Anda di halaman 1dari 47

TOPIK 6:

TEKNIK
PENGAJARAN
Konsep Teknik
Teknik pengajaran adalah kemahiran
atau perkara-perkara khusus yang
terdapat dalam sesuatu kaedah.
Jika seseorang guru itu tidak dapat
menguasai teknik-teknik yang ada pada
sesuatu kaedah maka kemungkinan besar
matlamat kaedah itu akan tidak berhasil.
Contoh menggambarkan teknik:
katakanlah seorang ingin menggunakan kaedah
bercerita untuk mengajar sesuatu tajuk pelajaran.
Teknik-teknik bercerita yang dimaksudkan ialah
kawalan nada suara, penggunaan alatan yang
berkenaan, kemahiran mengekalkan minat murid,
gerakan tangan "facial expression", serta
kedudukan murid-murid semasa aktiviti bercerita
itu berlangsung.
TAKRIF KONSEP TEKNIK
Konsep Teknik ditakrifkan sebagai
kemahiran guru dalam pengelolaan
dan pelaksanaan kaedah mengajar
dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Konsep ini digunakan
untuk mencapai objektif secara
optimum.
Kepentingan Teknik Pengajaran:
 Menarik minat kanak-kanak ialah untuk mengekalkan perhatian
kanak-kanak
 Memudahkan objektif tercapai.

PENGGUNAAN TEKNIK
 Sesuai dengan umur, kecerdasan, kebolehan, kesedian dan minat
kanak-kanak terhadap aktiviti yang akan dijalankan.

 Piaget – Kanak-kanak 6-11 tahun suka bermain dan mendengar


cerita kerana ia amat baik dalam merangsang perkembangan kognitif
kanak-kanak disamping penggunaan bahan-bahan yang konkrit.
Penggunaan teknik dalam kaedah
pengajaran:
TEKNIK BERCERITA
 Membantu membina kecekapan berbahasa
 Mampu menarik minat dan perhatian pelajar.
 Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata
dan tatabahasa dapat disampaikan.
 Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran
mendengar, bertutur, membaca dan menulis
dikalangan pelajar.
Perkembangan cerita hendaklah diberi
perhatian agar ada peringkat permulaan,
kemuncak dan kesudahan cerita.
Perhatian perlu diberi kepada teknik
persembahan, suara, gerak laku dan kawalan
mata.
Suara memainkan peranan yang penting
dimana ia harus dikawal supaya jangan
mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan.
Langkah-langkah persediaan teknik
bercerita

Pilih cerita yang


Guna frasa dan ayat
sesuai (umur, Kaji aspek bahasa
penting shj
kecerdasan, minat)

Guna gambar, objek Bercerita dengan


Sentiasa berlatih
dan ABM selesa
TEKNIK SIMULASI
Simulasi adalah suatu situasi pembelajaran
yang terkawal dan diwujudkan sama dengan
situasi sebenar. “Role Play”, merupakan
salah satu cara simulasi di mana kanak-
kanak cuba melakonkan sesuatu keadaan
bagi meningkatkan lagi kefahaman mereka.
Tujuan Simulasi

Melatih kanak-kanak
Membina pemikiran Membina sikap
berkomunikasi secara
analitik dan kritis positif
spontan

Dapat
Memupuk nilai-nilai Menggambarkan
mempelbagaikan
murni situasi sebenar
aktiviti pembelajaran
Prinsip Simulasi
 Guru perlu merancang situasi yang hendak dilakonkan
 Guru memberi penerangan ringkas tentang apa yang akan
dilakonkan oleh kanak-kanak
 Pilih kanak-kanak yang mahir berkomunikasi dan kanak-
kanak lain menjadi pembantu
 Bagi sosiodrama, guru perlu menyediakan skrip sebagai
panduan jalan cerita
 Sediakan props untuk menambahkan daya tarikan terhadap
persembahan
 Berbual dengan kanak-kanak apabila selesai aktiviti dijalankan
 Membuat rumusan dan refleksi terhadap hasil persembahan
Jenis simulasi : Sosiodrama
 kanak-kanak cuba berlakon berdasarkan sesuatu cerita yang
menggambarkan sesuatu keadaan atau konflik, seperti cerita
Arnab dan Kura-kura yang mempunyai unsur-unsur
pengajaran dan menggunakan haiwan sebagai watak.
 Kanak-kanak amat gemar melakonkan watak yang di luar sifat
semulajadi mereka.
 kanak-kanak belajar untuk menyelesaikan masalah dan
berfikir cara untuk mengatasi masalah melalui pemikiran yang
lebih rasional.
TEKNIK MAIN PERANAN
 satu teknik pengajaran yang dilakukan secara spontan.
 Aktiviti lakonan ini berdasarkan kepada sesuatu situasi atau
masalah yang timbul. Kanak-kanak diminta untuk
membayangkan situasi tersebut dan melakonkannya meningkut
daya imaginasi mereka.  
 Selain daripada itu guru juga boleh menyediakan sudut yang
berkaitan dengan tema dan meletakkan objek atau bahan yang
berkaitan dengan sudut tersebut.
 Kanak-kanak akan menggunakan sudut dan bahan yang ada
untuk bermain peranan dengan rakan sebaya mereka.
TEKNIK PERMAINAN
Main merupakan satu teknik mengajar yang
menggalakkan kanak-kanak menjalankan
sesuatu aktiviti secara spontan tanpa panduan
atau arahan dari guru. Guru hanya bertindak
sebagai fasilitator dan memberi sokongan
kepada kanak-kanak
Tujuan Main
• Aktiviti yang boleh mengembangkan kemahiran psikomotor, bahasa, muzik dan ekspresi kendiri
kanak-kanak
Froebel • perkembangan intelek, jasmani, rohani, sosial serta daya cipta kanak-kanak.

• Bermain dapat mengukuhkan keupayaan berfikir serta mendorong kanak-kanak memberi makna
kepada pembelajaran semasa mereka menjalankan aktiviti permainan.
Piaget

• Memupuk nilai sosial mula dalam jiwa.


Margerat • Kanak-kanak belajar cara untuk berkomunikasi melalui kemahiran bahasa dengan rakan sebaya.
William

• Meningkatkan motivasi kanak-kanak dan menggalakkan kanak-kanak berinteraksi serta


bekerjasama.
Alice Kaplan
Prinsip-prinsip Main
Main biasanya dijalankan selepas penguasaan
sesuatu kemahiran
Jenis aktiviti main hendaklah bersesuaian
dengan objektif, pengalaman, kemahiran,
kebolehan dan kecenderungan kanak-kanak
Guru perlu menyediakan alat permainan
sebelum aktiviti dijalankan
 Guru juga boleh menggalakkan kanak-kanak bersama-
sama menyediakan alat permainan
 Semasa aktiviti dijalankan guru hendaklah mengawal
dan mengawasi kanak-kanak dan memastikan setiap
kanak-kanak terlibat dalam aktiviti tersebut
 Pastikan kanak-kanak dapat meningkatkan
perkembangan tertentu melalui permainan tersebut
 Selepas aktiviti dijalankan guru perlu bertanya kanak-
kanak dan membuat reffleksi
Jenis-jenis main
Main koperatif
Main sendiri
(Cooperative Play) –
(Solidarity play) – main
main secara
secara berseorangan
berkumpulan

Main assosiatif
Main selari (parallel
(Associative play)-
play)- main secara
main berkawan secara
berpasukan
berpasangan
Jenis-jenis Permainan
 Cantuman gambar
 membina blok
 membina bongkah kayu
 bermain dengan anak patung
 mengklasifikasi model-model – binatang, buah-buahan,
sayuran
 berlakon menggunakan boneka
 bermain “board games” – “snake and ladder”, monopoly,
scrables dsb
 batu seremban
 gasing

 layang-layang
 pukul berapa datuk harimau?
 nenek-nenk si bongkok tiga
 bermain congkak
 galah panjang
Kepentingan bermain
Merangsang interaksi verbal pelajar
Menambah kefasihan dan keyakinan
Menyediakan konteks pembelajaran
Bertindak sebagai alat yang dapat mengikis
rasa bosan
Bertindak sebagai alat pemulihan,
pengukuhan dan penggayaan 
Sambungan minggu
hadapan
TEKNIK TUNJUK CARA
(DEMONSTRASI)
 Guru hanya perlu menunjukkan cara bagaimana
aktiviti dijalankan, dan meminta kanak-kanak
meniru cara bagaimana aktiviti dijalankan.
 Contohnya guru menunjukkan cara melukis rumah
dan kanak-kanak akan menirunya mengikut cara
yang ditunjukkan oleh guru
Prinsip-prinsip Tunjukcara
a) Sebelum Demonstrasi
 Guru menentukan aktiviti dan objektif
 Guru menyediakan semua bahan dan alat
bantu mengajar
 Guru akan menyediakan tempat yang sesuai
untuk demonstrasi
 Guru menerangkan tujuan demonstrasi
dijalankan
b) Semasa Demonstrasi
 Guru memastikan semua kanak-kanak berada di
tempat yang telah ditetapkan
 Semua bahan dan ABM ditunjukkan kepada kanak-
kanak
 Guru bertanya kanak-kanak tentang aktiviti yang
akan dijalankan
 Pastikan semua kanak-kanak dapat melihat dengan
jelas demonstrasi yang akan dijalankan
 Guru menggalakkan kanak-kanak mencuba
 c)Selepas Demonstrasi
Bincangkan dengan kanak-kanak apakah
yang mereka lakukan
Bincangkan tahap kefahaman mereka
Guru boleh menjalankan aktiviti
pengukuhan untuk meningkatkan
kefahaman kanak-kanak
Tujuan Teknik Tunjukcara
 Kanak-kanak dapat mencontohi cara aktiviti dijalankan daripada
guru
 Melalui demonstrasi kanak-kanak akan lebih memahami objektif
aktiviti
 Meningkatkan minat kanak-kanak untuk belajar
 guru dan kanak-kanak dapat membetulkan sebarang kesilapan
yang timbul
 Guru dapat memberi keyakinan kepada kanak-kanak untuk
mencuba
 Mengurangkan masa
 Guru dan murid akan menjalankan aktiviti mengikut apa yang
dirancang
TEKNIK LATIH TUBI

 Teknik latih tubu adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau


kecekapan yang dipelajari.
 Tujuannya untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran
disampimg menjamin kekekalannya.
 Ia sesuai digunakan untuk pengajaran Bahasa
 Boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti
kemahiran menyebut perkataan, ayat-ayat atau mengingat
fakta-fakta penting.
 Pelajar akan mengalami proses mendengar,
melihat, memikirkan maksud perkataan-perkataan
serta tugasnya dalam situasi yang penggunaan
perkataan-perkataan itu.
 Berasaskan pengajaran bahasa dengar dan sebut
(audiolingual) yang biasanya digunakan dalam
pengajaran bahasa kedua.
Mengikut teknik ini, perhatian akan diberikan kepada 5 aspek
kebolehan menggunakan bahasa iaitu :
• Menyebut patah-patah perkataan atau sukukata dengan betul termasuk intonasi
Sebutan yang membawa makna dalam sesuatu situasi.

• Penggunaan bahasa yang tepat mengikut hukum-hukum bahasa daripada


Tatabahasa semua aspek.

• Meluaskannya dengan penggunaan imbuhan yang sesuai mengikut konteksnya


Perbendahara
an Kata
dalam situasi tertentu.

• Menggunakan perkataan dan lain-lain dengan cara spontan tanpa memikirkan


Kefasihan apakah maksudnya.

• Latihan memahami soalan dan memberikan jawapan yang wajar.


Kefahaman
 Teknik ini dikenali juga dengan teknik
menghafaz.
 Antara kelemahan teknik ini ialah ia
menghadkan kebebasan berfikir dan
menumpukan daya kreativiti murid.
 Namun begitu, teknik ini amat berguna dan
sesuai untuk isi kandungan pengajaran yang
memerlukan ikutan dan ulangan.
TEKNIK SUMBANGSARAN
 Teknik ini dikenali juga sebagai percambahan fikiran
(brainstorming)
 Membolehkan setiap ahli kumpulan menyumbangkan
pendapat dan idea.
 Boleh didekati sebagai aktiviti permainan bahasa pada
peringkat pendidikan awal kanak-kanak
 Berkembang menjadi aktiviti perbincangan yang lebih serius
dan kompleks pada peringkat sekolah menengah, universiti
dan latihan profesional.
 Menekankan pengeluaran idea daripada pembelajaran yang
kreatif dan bukan pembelajaran secara analitis.  
Tujuan Sumbangsaran
 Topik perbincangan sesuai dengan kebolehan dan minat
kanak-kanak
 Garis panduan pendidik haruslah ringkas dan jelas
 Semua cadangan dan idea yang dikemukakan haruslah
dicatat untuk dibincangkan bersama
 Setiap kumpulan mestilah memilih pengerusi yang betul-
betul layak
 Setiap ahli diberi peluang untuk mengemukakan cadangan
 Pelajar digalakkan menyumbang seberapa banyak idea
 Suasana perbincangan yang tidak formal hemdaklah
diwujudkan.
 Pastikan peruntukan masa untuk sesi sumbangsaran adalah
patut dan mencukupi
 Digalakkan menggunakan prinsip 5W (What? Why? Who?
Where? How? )
 Cadangan dan idea yang dikemukakan tidak boleh dikritik
 Setiap kumpulan dimestikan mempunyai ahli-ahli yang
pelbagai kebolehan
TEKNIK SOAL JAWAB
 Merupakan teknik yang paling lama dan paling popular
digunakan dalam bidang pendidikan
 Mudah dilaksanakan,
 Mewujudkan interaksi pendidik dengan kanak-kanak secara
berkesan.
 Teknik ini dilaksanakan dengan cara pendidik
mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan tajuk
dan kanak-kanak dikehendaki memberi tindakbalas yang
sewajarnya.
 Soalan-soalan yang dikemukakan memerlukan
kanak-kanak berfikir disamping dapat menguji
dan menilai apa yang diajar.
 Soalan yang terancang dan bermutu dapat
membantu menajamkan pemikiran pelajar di
samping dapat mewujudkan suasana pembelajaran
yang lebih dinamik dan berkesan.  
TEKNIK DRAMA
 Sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan
kaedah yang berasaskan pendekatan induktif iaitu
kaedah terus, elektif dan audiolingual.
 Tujuan utama adalah untuk melatih pelajar
menggunakan unsur bahasa, unsur paralinguistik
(jeda, nada dan intonasi) dan bukan linguistik
(mimik muka, gerak tangan, kepala dan dll) dengan
berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau
perbuatan.
 Penggunaannya dapat mendorong dan merangsang
kanak-kanak untuk menghubungkan
perasaannya dengan aktiviti yang dipelajarinya.
 Kanak-kanak bebas meluahkan sesuatu, membuat
penemuan, memberi dan berkongsi sesuatu.
Berperanan sebagai ragam pembelajaran
iaitu sebagai salah satu alat bantu
pengajaran dan pembelajaran.
Menimbulkan keseronokan dan
keberkesanan pembelajaran kepada pelajar,
disamping dapat menyuburkan sahsiah
kanak- kanak.
TEKNIK INKUIRI
 Teknikini dikenali sebagai teknik tinjau siasat.
 Merangkumi aspek-aspek soal selidik untuk mendapatkan
jawapan atau kesimpulan yang berorientasikan masalah.
 Dapat menimbulkan daya refleksi di kalangan kanak-kanak.
 Merupakan satu kaedah pengajaran bahasa yang dinamik
untuk menimbulkan minat dan daya kreativiti di kalangan
kanak-kanak kerana pelajar sering mengemukakan soalan
‘bagaimana’. Oleh itu, ia dapat melatih kanak-kanak
mengemukakan pelbagai soalan.
 Ciri lain yang terdapat dalam teknik ini termasuklah
memberi latihan yang sebenar dalam proses kemahiran
berfikir secara kreatif dan kritis.
Pengendalian teknik inkuiri ialah :

Proses
Mengkaji Mengumpul
mengenali
ramalan maklumat
masalah

Membuat
Menganalisis
rumusan
TEKNIK KUIZ
 Diperkenalkan pada tahun 1940 di England
melalui Perbadanan Penyiaran British (B.B.C).
 Aktiviti kuiz bermula di negara ini setelah
dimasukkan dalam masa pembelajaran Bahasa
Inggeris di sekolah-sekolah Inggeris dan diikuti
di sekolah-sekolah Melayu.
Tujuannya ialah:
 Gurudapat mengukuhkan pengajaran dan memantapkan
pemahaman kanak-kanak mengenai topik-topik tertentu.
 Kanak-kanak dapat mengulangkaji sambil bergembira.
 Kanak-kanak dapat melupakan permasalahan mereka dengan
mengemukakan soalan-soalan secara teka-teki.
 Kanak-kanak dapat belajar kaedah cara berfikir yang baru.
Terdapat 2 bentuk pengajaran dan pembelajaran
bahasa melalui teknik ini iaitu :
 Ia dijalankan secara spontan pada peringkat
permulaan, perkembangan dan penutup. Ini
bermakna kuiz dapat dijadikan sebagai aktiviti
rangsangan, penggayaan, pemulihan dan
pengukuhan.
 Kuiz sebagai aktiviti pertandingan meliputi
pertandingan antara kanak-kanak.
SELESAI…

Anda mungkin juga menyukai