Anda di halaman 1dari 29

1

PPGPJJ SEMESTER 2 SESI 2013/2014


KAL 3033
PENDIDIKAN SOSIO EMOSI KANAK-KANAK
TAJUK TUGASAN



KUMPULAN:
UPSI 01 (A132PJJ)
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. ID NO. TELEFON

NOR AZREEN BINTI RAMLI

D 20112053717

019-5040566

NAMA TUTOR E-LEARNING: PUAN HASHIMAH BINTI HUSSEIN
TARIKH SERAH: 28HB APRIL 2014



Konsep kendiri elemen penting untuk perkembangan diri
kanak-kanak secara menyeluruh

PEMARKAHAN
1 TUGASAN 1
2 TUGASAN 2
3 E FORUM
JUMLAH

2

Isi kandungan
Bilangan Perkara Muka surat
1. 1.0 Pengenalan 3-4
2. 2.0 Pengertian Konsep Kendiri
- 2.1 Konsep Kendiri
4-8
3. 3.0 Konsep Asas Pertumbuhan dan Perkembangan
- 3.1 Prinsip-prinsip pertumbuhan dan perkembangan
- 3.2 Perkembangan kanak-kanak
- 3.3 Konsep perkembangan kanak-kanak
- 3.4 Ciri-ciri perkembangan kanak-kanak
- 3.5 Perkembangan konsep kendiri kanak-kanak
9-17
4. 4.0 Jenis-Jenis Konsep Kendiri
- 4.1 Konsep Kendiri Positif
- 4.1.1 Faktor-faktor yang mempengaruhi Konsep Kendiri Positif
4.2 Konsep Kendiri Negatif
- 4.2.1Faktor-faktor yang mempengaruhi Konsep Kendiri Negatif
17-22
5. 5.0 Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Konsep Kendiri
5.1 Pengaruh Konsep Kendiri Terhadap Tingkah Laku Individu
5.2 Rumusan Teori Pembelajaran Carl Rogers
5.3 Cara guru membantu pembentukan konsep kendiri positif
22-26
6. 6.0 Kesan-kesan Positif dan Negatif Konsep Kendiri 26-27
7. 7.0 Penutup 28
8.0 Rujukan 29

3

Soalan / Arahan

TUGASAN 1
Konsep kendiri elemen penting untuk perkembangan diri kanak-kanak secara menyeluruh

1.0 PENDAHULUAN

Pembangunan kendiri merupakan aspek yang amat penting khususnya dalam menghadapi
arus globalisasi dunia semasa. Dengan adanya pengetahuan yang mendalam terhadap aspek
pembangunan kendiri, seseorang dapat mempersiapkan dirinya secara mental untuk
menghadapi cabaran yang wujud dalam arus semasa. Setiap individu pasti ada anggapan
terhadap diri sendiri dan bagaimana orang lain memandang dirinya. Konsep kendiri adalah
adalah merujuk tentang apa yang ada pada diri individu tersebut atau personalitinya. Oleh
yang demikian, konsep kendiri merupakan satu eleman yang amat penting dalam diri setiap
individu kerana kerana ianya akan digunakan untuk meramalkan apa yang akan berlaku
terhadap individu tersebut pada masa hadapan. Konsep kendiri juga dikatakan banyak
membantu individu untuk membuat keputusan bagi menentukan tindakan yang akan diambil
pada masa hadapan. Seseorang murid dikelilingi oleh persekitaran sosial yang bertindak
mempengaruhinya membuat keputusan dan menentukan masa depan. Agen-agen persekitaran
seperti ibu bapa, guru dan rakan sebaya merupakan agen yang mempengaruhi seseorang
pelajar. Agen-agen tersebut membantu seseorang kanak-kanak bertindak hasil daripada apa
yang difikirkan dalam mindanya.

Rogers (1951) adalah tokoh penting yang membicarakan tentang konsep kendiri.
Melalui Terapi Pusatan Klien beliau mengemukakan teori konsep kendiri yang dikatakan
lebih bersifat kemanusiaan. Pada asas setiap individu sama ada pelajar dan bukan pelajar
adalah golongan yang dilahirkan lengkap, berbudi dan boleh dipercayai. Dalam erti kata lain,
setiap individu yang baru dilahirkan adalah diibaratkan seperti kain putih. Agen-agen yang
4

berada disekelilingnya akan mencorakkan kain putih tersebut mengikut corak yang diminati
mereka.

Dalam kehidupan seharian seorang pelajar, mereka pastinya akan menempuh
pelbagai bentuk interaksi dengan persekitaran. Oleh kerana itu, pelajar tersebut akan
membuat keputusan dan menentukan apakah tinadakan yang akan diambil. Apabila berlaku
interaksi pelajar dengan persekitarannya, maka konsep kendiri akan timbul dan mula
terbentuk dalam diri setiap pelajar . Selain itu, sifat kendiri bagi seseorang individu juga
boleh terbentuk apabila seseorang itu membayangkan dan mengambil nilai-nilai yang
terdapat pada orang lain dan menjadikan nilai tersebut sebagai nilai dirinya sendiri. Lama
kelamaan sifat kendiri itu akan menjadi semakin tekal. Seseorang individu akan bertindak
mengikut apa yang dipegangnya. Dalam kehidupan seharian seseorang individu akan
berhadapan dengan perkara yang sentiasa bertentangan dengan sikap kendiri dirinya.
Tentangan ini boleh dianggap sebagai satu bentuk ancaman kepada struktur kendiri yang
terbentuk dalam diri seseorang.

2.0 PENGERTIAN KONSEP KENDIRI


Konsep kendiri merupakan suatu konsep dalam menentukan personaliti seseorang individu
itu. Konsep kendiri ini bermula ketika seorang kanak-kanak mula untuk membesar. Lazimnya
mereka sudah mula bertanya pada dirinya sendiri seperti siapakah saya, sukakah saya
pada diri saya sendiri. Kebanyakkan soalan dan persoalan yang muncul adalah berkaitan
dengan diri sendiri. Konsep kendiri adalah merupakan sesuatu yang kompleks. Antara fungsi-
fungsi konsep kendiri ialah untuk penilaian kendiri. Sebagai contoh, seseorang individu itu
akan berfikir adakah saya lakukan dengan betul?. Selain daripada itu, ia juga berfungsi
sebagai penentuan dalaman serta luaran seseorang itu.

Definisi konsep kendiri adalah penilaian seseorang ke atas dirinya sendiri atau
bagaimana ia menganggap tentang dirinya sendiri sama ada secara positif atau negatif. Untuk
5

membina konsep kendiri seseorang itu juga menerima penilaian daripada orang lain. Ia
meliputi persepsi tentang diri dan alam sekelilingnya melalui dirinya dan juga perasaan
tentang kebolehannya meliputi keyakinan dan harga dirinya.

Menurut David Shaffer, konsep kendiri adalah kombinasi antara fizikal dan
psikologikal yang dianggap sebagai sesuatu yang unik pada setiap individu. Beliau
menggunakan istilah looking glass self untuk menegaskan bahawa seseorang itu
memahami dirinya seperti pantulan. Pantulan di sini bermaksud bagaimana orang lain
bergerak balas dan memberi respon terhadap diri mereka.

Carl Rogers (1950), beliau mendefinisikan konsep kendiri sebagai suatu gambaran
persepsi seseorang tentang ciri-ciri dan kebolehannya, persepsi dan konsep kendiri
berbanding dengan orang lain dan persekitarannya.














Kanak-
kanak
Proses Tumbesaran
@: sedar tentang objek dan peristiwa di luar
dunianya melalui interaksi dengan
persekitarannya

Timbul kesedaran tentang aku
berkaitan dengan kewujudan
dirinya
Wujud nilai melalui
pengalamannya
6















Dari segi psikologi, Hall dan Landsay yang dipetik oleh Staats (1963), mereka
berpendapat konsep kendiri boleh dilihat dalam dua cara iaitu, tanggapan diri seseorang
individu dan proses yang menentukan tingkah laku seseorang individu.





H.V Perkins dalam bukunya Human Development and Learning (1974), berpendapat
konsep kendiri (konsep kendiri) terdiri daripada persepsi, kepercayaan, perasaan, sikap serta
nilai yang khusus dipegang oleh seseorang individu tentang dirinya.

Tanggapan diri
(minat, sikap, nilai
dan lain-lain )
Konsep
kendiri
k
Proses yang
menetukan
tingkah laku
individu
Kanak-kanak kesejukan yang dipeluk oleh ibunya
Melalui pengalaman kanak-kanak berpersepsi
1. Dipeluk ibu sesuatu yang menyeronokkan
2. Kesejukan situasi yang tidak menyeronokkan
Pengalaman (dipeluk semasa kesejukan)
Kanak-kanak pelajari tentang nilai +ve dan -ve
7

Menurut Vernon (1980), konsep kendiri ialah pandangan kekuatan dan kelemahan diri
sendiri serta disokong dalam maklum balas tentang dirinya daripada orang lain.

Manakala, Stewat dan Friedman (1987) menghuraikan konsep kendiri sebagai
tanggapan individu terhadap indentitinya yang berbeza dengan individu yang lain sejak di
peringkat bayi.

Popplestone dan McPherson (1988) berpendapat konsep kendiri ialah intehrasi
pengetahuan bersama dengan reaksi seseorang yang membezakan dirinya daripada individu
lain.

Amir Awang (1991) berpendapat konsep kendiri ialah integrasi penilaian diri sendiri,
penilaian orang lain dan penilaiannya tentang tanggapan orang lain terhadap dirinya.

Berdasarkan huraian-huraian di atas, maka konsep kendiri boleh dirumuskan sebagai
persepsi diri dari segi penilaian, pandangan, tanggapan, kepercayaan, termasuk kekuatan dan
kelemahan diri sendiri. Ia dibentuk daripada hasil interaksi dengan keluarga, guru, sekolah,
rakan sebaya dan masyarakat serta pengalaman dan penyesuaian diri dengan persekitaran.

Konsep kendiri ini sememangnya mempengaruhi segala tingkah laku seseorang
individu. Gaya interaksi seseorang individu dalam persekitaran sedikit sebanyak dapat
mencerminkan konsep kendirinya.

Konsep kendiri terbahagi kepada tiga iaitu:
1) Pengetahuan kendiri (self-knowledge) : Apakah yang kanak-kanak tahu tentang
dirinya.
2) Penilaian kendiri (self-evaluation) : Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi
8

pandangan kanak-kanak terhadap dirinya.
3) Pengaturan kendiri (self-regulation) : Bagaimana dan bila kanak-kanak memperoleh
kawalan diri.


2.1 Konsep Kendiri

Konsep kendiri merujuk modul sosioemosi ialah suatu konsep yang kompleks. Secara
umumnya, konsep kendiri boleh didefinisikan sebagai anggapan menyeluruh tentang diri
sendiri, sama ada positif atau negatif. Menurut Harter (1983) dalam buku Personaliti :
Becoming a Person, konsep kendiri ialah agen perkembangan diri individu terutamanya
kanak-kanak. Kanak-kanak akan berkembang sebagai objek iaitu merupakan sesuatu yang
unik dan boleh diperhatikan tahap perkembangannya. Oleh itu ini memerlukan kerjasama
daripada banyak pihak supaya konsep kendiri kanak-kanak subur secara positif.

Terdapat pelbagai pendapat berkaitan tentang perkembangan diri kanak-kanak dan
kebanyakkanya bersetuju mengatakan bahawa tahap perkembangan pengetahuan kendiri
terbahagi kepada 4 peringkat iaitu sejak bayi hinggalah remaja. Pada peringkat bayi,
pengenalan kendiri kendiri berkembang dan menjadi kukuh serta dapat mengkategorikan
manusia mengikut sifat seseorang itu mula menggunakan kenyataan yang menunjukkan
penilaian kendiri. Bagi kanak-kanak peringkat pertengahan, mereka sudah dapat memahami
tingkah laku yang mungkin berbeza daripada perasaan dan motif contohnya ialah seseorang
yang tersenyum tapi tak bermakna orang itu sedang gembira. Kanak-kanak peringkat akhir
pula akan mengalami kendiri yang stabil.

Menurut Bandura (1977), kanak-kanak pada permulaannya tidak memahami akan
proses yang berlaku pada dunia sosial mereka. Ibu bapalah yang berperanan untuk
menjelaskan kepada kanak-kanak tersebut kerana ini dapat membantu kanak-kanak belajar
tentang tahap keupayaan atau efektif-kendiri. Penggunaan tanda-tanda rangsangan ini hanya
9

boleh dilakukan oleh kanak-kanak yang sudah memperoleh keupayaan kognitif yang tinggi.
Perkembangan kendiri yang positif juga akan meningkatkan usaha dalam sesuatu perkara
yang dilakukan oleh kanak-kanak tersebut. Berikut merupakan panduan bagi proses
perkembangan konsep kendiri kanak-kanak yang normal.

3.0 KONSEP ASAS PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN

Perkembangan merupakan satu proses yang berterusan dari peringkat lahir hingga ke
peringkat kematangan. Mengikut kajian ahli psikologi, perkembangan manusia dari aspek
perubahan jasmani, kognitif, emosi, social dan rohani adalah dipengaruhi oleh dua faktor
utama iaitu faktor baka dan faktor persekitaran. Ia sering dikaitkan dengan pertumbuhan
yang asasnya merupakan perubahan fizikal tubuh badan. Manakala konsep perkembangan
pada asasnya ialah perubahan tingkah laku mental. Berikut merupakan huraian secara ringkas
perbezaan di antara pertumbuhan dan perkembangan dalam aspek, jasmani, mental, emosi
dan sosial.
Aspek Pertumbuhan Perkembangan
Jasmani Pertumbuhan saiz berat, gigi organ deria,
anggota,..
Kemahiran menggunakan
pertumbuhan fizikal seperti
berjalan, melihat, mendengar,
membuat kerja,..
Mental Bertambah keupayaan berfikir, Kemahiran memikir,
mengingat, menaakul,
menganalisis,..
Emosi Perasaan seronok, gembira, duka, takut,
bimbang, sedih,..
Kemahiran mengawal
perasaan dalam situasi
tertentu.
Sosial Meluaskan perhubungan, komunikasi dan
pergaulan dengan orang lain.
Kemahiran mendisiplin dan
penyesuaian diri dalam
pergaulan dengan orang lain.

3.1 Prinsip-prinsip pertumbuhan dan perkembangan
1. Pertumbuhan berlaku dalam dua arah:
(a) Dari atas ke bawah.
(b) Dari tengah ke tepi.
10

2. Pertumbuhan struktur fizikal mendahului kemahiran fungsinya.
3. Pertumbuhan secara menyeluruh mendahului secara khusus.
4. Corak pertumbuhan dan perkembangan adalah sama tetapi kadarnya adalah berbeza
pada setiap individu.
5. Pertumbuhan berlaku hingga satu tahap, tetapi perkembangan berlaku secara
berterusan hingga ke akhir hayat.
6. Pertumbuhan dan perkembangan saling berinteraksi. Pertumbuhan jasmani yang
kurang sihat boleh menjejaskan perkembangan rohani, emosi dan sosial.
7. Ciri-ciri pertumbuhan dan perkembangan boleh ditentukan mengikut peringkat-
peringkat berikut:
(a) Peringkat pralahir (dalam kandungan 9 bulan)
(b) Peringkat bayi (0-2 tahun)
(c) Peringkat awal kanak-kanak (2-6 tahun)
(d) Peringkat akhir kanak-kanak (6-11 tahun)
(e) Peringkat awal remaja (11-15 tahun)
(f) Peringkat akhir remaja (15-21 tahun)
(g) Peringkat dewasa (21-60 tahun)
(h) Peringkat tua (60 tahun ke atas)
8. Perkembangan mental bermula daripada konkrit kepada abstrak.
9. Perkembangan daripada egosentrik kepada menerima pandangan orang lain.


3.2 Perkembangan kanak-kanak

Pada amnya, perkembangan kanak-kanak boleh dibahagikan kepada tiga peringkat seperti
berikut :
1. Peringkat bayi (0-2 tahun)
2. Peringkat awal kanak-kanak (2-6 tahun)
3. Peringkat kanak-kanak (6-12 tahun)

Setiap peringkat kanak-kanak tersebut biasanya mengalami perkembangan yang unik
dalam aspek-aspek seperti psikomotor, mental, emosi, sosial dan bahasa. Berikut ialah
11

huraian secara ringkas tentang aspek-aspek perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh
dalam ketiga-tiga peringkatnya.

Aspek perkembangan Psikomotor (Jasmani)

Peringkat Umur
(Tahun)
Aspek Perkembangan Psikomotor
Bayi 0-2 Mula memperolehi koordinasi dan kawalan otot. Tulang masih
lembut.
Mula mengenal objek dalam alam sekitar melalui organ deria
dan tangan.
Mula membezakan suara daripada keluarga dan orang lain.
Penglihatan dan pendengaran masih belum dikembangkan
dengan sempurna.
Awal
Kanak-
kanak
2-6 Tubuh badan menjadi lebih besar, lebih tegap dan lebih tinggi.
Mempunyai satu set gigi susu.
Semakin aktif dengan menggunakan kaki dan tangannya.
Otak berkembang menjadi lebih besar dan lebih terkawal.
Kanak-
kanak
6-12 Penyelarasan motor dan kawalan tubuh badan bertambah baik.
Otot mata sudah matang untuk membaca.
Pendengaran bertambah tajam dan boleh membezakan bunyi-
bunyi yang berlainan.
Sel-sel otak telah mencapai 60% berat orang dewasa.

Aspek perkembangan Mental (Kognitif)

Peringkat Umur
(Tahun)
Aspek Perkembangan Mental
Bayi 0-2 Mula mengenal objek dalam alam sekitar dengan
menggunakan organ deria dan gerak geri.
Mula mengaitkan objek dengan kata-kata.
Awal
Kanak-
kanak
2-6 Mula menggunakan bahasa sebagai ganti gambaran benda.
Boleh membentuk konsep yang mudah.
Mempunyai imaginasi yang fantastik dalam dunia pura-pura.
Mula boleh mengelaskan objek berdasarkan ciri-ciri amnya.
Kanak-
kanak
6-12 Menguasai konsep pengekalan tentang nombor, berat dan
isipadu.
Boleh mengenal pasti objek dalam alam sekitar dan
hubungannya dengan simbol bahasa.

12

Aspek perkembangan Emosi dan Sosial

Peringkat Umur
(Tahun)
Aspek Perkembangan Emosi dan Sosial
Bayi 0-2 Mempunyai rasa senang, rasa gelisah dan rasa keselamatan.
Mula ada perasaan cemburu dan iri hati.
Awal
Kanak-
kanak
2-6 Emosinya cepat berubah dan tidak kekal lama.
Mempunyai perasaan takut apabila menghadapi situasi baru.
Perasaan cemburu semakin bertambah.
Suka bermain sendiri.
Hanya suka bergaul dengan saudara mara yang seusia.
Kanak-
kanak
6-12 Mula sedar tentang perasaan yang lain.
Emosi semakin stabil.
Suka bergaul dengan rakan sebaya.
Suka bermain secara berpasukan.

Aspek perkembangan Bahasa

Peringkat Umur
(Tahun)
Aspek Perkembangan Bahasa
Bayi 0-2 Mengeluarkan bunyi menunjukkan rasa kurang senang.
Mengulang-ulang bunyi yang sama.
Meniru suku kata yang mudah.
Awal
Kanak-
kanak
2-6 Boleh meniru dan menyebut ayat yang mudah.
Boleh menyatakan idea dengan melukis gambar.
Kanak-
kanak
6-12 Boleh menggunakan simbol bahasa untuk menghubungkan
objek.
Memperoleh kemahiran pertuturan dalam pergaulan sosial.


Teori-teori perkembangan

Teori kematangan biologi : Arnold Gesell (1880-1961)

Mengikut Teori perkembangan kanak-kanak, Gesell merumuskan:
1. Baka dan kematangan adalah faktor yang penting dalam menentukan perkembangan
kanak-kanak.
13

2. Perkembangan kanak-kanak adalah unik dan berbeza di antara satu sama lain.
3. Perkembangan kanak-kanak adalah melalui beberapa peringkat tertentu.
4. Kanak-kanak akan menunjukkan tingkah laku yang kurang stabil apabila mereka mula
memasuki peringkat baru kerana menghadapi pengubahsuaian kemahiran
koordinasinya.
5. Tempoh lima tahun yang pertama merupakan tempoh perkembangan kanak-kanak
dalam aspek fizikal, mental, emosi dan sosial. Tempoh ini paling penting untuk
pendidikannya pada masa depan.

Gensell mengenal pasti lima peringkat perkembangan kanak-kanak dalam tempoh
lima tahun yang pertama sejak lahir, iaitu:

Peringkat Ciri-ciri perkembangan
Pertama
(0-1 tahun)
Kematangan emosi mula berlaku 1 bulan melalui isyarat
tangisan dan senyuman.
Kematangan fizikal mula berlaku pada umur 4 bulan melalui
pergerakan mata.
Perkembangan mengikut mekanisme kawalan kendiri.
Kedua
(1-2 tahun)
Kematangan mental dan fizikal meningkat dan ditunjukkan
dengan kemahiran menggunakan perkataan mudah.
Kematangan fizikal berkembang lebih cepat dengan mula
berjalan diikuti dengan berlari.
Ketiga
(2-3 tahun)
Mula bentuk sikap berdikari semasa makan, minum dan lain-
lain.
Mula menggunakan ayat yang mudah.
Keempat
(3-4 tahun)
Kematangan fizikal berkembang dalam aktiviti permainan.
Keupayaan melaksanakan tugas harian.
Kelima
(4-5 tahun)
Kematangan emosi dan sosial ditunjukkan dalam interaksi
denga rakan sebaya.
Kematangan mental ditunjukkan melalui soalan-soalan
dikemukakan.


3.3 Konsep perkembangan kanak-kanak

14

Santrock (2008) dalam Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel mentafsirkan bahawa
perkembangan sebagai perubahan dalam corak biologi, kognitif dan sosioemosi individu
yang bermula daripada peringkat percambahan sehingga ke akhir hayat. Perkembangan dapat
didifenisikan sebagai perubahan-perubahan yang sistematik secara berterusan dalam diri
seseorang bermula daripada tarikh lahir sehinggalah kematiannya. Ini adalah perubahan
kualitatif yang berlaku secara progresif dalam diri manusia. (Dr. Ragbir Kaur,2008).

Karl E. Garrison menyatakan bahawa perkembangan terhasil daripada tindakan yang
saling berkait antara perkembangan jasmani dan pembelajaran. Sama ada berbentuk struktur,
kemahiran satu siri tingkah laku ataupun keseluruhan sahsiah, semua perkembangan ini
mengikut beberapa aturan semula jadi dan mempunyai sifat-sifat yang sejagat. Perkembangan
boleh disifatkan secara ringkasnya sebagai pengaliran yang saling berkait antara perubahan
kuantitatif dan perubahan kualititatif yang menuju ke arah yang dijangkakan.

3.4 Ciri-ciri perkembangan kanak-kanak

Perkembangan biasanya mempunyai beberapa ciri-ciri yang boleh dilihat. Antara ciri-ciri
perkembangan yang penting adalah seperti berikut:

Proses perubahan yang berlaku akibat tindakan yang saling berkait antara
perkembangan jasmani dan pembelajaran.
Perubahan dari segi jasmani, emosi, mental dan sosial dan bersifat kualitatif.
Perubahan-perubahan adalah dari segi fungsi.
Proses perkembangan membawa perubahan ke arah sifat-sifat yang sejagat serta
mengikut aturan semulajadi. Contohnya, seseorang kanak-kanak kecil berupaya
meniarap sebelum merangkak, duduk sebelum berdiri dan berjalan sebelum berlari.
Proses perkembangan berlaku secara berterusan sepanjang hayat seseorang individu.
Perubahan tingkah laku berlaku secara berterusan menerusi peringkat-peringkat
kematangan yang tertentu.
Peringkat-peringkat perkembangan membawa ke arah perubahan tertentu seperti yang
telah dijangkakan.
15

Perkembangan biasanya dipengaruhi oleh baka dan persekitaran. Baka akan
menentukan had perkembangan manakala persekitaran akan menolong perkembangan
mencapai tahap maksimum.


3.5 Perkembangan konsep kendiri kanak-kanak

Umur Perkembangan kanak-kanak


1-2
tahun

Pengenalan kendiri berkembang dan menjadi kukuh
Dapat mengkategorikan objek, tubuh badan, manusia mengikut sifat
seseorang itu.
Mula menggunakan kenyataan yang menunjukkan penilaian kendiri



3-5
tahun

Penghargaan kendiri yang tinggi
Perhubungan persahabatan yang konkrit
Strategi penyelesaian masalah yang luas
Percaya akan pemerhatian orang lain membentuk perspektif mereka.



6-10
tahun

Konsep kendiri menekankan ciri-ciri personaliti.
Penghargaan kendiri menurun apabila membuat perbandingan,
kemudiannya naik semula.
Perhubungan persahabatan menekankan kepercayaan dan bantuan
strategi penyelesaian masalah yang teliti, berpandu kepada
keperluan.
Khusus sesuatu masalah
Menekankan kecekapan dalam pergaulan sosial.

16


11
tahun
ke atas

Aspek-aspek baru dari segi self-esteem seperti perhubungan
persahabatan yang erat, perhubungan romantis, dan kemahiran
bergaul secara professional dalam pekerjaan.
Persahabatan menekankan itimasi dan kesetiaan.
Persepsi perseorangan merangkumi organized character sketches.
Perkembangan perspektif sosial
Perkembangan penghargaan kendiri yang berkaitan dengan
pembetukan identiti, pencapaian akademik dan perkembagan karier




Konsep diri kanak-kanak biasanya ada mempunyai hubung kait antara individu di
sekelilingnya dan ianya adalah berbentuk dinamik. Konsep kendiri bayi dan kanak-kanak ini
juga terbina di bawah tanggungjawab ibu bapa yang merupakan agen pertama. Dengan
peningkatan pengetahuan tentang kebolehannya, konsep bayi tentang kendirinya juga akan
muncul. Menurut Eder (1990), Seseorang kanak-kanak pada usia 2-3 tahun akan mencirikan
diri mereka berasaskan kepercayaan biasa, emosi seperti Saya marah, sifat seperti Saya
bayi, emosi dan kepunyaan diri seperti Mainan saya,. Contohnya, mereka mengatakan
bahawa mereka Seronok bila bermain dengan kawan, atau Diam bila marah. Mereka juga
akan memberi maklum balas yang konsisten apabila ditanya untuk diberitahu sama ada
kenyataan-kenyataan tentang diri mereka adalah betul.

Konsep kendiri kanak-kanak pada peringkat kanak-kanak sangat terhad kepada
pemikiran dan perbuatan yang nyata dan khusus (Stipek et al., 1992). Menurut Brownnell &
Carriger, (1990), Caplan et al.,(1991), fikiran yang yang kukuh tentang diri juga
membenarkan kanak-kanak untuk bekerjasama buat kali pertama dalam menyelesaikan
masalah kecil semasa bermain. Kanak-kanak sudah dapat melabel dirinya apabila ditanyakan
tentang siapa diri mereka dengan berbagai-bagai cara seperti jantinanya dan saiz badannya,
sama ada besar ataupun kecil selain namanya. Dalam membentuk konsep kendiri kanak-
17

kanak ibu bapalah yang memainkan peranan yang penting. Harga diri (self-esteem)
merupakan konsep kendiri yang penting diperingkat kanak-kanak dan ianya adalah selari
dengan konsep kendiri itu sendiri. Bagi mereka yang ingin berjaya dalam kehidupan pada
masa yang akan datang, kata kunci yang harus dipegang adalah self-esteem. Ini adalah kerana
self-esteem dapat memahami bagaimana diri kita yang sebenarnya. Kanak-kanak yang
mempunyai self-esteem yang tinggi merupakan kanak-kanak yang berkebolehan dan
kompentensi. Mereka juga berkeupayaan dalam mengurus emosi positif dan negatif secara
berkesan malah boleh membantu rakan-rakan yang lain.

Kanak-kanak dalam lingkungan usia 3 hingga 5 tahun mempunyai sifat kendiri saya
(pengetahuan tentang diri sendiri dan penilaian sifat kendiri) iaitu kebolehan, kelakuan, sifat
dan nilai yang memaparkan dirinya sebagai seorang individu yang berlainan daripada orang
lain. Manakala bagi kanak-kanak berumur 4 hingga 7 tahun, mereka dapat memberikan
gambaran penuh merangkumi semua dimensi mengenai dirinya selain mempunyai kebolehan
tertentu dari segi fizikal, intelektual, tanggungjawab sosial, serta menyelesaikan permainan
cantuman. Mereka mula mengira, lebih banyak mengetahui hal sekolah, memanjat, bermain
lompat-tali dan juga mempunyai ramai kawan. Namun begitu, pada peringkat ini mereka
masih belum lagi mengetahui kelemahan mereka.

4.0 JENIS-JENIS KONSEP KENDIRI








KONSEP KENDIRI
KONSEP KENDIRI
POSITIF
KONSEP KENDIRI
NEGATIF
18

Terdapat dua jenis konsep kendiri iaitu konsep kendiri positif dan negatif. Konsep kendiri
positif bermaksud seseorang itu percaya dan yakin kepada diri sendiri secara lebih sihat,
mempunyai minat yang baik dan objektif serta tidak terlalu sensitif. Ia juga meliputi sikap
terbuka dan memberi pandangan jika wujud keadaan yang tidak baik dan stabil di mana ia
boleh menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi.

Sekiranya konsep kendiri dalam diri seseorang itu positif, maka individu itu dapat
menilai dan memberi pendapat mengenai dirinya secara sedar tentang kebaikan dan
kekurangannya, individu tersebut juga dapat menerima maklum balas daripada orang lain
tentang dirinya. Ciri-ciri yang boleh dilihat dalam diri seseorang individu yang memiliki
konsep kendiri positif adalah menghargai, memuji orang lain, berpuas hati dengan
pencapaian, murah hati, mudah berkawan, berpuas hati dengan apa yang ada pada dirinya,
berpuas hati dengan barang-barang kepunyaannya, peramah, berfikiran terbuka dan
optimistik, mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran, mempunyai emosi yang stabil,
tenang dalam menghadapi cabaran dan dugaan serta berkeyakinan tinggi dalam setiap bidang
yang diceburi.

Konsep kendiri negatif bermaksud seseorang individu itu sering merasa rendah diri
akibat mempunyai sahsiah yang tidak seimbang di mana individu seperti ini bersifat pasif
dengan tidak suka bergaul atau bekerjasama dengan orang lain. Individu ini juga kurang
berkeyakinan terhadap diri sendiri dan tidak berani untuk mencuba. Individu yang
mempunyai konsep kendiri negatif mempunyai ciri-ciri yang cenderung untuk merasa salah,
takut kepada kegagalan, dan sering merasa bimbang.

4.1 Konsep Kendiri Positif

Jika kita perhatikan seseorang yang sering dikaitkan dengan kejayaan dalam hidup
ialah mereka yang dapat membina konsep kendiri yang positif. Sebagai contoh, kanak-kanak
yang mempunyai konsep kendiri yang positif akan sentiasa menerima layanan dan perhatian
19

yang baik sama ada daripda ahli keluarga, saudara mara, jiran, pengasuh mahupun orang
yang berada disekelilingnya.

Kanak-kanak dalam kumpulan kendiri positif ini akan sentiasa mengalami lebih
banyak kejayaan berbanding dengan kegagalan. Kanak-kanak yang memiliki konsep kendiri
positif juga sering berasa gembira, berkeyakinan dan mempunyai kepercayaan yang penuh
terhadap dirinya sendiri untuk melakukan sesuatu. Selain itu, kanak-kanak ini bersifat
optimistik, lebih terbuka sikapnya serta sedia menerima pendapat dan kritikan orang lain. Dia
jua bersifat relak, mudah berinteraksi dengan orang lain serta senang didampingi. Kanak-
kanak ini juga dikatakan sentiasa tenang dan stabil serta seimbang dari segi emosinya.

4.1.1 Faktor-faktor yang mempengaruhi Konsep Kendiri Positif

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi terbentuknya konsep kendiri yang
positif di dalam diri seseorang kanak-kanak. Pertamanya ialah sentiasa memperoleh ganjaran
yang positif seperti pujian yang membina, hadiah dan sebagainya apabila melakukan sesuatu
sama ada mendapat kejayaan mahupun kegagalan. Peneguhan yang paling berkesan adalah
datangnya daripada ibu bapa kerana mereka merupakan orang yang paling dekat dengan
individu tersebut. Di antara peneguhan yang positif ialah : bagus cuba lagi yang lebih baik,
pandai anak ibu, dan sebagainya.

Kanak-kanak yang sentiasa mendapat kasih sayang dan layanan yang baik daripada
ibu bapa dan keluarga juga berkemungkinan besar akan dapat membentuk konsep kendiri
yang positif. Hal ini adalah kerana kanak-kanak tersebut tidak akan merasa kekurangan dan
kekosongan dalam hidupnya. Mereka akan sentiasa merasa dihargai dan merasa ada orang
yang ada bersama-samanya dalam melakukan sesuatu. Keadaan dan persekitaran keluarga
juga turut mempengaruhi seseorang individu dalam membentuk konsep kendiri yang positif.
Keadaan keluarga yang stabil dan harmoni akan membantu seseorang membina konsep
kendiri yang baik.
20


Sekiranya keluarga berada dalam keadaan yang harmonis dan ceria, setiap daripada
ahli keluarga akan berasa selamat dan gembira dilahirkan dalam keluarga tersebut. Selain itu,
kanak-kanak yang sering mendapat pengiktirafan sama ada daripada ahli keluarga, saudara
mara, jiran, pengasuh dan orang sekelilingnya berjaya membentuk konsep kendiri positif.
Kanak-kanak ini akan sentiasa dalam keadaan riang dan gembira kerana dpat membuatkan
orang yang berada di persekitarannya mempercayai dan yakin dengan kebolehannya.

Keyakinan yang tinggi yang ada dalam diri kanak-kanak itu sendiri juga dapat
membentuk konsep kendiri yang positif dalam dirinya. Ini kerana kepercayaan yang kuat dan
teguh kepada diri sendiri akan menyebabkan kanak-kanak terbabit berusaha untuk melakukan
yang terbaik untuk dirinya tanpa merasa takut dan malu apabila mengalami kegagalan.

4.2 Konsep Kendiri Negatif

Jika dilihat pula kanak-kanak yang sering dikaitkan dengan kegagalan sama ada
dalam apa bidang sekalipun biasanya tidak lari dari konsep kendiri yang negatif. Berbeza
penampilannya dengan individu yang mempunyai konsep kendiri yang positif di mana kanak-
kanak jenis ini akan sentiasa berasa tidak puas hati, tidak gembira, cepat merajuk serta
perasaannya mudah tersinggung.

Kanak-kanak seperti ini sering dimarahi ataupun dikritik sama ada oleh ibu bapa,
saudara mara, jiran, pengasuh dan sesiapa sahaja yang berada di persekitarannya. Mereka
juga kurang menerima kasih sayang atau perhatian. Mereka biasanya kurang diterima oleh
ahli keluarga, saudara mara, jiran, pengasuh mahupun orang lain.

Keadaan ini akan memburukkan lagi keadaan di mana kanak-kanak tersebut akan
berasa dirinya mempunyai aras keyakinan yang rendah. Seterusnya keadaan ini akan
21

menyebabkan kanak-kanak berkenaan membentuk sifat rendah diri dalam dirinya. Akibat
daripada itu, kanak-kanak tersebut akan menjadi seorang yang pasif, sentiasa dalam keadaan
yang muram dan tidak mudah untuk bergaul dengan orang lain.

Mereka yang tergolong dalam golongan kanak-kanak yang mempunyai konsep
kendiri negatif ini lazimnya suka melakukan kerja-kerja yang mudah dan senang untuk
menjamin kejayaan. Mereka juga suka bergaul dan bermain dengan individu yang lebih muda
darinya yang mempunyai kemampuan intelektual yang rendah. Apa yang amat menyedihkan,
kanak-kanak ini amat mudah dipermainkan oleh orang lain.

4.2.1Faktor-faktor yang mempengaruhi Konsep Kendiri Negatif

Seperti mana yang kita ketahui seseorang yang baru dilahirkan masih belum
mempunyai konsep kendiri. Konsep kendiri yang kita ketahui terbentuk daripada proses
berinteraksi dengan orang lain sama ada konsep kendiri positif ataupun negatif.

Konsep kendiri yang negatif lahir daripada kurangnya kasih sayang, perhatian dan
belaian daripada ibu bapa, saudara mara, pengasuh ataupun orang dewasa yang lain. Ini
mengakibatkan wujudnya perasaan tidak dipunyai serta kekurangan dalam diri kanak-kanak
tersebut. Daripada perasaan ini akan lahirlah suatu penerimaan yang negatif dalam diri dan
akhirnya akan membentuk satu yang dinamakan konsep kendiri yang negatif.

Suasana keluarga juga merupakan faktor yang boleh mendorong kepada pembentukan
konsep kendiri. Sekiranya suasana keluarga yang bahagia dan harmoni akan dapat
membentuk konsep kendiri yang positif maka keadaan keluarga yang sebaliknya pula akan
membentuk konsep kendiri yang negatif. Ini kerana keadaan keluarga yang kucar-kacir serta
dengan keadaan ibu bapa yang sering bergaduh dan tidak memberikan perhatian dan kasih
sayang yang sepenuhmya kepada anak-anak menyebabkan anak-anak yang sedang membesar
22

berasa tidak selamat berada dalam keluarga tersebut. Perasaan ini pula akan menyebabkan
anak-anak sentiasa dalam keadaan ketakutan serta kerungsingan dan seterusnya akan
terbentuklah konsep kendiri yang negatif.

Keadaan sosioekonomi keluarga yang rendah berbanding dengan keluarga lain juga
merupakan satu punca yang mengakibatkan terbentuknya konsep kendiri yang negatif.
Kanak-kanak tersebut akan berasa rendah diri kerana keperluan dan kehendaknya tidak dapat
dipenuhi oleh keluarganya seperti keluarga yang lain.

Seterusnya aspek fizikal yang tidak sempurna juga dapat membentuk konsep kendiri
yang negatif. Kecacatan yang dimiliki akan dirasakan sebagai penghalang kepadanya untuk
bergaul dan menyertai aktiviti-aktiviti seperti orang lain. Keadaan ini akan menyebabkan
kanak-kanak tersebut akan berasa rendah diri dan merasakan bahawa dirinya tidak berguna
kepada orang lain.

5.0 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBENTUKAN KONSEP
KENDIRI

Sebagaimana yang telah dihuraikan, pembentukan konsep kendiri ini adalah berdasarkan
kepada persepsi-persepsi diri dan orang lain terhadapnya, maka faktor-faktor yang
mempengaruhi pembentukan konsep kendiri adalah berkait rapat dengan sistem psikofizikal,
alam sekitar dan interaksi sosial seseorang individu. Antara faktor-faktor yang boleh
mempengaruhi pembentukan konsep kendiri ialah:
1. Pengaruh baka ke atas ciri-ciri fizikal serta kecerdasan.
2. Bentuk tubuh badan mempengaruhi sahsiah.
3. Keadaan fizikal mempengaruhi perubahan tingkah laku.
4. Emosi mempengaruhi perasaan.
23

5. Pengaruh keluarga membentuk sikap dan kepercayaan.
6. Kebudayaan mempengaruhi persepsi diri dan persepsi orang lain terhadapnya.
7. Pengaruh sekolah yang mengubah tingkah laku sesuai dengan aspirasi kumpulan
sebaya atau gurunya.
8. Status social keluarga mempengaruhi pembentukan konsep kendiri seseorang.

5.1 Pengaruh Konsep Kendiri Terhadap Tingkah Laku Individu

Konsep kendiri banyak mempengaruhi tingkah laku manusia ke arah penyesuaian sendiri
iaitu:
a) Penerimaan atau penolakan diri
b) Penghargaan kendiri

Seseorang yang dapat menyesuaikan diri ke arah penerimaan kendiri biasanya
berperasaan kasih sayang dengan keluarga, kawan ataupun gurunya di sekolah. Perasaan
yang dirasainya ialah bahawa dia telah diterima dan dihargai oleh orang-orang yang
berinteraksi dengannya. Perasaan ini akan membawanya menerima dan menghargai dirinya.

Sebaliknya, jika seseorang individu berasa kurang mendapat penerimaan daripada
orang-orang yang berinteraksi dengannya, maka dia akan bersikap penolakan diri. Sikap ini
akan membawa kesan negatif dalam usahanya mengatasi masalah hidup yang dihadapinya.

Penghargaan kendiri timbul daripada penilaian terhadap kebolehan dalam kebaikan
diri sendiri. Penghargaan kendiri ini boleh dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu
penghargaan kendiri tinggi, sederhana dan rendah. Orang yang mempunyai penghargaan
kendiri tinggi biasanya bersikap positif, sanggup berusaha bersungguh-sungguh hingga
24

berjaya mencapai apa yang diharapkan, percaya dan yakin terhadap diri sendiri, berbakat dan
berkebolehan. Orang yang mempunyai penghargaan kendiri sederhana biasanya kurang yakin
terhadap diri sendiri, sentiasa berasa konflik dalam kehidupan dan ragu-ragu mengambil
keputusan dengan tepat. Manakala, orang yang mempunyai penghargaan kendiri
rendahbiasanya bersikap negatif, kurang yakin diri sendiri, ragu tentang kebolehan sendiri
dan sering berusaha melepaskan diri apabila menghadapi masalah.

C. Rogers (1980) memandang struktur personaliti serupa dengan konsep kendiri.
Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa konsep kendiri seseorang mungkin tidak sepadan
dengan pengalamannya yang sebenar.

Mengikut Rogers, apabila konsep kendiri seseorang telah dibentuk, dia akan
mempertahankannya jika terdapat realiti bertentang dengan konsep kendirinya. Maka, apabila
orang itu di bawah keadaan tak sepadan, dia akan berasa gelisah, dan berusaha
memutarbelitkan realiti supaya menjadi sepadan dengan konsep kendirinya, akibatnya
menghasilkan tingkah laku negatif seperti menggunakan mekanisme helah bela diri.

5.2 Rumusan Teori Pembelajaran Carl Rogers

Teori pembelajaran yang disarankan oleh Carl Rogers mengandungi beberapa ciri yang
berkaitan dengan konsep kendiri dirumuskan seperti berikut:
1. Pengalaman setiap individu adalah fenomena-logikal, iaitu pengalamannya hanya
dialami dan difahami oleh individu sendiri sahaja.
2. Setiap individu mempunyai kecenderungan dan hasrat sendiri untuk mencapai
kesempurnaan kendiri.
3. Setiap individu membentuk konsep kendiri yang unik melalui sistem nilai dan
25

kepercayaan diri yang berbeza dengan individu yang lain.
4. Tingkah laku yang ditonjolkan oleh individu adalah selaras dengan konsep kendiri dan
kepercayaannya.
5. Kefahaman tingkah laku individu hanya dapat diperolehi melalui proses komunikasi.

Mengikut Rogers, pengalaman peribadi setiap individu adalah unik dan tersendiri
serta berbeza dengan individu yang lain. Ia juga banyak dipengaruhi oleh persekitarannya.


5.3 Cara guru membantu pembentukan konsep kendiri positif

Mengikut kajian pakar-pakar pendidikan, konsep kendiri dan nilai-nilai diri merupakan
faktor-faktor yang penting untuk mencapai kejayaan dalam bidang akademik dan
kokurikulum. Seorang pelajar yang mempunyai persepsi kendiri yang postitif, menikmati
penerimaan daripada ibu bapa, rakan sebaya dan gurunya serta memperoleh perasaan
penghargaan diri yang tinggi, akan melibatkan diri secara bersungguh-sungguh dalam aktiviti
pembelajaran di alam belajarnya.

Sekiranya seorang pelajar yang ingin belajar dengan jayanya, dia hendaklah
mempersepsikan dirinya sebagai seorang pelajar yang berkebolehan dan mempunyai
penghargaan kendiri yang tinggi. Dengan perkataan lain, pelajar-pelajar di sekolah haruslah
diberi peluang untuk membentuk konsep kendiri yang positif serta memupuk nilai-nilai yang
tinggi supaya membolehkan mereka mencapai objektif pelajaran yang diharapkan.
Sehubungan ini, guru memainkan peranan yang penting untuk membimbing murid-muridnya
membentuk konsep kendiri yang positif dan memupuk nilai-nilainya yang tinggi seperti:
1. Memberi dorongan, bantuan dan sokongan kepada usaha pembelajarannya.
26

2. Memberi bimbingan yang wajar dengan membetulkan kesilapan murid dalam proses
pembelajaran.
3. Mengajar murid-murid mengikut kebolehan mereka supaya mereka sentiasa
menikmati pengalaman berjaya, dan seterusnya meningkatkan perasaan penghargaan
diri dan keyakinan.
4. Menerima murid-murid sebagai dirinya.
5. Menggalakkan interaksi positif dalam kalangan rakan sebaya.
6. Memberi peluang kepadanya memainkan peranan yang penting.
7. Memupuk nilai-nilai yang baik daripada rakan sebaya dan guru.

6.0 KESAN-KESAN POSITF DAN NEGATIF KONSEP KENDIRI

Tidak dapat dinafikan bahawa setiap kanak-kanak mempunyai konsep kendiri mereka yang
tersendiri. Konsep kendiri dapat dilihat dengan jelas dalam diri seseorang kanak-kanak dan
ianya tidak boleh diukur dengan sebarang bentuk piawaian. Ianya disebut sebagai kesan
konsep kendiri sama ada positif ataupun negatif. Bagi kanak-kanak yang mempunyai konsep
kendiri yang positif, mereka akan mempunyai penghargaan kendiri yang tinggi. Kebanyakkan
daripada golongan ini lebih berminat dan bermotivasi untuk belajar serta mempunyai
matlamat kerjaya pada masa hadapan. Mereka juga dilihat sebagai orang yang berkebolehan
dan sentiasa mahukan kepuasan dalam membuat sebarang keputusan kerjaya.


Selain itu, antara kelebihan golongan konsep kendiri tinggi atau positif ini juga adalah
dapat menilai diri mereka secara positif dan percaya bahawa mereka lebih cekap atau
berkebolehan; bertindak dengan positif; rasa dapat mempengaruhi persekitaran; berasa
bangga dengan perlakuan sendiri; pencapaian gred yang tinggi; lebih bersedia menerima
ridiko; memikul tanggungjawab. Mereka juga boleh dikatakan dapat menahan perasaan
kekecewaan dengan baik; menerima diri dengan lebih positif; menghargai diri sendiri serta
menyedari kekuatan & kelemahan diri.
27



Bagi golongan yang mempunyai konsep kendiri ataupun penghargaan yang rendah
dan negatif pula mempunyai kesan yang dapat dilihat melalui beberapa ciri seperti mereka
akan lebih cenderung untuk merasa bersalah, sering merasa bimbang dan cepat berkecil hati,
sering takut kepada kegagalan. Kanak-kanak daripada golongan ini selalunya mempunyai
kaitan dengan pencapaian akademik yang rendah, tidak gemar kerja yang mencabar, kurang
keyakinan dan kebolehan untuk membuat tugasan yang lebih mencabar, kurang berminat
untuk mendapatkan maklumbalas dan melihat diri sebagai orang yang kurang menarik dari
segi personaliti. Selain itu, mereka juga mudah cenderung berkelakuan seperti mudah rasa
kecewa, sering menyalahkan orang lain kerana kesalahan diri serta mengelak situasi yang
sukar. Terdapat kajian yang mengatakan bahawa gangguan dalam pemakanan mempunyai
signifikan dengan konsep kendiri yang rendah dan mudah mengikut orang lain ataupun
terpengaruh dan dipengaruhi.


Konsep kendiri dan penghargaan kendiri juga ada hubung kaitnya dengan ibu bapa
yang boleh diklasifikasikan dalam banyak aspek. Sebagai contoh, bagi ibu bapa yang sentiasa
mengambil berat dan tahu akan pelajaran anak mereka, seseorang kanak-kanak itu dikatakan
akan mempunyai penghargaan kendiri yang tinggi kerana mendapat sokongan daripada ibu
bapa mereka sendiri. Melalui hubungan yang rapat ini juga, kanak-kanak ini akan dapat
bertumbuh sebagai seorang anak yang mempunyai penghargaan kendiri tinggi.


Terdapat korelasi yang kukuh antara dimensi-dimensi tingkah laku menyokong ibu
bapa (seperti kemesraan fizikal, sikap menyokong, keakraban, hubungan yang berkekalan)
dengan penghargaan kendiri seseorang kanak-kanak. Penghargaan kendiri mereka juga
berkait rapat dengan corak perhubungan dalam keluarga dan juga korelasi yang positif antara
penghargaan kendiri yang tinggi dengan gaya ibu bapa yang autoritatif. Minat, galakan dan
sokongan ibu bapa terhadap anak merupakan penentu penting bagi penghargaan kendiri
mereka. Golongan yang semakin remaja mereka akan merasakan perlakuan mereka dikawal
oleh ibu bapa, semakin rendah penghargaan kendiri mereka. Bagi Anak perempuan pula
mereka lebih bergantung kepada ibu bapa dalam mengukuhkan penghargaan kendiri.
28

7.0 PENUTUP

Jelaslah bahawa perkembangan konsep kendiri kanak-kanak adalah penting kerana
ianya merupakan suatu konsep dalam menentukan personaliti seseorang kanak-kanak. Antara
fungsi-fungsi konsep kendiri ialah untuk penilaian kendiri. Sebagai contoh, seseorang kanak-
kanak itu akan berfikir, adakah saya lakukan dengan betul?. Selain daripada itu, ia juga
berfungsi untuk penentuan dalaman serta luaran seseorang kanak-kanak itu.

Dalam membina konsep kendiri kanak-kanak, minda dan diri kanak-kanak perlu
diperluaskan dari pelbagai sudut serta biarkan mereka bebas dalam melakukan apa yang
disukainya dengan kawalan ibu bapa atau orang dewasa dan bukan hanya mencakupi sesuatu
bidang atau perkara sahaja. Pada waktu inilah kanak-kanak boleh membina konsep
kendirinya sendiri dan memilih apa yang sepatutnya yang perlu untuk dirinya suatu masa dan
dewasa kelak. Konsep kendiri pada zaman kanak-kanak akan mmencerminkan dirinya pada
dewasa nanti dalam menguruskan diri sendiri dan orang sekeliling dengan sewajarnya serta
dapat membina keyakinan diri walaupun berhadapan dengan pelbagai situasi.








29


8.0 RUJUKAN

Modul KAL 3033 Pendidikan Sosioemosi Kanak-kanak. (2013). Tanjong Malim:
UniversitiPendidikan Sultan Idris.
Mok Soon Sang. (2008). Perkembangan Kanak-kanak. Selangor: Penerbitan Multimedia
Sdn Bhd.
Mok Soon Sang. (2008). Psikologi Pendidikan. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel. Edisi ke-2. Perkembangan Kanak-kanak. Kuala Lumpur:
Kumpuln Budiman Sdn. Bhd.

http://eprints.utm.my/10348/1/bab2.pdf

Anda mungkin juga menyukai