Anda di halaman 1dari 13

1.

O PENGENALAN
Dalam pendidikan formal, proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) haruslah diberi penekanan
yang sewajarnya. Proses yang disinonimkan dengan pengajaran dan pembelajaran bilik darjah
melibatkan guru dan pelajar ini sememangnya memerlukan suatu usaha berterusan ke arah
menyediakan pendidikan komprehensif dan efektif terhadap segala isi pelajaran yang disampaikan.
Proses pengajaran juga dikenali sebagai pedagogi dalam istilah pendidikan, iaitu merujuk kepada
kajian tentang kaedah dan prinsip pengajaran. Oleh itu, proses P&P perlu diberi sentuhan yang
dapat menarik minat para pelajar agar setiap isi pelajaran yang disampaikan memberi input
maksimum terhadap kefahaman mereka. Koh Boh Boon (1992) menyatakan bahawa proses
pengajaran-pembelajaran di sekolah melibatkan dua pihak iaitu guru dan murid. Justeru, pengajaran
yang ideal haruslah membawa kesan penuh ke atas pembelajaran yang berlaku. Keadaan di mana
para pelajar tidak memberi tumpuan dalam peroses P&P adalah wujudnya pertentangan minat
mereka disebabkan kebergantungan guru sepenuhnya terhadap kurikulum yang telah ditentukan
untuk diajar kepada para pelajar diperingkat-peringkat tertentu sehingga usaha para guru tertumpu
kepada menghabiskan sukatan pelajaran dan mengabaikan proses pengajaran yang sepatutnya
(Atan Long, 1982). Justeru, proses pengajaran memerlukan persediaan yang mantap oleh seorang
pendidik sebelum terlibat secara langsung dalam proses P&P di sekolah. Menurut Zawawi Hj. Ahmad
(1992) pengajaran seorang guru bukanlah semata-mata dengan hanya menyampaikan kandungan
pelajaran yang dikuasainya itu kepada muridnya. Hal ini kerana, sekiranya seorang guru hanya
berbuat demikian maka langkah tersebut belum lagi menjamin prestasi pengajaran yang tinggi.
Dalam pada itu, konsep pengajaran guru dan pembelajaran murid menurut beliau lagi merupakan
konsep menggunakan pendekatan yang positif bagi menggerakkan motivasi dalaman murid
disamping menyampaikan isi pelajaran yang dikuasai oleh seorang guru. Konsep ini juga sebagai
suatu usaha bagi menimbulkan rasa perlu murid untuk mengikuti pelajaran dan mereka akan berasa
rugi sekiranya tidak dapat mengikuti pelajaran yang disampaikan. Sementara itu, Abd.Ghafar Md.Din
(2003) mengemukakan proses pengajaran mempunyai ciri-ciri sains kerana ia melibatkan
penyelidikan, pemerhatian dan mempunyai rumusan-rumusan sebagaimana bidang sains. Tambah
beliau lagi, proses ini juga dianggap sebagai suatu seni kerana seorang guru perlu kreatif agar
menjadikan pengajaran lebih menarik dan berkesan. Kemahiran juga amat diperlukan dalam proses
pengajaran selain penguasaan ilmu pengetahuan. Oleh itu, proses ini melibatkan latihan sempurna
bagi menghasilkan pengajaran yang menarik sekaligus menambah keyakinan seseorang guru.
Justeru, beliau menyifatkan guru sebagai seorang seniman yang berfungsi sebagai seorang pelakon
dengan menggunakan pergerakan badan, mimik muka dan tekanan suara yang sesuai bagi
memenuhi kesempuranaan proses pengajaran yang dilaksanakan. Sehubungan itu, fokus perlu
diberikan sepenuhnya terhadap proses pengajaran serta faktor-faktor yang dapat mempertingkat
dan memperkembang ke arah mewujudkan amalan pengajaran guru yang berkesan. Bagi tujuan
tersebut kajian berhubung isu proses pengajaran perlu diperhalusi agar ia menjanjikan keberkesanan
sistem pendidikan semasa melalui falsafahnya untuk melahirkan generasi seimbang yang cemerlang
dalam akademik dan pembangunan insan.

Kepelbagaian kaedah pengajaran dan kreativiti guru dalam pengajaran dan pembelajaran (P
& P) akan dapat membantu pembangunan modal insan untuk melahirkan pelajar yang
kompeten, inovatif, kreatif dan berkebolehan bagi memenuhi keperluan negara pada masa
hadapan. Kaedah pengajaran hari ini tidak lagi dibelenggu oleh buku teks yang berpusat
kepada guru semata-mata. Sebaliknya pengajaran perlu berpusat kepada pelajar melalui
pelbagai aktiviti pembelajaran. Mengamalkan prinsip kepelbagaian dalam pengajaran sebagai
rempah hidup di bilik darjah akan dapat mewujudkan keseronokan dalam pembelajaran dan
seterusnya keberkesanan pembelajaran kepada pelajar itu sendiri .
Semakin moden dan semakin canggih kehidupan di dunia ini, semakinlah banyak perubahan
dan pembaharuan yang dilakukan. Inovasi adalah proses membawa perubahan dan
pembaharuan, ini adalah penting dalam membina budaya organisasi supaya sesuatu
organisasi itu tidak berhadap dengan kebuntuan dan tidak menjadi statik. Yang penting
organisasi itu berupaya mengatasi masalah dan mampu berhadapan dengan pelbagai cabaran
dan tuntutan perubahan kemajuan seperti teknologi, budaya, politik, sosial dan ekonomi serta
komunikasi yang semakin moden.
Inovasi melibatkan perkembangan idea dan pemikiran yang bersifat kreatif dan inovatif.
Inovasi selalunya dikaitkan dengan rekaan dan penemuan baru yang dapat membawa prospek
baru kepada perubahan kemajuan dan pembaharuan.Selain itu, inovasi boleh ditakrifkan
sebagai perspektif sistem, berasaskan teori bahawa manusia dam masyarakatnya mempunyai
keinginan untuk terus maju dan boleh membangun ke arah sesuatu yang lebih baik daripada
apa yang sedang mereka alami. Terdapat juga pandangan yang menghuraikan inovasi sebagai
idea, amalan atau bahan yang boleh membawa pembaharuan kepada seseorang individu atau
sistem sosial. Pandangan ini menjelaskan bahawa inovasi adalah idea, latihan atau objek yang
dianggap baru oleh individu. Baru dalam konteks inovasi tidak bermaksud idea, amalan
atau bahan yang telah diketahui atau disedari tetapi masih belum diterima. Baru
menekankan sebarang idea dan amalan yang menunjukkan tanda-tanda penerimaan
disebabkan terdapat perbezaan dan pembaikan ke arah yang lebih baik daripada yang lepas.
Inovasi pendidikan boleh dikatakan sebagai sebarang bentuk polisi baru, silibus, kaedah atau
perubahan organisasi baru yang bertujuan untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran.
Inovasi pendidikan juga membawa maksud pembaharuan, pembaikan, pengubahsuaian atua
pemulihan terhadap pendidikan yang sedia ada. Ini menjadikan pendidikan yang sedia ada

lebih

baik

lebih

sempurna

dan

lebih

sesuai

dengan

keperluan

negara.

Dalam konteks keguruan kreativiti berperanan sebagai momentum yang akan


menghasilkan satu proses pengajaran berkesan seterusnya menjadi asas ke arah
merealisasikan kecemerlangan akademik pelajar. Sementara itu, Robiah Sidin dan
Hassan Langgulung (1980) mengemukakan Kreativiti bagi seorang guru merupakan
elemen yang dapat dipergunakan untuk menghasilkan satu bentuk pengajaran dinamik.
Para guru yang memiliki daya kreatif seringkali mendatangkan banyak idea baru selain
dapat mengatasi masalah dengan menggunakan bahan-bahan serta situasi-situasi
tertentu dengan cara luar biasa. Jelaslah bahawa sekiranya daya kreativiti ini dapat
dijelmakan dalam proses pengajaran oleh seorang guru maka proses pembelajaran
pelajar-pelajarnya akan mendapat limpahan maklumat pengetahuan maksimum.
Kemantapan proses pengajaran menerusi adunan kaedah, teknik dan pendekatan
kreatif oleh seorang guru menjanjikan suatu proses pembelajaran yang menarik minat
pelajar dalam mengikuti isi pelajaran yang disampaikan oleh guru tersebut. Seterusnya,
kreativiti guru yang mewarnai proses pengajarannya akan menjadikan suasana
pembelajaran yang kondusif selain membuka ruang untuk pelajar dalam memahami
sepenuhnya isi pelajaran yang disampaikan dan sentiasa mengingati terhadap apa yang
telah mereka pelajari itu. Malahan kreativiti guru tersebut juga secara langsung
menanam nilai murni kepada pelajar supaya melahirkan sesuatu yang berinovasi dalam
pemikiran mereka. Di samping itu, penghasilan proses pengajaran berkesan juga
meliputi hubungan dua hala antara guru dan murid. Bagi menjamin kelangsungan setiap
isi pelajaran yang disampaikan hubungan ini akan merangsang tindak balas (respons)
daripada kedua-dua pihak. Perhubungan guru dan pelajar terutamanya dalam bilik
darjah berperanan sebagai medium yang menghubungkan isi pelajaran supaya ia dapat
diterima sepenuhnya oleh para pelajar. Sehubungan itu, kemahiran berkomunikasi guru
yang melibatkan gabungan kreativiti dapat mewujudkan suatu suasana yang dapat
mempengaruhi minda dan respons pelajarnya. Selain itu, Komunikasi yang baik diantara
guru dan pelajar akan mewujudkan kemesraan yang memberi kesenangan dalam
proses pembelajaran sekaligus memberi input pengetahuan bermanfaat bagi para
pelajar. Justeru, guru sewajarnya memberi penekanan terhadap hal ini agar dapat
menyumbang ke arah proses pendidikan melalui peningkatan dan perkembangan
hubungan sosial positif terhadap setiap anak didiknya. Kereativiti dalam proses
pengajaran juga melibatkan teknik atau kaedah yang digunakan oleh seorang guru
terhadap penyampaian kandungan pelajarannya. Kemahiran yang ada dalam
menguruskan hal-hal ini akan menjana kemajuan dan prestasi pelajar ke arah
membentuk kefahaman mereka. Abd Ghafar Md. Din (2003) menyatakan hal ini
bergantung kepada beberapa faktor yang melibatkan masa pengajaran, jumlah pelajar,
bahan pengajaran dan lain-lain lagi. Menurut beliau lagi, dengan menggunakan pelbagai
kaedah pengajaran atau teknik pelajar tidak akan berasa bosan. Oleh demikian, teknik
atau kaedah pengajaran yang bersesuaian akan menjadikan pengajaran guru lebih
menarik dan berkesan. Oleh itu, ia melibatkan kemahiran dan idea-idea kreatif seorang
guru bagi menguruskan halhal ini. Dalam proses pengajaran ia melibatkan gabung jalin
isi pelajaran dan aktiviti pelajar. Bagi mencapai matlamat pengajaran sekaligus
menjamin keberkesanannya ia haruslah memberi fokus kepada kecenderungan pelajar.
Ini melibatkan kebebasan memilih pendekatan serta teknik P&P mengikut kemampuan
pelajar agar dapat memberi sepenuh perhatian. Dengan demikian, daya kreativiti guru
menjadi asas dalam mencorakkan proses pengajaran supaya dapat mewujudkan
keceriaan pelajar menerusi aktiviti-aktiviti pengajaran seperti melakukan eksperimen,
demonstrasi, lakonan dan sebagainya yang memperlihatkan perkara-perkara praktikal.

Selain itu, kreativiti guru dapat diwujudkan dalam menyampaikan isi pelajaran semasa
proses P&P dengan mengaitkannya dengan isu-isu semasa yang menjadi sumber
maklumat tambahan kepada para pelajar. Penerangan isi pelajaran dengan perkaitan
sumber maklumat semasa akan mencambahkan minda dan pengetahuan sedia ada
pelajar. Seterusnya hal ini akan membentuk kefahaman maksimum dan penerapan ilmu
serta mendedahkan mereka kepada realiti dunia semasa. Misalnya, dalam
matapelajaran sains yang membincangkan berkenaan biologi, guru dapat mengaitkan
konsep biologi tersebut dengan teknologi pengklonan yang telah dijalankan oleh
beberapa negara maju di dunia dan menimbulkan pelbagai perspektif masyarakat.
Secara tidak langsung perkaitan seperti ini akan menjadikan para pelajar terus
menerokai secara mendalam lagi berkenaan isi pelajaran yang disampaikan. Tuntasnya,
kemahiran dan kebolehan para guru dalam mengendali setiap proses P&P bergantung
kepada keupayaan kreativiti mereka dalam mempelbagaikan corak penyampain isi
pelajaran. Justeru, proses pengajaran sedemikian akan menjadikan pelajar dapat
mengikuti setiap isi pelajaran yang disampaikan serta dapat menguasai pemikiran
mereka supaya dapat memberi sepenuh perhatian semasa proses P&P dilaksanakan.
5. KESIMPULAN
Pendidikan dewasa ini telah banyak berubah jika dibandingkan sepuluh tahun dahulu
yang mana perubahan ini telah meletuskan perubahan yang sangat ketara terutama
dalam sistem pentadbiran dan proses pengajaran dan pembelajaran dalam sistem
pendidikan global. Letusan ini adalah disebabkan oleh perubahan dalam bentuk
teknologi yang semakin maju dan digunakan oleh semua negara di dunia untuk menjadi
bahan yang penting dalam memantapkan lagi kaedah pengajaran dan pembelajaran (
P&P ) di bilik darjah bukan sahaja dinegara maju bahkan negara-negara sedang
membangun seperti Malaysia mengunakannya dalam sistem P&P demi menjamin
sistem pendidikan di negara ini setanding dengan apa yang ada di negara maju dengan
penggunaan Teknologi Maklumat Multimedia (ICT ). ICT adalah merupakan
terminologi yang memperihalkan perkakasan dan perisian. Perkakasan seperti
komputer, pengimbas dan kamera. Manakala perisian terdiri daripada program
pemerosesan pengkalan data program multimedia.
Sejajar dengan ledakan ICT kerajaan telah membekalkan dan memperlengkapkan
semua sekolah di negara ini dengan sistem ICT Sasaran kerajaan untuk merapatkan
jurang pendidikan antara sekolah bandar, luarbandar dan pedalaman dengan
memastikan semua sekolah mampunyai perkakasan dan perisian ICT yang digunakan
dalam P&P seharian, walau bangaimanapun jurang tersebut masih lagi ketara kerana
faktor geografi menyebabkan penggunaan ICT lebih menyerlah di sekolah bandar dan
pinggir bandar kerana faktor sumber tenaga letrik. Walaupun setiap sekolah luar bandar
dan pedalaman dibekalkan dengan genset ( Genarator letrik ) kekangan dari
pengurusan bahan api yang tidak di atur dan selaraskan dengan baik menyebabkan
sekolah-sekolah ini tetap tidak dapat mengunakan ICT dengan optimum pemantauan
oleh Jabatan Pelajaran Negeri Sabah mendapati ada sekolah di pedalaman tidak
pernah menggunakan ICT malah ianya masih dalam kotak yang belum dibuka lagi.
Faktor ini menyebabkan pelajar di kawasan ini masih berada di tahap lama dengan
sistem pengajaran dan pembelajaran,kaedah serta pengurusan sekolah ditapuk lama.
ICT mampu menghasilkan sumber dan pengurusan yang produktif dengan bantuan dari
prasarana logistik yang efisyen seperti bekalan tenaga yang mencukupi serta kemahiran
yang perlu dimiliki oleh tenaga pengajar. Keputusan peperiksaan awam saban tahun
menunjukkan sekolah bandar mendahului sekolah dari ketogeri lain dengan jumlah
pelajar yang mendapat keputusan 5A bagi UPSR berbanding sekolah luar bandar atau

pedalaman yang mensasarkan pelajar lulus sekurang-kurangnya mendapat 5C iaitu


tahap lulus minima dalam UPSR. Sokongan prasarana yang lengkap kepada sekolah
bandar menyebabkan ICT dapat digunakan dengan meluas dalam P&P disetiap kelas
dan pada semua mata pelajaran menjadikan hasil pembelajaran mencapai tahap yang
paling optimum. Ini dapat dibuktikan dengan pencapaian peperiksaan UPSR sekolah
bandar seperti daerah Kota Kinabalu lebih baik berbanding daerah Semporna atau
daerah-daerah luar bandar yang lain.
Pengurusan sekolah menjadi efisyen dengan penggunaan ICT dalam pentadbiran
seperti pengurusan jadual waktu, kad perakam waktu, Kumpulam Wang Amanah
Pelajar Miskin ( KWAPM ), kewangan, Pengajaran dan pembelajaran Sains dan
Matematik dalam Bahasa Inggeris ( PPSMI ) membuktikan ICT bukan sahaja pelengkap
kepada sistem sedia ada disekolah malah ianya menjadikan pengurusan pentadbiran
sesebuah sekolah menjadi cemerlang dan ini menjadikan ianya Sekolah Berkesan,
Sekolah Harapan Negera, Sekolah Cemerlang, Sekolah Premier, Sekolah Impian atau
apapun jenama yang diberikan ianya tetap sebuah sekolah Terbaik dari sekolah yang
baik dalam negara ini. Semua sekolah-sekolah terbaik dinegara ini di samping
mempunyai pengurus dan tenaga pengajar yang berkaliber, pembudayaan ICT dalam
semua urusan yang menjamin pengurusan serta pentadbiran sesebuah sekolah
menjamin ke arah sekolah terbilang yang akan menjadikannya sekolah rebutan kepada
ibu bapa yang berwawasan terhadap pendidikan anak adalah keutamaannya.
Sebagai kesimpulannya dapatlah digarapkan ICT sebenarnya menyumbang kepada
produktiviti sesebuah sekolah untuk mengeluarkan output yang optimum sejajar dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi
Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek dan ini akan menyumbang kepada menjadikan
sumber tenaga negara pada masa depan dapat memajukan Malaysia sesuai dengan
wawasannya. ICT sahaja tidak menjamin ke arah sekolah produktif tanpa pengurusan
yang cemerlang, tenaga pengajar yang berpengetahuan dan prasarana yang
menyokong kearah keberkesanan Teknologi Maklumat.
Keberkesanan proses pengajaran dalam proses P&P merupakan aspek yang sangat
penting dalam sistem pendidikan. Justeru, bagi meningkatkan dan memperhebat
usahausaha ke arah amalan pengajaran berkesan memerlukan kepada daya kreativiti
guru yang dapat menggunakan segala kebolehan dan kemahiran dalam menyampaikan
isi pelajaran. Ini dapat dilakukan berdasarkan ketajaman idea-idea baru bagi menjana
penguasan maksimum para pelajar terhadap ilmu pengetahuan yang disampaikan.
Sungguhpun kemudahanteknologi pengkomputeran menjadi arus perdana masakini
menjadi dasar kemajuan pembangunan baru, namun keberkesanannya dalam proses
pengajaran hanya dillihat sebagai suatu sumber kemudahan yang tidak bersifat
sepenuhnya. Oleh itu, adalah menjadi keutamaan bagi para guru menggunakan daya
kreativiti mereka bagi mewujudkan kedinamikan proses P&P tanpa bergantung
sepenuhnya dengan kemudahan teknologi pengkomputeran.
Rujukan

Dewan Bahasa dan Pustaka. 1998. Dewan Budaya Februari 1998. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Dewan Bahasa dan Pustaka. 1998. Dewan Budaya Januari 1998. Kuala Lumpur :

Dewan Bahasa dan Pustaka.


Jamaludin Badusah, Muhammad Hussin & Abd. Rasid Johar. 2000. Inovasi dan
Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Banting, Selangor : AJM
Publishing Enterprise.
Rashidi Azizan dan Abd. Razak Habib.1996. Pengajaran Dalam Bilik Darjah :
Kaedah
dan Strategi. Kajang : Masa Enterprise.
Zoraini Wati Abas. 1994. Komputer Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur : Penerbit
Fajar
Bakti Sdn. Bhd.

Abd. Ghafar Md. Din (2003), Prinsip Dan Amalan Pengajaran, Kuala Lumpur: utusan
publications & distributors sdn. Bhd
Isahak Haron & Koh Boh Boon (1992), Asas-Asas Dalam Amalan Pedagogi,Kuala
Lumpur:utusan publications & distributors sdn.bhd
Sharifah Alwiah Alsagoff (1983), Ilmu Pendidikan: Pedagogi, Kuala Lumpur:
Heinemanneducational books (Asia) Ltd
Jauhara Hj. Tak (1995), Penyelesaian Masalah Dan Pemikiran Kreatif Dalam
Pendidikan,Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka
V. Pang, Y.K. Yap & Y.M Tam (1992), Buku Sumber Komputer Dalam Pendidikan,
Selangor:longman malaysia sdn. Bhd
G.S Rao, A.K. Roa, Zoraini Wati Abas & Wan Fauzy Wan Ismail (1991),
PembelajaranBerbantukan Komputer, Selangor: penerbit fajar bakti sdn. Bhd
Yusri mat johor (2004), Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran Sejarah Tingkatan
Tiga,
Kertas Projek Ijazah Sarjana, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Zawawi hj. Ahmad (1992), Strategi Pengajaran Pendidikan Islam KBSM, edisi kedua,
Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti.
Robiah Sidin & Hassan Langgulung (1980), Ke Arah Pembentukan Guru-Guru Yang
Kreatif,Kertas Kerja Tambahan Konvensyen Pendidikan Kelima, Jab. Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi Selangor.

KONSEP 5P
Konsep 5P merupakan asas dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam KBSR.
Konsep ini merupakan aspek penting dalam pengajaran dan pembelajaran kerana melalui
proses ini pelajar dapat menyesuaikan maklumat dalam rangsangan serta menghasilkan satu
pelajaran yang bersepadu dan menyeluruh serta mengelakkan kebosanan dalam kalangan
murid.
Konsep 5P ini juga merupakan strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
di peringkat sekolah rendah. Ia merupakan satu saranan supaya bidang kemahiran atau bahan
pengajaran dan pembelajaran disampaikan secara bersepadu dan tidak secara berasingan.
Dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), konsep 5P masih diteruskan
berdasarkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). 5P merujuk kepada
Penggabungjalinan, Penyerapan, Penilaian, Pengayaan dan Pemulihan. Tidak banyak
perbezaan dalam kedua dua Kurikulum ini dan KSSR mempunyai penambahbaikan sesuai
dengan matlamatnya melahirkan murid yang mempunyai kreativiti dan inovasi selaras
dengan dasar negara maju menjelang tahun 2020. Elemen keusahawanan serta teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT) ditekan secara ekplisit di dalam KSSR.

A. Penggabungjalinan
Definisi:
Penggabungjalinan ialah satu sesi pengajaran dan pembelajaran yang menyarankan
supaya bidang kemahiran yang berkait rapat atau bahan pengajaran yang mempunyai urutan
yang baik tidak disampaikan secara berasingan. Strategi ini berhasrat untuk menjadikan aspek
kemahiran saling memperkukuh dan bahan pengajaran saling melengkapi. Dalam hal ini, sesi
pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan.
Ciri-ciri:
1.

Penguasaan beberapa kemahiran serentak sama ada inter bidang atau intra bidang

2.

Aspek tatabahasa, kosa kata dan peribahasa turut digabungjalinkan

3.

Kemahiran bahasa digabungkan dalam proses P&P

Cara pelaksanaan:

Seperti yang telah diterangkan di atas, konsep penggabungjalinan ialah


menggabungkan 2 atau lebih jenis kemahiran, aktiviti atau pun bahan di dalam satu
pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, jika guru ingin menggunakan konsep 5P
penggabungjalinan kemahiran di dalam teknik pengajaran dan pembelajaran, maka guru
berkenaan akan menggabungkan 2 di antara kemahiran lisan, kemahiran membaca dan
kemahiran menulis. Isi kandungan P&P guru harus melibatkan gabungan 2 di antara
kemahiran bahasa tersebut. Contohnya, guru merancang ingin mengajar murid-murid tahun 4
yang bertema Rakyat Cergas Negara Maju. Guru memilih tajuk Bintang Badminton sebagai
topik pengajarannya. Guru memilih Hasil Pembelajaran 8.2 Huraian Hasil Pembelajaran Aras
1 sebagai Fokus Utama yang memfokuskan aktiviti guru di dalam kemahiran menulis.
Sementara guru memilih Hasil Pembelajaran 5.2 Huraian Hasil Pembelajaran Aras 3 sebagai
Fokus Sampingan yang memfokuskan aktiviti guru di dalam kemahiran membaca. Jelas di
sini bahawa guru tersebut menggabungjalinkan 2 jenis kemahiran serentak di dalam satu
pengajaran dan pembelajaran iaitu kemahiran menulis dan kemahiran membaca. Langkahlangkah P&P guru seharusnya lebih menekankan kepada fokus utamanya iaitu kemahiran
menulis sementara itu mengaplikasikan kemahiran membaca di dalam satu lembaran kerja
ataupun aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan tahap penguasaan mereka.
Konsepnya sama sahaja jika guru ingin menggabungjalinkan aktiviti dan bahan. Di
dalam penggabungjalinan aktiviti, terdapat tiga aspek aktiviti yang penting iaitu lisan, bacaan
dan kefahaman, serta tulisan. Aktiviti lisan merangkumi berbual, berbincang, berbahas dan
lain-lain. Sementara aktiviti bacaan dan kefahaman merangkumi memahami, meringkas,
memberi makna dan lain-lain serta aktiviti tulisan yang merangkumi esei, laporan, ucapan
dan sebagainya. Untuk melaksanakan penggabungjalinan aktiviti dengan baik, guru perlu
merancang aktiviti-aktiviti mengikut urutan yang baik. Contoh:
a.
b.
c.

Berceramah

mencatat isi

Bercerita
Membaca

berbincang

menulis karangan

mengesan isi

mengulas

menulis ulasan

Di dalam penggabungjalinan bahan, guru memberikan tumpuan kepada bahan atau


tema pengajaran dan pembelajaran. Bahan itu boleh terdiri daripada bahan utama atau bahan
sokongan. Perancangan harus dibuat bagi menentukan bahan yang dipilih sesuai dengan
keperluan, pengalaman, dan tahap pencapaian murid. Di dalam penggabungjalinan bahan
boleh terdiri daripada tiga jenis bahan iaitu bahan utama(petikan), bahan sokongan(bahan
rangsangan) dan bahan lisan(rakaman). Guru boleh menggabungjalinkan bahan-bahan ini

mengikut keperluan masa yang diperuntukkan di samping mempunyai pertalian dan urutan
yang baik. Sebagai contoh:

a.

Berita

b.

ulasan
Iklan

surat permohonan

temu duga

surat jawapan

B. Penyerapan
Definisi:
Di dalam KBSR penyerapan merupakan proses penyebatian dan menyatupadukan
pengetahuan atau unsur pengetahuan daripada satu mata pelajaran lain sebagai isi pelajaran
bagi sesuatu mata pelajaran yang diajar. Dalam pengajaran Bahasa Melayu unsur ilmu, nilai,
dan kemahiran bernilai tambah seperti kemahiran berfikir, kemahiran belajar, dan kajian
masa depan boleh diserapkan.
Ciri-ciri:
1.

Proses menyerapkan pelbagai bidang ilmu, nilai dan kemahiran bernilai tambah dalam P&P
bahasa Melayu

2.

Penyerapan kemahiran bernilai tambah

3.

Peyerapan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis

4.

Penyerapan semangat patriotisme dan nilai murni dalam P&P


Cara pelaksanaan:

C. Pengayaan
Definisi:
Pengayaan adalah sejenis aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar untuk
memberi peluang kepada murid mengembangkan sifat ingin tahu, semangat berdikari, daya
kreativiti, dan semangat kepemimpinan. Pengayaan disediakan untuk semua murid sama
ada kumpulan cerdas, sederhana, atau lemah.
Ciri-ciri:
1.

Diberi penekanan mengikut tahap kebolehan, bakat, keupayaan dan minat murid

2.

Aktiviti pengayaan boleh diubah mengikut kesesuaian seperti melakukan aktiviti yang lebih
mencapar kepada murid yang sudah hasil pembelajaran awal dari jangkaan masa

3.

Aktiviti pengayaan boleh dilakukan dengan bimbingan guru atau sendirian mengikut
kebolehan murid.
Cara pelaksanaan:
Sebagai seorang guru, anda perlu mengambil kira beberapa perkara semasa
merancang aktiviti pengayaan di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Untuk menarik
minat murid-murid terhadap P&P guru, guru seharusnya pandai merangka aktiviti pengayaan
yang bersifat kreatif dan eksperimental. Ini penting bagi meningkatkan proses pemahaman
murid-murid di samping mengelakkan murid-murid bosan atau jemu dengan corak P&P yang
sama.
Beberapa aktiviti pengayaan boleh dijalankan di bilik darjah yang sesuai mengikut
kecerdasan murid yang pelbagai seperti pembelajaran akses kendiri, kerja projek, bacaan
tambahan, permainan dan rekreasi, serta pembelajaran berbantukan komputer. Semua aktiviti
ini mempunyai variasi dan kaedahnya yang tersendiri serta menarik minat murid-murid
dalam mengembangkan sifat ingin tahu, semangat berdikari, daya kreativiti, dan semangat
kepemimpinan. Seharusnya aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh murid-murid hendaklah
dilakukan dengan menggunakan daya usaha sendiri atau hasil kendiri yang boleh memberi
kesan kepada diri murid-murid.
Contoh-contoh aktiviti telah diberikan seperti di atas. Kita lihat bagaimana cara
pelaksanaan untuk aktiviti yang berbantukan komputer.

D. Pemulihan
Definisi:
Pengajaran pemulihan merupakan langkah khas yang guru lakukan untuk membantu
murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam menguasai kemahiran asas
membaca, menulis, dan mengira (3M).Pendidikan pemulihan adalah lebih terbatas dan lebih
khusus sifatnya kerana ia bertujuan membaiki kelemahan pembelajaran. Ia melibatkan muridmurid yang lambat, iaitu mereka yang lembab mencapai pembelajaran berbanding dengan
kanak-kanak yang lain. Pencapaian pembelajaran murid-murid ini biasanya di bawah tahap
pencapaian yang sepatutnya (Koh Boh Boon, 1982).
Ciri-ciri:
1.

Aktiviti pemulihan bertujuan membantu murid menguasai hasil pembelajaran yang belum
dicapai

2.

Aktiviti dilakukan mengikut kadar kemampuan murid.


Cara pelaksanaan:

Di dalam pelaksanaan aktiviti pemulihan, guru seharusnya bijak untuk merancang


aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan tahap kecerdasan mereka.
Kita ambil contoh pemulihan di dalam bilik darjah yang menekankan

Aktiviti pemulihan boleh dilakukan melalui lima kaedah iaitu pengajaran individu,
pengajaran kumpulan kecil, pengajaran kumpulan besar, pengajran bimbingan rakan sebaya
dan juga pengajaran kolaboratif. Bagi pengajaran individu guru akan membimbing murid
bagi mengatasi masalah yang dihadapi dengan alat bantuan yang sesuai manakala bagi
pengajaran kumpulan kecil pula guru akan membimbing murid yang berada dalam kelompok
kumpulan yang sama dan mempunyai masalah yang sama tetapi mendapat perhatian secara
individu dari guru.
Pengajaran kumpulan besar pula ialah murid-murid mendapat pemulihan dalam
sebuah kelompok yang besar di mana murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran
yang [
Berapa langkah khas harus diambil kira ketika menjalankan langkah-langkah
pemulihan bagi memastikan objektif aktiviti pemulihan tercapai seperti membuat
perancangan dan memilih teknik pengajaran yang sesuai, menentukan masalah yang sama
tidak berulang, mengikuti kemajuan murid dengan menggunakan senarai semak dan juga
membuat penentuan aktiviti penhukuhan yang sesuai dan secocok bagi menyelesaikan
masalah. Setelah selesai proses pemulihan sebagaimana yang telah dijadualkan satu penilaian
harus dilakukan bagi menguji tahap penguasaan murid. Penilaian ini bertujuan bagi
memastikan sama ada objektif pengajaran pemulihan terlah tercapai atau tidak dan tindakan
susulan akan diambil ke atas murid.

Rasionalnya pendidikan pemulihan adalah amat penting kerana melalui pendidikan


pemulihan murid-murid yang lemah dapat diasuh dan diberikan tumpuan yang lebih
berbanding murid lain. Hal ini berlaku kerana murid adalah berbeza dari segi pengalaman,
minat dan juga kebolehan. Oleh itu murid yang lemah atau menghadapi masalah tertentu
perlulah diberi perhatian dan bimbingan. Objektif pendidikan pemulihan diadakan adalah
untuk membolehkan murid-murid menguasai kemahiran-kemahiran tertentu dengan
mengikuti aktiviti-aktiviti alternatif yang sesuai dengan murid.
Selain itu pendidikan pemulihan ini juga membolehkan murid-murid mendapat
layanan dan kemudahan belajar yang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mental
mereka di samping membolehkan murid mengurangkan masalah yang dihadapi melalui

bantuan guru-guru dan juga pihak lain. Murid juga turut diberikan peluang untuk mencuba
mengembangkan potensi diri mereka dalam pelajaran dan minat mereka untuk mencuba ke
tahap yang lebih maju serta sama-sama melibatkan diri sepenuhnya dalam aktiviti-aktiviti
sosial sama ada di dalam atau di luar bilik darjah.
Antara faktor yang membawa kepada masalah pembelajaran ialah apabila wujudnya
perasaan tidak yakin, rendah diri dan takut dalam kalangan murid. Selain itu masalah
pembelajaran juga berlaku akibat daripada sikap negatif yang ada dalam diri murid tersebut
sendiri seperti tidak mahu mengikut kata, tingkah laku yang kurang baik serta disiplin diri
yang rendah. Faktor kecacatan sejak lahir dan selepas lahir juga turut menyumbang kepada
masalah pembelajaran. Murid yang mengalami kecacatan ini akan ditempatkan disekolah
khas yang bersesuaian dengan keadaan mereka.

E. Pentaksiran dan penilaian


Definisi:
Penilaian merupakan satu proses atau aktiviti yang sistematik untuk memperoleh
maklumat yang berguna dalam menentukan sesuatu prestasi pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu. Dalam Bahasa Melayu KBSR, penilaian merupakan satu proses untuk
menguji, mengukur, dan membuat pertimbangan mengenai kebolehan atau kemahiran dan
kefahaman murid berdasarkan objektif Pengajaran dan Pembelajaran.

Ciri-ciri:
1.

Bertujuan bagi mendapatkan maklumat untuk menentukan pencapaian sesuatu hasil


pembelajaran dan objektif P&P

2.

Penilaian dilakukan secara berkala den berterusan serta tindakan susulan bagi mengetahui
tahap penguasaan dan pencapaian murid
Cara pelaksanaan:

Anda mungkin juga menyukai