Anda di halaman 1dari 2

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

5.3 Memahami dan membina ayat mengikut 5.3.2 Memahami, mengenal pasti dan
konteks menggunakan ayat mengikut konteks;
(ii) ayat tunggal
(iii) ayat majmuk

CONTOH BBM 1 CONTOH BBM 2

Berdasarkan dua kepada dua bahan bantu mengajar di atas iaitu BBM 1 dan BBM 2 sangat
sesuai dilaksanakan dalam pelbagai jenis tajuk di bawah pengajaran bahasa Melayu.
Misalnya, guru pada hari tersebut akan menekankan murid kepada pembelajaran
tatabahasa iaitu murid dapat membina ayat tunggal dan juga ayat majmuk melalui aktiviti
menggunakan BBM ini. Langkah-langkahnya adalah seperti berikut;

1. Guru akan membahagikan murid kepada beberapa kumpulan.

2. Seorang murid dari kumpulan pertama akan memulakan permainan.

3. Murid itu akan membaling dadu, dan melakukan gerakan lompatan mengikut jumlah
nombor dadu yang diperolehi.

4. Apabila murid berhenti, muzik akan mula dimainkan selama 1 minit. Murid dengan segera
akan membina ayat di papan putih berdasarkan kata hubung atau ayat majmuk yang
dilekatkan pada setiap petak pada BBM 2. Murid boleh mendapatkan bantuan ahli
kumpulannya dalam membina ayat majmuk.

5. Sekiranya murid tidak dapat menulis jawapan pada masa yang ditetapkan, maka
kumpulan tersebut akan dikurangkan markah dan didenda berdasarkan cabutan kad
daripada kotak.

6. Denda akan dikenakan apabila murid berhenti pada petak yang berwarna merah.

7. Permainan ini seterusnya akan dimainkan oleh kumpulan dua dan tiga secara bergilir-gilir.

8. Kumpulan yang berjaya mendapatkan jumlah nombor dadu yang banyak atau berjaya
sampai ke garisan penamat mendahului kumpulan yang lain dan dapat membina ayat
dengan betul akan memenangi permainan itu.

Anda mungkin juga menyukai