Anda di halaman 1dari 3

8/5/2019 MyPOROMS

JURNAL PRAKTIKUM

Nama Pelajar : MUHAMMAD HAFIZUDDIN BIN ABU KASSIM


No Kad Pengenalan : 970529086033
Program : PISMP
Pengkhususan / Opsyen : 2017 / 06 - BAHASA MELAYU : PISMP
Sekolah : SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN KUANTAN (2)
Minggu Praktikum :5
Tarikh : 09-07-2019
Tajuk : Murid Membuat Bising Dan Mengganggu Murid Lain Semasa Sesi Pengajaran Dan Pembelajaran
Kategori : Interpersonal dan Intrapersonal
Pensyarah Penyelia : SHARIZAN BINTI ABDUL HAMID
Guru Pembimbing : Pn. AZIRAH BINTI ABDUL LATIF

1. Isu Yang Difokuskan :

Setelah beberapa minggu menjalani latihan mengajar di Sekolah KebangsaanJalan Kuantan (2) ini, saya mendapati bahawa
terdapat beberapa masalah yang perlu diberi perhatian untuk kebaikan para murid. Antara masalah yang berlaku dalam kalangan
murid termasuklah membuat bising dan berjalan-jalan dalam kelas sambil mengganggu rakan-rakan yang lain ketika sesi
pengajaran dan pembelajaran. Kadang-kala, disebabkan kenakalan, murid-murid seolah-olah tidak menghiraukan guru yang
sedang menyampaikan sesi pengajaran dan pembelajaran di hadapan bilik darjah. Sifat kenakalan yang sebegini seharusnya tidak
boleh dibenarkan kerana sifat seperti ini mampu menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran. Sifat kenakalan murid-murid
ini jelas kelihatan apabila guru melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara aktiviti berkumpulan.

Menurut Harry K. Wong (1998), kebanyakan masalah tingkah laku disebabkan oleh guru sendiri.

“Most behavior problems in the classroom are caused by the teacher’s failure to teach students how

to follow procedure”.

Sebagai seorang guru, saya ingin mewujudkan satu persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam kelas-kelas
yang diajar oleh saya. Saya ingin murid-murid memberi tumpuan yang sebaik mungkin setiap kali sesi pengajaran dan
pembelajaran dijalankan dan mendapatkan sebanyak mungkin input yang disampaikan oleh saya.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :

Sebelum mencadangkan langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah di atas, saya telah melakukan analisis bagi
mencari punca-punca yang menyebabkan masalah tersebut berlaku. Setiap kali saya memerhatikan guru lain yang sedang
mengajar di dalam kelas, terdapat beberapa orang murid suka membuat bising dan tidak memberikan tumpuan terhadap
pengajaran. Beberapa andaian awal yang telah dikenal pasti termasuklah:

1. Adakah murid-murid yang membuat bising tersebut tidak memahami isi pelajaran yang disampaikan

oleh guru?

2. Adakah murid-murid yang biasa menimbulkan masalah semasa sesi pengajaran dan pembelajaran

tersebut terdiri daripada kumpulan yang lemah dan tidak berminat terhadap pelajaran?

3. Adakah pengajaran guru membosankan dan tidak memenuhi strategi pengajaran dan pembelajaran yang

selaras dengan ilmu pedagogi guru?

Setelah menganalisis dan membuat refleksi kepada andaian awal, saya mendapati murid-murid yang pandai juga biasanya akan
membuat bising dalam kelas. Hal ini berlaku kerana murid-murid yang lebih pandai akan mengambil masa yang lebih singkat
untuk menyiapkan sesuatu tugasan yang diberikan oleh guru dalam sesuatu aktiviti berbanding dengan kawan-kawan mereka

myporoms.malaysiacintaku.com/rekod_jurnal_4.php?idJurnal=81743&Kod_Ipgm=WMA0001 1/3
8/5/2019 MyPOROMS

yang terdiri daripada golongan murid yang sederhana ataupun lemah. Setelah tugasan disiapkan, mereka akan membuat bising
dan berjalan-jalan di dalam bilik darjah.

3. Kajian Lampau (Literature Reiview) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas) :

Menurut Harry K. Wong (1998) dalam Bahagian Pendidikan Guru (2002), kebanyakan masalah tingkah laku disebabkan oleh guru
sendiri.
“Most behavior problems in the classroom are caused by the teacher’s failure to teach students how to
follow procedure”.

4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :

Antara jalan penyelesaian bagi masalah yang dinyatakan di atas adalah termasuklah dengan cara mengingati nama setiap murid.
Hal ini akan memudahkan guru untuk berinteraksi dengan setiap murid terutamanya murid yang bermasalah. Dengan cara ini,
murid akan lebih takut untuk menimbulkan masalah.
Selain itu, penyusunan semula kedudukan murid-murid dalam kelas juga boleh dilakukan dengan cara meletakkan murid yang
bermasalah di hadapan bilik darjah bagi memudahkan proses pemantauan dilakukan. Dengan cara ini, murid akan memberi lebih
tumpuan dan perhatian kepada guru sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran.

Di samping itu, guru perlulah merancang sesi pengajaran dan pembelajaran dengan melaksanakan aktiviti yang bersesuaian dan
dapat menarik minat murid dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.

Guru juga perlu kreatif memotivasikan murid dengan memberi peneguhan positif secara verbal seperti “satu jawapan yang baik”
dan “bagus kerana berani mencuba”. Hal ini bertujuan untuk memberi kepuasan kepada murid-murid kerana sumbangan mereka
dihargai oleh guru dan kawan-kawan mereka.

Semasa melakukan aktiviti kumpulan atau berpasangan pula, guru mestilah membuat pemantauan. Guru harus memantau dan
bergerak dari satu kumpulan ke satu kumpulan yang lain. Semasa pemantauan dilakukan, guru juga dapat membimbing murid-
murid yang tidak dapat melaksanakan aktiviti yang dijalankan dengan baik selain memikirkan satu aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang lebih mudah dan lebih sesuai dengan tahap penguasaan murid-murid.

5. Tempoh Masa Penyelesaian :

4 hari

6. Tindakan Susulan :

Saya memantau semua masalah yang timbul dengan mengemas kini segala tindakan dan langkah-langkah penambahbaikkan
seperti yang dicadangkan di atas. Hal ini bertujuan untuk memastikan tempoh sasaran bagi menyelesaikan masalah ini dapat
dicapai.

KEBERKESANANYa,
Kesemua langkah penyelesaian yang dijalankan berjaya mencapai objektif pelaksanaannya dalam membantu saya untuk
mengawal tingkah laku murid-murid yang membuat bising dan mengganggu murid lain semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran.

7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan :

17-07-2019

8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :

Kesemua langkah penyelesaian yang dijalankan berjaya mencapai objektif pelaksanaannya dalam membantu saya untuk
mengawal tingkah laku murid-murid yang membuat bising dan mengganggu murid lain semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran.

9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada) :

Kesimpulanya, guru hendaklah mengingati nama setiap murid agar memudahkan guru untuk berinteraksi dengan setiap murid
terutamanya murid yang bermasalah kerana murid akan lebih takut untuk menimbulkan masalah.

Selain itu, penyusunan semula kedudukan murid-murid dalam kelas juga boleh dilakukan dengan cara meletakkan murid yang
bermasalah di hadapan bilik darjah bagi memudahkan proses pemantauan dilakukan supaya murid memberi lebih tumpuan dan
perhatian kepada guru sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran.

Akhirnya, guru perlulah merancang sesi pengajaran dan pembelajaran dengan melaksanakan aktiviti yang bersesuaian dan dapat
menarik minat murid dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Guru juga perlu kreatif dalam
memotivasikan murid dengan memberi peneguhan positif

myporoms.malaysiacintaku.com/rekod_jurnal_4.php?idJurnal=81743&Kod_Ipgm=WMA0001 2/3
8/5/2019 MyPOROMS

Rujukan :

ahagian Pendidikan Guru. (2002). Unit 2 Pengurusan Pengajaran Bilik Darjah. Kementerian Pendidikan
Malaysia.

Burden, P. R. % Byrd D. M. (1994). Methods Of Effective Teaching. Boston: Allyn Bacon.

Emer, E. T. and Aussikel, A. (1989). School And Classroom Dicipline Progress: How Well Do They Work?.
Washington, DC: Office Of Educational Research And Improvement.

Gredler, M. E. (2001). Learning And Instruction: Theory Into Practice. New Jersey: Memill Prentice Hall.

Jones, K. (1995). Simulations: A Handbook For Teachers And Trainers. London: Kogan Page.

myporoms.malaysiacintaku.com/rekod_jurnal_4.php?idJurnal=81743&Kod_Ipgm=WMA0001 3/3

Anda mungkin juga menyukai