Anda di halaman 1dari 5

Pendahuluan

Bagi mengenali hadith maudhu’ dengan lebih dekat lagi,


perlulah diketahui beberapa perkara penting tentangnya
seperti definisinya, sejarah kemunculannya, sebab-sebab
munculnya hadith maudhu’ dan beberapa perkara lain lagi.
Oleh itu, bab pertama ini akan membincangkan secara
ringkas tentang perkara-perkara tersebut.

1.1 Definisi Hadith Maudhu’


Istilah Hadith Maudhu’ adalah berasal daripada dua perkataan di dalam
bahasa Arab iaitu perkataan al-Hadith dan perkataan al-Maudhu’. Al-Hadith
dari segi bahasa mempunyai beberapa pengertian seperti al-hadith dengan
erti baharu (al-jadid) dan al-hadith dengan erti cerita (al-khabar).[1]

Dari sudut pengertian syarak pula hadith membawa erti setiap apa yang
dikaitkan dengan Nabi Muhammad s.a.w sama ada perkataan, perbuatan,
taqrir, sifat akhlaq dan sifat semulajadi. Pengertian ini sama dengan
pengertian yang dibuat oleh ulama hadith terhadap al-Khabar dan al-Athar.
[2]Sebahagian ulama hadith pula mendefinisikan al-Hadith sama erti dengan
al-Sunnah.[3] Hal ini boleh dilihat dengan apa yang disebutkan oleh Ibnu
Hajar al-Asqalani yang mengatakan keempat-empat perkataan ini membawa
maksud yang sama (walaupun tidak dipersepakati oleh semua ulama).
Walaubagaimanapun, beliau menambah dalam definisi beliau “sesuatu yang
disandarkan kepada Nabi atau sahabat atau tabiin.....” [4]

Perkataan al-Maudhu’ pula, dari sudut bahasa berasal daripada perkataan


wadha’a – yadha’u – wadh’an wa maudhu’an – yang mengandungi beberapa
pengertian antaranya telah menggugurkan, menghinakan, mengurangkan,
melahirkan, merendahkan, mencipta, menanggalkan, menurunkan dan lain-
lain lagi.[5] Walaubagaimanapun, erti yang paling sesuai untuk dipadankan
dengan perkataan al-Hadith bagi menghasilkan makna yang dikehendaki di
dalam perbincangan Hadith ialah makna ‘telah mencipta’. Oleh itu Maudhu’
(di atas neraca isim maf’ul – benda yang kena buat) akan membawa erti
dicipta atau direka.

Berdasarkan pengertian al-Hadith dan al-Maudhu’ ini, dapatlah dibuat


kesimpulan bahawa definisi Hadith Maudhu’ adalah sesuatu yang disandarkan
kepada Nabi Muhammad s.a.w sama ada perbuatannya, perkataannya,
taqrirnya, sifat akhlaqnya atau sifat semulajadinya, secara rekaan atau dusta
semata-mata. Di dalam penggunaan masyarakat Islam di negara kita, hadith
maudhu’ disebut juga dengan nama hadith palsu.

Di dalam definisi yang lebih tepat lagi ulama hadith mendefinisikannya


sebagai apa-apa yang tidak pernah keluar daripada Nabi s.a.w sama ada
dalam bentuk perkataan atau perbuatan atau taqrir, tetapi disandarkan
kepada baginda s.a.w sama ada secara sengaja atau tersalah, jahil atau
memperdaya.[6]

Penulis berpendapat, termasuk juga dalam kategori hadith maudhu’ ialah


dakwaan-dakwaan sesetengah golongan tariqat bahawa silsilah tariqat
mereka adalah daripada Nabi Muhammad s.a.w padahal perkara tersebut
tidak dapat mereka buktikan walaupun berdasarkan hadith-hadith daif. Maka,
ini juga boleh digolongkan sebagai hadith maudhu’. Ini berdasarkan definisi
hadith maudhu’ yang lain di mana setengah ulama hadith mendefinisikannya
sebagai pembohongan yang dicipta dan disandarkan kepada Nabi Muhammad
s.a.w.[7]

Begitu juga dengan perkara-perkara yang lain seperti dakwaan keturunan


Nabi s.a.w, dakwaan berjumpa Nabi s.a.w di dalam mimpi atau jaga dan
sebagainya, yang dikaitkan dengan diri Nabi s.a.w secara dusta, semua ini –
mengikut pendapat penulis- boleh dikategorikan sebagai hadith maudhu’.

Menamakan hadith yang palsu itu dengan perkataan hadith adalah tidak
menjadi suatu kesalahan kerana beberapa sebab. Antaranya ialah kerana
mengambil kira kepada maksudnya dari sudut bahasa. Ia juga berdasarkan
kepada semata-mata dakwaan pereka hadith tersebut dan keadaan hadith
tersebut sebelum ia didedahkan kepada umum bahawa ianya adalah palsu.
Oleh itu, mengikut istilah sebenar, hadith maudhu’ bukanlah boleh dikelaskan
dalam mana-mana kategori hadith walaupun hadith yang dhaif.[8]

1.2 Sejarah Kemunculan Hadith Maudhu’


Kemasukan secara ramai penganut agama-agama lain ke dalam Islam, hasil
daripada penyebaran dakwah ke pelosok dunia, secara tidak langsung
menjadi faktor kepada bermulanya penciptaan hadith-hadith maudhu’. Tidak
dapat dinafikan terdapat sebahagian daripada mereka memeluk Islam kerana
benar-benar ikhlas dan tertarik dengan kebenaran ajaran Islam. Namun
begitu terdapat juga segolongan daripada mereka yang menganut agama
Islam hanya kerana terpaksa mengalah kepada kekuatan Islam pada masa
itu.[9]

Golongan ini sentiasa menyimpan dendam dan dengki terhadap Islam dan
penganutnya dan sentiasa menunggu peluang yang ada bagi merosakkan dan
menimbulkan keraguan di dalam hati orang ramai terhadap Islam. Antara
peluang yang terbaik ialah semasa pemerintahan Sayyidina Uthman bin Affan
(W35H), hasil daripada sikap tolak ansur dan lemah-lembut akhlaknya
terhadap orang ramai, golongan ini mula menaburkan benih-benih fitnah yang
pertama.[10]
Pemimpin perlu tegas,

Antara individu yang memainkan peranan ini ialah Abdullah bin Sabak,
seorang Yahudi yang mendakwa telah memeluk Islam. Dengan bertopengkan
pembelaan dan kasih kepada Sayyidina Ali dan ahli Bait, beliau menjelajah ke
segenap pelosok untuk menabur fitnah kepada orang ramai. Beliau
mendakwa Ali (Wafat 40H) yang lebih layak menjadi khalifah daripada
Uthman bahkan daripada Abu Bakar (Wafat 13H) dan Umar (Wafat 23H),
kerana ianya telah diwasiatkan oleh Nabi s.a.w. Lalu, beliau dipercayai telah
mencipta satu hadith maudhu’ yang bermaksud: “Setiap Nabi itu ada
penerima wasiatnya dan penerima wasiatku adalah Ali.”[11] Kemunculan Ibnu
Sabak ini dikatakan berlaku di akhir pemerintahan Uthman.[12]

Walaubagaimanapun, penyebaran hadith maudhu’ pada masa ini belum lagi


meluas disebabkan kewujudan ramai para sahabat-sahabat utama yang
mengetahui dengan penuh yakin akan kepalsuan sesuatu hadith. Sayyidina
Uthman sebagai contohnya, apabila mengetahui hadith maudhu’ yang dicipta
oleh Ibnu Sabak, telah mengambil tindakan dengan menghalau Ibnu Sabak
dari bumi Madinah. Begitu juga dilakukan oleh Sayyinia Ali selepas daripada
itu.[13]

Mereka menyedari bahaya hadith maudhu’ kerana amaran keras telah


dikeluarkan oleh Nabi s.a.w terhadap orang yang mencipta hadith seperti
mana sabda Nabi s.a.w “Sesiapa yang berdusta di atas namaku dengan
sengaja, maka dia telah menempah tempatnya di dalam neraka.”[14]

Walaupun begitu, kumpulan ini terus mengambil peluang yang ada, terutama
selepas pembunuhan Uthman. Munculnya kumpulan-kumpulan tertentu
seperti kumpulan yang kononnya ingin menuntut bela di atas kematian
Uthman, kumpulan yang menyokong Ali mahupun kumpulan yang tidak
memihak kepada mana-mana dua kumpulan ini, menyebabkan hadith-hadith
yang menunjukkan kelebihan kumpulan masing-masing dicipta untuk
mempengaruhi orang ramai.[15]

Diriwayatkan oleh Imam Muslim (W261H) daripada Tawus (W106H) bahawa


pernah suatu ketika dibawakan kepada Ibnu Abbas (W68H) suatu buku yang
di dalamnya mengandungi keputusan-keputusan Ali radhiallahu anhu. Lalu
Ibnu Abbas menyapunya kecuali sebahagian daripadanya (yang tidak disapu).
Sufyan bin Uyainah (W198H) mentafsirkan bahagian yang tidak disapu itu
sekadar sehasta.[16]

Imam al-Zahabi (W748H) pula meriwayatkan daripada Khuzaimah bin Nasr


katanya : Aku mendengar Ali berkata di Siffin : Moga-moga Allah melaknati
mereka (iaitu golongan yang putih yang telah menghitamkan) kerana telah
merosakkan hadith-hadith Rasulullah.[17]

Menyedari hal ini, para sahabat mula memberi perhatian terhadap hadith
yang disebarkan oleh seseorang. Mereka tidak akan mudah menerimanya
sekiranya mereka meragui kesahihan sesuatu hadith itu. Imam Muslim
dengan sanadnya meriwayatkan daripada Mujahid (W104H) satu kisah yang
berlaku kepada Ibnu Abbas : “Busyair bin Kaab telah datang menemui Ibnu
Abbas lalu beliau (Busyair) mula menyebutkan satu hadith dengan katanya
“Rasulullah telah bersabda”, “Rasullulah telah bersabda ”.
Walaubagaimanapun, Ibnu Abbas tidak mendengar hadithnya itu dan tidak
memandang pun kepadanya. Lalu Busyair berkata kepada Ibnu Abbas “Wahai
Ibnu Abbas ! Aku hairan mengapa engkau tidak mahu mendengar hadith yang
aku sebut. Aku menceritakan perkara yang datang daripada Rasulullah tetapi
engkau tidak mahu mendengarnya. Ibnu Abbas lalu menjawab : “Kami satu
ketika dulu apabila mendengar seseorang berkata “Rasulullah bersabda”,
pandangan kami segera kepadanya dan telinga-telinga kami memberi
tumpuan untuk mendengarnya. Tetapi apabila orang ramai mula melakukan
yang baik dan yang buruk, kita tidak menerima hadith daripada seseorang
melainkan kami mengetahuinya.”[18]
Selepas zaman sahabat, berlaku kelemahan dalam penelitian dan
mempastikan hadith-hadith, tidak seperti di zaman sahabat. Ini menyebabkan
berlaku banyaknya periwayatan-periwayatan dan penyebaran hadith yang
secara tidak langsung telah turut menyebabkan berlakunya pendustaan
terhadap Rasulullah dan sebahagian daripada sahabat. Ditambah lagi dengan
konflik politik di antara umat Islam yang semakin hebat, telah membuka
peluang kepada golongan tertentu yang cuba mendekatkan diri dengan
pemerintah untuk mencipta hadith.[19]

Sebagai contoh, pernah berlaku di zaman Khalifah Abbasiyyah, hadith-hadith


maudhu’ dicipta bagi mengambil hati para khalifah. Antaranya seperti mana
yang berlaku kepada Harun al-Rasyid (W191H) di mana seorang lelaki yang
bernama Abu al-Bakhtari (seorang qadhi) masuk menemui beliau ketika
beliau sedang menerbangkan burung merpati. Lalu beliau berkata kepada
Abu al-Bakhtari: “Adakah engkau ada menghafal sesuatu hadith berkenaan
dengan burung ini? Lalu dia meriwayatkan satu hadith, katanya: “Bahawa
Nabi s.a.w selalu menerbangkan burung merpati.” Walaubagaimanapun,
Harun al-Rasyid menyedari kepalsuan hadith tersebut lalu mengherdiknya
dan berkata: “Kalaulah bukan kerana engkau daripada keturunan Quraisy,
pasti aku akan mengusir engkau.”[20]

Peristiwa seperti ini juga berlaku di zaman khalifah al-Mahdi (W169H) di mana
seorang lelaki yang bernama Ghiyath bin Ibrahim masuk menemui beliau
yang sedang bermain dengan burung merpati. Lalu Ghiyath meriwayatkan
satu hadith kepada khalifah: “Tidak ada pertandingan melainkan pada anak
panah atau kuda atau burung.” Dia sebenarnya telah menambah ‘atau
burung’ untuk mengambil hati khalifah al-Mahdi. Diriwayatkan bahawa
khalifah al-Mahdi telah berkata kepada Ibrahim ketika dia melangkah keluar:
“Aku bersaksi bahawa belakang tengkuk engkau adalah belakang tengkuk
seorang pendusta.” Selepas itu khalifah telah memerintahkan supaya
disembelih burung itu. Pendustaan dalam hadith ini hanya berlaku pada lafaz
yang akhir sahaja (atau burung). Manakala lafaz-lafaz hadith yang lain ianya
adalah thabit kerana diriwayatkan oleh Imam Ahmad (W241H) dan ashab
sunan-sunan yang lain.[21]

Walau bagaimanapun, tahap penyebaran hadith-hadith maudhu’ diperingkat


ini masih lagi kecil berbanding dengan zaman-zaman berikutnya. Ini kerana
masih ramai lagi tabiin yang menjaga hadith-hadith dan menjelaskan di
antara yang lemah dan yang sahih. Begitu juga kerana zaman mereka ini
masih lagi dianggap hampir dengan zaman Nabi s.a.w dan disebut oleh Nabi
sebagai di antara sebaik-baik zaman. Pengajaran-pengajaran serta wasiat
daripada Nabi masih lagi segar dikalangan mereka yang menyebabkan
mereka dapat mengesan kepalsuan-kepalsuan sesuatu hadith.[22]

Masa zaman saidina ALI, imam syiah kata saidina ali paling layak jadi khalifah.

SYIAH- terima saidina ali dan ahlul bait

-tolak hadis abu bakar dan saiditina Aisyah

-anggap saiditina aisyah ada dlm neraka keranan memerangi saidina ali dalam peperangan jamal

-perang sifil:

Golongan khawarij (lawan semua org, tentang org jadi khalifah,)

-menentangpemimpin zalim dan langgar syariah

-yg buat dosa besar dianggap sebagai kafir

Golongan Murji’ah (xsokong mana2, ikut takdir yg ditetapkan oleh Allah swt)

Mu’tazillah (zaman abasiyyah)

-suka kefahaman zahir nas

-daging korban xboleh dimkan di tmpa lain, sbb dh mkn d tempat sendiri

Anda mungkin juga menyukai