Anda di halaman 1dari 1

Berdasarkan tajuk A dan juga B, maklumat yang diperolehi boleh digunakan sebagai

seorang guru baharu dalam meningkatkan kemajuan bidang pendidikan negara ialah
pengaplikasian kaedah yang dipilih adalah sesuai dan keberkesanannya dalam pengajaran
dan pembelajaran. Ini kerana keberkesanan kaedah yang dipilih dapat menarik perhatian
murid untuk terus belajar, dapat meningkatkan motivasi, meningkatkan perkembangan ilmu
dalam pengetahuan sedia ada murid dan murid dapat membanding beza perubahan tingkah
laku murid-murid. Guru yang pernah melalui fasa pengajaran mikro, mereka sebenarnya
dapat membuat perbaharuan daripada segi pendekatan, strategi, kaedah dan teknik yang
sesuai untuk digunakan semasa mengajar. Mereka juga mempunyai pengalaman tentang
mengajar dan pengendalian pengajaran yang berkesan. Pengajaran yang berkesan
semestinya akan menyebabkan murid mudah memahami isi pengajaran yang disampaikan.
Kemudian, kepelbagaian teknik yang digunakan menerusi penggunaan bahan bantu
mengajar, dapat menjadikan guru lebih kreatif dan inovatif serta menghasilkan inovasi yang
dapat membantu dunia pendidik dalam memberi pengajaran yang mudah kepada murid-
murid. Oleh itu, kesungguhan yang gigih dan perubahan yang dilakukan oleh guru ini, ia
dapat meningkatkan profesionalisme seseorang guru daripada segi sikap dan nilai guru
dalam pengajaran umpamanya akan mempengaruhi minat, sikap dan nilai pelajar. Segala
pendekatan yang digunakan mudah untuk memberikan pengaruh terhadap tingkah laku,
tahap penerimaan dan kefahaman murid dengan pembelajaran. Di sekolah, sebagaimana
yang kita ketahui, bahawa guru merupakan penganti kepada ibu bapa. Tugas seorang guru
bukan sahaja mengajar kurikulum mahupun kokurikulum malah juga menerapkan nilai-nilai
dalam diri murid-murid. Contohnya ialah guru selalu bertanyakan khabar, tidak mudah
melenting, tidak pilih kasih dan sebgainya. Tugas-tugas ini perlu dilaksanakan oleh seorang
guru kerana ianya merupakan amanah dan tanggungjawab bersama dalam membantu
negara menghasilkan produk yang dapat membangunkan negara di persada dunia.

Anda mungkin juga menyukai