Anda di halaman 1dari 27

PPP 6084

ISU-ISU PPENDIDIKAN SEMASA


KUMPULAN 3

Inovasi, kreativiti dan perubahan dalam pendidikan: Cabaran dan halangan


pelaksanaannya
Oleh:
Tiong Siew Ming
Rita Tang Chung Fang

Abstrak
Penulisan ini adalah untuk membincangkan inovasi, kreativiti dan perubahan dalam
pendidikan dari segi cabaran dan halangan pelaksanaannya. Penulisan ini menfokuskan
kepada dua aspek iaitu kurikulum dan ko-kurikulum. Dalam masa yang sama, skop yang
akan dibincangkan termasuk pengamalan inovasi dan kreativti kurikulum dan kokurikulum di sekolah, jenis latihan yang telah diikuti oleh guru-guru, faktor-faktor yang
menjadi halangan dan juga cabaran guru-guru dalam melaksanakan amalan inovasi dan
kreativiti di sekolah. Menurut Haris (1993), kefahaman guru mengenai sesuatu inovasi
dalam pengajaran dan pembelajaran adalah penting bagi melihat kejayaan
pelaksanaannya. Kegagalan pelaksanaan dalam menjalankan misi ini pasti
menimbulkan kesan yang tidak baik kepada bakal penerimanya iaitu pelajar sekolah.
Begitu juga, menurut Hamdan et al. (2004), memandangkan pengajaran dan
pembelajaran kini telah mengalami perubahan, iaitu yang mengkehendaki guru tidak
lagi menggunakan kaedah chalk and talk tetapi telah berubah kepada penggunaan
alat bantu mengajar yang canggih seperti LCD projektor, OHP, media dan sebagainya.
Dalam sistem pendidikan secara berpusat yang diamalkan di Malaysia, pelaksanaan
inovasi pendidikan adalah bersifat menjunam melalui proses dari atas ke bawah. Proses
yang perlu dilalui untuk menyebarkan inovasi kepada penerima adalah panjang dan
berliku, melibatkan beberapa peringkat penyebaran tertentu. Dalam 11 anjakan utama
yang dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM), penfokusan
telah diberi dalam mentransformasikan sistem pendidikan negara dalam juga teras dan
dasar pembangunan insan di mana guru sebagai pelaksana dalam pendidikan anak
bangsa bagi memperkasa generasi muda pada masa depan. Hasrat PPPM ini adalah
untuk membangunkan masyarakat inovatif dan kreatif, yang mempunyai pengetahuan
dan keupayaan sains dan teknologi yang kukuh serta memiliki kemampuan memperoleh
dan menggunakan pengetahuan. Maka, perancangan pengurusan kakitangan profesional
merupakan satu alat untuk memperkembangkan lagi potensi manusia sebenar. Sekolah
tidak akan berjaya tanpa wujudnya kakitangan profesional yang mahir dan cekap
mengendalikan sumber tersebut walaupun terdapat sumber kewangan dan peralatan di
sekolah itu. Kejayaan program akademik di peringkat sekolah bergantung kepada guru
dan pentadbir dan pengetua yang profesional. Profesional yang efektif bergantung
kepada perancangan pengurusan kakitangan yang efektif.

PPP 6084
ISU-ISU PPENDIDIKAN SEMASA
KUMPULAN 3

Kata kunci: Inovasi, kurikulum, ko-kurikulum, pengajaran dan pembelajaran,


perubahan,
1.0 Pengenalan
Spencer (1994) menjelaskan inovasi ialah sesuatu yang di anggap baru dan lebih
baik daripada yang lama oleh seseorang individu. Inovasi merupakan kaedah mencari
jalan dan

menghasilkan produk dan perkhidmatan baru yang lebih baik. Oleh yang

demikian, setiap organisasi akan bersaing untuk menghasilkan idea yang kreatif yang
menyumbang ke arah manfaat bersama (Kinicki dan William, 2003).
Inovasi bermaksud pembaharuan, modifikasi, atau membaiki idea, benda, ilmu
dan ciptaan seni budaya tamadun dengan tujuan memenuhi fungsi-fungsi tertentu atau
memenuhi cita rasa tertentu atau memenuhi pasaran tertentu (Sufean Hussin, 2001)
semasa pembentangan kertas kerja di Seminar Dasar dan Pengurusan Pendidikan.
Sementara itu, Oldham dan Cuming (1996) pula menyatakan inovasi ialah kejayaan
aplikasi pertama pada sesuatu produk atau proses. Damapour (1991) menyatakan inovasi
sebagai mengenerasi perkembangan dan penggunaan idea baru pada organisasi.
Inovasi pendidikan adalah hasil perubahan teknologi internet dan keperluan dunia
tanpa sempadan. Inovasi pendidikan boleh berlaku dalam pelbagai bentuk. Asas kepada
perubahan dalam pendidikan ialah kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(TMK).

Pelajar dan warga sekolah telah didedahkan kemahiran dalam penggunaan

ICT/TMK ke dalam dunia bilik darjah. Penyampaian pengajaran dan pembelajaran perlu
beralih daripada cara tradisional kepada pengaplikasian kemahiran yang diperlukan.
Dalam soal pendidikan, penghasilan pengalaman pembelajaran yang efektif dan
menepati keperluan perkembangan inidividu, masyarakat dan Negara menjadi keutamaan
dalam penyampaian pengajaran dan pembelajaran.

2.0 Perubahan Dan Cabaran Dalam Pendidikan Dari Segi Kurikulum Dan Kokurikulum

PPP 6084
ISU-ISU PPENDIDIKAN SEMASA
KUMPULAN 3

2.1 Kurikulum
2.1.1 Pembelajaran dan Pengajaran
Proses perkembangan pengajaran dan pembelajaran dari masa ke semasa telah
membawa banyak perubahan dalam aktiviti pengajaran di dalam kelas. Corak pengajaran
masa kini telah mengalami banyak perubahan dan bertambah maju. Pengajaran dan
pembelajaran dalam pada masa kini boleh ditafsirkan sebagai satu proses, komunikasi,
sains dan seni.
Perkembangan dunia dari zaman batu hingga kini memberi impak yang amat
besar keatas kehidupan terutama manusia. Manusia merupakan hidupan yang mudah
belajar dan memahami apa yang dipelajari. Kini kepesatan pembangunan adalah hasil
dari kreativiti dan innovasi orang-orang terdahulu. Disinilah impak pengajaran dan
pembelajaran bermula. Kepesatan pembangunan serta kemajuan ekonomi, sains dan
teknologi bukan saja membawa kepada kemanfaatan, pada masa yang sama juga banyak
masalah yang timbul akibat dari ilmu yang diketahui.
Cara penyampaian maklumat boleh dianggap sebagai kaedah dan teknik
pengajaran. Oleh itu atas kesedaran ahli-ahli pengajaran dan pembelajaran di negara
maju, mereka telah mencipta kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih
inovatif dan keratif bagi pelajar-pelajar agar pelajar generasi millennium mampu
menghadapi dan dapat menyelesaikan masalah-masalah baru yang bakal timbul secara
professional, berkeyakinan dan yang lebih penting ialah berwibawa. Ia merupakan
pengajaran

dan

pembelajaran

berasaskan

penyelesaian masalah

(Problem-based

Learning). Pembelajaran Berasaskan Masalah dikatakan sebagai satu strategi


pembelajaran melaui membuat atau melakukan (learning by doing). Pembelajaran
Berasaskan Masalah bertitik mula dengan masalah berupa penerangan kes/kisah yang
kompleks dan berdasarkan situasi sebenar dalam kehidupan. Dengan mencerakin
kes/kisah berkenaan, pelajar menggunakan kemahiran berfikir, pengalaman sedia ada dan
mengaplikasikan kemahiran sosial yang positif. Lantaran itu, proses penyelesaian berlaku
dalam konteks yang mampu memberikan pengalaman langsung kepada pelajar.

PPP 6084
ISU-ISU PPENDIDIKAN SEMASA
KUMPULAN 3

Di dalam sebuah kelas, biasanya terdapat pelajar yang berlaianan kebolehan


pembelajarannya. Guru harus peka dan menggunakan kepakaran mereka untuk
menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran. Guru harus menggunakan teknikteknik tertentu yang sesuai dengan kebolehan pelajar. Teknik penyampaian yang berkesan
dapat merangsang pelajar untuk berinteraktif secara aktif dan cepat bertindak bila
didapati penumpuan pelajar semakin berkurang. Dalam menyediakan perancangan
pembelajaran, aktiviti yang akan dilakukan mestilah mempunyai urutan yang baik supaya
isi penyampaian guru adalah jelas dan mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran
hari tersebut.
Teknik adalah kemahiran guru dalam pengelola dan pelaksanaan kaedah
mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Inovasi dan kreativiti
merupakan satu kaedah berfikir di luar kotak. Berfikir di luar kotak adalah satu cara
menengok dunia dengan meneroka. Manakala teknik pula ialah kemahiran guru dalam
pengelolan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Penggabungan kedua-dua ini adalah satu cara atau teknik yang sangat baik
untuk mendalami permasalahan yang komplek wujud masa kini. Antara teknik-teknik
yang biasa digunapakai ialah teknik brainstorming, Mind Mapping, simulasi,
permainan dan lakonan.
Teknik Brainstorming satu cara pencarian idea yang terbaik. Ia merupakan
curahan idea yang dikumpulkan yang dalam keadaan yang selesa yang mana ia
menghasilkan satu idea yang diluar dari pemikiran atau digelar berfikir diluar kotak.
Hasil dari teknik brainstorming ini, membolehkan kita menggunakan mind mapping
untuk menyusun idea-idea tadi dan menghubungkaitkannya.
Simulasi merupakan satu mod terperinci yang terkawal bertujuan untuk
menggambarkan situasi yang terdapat dalam dunia sebenar. Ia merupakan satu pandangan

PPP 6084
ISU-ISU PPENDIDIKAN SEMASA
KUMPULAN 3

dramatik kehidupan yang sedia ada untuk tujuan pembelajaran tentang pengalaman
sebenarnya.
Belajar sambil bermain adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang
sangat berkesan kepada kanak-kanak, kerana ia mendatangkan keseronokan dan
kepuasan. Keseronokan akan memudahkan pembelajaran dan senang kanak-kanak dapat
menguasai pembelajaran yang disampaikan. Ia juga sangat baik untuk perkembangan
emosi kanak-kanak.
Terdapat berbagai cara yang kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran yang
dapat menyeronokkan pembelajaran. Apa yang penting ialah kreativiti dan inovatif guru
dalam pengajaran agar dapat menarik minat pelajar untuk mendalami ilmu yang
dipelajarinya. Kaedah harus berubah mengikut keadaan masa, tempat dan pelajar. Dengan
demikian, guru harus pandai memilih kaedah yang baik, yang sesuai dengan keadaan
masa, tempat dan pelajar. Kaedah yang dipilih mestilah sesuai dengan tujuan dan
matlamat pelajaran, sejajar dengan objektif pelajaran yang hendak dicapai. Selain itu,
kaedah yang digunakan oleh seorang guru juga haruslah sesuai dengan sifat semulajadi
(nature) pelajaran yang diajar, sepadan atau setara dengan umur pelajar. Apabila satu
kaedah telah dipilih, kaedah tersebut mestilah yang boleh atau mampu diaplikasi oleh
guru sendiri. Di samping itu, guru mesti memastikan bahawa mempunyai masa yang
cukup untuk mengaplikasikan kaedah berkenaan dan kaedah yang dipilih mestilah sesuai
dengan kemudahan yang ada dalam mencapai keberkesanan pembelajaran dan
pengajaran dalam bilik darjah.

2.1.2 Guru

PPP 6084
ISU-ISU PPENDIDIKAN SEMASA
KUMPULAN 3

Guru memainkan peranan yang penting dalam pelaksanaan sesuatu inovasi


kurikulum. Tanpa penglibatan guru secara aktif, matlamat kurikulum yang dirancang
sukar untuk dicapai. Secara umumnya, penglibatan guru dalam proses pelaksanaan
inovasi kurikulum di sekolah adalah berbeza-beza di samping pelbagai cabaran serta
rintangan dalam melaksanakannya secara berkesan.
Kemahiran abad ke-21 ini adalah kemahiran-kemahiran yang meliputi kemahiran
berkomunikasi, kemahiran 3M (membaca, mengira dan menulis), kemahiran sains dan
teknologi, kemahiran interpersonal dan intrapersonal dan sebagainya. Bagi mencapai
hasrat negara untuk membangunkan generasi yang mempunyai kemahiran abad-21,
seseorang guru perlu menguasai pelbagai bidang, mengikuti perkembangan tentang dasar
dan isu pendidikan, mahir dalam pedagogi (pengajaran dan pembelajaran), menggunakan
teknologi terkini dan menerapkan nilai-nilai murni bagi tujuan pembentukkan akhlak dan
sahsiah yang baik.
Antara cabaran terbesar dihadapi oleh guru pada abad ke-21 ialah perkembangan
teknologi maklumat dan komunikasi. Tidak dinafikan perkembangan semasa memberi
kesan kepada proses sahsiah, terutama pelajar. Kebanyakan pelajar sudah mahir komputer
bahkan pemahaman dan keupayaan mereka kadangkala melebihi guru. Disebabkan itulah
guru perlu sentiasa meningkatkan kemahiran dan pengetahuan, selain memahami
tanggungjawab serta memberikan komitmen dengan melaksanakan pendekatan baru ke
arah meningkatkan kualiti pendidikan.
Transformasi perlu seiring dengan semangat 1Malaysia yang mementingkan
perpaduan. Guru daripada pelbagai latar belakang, anutan agama atau bangsa haruslah
melibatkan diri dalam proses membentuk perpaduan, sekali gus menjalin hubungan dan
kerjasama yang kukuh serta berkekalan. Maka, dalam menjayakan harapan tinggi bagi
menjana transformasi sistem pendidikan negara, guru perlulah banyak berkorban, bekerja
kuat dan ikhlas serta bersedia menempuh pelbagai cabaran dan dugaan termasuk

PPP 6084
ISU-ISU PPENDIDIKAN SEMASA
KUMPULAN 3

perubahan dalam sistem penyampaian serta maklumat supaya selari kehendak diperlukan
bagi mencapai aspirasi negara.
Oleh itu peranan guru pada abad ke-21 sangat besar kerana perlu melahirkan
pelajar yang kaya maklumat (termasuk sains dan teknologi), mempunyai kekuatan minda
(kreatif dan proaktif), nilai-nilai luhur dan harmoni, semangat jati diri, jaya diri,
keusahawanan dan mempunyai keterampilan diri yang baik. Bagi melahirkan pelajar
seperti ini, maka para pendidik dan guru-guru pelatih perlulah dilengkapkan dengan
pelbagai ilmu pembelajaran abad ke-21. Antara ciri-cirinya adalah guru tersebut
perlu menguasai subjek (kandungan kurikulum), mahir dan berketrampilan dalam
pedagogi (pengajaran dan pembelajaran). Selain itu, guru itu juga perlu memahami
perkembangan murid-murid dan menyayangi mereka. Para guru juga perlu memahami
psikologi pembelajaran (cognitive psychology) serta memiliki kemahiran kaunseling.
Guru abad ke-21 perlu mahir menggunakan teknologi terkini supaya dapat
mengaplikasikannya di dalam pengajaran.
Guru perlulah mempunyai iltizam yang tinggi iaitu melibatkan diri secara
bersungguh-sungguh serta penuh tanggungjawab dalam pelaksanaan tugas melahirkan
modal insan kelas pertama. Seterusnya, dalam era globalisasi ini seseorang guru itu perlu
berorientasikan maklumat, dengan kata lain bersungguh-sungguh mengejar maklumat
baru yang berkaitan pendidikan serta isu-isu semasa. Aspek ini perlu diambil perhatian
kerana ia amat berguna kepada pelajar.
Seseorang guru perlu berpandangan jauh dan mempunyai visi terutamnya dalam
perkembangan pendidikan demi mencapai matlamat kecemerlangan pendidikan negara
dalam alaf baru. Selain itu, guru juga perlu berpandangan positif iaitu memperlihatkan
reformasi dan inovasi pendidikan serta perubahan kurikulumnya dalam perspektif yang
positif yang boleh mendatangkan manfaat kepada diri, pelajar, masyarakat dan negara
contohya peka kepada perubahan dalam setiap aspek, sedar tentang keperluan negara dan
bersikap positif terhadap pembelajaran. Seseorang guru juga perlu berpengetahuan,

PPP 6084
ISU-ISU PPENDIDIKAN SEMASA
KUMPULAN 3

fleksibel dan mudah menyesuaikan diri dalam reformasi, inovasi dan perubahan
pendidikan dengan menguasai kemahiran belajar.
Dalam lengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran, guru harus dilengkapi oleh
pakej latihan yang dianjurkan oleh Jabatan pelajaran Negeri atau Jabatan Pelajaran
Daerah. Melalui pakej latihan yang dianjurkan ini, guru dapat dilatih untuk mengkaji
semula, mengenal pasti dan menyelesaikan masalah dalam proses pembelajaran di kelas
secara kritis dan keratif.Pakej latihan dicadangkan menyediakan idea dan aktiviti yang
berguna untuk menyokong peningkatan kualiti pembelajaran melalui sumbangan idea
daripada guru yang berpengalaman, guru yang berprestasi cemerlang dan guru yang
mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu. Selain menyertai pakej latihan, guru yang
berinovasi juga perlu menghadiri bengkel mengenai e-pembelajaran yang dianjurkan oleh
badan kerajaan mahupun swasta. Melalui bengkel ini juga, guru akan didedahkan kepada
persepsi umum yang berkaitan dengan kuakiti dalam e-pembelajaran.
Selain membangunkan dan mempersiapkan diri menajdi guru yang kreatif dan
berinovasi, guru berperanan menyediakan bahan bantu mengajar yang dapat
dimanfaatkan dalam bilik darjah. Pendidikan kini menekankan penggunaan teknologi
komunikasi dan maklumat dalam bilik darjah. Dasar kurikulum baru iaitu kurikulum
standard sekolah rendah menekankan penggunaan teknologi komunikasi dan maklumat
dalam bilik darjah. Bahan grafik merupakan bahan yang mudah difahami oleh murid
selain alat bantu mengajar bebentuk visual. Cabaran dan perubahan pendidikan masa kini
menuntut guru menghasilkan bahan bantu mengajar yang dapat mempertingkat mutu dan
kualiti pendidikan bertaraf antarabangsa sesuai dengan perkembangan pendidikan masa
kini. Bahan inovasi pendidikan pemulihan menggunakan teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT) ini merupakan salah satu contoh bahan bantu mengajar yang boleh
digunakan dalam bilik darjah.
Antara halangan tersebut adalah sikap sesetengah guru yang sememangnya suka
berkonfrontasi dengan pihak sekolah walaupun kemudahan yang diperlukan telah

PPP 6084
ISU-ISU PPENDIDIKAN SEMASA
KUMPULAN 3

dipenuhi oleh pihak pentadbiran sekolah berkenaan.

Seterusnya cabaran di sekolah

seperti masalah sosial dan disiplin yang berleluasa yang berpunca daripada ledakan
maklumat dan ilmu yang berbentuk global. Tidak kurang juga dengan cabaran yang
datang daripada bilangan pelajar yang semakin meningkat hingga wujud kelas terapung.
Hal yang sama juga perlu ditelusi bila mana terdapat sekolah yang masih tidak lengkap
dari aspek kemudahan yang diperlukan dalam membantu melancarkan lagi proses
pembelajaran dan pengajaran berlaku. Bukan itu sahaja, malah pengurusan dan
pentadbiran sekolah yang berasaskan teknologi memerlukan guru yang mahir IT dan peka
dengan perkembangan terkini. Cabaran dalam sistem pendidikan perlu diambil kira.
Sejajar dengan matlamat negara untuk melahirkan modal insan kelas pertama dan tahap
pendidikan yang bertaraf dunia kurikulum terus mengalami perubahan dari masa ke
semasa. Cabaran dalam masyarakat pula melihat kepada perspektif masyarakat yang
menganggap guru sebagai sumber maklumat, berpegetahuan, kemahiran dan ketrampilan,
sumber kebudayaan dan ilmu, sumber pemupukan kerpercayaan dan sistem nilai dan
sebagainya. Hal ini merupakan cabaran yang menuntut guru perlu sentiasa bijak dalam
memperkayakan ilmu di dada disamping memenuhi tuntutan Wawasan 2020.
2.1.3 Sekolah
Sekolah adalah institusi yang dipertanggujawabkan bagi membentuk modal insan
negara. Berlandaskan inovasi dan perubahan yang berlaku dalam pendidikan, masyarakat
sekolah juga turut menghadapi cabaran. Masyarakat sekolah terdiri daripada pihak
pentadbir dan guru-guru. Inovasi dan perubahan yang berlaku dalam pendidikan telah
memperkenalkan perisian baru yang dikenali sebagai Pengurusan Maklumat Sekolah
(School Management Information System) telah diaplikasikan di sekolah untuk
memudahkan pihak pentadbiran sekolah melaksanakan tugas-tugas rutin sekolah. Ini
bermakna bahawa peranan pengurusan sekolah tidak kurang pentingnya dalam
merealisasikan elemen kreativiti dan inovasi dalam kalangan warganya. Dengan
perkataan lain pengurusan sekolah juga mesti kreatif dan inovatif agar menjadi organisasi
pembelajaran yang bermaklumat, menggalakkan pengembangan pengetahuan baru,

PPP 6084
ISU-ISU PPENDIDIKAN SEMASA
KUMPULAN 3

berbudaya saintifik, penggunaan teknologi serta ICT secara meluas dan penggunaan
tenaga sumber secara maksimum.
Kepimpinan sekolah memainkan peranan penting ke arah pencetusan inovasi
organisasi pembelajaran di sekolah. Selain daripada mempunyai latihan, pengalaman,
pendedahan dan pengetahuan yang luas dalam bidang pendidikan, kepimpinan sekolah
perlu mempunyai dorongan dan komitmen bagi membawa perubahan sekolah melalui
meluaskan kreativiti dan inovasi dalam seluruh aspek pengurusan dan pendidikan
organisasi sekolah.
Pemimpin perlu merangka strategi yang berkesan bagi membawa perubahan
dinamik dan menjadikan sekolah sebagai organisasi pembelajaran yang kreatif dan
inovatif. Organisasi sekolah perlu mempunyai dan membentuk kepimpinan kolektif bagi
memimpin perubahan berasaskan kepada strategi dan pendekatan kreatif dan inovatif
dalam pengurusan pendidikan sekolah.
Kepimpinan sekolah perlu menunjukkan minat dan usaha bagi membangunkan
sekolah sebagai organisasi pembelajaran yang kreatif dan inovatif. Ketandusan kreativiti
dan inovasi dalam organisasi sekolah boleh dilihat sebagai punca utama kelemahan
institusi sekolah dalam menghadapi perubahan dan cabaran inovasi yang berlaku dalam
pelbagai kehidupan manusia seperti inovasi teknologi, inovasi pengetahuan dan inovasi
belajar. Kejayaan dan perkembangan organisasi pembelajaran banyak bergantung
kepimpinan yang bersifat kreatif dan inovatif. Pemimpin perlu berpandangan jauh,
pemikiran terbuka, serta sedia mendengar pandangan orang lain. Mereka juga perlu
mempunyai kewibawaan yang baik dalam mencorakkan berbagai pembaharuan dalam
organisasi terutama di sekolah. Dengan ciri-ciri yang ada, mereka boleh mendorong
dalam meningkatkan kualiti produk, kualiti intelektual dan kualiti prestasi pelajar. Juga
berkeupayaan memotivasikan ahlinya serta dapat mengenal pasti kekuatan dan
kelemahan ahli yang ada dalam organisasinya.

PPP 6084
ISU-ISU PPENDIDIKAN SEMASA
KUMPULAN 3

Sekolah mestilah menjadi institusi yang menggalakkan tercetusnya pendapat dan


idea baru. Bagi mewujudkan suasana tersebut sekolah perlu mengurangkan kerenah
birokrasi dalam pengurusan dan memberi ruang kebebasan berkarya kepada warganya.
Pihak pengurusan juga perlu menjadikan iklim sekolah yang sentiasa ceria, bersih,
kemas dan bermaklumat. Sikap terbuka, mesra dan berperanan sebagai penyelesai
masalah akan menjadikan guru dan murid merasa gembira dan selamat semasa mengikuti
aktiviti pembelajaran. Bagi mewujudkan suasana sedemikian pengurusan sekolah
perlulah memastikan berlaku sistem komunikasi dua hala, pengaliran maklumat lebih
demokratik, stail kepimpinan yang berhemah dan pembangunan insan yang harmoni.
Kepimpinan sekolah hendaklah terdiri daripada mereka yang berkebolehan dalam
menguruskan organisasi pembelajaran. Selain mendapat latihan, berpengalaman dan
pengetahuan yang luas dalam bidang pendidikan mereka perlu mempunyai dorongan dan
komitmen yang kuat bagi membawa perubahan kepada sekolah.
Perlu ada visi dan misi, strategi dan perancangan yang baik. Bagi memastikan
kejayaan perancangan tersebut mereka perlu mendapat sokongan dan kerjasama yang
padu daripada seluruh warga sekolah termasuk ibu bapa. Mempunyai ciri budaya sekolah
yang menggalakkan kreativiti dan inovasi akan mendorong semangat belajar yang tinggi
di

kalangan

murid,

mempunyai

daya

usaha

sendiri

dan

sentiasa

berusaha

mengembangkan potensi ke arah yang lebih baik. Dengan bimbingan dan sokongan guruguru yang dedikasi, terlatih dan profesional usaha yang dilakukan oleh murid akan
membuahkan kejayaan nanti. Keberkesanan sekolah akan terserlah jika mereka dapat
menggunakan teknologi dan ICT dalam pengurusan dan dalam bilik darjah. Sebenarnya
teknologi tidak dilihat sebagai alat semata-mata tetapi boleh menjadikan sistem
pengurusan lebih efisien dan berkesan.
Penggunaan ICT secara meluas dapat membina imej baru dalam pengurusan
organisasi yang berprestasi tinggi. Ia akan menjadikan sekolah lebih berdaya saing dan
menjadi lebih produktif. Namun, bukannya semua sekolah di Malaysia dapat menikmati

PPP 6084
ISU-ISU PPENDIDIKAN SEMASA
KUMPULAN 3

inovasi seperti yang disebutkan di atas. Terutamanya sekolah yang masih kekurangan
infrastruktur ICT dan perkhidmatan talian internet yang lancar. Lantarannya, sekolahsekolah sperti ini akan dipinggirkan.
2.1.4 Sistem Pendidikan Baharu
Sistem pendidikan negara telah diperkasa dan dibangunkan secara berterusan
menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang dirangka
berasaskan tiga objektif khusus supaya Malaysia mampu berdaya saing pada peringkat
global.
Di bawah PPPM ini, kementerian telah melancarkan Kurikulum Standard Sekolah
Menengah (KSSM) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kementerian juga
membuat pertimbangan tentang pindaan kepada peraturan sedia ada untuk memberikan
kelonggaran kepada sekolah mengamalkan jadual anjal selagi sekolah boleh
menyampaikan hasil pembelajaran dan kandungan yang digariskan dalam kurikulum.
Seiring dengan pelaksanaan kurikulum baharu ini, kementerian akan mengkaji
kemungkinan melaksanakan laluan pembelajaran pintas selain pendidikan arus perdana.
Ini termasuklah membenarkan murid berpencapaian tinggi menamatkan pengajian
sekolah menengah dalam masa empat tahun berbanding lima tahun sekarang, dan
menamatkan sekolah rendah dalam masa lima tahun berbanding enam tahun.
Selanjutnya, peperiksaan dan pentaksiran kebangsaan akan dirombak untuk
meningkatkan tumpuan terhadap kemahiran berfikir aras tinggi, seiring dengan
pelaksanaan kurikulum baharu. Sebagai contoh menjelang tahun 2016, peperiksaan
UPSR akan mengandungi 80 peratus soalan berbentuk pemikiran aras tinggi.
Selain itu, tempoh pendidikan wajib juga akan dilanjutkan daripada 6 tahun
sekarang kepada 11 tahun, dengan disokong oleh pelbagai inisiatif untuk mengekalkan
murid dalam sistem pendidikan, termasuk memperluaskan laluan pendidikan dan latihan
teknik dan vokasional.
Menurut PPPM 2013-2025 yang dilancarkan Timbalan Perdana Menteri
merangkap Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini hari ini, tiga objektif itu
ialah:
1. Memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia berfokuskan
penambahbaikan akses kepada pendidikan, peningkatan standard (kualiti), merapatkan

PPP 6084
ISU-ISU PPENDIDIKAN SEMASA
KUMPULAN 3

jurang pencapaian (ekuiti), menggalakkan perpaduan dalam kalangan murid serta


memaksimumkan keberkesanan sistem.
2. Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk sistem pendidikan dan murid bagi 13
tahun yang seterusnya sehingga 2025.
3. Menggariskan program transformasi yang menyeluruh untuk sistem pendidikan
termasuk perubahan utama dalam kementerian yang membolehkan sistem ini memenuhi
permintaan baharu dan jangkaan yang meningkat serta menyokong transformasi awam.
Pendekatan yang diambil dalam menghasilkan pelan ini adalah suatu langkah berani dan
julung-julung kali dilakukan. Pandangan pelbagai pakar dan agensi antarabangsa
dikumpulkan untuk menilai dan mentaksir prestasi sistem pendidikan Malaysia termasuk
agensi luar seperti Bank Dunia, Unesco dan Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan
Ekonomi (OECD)," menurut pelan pembangunan pendidikan itu.
PPPM juga merangkumi pelan tindakan dan inisiatif utama transformasi
keseluruhan sistem pendidikan dan terdapat tiga fasa iaitu:
* Fasa Satu - melibatkan kajian semula dan diagnostik menyeluruh tentang sistem
pendidikan. Fasa ini bermula dengan penilaian terperinci prestasi sistem pendidikan
Malaysia, memberi tumpuan kepada keberhasilan murid, mentaksir punca sebenar dan
penggerak utama pencapaian tahap prestasi masa kini di samping mengenal pasti
kecemerlangan yang terdapat dalam sistem pendidikan sebagai model untuk diikuti dan
dicontohi.
* Fasa Dua - memberikan tumpuan kepada penyediaan Laporan Awal PPPM dengan
menggunakan dapatan dalam Fasa Satu untuk mengenal pasti bidang keutamaan dan
memperinci program transformasi yang tuntas tentang dasar dan inisiatif yang akan
dilaksanakan bagi tempoh pelan 13 tahun itu. Fasa ini merangkumi maklum balas yang
dijana daripada Dialog Nasional Pendidikan Negara dan Makmal Pendidikan GTP 2.0.
* Fasa Tiga ditumpukan kepada penyediaan laporan akhir PPPM. Fasa ini melibatkan
rundingan dan penglibatan guru, ibu bapa, murid dan pihak berkepentingan yang lain

PPP 6084
ISU-ISU PPENDIDIKAN SEMASA
KUMPULAN 3

bagi mendapatkan maklum balas tentang Laporan Awal PPPM. Maklum balas berkenaan
telah dipertimbangkan dalam penyediaan laporan akhir.
PPPM 2013-2025 itu juga mengkaji pengalaman sistem pendidikan negara lain
yang menunjukkan peningkatan signifikan, meluas dan berupaya mengekalkan
peningkatan dalam keberhasilan murid.
Ia bertujuan menyediakan metodologi yang mantap untuk memahami dan
membandingkan standard dan prestasi sistem pendidikan Malaysia dengan negara lain.
"Sebagai sebahagian daripada proses, kementerian telah mengkaji data antarabangsa,
menganalisis dan menanda aras pendekatan daripada sumber antarabangsa yang
terkemuka seperti Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) dan Kajian Trend
Pendidikan Matematik dan Sains Antarabangsa (TIMSS)," menurut laporan pelan itu.
Menurut PPPM 2013-2025 itu, kejayaan masa depan negara bergantung kepada
perkembangan sosiobudaya yang sihat dan pembangunan ekonomi yang mampan iaitu
kedua-dua faktor ini bergantung kepada keupayaan menambah baik keberhasilan sistem
pendidikan negara dengan cepat dan berkesan.
"Maka tidak menghairankan sekiranya sesebuah negara yang mempunyai rakyat
berpendidikan tinggi mampu menjana ekonomi dengan pesat demi kemakmuran negara,"
menurut PPPM itu.
3.0 Faktor-Faktor Menjadi Halangan
3.1 Dalam PdP
Bilik darjah merupakan tempat yang paling penting dalam proses pembelajaran
dan pengajaran. Hal ini kerana murid banyak menghabiskan masa di dalam bilik darjah
untuk menimba ilmu. Secara rasmi, bilik darjah boleh ditakrifkan sebagai sebuah bilik di
mana sekumpulan murid diajar oleh seorang guru. Manakala menurut Akta Pendidikan,

PPP 6084
ISU-ISU PPENDIDIKAN SEMASA
KUMPULAN 3

pelajar merupakan seseorang yang menerima pendidikan atau latihan. Sebaliknya, guru
bermakna seorang yang mengajar murid-murid di sekolah atau menyediakan bahan
pelajaran.
Antara faktor yang menjadi halangan ialah kaedah pembelajaran dan pengajaran
yang lebih cenderung berpusatkan guru. Murid tidak diberi peluang oleh guru untuk
meneroka diri sendiri dalam proses pembelajaran dan pengajaran dalam bilik darjah.
Dalam bilik darjah, guru mempunyai kuasa dan mengawal sepenuhnya dalam kelas.
Kaedah ini merupakan kaedah pengajaran yang tradisional. Kebanyakan murid merasa
bosan berada di dalam kelas jika mereka tidak dapat menyertai atau melakukan apa-apa
aktiviti dalam bilik darjah seperti perbincangan, aktiviti berkumpulan dan sebagainya.
Tujuannya pelajar yang datang ke sekolah ialah untuk belajar dengan mencapai
objektif kurikulum yang membolehkan mereka berfikir secara kreatif dan kritis. Jadilah
guru hendaklah mengubah stail pengajaran dengan kaedah pengajaran berpusatkan murid.
Dengan penggunaan pengajaran berpusatkan murid, murid dapat melibatkan diri secara
aktif dan sepenuhnya dalam aktiviti berfikir, mencari maklumat, bekerjasama, membuat
refleksi dan sebaginya untuk mencapai matlamat dengan memperkenalkan inovasi di
dalam kurikulum.
Faktor halangan yang seterusnya pula ialah guru tidak dapat menggunakan bahanbahan pengajaran yang inovasi dengan lebih berkesan semasa menjalankan pembelajaran
dan pengajaran dalam bilik darjah. Alat bantu mengajar adalah faktor penting untuk
mengetahui sesuatu dan untuk menjadikan pembelajaran yang lebih baik dan menarik.
Alat bantu mengajar bertujuan untuk menambah kelancaran perhubungan antara guru dan
murid dan sebaliknya murid sesama murid serta membantu atau mempercepatkan proses
pemahman mereka. Banyak guru telah menggunakan kapur dan juga papan hitam untuk
menjalankan pembelajaran dan pengajaran dalam kelas serta penyampaian mereka
sentiasalah satu hala sahaja.
Dengan menggunakan chalk and talk, ini memang memudahkan kerja sebagai
seorang guru tetapi kesannya ialah murid tidak melibatkan diri dengan aktif dan susah
untuk memperkembangkan modal insan kelas pertama yang berfikir secara kreatif. Guru

PPP 6084
ISU-ISU PPENDIDIKAN SEMASA
KUMPULAN 3

juga tidak mahir menggunakan alat bantu mengajar seperti penggunaan ICT dalam
pengajaran. Gambaran dan animasi yang menarik dan berbagai jenis memang dapat
memikat perhatian dan menimbulkan rangsangan keinginan mereka untuk mengetahui
sesuatu semasa guru sedang menjalankan pembelajaran dan pengajaran dengan
menggunakan ICT di dalam bilik darjah.
Selain itu, sebagai seorang pendidik tidak dapat menggunakan kaedah Kbat
(Kemahiran Berfikir Aras Tinggi) dalam bilik darjah juga merupakan salah satu faktor
halangan menjalankan inovasi. Pendidik diri sendiri tidak mempunyai kemahiran dan
pengetahuan tentang komponen tersebut untuk membantu pelajar menimba ilmu
pengetahuan yang kebat. Kaedah kbat ini dapatlah melatih seseorang supaya petah
bercakap, membentuk idea bagi menambah kecerdasan minda supaya dapat
menghasilkan buah fikiran yang mantap serta membawa hujah yang konkrit serta logik
secara serta-merta bagi mengalahkan atau menangkis idea pihak lawan, di samping
membuktikan hakikat kebenaran. Program I-THINK juga dapat mempertingkatkan dan
membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid
berfikiran kreatif dan kritis serta inovatif. Jadilah, pendidik yang kurang dari segi
kemahiran mengemukakan kbat, inovasi susah dilaksanakan dalam kurikulum.
3.2 Kepada guru
Motivasi guru merupakan faktor utama yang menjadi halangan dalam
pelaksanaan inovasi dalam sekolah. Terdapat dua jenis motivasi yang biasanya digunakan
iaitu motivasi dalaman dan motivasi luaran. Guru yang mempunyai keperluan motivasi
dalaman akan menjalankan tugas dengan ikhlas dan tulus hati tanpa mengharapkan
ganjaran. Sebaliknya pula bagi guru-guru yang mempunyai motivasi luaran di mana
mereka melakukan tugas untuk mendapat ganjaran. Terdapat beberapa kajian telah
menunjukkan bahawa motivasi guru mempunyai hubungan yang signifikan dengan
tingkahlaku mereka dalam pelaksanaan inovasi dan tugas-tugas guru secara umumnya.
Terdapat beberapa orang penulis yang membuat kajian yang berkaitan dengan
motivasi guru ini seperti Hargreaves (1994) dan juga Klein (1976). Rumusan kajian

PPP 6084
ISU-ISU PPENDIDIKAN SEMASA
KUMPULAN 3

penulis mencadangkan sekiranya guru mempunyai tahap motivasi yang tinggi, hasil kerja
mereka akan meningkat, pelaksanaan tugas akan menjadi cekap dan mereka
bertindakbalas secara berkesan dalam melakukan tugas-tugas yang diamanahkan
(Hargreaves, 1994). Sebagai seorang guru dalam sekolah yang melaksanakan inovasi
dalam pembelajaran dan pengajaran dalam bilik darjah hendaklah sentiasa komited
terhadap tugas, berdaya saing, kreatif, positif, inovatif dan menumpukan perhatian
terhadap pencapaian matlamat. Guru yang bermotivasi tinggi akan menjadikan
pengajarannya bertambah menarik dan tidak membosankan serta mudah difahmai oleh
para pelajar dengan menerapkan kriteria inovasi dalamnya. Ini disebabkan inovasi
merupakan cara, objek, pengetahuan, teknologi dan penemuan baru yang boleh
merangsang pemikiran dan mudah diterima oleh pelajar.
Pada masa kini, kebanyakan guru berasa kurang selesa terhadap pengenalan
sesuatu inovasi di sekolah kerana bimbang bahawa perubahan itu akan menganggu
keselesaan dan menjejaskan tugas serta peranan mereka sama ada secara langsung atau
secara tidak langsung terutama berkaitan dalam menjalankan proses pembelajaran dan
pengajaran dalam bilik darjah. Tahap motivasi guru yang rendah boleh mempengaruhi
tahap motivasi para pelajar untuk menimba ilmu pengetahuan. Para pelajar sering kali
dilihat menjadi hilang minat dan gagal memberikan tumpuan yang sepenuhnya sekiranya
pengajaran yang diajarkan oleh guru sangat membosankan dan pasif. Guru yang rendah
tahap motivasinya akan menentang sesuatu inovasi disebabkan perasaan rendah diri dan
rasa tersisih di dalam sekolah (Klein, 1976). Keadaan sedemikian antara lain berpunca
daripada sikap pihak pentadbir sekolah sendiri yang seringkali mengabaikan mereka dan
tidak pernah meminta pandangan guru berkaitan pelaksanaan sesuatu inovasi.
Terdapat akibat pertambahan tugas guru mengenali tentang inovasi akan
membangkitkan tekanan emosi dalam kalangan guru (McCormick dan James, 1983).
Gangguan emosi dan tahap tekanan yang tinggi di sebabkan ketidakupayaan mereka
untuk berdaya tindak ke atas perkara tersebut. Beliau berpendapat sekiranya tekanan
berlaku secara berterusan, motivasi kerja guru terjejas dan kemungkinan hubungan guru
dengan murid dan sesama guru akan menjadi renggang. Tugas guru merupakan tugas
yang kompleks dan juga mencabar. Mereka bukan sahaja mengajar, malah mereka juga

PPP 6084
ISU-ISU PPENDIDIKAN SEMASA
KUMPULAN 3

perlu melakukan kerja-kerja perkeranian dan pentadbiran, menjalankan aktiviti


kokurikulum dan sebagainya. Sekarang telah menambah tentang menerapkan inovasi
dalam kurikulum telah menambah tugas guru dan juga menambah tekanan emosi di
kalangan guru. Guru yang mempunyai tekanan emosi akan menjejaskan tahap
perkembangan diri guru itu dan keberkesanan mereka dalam melaksanakan tugas. Tahap
motivasi guru memang mempengaruhi ketekunan dan komitmen semua guru dalam
sekolah dan menentukan kebolehan guru untuk menyumbang secara berkesan dalam
pelaksanaan inovasi.
Selain itu, sikap guru juga merupakan salah satu halangan penglibatan guru secara
aktif dalam pelaksanaan inovasi. Guru sentiasa berasa selesa dan berpuas hati dengan
apa-apa yang sedang dialami, justeru itu mereka tidak ingin mempunyai apa-apa
perubahan dalam sepanjang perjalanan sebagai seorang pendidik. Guru akan berasa
tempat mereka diancam dan juga berasa selamat setiap kali terdapat perubahan berlaku di
dalam sekolah. Keadaan ini berlaku disebabkan guru mempunyai sikap keyakinan yang
tidak tinggi terhadap diri sendiri untuk melakukan sesuatu perkara yang baru di sekolah.
Guru tersebut merasa diri mereka terlalu tua atau tidak pandai untuk mempelajari dan
melakukan inovasi dalam pengajaran. Guru perlulah mempunyai keyakinan yang tinggi
untuk melakukan sesuatu tugas barulah dapat menghasilkan kerja dengan lebih berkesan
dan efisien kerana dalam bilik darjah merekalah merupakan pemimpin untuk memimpin
pelajar. Dengan melaksanakan inovasi dalam kurikulum di sekolah, perlulah memberikan
masa yang mencukupi kepada guru untuk membuat persediaan dan menyesuaikan diri
dalam perkara yang baru.
Apabila mempunyai banyak tugas yang memerlukan tenaga guru, ramai guru
tetap akan menyelindung diri sendiri dengan menyatakan bahawa mereka tidak
mempunyai masa yang mencukupi untuk mereka melaksanakan inovasi dalam kurikulum
sebagai alasan untuk mengelakkan diri daripada tanggungjawab. Terdapat banyak kajian
telah memperjelaskan wujudnya perkaitan antara sikap guru dengan amalan mereka
dalam pelaksanaan inovasi dan juga dalam pelaksanaan tugasan mereka. Sikap guru
dikatakan menjadi asas pertimbangan oleh kebanyakan guru dalam menyaring dan
mentafsirkan segala bentuk inovasi terutama berkaitan dengan pengajaran dan

PPP 6084
ISU-ISU PPENDIDIKAN SEMASA
KUMPULAN 3

pembelajaran (Liberman dan Miller, 1999 ; Moriarty et al., 2001). Sekiranya guru
mengubah sikap mereka barulah mereka dapatlah menerima inovasi dalam kurikulum
dengan hati yang terbuka. Ini disebabkan guru mempunyai sikap dan juga kepercayaan
tersendiri terhadap amalan dan juga stail yang dilakukan dalam pembelajaran dan
pengajaran dalam bilik darjah. Kebiasaannya, guru-guru akan membuat refleksi dan
melihat belakang sekiranya terdapat idea atau cadangan untuk memperkenalkan sesuatu
inovasi di sekolah kerana mereka akan menimbang pengalaman-pengalaman yang telah
dilalui.
Sikap guru juga perlu dikenal pasti dan dianalisis bagi memastikan keberkesanan
pelaksanaan inovasi. Sebagai seorang manusia kebiasannya guru akan memberi reaksi
tertentu terhadap sesuatu perkara baru berdasarkan tanggapan dan pandangan dunia yang
berbeza-beza. Keberkesanan pelaksanaan sesuatu inovasi dalam kurikulum ialah apabila
guru mempunyai sikap yang positif terhadap tugas sendiri. Sikap positif guru akan
mendorong kesediaan mereka untuk mempelajari perkara yang baru berkaitan dengan
inovasi tersebut. Sebaliknya, jika guru mempunyai sikap yang negatif terhadap
pelaksanaan inovasi dalam bilik darjah akan tersekat dan menjejaskan matlamat yang
telah ditentukan untuk inovasi dalam kurikulum. Sikap guru terhadap inovasi adalah asas
penting bagi membuat justifikasi samaada guru dapat menerima atau tidak menerima
sesuatu inovasi dan juga memberi kesan yang besar dalam keberkesanan pelaksanaan
inovasi untuk mencapai matlamat dalam kurikulum.
Seterusnya pula ialah guru kekurangan pengetahuan dan kemahiran dalam
melaksanakan inovasi dalam kurikulum. Aspek pengetahuan dan kemahiran adalah
penting dalam memastikan keberkesanan pelaksanaan inovasi (Brown dan McIntyre,
1993). Ini disebabkan penguasaan guru dalam aspek pengetahuan dan kemahiran tersebut
dapatlah membantu mereka untuk melaksanakan tugas inovasi dengan berkesan. Tanpa
pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi akan menjejaskan tahap persediaan guru
untuk melaksanakan sesuatu inovasi tidak kira di dalam bilik darjah atau di luar bilik
darjah. Untuk melaksanakan inovasi dalam kurikulum, guru hendaklah memiliki dan
menguasai kedua-dua aspek tersebut terutama dari segi pemahaman ilmu yang jelas,
keupayaan menterjemahkan ilmu pengetahuan dalam proses pembelajaran dan

PPP 6084
ISU-ISU PPENDIDIKAN SEMASA
KUMPULAN 3

pengajaran. Guru juga mempunyai kesungguhan untuk bertindak secara proaktif


berasaskan pengetahuan dan kemahiran serta keupayaan untuk memanifestasikan
pengetahuan. Dengan menguasai aspek juga membolehkan guru untuk menguasai
kemahiran dalam membentuk tingkahlaku supaya membolehkan mereka untuk
mempraktikkannya dalam bilik darjah dan murid dapat belajar dalam keadaan yang
kondusif.
Dunia hari ini berubah pada setiap masa terutama melalui Teknologi Maklumat
dan Komunikasi (TMK). Sebagai seorang guru pada masa kini dan pada masa depan
perlulah mengutamakan kemahiran dalam penggunaan TMK / ICT. Ini disebabkan para
pelajar pada hari ini membesar bersama teknologi multimedia. Guru generasi yang lahir
sebelum era 1970-an dikatakan lemah berbanding generasi yang lahir selepas era 1990-an
dalam menguasai kemahiran ini telah menghalang inovasi dalam kurikulum.
Ketidakyakinan guru-guru dalam penggunaan alat-alat elektronik yang canggih telah
menghalang pelaksanaan inovasi dalam kurikulum.
Terdapat beberapa jenis pembelajaran yang berasaskan penggunaan TMK, jikalah
guru kurang menguasai kemahiran TMK, mereka langsung tidak dapat melaksanakan
tugas dengan berkesan. Antara pembelajaran elektronik (e-learning), pembelajaran
berasaskan laman sesawang (web), persekitaran pembelajaran personal (PLE) dan
sebagainya. Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM), anjakan yang ke7 telah menyatakan bahawa memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran
di Malaysia. Kerajaan akan memperluas akses kepada pengajaran berkualiti tinggi tanpa
mengira lokasi atau tahap kemahiran murid. Jadilah, pengetahuan dan kemahiran yang
dimilik oleh seseorang guru menjadi faktor penting terhadap keupayaan dan
kemampuannya melaksanakan inovasi dengan keyakinan.
Di samping itu, tumpuan guru juga merupakan salah satu halangan untuk
melaksanakan inovasi. Seseorang guru mempunyai tahap tumpuan yang berbeza dalam
menerima dan melaksanakan inovasi kurikulum. Dalam konteks ini, teori-teori yang
berkaitan dengannya mengandaikan seseorang guru mempunyai tahap perkembangan diri
yang berlainan dan perbezaan tersebut memberikan implikasi kepada kesediaan mereka

PPP 6084
ISU-ISU PPENDIDIKAN SEMASA
KUMPULAN 3

melaksanakan inovasi itu diri sendiri (Fuller , 1975 ; Hall, G., & Loucks, S. , 1978).
Guru perlu melaksanakan suatu inovasi dengan lebih cekap. Guru memberi tumpuan
kepada usaha penambahbaikan dari segi kecekapan pengajaran, termasuk aspek berkaitan
dengan penyediaan bahan kurikulum yang lebih menarik, penggunaan media pengajaran
yang inovatif dan kreatif dan berusaha untuk menarik minat pelajar.
Sebagai tuntasnya, dalam kalangan guru memang mempunyai banyak halangan
untuk memperkenalkan inovasi dalam kurikulum. Guru perlulah sendiri menyedari
tentang kepentingan inovasi memainkan peranan dalam pembelajaran dan pengajaran di
dalam bilik darjah. Inovasi memang memberikan banyak kebaikan kepada semua pihak.
3.3 Terhadap sekolah
Inovasi dalam pengurusan sekolah boleh menjadikan sekolah sebagai satu
organisasi pembelajaran yang bebas daripada birokrasi dan dapat menjadikan sekolah
lebih dinamik, terbuka, ceria, cekap dan dapat menangani serta menyelesaikan masalah
dengan lebih mesra dan berhemah. Bukan semua sekolah dapat menerima pelaksanaan
inovasi dalam pengurusan, terdapat minoriti sekolah yang dapat menerima perubahan
semacam ini.
Antara faktor yang telah menjadi halangan yang dihadapi di dalam sekolah bagi
pelaksanaan inovasi kurikulum yang berkesan. Bagi memperkenalkan inovasi dalam
kurikulum memang memerlukan banyak guru yang mahir dalam profesional ICT. Antara
faktor halangan terhadap sekolah ialah dari segi kekurangan tenaga pengajar profesional
ICT. Seiring dunia semasa, Malaysia tidak ketinggalan dalam menerapkan ilmu ICT
dalam setiap kehidupan masyarakat masakini. Tambahan pula ilmu ICT semakin
berkembang di negara maju dan juga negara yang sedang membangun. ICT digunakan
secara meluas dalam pelbagai bidang samaada dari segi ekonomi, sosial pentadbiran
mahupun pendidikan.
Kekurangan guru profesional ini telah menyebabkan masalah yang lebih besar
berlaku, antaranya berlaku jurang digital yang sangat ketara di sekolah-sekolah kawasan
luar bandar dan sekolah-sekolah di kawasan bandar. Hal ini disebabkan oleh kebanyakan
guru profesional telah ditempatkan di kawasan bandar dan juga kawasan yang

PPP 6084
ISU-ISU PPENDIDIKAN SEMASA
KUMPULAN 3

membangun

berbanding

kawasan

luar

bandar

dan

pedalaman.

Ini

akhirnya

mengakibatkan kekurangan guru yang mahir ICT di kawasan luar bandar. Kekurangan
guru yang mahir dalam ICT memang tidak dapat menjalankan inovasi dalam kurikulum.
Sebagai contoh, teknologi e-pembelajaran membuka laluan pembelajaran dan
pengajaran secara maya (melalui internet) dengan mudah dan pantas. Melalui inovasi,
terdapat perkembangan resos pembelajaran berasaskan teknologi ICT iaitu e-buku, emajalah, e-jurnal, e-portfolio, blog, forum dan sebaginya. Jikalah sesebuah sekolah
kekurangan guru mahir, pembelajaran inovasi melalui internet memang tidak dapat
dijalankan. Ternyata keadaan ini mengakibatkan masalah buta ICT dalam kalangan
pelajar luar bandar tidak dapat diatasi dengan sepenuhnya. Kekurangan tenaga pengajar
profesional ini turut disebabkan oleh masalah kurangnya perhatian pihak kerajaan
daripada sektor pendidikan dalam memberikan galakan serta latihan kepada guru dalam
penggunaan ICT. Pihak yang terbabit kurang menjalankan bengkel kemahiran kepada
para pendidik.
Seterusnya pula ialah kekurangan infrastruktur ICT di sekolah juga merupakan
salah satu halangan kepada sekolah untuk menjalankan inovasi. Kekurangan bahan ICT
ini menjadikan guru-guru kurang mahir dalam pengunaan ICT kerana mereka tidak dapat
belajar cara menggunakannya mahupun mempraktikkannya di dalam bilik darjah ataupun
ketika menjalankan sesi pembelajaran dan pengajaran yang berlangsung. Jadi macam
mana guru-guru dan murid yang hendak menjalankan inovasi dalam pembelajaran dan
pengajaran tetapi kekurangan infrastruktur ICT yang amat tidak mencukupi.
Di kawasan pedalaman, terutamanya di Sabah dan Sarawak masih ketinggalan
dari pelbagai segi. Ini disebabkan oleh faktor geografi, di mana kawasan sekolah yang
terletak di kawasan yang terpencil dan tercicir, menyukarkan perhubungan atau
komunikasi untuk berlaku seterusnya menyukarkan untuk kemudahan infrastruktur
disalurkan. KPM hendaklah menyediakan infrastruktur seperti bilik komputer,
perkakasan seperti komputer, projektor LCD dan pelayan yang secukupnya di setiap bilik
darjah yang boleh digunakan oleh setiap pendidik semasa menjalankan pembelajaran dan
pengajaran. Dengan aplikasi perisian komputer, mengakses maklumat melalui internet

PPP 6084
ISU-ISU PPENDIDIKAN SEMASA
KUMPULAN 3

dan aplikasi persembahan Power Point dalam menyampaikan pengajaran dengan lebih
menarik dan berkesan. Tetapi dalam setiap bilik darjah kekurangan kemudahan
infrastruktur menjadilah halangan guru untuk menjalankan inovasi kerana inovasi dalam
pendidikan memang banyak memerlukan teknologi maklumat dan komunikasi.
Selain itu, tingkah laku tradisi pihak pengurusan merupakan salah satu halangan
terhadap pelaksanaan inovasi dalam kurikulum. Pihak pengurusan mahu mengawal para
guru daripada menjadi kreatif. Ini berlaku apabila pengurusan dikawal oleh pemimpin
yang telah lama bertugas dan mereka ini masih mengekalkan cara mereka berfikir dan
menolak sebarang perubahan. Pihak-pihak pengurusan di dalam sekolah yang lama
berpengalaman ini, mereka berfikir tentang tradisi pengurusan adalah lebih baik dan
berkesan dengan pengurusan yang lebih inovasi kerana dengan pengurusan tradisi,
pelajar juga dapat belajar dalam keadaan yang kondusif.
Bagi guru yang mengamalkan pengajaran tradisi ini, mereka berpuas hati dengan
apa yang ada dan tidak mahu sebarang perubahan. Bagi pengurusan seperti ini, perubahan
boleh mengancam budaya dan prosedur pengurusan serta mereka akan berasa perubahan
semacam ini kemungkinan perubahan ini akan mengancam kedudukan mereka. Bagi
mengelakkan perkara tersebut berlaku, pihak pengurusan akan menolak atau mengelak
untuk memberi perhargaan kepada inovatif dalam pengurusan. Selain itu, batasan di
antara jabatan yang berlainan turut juga menghalang berlakunya komunikasi untuk
inovatif idea dalam kalangan para guru di dalam sekolah. Pihak pengurusan tidak dapat
memahami inovasi yang mendatangkan banyak faedah bukan sahaja kepada murid tetapi
juga kepada setiap pendidik serta pengurusan dalam sekolah.
4.0 Kesimpulan

Carlopio (1998) menjelaskan bahawa perubahan ialah penerimaan inovasi apabila


matlamat utama ialah untuk meningkatkan pencapaian melalui penambahbaikan dalm
pelaksanaan dan amalan. Banathy (1991) berpendapat bahawa perubahan dalam sistem
pendidikan perlu diterima secara individu atau kolektif. Menurut Banathy jurang
meningkat apabila perubahan dalam pendidikan adalah lembap berbanding perubahan

PPP 6084
ISU-ISU PPENDIDIKAN SEMASA
KUMPULAN 3

yang pantas berlaku dalam kehidupan masyarakat. Hal ini berlaku disebabkan
kebanyakan institusi pendidikan bergantung pada pelan perancangan yang lam dan lapuk
serta tidak relevan lagi dengan kepantasan perubahan dalam kehidupan masyarakat.
Perubahan diperlukan bagi memastikan amalan terkini diguna pakai selaras denga
dapatan penyelidikan memandangkan melaui penyelidikan pelbagai isu dan permasalahan
ditemukan dan daripada dapatan tersebut tindakan penambahbaikan perlu dilakukan.
Rakyat Malaysia pula perlu mampu bersaing dalam pelbagai sektor dan mencipta
pelbagai inovasi terkini agar tidak ketinggalan. Para pendidik perlu lebih kreatif dan
inovatif serta mengembangkan dimensi baharu dalam pengajaran. Inovasi perlu berlaku
dalam teknologi terkini, perubahan dalam sistem dan prosedur bekerja bagi menjimatkan
tenaga, masa dan kos tetapi pada waktu yang sama mampu meninggalkan produktiviti.
Inovasi dan perubahan dalam pendidikan juga turut mendidik pelajar
menghubungkan dunia pembelajaran selari dengan dunia realiti. Pelajar sentiasa
meningkatkan daya berfikir dan menggunakan otak kanan iaitu otak yang kreatif dengan
lebih efektif dan berdaya saing.

Rujukan:
a. Buku/ Jurnal
Carlpio, J.R (1998), Implementation: Making workplace innovation and technical
change happen, Roseville, NSW:McGraw-Hill.
Brown, S., & McIntyre, D. (1993). Making sense ofteaching. Buckingham: Open
University Press.
Fuller, F. F. (1975). Concerns of teachers: A development conceptualization.
American Educational Research Journal, 6, 207-226.
Habib Mat Som, Megat Ahmad Kamaluddin Megat Daud . Globalisasi Dan Cabaran
Pendidikan Di Malaysia : Universiti Malaya

PPP 6084
ISU-ISU PPENDIDIKAN SEMASA
KUMPULAN 3

Hall, G., & Loucks, S. (1978). Teachers concerns as a basis for facilitating
and personalizing staff development. Teachers College Record. 9, 36-53.
Hamdan, Hanipah dan Saprin (2004). Teknik Mengajar Dewasa Panduan Untuk Jurulatih.
Utusan Publication and Distributors Sdn. Bhd.
Hargreaves, A. (1994). Changing teachers, changing times: Teachers work and culture in
the postmodern age. London: Casell
Haris Md Jadi, (1993:b). Persepsi Mata Pelajaran Sejarah Dalam Menangani Cabaran
Wawasan 2020, Kertas Kerja Dalam Seminar Pelaksanaan Sukatan Pelajaran Sekolah
Menengah Rendah Rendah, KBSM, 11-13 Mei 1993
Hussein Mahmood ( 1997 ) , Kepimpinan dan Keberkesana Sekolah. DEB Kuala
Lumpur.
Klein, D. (1976). Some notes on the dynamics of resistance to change : The defender
role. Dalam W G. Bennis, K. Benne, & R. Chin (Ed.), The planning of change (ms.
117 124). New York : Holt.
Liberman, A., & Miller, 1. (1999). Teacher development in professional practice schools.
Teachers College Record. 92(1), 105-122.
McCormick, R., & James, M. (1983). Curriculum evaluation in schools. London:
Routledge.
Mohd Alias bin Saat.

Pengurusan Kreativiti Dan Inovasi Pendidikan Matematik:

Keberkesanannya Ke Arah Pembinaan Budaya Matematik Di Kalangan Pelajar


Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Sabak Bernam, Selangor Darul Ehsan:
Universiti Utara Malaysia.
Noor Azida Sahabudin, Mohamad Bilal Ali.

Persekitaran Pembelajaran Personal:

Perbezaannya Dengan Sistem Pembelajaran Tradisional


Noor Mazlan Ahmad Zanzali, Noraziah binti Kassim@Aziz. Penggunaan ICT Dalam
Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Di Kalangan Guru-Guru Pelatih UTM :
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia
Noriati A. Rashid, et al. (2010). Guru dan Cabaran Semasa. Shah Alam : Oxford Fajar
Syed Ismail bin Syed Mustapa, Ahmad Subki bin Miskon.
Cabaran Semasa. Puchong : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

(2010). Guru dan

PPP 6084
ISU-ISU PPENDIDIKAN SEMASA
KUMPULAN 3

Yahya bin Buntat, Lailinanita binti Ahamad. Inovasi Pengajaran Dan Pembelajaran
Dalam Kalangan Guru-Guru Teknikal Di Sekolah Menengah Teknik Dari Perspektif
Guru : Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia
b. Laman Web:
Elemen Kreativiti Inovasi Diterap diambil dari Berita harian online pada 1 ogos 2012.
http://psmintura.wordpress.com/2011/06/27/inovasi-apa-itu-inovasi/
http://www.mudahbelajar.com/?p=154http://www.mudahbelajar.com/?p=154
http://www.slideshare.net/nurdiyanahbtdellah/m-14-perkembanganpersekitaranpembelajaran
http://www.tutor.com.my/dunia.asp?
y=2010&dt=0709&pub=DuniaPendidikan&sec=Perspektif&pg=ps_01.htm

Rujukan:
c. Buku/ Jurnal
1. Hamdan, Hanipah dan Saprin (2004). Teknik Mengajar Dewasa Panduan Untuk
Jurulatih. Utusan Publication and Distributors Sdn. Bhd.
2. Haris Md Jadi, (1993:b). Persepsi Mata Pelajaran Sejarah Dalam Menangani Cabaran

PPP 6084
ISU-ISU PPENDIDIKAN SEMASA
KUMPULAN 3

Wawasan 2020, Kertas Kerja Dalam Seminar Pelaksanaan Sukatan


Pelajaran Sekolah Menengah Rendah Rendah, KBSM, 11-13 Mei 1993
Zaitul Azma Zainon Hamzah. (Mei, 20120). Peranan Guru dalam Melonjak
Transformasi

Pendidikan Negara. Pelita Bahasa .pp 8-11 Dewan Bahasa dan Pustaka

: Kuala Lumpur.

d. Laman Web:
e.
f.

Anda mungkin juga menyukai