Anda di halaman 1dari 10

PENYEMBELIHAN

MENURUT HUKUM SYARAK

Dari Segi Bahasa:


Potong atau belah bagi menghilangkan nyawa
binatang.

Dari Sudut Syarak:


Menyembelih binatang yang mampu dikuasai
dan harus dimakan dengan memutuskan
Halkum dan Mari dengan sekali sembelihan

: .

Pengertian
Diharamkan di atas kamu makan bangkai yang mati dengan

tiada disembelih, dan darah yang mengalir, dan daging


khinzir, dan binatang-binatang yang disembelih dengan
tiada menyebut nama Allah, dan binatang yang mati
dengan dicekik, dan binatang yang mati dengan dipukul,
dan binatang yang mati dengan jatuh dari tempat tinggi ke
bawah atau ke dalam telaga, dan binatang yang mati
dengan sebab ditanduk oleh lawannya, dan binatang yang
mati sebab dimakan oleh binatang buas, dikecualikan jika
kamu dapati itu ada roh dan ada hayat mustaqirrah seperti
ia bergerak dengan kuat dan sempat kamu menyembelih
akan binatang-binatang itu, dan binatang yang disembelih
dengan nama berhala. ( Al Maaidah , ayat 3 )

Kesimpulan dari ayat di atas, cuma 10 haiwan yang


tidak halal dimakan:
1. Bangkai yang mati tanpa sembelih
2. Darah yang keluar mengalir
3. Daging BABI
4. haiwan yang disembelih kerana pemujaan
5. Haiwan yang mati kerana tercekik
6. Haiwan yang mati kerana dipukul
7. Haiwan yang mati kerana jatuh di tempat tinggi
8. Haiwan yang mati ditanduk
9. Haiwan yang mati kerana diserang binatang buas
10. Haiwan yang disembelih atas nama berhala.

MENGENAL JENIS-JENIS BINATANG


Kejadian kehidupan binatang dimuka bumi ini ada tiga
jenis iaitu:
1. Binatang yang hidup didarat
2. Binatang yang hidup diair
3. Binatang yang hidup didarat dan diair ( Dua alam )
Binatang yang hidup didarat ada yang halal dan ada
yang tidak halal
Binatang yang hidup diair yang mati atau ditangkap
oleh orang bukan Islam seperti ikan atau bukan ia
adalah halal
Binatang yang hidup didarat dan diair ( dua alam )
hukumnya haram iaitu tidak halal dimakan

SEMBELIHAN
Sembelihan ialah mematikan nyawa binatang yang halal dimakan
dengan memutuskan urat halkum dan mari dengan menggunakan
alat yang tajam dengan niat kerana Allah .
Sembelihan menghalalkan seekor binatang itu dimakan oleh orang
Islam, walau bagaimanapun, hanya binatang yang halal sahaja
yang termasuk dalam kategori tersebut, manakala binatang yang
memang haram dimakan seperti khinzir, ular, tikus dan lain-lain
lagi hukumnya tetap haram walaupun disembelih oleh orang
Islam.
Hukum sembelihan adalah wajib dan binatang yang mati tanpa
disembelih adalah dianggap bangkai, najis dan haram dimakan.

RUKUN SEMBELIHAN
1- Penyembelih
2- Binatang yang disembelih
3- Alat Penyembelihan
4- Tempat yang disembelih
5- Niat menyembelih (sengaja
menyembelih)

SYARAT-SYARAT SEMBELIHAN
1. Penyembelih
1- Berugama Islam samada lelaki atau perempuan
2- Ahli kitab samada Yahudi atau Nasrani ( yang
berpegang dengan kitab Allah selain dari AlQuran)
3- Kanak-kanak yang mumayiz
4- Baligh
5- Berakal berfikiran waras
6- Tidak melakukan penyembelihan didalam ihram
haji
2. Binatang yang disembelih
1- Binatang darat yang halal dimakan
2- Binatang itu masih hidup ketika disembelih
3- Binatang itu mati dengan sekali sembelihan
3.Alat Penyembelih
1- Menggunakan alat yang tajam dan boleh
melukakan saperti pisau, besi, tembaga, emas, perak,
batu, kaca, kayu dan buluh tidak termasuk gigi, tulang
dan kuku ( Tidak Halal )

4. Tempat yang disembelih


1- Memutuskan urat halkum (Tempat saluran
pernafasan) dan urat Marikh (Tempat saluran makanan
dan minuman)
2- Disembelih pada leher bagi binatang yang senang
diselengarakan.
3- Binatang yang tidak dapat disembelih pada leher
kerana sesuatu sebab saperti binatang buruan, maka
bolehlah disembelih pada mana-mana bahagian
anggotanya untuk mematikannya dengan syarat niat
menyembelih .
5. Niat Menyembelih
1- Penyembelih hendaklah mempunyai niat ( Qasad
senghaja ) menyembelih kerana Allah bukan kerana
sesuatu yang lain saperti untuk disembahkan kepada
jembelang, hantu syiatan atau yang disembelih untuk
berhala.

Anda mungkin juga menyukai