Anda di halaman 1dari 3

Sembelihan

Pengertian
Mematikan nyata binatang yang halal dimakan dengan cara memotong urat halkum dan urat merih
dengan menggunakan alat yang tajam beserta niat kerana Allah s.w.t

Hukum
Wajib dengan tujuan dimakan dagingnya. Binatang yang mati tanpa atau disembelih tidak mengikut
syariat disebut bangkai. Bangkai adalah najis dan hukumnya haram.

Rukun sembelihan
1. Penyembelih
2. Binatang yang disembelih
3. Alat penyembelih

Syarat sah penyembelih
1. Islam/ahli kitab
2. Tidak dalam ihram atau umrah
3. Niat sembelih kerana Allah
4. Mumayyiz
Syarah sah binatang yang disembelih
1. Binatang yang halal
2. Binatang yang masih hidupatau nyawa ikan sebelum disembelih
3. Mati dengan sekali sembelihan
4. Tempat yang disembelih iaitu halkum
5. Putus urat halkum dan urat merih
Syarat sah alat sembelihan
1. Benda yang tajam seperti pisau, sembilu, kaca kecuali gigi, tulang, kuku, rambut dan tali.

Konsep-konsep sembelihan
1. Binatang yang halal wajib disembelih untuk dimakan seperti kambing, lembu, unta manakala
haram memakan binatang yang haram dimakan walaupun sudah disembelih seperti babi dan
anjing.
2. Binatang yang halal tetapi mati dalam keadaan masih belum disembelih adalah haram untuk
dimakan.
3. Binatang yang disembelih untuk penyembahan atau pemujaan berhala adalah haram untuk
dimakan.
4. Binatang yang mati kerana dipukul, terjatuh, ditanduk, atau mati tercekik adalah haram dimakan
kecuali sempat disembelih.

Perkara makruh sembelihan
1. Tidak membaca Basmalah.
2. Menggunakan pisau yang tumpul
3. Tidak menghala binatang yang disembelih ke arah bukan kiblat.
4. Menampakkan alat sembelihan kepada binatang yang hendak disembelih.
5. Melakukan sembelihan dihadapan binatang yang lain.
6. Mematahkan leher binatang sebelum nyawanya hilang.

Perkara sunat ketika sembelihan
1. Menyebut nama Allah dan selawat ke atas Nabi.
2. Menyembelih bahagian pangkal leher yang boleh memutuskan urat di kiri dan kanan.
3. Binatang itu dibaringkan di atas rusuk kiri.
4. Memutuskan dua urat kiri dan kanan supaya cepat mati.
5. Menggunakan alat yang paling tajam.
6. Menyembelih di siang hari.
7. Melakukan penyembelihan dengan segera.
Hikmah sembelihan
1. Untuk membezakan daging yang halal dan haram untuk dimakan.
2. Perhormatan manusia ke atas makhluk ciptaan Allah swt.
3. Supaya binatang itu tidak berasa terseksa ketika disembelih.
4. Sembelih dengan nama Allah untuk memelihara aqidah.
5. Untuk menunjukkan perbezaan yang ketara antara cara orang kafir dan orang islam dalam
mematikan binatang.
6. Supaya darah daripada binatang itu mengalir dengan cepat dan selamat. Dengan cara ini, dapat
mengelakkan dari sebarang kuman yang sedia ada dalam darah tersebut serta memastikan
daging yang dimakan bersih dan bermutu.

Anda mungkin juga menyukai