Anda di halaman 1dari 11

DIPLOMA PENDIDIKAN PASCASISWAZAH

SEPTEMBER / 2023

HPGD1203

TEORI DAN AMALAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

NO. MATRIKULASI : CGS0282726


NO. KAD PENGENALAN : 940629065486
NO. TELEFON : 0183684894
E-MEL : zati0612@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : BANTING


BAHAGIAN 1: ESEI

(a) Dunia Pendidikan pada hari ini telah melalui satu fasa perubahan yang drastik dari
sudut pengajaran dan pembelajaran yang menuntut pendidik menjadi seorang yang
professional serta bersiap sedia dengan pelbagai pengetahuan dan pedagogi yang efektif.
Perubahan sistem pendidikan yang berlaku ini menuntut semua guru bertindak secara proaktif
dalam menyesuaikan diri bagi mendepani era pengajaran dan pembelajaran norma baharu
bagi memastikan agenda pembangunan modal insan melalui sistem pendidikan berterusan
untuk membina warga yang berpengetahuan dan proses pembelajaran terus efisien ekoran
pendemik yang melanda. Berdasarkan kajian (Azahari & Rahimi, 2023) amalan pembelajaran
secara teradun adalah salah satu pendekatan efektif yang boleh dipraktikkan oleh seorang
guru bagi memastikan proses penyampaian pembelajaran menjadi menarik dan berkesan iaitu
dengan menggabungkan kaedah pengajaran konvensional dan kaedah yang berteraskan
teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Pembelajaran boleh mengubah dan membentuk
tingkah laku pada seseorang individu dan memberi kesan kepada kognitif, psikomotor dan
afektif individu. Amalan pembelajaran dan pengajaran guru yang berkesan bermakna guru
tersebut berupaya mempelbagaikan kaedah pengajaran, menyediakan alat bantu mengajar
(ABM), mendalami isi kandungan yang hendak diajar. Selain itu, guru juga perlu mengetahui
akan kebolehan pelajar menerima pelajaran atau aras pelajaran, memberi motivasi kepada
pelajar supaya belajar bersungguh-sungguh, dapat mengawal kelakuan pelajar dan dapat
memberi penilaian atau ujian yang kerap kepada pelajar. Dengan kata lain pengajaran–
pembelajaran yang berkesan merupakan kebolehan guru itu sendiri untuk mengajar dengan
baik dan berkesan dan dapat memotivasikan pelajar untuk terus belajar bagi mencapai
kecemerlangan dalam bidang akademik (Marzuki, 2005). Namun, Perkembangan teknologi
membawa perubahan dalam Pendidikan dan begitu juga dengan penerimaan pelajar dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Selaras dengan (Dasar Pendidikan Kebangsaan, 2015),
teknologi maklumat dan komunikasi dalam pembelajaran dan pengajaran kini telah diadaptasi
bagi melahirkan modal insan berteraskan abad ke-21. Kemahiran abad ke-21 merupakan
kemahiran yang perlu diaplikasikan di dalam pelbagai situasi dan keadaan dan adalah lebih
berkesan jika program pembangunannya dilaksanakan semenjak dari peringkat sekolah lagi.
Hal ini sangat penting bagi melahirkan murid yang mempunyai ciri-ciri kemahiran abad ke-
21 memandangkan segalanya adalah bermula di sekolah. Pelaksanaan pengajaran
berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah
Menengah (KSSM) menjadi penanda aras keberkesanan pendidikan abad ke-21. Menurut
1
(Hisham & Mohd, 2015), pengalaman seumpama ini melatih murid bekerja dalam kumpulan,
menghasilkan bahan yang kreatif serta berfikir untuk mencapai matlamat yang disasarkan.
Tambahan pula, bentuk pengajaran dan pembelajaran (PdP) pada abad ke-21 masih tetap
berpusatkan guru, tetapi guru memainkan peranan lebih penting untuk melibatkan murid
secara aktif dalam aktiviti pembelajaran (Zamri, 2012). Guru perlu bijak dalam Menyusun
strategi pembelajaran abad ke-21 ini dalam proses pembelajaran. Menurut pandangan pakar
Pendidikan (Amin, 2016) mengatakan bahawa semua guru perlu mempersiapkan diri untuk
melakukan transformasi dalam PdP bagi memenuhi kehendak pembelajaran pelajar era
teknologi digital pada masa kini. Di peringkat sekolah, keperluan guru yang mempunyai
amalan pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 yang tinggi bagi membangunkan modal
insan yang berkualiti (Noor , Sho, Hariyaty, & Rohaila, 2019). Justeru itu, menerusi amalan
pengajaran dan pembelajaran abad 21 semua guru yang mempunyai kemahiran pedagogi
abad 21 iaitu berbantukan ICT dan kepelbagaian metodologi ilmu adalah penting (Bee,
2015).

b) Huraikan bagaimana pemahaman teori pembelajaran boleh membantu pendidik dalam


amalan mereka dengan sokongan sumber semasa dan berkaitan.
Teori koperatif
Teori pembelajaran berasaskan penemuan
Teori pembelajaran berasaskan penemuan

c) Cabaran mengaplikasikan teori pembelajaran dalam persekitaran pendidikan.


Cabaran setiap teori

2
d) Bagaimanakah kita boleh menilai betapa bergunanya teori pembelajaran untuk
memaklumkan pemikiran pedagogi dan reka bentuk pembelajaran kita? Bincangkan dan
sokong hujah anda dengan rujukan yang berkaitan.

Pendidikan di sekolah Malaysia pada asalnya bermatlamat untuk menjalankan pembelajaran


dan pemudah cara (PdPc) yang berkesan.Oleh hal yang demikian, kewujudan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK) juga menghubungkan tujuan di atas.Kerajaan Persekutuan di
Malaysia telah mewujudkan satu tunjang pendidikan yang perlu diberikan perhatian oleh
warga pendidik.FPK sebagai langkah awal transformasi negara di Malaysia. Mengikut FPK
menurut Choong (2009), pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah
memperkembang lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan
insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Dalam menghadapi pendidikan global dan
merealisasikan FPK, serta memperkasa sekolah- sekolah kebangsaan di Malaysia melalui
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Malaysia (PIPP) 2006-2010, Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) telah mengambil langkah-langkah yang proaktif. Seseorang guru seharusnya
bertanggung- jawab dalam meningkatkan prestasi murid dan melahirkan murid sebagai modal
insan kelas pertama pada masa hadapan. Oleh itu, strategi dan kaedah pengajaran hendaklah
dipelbagaikan oleh guru secara kreatif dan inovatif semasa sesi PdPc dijalankan di bilik
darjah. Sudah tentu pembelajaran dikatakan berjalan lancar, menarik dan efektif kepada
murid, sekiranya kaedah pengajaran yang pelbagai dan bersesuaian dengan isi pelajaran serta
mengikut keperluan dan kemampuan murid dilaksanakan oleh guru (Mohamad Johdi, 2007).
Semua guru diharapkan supaya memilih kaedah dan strategi PdPc yang sesuai dalam
pengaplikasian dalam proses PdPc. Berikutan itu, kecemerlangan dalam pencapaian
membantu murid bukan sahaja dalam bidang akademik, malah membantu murid
mengharungi kehidupan seharian dengan jayanya. Dalam pada itu, Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dapat melahirkan insan yang harmonis dan seimbang serta seterusnya dapat
merealisasikan Wawasan 2020.Setiap murid menggunakan cara yang berbeza untuk belajar.
Namun, dengan mengaplikasikan pelbagai kaedah atau strategi akan dapat meningkatkan
pengetahuan dan pemahaman mereka dalam proses pembelajaran. Pendekatan dan kaedah
pengajaran yang digunakan oleh seseorang pendidik, sudah tentunya akan mempengaruhi
cara murid itu belajar. Pembelajaran koperatif dapat meningkatkan pembelajaran secara
umumnya kerana mempunyai dasar-dasar atau prinsip-prinsip yang khusus.Di samping itu,
pembelajaran koperatif mampu diajar melalui penerapan nilai-nilai murni seperti hormat-
menghormati, bertanggungjawab dan kemahiran- kemahiran sosial yang berguna dan efektif
3
kepada murid. Melalui pembelajaran koperatif, kesedaran dapat dikukuhkan oleh gurumelalui
penerapan nilai hormat dan bertanggungjawab dalam diri murid. Hal ini dapat disemaikan
dalam pengajaran guru sekiranya guru mengajar nilai-nilai ini ketika pembelajaran koperatif
berlaku dalam bilik darjah. Dalam pembelajaran koperatif nilai bertanggungjawab boleh
dilihat apabila murid berpegang kepada prinsip'we sink or swim together'.Hal ini bermaksud,
murid-murid dalam sesuatu kumpulan seharusnya mengamalkan nilai kerjasama dan
bertanggungjawab dalam memberi bantuan kepada ahli kumpulan mereka supaya mereka
sama-sama memahami konsep yang dipelajari, dan saling membantu rakan yang dipilih untuk
mewakili kumpulan dalam memberikan jawapan dalam pembentangan mereka.Nilai
bertanggungjawab melalui aktiviti-aktiviti yang diinginkan oleh setiap ahli kumpulan juga
terserlah terutamanya apabila tugasan yang diberikan kepada kumpulan itu berpegang kepada
peranan khusus untuk melaksanakan sesuatu dengan sebaik mungkin secara bekerjasama.
Selain itu, murid akan terlibat secara aktif dalam pembelajaran koperatifapabila penglibatan
murid mempunyai motivasi tersendiri untuk belajar. Pembelajaran koperatif melalui pelbagai
strategi dapat membantu murid mempunyai nilai bertanggungjawab terhadap pembelajaran
mereka sendiri dan guru berperanan sebagai pembimbing. Strategi pembelajaran koperatif
yang mewujudkan pelbagai aktiviti yang menarik membantu murid tertumpu kepada
pembelajaran. Hal ini juga akan mengelakkan murid melakukan pelbagai gangguan di bilik
darjah (Zamri et al. 2015). Kajian Somasundram & Mahamod (2017) dan Nurhidayah et al
(2018) membuktikan bahawa pembelajaran koperatif banyak mengubah tingkah laku murid
daripada pasif kepada penglibatan aktif di dalam bilik darjah. Murid-murid lebih
berkeyakinan, berani dan bersemangat dalam melontarkan pandangan, pendirian serta hujah
masing-masing berdasarkan sukatan pelajaran tersebut. Bukan itu sahaja, murid-murid
sentiasa termotivasi dan minat terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Ini jelas
menunjukkan murid-murid tidak mudah bosan dan jemu walaupun pembelajaran koperatif
dilakukan pada setiap masa. Pembelajaran koperatif merupakan salah satu daripada teknik
pengajaran moden. Pembelajaran ini secara langsungnya dapat meningkatkan pemahaman
murid, menggalakkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis, meningkatkan pencapaian
dan motivasi murid serta juga meningkatkan secara berterusan akan sesuatu pengetahuan
kepada murid. Keseluruhannya, pembelajaran koperatif telah meningkatkan motivasi murid
sekali gus berjaya menggalakkan senario pembelajaran yang aktif di bilik darjah .

4
5
BAHAGIAN 11: PENYERTAAN KELAS DALAM TALIAN

(a) Pendapat peribadi

(b) Pendapat peribadi

6
(c) Pendapat peribadi

(d) Membalas komen rakan

7
(e) Membalas komen rakan

8
APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI

Nama Pengarang, (tahun), Tajuk Buku, Penerbitan

9
10

Anda mungkin juga menyukai