Anda di halaman 1dari 4

DRAMA DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

Drama berasal daripada perkataan "Dran" (bahasa Greek Kuno) yang bermaksud "to act" atau melakonkan/ melakukan aksi . Teater pula berasal daripada perkataan "teatheron" iaitu tempat di mana sesebuah drama dipersembahkan. Shakespeare mengistilahkan drama sebagai kehidupan manusia itu sendiri. Baginya dunia ini adalah pentas, manakala manusia adalah pelakonnya. Hubungan drama dengan pendidikan bahasa adalah amat rapat.Pada kebiasaannya kanak-kanak mempelajari bahasa melalui peniruan dan pengetahuan yang diperolehi daripada persekitaran mereka. Drama juga suatu peniruan daripada kejadian sebenar yang berlaku dan dialami dalam hidup manusia sehari-hari lalu dipentaskan untuk ditonton. Drama menuntut seseorang berkomunikasi dengan berkesan secara bersuara atau tanpa suara yang juga melibatkan pertuturan, aksi dan ekspresi yang tepat bagi menyampaikan mesej kepada pendengar atau penonton. Ini pastinya memerlukan kecekapan berbahasa yang tinggi.Oleh itu dengan melakukan aktiviti drama di bilik darjah, murid bukan sahaja dilatih menggunakan bahasa secara autentik, malahan mereka dilatih supaya lebih yakin bertutur dengan baik di hadapan khalayak. Tujuan drama dalam pengajaran Bahasa Melayu

menghubungkaitkan pembelajaran dengan situasi sebenar di luar bilik darjah pembelajaran menjadi lebih bermakna dan berkesan melatih pelajar berkomunikasi secara berkesan mengikut situasi membina sikap bekerjasama dan bertoleransi membentuk disiplin diri dan amalan hidup bermasyarakat meningkatkan keyakinan diri berhadapan dengan khalayak meningkatkan kemahiran berfikir kritis dan kreatif memupuk semangat cinta akan budaya bangsa sendiri menggalakkan aktiviti aktif dan pembelajaran secara kolaboratif dan koperatif yang berpusatkan pelajar mempelbagaikan teknik pengajaran dan menggalakkan pembelajaran yang lebih ceria serta

menyeronokkan pelajar

membimbing murid dengan pembelajaran kendiri dan penilaian kendiri menanamkan sikap positif dan mengamalkan nilai-nilai murni

Model Pengajaran Bahasa Melayu Melalui Drama Untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan sistematis, enam komponen penting serta alasanalasan memasukkannya perlu diambil kira. Model ini digunakan oleh unit drama Institut Bahasa setelah dicubakan selama 7 tahun. Model Drama IB ini diubahsuai berdasarkan model Wessels (l987), iaitu;

Kemahiran Bahasa Melalui Drama


Aktiviti drama boleh melatih murid dalam pelbagai kemahiran. Murid dapat dilatih bertutur dengan sebutan yang jelas, lancar ,intonasi dan nada yang sesuai serta berkesan. Komunikasi bukan sahaja melibatkan pertuturan (verbal) malahan aspek

bukan verbal seperti ekspresi,mimik dan gerak tubuh atau 'gesture' juga amat penting dalam menentukan makna. Ini bertepatan dengan objektif utama kemahiran lisan dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) iaitu; "mendengar dan memahami pertuturan dan siaran yang terdapat di dalam kehidupan sehari-hari sama ada di dalam atau di luar sekolah, bertutur dan mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan berbagai-bagai keadaan perhubungan seperti perbualan dengan rakan-rakan, guru, ibu bapa dan sebagainya, serta dalam majlis bahas, syarahan dan lain-lain" Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan ialah; Kemahiran Lisan (mendengar dan bertutur)

latihan mendengar untuk menyediakan murid belajar bunyi bahasa seperti bunyi yang biasa dengan

persekitaran murid dan bunyi yang mencetuskan imaginasi

latihan mendengar secara berbisik, laungan ,jeritan dan mendengar mengikut suasana kesediaan mendengar melalui latihan mental dan fizikal (hening diri) serta penggunaan indera latihan pemilihan bahasa dan alat dengan aktiviti menggunakan rentak, gerak, nada dan irama aktiviti menyebut perkataan-perkataan dengan latihan penyebutan, kelancaran, nada, jeda, pemintal lidah,

projeksi suara, latihan pernafasan, latihan menyebut mengikut kesesuaian situasi dan laras bahasa.

aktiviti-aktiviti memos (aksi tanpa suara) yang melibatkan latihan ekspresi/mimik, gesture(gerak tubuh) ,

isyarat dan fungsi indera Aktiviti-aktiviti ini boleh dilaksanakan dengan mewujudkan beberapa situasi yang sesuai dan latihan lisan melalui ;

dialog telefon temu bual/wawancara jual beli bercerita mesyuarat forum

Contoh : lihat aktiviti pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Membaca Aktiviti drama juga dapat melatih kemahiran membaca secara mekanis dan mentalis.Ini dapat dilakukan dengan latihan membaca teks atau skrip melalui;

Teater Pembaca Teater Bercerita Dialog drama radio, televisyen dan teater

Aktiviti drama juga dapat melatih pelajar membaca dan menjana idea daripada bahan yang dibaca serta meningkatkan kamahiran KBKK . Aktiviti drama yang sesuai deigunakan ialah;

improvisasi

permainan drama pantomim

Bahan bacaan yang sesuai untuk digunakan sebaiknya bahan yang

mempunyai unsur dramatik ada cerita yang boleh diaksikan ada penyepaduan ilmu dan penyerapan nilai murni dapat menarik minat murid mencabar minda/pemikiran bersesuaian dengan aras atau tahap keupayaan/ kebolehan murid

contoh: lihat aktiviti pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Menulis Kemahiran menulis memerlukan murid menguasai pengetahuan dan kemahiran tatabahasa . Namun, tanpa pemikiran yang kritis dan kreatif, murid tidak dapat menghasilkan penulisan yang baik. Penulisan yang baik bukan sahaja ditentukan dengan tatabahasa yang betul, tetapi isi atau idea yang disampaikan juga tidak kurang pentingnya. Aktiviti drama dapat membimbing murid berfikir secara kritis dan kreatif dalam menjana idea dan mencetuskan daya imaginasi yang tinggi dalam menghasilkan karangan. Latihan menulis yang boleh dijalankan melalui aktiviti drama ialah;

menulis berdasarkan aktiviti improvisasi, main peranan dan simulasi bagi menjana minda serta menyusun isi cerita permainan drama bagi merangsang imaginasi

Bahan pengajaran dan pembelajaran yang digunakan sebaiknya;

dapat merangsang idea dan indera mempunyai kesinambungan isi sesuai dengan aras dan tahap kebolehan murid dapat mengintergrasikan ilmu, kemahiran dan penyerapan nilai merangsang pemikiran kritis dan kreatif dipelbagaikan dan menepati kehendak objektif mencabar

Contoh : lihat aktiviti pengajaaran dan pembelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu melalui drama; Main Peranan dan Simulasi Aktiviti yang melibatkan pelajar/murid memainkan peranan atau melakonkan watak mengikut ciri-ciri dan senario yang digambarkan.Simulasi pula adalah suatu aktiviti yang berasaskan situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar. Pemain peranan perlu berinteraksi bedasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan, menyelesaikan masalah, isu atau tugasan tertentu.

Main Peranan dapat meningkatkan kemahiran;

menjana minda membuat keputusan/ menyelesaikan masalah menganalisis, membuat sentesis dan menilai maklumat berkomunikasi mengikut kesesuaian perwatakan atau peribadi watak/peranan yang digambarkan serta

serasi dengan situasi yang dihadapi

perspektif

melatih pelajar/murid supaya lebih berpandangan terbuka, objektif serta melihat sesuatu dari pelbagai

mengenal diri sendiri lebih dekat dan bersikap lebih toleransi

Peranan Guru dalam mengendalikan aktiviti Main Peranan dan Simulasi

guru sebagai penggerak, pengarah, perancang, pentadbir, penunjuk cara dan fasilitator guru dapat merancang masa dan boleh mengubah suai aktiviti mengikut keperluan seharusnya dapat memberikan perhatian dan menarik tumpuan murid terhadap pelajaran dapat menguruskan bilik darjah dengan baik dan mewujudkan suasana kelas yang kondusif dapat membimbing murid dengan pembelajaran secara individu, berpasangan dan berkumpulan dan

berpusatkan murid

Improvisasi

menguasai teknik penyoalan dengan terancang dan dapat menjana idea murid

Improvisasi ialah aktiviti lakonan spontan dalam situasi yang tidak dirancang. Ia boleh mengisahkan sesuatu kejadian atau situasi dalam kehidupan harian atau imaginasi. Pelajar berperanan mencipta dialog dan melakukan sesuatu aksi secara spontan mengikut atahan yang ditetapkan atau berdasarkan daya imaginasi atau kreativiti mereka sendiri. Aktiviti improvisasi dapat menjadi satu latihan untuk meningkatkan daya imaginatif dan kreatif pelajar dalam menggunakan bahasa yang baik dan berkesan. Aktiviti ini juga dapat melatih pelajar sentiasa bersedia memberikan tindak balas spontan apabila diperlukan. Improvisasi juga dapat meningkatkan daya penghayatan pelajar agar lebih peka terhadap objek, situasi dan peranan yang ditentukan. Beberapa jenis/ aktiviti improvisasi 1. Improvisasi berdasarkan situasi

-teknik ini boleh dijalankan untuk semua peringkat umur atau aras kebolehan walaupun situasi yang sama contoh 1 : situasi di sebuah kedai mainan kanak-kanak . Suatu malam semua mainan (patung orang, anjing, beruang dan lain-lain) bercakap sesama mereka. Arahan: berbual sesama sendiri supaya pelajar lain dapat meneka siapakah anda? contoh 2 : seorang murid baru pindah ke sekolah anda dan ditempatkan di kelas anda. Pada waktu rehat, semua pelajar ke kantin dan tempat permainan. Bagaimana anda semua melayaninya? 2. Improvisasi berdasarkan objek bertutur dan melakukan sesuatu.

-teknik menggunakan objek tertentu bagi merangsang pelajar

Anda mungkin juga menyukai