Anda di halaman 1dari 13

SARJANA MUDA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

DENGAN KEPUJIAN

JANUARI 2021

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

MPU3122

TAMADUN ISLAN DAN TAMADUN ASIA

NO. MATRIKULASI : 840109055120002

NO. KAD PENGENALAN : 840109-05-5120

NO. TELEFON : 019-6829153

E-MEL : arin77@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM NEGERI SEMBILAN

1
KANDUNGAN

BAHAGIAN 1
MUKA SURAT

PENDAHULUAN 3

4
1.0 PENGENALAN TAJUK

1 (a) SISTEM KEKLUARGAAN TAMADUN INDIA 4

1 (b) NILAI-NILAI MURNI TAMADUN INDIA DALAM 5

KONTEKS SITUASI NEGARA


1 (c) HUKUM KARMA 9

1 (d) HASIL POSTER – SISTEM KEKELUARGAA T5AMADUN 10

INDIA (Lampiran berbentuk PDF)

KESIMPULAN 11

BAHAGIA 2
2.0 REFLEKSI LAPORAN 12

13
RUJUKAN

2
PENDAHULUAN

Tamadun India merupakan tamadun tertua didunia yang mempunyai keistimewaan


dan keunikannya yang tersendiri. Antara keunikan yang dapat dilihat dalam kesinambungan
tradisi kebudayaan yang berterusan dan kekal tanpa bayak perubahan berlaku sejak beribu
tahun dulu. Seperti yang kita ketahui tamadun india mempunyai pelbagai bentuk budaya
sehingga melahirkan variasi dalam perkembangan tamadunnya tersendiri. Pengaruh agama
merupakan faktor penting dalam pembentukan tamadun terutama agama Hindu, Buddha dan
Islam.

Kewujudan dan perkembangan Tamadun India sejak tahun 2500 S.M. Azharudin
Mohd Dali (2004), menyatakan Tamadun India terbentuk dari beberapa fasa yang ringkas
bermula dari lembah Indus (1500 S.M). Tamadun Indus telah mengalami keruntuhan yang
mana berkaitan dengan kedatangan orang Aryan yang telah membawa satu budaya dan tahap
baru kepada masyarakat Tamadun Indus di kenali sebagai Zaman Vedik. Zaman ini
merupakan permulaan bagi kehidupan masyarakat beragama dimana agama Hindu lahir
ketika zaman tersebut. Penekanan nilai-nilai penting dalam tamadun India seperti
kepercayaan kepada Tuhan, karma, perpaduan dan sistem kekeluargaan. Tamadun India
mempunyai keistimewaannya dan ciri-ciri tersendiri dalam memastikan kelangsungan dan
eksistensinya. 

Pengaruh agama Hindu dan Buddha amat meluas terutamanya di Negara Asia
Tenggara dan kekal sehingga hari ini, malah budaya dan seni binanya. Hubungan antara
tamadun India dengan tamadun lain banyak meninggalkan kesan positif. Perkara penting
yang terhasil dalam pencampaian tamadun India dapat dikongsi bersama dalam membentuk
dunia ke tahap yang lebih maju. Tamadun India juga ada menyumbang dalam perkembangan
peradapan dunia sehingga kini yang meliputi banyak aspek seperti agama, falsafah, ekonomi,
fizik, matematik, seni, bahasa budaya dan banyak lagi.

Sumbangan yang masih relevan sehingga sekarang dari tamadun india yang dianggap
oleh cendekiawan sebagai sumbangan asal. Antara pencapaian dan sumbangan yang telah
dilakukan oleh tamadun India terbahagi kepada dua iaitu pencampaian dalam bidang seni dan
pencampaian dalam bidang sains. Terdapat juga beberapa sumbangan lain seperti sistem
sosial dan kekeluargaan, perubatan, falsafah dan banyak lagi.  Seperti yang kita ketahui
taman India banyak menyumbang dalam bidang ilmu perubatan sejak zaman Vedik yang
mana pengetahuan dalam bidang fisiologi, pembedahan, seni penafasan veterinary,
pembedahan, reproduksi manusia dan farmakologi. Menurut Stutley (1985), terdapat dua teks
perubatan India iaitu Caraka dan Susruta yang mana lebih maju dalam beberapa segi secara
keseluruhanya setanding dengan Hippocrates dan Galen.

3
1.0 PENGENALAN TAJUK

Secara umumnya, tamadun bermaksud pencapaian kemajuan dalam aspek kerohanian


dan jasmani sesuatu masyarakat yang memberi fokus dari sudut ilmu dan fizikal.
Manakala definisi menurut istilah Ibn Khaldun menurut kitabnya al-Muqaddimah bermaksud
sekumpulan manusia yang tinggal kekal di sesuatu tempat atau kota atau wilayah dan tanah
pertanian yang akhirnya merintis kemajuan, kemakmuran dan pencapaian yang bersumberkan
agama. Menurut pendapat Edward L.Farmer menyatakan definisi tamadun sebagai unit
budaya besar yang mengandungi unsur-unsur sosial, tradisi dan istitut yang dikongsi bersama
dan diwarisi dari generasi ke generasi yang lain.

Pada amnya setiap tamadun mempunyai sistem dalam membentuk masyarakat dan
budaya. Dalam tamadun India, masyarakat dan budayanya terbahagi kepada dua golongan
besar berdasarkan bahasa iaitu Indo-Arya dan Dravidia dan mengamalkan sistem kasta.
Mengikut tamadun India, mayarakat yang berketurunan Brahim merupakan golongan yang
paling mulia dan paling tinggi darjatnya berbanding dengan masayarakat lain seperti Kystira
(golongan tentera dan keselamatan), Vaisya (golongan peniaga) dan Sudra (golongan petani).
Menurut Conby (1980), Mother Goddes merupakan panggilan mulia yang ditujukan kepada
kaum wanita yang mendapat tempat istimewa dalam masyakarat sejak zaman tamadun
Lembah Indus lagi.

1 (a) Sistem Kekeluargaan Tamadun India

Tamadun ini sangat mementingkan sistem kekeluargaan. Setiap keluarga India


mempunyai matlamat dalam membentuk sistem sokongan yang membentuk fizikal dan
rohani dalam mendapatkan keturunan untuk mewarisi. Tamadun India mengamalkan sistem
kekeluargaan berdasarkan lelaki yang berketurunan, isteri serta anak yang belum berkahwin.
Sistem ini turut disokong oleh semangat kepentingan bersama dan harta dikongsi bersama
serta menekankan nilai dan etika yang baik dalam institusi kekeluargaan. Prinsip yang
meletakkan keluarga sebagai asas pembentukan masyarakat bagi menghayati tamadun
tradisional. Ikatan kasih sayang merupakan elemen yang penting walaupun hubungan darah
yang dikira dari anggota lelaki dari keluarga yang sama merupakan asas ikatan kekeluargaan
yang kuat.

Tamadun India menekankan beberapa nilai penting dalam memupuk semangat


persaudaraan dalam masyarakatnya dan membentuk individu. Tamadun India juga
mengutamakan sifat bertanggugjawab serta mewujudkan keharmonian. Terdapat beberapa
nilai dan kepercayaan yang membentuk tamadun India antaranya sistem kekeluargaan.
Sistem kekeluargaan dalam tamadun India terpelihara oleh dua aspek utama adalah Ashrama

4
Dharma (yang harus dilalui oleh manusia) dan Purusartha (perkara yang perlu ada pada
setiap insan). Manakala aspek Purusarta pula terbahagi kepada empat objektif mulia iaitu :

1. Aramldharma – merupakan objektif utama dalam kehidupan yang memiliki melalui


pendidikan yang mementingkan moral dan etika serta bersifat kerohanian.
2. Porullartha – mengumpul kekayaan dengan cara halal.
3. Inbamlkama – mempunyai kekayaan secara halam serta menikmatinya secara etika
dan moral.
4. Cidulmoksha – pencapaian kebebasan kerohanian pada usia tua dan dapat mengatasi
nafsu dan keinginan terutama berkaitan duniawi.

Dari sudut relevennya sistem kekeluargaan tamadun India sehingga abad ini dapat di lihat
dalam masyarakat di Malaysia terutama dalam menyambut perayaan Deepavali. Dapat di
lihat pada video (Rajah 1.0), saat pagi Deepavali yang masyarakat India akan mandi minyak
bijan bertujuan untuk menyucikan diri dan semangat.

Rajah 1.0: Setiap ahli keluarga saling menghormati satu sama lain dan saling sayang
menyayangi. (video minit 0:13)

1 (b) Nilai-Nilai Murni Tamadun India Dalam Konteks Situasi Negara.

Sehingga kini, banyak nilai-nilai murni yang telah ditonjolkan oleh sistem
kekeluargaan tamadun India, dan antaranya ialah nilai saling menyayangi antara satu sama
lain, menghormati antara individu dan sifat tolong menolong dalam melakukan sesuatu
tugasan. 

Nilai kasih sayang sangat jelas diperlihatkan sepanjang rakaman video. Nilai ini dapat
dilihat dari permulaan video tersebut (Rajah 1.1), dengan menunjukkan keakraban antara ahli
keluarga yang sedang bersantai, dan di situ dapat dilihat bahawa mereka selesa dan sangat
menyayangi antara satu sama lain. Nilai kasih sayang antara satu sama lain merupakan nilai
yang mudah untuk dilasanakan dalam diri setiap individu, namun masih ramai yang belum
betul-betul memahami dan menerapkan nilai kasih sayang dalam diri masing-masing. Nilai

5
atau sifat penyayang ini tidak semestinya diaplikasikan oleh individu ke individu lain, ia juga
boleh diaplikasikan kepada haiwan, tumbuhan dan alam sekitar.

Rajah 1.1: Sistem kekeluargaan yang menunjukkan nilai kasih sayang antara ahli keluarga.
(video minit 0:09)

Bagi rakyat Malaysia, nilai kasih sayang atau saling menyayangi antara satu sama lain
adalah sanga penting kerana rakyat Malaysia terdiri dari pelbagai kaum, bangsa dan juga
etnik. Jika nilai kasih sayang antara individu tidak diterapkan oleh rakyat Malaysia, ia akan
menggugat keamanan sesebuah negara kerana rakyatnya akan saling membenci dan
memusuhi antara satu sama lain. Maka ia akan memusnahkan keamanan dan kesejahteraan
yang terdapat di Malaysia. Nilai atau sifat berkasih sayang tidak boleh diwarisi, tetapi boleh
dipupuk dan dibaja dalam jiwa insan sejak kecil.

Maka, setiap individu bertanggungjawab untuk mengingatkan antara satu sama lain
tentang betapa kehidupan manusia harus dibina dan diasaskan atas rasa kasih sayang. Ibu
bapa bertanggungjawab dalam mendidik anak-anak mereka mengenai kepentingan nilai kasih
sayang. Kesan kurang nilai kasih sayang antara satu sama lain dapat dilihat dengan terjadinya
kes-kes seperti pembunuhan, pergaduhan dan pertelingkahan antara individu. Sebagai pelajar,
nilai kasih sayang dapat diterapkan diantara pelajar.

Nilai ini bukan semata-mata menaruh rasa kasih atau cinta, nilai kasih sayang juga
bermakna saling membantu satu sama lain dalam melakukan tugas individu mahupun
kumpulan. Nilai kasih sayang mendorong pelajar dalam melakukan tugasan, terutamanya
tugasan kumpulan dengan lebih baik kerana mempunyai corak pemikiran untuk mendapatkan
markah yang lebih baik dan demi mendapatkan markah yang baik, nilai kasih sayang amat
penting kerana ia akan menimbulkan perasaan ambil kisah dan keinginan untuk menolong.
Dalam konteks pekerjaan pula, terutamanya para pengajar, nilai kasih sayang yang
ditonjolkan oleh pengajar kepada pelajar akan menyebabkan penyampaian informasi lebih
berkesan. 

6
Sistem kekeluargaan dalam tamadun India juga amat terkenal dengan nilai saling
menghormati antara individu terutamanya individu yang lebih tua. Nilai menghormati
individu yang lebih tua dapat di lihat pada minit Ingin dijelaskan bahawa setiap individu yang
berkeluarga perlulah mempunyai nilai atau sifat saling menghormati antara satu sama lain,
tetapi nilai ini lebih ditonjolkan oleh sistem kekeluargaan tamadun India. Hal ini dapat dilihat
pada zaman Veda Awal (1500SM-1000SM), kaum wanita dihormati dan diberi kebebasan
serta kesaksamaan seperti kaum lelaki dan terdapat juga bukti menunjukkan bahawa wanita
sebagai pertama dan membawa mazmur suci serta kitab-kitab suci, sehinggakan mereka
disanjung dan menghormati dianggap suatu nilai yang amat mulia. Nilai penghormatan
individu lebih tua dapat dilihat pada video (Rajah 1.2) .

Rajah 1.2 : Nilai menghormati ibu yang merupakan orang yang lebih tua. (video minit 1.15)

Nilai saling menghormati merupakan nilai yang perlu ada dalam diri setiap individu.
Nilai saling menghormati antara satu sama lain juga dapat dilihat di akhir video (Rajah 1.3) di
mana, ramai individu yang berlainan bangsa hadir bagi merayakan perayaan Deepavali. Hal
ini menunjukkan bahawa setiap individu tidak mengira kaum saling menghormati satu sama
lain walaupun mempunyai perayaan atau budaya yang berlainan. Nilai saling menghormati
adalah sangat penting seiring dengan nilai kasih sayang terutamanya dalam sistem
kekeluargaan kerana setiap individu mempunyai peranan masing-masing dalam
mengukuhkan institusi kekeluargaan.

Rajah 1.3 : Setiap individu saling menghormati satu sama lain walaupun berlainan bangsa
dan budaya. (video minit 3.54)

7
Sebagai pelajar, nilai saling menghormati perlu diterapkan dalam diri bagi menjalani
kehidupan yang lebih harmoni. Misalnya, pelajar perlu menghormati tenaga pengajar yang
memberikan ilmu dengan tidak mengeluarkan kata-kata kesat mahupun meninggikan suara.
Situasi ini juga sama jika bersama rakan-rakan. Sebagai pekerja, mendengar dan menganalisa
pandangan atau cadangan yang dikemukakan oleh individu lain juga merupakan suatu contoh
menghormati. Tungasnya setiap individu perlulah saling menghormati satu sama lain kerana
setiap orang mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam mengekalkan
kesejahteraan dan keselamatan. 

Sebagai pelajar, kita mestilah saling tolong-menolong dalam pelajaran kerana sudah
semestinya terdapat subjek yang kita mahir dan tidak mahir, jadi jika para pelajar saling
bantu-membantu ia akan memudahkan para pelajar lebih memahami dan mendalami perkara
yang dipelajari. Jika bekerja pula, para pekerja mestilah saling bantu-membantu bagi
memudahkan kerja yang hendak dilakukan. Nilai saling tolong menolong ini adalah semudah
menahan pintu untuk individu lain atau mengutip kertas yang terjatuh.

Nilai saling membantu ini perlu diterapkan dan dikekalkan demi untuk mendapatkan
persekitran yang lebih kondusif dan harmoni. Sebagai pelajar juga harus menanamkan sifat
bersungguh dalam menuntut ilmu yang merupakan objektif utama dalam kehidupan yang
memiliki melalui pendidikan yang mementingkan moral dan etika serta bersifat kerohanian
mengikut aspek Purusarta- Aramldharma. Dapat di lihat dalam video (Rajah 1.4) yang
menerangkan kesungguhan dalam pembelajaran.

Rajah 1.4 : Sebagai pelajar menuntut ilmu merupakan perkara penting dalam kehidupan.
(video 0.13)

Bagai aur dengan tebing, yang bermaksud sikap saling tolong menolong antara satu
sama lain. Ia merupakan peribahasa yang tepat untuk menggambarkan sistem kekeluargaan
bagi Tamadun India. Video yang dipilih juga menunjukkan bahawa setiap individu saling
membantu satu sama lain dalam membuat penyediaan bagi menyambut Deepavali (Rajah
1.5). Nilai saling membantu merupakan nilai yang dapat lahir dari nilai kasih sayang.

8
Jika individu menyayangi individu lain, sudah semestinya keinginan ingin membantu
akan timbul dalam diri Nilai saling membantu amatlah penting. Jika setiap individu saling
bantu-membantu, setiap kerja akan dapat dilakukan dengan mudah dan lebih pantas, hasil
yang diperolehi juga lebih baik.

Rajah 1.5 : Setiap ahli keluarga saling bantu membantu dalam membuat penyediaan untuk
menyambut perayaan Deepavali. (video minit 2:23)

1(c) Hukum Karma

Hukum karma merupakan suatu falsafah di dalam agama Hindu dan Buddha yang
bermaksud pembalasan. “Manusia yang membuat perkara baik akan dibalas baik, manusia
yang melakukan kejahatan akan dibalas dengan kejahatan, sama ada dibalas secara terus atau
secara kelahiran semula (reincarnation)”. Bagi penganut agama Hindu dan Buddha yang
berjaya melepaskan diri dari pusingan kelahiran atau sumpahan, mereka perlu mencapai
peringkat Mokhsa (kebebasan mutlak) dan roh mereka akan bersatu dengan Tuhan, dan
peringkat ini dinamakan Nirvana (Nirwana). Perbuatan individu yang baik akan mengumpul
Punya Karma manakala perbuatan sebaliknya akan mengumpul Pava Karma. Jadi ia akan
menggalakkan individu untuk berbuat baik kepada semua makhluk supaya memastikan
bahawa mereka berada dalam keadaan yang baik pada kehidupan yang akan datang. 

Berdasarkan video yang dipilih, pada minit ke 0:30, kita dapat melihat bahawa
seorang anak lelaki yang menerima panggilan oleh ibunya yang menyatakan bahawa ibunya
akan bersama mereka sekeluarga ketika menyambut perayaan Deepavali. Babak ini
menunjukkan bahawa lelaki tersebut menghormati ibunya kerana masih menjaga hati ibunya.
Ini merupakan suatu perbuatan yang baik (Punya Karma). Perbuatan menjaga hati ibunya itu
melambangkan bahawa lelaki tersebut masih menghormati ibunya.

Perbuatan saling menghormati merupakan perbuatan yang mulia. Pada minit ke 1:27
pula menunjukkan bahawa seorang anak sedang mengecat dinding dengan arahan ibunya.
Babak ini menunjukkan bahawa keluarga tersebut masih mempercayai dan mempraktikkan

9
ajaran Bhagavadgita yang menekankan Nishkama Karma (membuat kerja tanpa keinginan
hasil dari kerja itu). Babak tersebut juga menunjukkan bahawa lelaki tersebut dan ahli
keluarganya masih menghormati orang yang lebih tua, dan mereka melakukan perkara yang
diarahkan. Sepanjang minit ke 1:27 hingga minit ke 2:39 kita dapat lihat bahawa setiap ahli
keluarga saling bantu membantu antara satu sama lain dalam membuat persediaan bagi
menyambut Deepavali. Perbuatan saling bantu membantu merupakan salah satu sifat dan
melayakkan individu mendapat (Punya Karma). Walaupun mereka hidup pada zaman yang
lebih moden, mereka masih tetap bersabar dan patuh arahan orang yang lebih tua dengan
membuat penyediaan Deepavali secara tradisional. Seterusnya, pada minit ke 4:24, terdapat
dialog yang menegaskan bahawa walaupun hidup pada zaman moden, namun tradisi dan
kepercayaan perlu terus digunapakai oleh setiap individu sepertimana ajaran Bhagavadgita
yang masih digunapakai oleh masyarakat Hindu dan Buddha masa kini. 

1 (d) Hasil Poster Sistem Kekeluargaan Tamadun India. (Lampiran berbentuk PDF)

10
KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, tamadun India merupakan salah satu tamadun yang


berkembang dengan pesat merangkumi hampir kesemua aspek dalam kehidupan masyarakat
dari dulu hingga sekarang termasuklah di Malaysia. Sama ada dari segi sosial, agama,
budaya, ekonomi mahupun politik. Keistimewaan yang dimiliki oleh tamadun India yang
mempunyai ciri-ciri tersendiri membuatkan kelangsungan dan kestabilan budaya dan
kepercaayan kekal hingga kini. Tamadun india juga menekan beberapa nilai penting seperti
kepercayaan kepada Tuhan, karma, perpaduan dan sistem kekeluargaan.

Agama Hindu dan Buddha merupakan pengaruh yang kuat dalam masyarakat India
terutama di negara Asia Tenggara. Keunikan tamadun India kerana perkembangan yang
meliputi banyak aspek dimana pengaruhnya begitu menyeluruh dari aspek politik dan sosial.
Tamadun India juga banyak menyumbang dalam peradapan dunia sehingga kini terutama
dalam sistem kekeluargaan dan social, perubatan, falsafah, ekonomi dan politik. Seperti yang
diketahui, pencapian sumbangan terbesar tamadun India terutama dalam bidang sains dan
bidang seni yang kini diguna pakai terutama pembinaan dan perubatan.

Seperti yang diketahui, sistem kekeluargan sangat penting dalam tamadun India, ia
merupakan satu semangat yang menyokong keteguhan dan pengangan sesebuat pembentukan
keluarga dan keturunan. Ia juga melambangkan kehormatan sesebuah keluarga dan
melebarkan waris mengikut keturunan. Kasih sayang merupakan elemen utama dalam
pembentukkan sistem kekeluargan dalam tamadun India. Sistem kekeluargaan tamadun India
terpelihara oleh aspek Ashrama Djarma dan Purusartha. Kepercayan pada agama serta
hukum karma masih releven sehingga kini, masyarakat India kini masih mempercayai hukum
karma. Dari konteks Malaysia, tamadun India sangat memberi pengaruh terhadap
perkembangan agama dan kebudayaan Hindu dan Buddha terutama dalam perayaan
Deepavali dan arca pembinaan kuil.

Seperti yang diketahuai hukum karma merupakan pembalasan atas setiap perbuatan
yang mana perbuatan baik akan dibalas kebaikan manakala yang jahat akan dibalas dengan
kejahatan. Apa yang dapat dilihat mengikut video 1 (Deepavali). Menghormati ibu dan
mendengar kata merupakan nilai murni dan keluarga tersebut pada asalnya tidak berapa
selesa akan kehadiran ibu ayang ingin menyambut Deepavali bersama akhirnya mendapat
karma yang baik. Dimana dia berasa bahagia dan gembira pada akhirnya disebabkan
menghormati dan menjaga hati ibunya.

11
2.0 REFLEKSI LAPORAN

Tugasan ini bertujuan untuk membuka minda saya mengenai konsep-konsep atau nilai-
nilai yang perlu ada pada setiap individu dan terutamanya jika ia melibatkan sistem
kekeluargaan. Tugasan ini juga membantu saya dalam memahami dua aspek penting dalam
sistem kekeluargaan Tamadun India iaitu Ashrama Dharma (yang harus dilalui oleh manusia)
dan Purusartha (perkara yang perlu ada pada setiap insan). Aspek Purusartha pula
mempunyai empat objektif iaitu Aramldharma, Porullartha, Inbamlkama dan Cidulmoksha.
Kedua-dua aspek tersebut membantu individu dalam menjalani kehidupan yang lebih baik
dan sejahtera. Banyak nilai-nilai yang baik yang diperkenalkan oleh Tamadun India yang
boleh digunakan oleh setiap individu tanpa mengira bangsa dan agama.

Perasaan saya ketika menyiapkan tugasan ini adalah gembira kerana saya dapat melihat
bahawa Tamadun India merupakan suatu Tamadun yang penting dalam pelbagai sektor
seperti menitik beratkan 10 disiplin sejagat. Konsep ini memberi penekanan terhadap
kejujuran (Satya), kesedarhanaan (Ahimsa), tidak berzina (Brahmacharya), tidak merompak
(Asteya), kesucian (Aparigraha), kebersihan (Shaucha), kepuasan (Santosh), mengkaji kitab
(Swadhayaya), penjimatan (Tapas) dan doa (Pooja).

Ketika melakukan tugasan ini, saya merefleksi nilai-nilai yang diperkenalkan oleh sistem
kekeluargaan Tamadun India pada diri saya. Terdapat tiga persoalan yang bermain di minda
saya ketika melakukan tugasan ini:

1. Adakah saya juga mempunyai nilai-nilai tersebut?


2. Adakah orang sekeliling saya mempunyai nilai-nilai yang dibincangkan sepanjang
saya membuat tugasan ini?
3. Bagaimana nilai-nilai yang diterangkan dalam sistem kekeluargaan Tamadun India
dapat mempengaruhi kehidupan manusia?

Pengalaman saya sepanjang membuat tugasan ini adalah sangat baik kerana saya dapat
mempelajari dan mendalami segala aspek yang diperkenalkan oleh sistem kekeluargaan
tamadun India dan dapat mengaitkan ia dengan situasi masa kini. Selesai tugasan ini, saya
mendapati bahawa walaupun dunia semakin moden, namun terdapat beberapa aspek yang
perlu dikekalkan dan tidak boleh diubah seperti kepercayaan dan ajaran. Namun, ianya
perlulah sejajar dengan perkembangan zaman. Masyarakat kini perlu lebih mengambil berat
mengenai kepercayaan dan ajaran mereka dan setiap bangsa mempunyai kepercayaan dan
ajaran yang berbeza. Walaupun begitu, segala ajaran yang baik boleh digunapakai oleh setiap
individu supaya kita menjadi manusia yang berperilakuan lebih baik pada masa akan datang. 

( 2825 jumlah perkataan )

12
Rujukan

Azharudin Mohd Dali.(2004) Tamadun India. Kuala Lumpur, Malaysia : Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Dr Ghazali Darusalam.(2014).Tamadun Islam Dan Tamadun Asia.kuala lumpur, Malaysia :


Open University Malaysia

Abdul Aziz H,(2008).Buku Bertajuk Tamadun India Masyarakat dan Budaya.Kuala lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rujukan atas talian

file:///C:/Users/End-User/Downloads/7788-937-16494-1-10-20171015.pdf

https://www.bharian.com.my/kolumnis/2015/03/40610/memupuk-sifat-penyayang-dalam-
masyarakat

http://repo.uum.edu.my/1804/1/7.pdf

https://www.researchgate.net/publication/
277070331_Budaya_penyayang_dalam_kehidupan_masyarakat_Islam_Antara_teori_dan_pra
ktis

http://076115tamadun.blogspot.com/2008/04/tamadun-india-masyarakat-dan-budaya.html

13

Anda mungkin juga menyukai