Anda di halaman 1dari 14

SARJANA MUDA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

DENGAN KEPUJIAN

SEPTEMBER 2020

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBEC4403

KEMAHIRAN BERSOSIAL DAN PERKEMBANGAN

MORAL KANAK-KANAK PRASEKOLAH

NO. MATRIKULASI : 840109055120002

NO. KAD PENGENALAN : 840109-05-5120

NO. TELEFON : 019-6829153

E-MEL : arin77@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM NEGERI SEMBILAN

1
KANDUNGAN

Muka surat
BAHAGIAN 1

3
1.0 PENDAHULUAN

2.0 FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI KONSEP KENDIRI


4-7
KANAK-KANAK

2.1 KONSEP KENDIRI POSITIF


2.2 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KONSEP
KENDIRI POSITIF
2.3 KONSEP KENDIRI NEGATIF
2.4 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KONSEP
KENDIRI NEGATIF

3.0 CARA-CARA MEMBENTUK KONSEP KENDIRI POSITIF


8 – 12
KANAK-KANAK

3.1 PETA MINDA


- AKTIVITI MENGGALAKKAN KEMAHIRAN
INTERAKSI SOSIAL KANAK-KANAK PRASEKOLAH.

4.0 KESIMPULAN
13

RUJUKAN

2
BAHAGIAN 1

1.0 PENDAHULUAN

Perkembangan sosial kanak-kanak adalah perkembangan yang melibatkan interaksi kanak-


kanak dengan orang lain. Perkembangan sosial adalah proses sosialisasi dimana kanak-kanak
mempelajari sesuatu tingkah laku atau penyesuaian sosial dalam sesuatu persekitaran.
Perkembangan sosial dalam kalangan kanak-kanak dapat dilihat melalui beberapa aspek
seperti proses peniruan dan identifikasi, aktiviti bermain dan pergaulan dengan rakan sebaya.

Terdapat satu teori perkembangan sosial yang telah di kemukakan oleh Erik Erikson
(1950),Teori Perkembangan Psikologi Erikson yang menerangkan tentang gabungan tiga
faktor yang mempengaruhi perkembangan individu iaitu faktor kendiri, emosi dan sosial.
Baumeister (2006) menyatakan konsep kendiri merujuk kepada kepercayaan seseorang
mengenai dirinya sendiri yang merangkumi sifat dan pemikiran terhadap dirinya. Konsep
kendiri terbahagi kepada 2 bahagian iaitu harga diri dan imej diri. Harga diri mengambarkan
bagaimana seseorang meletakkan nilai pada diri sendiri dan imej diri mengambarkan cara
mereka melihal diri sendiri secara visual yang merangkupi warna kulit, ketinggian dan berat
badan.

Secara umumnya konsep kendiri boleh ditakrifkan sebagai persepsi tentang diri
sendiri dan merangkumi gambaran tentang rupa, kesihatan, kelemahan, kekuatan dan tingkah
laku kendiri seseorang individu. Konsep kendiri terbentuk daripada interaksi individu dengan
orang lain dan penyesuiaan diri dengan persekitaran. Menurut Meece (1997), penilaian
seseorang ke atas dirinya sendiri atau bagaimana mereka menganggap tentang dirinya sendiri
secara positif atau negatif termasuk kepercayaan, sikap, pengetahuan dan juga idea. Ia
memerlukan masa yang lama untuk membangunkan konsep kendiri individu bermula
daripada peringkat bayi.

Seperti yang telah dijelaskan, konsep kendiri seseorang itu terbentuk hasil daripada
persepsi diri sendiri dan juga persepsi orang lain terhadapnya. Konsep kendiri ini boleh jadi
bersifat positif dan juga negatif. Sebenarnya terdapat beberapa faktor yang boleh
mempengaruhi konsep kendiri seseorang iaitu:

 Baka atau keturunan yang melibatkan ciri-ciri fizikal serta kecerdasan.


 Pengaruh keluarga terutamanya ibu bapa dalam membentuk sikap dan kepercayaan.
 Pengaruh sosiobudaya dan masyarakat sekeliling terdiri daripada pelbagai agama,
adat resam dan peraturan; meninggalkan persepsi yang berbeza-beza antara setiap
individu yang hidup dalam masyarakat sekeliling.

3
 Kepercayaan semula jadi yang wujud hasil daripada corak kehidupan daripada
persepsi yang sukar diubah atau menerima sesuatu yang baru bagi dirinya.

2.0 FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI KONSEP KENDIRI KANAK-


KANAK.

Setiap manusia memiliki satu pandangan mengenai diri sendiri. Pandangan ini
dipanggil konsep kendiri. Konsep kendiri yang dimaksudkan merangkumi gambaran
seseorang tentang rupa paras, kesihatan, kebolehan, dan tingkah laku. Ia didefinasikan
sebagai penialian seseorang ke atas diri orang lain seraca positif atau negatif. Untuk membina
konsep kendiri, seseorang harus menerima penilaian daripada orang lain.

Konsep kendiri meliputi persepsi tentang diri dan persekitaran melalui deria dan
perasaan tentang kebolehan yang meliputi keyakinan dan harga diri. Konsep kendiri
merangkumi aspek jasmani dan psikologi yang berkaitan dengan pembelajaran yang dialami
dari kanak-kanak. Ini disebabkan kanak-kanak akan berkembang sebagai objek yang unik dan
boleh diperhatikan tahap perkembangannya. Menurut Rogers (1951), konsep kendiri terdiri
daripada gabungan antara penilaian sendiri, penilaian orang lain dan penilaiannya mengenai
persepsi orang lain terhadap dirinya sendiri .

Pembentukan konsep kendiri menurut H.W.Marsh dan R.J Shavelson, mereka


mendapati bahawa kanak-kanak mempunyai beberapa konsep kendiri yang berbeza tetapi
saling berkaitan. Konsep kendiri akan membangun dalam pebagai dan berbentuk hierarki
apabila umur kanak-kanak meningkat. Konsep kendiri umum merupakan panggilan dalam
stuktur konsep kendiri teratas dalam model kendiri. Konsep ini terbahagi kepada konsep
kendiri akademik dan konsep kendiri bukan akademik.

Konsep kendiri seseorang terdiri daripada 4 struktur utama. Setiap eleman memainkan
peranan penting dalam memahami bahagimana konsep kendiri berkait rapat kepada mengarah
dan mengekalkan tingkah laku individu malah ia bergantugan antara satu sama lain.
Mengikut kajian Argyle (2008) terdapat empat faktor utama yang mempengaruhi
perkembangan konsep kendiri. Empat faktor yang di maksudkan oleh Argyle ialah :

1. Reaksi orang lain – tindak balas manusia secara positif yang cenderung untuk
membangunkan imej kendiri yang positif atau penerangan mengenai diri dari orang
lain yang negatif akan cenderung kepada imej kendiri negatif.

4
2. Perbandingan dengan orang lain – rujukan kumpulan yag lebih menanpakkan diri
secara negative maka akan terbentuk imej kendiri negatif, jika mereka kurang Berjaya
daripada kita maka imek kendiri positif terbentuk.

3. Tangungjawab sosial – peranan sosial yang berprestij; contoh doctor akan


mengalakkan harga diri.

4. Pengenalan – merupakan sebahagian daripada personaliti seseorang melalui


kedudukan serta memainkan peranan kumpulan dimana seseorang itu berada.

Konsep kendiri terbahagi kepada dua jenis iaitu konsep kendiri positif dan konsep
kendiri negatif.

2.1 Konsep Kendiri Positif.

Pemerhatian seseorang yang dikaitkan dengan kejayaan dalam hidup ialah mereka
yang dapat membina konsep kendiri positif. Kanak-kanak yang mempunyai konsep kendiri
yang positif sentiasa menerima layanan dan pemerhatian yang baik daripada ibu bapa,
keluarga, guru, rakan dan masyarakat sekeliling. Kanak-kanak yang mendapat layanan positif
ini sentiasa lebih banyak kejayaan daripada kegagalan. Kanak-kanak yang membesar dengan
stuktur kendiri yang positif juga sering berasa gembira, berkeyakinan dan mempunyai
kepercayaan yang penuh terhadap dirinya dalam melakukan sesuatu malah sentiasa tenang
dan stabil serta seimbang dari segi emosi.

2.2 Faktor Yang Mempengaruhi Konsep Kendiri Positif

Seperti yang telah dijelaskan, konsep kendiri terbentuk hasil daripada persepsi diri
sendiri dan juga persepsi orang lain terhadapnya. Konsep kendiri ini boleh terbentuk sama
ada bersifat positif atau negatif. Pembentukan konsep kendiri yang positif di dalam diri
seseorang kanak-kanak dipengaruhi oleh beberapa faktor antarantya:

 Sentiasa memperolehi ganjaran yang positif seperti pujian yang membina, hadiah dan
habuan sejak dari kecil apabila melakukan sesuatu sama ada mendapat kejayaan
mahupun kegagalan. Penghargaan atau pujian yang paling berkesan datangnya
daripada ibu bapa kerana mereka merupakan orang yang paling dekat dengan kanak-
kanak. Antara pujian positif ialah: cubaan yang bagus, berani anak ibu dan
sebagainya.

 Kanak-kanak yang mendapat layanan yang baik terutama daripada ibu bapa dan
keluarga akan terbentuk konsep kendiri yang positif dalam diri mereka. Konsep
kendiri ini terbentuk dari perasaan yang mereka alami dan tidak merasakan

5
kekurangan dan kekosongan dalam kehidupnya. Kanak-kanak akan merasa dihargai
dan dapat merasakan ada orang yang bersama-sama dalam melakukan sesuatu.

 Persekitaran keluarga yang positif akan mempengaruhi perkembangan kendiri


seseorang kanak-kanak. Kestabilan dan keharmonian sesebuah keluarga dapat
membantu terutamannya kanak-kanak membina konsep kendiri yang baik.
Seandainaya sebuah keluarga berada dalam keadaan yang bahagia dan ceria, maka
setiap ahli keluarga akan merasa selamat dan gembira berada didalam keluarga
tersebut.

 Kanak-kanak yang mendapat pengiktirafan dari kecil sama ada daripada ibu bapa,
guru dan rakan-rakan akan membentuk konsep kendiri yang positif. Kanak-kanak
yang terbentuk dari kendiri yang positif akan sentiasa riang dan gembira kerana dapat
membuatkan orang sekelilingnya mempercayai dan yakin akan kebolehannya.

 Kanak-kanak dapat membentuk konsep kendiri yang positif dengan sendirinya


melalui keyakinan yang tinggi dari dalam diri mereka. Kepercayaan dan keyakinan
yang tinggi dalam diri kanak-kanak akan membuatkan kanak-kanak berusaha untuk
melakukan yang terbaik tanpa berasa takut apabila mengalami kegagalan.

Menurut Culp et al (2000) terdapat bukti yang menunjukkan penglibatan ibu bapa
yang tinggi dalam asuhan meningkatkan perasaan penerimaan, dan hubungan yang positif
antara ibu bapa dengan anak berupaya mengurangkan tingkah laku antisosial dalam kalangan
kanak-kanak. Spera (2006) juga menyatakan dalam kajiannya bahawa sokongan ibu bapa
dalam pembentukan kendiri kanak-kanak adalah berbeza. Malah ibu bapa merupakan
pengaruh terkuat dalam membentuk konsep kendiri kanak-kanak.

2.3 Konsep Kendiri Negatif

Seperti yang diketahui apabila seseorang yang sering mengalami kegagalan dalam
hidupnya sama ada dalam bidang yang diminati atau sebaliknya akan memiliki konsep
kendiri yang negatif. Mereka akan mempunyai penampilan yang berbeza dengan orang lain
yang memiliki konsep kendiri yang positif malah mereka akan mempunyai perasaan tidak
puas hati, tidak gembira, suka merajuk, dengki serta perasaan yang mudah tersinggung.
Kanak-kanak yang terlahir dari keluarga yang memiliki konsep kendiri yang negatif akan
memberi kesan dalam perkembangan persekitaran kehidupan kanak-kanak itu sendiri.

Kanak-kanak ini sering dimarahi atau dikritik oleh ibu bapa, guru, rakan-rakan atau
masyarakat sekeliling. Keadaan begini akan memberi kesan buruk dimana kanak-kanak akan

6
berasa dirinya tidak mempunyai keyakinan yang tinggi. Seterusnya keadaan ini akan
membentuk sifat rendah diri dalam diri kanak-kanak malah menjadikan mereka seorang yang
pasif, sentiasa bermuram dan tidak suka bergaul dengan orang lain. Kanak-kanak yang
mempunyai konsep kendiri negatif lazimnya suka melakukan kerja-ketja yang mudah dan
senang untuk menjamin kejayaannya. Apa yang menyedihkan kanak-kanak yang mempunyai
kosnep kendiri yang negatif amat mudah dipermainkan oleh orang lain dan mudah tertipu.

2.4 Faktor Yang Mempengaruhi Konsep Kendiri Negatif.

Menurut penyelidikan, konsep kendiri kanak-kanak mula terbentuk ketika lahir.


Konsep kendiri yang terbentuk daripada interaksi dengan orang lain sama ada konsep positif
atau negatif. Konsep kendiri yang negatif tercipta daripada kekurangan kasih sayang,
perhatian dan belaian daripada ibu bapa, keluarga, guru atau orang dewasa yang lain. Ini akan
mewujudkan perasaan tidak disayangi serta melahirkan perasaan rendah diri. Harmonika
keluarga juga mempengaruhi faktor kepada pembetukkan konsep kendiri. Seandainya
sesebuah keluarga yang bahagia dan harmoni akan terbentuk konsep kendiri yang positif.

Manakala keluarga yang suasana didalamnya kucar kacir serta dengan keadaan ibu
bapa yang sering bergaduh dan tidak memberi perhatian dan kasih sayang akan menyebabkan
anak-anak membesar dengan perkembangan kendiri yang negatif. Keadaan kedudukan
ekonomi keluarga yang rendah berbanding dengan keluarga lain juga mempengaruhi konsep
kendiri yang negatif. Kanak-kanak akan merasa rendah diri kerana keadaan keluarga yang
serba kekurangan dan tidak dapat memenuhi kehendaknya seperti keluarga kanak-kanak lain.
Selain itu aspek kekurangan fizikal juga salah satu faktor yang membentuk konsep kendiri
yang negatif dimana kanak-kanak akan merasa rendah diri dengan kekurangan pada dirinya.

Konsep kendiri sebenarnya merujuk bagaimana kepercayaan seseorang dalam diri


mereka. Konsep kendiri adalah dinamik dan sering berubah-ubah serta bergantung kepada
interaksi sosial seseorang melalui pengaruh persekitarannya. Menurut Albert Bandura (1977),
kanak-kanak belajar dengan memerhati tingkah laku dan meniru persekitaran mereka.
Bandura ada menyatakan cadanganya bahawa tingkah laku boleh dijadikan model dalam
membentuk kendiri dari dunia sosial.

7
3.0 CARA-CARA GURU MEMBENTUK KONSEP KENDIRI POSITIF
KANAK-KANAK.

Setelah kanak-kank mencapai usia seawal 4 tahun, segelintir kanak-kanak akan


memasuki alam persekolahan, kanak-kanak akan berkenalan dengan rakan-rakan baru yang
berkemungkinan besar memberi pengaruh kepada pembinaan konsep kendiri mereka.
Pengaruh daripada rakan sebaya juga boleh menjadi positif dan juga boleh menjadi negatif.
Ini kerana kanak-kanak pada peringkat perkembangan mereka banyak meniru apa yang
dilihat dan di dengarntya secara tidak sedar. Kanak-kanak secara puratanya menghabiskan
masa berkomunikasi dan berinteraksi dengan guru.

Guru merupakan loco parentis atau pengganti ketika kanak-kanak berada di sekolah.


Mereka dianggap sebagai pembimbing, orang yang dipercayai, pembentuk sikap serta role
model kepada kanak-kanak. Guru bertanggungjawab dalam membentuk kendiri kanak-kanak
selain daripada ibubapa. Guru juga harus menjaga konsep kendiri murid-muridnya sebagai
contoh, guru akan membantu dalam meningkatkan pontensi sedia ada murid-muridnya sama
ada dalam bidang akademik, kokurikulum dan sebagainya. Guru juga harus menunjukkan
sikap yang positif serta menghormati personaliti dan perasaan murid-muridnya.

Sebagai seorang guru juga tidak boleh membandingkan murid-murid kerana setiap
murid mempunyai kebolehan dan keistimewaan yang berbeza-beza serta unik. Sebagai guru
mestilah pandai menggunakan penilaian yang fleksibel terhadap murid-muridnya mengikut
prestasi akademik murid-murid yang sentiasa berubah. Kepelbagaian aktiviti pembelajaran
juga harus diteliti mengikut tahap perkembangan murid-murid agar mereka tidak akan merasa
rendah diri. Guru juga tidak seharusnya melabelkan murid-muridnya melalui panggilan yang
negatif seperti ‘bodoh’ atau ‘lambat’ kerana akan memberi kesan negatif pada diri murid-
murid. Melabelkan murid-murid dengan pelbagai panggilan akan menyebabkan lama
kelamaan mereka akan mempercayai bahawa mereka betul-betul seperti panggilan yang
dilabelkan oleh gurunya.

Guru juga memainkan peranan dalam memberi dorongan, bantuan dan sokongan
kepada setiap usaha murid-murid dalam meningkatkan perkembangan pembelajaran. Guru
harus memberi bimbingan yang wajar dengan membetulkan kesilapan yang di lakukan oleh
murid-murid dalam proses pembelajaran. Dalam proses pembelajaran guru mestilah mengajar
murid-muridnya mengikut kebolehan mereka dan menerima murid-murid sebagaimana
dirinya.

Aktiviti yang dijalankan dalam memperkembangkan konsep kendiri murid-murid,


guru harus menggalakkan murid-murid mengambil bahagian dimana mereka dapat

8
berinteraksi positif dalam kalangan rakan sebaya. Aktiviti sebegini dapat memberi peluang
kepada murid-murid untuk memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran
serta dapat memupuk nilai-nilai murni. Sebagai seorang guru harus pandai memainkan
peranan dalam menyediakan aktiviti yang membantu perkembangan kemahiran interaksi
sosial murid-murid. Perancangan aktiviti yang perlu dirancang oleh guru dalam
memperkembangkan konsep kendiri haruslah sistematik dengan pelbagai teknik yang sesuai
dengan kebolehan murid-murid.

Rancangan aktiviti yang menggalakkan kemahiran interaksi sosial murid-murid


semasa berada di sekolah, guru harus menekankan inkuri penemuan dan menggunakan
pendekatan pengajaran dan pembelajaran bersepadu. Perancangan aktivit mengambil kira
situasi-situasi yang dimana nurid-murid akan berinteraksi sesama mereka sekaligus dapat
menerapkan konsep kendiri. Setiap aktiviti yang dirancang haruslah bertema yang disusun
mengikut situasi murid-murid. Selepas mengenal pasti tema yang berkonsepkan kendiri, guru
memilih hasil pembelajaran dengan menerapkan komenan positif dalam setiap aktiviti yang
melibatkan murid-murid. Hasil dapatan daripada peta minda yang menunjukkan aktiviti
bersesuaian dengan konsep kendiri murid-murid.

9
ukCer
3.1
-antim
D
SU
RN
H
EM
TIV
sendiri.
K
A
PETA MINDA – AKTIVITI KEMAHIRAN INTERAKSI KANAK-KANAK

Mengenal pasti
kekuatan dan
kelemahan diri

Memupuk keupayaan
diri dan berusaha
mengatasi kelemahan
diri.

Melatih dan mengalakkan


murid-murid membuat
pendedahan kendiri dengan
lebih terbuka dan
mendalam.
Untuk mengetahui
dan mengingatkan
nama rakan-rakan 
dan berkenalan di
antara satu sama lain.

Memberi keselesaan
antara murid dalam
berkomunikasi
sesama mereka.

Rajah 1: Menunjukkan peta minda aktiviti interaksi murid-murid

10
Aktiviti 1 : HAIWAN KESAYANGAN

Bahasa Dan Komunikasi

 Mendegarkan rakaman bunyi-


bunyi haiwan.

 Berbual dan bersoal jawab


berkenaan jenis haiwan.

 Bermain kad suku kata bagi


membina perkataan secara
kumpulan.

 Menampal nama-nama haiwan


secara bergilir di papan tersedia.

 Meminta murid-murid bercerita


mengenai haiwan kesukaannya
secara individu.

Aktiviti 1 : AKURIUM

KETERAMPILAN DIRI – SOSIOEMOSI

 Membina akurium secara berkumpulan.

 Membina semangat kerja sama.

 Memberi tangungjawab terhadap ikan


peliharaan mereka.

 Memerhati serta menceritakan tentang ikan


peliharaan mereka.

Rajah 2 : Contoh peta minda dalam aktiviti yang membantu konsep kendiri.

11
Aktiviti 3 : PERMAINAN TRADISIONAL – Datuk Harimau

SOSIOEMOSI – KOMUNIKASI

 Memahami situasi permainan.


 Membina semangat sedia kawan
 Mewujudkan sifat percaya
 Meningkatkan komunikasi sesama
mereka.
 Menjadi datuk hartimau secara
bergilir-gilir mengikut sebutan nama
yang dipanggil oleh rakan
sepermainan.

Rajah 3 : Contoh peta minda dalam aktiviti yang membantu konsep kendiri

12
4.0 KESIMPULAN

Konsep kendiri adalah merujuk kepada bagaimana seseorang mempercayai diri


sendiri yang merangkumi kepercayaan, keyakinan tentang dirinya.konsep kendiri sangat
dinamik dan sentiasa berubah-ubah. Persekitaran merupakan salah satu pengaruh kepada
konsep kendiri yang berkaitan dengan interaksi sosial seseorang dalam kehidupannya.
Semakin bayak mereka bergaul maka pengalaman dalam kehidupannya juga bertambah.

Seseorang yang memiliki konsep kendiri yang baik dari kecil akan membantunya
menuju kearah kesempurnaan kendiri bagi menjamin kehidupan yang bermakna. Konsep
kendiri yang positif ini juga dapat membantu mereka meneruskan organisasi kekeluargaan
yang positif serta mewujudkan anak-anak yang mempunyai kendiri yang positif. Konsep
kendiri kanak-kanak bermula dari lahir dan berkembang mengikut usianya dalam pelbagai
situasi persekitaran. Konsep kendiri kanak-kanak terhasil daripada kepercayaan mereka
tentang nilai diri mereka, persepsi mereka terhadap kebolehan dan keunikkan mereka sendiri.

Guru juga memainkan perana dalam membantu pembentukkan konsep kendiri murid-
murid. Guru harus menunjukkan sikap yang positif semasa berurusan dengan murid-murid
dan tidak membeza-bezakan mereka. Konsep kendiri murid-murid perlu ditingkatkan agar
murid-murid dapat menempuh masa depan dengan penuh cemerlang.

( 2533 patah perkataan )

13
RUJUKAN

Mok Soon Sang (2008). Psikologi Pendidikan untuk Pengajaran & Pembelajaran.
Puchong, Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

 Mok Soon Sang (2008). Pengurusan Bimbingan & Kaunseling. Puchong, Selangor:
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Dr.Ng soo Boom ( 2010 ). Pelaksanaan Kokurikulum Standart Prasekolah


Kebangsaan.Nasional Malaysia Berhad.

Kasnani Ab Karim, Norbe Md.Nor, Nazimah Abdullah. 2005. Perkembangan


Pendidikan Prasekolah. Added Enterprise. Kuala Lumpur : Institat Bahasa. Kuala Lumpur

Saayah Abu. 2009. Menjadi Guru Tadika. PTS Professional Publishing Sdn.Bhd. Kuala
Lumpur.

Gallahue, D.L. (1993),Development Physical Education for Today’sChildren.Madison, WI:


Brown and Benchmark [20 September 2014]

14

Anda mungkin juga menyukai