Anda di halaman 1dari 5

OBJEKTIF SENI BAHASA

TAHUN 1
- Bercerita dan menuturkan cerita haiwan, cerita jenaka, dan simpulan bahasa
menggunakan bahasa kiasan yang sesuai;

- Melafazkan pantun nasihat dua kerat dan empat kerat dengan sebutan dan intonasi yang
betul;

- Menyanyikan lagu kanak-kanak dan lagu rakyat dengan irama yang betul;

- Melagukan syair dengan sebutan dan intonasi yang betul;

- Melakonkan dialog pendek dengan gerak laku yang sesuai.

- Mencipta dan mempersembahkan pantun dua kerat dan empat kerat secara kreatif;

TAHUN 2
- Bercerita dan menuturkan cerita haiwan, cerita jenaka yang menggunakan simpulan
bahasa, bandingan semacam dan perumpamaan yang sesuai.

-Melafazkan pantun dengan sebutan dan intonasi yang betul dan mengenal pasti ciri-cirinya.

- Menyanyikan lagu kanak-kanak dan lagu rakyat dengan irama yang betul

-Mendeklamasikan sajak dengan sebutan dan intonasi yang betul.

-Melakonkan dialog pendek dengan gerak laku yang sesuai.

-Mencipta dan mempersembahkan pantun dua kerat dan empat kerat secara kreatif.

TAHUN 3

- Berceritakan dengan menggunakan simpulan bahasa, bandingan semacam dan


perumpamaan yang sesuai serta mengubahsuai cerita yang berunsur pengajaran dan
mempersembahkannya secara kreatif.

-Melafazkan dan menjelaskan maksud pantun serta mencipta pantun secara berpandu dan
mempersembahkannya.

-Menyanyi dan menjelaskan maksud lirik lagu serta mengubahsuai lirik lagu secara
berpandu dan mempersembahkannya.
-Mencipta secara berpandu puisi, melagukan syair dan mendeklamasikan sajak serta
memahami maksudnya.

TAHUN 4

- Menyampaikan cerita yang mengandungi peribahasa.

- Melafazkan dan menjelaskan maksud sajak.

- Menyanyikan dan menjelaskan maksud lirik lagu.

- Mengubah suai dan mempersembahkan puisi, cerita, dan seni kata lagu.

- Menghasilkan seni khat.

TAHUN 5

i. menyebut, memahami dan menghasilkan lirik lagu yang mengandungi nilai secara
berpandu dan menyampaikannya secara didik hibur;

ii. mengujarkan ayat yang gramatis dan bahasa yang indah dengan sebutan dan intonasi
yang betul dan jelas serta bahasa badan yang sesuai semasa bercerita secara didik hibur;

iii. mengujarkan dialog dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas, bahasa badan
yang sesuai dan memahaminya melalui lakonan;

iv. menghasilkan dialog daripada bahan rangsangan untuk menyampaikan nilai dan
pengajaran serta menyampaikannya melalui lakonan dengan menggunakan bahasa badan
yang sesuai secara didik hibur;

v. mendeklamasi sajak dengan sebutan yang betul dan intonasi yang jelas secara didik hibur
serta memahami maksud sajaktersebut; dan

vi. membina sajak secara terkawal dan memahaminya serta mendeklamasikan dengan
sebutan dan intonasi yang betul dan jelas secara didik hibur.

TAHUN 6

i. menyebut dan memahami seni kata lagu, dengan melahirkan imaginasinya melalui hasil
karya sastera;

ii. mengubah seni kata lagu semula dan mempersembahkannya melalui nyanyian;
iii. mengujarkan cerita menggunakan bahasa yang indah dan ayat yang gramatis untuk
menyampaikan idea dengan bahasa badan yang kreatif;

iv. mengujarkan dialog yang dihasilkan untuk menyampaikan mesej menggunakan bahasa
yang indah serta bahasa badan yang kreatif melalui lakonan;

v. melafazkan puisi dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul serta memahami
puisi tersebut; dan

vi. mencipta puisi dengan bahasa yang indah dan melafazkannya dengan sebutan yang
jelas dan intonasi yang betul serta memahaminya.

OBJEKTIF TATABAHASA

TAHUN 1

-Memahami dan menjelaskan fungsi serta menggunakan kata nama am, kata nama khas,
kata ganti nama, penjodoh bilangan, dan kata kerja mengikut konteks dengan betul;

-Menggunakan kata adjektif, kata tugas, kata tanya, dan kata perintah mengikut konteks
dengan betul;

-Menggunakan kata berimbuhan awalan dan akhiran mengikut konteks dengan betul;

-. Menggunakan kata majmuk rangkai kata bebas mengikut konteks dengan betul;

-Mengaplikasi kata ganda penuh mengikut konteks dengan betul; dan

-Mengaplikasi jenis dan bentuk ayat mengikut konteks dengan betul.

TAHUN 2

-Memahami dan menjelaskan fungsi serta menggunakan kata nama am, kata nama khas,
kata ganti nama, penjodoh bilangan, dan kata kerja mengikut konteks dengan betul

-Menggunakan kata adjektif, kata tugas, kata tanya, dan kata perintah mengikut konteks
dengan betul.

-Menggunakan kata berimbuhan awalan dan akhiran mengikut konteks dengan betul.

-Menggunakan kata majmuk rangkai kata bebas mengikut konteks dengan betul.

-Mengaplikasi kata ganda penuh mengikut konteks dengan betul.

-Mengaplikasi jenis dan bentuk ayat mengikut konteks dengan betul.


TAHUN 3

-Memahami dan menggunakan kata nama am, kata nama khas, kata ganti nama serta
penjodoh bilangan mengikut konteks dengan betul.

- Memahami dan menggunakan kata kerja, kata adjektif, kata tugas mengikut konteks.

- Memahami dan menggunakan kata dasar, kata berimbuhan, kata majmuk dan kata ganda
mengikut konteks.

- Memahami dan membina ayat seruan, ayat perintah serta ayat tanya mengikut konteks.

-Memahami dan mengaplikasi ayat tunggal dan ayat majmuk mengikut konteks

TAHUN 4

-Memahami dan menggunakan kata nama, kata kerja, kata adjektif, kata tugas, kata
berimbuhan, kata majmuk, dan kata ganda mengikut konteks.

- Memahami dan membina ayat tunggal, ayat majmuk, ayat penyata, ayat tanya, ayat aktif,
ayat susunan biasa, dan ayat susunan songsang.

TAHUN 5

i. memahami dan menggunakan kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak, penjodoh
bilangan, kata nama khas tak hidup manusia dengan nama panggilan atau gelaran, kata ganti
nama diri tanya, kata kerja transitif aktif dan pasif, kata adjektif dan kata bantu, kata hubung
pancangan relatif dan kata hubung pancangan komplemen, kat nafi, kata pembenar, akta
arah, kata bilangan dengan betul mengikut konteks;

ii. memahami dan menggunakan imbuhan apitan pada kata kerja memper…kan, memper…i,
diper…kan, diper…i serta imbuhan sisipan, kata ganda berentak, dan kata majmuk istilah
khusus dalam bidang ilmiah dan kata majmuk yang mendukung maksud kiasan dengan betul
dalam pelbagai situasi; dan

iii. memahami dan membina ayat tunggal dan ayat majmuk dengan perluasan subjek dan
predikat, dan cakap ajuk dan cakap pindah dengan betul dalam pelbagai situasi.

TAHUN 6

i. memahami dan menggunakan kata nama dan penjodoh bilangan mengikut konteks
dengan betul;
ii. memahami dan menggunakan kata kerja, kata bantu, kata adjektif, kata penguat, kata
penegas, kata hubung, kata adverba mengikut konteks dengan betul;

iii. memahami dan menggunakan pelbagai kata tugas mengikut konteks dengan betul;

iv. memahami dan menggunakan pelbagai imbuhan, kata ganda dan kata majmuk dalam
pelbagai situasi dengan betul; dan

v. memahami dan membina ayat songsang yang betul dalam pelbagai situasi; dan

vi. memahami dan membina pelbagai ayat dalam teks menggunakan penanda wacana
dengan betul.

Anda mungkin juga menyukai