Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI Nama : Khairunnisa Sharom No.

IC : 930815-01-7032 Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi, kami telah berjaya menyiapkan Kerja Kursus Pendek Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Jutaan terima kasih saya tujukan kepada Ustaz Mahazad kerana telah memberi panduan yang sewajarnya kepada kami dalam usaha menyiapkan kerja kursus ini. Penghargaan yang tidak terhingga juga kepada rakan sekumpulan saya iaitu Nur Haniffa yang telah memberi kerjasama yang baik dalam menyiapkan kerja kursus ini. Melalui kerja kursus TITAS ini, saya telah mendapat pelbagai ilmu baru. Saya telah mempelajari zaman kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka dan mendapati orang dahulu kala sememangnya hebat sekali. Saya berasa bersyukur hidup pada zaman kini menikmati penat lelah orang zaman dahulu. Mereka berusaha bersungguh-sungguh bagi mempertahankan kerajaan mereka. Mereka juga bijak dalam mencari rezeki melalui perdagangan. Saya kagum dengan kehebatan mereka yang fasih dengan selok-belok perairan. Pelbagai interaksi yang berlaku menunjukkan betapa orang zaman dahulu suka meneroka dan mencuba perkara baru. Walaupun terdapat pelbagai halangan, namun mereka berjaya juga mengharungi halangan tersebut dan membina sebuah tamadun yang hebat. Interaksi antara tamadun ini juga mencetuskan revolusi dalam sesebuah tamadun. Banyak kesan yang kita rasai hasil daripada interaksi antara tamadun ini. Saya tidak dapat membayangkan betapa susahnya mereka pada zaman dahulu untuk merentas benua bagi menjalin hubungan diplomatik antara tamadun. Selain itu, kerja kursus TITAS ini juga memupuk semangat cinta akan negara. Dengan melihat segala kepayahan yang dialami oleh orang zaman dahulu secara tidak langsung telah mencetuskan semangat patrotik dalam diri untuk menjaga dan memelihara warisan tamadun ini dengan sebaik-baiknya. Janganlah hanya kerana perbezaan ideologi boleh memisahkan perpaduan yang telah dibina sekian lama, sejak abad pertama Masihi lagi tanpa kita sedar sebenarnya. Tambahan pula, saya telah dapat mempelajari asal-usul budaya yang selama ini saya tidak ketahui pun. Interaksi antara tamadun ini juga telah mencetuskan budaya baru akibat proses asimilasi yang berlaku. Kebanyakan budaya yang kita amalkan pada hari ini merupakan hasil pengaruh-pegaruh tamadun lain. Hal ini secara tidak langsung telah mewujudkan perasaan supaya menghargai kepelbagaian budaya yang kita ada pada masa ini dan memastikan budaya ini terus kekal tidak dimakan zaman.

Antara masalah yang saya hadapi dalam menyiapkan kerja kursus TITAS ini ialah masa yang tidak mencukupi kerana terdapat banyak kerja kursus yang perlu dihantar pada waktu yang sama. Namun, hasil perbincangan dengan Ustaz Mahazad yang telah memberi panduan dalam melaksanakan kerja kursus ini. Rakan sekumpulan saya juga telah membantu saya dan memberi kerjasama yang sangat bagus untuk menyiapkan kerja kursus ini. Tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan. Walaupun kami terpaksa bersengkang mata dalam menyiapkan kerja kursus ini Selain itu saya juga menghadapi masalah dalam mencari maklumat yang diperlukan seperti asal-usul orang Melayu. Saya mengatasi masalah ini dengan pergi ke pusat sumber dan akhirnya menemui banyak buku yang boleh digunakan sebagai rujukan. Untuk masa hadapan, saya merasakan perlunya tugasan Kerja Kursus Pendek ini diberikan awal dan memberi masa yang secukupnya kepada kami supaya kami tidak perlu terkejar-kejar dalam menyiapkan kerja kursus. Penjelasan yang jelas juga diperlukan supaya tiada salah faham dan semua pelajar dapat menyiapkan kerja kursus mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai