Anda di halaman 1dari 6

1.

0 PENGENALAN

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil
seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya. Teknik juga dikaitkan dengan
perkara-perkara khusus dalam sesuatu kaedah. Bagi memupuk pelajar yang kreatif
dan inovatif dalam menaakul isi-isi pelajaran sekaligus mahir dalam kemahiran yang
kompleks untuk difahami sebagai contoh tatabahasa, adalah penting untuk teknik yang
pelbagai dilakukan semasa sesi pembelajaran dan pengajaran bahasa.

Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya
Pengajian Melayu III: Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai
pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana
ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. Definisi tersebut memberi makna
bahawa teknik merupakan satu alternatif atau satu ‘platform’ kepada guru untuk
menyampaikan isi pelajaran di dalam kelas supaya tampak lebih seronok dan
bervariasi.

2.0 KONSEP TEKNIK

Terdapat empat jenis jenis teknik pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu iaitu
teknik drama, teknik tunjuk cara, teknik latih tubi dan teknik bercerita. Teknik drama
pula terdapat lapan komponen iaitu mimos, improvisasi, simulasi, pentomin, teater
bercerita, mestamu, dekon dan main peranan. Bagi tugasan ini, dua teknik akan dipilih
untuk membanding beza iaitu teknik drama dan teknik bercerita. Teknik drama
dikhususkan lagi dengan membanding beza teknik improvisasi sahaja.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, improvisasi bermaksud perihal atau


perbuatan melaksanakan sesuatu tanpa persediaan awal yakin secara spontan.
Maksunya di sini, improvisasi mambawa maksud melakukan sesuatu tanpa persiapan
dan biasanya terjadi secara serta merta. Menurut Som Hj. Nor (1994), improvisasi
membawa maksud bertindak balas secara spontan terhadap situasi yang tidak
dijangka. Improvisasi juga boleh dijalankan berdasarkan situasi, gambar, watak dan
petunjuk. Oleh itu, improvisasi bererti penguasaan situasi secara spontan. Contohnya,
anda sedang menyanyi lalu mengalami kehilangan nada atau lupa pada lirik, anda
akan berimprovisasikan dengan mencipta lirik sendiri atau menari. Hal ini supaya
keadaan menjadi terkawal dan teratur.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), teknik adalah kaedah mencipta
sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya. Menurut Edward
M. Anthony (1963) pula, teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang
digunakan oleh guru yang mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu
1
mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu. Mok Soon Sang (2002) pula
berpendapat, teknik ialah kemahiran guru dalam pengelolaan dan pelaksanaan kaedah
pengajaran dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, teknik ini
memberikan maksud satu alat untuk menyampaikan apa-apa bahan pengajaran
semasa sesi pembelajaran kelas. Anne Pellowski (1990) pula menjelaskan bahawa
bercerita ialah keseluruhan pengalaman sejenak daripada penceritaan lisan dalam
bentuk berirama atau prosa yang dipersembahkan atau dipimpin oleh seseorang di
hadapan khalayak. Selain itu, bercerita juga menjadi alat untuk memberikan
pengajaran, pengetahuan serta perkongsian pengalaman.

3.0 BANDING BEZA TEKNIK BERCERITA DENGAN TEKNIK IMPROVISASI

Standard Kandungan 1.3 Mendengar, memahami, dan memberi respons


terhadap sesuatu arahan, soalan dan pesanan yang
didengar dengan betul.
Standard Pembelajaran 1.3.3 Mendengar, memahami, dan memberikan respons
dengan menyampaikan pelbagai pesanan mengikut
urutan.

Jadual 1: DSKP Bahasa Melayu Tahun 6: Kemahiran Mendengar Dan Bertutur.

Berdasarkan standard pembelajaran di atas, aktiviti yang dijalankan untuk set induksi
ialah dengan mengadakan permainan “Cikgu Kata”, permainan ini memerlukan
perhatian yang maksimum daripada murid. Mereka perlu membuat arahan yang
disuruh oleh guru. Sekiranya gagal, murid tersebut dikira kalah. Sebagai contoh,
“Cikgu kata angkat tangan” jadi murid perlu mengangkat tangan. Langkah seterusnya
ialah guru memberikan poster bertajuk “Langkah-Langkah Melintas Jalan Raya
Dengan Cermat”, murid dibahagikan kepada kumpulan dan perlu mengeluarkan
langkah-langkah tersebut. Seterusnya, murid perlu melakonkan langkah-langkah
tersebut di hadapan kelas secara spontan dan ringkas.

Standard Kandungan 3.2 Menulis huruf, suku kata, perkataan, frasa dan ayat
secara mekanis dengan betul dan kemas.
Standard Pembelajaran 3.2.6 Menulis ayat tunggal dengan betul dan tulisan
yang kemas.

Jadual 2: DSKP Bahasa Melayu Tahun 1: Kemahiran Menulis

Berdasarkan standard pembelajaran di atas, set induksi yang boleh dijalankan


ialah guru menerangkan secara menyeluruh tentang ayat tunggal kepada murid dalam

2
bentuk video dan powerpoint. Seterusnya, guru menayangkan gambar perkhemahan di
hadapan kelas. Guru bercerita secara menyeluruh gambar tersebut dan murid
menyalin isi-isi yang diberitahu guru. Seterusnya, murid dibekalkan gambar yang lain
iaitu gambar berkelah di tepi pantai. Setiap murid perlu ke hadapan kelas dan bercerita
pengalaman sendiri ketika berkelah di pantai. Seterusnya, murid perlu mengeluarkan
semula isi tersebut dan menulis satu karangan ringkas.

Kedua-dua teknik tersebut mempunyai kepentingan atau kekuatan dalam sesi


pembelajaran. Setelah dikaji secara mendalam kekuatan tersebut, didapati beberapa
persamaan dan perbezaan antara kedua-duanya. Antara kekuatan kemahiran
improvisasi ialah membantu murid untuk menjadi lebih berimaginasi dan kreatif. Hal ini
dapat mencerna daya pemikiran mereka ke tahap yang lebih tinggi. Teknik ini mempu
menggalakkan pemikiran murid ke arah yang lebih kreatif dan kritis sekaligus
merangsang otak mereka untuk berfikir dengan lebih mendalam. Selain itu, teknik ini
juga membantu murid menggerakkan pemikiran ke arah yang lebih cerdas dan sihat.
Perkara ini disebabkan oleh aksi spontan yang mereka lakukan menyebabkan
pemikiran mereka menjadi lebih peka dan bertindak pantas.

Teknik bercerita juga membantu murid untuk menyusun idea atau isi-isi
penceritaan secara teratur dan jelas. Hal ini kerana semua jenis penceritaan
mempunyai aturan sebagai contoh pendahuluan, plot, puncak dan penutup. Oleh itu,
bercerita mampu membuka minda murid secara abtrak dalam menyampaikan isi-isi
pelajaran dari mula hingga akhir khususnya dalam pembuatan penulisan pemahaman
atau karangan bertulis.

Selain daripada itu, kedua-dua teknik ini juga mempunyai beberapa persamaan
kekuatan atau kelebihan. Antaranya ialah teknik ini dapat menambah kefasihan dan
keyakinan murid untuk menyuarakan pendapat atau mengambil bahagian di dalam
kelas. Seperti teknik bercerita membolehkan pelajar untuk membiasakan menyebut
sesuatu bunyi atau mengenal sesuatu huruf dengan jelas, betul dan tepat. Secara tidak
langsung, mereka akan menyedari keupayaan mereka dalam bahasa yang dipelajari
seterusnya meningkatkan keyakinan dalam diri mereka untuk mempelajari sesuatu
yang baru. Begitu juga dalam teknik improvisasi di mana keyakinan murid mula terbina
apabila mereka beraksi melakonkan watak masing-masing di hadapan kelas. Perkara
ini juga dapat memberi satu suntikan motivasi untuk mereka terus beraksi dan ini akan
membentuk pembinaan sahsiah yang positif ketika berhadapan dengan khalayak
penonton.

Seterusnya, kedua-dua teknik ini mewujudkan suasana kelas yang


menyeronokkan kerana ada unsur didik hibur dalam sesi pembelajaran. Oleh itu, murid
3
akan lebih aktif dan tidak merasa bosan untuk belajar. Teknik improvisasi terbukti
menarik minat murid kerana berlakon merupakan satu ativiti yang seronok, bersahaja
dan digemari oleh mereka kerana ia dijalankan dalam bentuk sukaria. Mereka diberi
peranan untuk berkata-kata secara bebas, melahirkan pandangan dan pendapat,
bergaya dan beraksi sesama sendiri. Murid juga berupaya mengasah bakat terpendam
mereka dengan berkolaborasi sesama ahli kumpulan dalam suasana yang ceria dan
terkawal. Begitu juga dengan teknik bercerita kerana kebiasaannya murid akan merasa
bosan dan malas sekiranya guru menyampaikan pengetahuan tentang pemahaman
dalam keadaan yang melesukan dan pengunaan fakta semata-mata. Oleh itu, teknik
bercerita dapat menimbulkan perasaan gembira untuk belajar bahasa Melayu. Hal ini
kerana teknik ini dapat menimbulkan satu suasana kelas yang menyenangkan dan
mengasyikkan kerana cerita merupakan bentuk dari seni sastera yang memiliki
keindahan dan kenikmatan, lebih-lebih lagi jika jalan cerita yang disampaikan
mempunyai hubungkait dengan lingkungan kehidupan murid-murid.

Akhir sekali, teknik-teknik ini juga menghasilkan pembelajaran secara koperatif


dan kerjasama antara murid-murid. Dalam permainan dan persembahan lakonan,
murid-murid akan berkerjasama dalam pasukan untuk berbincang dan bertukar
pendapat. Semangat kerjasama yang dipupuk melalui aktiviti ini dapat dipraktikkan
dalam perkara-perkara lain di luar dan dalam bilik darjah. Teknik bercerita juga
menghasilkan pembelajaran secara koperatif di mana murid terlibat secara menyeluruh
dan aktif. Sebagai contoh, semua murid akan mengambil bahagian untuk bercerita di
hadapan kelas berdasarkan arahan atau tajuk yang diberi oleh guru. Guru bertindak
sebagai pembimbing sementara murid yang lain akan menumpukan perhatian.

Seterusnya, teknik-tenik ini juga dapat meningkatkan daya imaginasi murid. Hal
ini kerana murid dapat memperkayakan lagi pengalaman sedia ada mereka dan
dikaitkan dengan arahan yang diberi. Seperti teknik bercerita, murid dapat bercerita
dengan lancar berdasarkan pengalaman yang diperoleh daripada kehidupan mereka.
Bagi teknik improvisasi pula, murid akan mula berimaginasi tentang sesuatu perlakuan,
watak atau cerita berdasarkan arahan yang diberi. Oleh itu, kedua-dua teknik ini
mampu memperkembangkan lagi daya fikiran mereka ke arah yang lebih abstrak.

3.1 KELEMAHAN TEKNIK IMPROVASI DENGAN TEKNIK BERCERITA

Antara kelemahan yang terdapat dalam teknik bercerita ialah teknik ini terlalu
menumpukan sepenuhnya kepada kemahiran bertutur. Oleh itu, murid akan kurang
menguasai kemahiran-kemahiran asas yang lain seperti kemahiran menulis dan
membaca. Selain itu, aspek tatabahasa murid juga tidak dapat dikuasai kerana mereka
hanya berfokuskan kepada penceritaan semata-mata.
4
Seterusnya, kelemahan yang bakal dihadapi oleh guru dalam penggunaan
teknik ini ialah terdapat beberapa murid yang malu, tidak mempunyai keyakinan atau
kemahiran dan enggan untuk bercakap di hadapan. Oleh itu, guru itu sendiri perlu
berperanan penting supaya semua murid mengambil bahagian. Antara usaha adalah
membuat pembentangan secara berkumpulan supaya murid tersebut tidak gemuruh
sekiranya bersama rakan.

Teknik improvisasi pula mempunyai kelemahan dari segi masa. Hal ini kerana
teknik ini menggunakan masa yang agak lama untuk dibuat. Sebagai contoh, murid
memerlukan masa yang lama untuk berbincang dalam perlakonan spontan tersebut.
Seterusnya, pembentangan lakonan pada setiap kumpulan juga akan memakan masa
yang banyak. Oleh itu, guru perlu bijak membahagikan masa supaya teknik ini berjalan
dengan lancar. Guru perlu peka dan tegas supaya setiap murid mengambil bahagian
yang menyeluruh.

4.0 PENUTUP

Bagi menjayakan teknik pembelajaran melalui pengalaman ini, perkara yang harus
difikirkan kini, ialah sejauh mana guru menggunakan gaya kreatif dan pemikiran
bercapah bagi menjayakan teknik yang berguna dan menyeronokkan untuk murid-
murid. Kebolehan murid melibatkan diri dalam situasi pengajaran dan pembelajaran
bermakna di dalam bilik darjah merupakan kehendak standard untuk setiap
warganegara yang bertanggungjawab dalam masyarakat moden dan demokratik.

Oleh itu, kita harus melahirkan murid sebagai pemikir berkesan dan ini
merupakan matlamat penting dalam dunia pendidikan. Jika kita inginkan murid bertidak
secara efektif dalam setiap aktiviti yang dianjurkan, maka kita perlu menyesuaikan
pendekatan, kaedah dan teknik yang digunakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.

5
6

Anda mungkin juga menyukai