Anda di halaman 1dari 15

HADIS KE-28

(HADIS 40 IMAM NAWAWI):


Sunnah & Bida’ah
PENSYARAH:
En. Kamarulzaman bin Ideres

DISEDIAKAN OLEH:
Nur Amira Atiqah binti Mohd Sani
Nur Hazirah binti Mohd Salleh
Zulaikha binti Mamat
HADIS KE-28 Daripada Abu Najih al-'lrbadh ibn Sariyah r.a. beliau
berkata: Rasulullah SAW telah menasihati kami suatu
nasihat yang menggetarkan hati dan mencucurkan
airmata. Kami berkata: Ya Rasulullah! la seolah-olah
nasihat orang yang mahu mengucapkan selamat
tinggal, maka berikanlah kami wasiat. Baginda
bersabda: Aku mewasiatkan kamu supaya bertaqwa
kepada Allah 'Azza Wajala, supaya mendengar dan
taat, sekalipun kamu diperintah oleh seorang hamba.
Sesungguhnya, barangsiapa di kalangan kamu yang
masih hidup nanti, necaya dia akan melihat banyak
perselisihan. Maka hendaklah kamu mengikuti
sunnahku dan sunnah khulafa' Rasyidin yang
mendapat hidayat. Gigitlah ia dengan kuat (iaitu
berpegang teguhlah kamu dengan sunnah-sunnah
tersebut) dan berwaspadalah kamu dari melakukan
perkara-perkara yang diada-adakan, kerana setiap
perkara yang diada-adakan itu adalah bid'ah dan
setiap bid'ah itu adalah sesat dan setiap kesesatan itu
dalam neraka. (Riwayat Abu Daud & At-Tarmizi)
Abu Najih al-'lrbadh ibn Sariyah r.a

 Seorang ahli al-Suffah yang mendiami di Masjid di


Madinah

 Terkenal dengan seorang yang sangat rindu


kepada Allah sehingga pernah berdoa, “Hai
Tuhanku! Aku telah tua, tulangku telah lemah,
bawalah aku kepada Engkau“

 Beliau antara sahabat yang mendatangi Rasulullah


SAW dalam keadaan menangis kerana tidak dapat
menyertai peperangan Tabuk disebabkan tidak
mempunyai perbelanjaan dan kelengkapan yang
cukup
KANDUNGAN
HADIS
Taqwa dan Kewajipan Mendengar dan Taat

Taqwa: Memelihara diri daripada segala perbuatan yang menyebabkan terkena


bencana di dunia dan azab di akhirat.
Taqwa orang yang beriman adalah perbuatannya yang diperintah oleh agama
meskipun ianya perbuatan kecil saja.
Kewajipan mendengar dan taat kepada orang-orang yang menyelenggarakan urusan
kaum Muslimin atau orang yang memegang tampuk pemerintahan mereka
Sekalipun orang yang didengari dan ditaati perintahnya adalah seorang hamba atau
seorang yang dipandang rendah oleh manusia
Asalkan ia mengutamakan kitab Allah
Taat dan patuh kepada Allah dan Rasul dan kepada orang-orang yang mengurus hal
ehwal umat Islam
Akan Timbul Perselisihan
Yang Banyak
• Berlaku dengan banyaknya dalam
beberapa jurusan ilmu dan cabang-
cabangnya termasuk i’tiqad dan amalan.
• Berlakunya pertikaian dan pertentangan
• Golongan yang selamat yang mengikuti
akan pimpinan nabi dan para sahabat
• Meninggalkan segala aliran fahaman dan
pendapat yang bertentangan dengannya.
Berpegang Teguh dengan
Sunnah Rasulullah dan
Sunnah Khalifahnya

 Jalan yang wajib diikuti oleh orang


yang beriman kepada Allah dan
Rasulullah SAW
 Tegas Imam Syafie “Segala apa yang
telah dihukumkan oleh Rasulullah, maka
hukum itu adalah difahamkan dari al-
Quran”
Jauhilah Perkara-Perkara Yang Baru Diadakan
• Bid’ah yang dimaksudkan ialah bid’ah agama dalam urusan i’tiqad, amalan,
perkataan yang zahirnya dan yang batinnya
• Islam tidak melarang bid’ah dalam urusan keduniaan selagi tidak mendatangkan
kepada kejahatan dan mudharat
• Bid’ah: nama bagi suatu yang baru diadakan (mubtadi’ – orang yang membuat)
• Bid’ah lawannya sunnah
• Melakukan sunnah tidak pula dilebihi atau dikurangi
• Bid’ah mengikut ulama: satu jalan atau cara perbuatan yag diada-adakan dalam
agama yang tidak pernah berlaku pada zaman Rasulullah dan para sahabat
dengan maksud untuk mendampingkan diri kepada Allah atau untuk beribadat
kepada Nya kerana ingin mendapatkan pahala.
Solat dengan
cara yang
berlainan
sama sekali
daripada asal
perintah

Membuat
Fahaman
binaan atas
Islam liberal
kubur
CONTOH
BIDA’AH
ZAMAN
INI

Mengambil
Menyerahkan
berkat
hukum agama
daripada
kepada akal
tempat,
fikiran
barang atau
manusia
orang tertentu
 Bid’ah campuran: Suatu perbuatan yang mengandungi 2 jurusan.
Jurusan 1 bukanlah perbuatan bid’ah kerana ada dalilnya dan jurusan 2
menunjukkan terang-terang bid’ah kerana tidak ada perintah keatasnya.

 Contohnya: Menyaringkan suara dengan membaca al-quran dan zikr


bersama di hadapan jenazah. Membaca al-Quran dan zikir itu asalnya
memang disuruh. Tetapi membacanya dengan cara tersebut tidaklah
dikehendaki, kerana tidak pernah ada contoh oleh Nabi dan para
sahabatnya.
CARA PENYELESAIAN KEPADA BIDAAH

• Merujuk kepada Al-Quran hadis-hadis sahih dalam setiap perbuatan


• Mengadakan kempen untuk menyebarkan lagi perkara-perkara bidaah
• Membuat buku panduan tentang perkara bid’ah
• Membanteras golongan wahabi
• Mengetahui hukum taklifi sebelum melakukan sesuatu perbuatan
• Bahasa: Menyeru atau
memanggil sama ada kepada Cara Dakwah
yang hak atau batil Rasulullah
• Istilah: Satu usaha seruan ke
arah beriman kepada Allah SWT kepada Para
dan apa yang disampaikan oleh Sahabat
Rasul-rasulnya
• Rasulullah SAW menasihati para
sahabat dengan cara yang
berhikmah sehingga menjadi
contoh teladan yang baik
kepada mereka dalam
menyampaikan dakwah
Islamiah.
CARA Berhikmah dan bijaksana
BERDAKWAH
BERKESAN
Menggunakan kata-kata yang berpengajaran

Melalui perbincangan, muzakarah & dialog

Bijak memilih keutamaan

Memiliki ilmu agama, dunia & akhirat


PENGAJARAN HADIS

Ucapan nasihat dan peringatan adalah


penting dalam kehidupan umat Islam

Rasulullah SAW berwasiat dalam hadis ini beberapa


perkara penting, antaranya; supaya bertaqwa kepada
Allah SWT, patuh dan taat kepada pemerintah biarpun dia
adalah orang yang berasal dari keturunan bawahan atau
hamba 'abdi, kerana yang penting apa yang
diperintahkan, bukan orang yang memerintah.
Masalah melantik hamba abdi menjadi ketua masih
diperselisihkan oleh para ulama, namun Rasulullah SAW
menyebut hal ini bagi menunjukkan peri pentingnya
tuntutan patuh dan taat bagi seorang mukmin terhadap
ketuanya selagimana perintahnya tidak bertentangan
dengan syara'.

Umat akhir zaman diancam oleh perselisihan dan perpecahan.


Justeru itu Nabi SAW berpesan agar umat Baginda berpegang
teguh dengan sunnah Baginda SAW dan sunnah para khulafa'
Rasyidin.

Anda mungkin juga menyukai