Anda di halaman 1dari 4

Tamadun Islam

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmat-Nya saya dan rakan lain dapat
menyiapkan tugasan yang telah diberikan dengan sempurna pada masa yang telah
ditetapkan. Walaupun pada awalnya terdapat beberapa kekangan yang dihadapi untuk
merekod video temu ramah ini namun ianya berjaya ditangani dengan jayanya. Sepertimana
yang kita ketahui, Tamadun Islam merupakan sebuah tamadun yang tidak asing lagi bagi
semua masyarakat lebih-lebih lagi bagi mereka yang beragama Islam.

Berdasarkan temuramah yang telah dibuat, saya dapati betapa pentingnya kita
mempelajari dan menghayati sejarah ketamadunan Islam yang telah menyumbang kepada
kemajuan ketamadunan manusia sejagat. Melalui tugasan ini juga, saya dan rakan lain
banyak membuat pembacaan dari pelbagai sumber bagi memperoleh pelbagai bahan yang
membicarakan tentang sumbangan tokoh-tokoh Islam dalam pelbagai bidang ilmu.

Sebelum ini, saya hanya mengetahui bahawa Islam sampai ke Tanah Melayu dari
Tanah Arab, India dan China. Walaupun begitu, saya kurang mengetahui tentang sejarah
kedatangan Islam dari ketiga-tiga negara ini. Dalam usaha mencari maklumat tentang teori-
teori kedatangan Islam ini, saya telah dapat pelbagai maklumat tentang sebab-sebab,
aktiviti-aktiviti masyarakat dahulu dan tokoh yang terlibat dalam penyebaran Islam di Tanah
Melayu pada masa lampau. Selain itu, saya juga telah mengetahui tentang kepentingan
agama Islam dan peranannya dalam mempengaruhi kehidupan masyarakat dahulu yang
pada mulanya berpegang pada agama Hindu-Buddha. Saya dapat mengetahui bentuk-
bentuk perubahan yang berlaku di Tanah Melayu dan perbezaan cara hidup penduduk
Tanah Melayu sebelum dan selepas kedatangan Islam. Saya juga dapat mengetahui
kepentingan pedagang dan pendakwah dari India dan China dalam membawa Islam masuk
ke Tanah Melayu.

Selain itu, saya dan rakan lain juga telah belajar bagaimana cara untuk memperoleh
maklumat dan menyelesaikan sesuatu tugasan dalam tempoh yang telah ditetapkan. Saya
sedar matlamat tugasan ini bukanlah sahaja untuk menambahkan ilmu pengetahuan tetapi
untuk melatih saya mengumpul maklumat, menganalisis dan mempersembahkannya dalam
bentuk penulisan. Kemahiran ini amat penting jika saya ingin menjadi seorang pendidik yang
profesional kelak.
Tamadun Melayu

Matapelajaran Tamadun Islam dan Tamadun Asia merupakan satu subjek yang baru bagi
saya bagi semester ini, kami semua telah diberikan tugasan untuk menyiapkan video
pendek yang berkaitan dengan tamadun melayu, india, cina dan islam. Dalam video yang
telah saya sediakan berkaitan serba sedikit mengenai tamadun melayu. Video ini dilakukan
bagi memberi kesedaran kepada anak-anak muda tentang penting untuk mempelajari
kesemua tamadun bagi menghormati tamadun lain.

Video yang telah saya rakam bersama kumpulan saya berkaitan dengan titas ini kerana
saya mengambil sebahagian sahaja tamadun melayu. Segala keseluruhannya, kami dapat
menyatakan kepercayaan, agama, perayaan, budaya, pakaian, makanan, tarian dan
bahasa dalam tamadun melayu yang telah digunakan bagi memudahkan komunikasi dua
hala di antara kawan-kawan.

Pengalaman yang saya dan rakan-rakan semasa melakukan pengambilan video ini,
semestinya terdapat kekangan waktu yang sesuai kerana jadual yang berbeza tetapi kami
berjaya menemukan waktu yang sesuai bagi merakam video titas ini. Selain itu, suasana
sekeliling juga mempengaruhi keseluruhan video maka kami merakam video ini di tempat
yang sesuai jauh daripada gangguan.

Tamadun Cina

Tamadun cina merupakan salah satu daripada tamadun-tamadun yang terdapat di Malaysia.
Bagi melaksanakan tugasan yang telah diberikan dalam subjek Tamadun Asia dan
Tamadun Islam (TITAS), kami telah merakam satu video yang berkaitan dengan tamadun
cina. Bagi mendapatkan maklumat berkaitan dengan tamadun cina, kami telah menemubual
seorang mahasiswa yang bernama Kevin Tan, seorang pelajar yang berketurunan Cina
India.

Apa yang kami boleh simpulkan melalui temubual yang telah kami jalankan, saudara Kevin
Tan dapat merasa budaya yang pelbagai. Ini adalah kerana beliau dapat merasa suasana
perayaan Tahun Baru Cina dan perayaan Deepavali. Beliau juga dapat merasa
kepelbagaian juadah yang dihidangkan sewaktu perayaan. Selain itu, beliau juga
berpeluang memakai baju tradisi kaum cina dan juga kaum india memandangkan beliau
merupakan hasil kacukan dua kaum ini.

Apa yang dapat disimpulkan melalui temubual ini, terdapat banyak kelebihan yang boleh
dirasa oleh seseorang yang lahir dari hasil kacukan dua kaum yang berbeza kerana mereka
berpeluang untuk merasai dua adat dan budaya yang berbeza dalam satu masa yang sama.

Tamadun India

Tamadun India merupakan tamadun yang tua di Asia Tenggara. Kami memilih untuk
membuat video berkaitan tamadun India ini kerana kami ingin mengenali budaya dan agama
dalam tamadun ini dengan lebih mendalam. Di samping itu, kami juga mempunyai rakan
serumah yang berbangsa India. Apa yang membuatkan kami tertarik lagi untuk membuat
video mengenai tamadun ini adalah perayaan yang disambut oleh kaum ini sangat meriah
dan berwarna-warni.

Memandangkan kami menemu ramah kaum Melayu untuk menguji kefahaman dan
pengetahuan beliau mengenai tamadun India, di sini kami dapat merumuskan bahawa
apabila berlaku percampuran pelbagai etnik dan kaum, serba sedikit kita akan mengetahui
secara umum apa yang selalu diamalkan oleh kaum lain. Sebagai contoh, perayaan yang
disambut seperti Deepavali, Hari Ponggal, Thaipusam dan lain-lain. Seterusnya, pemakaian
tradisional yang akan dipakai untuk majlis tertentu seperti saree untuk kaum wanita dan
dhoti untuk kaum lelaki.

Kaum India terkenal dengan masakan kari, roti canai, maruku dan manisan.
Makanan ini sudah sebati dalam masyarakat Malaysia dan boleh diterima oleh pelbagai
lapisan masyarakat. Buktinya, responden dapat menjawab soalan yang diutarakan
mengenai tamadun India dengan baik. Penghasilan video ini berkait rapat dengan TITAS
kerana kami dapat mengetahui dengan jelas tentang sejarah, budaya, agama dan
kepercayaan tamadun India tersebut.

Kami memilih responden daripada kaum Melayu kerana kami ingin melihat
pengetahuan am mereka mengenai tamadun lain. Sekiranya kami memilih kaum India itu
sendiri sudah tentu beliau akan memberi jawapan yang tepat. Sepanjang proses
penghasilan video ini, kami berasa bertuah kerana responden memberikan reaksi yang baik
tanpa perlu kami sediakan teks untuk dibaca.

Kami tidak menghadapi sebarang kesukaran semasa rakaman video dibuat.


Malahan, responden terus bersetuju untuk menjadi subjek kami. Dari pengalaman lepas,
kebanyakan responden mengelak untuk ditemu bual kerana kami tidak memberikan mereka
sebarang teks. Hal ini disebabkan konsep kumpulan kami iaitu mencari responden yang
boleh bercakap secara spontan.

Secara keseluruhannya, kami amat berpuas hati dengan tugasan yang diberi dan ia
sedikit sebanyak mengembalikan semula memori dan pengetahuan yang secara amnya kita
diajar ketika di bangku sekolah. Hal ini kerana, apabila melangkah keluar dari alam
persekolahan, kita sudah tidak diingatkan lagi untuk mendalami budaya kaum lain. Kita perlu
mencari inisiatif sendiri untuk memahami budaya dan kepercayaan kaum lain.

Anda mungkin juga menyukai