Anda di halaman 1dari 5

Melancong ke Pulau Langkawi

Jumaat, 7 Julai 2017

10.00 malam -Kami bersiap-siap untuk pergi bercuti ke Pulau Langkawi. Kami bergotong-
royong mengangkat barang-barang ke dalam kereta Exora kami.

11.00 malam -Mula bertolak dari rumah kami di Temerloh ke Kuala Perlis dengan menaiki
kereta Exora kami. Ayah memandu dengan tenang melalui lebuh raya. Kami sekeluarga
berbual-bual sebelum saya terlelap.

Sabtu, 8 Julai 2017

9.00 pagi - Kami tiba di Jeti Kuala Perlis. Ayah memakir kereta di tepat pakir kereta
berbayar. Kami berjalan kaki menuju ke jeti dengan membawa beg dan barang-barang. Di
jeti, ayah membeli tiket feri untuk ke Pulau Langkawi.

10.00 pagi - Kami menaiki feri ke Pulau Langkawi. Inilah pengalaman pertama saya menaiki
feri. Perjalanan ke Jeti Langkawi mengambil masa kira-kira satu jam. sungguh menarik
pemandangan sepanjang perjalanan itu. Ketika feri menghampiri Jeti Pulau Langkawi, kami
melihat pulau-pulau kecil yang cantik serta sebuah patung helang yang besar sebelum feri
berlabuh di jeti tersebut.

11.00 pagi - Kami selamat tiba di Jeti Pulau Langkawi. Kami menaiki sebuah bas
pelancongan ke hotel untuk menyimpan barang-barang. Kemudian, kami makan tengah hari
di sebuah gerai berhampiran hotel itu.

2.00 petang - Kami pergi ke "Under Water World Langkawai". Di sini kami melihat pelbagai
jenis hidupan laut daripada yang sekecil-kecilnya hingga yang paling besar. Kami melihat
ikan-ikan yang pelbagai warna dan ikan yang besar-besar seperti ikan jerung dan ikan pari.
Akhir sekali, sebelum keluar dari tempat itu, kami menonton video 3D tentang kehidupan
laut dan penjagaan alam di sebuah panggung khas.

5.00 petang - Kami balik ke hotel untuk berehat. Hotel penginapan itu sungguh cantik dan
berhawa dingin. Kelengkapan di hotel itu cukup untuk keperluan kami semasa bercuti di situ.
Kami berehat-rehat di situ sementara menunggu waktu malam.

Ahad, 9 Julai 2017

5.00 pagi - Kami bangun tidur dan bersiap-siap untuk pergi ke Pulau Dayang Bunting dan
beberapa lagi tempat menarik. Sebelum bertolak, kami bersarapan dahulu di hotel. Dewan
makan di hotel itu besar dan cantik. Ia terletak bersebelahan dengan sebuah kolam renang
yang besar.

7.30 pagi - Kami menaiki bas pelancong ke sebuah jeti untuk menaiki bot ke Pulau Dayang
Bunting. Setibanya di pulau itu, kami melihat beberapa ekor burung helang sedang terbang
tinggi di udara. Di pulau itu terdapat sebuah tasik lagenda iaitu Tasik Dayang Bunting. Di situ
juga saya dapat melihat beberapa orang pelancong sedang bermain payung terjun yang
ditarik oleh bot laju.

9.00 pagi - Kami menuju semula ke Pulau Langkawi. Kemudian, kami menaiki bas
pelancong untuk menaiki Kereta Kabel Langkawi. Ramai pelancong di situ menyebabkan
kami terpaksa beratur agak lama sebelum dapat menaiki kereta kabel itu. Kami melihat
pemandangan indah sewaktu menaiki kereta kabel itu. Di puncak gunung itu, kami naik
sebuah jambatan gantung. Dari situ, kami dapat melihat pemandangan Pulau Langkawi
yang indah. Kira-kira dua jam kemudian, kami turun semula ke stesen kereta kabel. Kami
membeli pelbagai cenderamata untuk dibawa pulang di gerai-gerai berhampiran stesen itu.

11.00 pagi - Kami singgah sekejap di sebuah tapak bersejarah iaitu Makam Mahsuri.
Kemudian, kami balik ke hotel untuk mengambil barang-barang.
12.30 tengah hari - Kami keluar dari hotel dan menaiki bas pelancong menuju ke Jeti Pulau
Langkawi. Kami pulang ke Temerloh.
FAEDAH MENONTON TELEVISYEN

Ketiganya, kepada golongan tua yang tidak ada sebarang pekerjaan. Dengan menonton
televisyen, mereka boleh mengisi masa lapang mereka. Contohnya, ada banyak siri
drama yang akan menyiarkan episod setiap hari iaitu ada yang siri drama menyiarkan
pada waktu pagi dari jam 8 hingga 12 pm dari Isnin hingga Ahad. Ada pula siri drama
yang disiarkan pada sebelah petang dari jam 1 pm hingga 4 pm dan waktu malam pula
siri drama yang berbeza akan disiarkan pada masa yang berlainan. Dengan ini mereka
boleh memenuhi masa lapang dengan berfaedah.

Akhirnya, kanak-kanak boleh di awasi dengan menonton rancangan kartun supaya ibu
bapa boleh membuat kerja rumah pada hari Sabtu dan Ahad atau hari kelepasan Am.
Selain membawa kanak-kanak berjalan-jalan di kompleks atau taman permainan pada
hari kelepasan Am dan pada waktu cuti persekolahan, mereka boleh diberi masa
menonton rancangan kartun atau rancangan berbentuk pendidikan. Dengan itu, ibu bapa
ada lehih banyak masa peribadi mereka sendiri.

Kelimanya, orang ramai boleh mengetahui berita di seluruh dunia melalui televisyen.
Walaupun tidak melihat suratkhabar tetapi masih dapat tahu waktu berbuka puasa.
Muklumat-muklumat tentang luar negara terkini juga tidak akan ketinggalan walaupun
tidak membaca surat khabar.

Televisyen merupakan suatu alat elektronik yang terdapat pada setiap rumah. Televisyen
membawa banyak faedah kepada ramai orang.

Keduanya, rancangan dalam Televisyen seperti memasak menjadi kegemaran golongan


wanita kerana belajar memasak melalui skrin TV yang besar lebih mudah ditonton
berbanding dengan komputer mahupun handphone atau buku-buku memasak dan
majalah-majalah.

Keempatnya, iklan-iklan dalam Tv juga banyak membantu orang ramai. Contohnya pada
suri rumah yang tidak mahir menggunakan computer atau handphone untuk mencari
produk yang mereka kehendaki seperti dye rambut, boleh memperolehi produk itu melalui
iklan yang disiarkan.
Pertamanya, rancangan yang dipaparkan dalam Televisyen seperti drama atau film telah
menjadi suatu cara bagi orang dewasa golongan yang perlu bekerja pada waktu pagi
untuk meluangkan masa lapang sambil berehat selepas letih sehari bekerja di luar.

Keenamnya, rancangan yang berbentuk hiburan seperti nyanyian, hiburang yang


berbentuk lawak menjadi kesukaan orang ramai. Ini kerana ia bukan sahaja membuat
orang ketawa, ia juga merupakan sejenis terapi. Selain itu rancangan hiburan jenis teka
teki boleh menolong kita berfikir.

Anda mungkin juga menyukai