Anda di halaman 1dari 10

1

PROSES MEREKA CIPTA DAN PEMBUATAN MODEL


MATA PELAJARAN REKA CIPTA

FARAH SUHAIZA BINTI SAAYA

ABSTRAK

Tujuan penulisan ini adalah untuk membina dan menghasilkan satu modul
pengajaran dan pembelajaran dalam proses pembuatan model atau prototaip
bagi digunakan dalam mata pelajaran Reka Cipta di sekolah menengah.
Tumpuan penulisan ini adalah menghasilkan satu reka bentuk modul bagi
pembuatan model atau prototaip yang mana selama ini diajar didalam kelas di
sekolah–sekolah berpandukan pada kemahiran dan pengalaman guru sahaja.
Penulisan ini penulis akan merangka satu modul pengajaran dan
pembelajaran dalam proses pembuatan model atau prototaip mengikut
sukatan dan huraian pelajaran yang ditentukan oleh pihak Kementerian
Pelajaran dan Pusat Perkembangan Kurikulum. Perkembangan pendidikan
teknik dan vokasional kini mengalami satu ledakan dalam system pendidikan
selari dengan keperluan dan permintaan sektor ekonomi negara. Kewujudan
kolej teknik dan vokasional semakin pesat dilaksanakan selari dengan
permintaannya. Selain itu, diharap penulisan ini boleh dijadikan panduan
kepada para penyelidik dalam membuat kajian berkaitan proses mereka cipta
dan pembuatan model dalam mata pelajaran Reka Cipta.
2

PENGENALAN

PENDAHULUAN

Di dalam masyarakat moden, proses pengajaran dan pembelajaran


diuruskan dengan cara yang lebih sistematik terutamanya dalam kaedah
pengajaran dan pembelajaran. Tanpa proses pengajaran yang sistematik,
pengajaran dan pembelajaran berkesan tidak mungkin dapat dilaksanakan.
Menurut Khalid (1993), pembelajaran berkesan bermakna satu usaha yang
teratur, bersistem, bertertib serta optimum yang menyatupadukan dan
memanfaatkan kesemua komponen pembelajaran untuk kejayaan yang paling
maksimum. Salah satu tanggungjawab sebagai seorang guru ialah
memperbaiki mutu pengajarannya supaya lebih berkesan. Seseorang guru
perlu memikirkan kaedah pengajaran yang sesuai untuk membantu pelajar
menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul dalam pembelajaran mereka.
Berdasarkan kepada pendapat dan pandangan di atas, ternyata bahawa satu
langkah atau alternatif perlu diambil oleh guru bagi memperbaiki mutu
pengajaran dan pembelajaran. Salah satu daripadanya adalah dengan
menggunakan modul pembelajaran dan pengajaran. Proses pengajaran yang
berkesan dan dijalankan dalam suasana sihat dan bersemangat akan dapat
rneningkatkan pembelajaran dalam diri pelajar. Dengan itu, pembelajaran
efektif akan berlaku.
Penulisan ini akan membincangkan perkembangan inovasi modul
pengajaran dan pembelajaran melalui perubahan-perubahan yang
diperkenalkan kepada system pendidikan negara sejak Laporan Kabinet 1979,
yang merupakan satu ambang perubahan penting dalam sejarah pendidikan
negara hingga ke masa kini. Laporan Kabinet 1979 telah membawa satu
reformasi dalam pendidikan yang melahirkan KSR (1983) dan KBSM (1989).
Reformasi ini telah mengubah asas falsafah pengajaran dan pembelajaran di
sekolah daripada falsafah tradisional kepada falsafah pendidikan
progresivisme dan rekonstruksionisme. Anjakan ini telah memberi implikasi
terhadap ilmu dan cara pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan, daripada
pendekatan transmisif dan didaktik kepada pendekatan dialektik dan interaktif;
3

daripada berpusatkan isi kandungan dan guru kepada berpusatkan bahan dan
pelajar; daripada pendekatan kurikulum yang rigid kepada pendekatan yang
lebih fleksibel dan bersepadu; daripada pengajaran seluruh kelas kepada
pengajaran berasaskan kumpulan; daripada penyertaan pasif pelajar yang
menerima apa yang disampaikan oleh guru kepada penyertaan secara aktif
mencari maklumat yang boleh digunakan dalam situasi yang berbeza-beza;
daripada strategi dan suasana pengajaran yang seragam kepada strategi dan
suasana pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai. Dari segi
epistemologinya, pendekatan pengajaran dan pembelajaran lebih cenderung
kepada pembelajaran berasaskan pengalaman dan kaedah inkuiri di mana
pembelajaran berlaku melangkaui sempadan bilik darjah.
Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang diperkenalkan dalam tahun
1988, bukan sahaja memantapkan lagi asas pembinaan modul pengajaran dan
pembelajaran yang dianjurkan oleh Laporan Kabinet, ia juga melebarkan
dimensi merancang strategi pengajaran dan pembelajaran yang perlu
digunakan oleh guru. Falsafah Pendidikan Negara yang menekankan
perkembangan potensi individu secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu,
menuntut kepada strategi pengajaran dan pembelajaran yang menggalakkan
pembentukan insan bersepadu yang berkeupayaan meneroka ilmu dengan
menggunakan akal fikiran dan daya taakulan yang tinggi. Insan berfikir dan
bersepadu ini menjadi landasan penting kepada pembentukan masyarakat
pembelajaran yang bukan sahaja menjadi pengguna ilmu tetapi juga
penyumbang ilmu. Anjakan epistemologi pedagogi yang dibincangkan di atas,
memerlukan perubahan peranan guru kepada menyediakan ruang dan peluang
untuk membolehkan pelajar menerokai lima sumber pengetahuan iaitu
pengetahuan yang diwahyukan, pengetahuan intuitif, pengetahuan autoritatif,
pengetahuan rasional dan pengetahuan empirikal.
Dalam merancang penerokaan mengenai pengetahuan, pengetahuan
semasa perlu ada untuk merancang modul pengajaran dan pembelajaran ini.
Guru perlu menggunakan akal fikirannya bagi memperkembangkan empat
jenis potensi iaitu rohani, intelek, emosi dan jasmani secara seimbang dan
bersepadu. Pembelajaran berasaskan pengalaman menjadi strategi yang utama
di mana pelajar sendiri yang mengawal pembelajarannya. Inovasi pedagogi
yang disarankan dalam KSSR dan KSSM menekankan kepada pemerolehan
4

ilmu pengetahuan, peningkatan daya intelek, penguasaan kemahiran belajar,


pemupukan dan penerapan nilai, penguasaan dan penggunaan bahasa serta
kesepaduan mata pelajaran. Ini boleh dicapai melalui pendekatan pemikiran
merentas kurikulum, bahasa merentas kurikulum dan nilai merentas
kurikulum.
Perkembangan yang berlaku dalam KSSR dan KSSM mempunyai
implikasi kepada pendidikan guru. Pada tahun-tahun 80an, pendidikan guru di
Malaysia telah dilanda oleh pelbagai inovasi sejajar dengan kehendak dan
matlamat KSSR dan KSSM. Keupayaan untuk meningkatkan pembelajaran
daripada pengalaman adalah merupakan tumpuan utama kepada
perkembangan profesionalisma guru. Konsep guru sebagai penyelidik
(Stenhouse), penyelidikan tindakan (Carr & Kemmis), pengamal reflektif
(Schon) dan pembelajaran melalui pengalaman (Kolb) adalah merupakan
inovasi-inovasi yang dicetuskan daripada perkembangan profesionalisme yang
memberi tumpuan penting kepada belajar menerusi pengalaman. Pengenalan
“innovatory concepts” tersebut adalah satu gambaran tentang
'‘internationalisation of thinking’ berkenaan pengajaran dan pembelajaran.
Tahun 90an menampakkan peningkatan dalam penggunaan teknologi
dalam merancang modul-modul pengajaran dan pembelajaran. Ini seterusnya
menuntut kepada inovasi yang lebih berbentuk perubahan yang radikal sesuai
dengan perubahan pesat dan pantas yang berlaku dalam teknologi maklumat
dan telekomunikasi. Konsep Sekolah Bestari yang diperkenalkan oleh
Kementerian Pendidikan menjadikan teknologi sebagai pengupaya utama
dalam meningkatkan pengajaran dan pembelajaran. Budaya sekolah perlu
berubah daripada budaya hafalan kepada budaya berfikir yang kritis dan
kreatif dengan teknologi sebagai pengupaya utama.
Walaubagaimana pun idea-idea inovasi ini perlu diuji dalam konteks
budaya tempatan. Idea-idea tersebut merupakan ‘global market of free floating
ideas’. Kesesuaian dan potensi untuk menggunakannya adalah berlainan dari
satu negara ke negara yang lain. Idea-idea yang baru ini diperkenalkan selain
bertujuan untuk mengayakan pengalaman pengajaran pembelajaran di
Malaysia, ia juga bertujuan untuk menghasilkan guru sebagai pengamal
reflektif. Oleh yang demikian, mungkin lebih wajar jika kita meninjau impak
5

inovasi tersebut ke atas keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam


sistem persekolahan di Malaysia.
Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (Tahun 1989) menterjemahkan
‘Reka Cipta’ sebagai ‘invention’ dan memberi erti sebagai ‘barang yang
pertama kali dicipta’ atau ‘ciptaan baru’. Dari beberapa kamus Bahasa Inggeris
terdapat pelbagai maksud ‘invention’ seperti:-
- ‘when someone creates something that has never existed before’.
- ‘the ability to have clever and original ideas’
- ‘to make or produce (esp. a new or useful thing or idea) for the
first time’.
Middendorf dalam Buku Sumber Reka Cipta menyatakan ‘invention’ itu ialah
suatu proses membuat dan mengeluarkan sesuatu hasil dari penyelidikan,
perubahan dan kegiatan minda serta berfaedah dan belum wujud sebelum ini.
Keith Wick, dalam satu siri buku mengenai Alam Sains menyatakan rekaan itu
ialah sesuatu yang baru lagi asli atau sesuatu yang diperbaiki. Ia boleh
mempunyai sesuatu bentuk seperti mesin atau pun merupakan satu cara baru
membuat sesuatu seperti pengeluaran secara ‘mass production’. Kesimpulan
dari beberapa makna yang diberi ‘reka cipta’ itu adalah dimaksudkan kepada
sesuatu yang baru, asli, berfaedah dan melibatkan minda. (Pusat
Perkembangan Kurikulum).

Teknologi maklumat, budaya bestari dan melahirkan insan yang


sempurna merupakan cabaran dalam pendidikan guru masa kini. Ini jelas
diperkatakan dalam Utusan Malaysia (selasa 19.8.1997) dimana guru bukan
sahaja berperanan untuk mengajar sesuatu pelajaran tetapi mencakupi tentang
proses permurnian jiwa bagi membentuk umat terpuji daripada pembentukan
sahsiah seperti hormat-menghormati, bekerjasama, bersopan santun, menjaga
perilaku dan sebagainya.
Faktor pengetahuan dan berkemahiran dalam teknologi maklumat atau
komputer juga penting bagi guru kerana dewasa ini peranannya amat
diperlukan dalam menghadapi era baru dengan adanya rangkaian teknologi
maklumat sudah tentu dapat membebaskan masyarakat daripada buta huruf
dan berupaya melakukan pengiraan secara saintifik. Di samping itu juga
komputer merupakan nadi penggerak dalam mempertingkatkan mutu
6

pendidikan yang lebih positif (Utusan Malaysia, Selasa 6.5.1997). Penggunaan


komputer dapat mendedahkan teknologi maklumat disekolah terutamanya
kepada pelajar di samping berperanan sebagai alat teknologi sokongan kepada
para guru dalam melahirkan proses pembelajaran yang berkesan.
Budaya bestari di mana pendidikan yang memerlukan pelajar berdikari
dalam mencari maklumat dan ilmu dengan berbantukan kemudahan teknologi
seperti komputer dan internet. Di samping itu guru juga sebagai pembimbing
dan pemudah cara dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini merupakan satu
cara untuk membina kreativiti dan pembentukan diri bagi melahirkan generasi
yang lebih dinamik dan produktif. Menurut Omar (1991) dalam buku beliau
bertajuk Pengisian Misi Pendidikan menyatakan bahawa tanggungjawab
seseorang guru bukanlah sekadar menyampaikan ilmu pengetahuan kepada
murid-muridnya sahaja, bahkan tanggungjawab atau perjuangannya yang lebih
besar adalah penyuburan akhlak dan jiwa anak-anak di bawah didikannya.
Dalam ertikata peranan guru ialah untuk mendidik pelajar dalam sector ilmiah
dan rohaniah. Berdasarkan hakikat tersebut, jelaslah bahawa pendidikan
merupakan unsur penting dalam kehidupan seseorang individu, masyarakat
serta mencorakkan negara.
Kebiasaannya guru-guru menggunakan kaedah “chalk and talk” untuk
mengajar mata pelajaran tersebut di mana kaedah ini lebih bertumpu kepada
guru sebagai sumber utama untuk bantuan dan maklumat (Hamm dan Adams,
1994). Walaupun kaedah pengajaran secara tradisional ini masih mempunyai
kelebihannya yang tersendiri seperti menjimatkan masa guru dan keadaan
kelas terkawal, namun kekurangan yang nyata dalam teknik ini ialah ” it fills
in only part of the learning picture because it fails to tap the learning power
and lessons of collaboration” (Hamm dan Adams, 1994). Oleh yang
demikian, kajian ini ingin mencari jawapan amalan pembelajaran koperatif di
dalam kelas di kalangan guru semasa pengajaran mata pelajaran ini.
Menerusi kajian yang dibuat, penulis merasakan bahawa satu kajian
harus dilakukan bagi membina satu modul pengajaran dan pembelajaran mata
pelajaran Reka Cipta dalam sistem pendidikan di negara ini. Berasaskan
kepada pengalaman penulis sebagai guru dimana pembuatan model atau
prototaip pada hari ini diajar sebagai salah satu elemen proses mereka cipta.
Dalam sistem kurikulum mata pelajaran Reka Cipta di sekolah menengah hari
7

ini merangkumi perkara yang berkaitan dengan kreativiti, komunikasi visual,


reka bentuk dan teknologi pembuatan. Pelajar-pelajar akan dilatih untuk
melihat sesuatu dengan perspektif yang lebih luas sama ada daripada aspek
estetik mahupun gunaan. Melalui kefahaman aspek diatas, pelajar-pelajar
dapat diterapkan dengan penghayatan reka bentuk dan teknologi pembuatan
serta penggunaan dalam kehidupan harian. Mata pelajaran Reka Cipta di
dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah, merupakan kemahiran dan
pengetahuan bidang reka bentuk dan teknologi pembuatan dalam mereka cipta
produk yang inovatif dan bernilai komersial. Ia ditujukan ke arah
melengkapkan perkembangan pendidikan teknik dan vokasional di negara kita
Malaysia.
Perlaksanaan modul pengajaran dan pembelajaran proses mereka cipta
adalah bertujuan untuk membantu keberkesanan dalam aktiviti pengajarandan
pembelajaran dijalankan. Memandangkan dapatan dari hasil kajian
menunjukkan penggunaan buku teks dan buku sumber sahaja tidak
merangkumi ke semua aspek mereka bentuk model atau prototaip. Dengan
itu, guru mata pelajaran itu sendiri perlu mempunyai kemahiran dan
pengalaman sendiri. Menurut Shaharom dan Yap (1991), pengajaran bermodul
dapat memenuhi keperluan para pelajar pada hari ini lebih baik daripada
pengajaran tradisional sama ada dari segi mata pelajaran dan juga kandungan.
Selain daripada itu, kajian ini perlu untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran
dan pembelajaran mengikut kesesuaian topik dan masa. Ini kerana jumlah
pelajar semakin bertambah dari semasa ke semasa dan saiz kelas juga semakin
besar. Jumlah pelajar yang semakin bertambah ini akan menyumbangkan
kepada beberapa faktor seperti peluang pendidikan semakin luas dan peluang
pendidikan yang diberikan boleh dipecahkan kepada bidang akademik
mahupun kemahiran. Pertambahan pelajar ini menyebabkan nisbah bilangan
pelajar dengan guru semakin tinggi, disamping beban sukatan pelajaran yang
semakin sukar. Ini menyebabkan penumpuan guru terhadap pelajar semasa
dalam kelas semakin berkurang.
Menurut Burns (1971) yang dipetik daripada Shaharom dan Yap
(1991), salah satu tujuan pembelajaran bermodul ialah untuk membolehkan
para pelajar meneruskan proses pembelajaran mereka mengikut kecepatan
sendiri. Modul pembelajaran juga merupakan alternatif kepada golongan
8

pendidik untuk menjalankan aktiviti pengajaran seterusnya meningkatkan


kecemerlangan pelajar. Menurut Sharifah Alwiah (1987), modul dikatakan
bertujuan untuk memperkayakan bahan pengajaran dan pembelajaran sesuatu
mata pelajaran pada masa yang sama berfungsi sebagai alat bahan bantu
mengajar (ABBM) bagi menyokong sesi pembelajaran.

KESIMPULAN

Teknik mengajar merupakan kemahiran guru dalam mengelola dan


melaksanakan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Di antara teknik mengajar yang biasa digunakan ialah teknik
bercerita, bersyarah, perbincangan, demonstrasi, latih tubi, penyoalan,
sumbangsaran dan permainan. Tujuan menggunakan pelbagai teknik mengajar
dalam situasi pengajaran ialah untuk menarik minat pelajar, mengekalkan
perhatian serta membangkitkan rasa ingin tahu pelajar supaya mencapai
objektif pengajaran pembelajaran.
Pemilihan teknik mengajar perlulah berdasarkan kepada umur,
kecerdasan, kebolehan dan minat pelajar. Strategi bermakna kebijaksanaan
dalam menguruskan sesuatu perkara. Ianya merujuk kepada kebijaksanaan
guru memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah, teknik dalam
satu-satu pengajaran berdasarkan objektif pelajaran yang ditentukan. Dalam
sesuatu proses pengajaran dan beberapa strategi pendekatan perlu
dipertimbangkan, antaranya ialah;
 Penentuan pendekatan berdasarkan objektif pelajaran.
 Pemilihan kaedah dan teknik mengajar berdasarkan
pendekatan.
 Penyusunan kaedah dan teknik mengajar secara sistematik
dengan mengikut prinsip dan teori pembelajaran.
 Pengagihan masa dan langkah mengajar perlulah disusun
dengan baik.
 Pengagihan bahan bantu mengajar mengikut keperluan dalam
setiap kaedah dan teknik mengajar.
 Pengurusan kelas mengikut pendekatan, kaedah dan teknik
mengajar yang dipilih.
9

Sesuai dengan Falsafah Pendidikan Negara untuk mewujudkan insan yang


seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek, penerapan nilai-nilai
murni perlulah dilakukan walau dengan apa kaedah pengajaran yang
dilaksanakan. Dalam pengajaran subjek komputer dalam pendidikan ini telah
diterapkan dengan beberapa nilai murni agar pelajar-pelajar dapat dibentuk ke
arah yang positif. Nilai-nilai murni yang akan diterapkan adalah seperti:
a) Berdikari
b) Bekerjasama
c) Tepati masa
d) Sabar
Penerapan nilai murni di atas dapat diterapkan secara tidak langsung dalam
beberapa aktiviti pengajaran pembelajaran. Contohnya dalam aktiviti
kumpulan melakukan proses membuka dan memasang komponen komputer
serta mengenali fungsi perkakasan komputer, pelajar akan bekerjasama dan
melakukan aktiviti yang ditetapkan dengan penuh minat dan sabar, disamping
mengikut jangkamasa yang ditetapkan untuk menyiapkan sesuatu aktiviti.
Oleh itu, guru haruslah merancang dengan cukup rapi sebelum
memasuki kelas. Ini termasuklah strategi pengajaran yang merangkumi isi
kandungan, objektif yang hendak dicapai, pendekatan, kaedah dan teknik
penyampaian, BBM yang sesuai dan penilaian yang akan dijalankan. Satu
yang perlu diingatkan ialah tentang pendidikan Islam atau penerapan nilai
Islam. Ini juga harus dirancang dengan saksama. Iaitu apa yang hendak
dipesan kepada pelajar, apa nasihat yang akan diberi, apa nilai yang hendak
ditonjolkan supaya pelajar ikut dan contohi dan sebagainya.
Demikian juga dengan istilah guru berkesan (effective teacher). Ia
bukan sahaja memberi kesan dalam bidang pelajaran yang diajar, mudah
faham dan diminati oleh pelajar, tetapi yang boleh menjadi contoh kepada
pelajar dari segala aspek personaliti, kerana personaliti guru mempengaruhi
sikap pelajar (Huitt, 1994). Ini termasuklah gaya bercakap, kekemasan
berpakaian, penghayatan nilai Islam, penjagaan masa pengajaran (engagement
time), ketepatan masa dalam setiap perjanjian, keadilan dalam layanan dan
sebagainya. Ini semua mencerminkan guru muslim (Al-Ghazali, 1988; Al-
Ibrashy, 1976).
10

RUJUKAN

Burton, J 1987. Implementing The Learner-Centred Curriculum: NCP Seminar Plenary


Papers. Sydney: National Centre for English Language Teaching and Research.

Cates, W.M. 1990. Panduan Amali Untuk Penyelidikan Pendidikan. Terjemahan Syaharorn
Abdullah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Cohen, L dan Manion, L 1983. A Guide to Teaching Practice. 2nd ed. New York: Methnen &
Co.

Effendi Zakaria 1998. Pembelajaran Koperatif. Universiti Kebangsaan Malaysia. Tesis PhD.
Tidak diterbitkan.

Hamm, M. dan Adam, D M. 1994. New Designs For Teaching And Learning In Tomorrow’s
Schools. San Francisco, CA. Jossey Bass ms 98.

Johnson, D.W. dan Johnson, R.T. 1987. Learning Together And Alone. 2nd ed. New Jersey.
Englewood Cliffs. Prentice Hall.

Jaques, D. 1991. Learning In Groups. 2nd ed. London, Kogan Page.


Khalid Mohamed Nor 1993. Kaedah Pembelajaran Berkesan. Kuala Lumpur: Cahaya
Pantai M Sdn. Bhd.

Salwa Abu Bakar 1996. Kajian Mengenai Tugas-Tugas Guru Sekolah Menengah Di Daerah
Johor Bahru. Tesis Sarjana Universiti Teknologi Malaysia.. Tidak diterbitkan.

Abdul Ghafar, M.N (2003). Pembangunan organisasi di Malaysia – projek


pendidikan. Johor: Universiti Teknologi Malaysia

Betts, M. (1998). Developing the credit-based modular Curriculum in Higher


Education.Hong kong: Biddles Ltd

Hussin, S. et.al (2005). Pentadbiran dalam pembangunan Pendidikan. Batu caves: PTS
Profesiona

Fionn, R. (1998). Curriculum design for a BTEC HND in Interactive Multimedia.


Post Graduate Certificate of Education (further education). England:
University of Greenwich

Anda mungkin juga menyukai