Anda di halaman 1dari 7

NAME: TENG YUE FANG

STUDENT ID: CGS01986006

NUMBER IC: 881230025004

PROGRAMME: MASTER OF EDUCATION

CLUSTER: CLUSTER OF EDUCATION AND SOCIAL SCIENCES

ULC: SUNGAI PETANI LEARNING CENTRE

COURSES: MODELS AND STRATEGIES OF TEACHING - HMEF 5123


Body (Part 11)

Setiap individu mempunyai personaliti yang tersendiri. Ia meliputi keseluruhan


perkembangan seseorang individu dan mencirikan perbezaan antara setiap individu.
Personaliti ialah sifat yang ada pada individu seperti beraksi, beremosi, cara berfikir dan
memperihalkan sifat-sifat fizikal, emosi dan mental. Personaliti merupakan gabungan
daripada berbagai sifat. Perkembangan dilanjutkan dengan tanggapan individu terhadap diri
sendiri melalui kelebihan dan kelemahannya. Kesedaran kendiri adalah antara satu konsep
yang terpenting dalam psikologi. Individu yang mempunyai konsep kendiri akan
menghasilkan personaliti yang bersesuain dengan keperluan persekitarannya. Ini termasuk
gaya pertuturan, tingkah laku yang ditunjukkan, cara berinteraksi dan cara bertindak dengan
persekitaran dapat membantu mengenali personaliti seseorang. Konsep kendiri boleh
didefinsikan sebagai persepsi tentang diri sendiri dan merangkumi gambaran tentang rupa,
kesihatan, kebolehan, kekuatan, tingkah laku kendiri dan kelemahan seseorang individu. Ia
juga boleh dipengaruhi oleh tanggapan orang lain. Menurut Rogers (1951) dalam Azizi dan
Jaafar (2006), konsep kendiri didefinisikan sebagai definisi diri yang diberikan pada diri
sendiri secara sedar. Apabila menggunakan perkataan saya, iaitu ia adalah gambaran persepsi
kendiri yang tersusun yang dapat dibawa ke peringkat sedar. Ia juga berkaitan dengan
pembelajaran yang dialami semenjak kanak-kanak masih kecil lagi.

Penilaian individu itu Penilaian individu


sendiri mengenai KENDIRI akan persepsi orang
dirinya lain terhadap dirinya

Penilaian orang lain akan diri


individu

Rajah: Cara Pembentukan Kendiri (Rogers, 1951)

Oleh itu, konsep kendiri merupakan elemen yang sangat penting dalam diri setiap
individu kerana ia akan digunakan untuk meramalkan apa yang akan berlaku terhadap
individu tersebut pada masa akan datang. Tambahan, ia juga banyak membantu individu
untuk membuat keputusan dan menentukan tindakan yang bakal diambil. Guru yang
bertanggungjwab mestilah memahami dan mengamalkan konsep kendiri kerana guru
memainkan peranan yang amat penting dalam pembelajaran dan perkembagan pelajar. Guru
adalah salah seorang agen yang akan mempengaruhi seseorang pelajar. Menurut Rogers,
dalam diri setaiap individu terdapat diri unggul iaitu bentuk atau konsep kendiri yang amat
diingini oleh seseorang. Diri unggul ini mempunyai elemen seperti persepsi dan makna yang
relevan pada dirinya serta sesuatu yang amat bernilai pada dirinya. Oleh itu, kanak-kanak
mestilah mendapat bimbingan yang betul daripada golongan model yang terdiri daripada ibu
bapa atau rakan sebaya supaya konsep kendiri positif dapat dibentuk dalam diri mereka.
Konsep kendiri terbahagi kepada dua iaitu konsep kendiri positif dan konsep kendiri negatif.
Kedua- dua konsep ini mempunyai perbezaan yang nyata. Konsep kendiri positif mempunyai
penerimaan kendiri dan mempunyai kefahaman tentang diri sendiri. Seseorang yang
berkonsep kendiri positif boleh memahami dan menerima pelbagai fakta tentang dirinya.
Individu ini dapat merima semua fakta tentang dirinya tanpa menjadikan fakta tersebut
sebagai ancaman terhadap dirinya. Ini bermakna individu tersebut dapat menyesuaikan
dirinya dengan persekitaran serta berani menghadapi cabaran dengan penuh semangat. Segala
pilihan dan keputusan adalah bebas dibuat tanpa dipengaruhi oleh orang lain.

Konsep kendiri negatif menyebabkan individu tidak mempunyai maklumat yang tepat
tentang dirinya. Seseorang itu juga kurang percaya terhadap dirinya dan ragu-ragu dalam
menyampaikan pendapat. Individu tesebut akan merasa tidak selamat, tidak puas hati,
memberontak, tidak gembira, cepat merajuk, ketakutan, pasif dan mudah tersinggung.
Individu yang mengamalkan konsep kendiri negatif ini akan selalu minta pertolongan kerana
mereka gagal menyesuaikan diri dengan masyarakat. Tambahan, individu tersebut juga suka
menyinggong perasaan orang lain atau suka memberi komen negatif terhadap hasil kerja
orang lain serta sentiasa mengkritik kelemahan dan menjatuhkan imejnya. Konsep kendiri
negatif ini juga menyebabkan individu selalu tidak berpuas hati dengan apa yang telah
dimiliki atau berasa gagal dalam bidang tertentu. Ini mungkin disebabkan oleh pengaruh
media masa seperti majalah, rancangan television dan iklan. Salah satu faktor daripadanya
adalah ahli kelurganya yang selalu menemani dalam kehidupan seharian yang kurang
menunjukkan kasih saying. Pengaruh ibu bapa, rakan atau saudara mara yang tidak
mengamalkan cara hidup yang sihat. Mereka tidak menjadi contoh teladan yang baik untuk
dipelajari.

Selain itu, guru mestilah mengambil perhatian tentang perbezaan yang terdapat pada
murid kerana setiap murid adalah berbeza antara satu sama lain. Guru perlu peka dengan
kebolehan dan kemahiran setiap murid. Komunikasi dan interaksi yang baik antara guru
dengan murid dapat membantu guru mengetahui kebolehan dalam diri murid untuk
meningkatkan konsep kendiri yang positif dalam dirinya. Apabila murid sedar akan
kebolehannya, maka keyakinan diri mereka akan meningkat. Ini akan menyebabkan mreka
boleh menjalinkan hubungan sosial yang baik dengan orang sekeliling. Guru perlu merancang
aktiviti yang berpusatkan muridnya di samping memberi peluang kepada muridnya untuk
menunjukkan kebolehan di dalam bilik darjah dan membimbing murid yang ketinggalan.
Aktiviti luar bilik darjah juga dapat membantu untuk menanamkan sifat positif dalam diri
murid. Ini semua akan mendorong murid membina konsep kendiri yang baik.

Body ( Part 111)

1. Masalah delikuensi di kalangan pelajar sekolah mungkin disebabkan oleh konsep


kendiri.
 Konsep kendiri positif di kalangan pelajar sangat rendah dan tidak terdapat
perbezaan minimum yang signifikan berdasarkan jantina. Faktor utama yang
menpengaruhi pelajar mengamalkan konsep kendiri negatif ini datangnya dari
kendiri keluarga dan kendiri akhlak dan moral.
 Faktor pelbagai kaum juga tidak berkaitan kecuali kendiri keluarga yang
menimbulkan masalah tersebut. Ini menunjukkan bahawa keluarga merupakan
asset yang sangat penting dan berpengaruh dalam pembinaan konsep kendiri tanpa
mengira bangsa, keturunan atau warna kulit.
 Lokasi atau keadaan persekitaran juga mempunyai pengaruh yang signifikan
dalam proses perkembangan konsep kendiri remaja. Lokasi yang penuh dengan
orang bermoral akan mewujudkan persekitaran yang berkendiri positif dan
sebaliknya.
 Faktor pekerjaan bapa kurang memberi kesan terhadap proses pembentukkan
konsep kendiri remaja kerana apa yang lebih diperlukan pada hari ini ialah
perkara-perkara yang berkaitan emosi dan rohani seperti kasih saying,
penghormatan, bimbingan agama, penerimaan dan sokongan moral daripada
orang-orang dalam kehidupan mereka.
 Pengalaman hidup dalam keluarga yang ramai adik-beradik telah membantu
mereka dalam membina kendiri yang positif.
2. Pembinaan Konsep Kendiri dari Perspektif Barat dan Islam
 Perbezaan pembinaan konsep kendiri oleh Barat dan Islam kerana perbezaan
tunjang terhadap matlamat kehidupan manusia itu sendiri. Barat hanya
terpengaruh daripada tindak balas sekeliling yang berbentuk fizikal sahaja
manakala Islam terpengaruh oleh hubungan dimensi ketuhanan dalam konsep
kendiri.
 Perspektif Barat berasaskan penilaian dan persepsi daripada manusia sahaja
iaitu sama ada daripada orang lain ataupun daripada diri individu itu sendiri.
Islam dalam penbentukan konsep kendiri berbeza dengan perspektif Barat
dimana persepsi manusia terhadap pandangan Pencipta iaitu Allah SWT yang
mempunyai piawaian tersendiri.
 Barat membentuk konsep kendiri yang positif dengan individu perlu berusaha
mengelak daripada kesan Pygmalion. Islam mengemukakan pendekatan untuk
mengelak atau mengurangkan kesan Pygmalion tersebut dengan
menggalakkan individu lebih mengutamakan pandangan Allah SWT dalam
setiap keputusan dan tindakan.
3. Apakah tahap konsep kendiri pelajar kolej komuniti?
 Kajian menunjukkan bahawa konsep kendiri pelajar berada pada tahap
sederhana tetapi adalah tinggi bagi kendiri keluarga.
 Tahap konsep kendiri berdasarkan demografi juga mempengaruhi konsep
kendiri. Ibu bapa yang mempunyai bilangan ahli keluarga yang ramai seta
pendapatan yang rendah menjadi punca pelajar gagal dalam pelajaran. Ini
disebabkan sikap dan tanggungjawab ibu bapa terhadap pelajaran anak-anak
mereka akan terabai kerana tidak dapat memenuhi kelengkapan yang
seharusnya disediakan di dalam proses pembelajaran.
4. Hubungan konsep kendiri dan motivasi pelajar dengan pencapaian kursus di sebuah
politeknik
 Persepsi murid terhadap konsep kendiri akademik, nukan akedemik yang
dikaji adalah tidak berbeza secara signifikan berdasarkan gender.
 Tidak terdapat hubungan di antara konsep kendiri akademik, bukan akademik
dan motivasi pencapaian kursus Tamadun Islam dan Bahasa Inggeris.
 Pelajar boleh dibantu dengan pelbagai program dan aktiviti supaya
mempunyai konsep kendiri akademik, bukan akedemik serta mempunyai
motivasi pencapaian yang lebih baik.
5. Hubungan di antara konsep kendiri dengan kemahiran komunikasi terhadap
pencapaian akademik pelajar di sekolah menengah johor bahru
 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara konsep kendiri dengan
kemahiran komunikasi interpersonal, pencapaian akademik, tahap pendidikan
ibu bapa dengan konsep kendiri dan pencaipaian akademik pelajar.
 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tingkat pendapatan ibu bapa
dengan kemahiran komunikasi interpersonal dan pencapaian akademik.
 Cadangan dikemukan bagi konsep kendiri dan kemahiran komunikasi
interpersonal iaitu membuat perancangan memasukkan mata pelajaran
kemahiran berkomunikasi ke dalam sukatan pendidikan di sekolah supaya
pelajar dapat berinteraksi secara langsung dalam kelas.
 Aktivit-aktiviti yang dijalankan di sekolah perlulah yang boleh membentuk
konsep kendiri pelajar supaya membantu pelajar membentuk konsep kendiri
positif di samping menjadi seorang pelajar kritis.

Konsep kendiri positif sesuai untuk dipelajari oleh pelajar dalam kelas untuk
berinteraksi dengan rakan sebaya dan boleh bertolak ansur antara satu sama lain. Di bawah
bimbingan guru, pelajar secara tidak langsung akan mendapai pencapain yang cemerlang dan
akan berasa bangga dengan kerjayaannya. Dengan adanya keyakinan, pelajar akan berani
bergaul mesra dengan masyarakat. Pelajar tersebut juga akan menjadi orang peramah jika
persekitarannya adalah orang yang mengamalkan kendiri positif.

https://www.slideshare.net/weydwyda/konsep-kendiri-positif

http://oslypunya.blogspot.com/2010/10/personaliti-dan-konsep-kendiri.html

http://eprints.utm.my/id/eprint/10353/1/bab6.pdf

http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/seminarpapers/2007/Edpsychology/
salehudinIPBLfp.pdf

file:///C:/Users/Pc/Downloads/7536-241-16071-1-10-20171001.pdf

https://www.academia.edu/7650073/Konsep_Kendiri_Pelajar_KK_prosiding_

file:///C:/Users/Pc/Downloads/JOURNALIJIAEHAYATI2014.pdf
file:///C:/Users/Pc/Downloads/
Hubungan_Di_Antara_Konsep_Kendiri_Dengan_Kemahiran.pdf

http://eprints.utm.my/id/eprint/10368/3/Norlaily_Binti_Ahmad.pdf

Anda mungkin juga menyukai