Anda di halaman 1dari 4

Definisi Pengajaran Berkesan

Terdapat pelbagai pendapat mengenai maksud pengajaran berkesan. Pengajaran


berkesan bermaksud seorang pengajar atau guru yang harus memiliki
pengetahuan yang luas dan mendalam mengenai sesuatu ilmu pengetahuan
serta mempunyai kemahiran atau teknik profesional yang tinggi (Dunne, R. &
Wragg, T., 1994). Mereka berpendapat yang pengajaran berkesan menuntut
guru untuk memahami isi kandungan sesuatu mata pelajaran dan memiliki ilmu
pengetahuan mengenai topik dan perkara yang hendak diajar serta perlu
menyiapkan diri dengan kemahiran tertentu dari aspek pengurusan kelas,
menyoal soalan, penerangan yang jelas dan pemantauan proses pembelajaran.

Leblanc (1998) pula berpendapat bahawa pengajaran berkesan bermaksud


pengajaran oleh guru yang penyayang, mengambil berat terhadap kebajikan
pelajar, memberi sokongan kepada pelajar, dan berpengetahuan tentang mata
pelajaran yang diajar. Manakala menurut Hunter (1995), pengajaran berkesan
merupakan pengajaran yang dapat meningkatkan pembelajaran dalam diri
pelajar. Antara pendapat lain pula menyatakan bahawa guru berkesan dan boleh
membantu pelajar (Cruickshank, 1995).

Jika diperhatikan di sini, terdapat persamaan antara pandangan yang diberikan


oleh Cruickshank dan Hunter di mana mereka berpendapat bahawa pengajaran
boleh meningkatkan pembelajaran pelajar. Pengajaran berkesan dapat
disimpulkan sebagai pengajaran yang menyedia dan mewujudkan suasana yang
sihat bagi menggalakkan pelajar untuk terus belajar. Perkara ini disokong oleh
Shahril (2004) yang mendefinisikan pengajaran berkesan sebagai kebolehan dan
kemampuan guru untuk menyampaikan maklumat pengajaran dengan baik dan
juga berkesan, di mana secara tidak langsung dapat memotivasikan diri pelajar
untuk terus cemerlang mencapai kejayaan. Guru berkesan merupakan
keupayaan guru dalam menyampaikan pengajaran yang memberi kesan
terhadap beberapa aspek termasuklah dapat memotivasikan pelajar seperti
dinyatakan oleh Malikow, M. (2006). Ianya dapat diaplikasikan dengan pelbagai
kaedah pengajaran, bahan bantu mengajar, dan kemahiran melaksanakan
aktiviti. Dalam konteks ini, guru seharusnya merancang topik, objektif, isi, cara
penyampaian dan penilaian yang sesuai dengan kebolehan sedia ada dan minat
pelajar.

Ciri-ciri Pengajaran Berkesan

Terdapat beberapa ciri-ciri pengajaran, di antaranya adalah guru sebagai


pengajar dan murid pula merupakan pelajar. Pengajaran bermakna jika
pembelajaran berlaku.

Pengajaran akan melibatkan latihan atau tugasan, pemikiran dan penggunaan


simbol serta melibatkan pelbagai aktiviti antara guru dan pelajar. Ciri-ciri
pengajaran meliputi rancangan mengajar, objektif pelajaran, tempat belajar,
ABBM, kaedah dan teknik mengajar serta proses yang melibatkan interaksi dua
hala antara pelajar dan guru. Strategi pengajaran mengandungi unsur sains dan
unsur seni.

Dalam memastikan keberkesanan proses pengajaran, guru haruslah memainkan


peranan yang penting agar objektif pengajaran yang telah ditetapkan dapat
dicapai pada akhir sesi pengajaran. Menurut Brown, G. & Atkins, M (1988)
pengajaran berkesan menuntut kepada tenaga pengajar untuk mengetahui dan
mendalami sesuatu mata pelajaran yang diajar. Antara ciri-ciri guru berkesan
adalah guru yang mempunyai kepakaran dan kecekapan dalam subjek yang
diajar, boleh mempelbagaikan kaedah mengajar, boleh memberi penerangan
yang jelas tentang perkara yang hendak disampaikan dan enthusiasm. Guru juga
perlulah memastikan bahawa proses pengajaran tersebut berlaku dengan
melibatkan interaksi dua atau pelbagai hala dengan pelajar. Oleh itu, penglibatan
pelajar dalam pengajaran perlu ditiitkberatkan. Menurut Slavin (1984), beliau
telah memperkenalkan beberapa elemen dalam model pengajaran berkesan
berdasarkan perkara seperti berikut:

(a) Kualiti Pengajaran

Pengajaran yang berkualiti terjadi apabila maklumat yang disampaikan boleh


diterima, menarik minat, dan mudah untuk diingati serta dilakukan oleh pelajar.

(b) Tahap Kesesuaian Pengajaran

Tahap keupayaan pelajar dalam penerimaan pembelajaran perlu


dipertimbangkan. Kebolehan pelajar adalah berbeza-beza dengan mengambil
kira latar belakang pendidikan, tahap kecerdasan dan lain-lain. Guru harus bijak
menggunakan kaedah dan strategi mengikut tahap penerimaan pelajar itu
sendiri.

(c) Insentif

Galakan dan insentif daripada guru adalah penting bagi menarik minat serta
menggalakkkan pelajar agar terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran
secara langsung atau tidak langsung. Pemberian pujian serta hadiah harus
dipertimbangkan oleh guru bagi mewujudkan suasana yang bermotivasi. Guru
perlu menunjukkan bagaimana pelajar boleh mencapai kemajuan. Galakan yang
berterusan adalah lebih baik kerana proses pengajaran adalah secara berterusan
serta puji-pujian perlu diberikan pada tempat yang sepatutnya supaya pelajar
dapat mengenal pasti dan mengetahui kejayaan mereka. Dengan penghargaan
yang diberikan, ianya dapat membantu menggalakkan penglibatan para pelajar
di dalam kelas dan meningkatkan motivasi mereka untuk belajar.

(d) Masa

Penggunaan masa yang betul dapat memastikan sukatan pelajaran dapat


dihabiskan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Perancangan pengajaran
yang bertepatan dengan objektif pengajaran dapat memastikan hasil yang
berkualiti.

Kesimpulan

Pengajaran merupakan aktiviti intelek. Ia melibatkan pemikiran, perasaan, dan


penilaian. Pengajaran juga merupakan satu sistem aktiviti yang ditujukan kepada
pelajar-pelajar dengan harapan akan membawa perubahan tingkah laku di
kalangan mereka. Terdapat dua jenis pengajaran iaitu pengajaran terkini dan
tradisional. Proses pengajaran sekarang adalah berpusatkan kepada murid
bersesuaian dengan era globalisasi yang menuntut perubahan dalam setiap
aspek termasuklah dalam bidang pendidikan. Teknologi yang digunakan haruslah
selari dengan perubahan semasa. Oleh itu, dalam perancangan pengajaran,
pendekatan, kaedah, teknik dan alat serta sumber yang digunakan haruslah
bersesuaian dengan tahap kebolehan pelajar zaman sekarang bagi memastikan
objektif dan matlamat pengajaran dapat dicapai dengan cemerlang. Ianya bagi
melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta dapat
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Berbanding dengan pengajaran tradisional, ianya lebih berpusatkan guru. Guru
banyak memberikan input serta ilmu tanpa memberi ruang kepada pelajar untuk

berfikir dan melibatkan secara aktif. Komunikasi satu hala yang dilaksanakan
oleh guru tidak bersesuaian memandangkan pengetahuan serta pengalaman
pelajar tidak dapat dikembangkan dengan baik kerana pelajar tidak berpeluang
untuk berfikir secara kreatif. Pelajar merupakan pembina ilmu yang aktif. Oleh
itu, penglibatan pelajar di dalam satu-satu pengajaran adalah penting bagi
membantu penerapan nilai-nilai murni di dalam diri pelajar itu sendiri dan
memastikan proses pengajaran berlangsung secara efektif. Pendapat ini
disokong oleh Sharifah Alwiah Alsagoff (1983) yang menyatakan bahawa
pengajaran yang berkesan adalah merujuk kepada guru yang dapat membawa
pelajar kepada hasil pembelajaran terakhir yang diinginkannya.

Anda mungkin juga menyukai