Anda di halaman 1dari 2

Dalam sesebuah institusi pendidikan, proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dapat dilihat

sebagai satu kuasa atau pendorong yang penting bagi mencorakkan modal insan yang dilahirkan.
Pengurusan P&P yang dinamis dan sistematik mampu mengembangkan pembudayaan saintifik,
pengetahuan baru, pencetusan idea kreatif dan inovatif, pembangunan potensi manusia yang lebih
mampan serta penyebaran maklumat (Jantan, 2016). Menurut Hamdan & Mohd Yasin (2010)
menyatakan guru sewajarnya menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pendidik dengan
mendidik pelajar dengan sebaik-baiknya supaya pelajar dapat menguasai pembelajaran yang diajar
oleh guru. Oleh itu, penggunaan BBM adalah amat penting dalam proses P&P bagi menarik minat
pelajar serta meningkatkan prestasi pelajar. Justeru itu, guru-guru harus memainkan peranan
penting dalam proses P&P bagi melaksanakan pengajaran abad ke 21 seperti yang disarankan oleh
pihak Kementerian serta menyahut hasrat Negara untuk menjadi Negara maju menjelang 2020.

Pelbagai faedah dan manfaat yang diperolehi jika guru-guru menggunakan BBM dalam P&P
dan bukan hanya kepada pelajar sahaja bahkan kepada guru itu sendiri. Oleh yang demikian,
pelbagai maklumat yang berguna diperolehi serta dapat meningkatkan pengetahuan semasa
penyediaan BBM terhadap sesuatu topik yang akan diajari di dalam kelas. Oleh itu, guru dapat
menghasilkan pelbagai BBM yang sesuai dan menarik serta dapat menjana idea yang bernas untuk
menentukan aktiviti yang lebih kreatif di dalam P&P (Noordin & Zainal Abiden, 2010). Di samping itu,
dengan menggunakan BBM yang betul, praktikal dan berinovasi akan dapat 2 meningkatkan lagi
pengetahuan dan kefahaman pelajar-pelajar. Manakala, guruguru juga dapat menyampaikan idea-
idea yang bernas serta lebih berkesan terhadap P&P. Proses P&P yang menggunakan BBM sangatlah
memberi kesan yang positif kepada diri pelajar. Menurut Mohd Yasin et al. (2013) dalam dapatan
kajian beliau menyatakan bahawa BBM responden masih lagi tidak mencukupi terutama BBM yang
melibatkan ICT yang terkini. Pengkaji juga berpendapat penggunaan BBM adalah satu cara untuk
meningkatkan pencapaian dan kejayaan bagi pelajar-pelajar kerana tanpa BBM, proses P&P akan
kurang kualiti dan efektif serta pencapaian akademik akan menurun.

Oleh itu, semua guru perlu melaksanakan penggunaan BBM dalam P&P mereka bagi
melahirkan pelajar yang cemerlang dari pelbagai aspek. Selain itu, penggunaan BBM dalam P&P di
sekolah memerlukan kesediaan guru dari aspek amalan, kemahiran dan sikap mereka supaya
penggunaan BBM dalam P&P berjalan dengan berkesan dan berkualiti. Walau bagaimanapun, masih
ada lagi di kalangan guru-guru yang kurang berminat menggunakan BBM dalam P&P. Oleh itu, guru
kurang percaya dengan amalan menggunakan BBM boleh menarik minat pelajar serta meningkatkan
prestasi pelajar dalam proses P&P. Menurut Kamus Dewan (2015), sikap bermaksud lakuan,
kelakuan, perangai atau tingkah laku. Sehubungan dengan itu, guru yang cekap menguruskan aktiviti
P&P dalam bilik darjah akan melahirkan pelajar yang berketerampilan, berilmu, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan setiap perlakuan guru akan menjadi kesan kepada pencapaian pelajar (Stapa
et. al. 2012). Di samping itu, guru perlulah menjadikan pengajaran yang lebih kepada berpusatkan
murid supaya guru mudah membentuk dan menerapkan nilai-nilai serta amalan yang baik agar
dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dan berkualiti dari pelbagai aspek. Walaupun terdapat
reformasi yang telah melanda dunia pendidikan di Malaysia dari segi kualiti pengajaran, kesesuaian
aras pengajaran dan insentif, sikap guru terhadap kaedah pengajaran yang lama masih lagi
dikekalkan.

Justeru itu, menurut Marzuki (2005) sesuatu proses P&P dianggap berkesan jika sebelum
proses P&P guru telah menyediakan BBM, mendalami isi kandungan yang hendak diajar dan
mempelbagaikan kaedah pengajaran. Maka, guru tersebut dianggap sebagai seorang guru yang
bagus dan berkualiti. Selain itu, beliau juga menyatakan guru perlu mengetahui kebolehan pelajar
menerima pelajaran, dapat mengawal kelakuan pelajar, memberi motivasi kepada pelajar supaya
belajar bersungguh-sungguh dan 3 memberi ujian yang kerap kepada pelajar. Sehubungan dengan
Itu, kejayaan sesuatu P&P dilihat daripada kebolehan seseorang guru mengajar dalam keadaan baik
dan berkesan serta dapat memotivasikan pelajar untuk terus belajar bagi mencapai kecemerlangan
dalam bidang akademik. Pengendalian BBM bergantung kepada kepakaran atau kemahiran guru
dalam menggunakan bahan tersebut. Tahap kesediaan guru dalam melaksanakan sesuatu BBM akan
terjejas jika guru kekurangan kemahiran dan pengetahuan yang mencukupi. Menurut Mat Som
(2005), keupayaan dan kemampuan guru dalam melaksanakan BBM dan menangani cabaran-
cabaran tugas yang berkaitan dengannya memerlukan pengetahuan dan kemahiran guru untuk
membuat justifikasi. Oleh yang demikian, memiliki kemahiran yang tinggi merupakan salah satu
aspek yang terpenting dalam menjayakan aktiviti P&P yang berkesan. Persoalannya di sini, adakah
guru perlu bersedia dari aspek amalan, kemahiran dan sikap guru terhadap penggunaan BBM dalam
P&P di sekolah supaya P&P lebih bermakna dan berkesan serta dapat meningkatkan prestasi pelajar.

Anda mungkin juga menyukai