Anda di halaman 1dari 2

SEKOLAH: SEKOLAH KEBANGSAAN SERDANG UPM

MINGGU: 1

TARIKH: 14-06-2019

TAJUK: MARI MENGENALI MURID

KATEGORI: Interpersonal dan Intrapersonal

Pensyarah: DR. A. RAHMAN BIN HARON

Guru Pem: PUAN FADZILAH BINTI FADIL

1. Isu
Pada minggu pertama berpraktikum, saya dan rakan telah melaporkan diri sebagai guru pelatih
yang akan menjalankan praktikum di Sekolah Kebangsaan Serdang selama tiga bulan bermula
pada tanggal 11 Jun 2019 sehingga 9 September 2019. Kami telah melaporkan diri kepada Puan
saarimah sebagai Penolong Kanan murid kerana Tuan Guru Besar tiada di sekolah atas urusan
rasmi. Hasil perbincangan dan persetujuan dengan beliau, saya bersama-sama rakan praktikum
yang lain diberi peluang untuk berpaktikum di sekolah ini. Pada mulanya, kami tidak diberi lagi
guru pembimbing, oleh itu saya bersama rakan praktikum saya yang lain mengambil keputusan
untuk meninjau sekolah sementara menunggu maklumat berkaitan guru pembimbing kami.

2. Analisis Isu
Pada minggu pertama, saya hanya mahu berfokuskan untuk menyesuaikan diri kepada
persekitaran sekolah sama ada sesama rakan guru, murid-murid dan juga warga sekolah yang
lain. Saya telah berkomunikasi dengan semua guru di dalam bilik guru dan memperkenalkan diri
kepada mereka. Malah saya dan rakan praktikum yang lain juga ada ke kantin dan berbual
dengan murid-murid yang sedang menikmati waktu rehat mereka.

3. Kajian Lampau
Menurut Abdullah Sani Yahya et.al (2007), peranan penting bagi seorang guru adalah membina
hubungan yang baik antara pelajar dengan guru serta berperanan sebagai model yang berupaya
membangkitkan kekuatan dan semangat. Oleh itu, saya berpendapat kata-kata amanat ini
bersesuai dengan pepatah guru ibarat ibu bapa di sekolah, anak-anak murid ibarat kain putih,
gurulah yang berupaya mencorakkannya. Justeru, guru dikatakan sebagai insipirasi kepada anak
murid. Makan ikatan yang kuat dan kukuh perlulah dimulakan dari awal supaya ikatan yang
terjalin dapat membuahkan hasil yang manfaat kepada guru dan juga murid.

4. Cadangan
Setelah diteliti, saya sebagai seorang guru praktikum baharu berharap agar praktikum bagi fasa
pertama ini dapat dilaksanakan dengan sehabis baik dan berakhir dengan jayanya sejajar
dengan ukhwah yang terjalin di antara semua pihak dapat membantu memberikan pengalaman
yang manis dan berguna kepada saya. Oleh itu, saya yang boleh diertikan sebagai orang baharu
di sekolah berusaha untuk merapatkan diri dengan orang sekeliling tanpa mempunyai jurang di
antara guru dengan guru dan juga guru dengan murid.
5. Tempoh masa
12 Minggu

6. Tindakan susulan
Saya bersama rakan praktikum yang lain akan sentiasa berusaha untuk menjalinkan hubungan
yang baik dengan warga Sekolah Kebangsaan Serdang. Segala yang berkaitan dengan cadangan
akan saya teliti untuk mengelakkan jurang di antara kami.

7. Tarikh tindakan
11 Jun 2019

8. Keberkesanan
Saya menjalankan sesi suai kenal dengan para guru dan murid pada minggu pertama praktikum
dengan baik.

9. Kesimpulan
Pada mulanya, sudah tentu sebagai seorang yang baharu akan menjadi malu dan risau semasa
permulaan dalam sesi perkenalan, namun begitu, saya berasa amat teruja untuk berkenalan
dengan semua guru, staf dan murid sekolah ini kerana suasana yang saya terima sangat selesa
dan mesra.

10. Abdullah Sani Yahya, Abdul Rashid Mohamed, & Abdul Ghani Abdullah. (2007). Guru Sebagai
Pemimpin PTS Publishing Professional Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai