan whatsapp yang sering digunakan oleh mereka.

Penyebaran berita palsu memang mempunyai kesan negatif yang besar


terhadap masyarakat. Ia dapat mempengaruhi cara berfikir, bertindak, dan
menyelesaikan konflik seseorang. Selain itu, penyebaran berita palsu juga dapat
memberi impak negatif pada masyarakat, seperti membuatkan mereka mudah panik
dan menyalahkan kumpulan tertentu berdasarkan andaian mereka.

Penyebaran berita palsu juga dapat mempengaruhi keharmonian dan keamanan negara.
Hal ini terutama berlaku ketika berita palsu digunakan untuk memperkuat kebencian
terhadap kumpulan tertentu. Dalam hal ini, media massa juga mempunyai
tanggungjawab yang besar untuk menghindari penyebaran berita palsu dan
memberikan berita yang benar dan tepat.

Oleh itu, penting bagi kita semua untuk memeriksa dan menyemak sumber berita
yang kita terima sebelum menyebarkannya. Kita harus memastikan bahawa berita
tersebut benar dan tepat, dan tidak bertujuan untuk memperkuat kebencian atau
membuatkan masyarakat mudah panik dan menyalahkan kumpulan tertentu. Kita juga
harus memeriksa sumber berita dan memeriksa fakta-fakta yang disajikan sebelum
mengambil tindakan atau menyebarluaskannya. Dengan cara ini, kita dapat
memastikan keamanan dan keharmonian negara kita serta keselamatan dan
kesejahteraan masyarakat.

5
2.2 BULI SIBER

Buli Siber merupakan salah satu perkara negatif yang sering berlaku dalam kalangan
masyarakat di media sosial terutamanya dalam kalangan anak muda. Buli siber juga
merupakan salah satu ancaman siber yang terbesar di Malaysia. Buli siber berlaku
apabila seseorang itu tidak berpuas hati terhadap sesuatu perkara. Sebagai contoh,
kepada individu yang menggunggah video atau gambar mereka. Selain itu, buli siber
merupakan perkara yang membuat seseorang itu merasa kemurungan kerana perkara
ini akan menyebabkan mangsa yang dibuli tersebut akan terlibat dalam melakukan
tindakan membunuh diri kerana merosakkan imej mangsa dan juga dapat
menjatuhkan maruah mangsa tersebut. Perkara ini merupakan salah satu punca bunuh
diri berlaku dalam kalangan masyarakat pada masa kini. Kes buli siber sering terlepas
pandang dan diambil remeh oleh masyarakat masa kini akan tetapi buli siber ini
adalah salah satu kes yang perlu diambil berat kerana ini salah satu punca
kemurungan dan pembunuhan diri dalam kalangan masyarakat atau pembunuhan
sering bertambah.

Seterusnya buli siber juga mempunyai impak yang negatif pada negara kita.
Antaranya, imej negara boleh terjejas disebabkan oleh buli siber. Ini kerana apabila
buli siber berleluasa di negara kita, negara kita akan terkenal dengan imej yang buruk,
ia akan menjejaskan tanggapan orang luar terhadap negara kita. Sebagai contoh,
pelajar dari luar negara tidak akan memilih negara kita sebagai tempat untuk
menyambungkan pelajaran dan orang luar yang ingin melancong ke negara kita
pastinya mereka akan membuat tinjauan terlebih dahulu terhadap reputasi negara kita
sama ada baik dilancongi atau tidak. Apabila mereka membuat tinjauan dan mereka
mendapati kes buli siber di negara kita sangat tinggi, mereka pasti akan mengubah
fikiran mereka untuk memilih negara kita sebagai tempat menyambung pelajaran atau
destinasi pelancongan. Hal ini berlaku kerana pelajar luar negara tidak mahu menjadi
mangsa dalam kes buli siber di negara kita dan pelancong tentunya tidak mahu
menyokong negara yang mengamalkan budaya yang tidak sihat seperti buli siber .
Semestinya, apabila pelancong datang ke Malaysia mereka juga mahu memuat naik
kandungan pelancongan di media sosial untuk mendapat komen dan sambutan yang
positif tetapi sekiranya mereka datang ke negara yang banyak kes buli siber mereka
pastinya tidak selesa memuat naik ke media sosial kerana mereka risau akan dapat

6
sambutan dan komen yang tidak baik. Ini akan menjejaskan ekonomi Malaysia dan
menjejaskan aktiviti pelancongan dari negara luar datang ke Malaysia.

Oleh itu, kes buli siber di negara kita bukanlah kes yang ringan dan kita harus
ambil perkara ini sebagai perkara serius kerana kes buli siber dapat menjejaskan imej
negara serta ekonomi negara dan juga memberi impak yang buruk terhadap rakyat
negara kita. Kita haruslah mengambil tindakan untuk mengurangkan atau
menghapuskan kes buli siber supaya menjaga keharmonian negara dan rakyat. Antara
tindakan yang perlu dibuat oleh masyarakat ialah dengan memperkuatkan didikan
agama dan moral kepada setiap individu terutamanya remaja supaya mereka berhenti
melakukan perbuatan yang tidak bermoral. Hal ini kerana dengan memberi didikan
agama atau moral kepada seseorang itu, mereka tidak akan melakukan perkara yang
tidak baik kerana mereka tahu kesan buruk melakukan perkara tersebut kepada
individu yang lain dan mereka akan lebih beretika di dalam media sosial. Selain
daripada tindakan mendapatkan didikan agama dan moral rakyat juga boleh
mengurangkan atau menghapus kes buli siber dengan melapor kepada pihak berkuasa
atau berkaitan. Disamping itu, mengamalkan etika dan adab dalam melayari internet
serta mengemukan pendapat kepada setiap individu. Rakyat harus menjadi bijak dan
beretika apabila menggunakan media sosial ini kerana media sosial bukan tempat
untuk kita melakukan perkara yang tidak bermoral yang boleh mencemar nama baik
kita, keluarga dan negara.

2.3 KEBEBASAN BERSUARA TANPA BATASAN

Malaysia merupakan negara yang mengamalkan pemerintahan sistem berdemokrasi


dan berpelembagaan. Dalam perlembagaan persekutuan, Perkara 10(1)(a), Setiap
warganegara Malaysia diberi kebebasan untuk bercakap dan bersuara. Setiap
warganegara Malaysia bebas mengemukakan pandangan dan idea selagi tidak
menyentuh isu-isu sensitif yang telah dinyatakan oleh Parlimen dalam Perkara 10(4)17.
Akan tetapi hak kebebasan yang bersyarat ini sering diabaikan sebahagian orang
sehingga terbabas dan melanggar sempadan atau Batasan agama, institusi beraja,
perlembagaan negara serta sentimen masyarakat.

Melalui penggunaan media sosial, keadaan ini dirancakkan lagi kerana


membuka luas hubungan antara pengguna sehingga menjadi medan terbuka untuk
berhujah dan memberi komentar tentang pelbagai isu, dari perkara-perkara remeh,

7
hingga kepada hal-hal negara dan sosiopolitik. Ramai pengguna tidak mematuhi etika
dan adab dalam berkomunikasi, mereka memberi komentar tanpa tutur kata yang baik
walaupun tidak pihak-pihak yang dikritik hingga menjatuhkan maruah dan reputasi
mangsa. Hal ini pernah berlaku kepada ramai pengguna sosial yang menghantar video
dan gambar milik beliau di media sosial telah dikritik dengan teruk. Mereka dikecam
disebabkan oleh rupa paras yang tidak cantik, obesiti, dan banyak lagi.

Kebebasan bersuara tanpa batas di media sosial juga berpotensi merosakkan


perpaduan rakyat antaranya melibatkan sentimen agama atau bangsa. Semakin ramai
pengguna media sosial yang berani menyatakan pandangan sendiri tentang agama
orang lain dengan menggunakan perkataan-perkataan yang kesat. Contohnya, kisah
Muhammad Adib Bin Mohd Kassim, 24 tahun, ahli bomba telah meninggal dunia
pada 17 Disember 2018 ketika menjalankan tugas akibat daripada cedera parah
dipukul perusuh ketika rusuhan kuil di Subang. Namun, terdapat 421 komentar
negatif dan 167 komentar positif tentang isu Muhammad Adib di Berita Harian Online
bermula dari 28 November 2018 hingga 5 disember 2018. Contoh komentar negatif
yang berjaya direkodkan ialah “Moorthy Perlu Jadi Watak Utama Yang Dipukul ,
Baru Dia Tahu Apa Itu Perpaduan #sayangimalaysiaku “. Daripada kritikan tersebut,
hinaan dan hamburan secara bebas terhadap institusi beraja.

Dalam konteks agama pula, apa yang paling menakutkan ialah mengenai
keterbukaan dan kebebasan pendapat di sosial media baru-baru ini menjadi buah muut
masyarakat sekitar kerana perkara ini merosakkan akidah dan akhlak seseorang
sekaligus dapat menggugat keimanan orang-orang Islam. Kebebasan ini telah
membuka ruang kepada usaha penyebaran ajaran sesat dan elemen fahaman
liberalisme kepada masyarakat hanya melalui sosial media. Perkara ini dapat dilihat
melalui penyebaran gerakan LGBT, penyebaran konten porno dan fesyen baju yang
menjolok mata bagai memakai baju tapi terlanjang. Antara komentar yang dapat
dilihat ialah “ Allah is Gay”, “kubur masing-masing” dan “kenapa kami dibenci
sedangkan yang banyak mati orang yang bertawakal kepada Allah, sedangkan kami
pendosa bahagia dan tak mati lagi”. Perkara ini dapat membangkitkan keraguan
terhadap kefahaman an kepercayaan terhadap umat Islam. Kebanyakkannya mereka
menggunakan segala medium untuk mempromosikan ideologi mereka yang dapat
merosakkan anak-anak bangsa melayu. Antara medium yang terkenal ialah TikTok,
Instagram, Facebook, Youtube dan Twitter. Mereka lantang mengemukakan pendapat

8
tentang isu-isu semasa khususnya yang melibatkan syariat islam, autoriti agama dan
mahkamah Syariah di Malaysia. Antara ungkapan yang direkodkan adalah “ nabi
anjur cinta lelaki sesama lelaki” dan “ al-Quran tidak melarang homoseksual”.

Kebebasan bersuara tanpa batas dapat memberikan impak positif mahupun


negatif kepada masyarakat. Maka, pengguna media sosial perlu menghadkan dan
berfikir dahulu sebelum bertindak kerana takut menyesal di kemudian hari. Hak
kebebasan bersuara perlu difahami dengan betul kerana ia dapat menjaga
keharmonian beragama dalam perlembagaan Malaysia. Pihak berkuasa perlulah
menguatkuasakan undang-undang dalam berkomunikasi serta mengenakan denda
yang berat kepada individu yang melanggar peraturan dalam berkomunikasi dan
memberi pendapat. Ibubapa juga dapat membantu dalam memberikan didikan awal
kepada anak-anak terutamanya remaja agar mereka sentiasa terpelihara dan menjadi
anak-anak bangsa yang berjaya.

2.4 ISU SCAMMING

Ramai scammer menggunakan media sosial untuk menipu pengguna dengan pelbagai
cara dan teknik mereka sendiri. Isu ini dapat melibatkan seseorang yang naif dalam
menggunakan media sosial. Para scammer ini tidak peduli jika kita rugi ataupun tidak,
mereka hanya mahukan duit ataupun pangkat dalam apa bidang sekalipun.

Isu scammer juga banyak mempengaruhi pengguna media sosial dalam etika
dan peradaban.Terdapat artikel mengatakan scammer mempunyai pelbagai jenis cara
untuk menipu. Contohnya, dari segi pakaian, barangan elektrik dan saham cepat kaya
yang dijual dan dipromosikan di dalam media sosial. Kebanyakkan para penjual di
dalam media sosial hanya mahukan untung sedangkan barangan yang dijual rosak
mahupun tidak sama dengan gambar yang dipaparkan.

Kes scammer banyak terjadi di Malaysia seperti panggilan scammer, mesej


scammer dan sebagainya. Hampir separuh rakyat Malaysia yang tertipu disebabkan
oleh hal scammer ini dan ramai yang rugi atas dasar kecuaian diri sendiri. Isu
scammer ini dapat membuat pengguna sosial sentiasa berhati-hati dan berwaspada
kerana kehendak yang kita mahukan tidak semestinya tepat .

9
Perkara ini dapat dibuktikan melalui peristiwa yang pernah berlaku di
Kuantan, seorang wanita rugi lebih RM50,000 ditipu oleh sindiket YouTube. Seorang
wanita di Kuantan menjadi mangsa penipuan dalam talian apabila terpedaya dengan
tawaran kerja sehingga kerugian RM53,875. Mangsa dihubungi menerusi aplikasi
WhatsApp pada 29 Januari lepas berhubung tawaran kerja untuk melanggan dan
memberi tanda suka di YouTube. Modus operandi 'scammer' tersebut ialah apabila
menjanjikan komisen sebanyak 30 peratus untuk setiap tugasan yang dilakukan
mangsa. Mangsa yang berminat terus membuat pembayaran sehingga mengeluarkan
wang simpanan dan meminjam daripada ahli keluarga yang keseluruhannya
berjumlah RM53,875. Wanita itu kemudiannya menyedari ditipu selepas tidak
menerima sebarang bayaran balik walaupun membuat bayaran secara dalam talian.

Cara untuk mengelakkan diri daripada ditipu oleh scammer ialah jangan kongsi
maklumat peribadi anda kepada orang lain termasuklah maklumat sensitif seperti
nombor kad pengenalan, nombor PIN, kata laluan dan nombor TAC. Selain itu,
jangan tulis nombor PIN anda di tempat yang mudah diakses orang lain. Secara tidak
sengaja, maklumat seperti ini akan membuatkan anda memberi akses akaun bank
kepada penjenayah siber. Kemudian, sentiasa semak laman web dan pautan rasmi
yang anda layari. Elakkan klik pada pautan atau buka lampiran e-mel daripada sumber
yang tidak diketahui dengan kandungan yang menggunakan ejaan atau tatabahasa
yang salah.

10
5.0 KESIMPULAN KAJIAN

Secara ringkasnya, media sosial dapat memberikan kesan yang positif mahupun
negatif kepada masyarakat.Pengguna media sosial harus mempunyai tanggungjawab
masing-masing dalam menangani isu ini.

Kemudahan ini baik dari segi akademik, fizikal dan mental. Media sosial
dapat mendorong seseorang ke arah perkara yang negatif mahupun positif hal ini di
atas kehendak masing-masing.Interaksi dalam media sosial yang akan berlangsung
dam merosakkan moral dalam masyarakat kini dan kepada generasi yang akan datang
jika tidak dikawal pada masa kini.

Masyarakat perlu bersama menangani masalah menyalahgunakan media sosial


dalam kehidupan harian kerana mampu merosakkan akhlak, etika dan adab
penggunanya sehingga lupa untuk melakukan ibadah wajib iaitu solat 5 waktu.
Perkara ini dapat merosakkan anak bangsa melayu yang sedang berkembang dalam
pengaliran waktu kerana mereka merupakan masa depan kepada negara. Tanpa ilmu
pengetahuan yang baik, ia mampu mencegah masa depan mereka sekaligus masa
depan negara. Maka, masyarakat perlulah bersatu padu untuk mengurangkan
penggunaan media sosial yang berlebihan agar masa depan anak bangsa terjaga.

11
Senarai Rujukan

1. Alias Othman (1986), Apakah ciri-ciri khusus Islam.


2. Abdullah Nasih Ulwan (1988), Pendidikan anak-anak dalam Islam.
3. Prof. Dr. H. Aboebakar Atjeh (1979), Akhlak dalam Islam.
4. Kebebasan bersuara dalam hukum dan fatwa, Abdull Rahman Bin Mahmood,
Abdul Muhaimin Bin Mahmood, Mohd Izhar Ariff Bin Mohd Kashim.
https://myjurnal.mohe.gov.my/public/article-download.php?id=83325
5. Buli siber dan implikasi emosi dalam kalangan murid sekolah menengah (2021),
Nur Azilah Ismail, Norliza Abdul Majid & Parvathy Rajan Naidu.
https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPB/article/download/5431/3026/22693
6. http://www.jpapencen.gov.my/CAT289562/Published/perkara10-Ma.Html
7. https://ikram.org.my/taktik-penipuan-scammer-yang-dikendong-berciciran/
8. https://majoriti.com.my/berita/2023/02/08/rugi-cecah-jutaan-ringgit-4-kisah-
kuantan-jadi-lubuk-scammer
9. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/10/874374/kematian-
muhammad-adib-terbela
10. https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2015/02/33302/kebebasan-
bersuara-ada-had-elak-gugat-perpaduan-rakyat
11. https://sasaranfkpm.wordpress.com/2012/12/03/hak-kebebasan-bersuara-
disalahguna-apa-kesannya/
12. https://cari-idea.blogspot.com/2020/04/apa-itu-media-sosial.html
13. https://www.mkn.gov.my/web/ms/2021/04/23/buli-siber/
14. http://itinfo.uthm.edu.my/buli-siber/

12

Anda mungkin juga menyukai