Anda di halaman 1dari 3

Tugasan 4: Penulisan Reflektif Pengajaran (20%)

Sepanjang saya menjalankan pengajaran makro saya, 9 orang rakan sebaya


saya telah membantu saya untuk membuat penilaian terhadap pengajaran makro saya.
Pengajaran makro saya telah dijalankan selama 30 minit pada minggu yang lepas.
Menerusi maklum balas yang telah diberikan oleh mereka, saya dapat mengenal pasti
kelebihan dan kelemahan saya dalam pengajaran makro saya.

Mengikut hasil penilaian, saya dapat membuat konklusi bahawa permulaan yang
saya rancangkan adalah amat menarik. Dalam permulaan, murid akan melibatkan diri
dalam permainan ‘Tarian Tisu’. Kita sedia maklum bahawa kanak-kanak sentiasa suka
bermain dan mereka dapat belajar melalui bermain. Justeru, permulaan ini telah berjaya
menarik perhatian murid-murid dan membantu mereka menyediakan diri sendiri dengan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya. Dengan permainan ini, murid
akan belajar untuk membuat pergerakan mengikut muzik berasaskan kreativiti masing-
masing secara tidak langsung.

Seterusnya, dari segi perkembangan pengajaran, terdapat 8 orang memberi


saya markah tahap 4. Mereka berpendapat bahawa pengajaran saya adalah beransur
maju dan ini dapat membantu murid dalam penguasaan bergerak mengikut irama. Hal
ini dikatakan demikian kerana dalam langkah 1, murid-murid dikehendaki untuk
mengimitasi pergerakan guru mengikut irama terlebih dahulu. Seterusnya, murid
dikehendaki untuk membuat perbincangan dan mereka cipta pergerakan sendiri
mengikut tema masing-masing. Jadi, aktiviti pengajaran ini berkembang dari mudah ke
kompleks dan sesuai dengan ciri-ciri murid dalam pembelajaran dari segi psikologi.

Namun demikian, dari segi komunikasi dan pengurusan bilik darjah, saya masih
perlu membuat peningkatan. Hal ini demikian kerana semasa pengajaran makro saya
dijalankan, beberapa orang murid didapati bahawa tidak melibatkan diri secara aktif
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Mereka sangat senyap dan tidak
menunjukkan minat yang tinggi terhadap aktiviti pengajaran saya. Justeru, untuk
menambahbaikkan aktiviti pengajaran saya, saya perlu menjadikan cara penyampaian
maklumat saya lagi menarik ataupun menyediakan hadiah kepada kumpulan yang dapat
membuat persembahan dengan paling baik untuk menarik minat mereka mahupun
menggalakan penglibatan mereka dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara
aktif.
Selain itu, pengajaran makro saya juga boleh dikatakan sangat kreatif dan
inovatif. Saya telah mendapat markah tahap 5 daripada 8 orang. Rakan sebaya saya
berpendapat bahawa dalam langkah 2, murid telah diberi peluang dan kebebasan untuk
merancang pergerakan kreatif mengikut tema kumpulan masing-masing. Justeru,
langkah ini berlainan dengan aktiviti pengajaran yang biasanya dirancang di dalam bilik
darjah. Ia juga dapat merangsang kreativiti murid dalam pembelajaran. Tambahan pula,
pada bahagian penutup, rancangan aktiviti saya juga mendapat sokongan daripada
rakan-rakan sebaya. Dalam bahagian penutup, guru akan memberikan penilaian
berdasarkan persembahan yang telah dibuat oleh murid manakala murid lain juga boleh
memberi pendapat kepada kawan mereka. Murid seterusnya akan mendapat maklum
balas daripada orang lain untuk menambahbaikkan persembahan mereka.

Dari segi pencapaian hasil pembelajaran pula, saya tidak mendapat keputusan
yang sangat baik. Sepanjang masa saya menjalankan pengajaran makro, beberapa
orang murid didapati bahawa tidak dapat mengikut membuat pergerakan mengikut
irama dengan baik. Pergerakan yang dibuat oleh mereka sentiasa lebih cepat atau
lambat daripada irama tersebut dan tidak jatuh pada bit tersebut dengan tepat. Jadi,
tidak semua murid dalam kelas tersebut dapat mencapai hasil pembelajaran. Dalam hal
ini, saya boleh membuat penambahbaikan dengan menyediakan aktiviti yang berlainan
tahap kepada murid-murid tersebut. Sebagai contoh, irama yang disediakan kepada
murid-murid adalah lebih mudah iaitu irama yang kekal dan hanya mempunyai bit sahaja
tanpa melodi. Dengan ini, murid akan lebih mudah untuk mengikut irama tersebut dan
seterusnya membuat pergerakan mengikut irama.

Akhir sekali, aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini telah diterapkan pelbagai
nilai murni, contohnya sifat keterbukaan dan bekerjasama. Menerusi persembahan
secara berkumpulan dan aktiviti perbincangan, semangat kerjasama akan dapat dipupuk
dalam kalangan murid. Mereka akan menghormati pendapat yang berlainan dengan
pendapat diri sendiri mahupun menerimanya. Dalam bahagian penutup pula, murid akan
dapat memupuk sifat keterbukaan dengan menerima komen orang lain terhadap
persembahan sendiri.
Secara kesimpulan, aktiviti yang saya rancangkan adalah untuk mengajar murid
untuk membuat pergerakan mengikut irama. Walaupun aktiviti pengajaran yang saya
rancangkan agak menarik, tetapi terdapat banyak lagi penambahbaikan yang boleh
saya buat. Setelah kelemahan yang sedia ada dalam aktiviti pengajaran ini dibaiki,
pastilah satu aktiviti persembahan yang menarik dan berkualiti dapat dihasilkan.

Anda mungkin juga menyukai