Anda di halaman 1dari 3

Sebab Anda Perlu Mandi Wajib

1-Bertemu dua khitan atau bersetubuh (masuknya zakar


sehingga terbenam kepalanya ke dalam faraj)
2-Keluar mani walaupun sedikit
3-Mati melainkan syahid
4-Keluar haid bagi perempuan.
5-Keluar nifas (darah yang mengiringi bayi ketika bersalin)
6-Wiladah atau melahirkan anak

Rukun Mandi Wajib ( Cukup 3 rukun ini, mandi
wajib sah)
1-Niat Mandi Wajib
2-Menghilangkan najis di badan samada yang jelas('ayni) atau
tidak jelas(hukmi)
3-Menyampaikan air ke seluruh anggota badan dari hujung
rambut sehingga ke hujung kaki.

Jenis Niat Mandi Wajib
1-Keluar Mani atau keluar haid dan nifas
"Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala"
"Sahaja aku mandi daripada haid kerana Allah Taala"

2-Mandi disebabkan bersetubuh antara suami isteri
"Sahaja aku mandi junub kerana Allah Taala"

3-Mandi disebabkan keluarnya darah nifas
"Sahaja aku mandi daripada nifas kerana Allah Taala"

Bahasa Arab



Sunat Ketika Mandi Wajib

1-Mengadap Kiblat
2-Membaca basmalah
3-Membasuh dua tapak tangan
4-Mengambil wuduk sebelum mandi
5-Menggosok seluruh anggota badan dengan tangan dan
berturut-turut dalam membasuh anggota
6-Membasuh kemaluan dengan tangan kiri dan juga segala
kekotoran yang ada pada badan.
7-Menyelati rambut kepala dengan air kemudian membasuh
kepala 3 kali.
8-Mengambil air dan membasuh ke semua tubuh yang berlipat
seperti tubuh yang berlipat seperti kedua-dua telinga, lipatan-
lipatan perut, dalam pusat dan ketiak.
9-Membasuh sebanyak 3 kali sebagai kias kepada wuduk .


Cara-Cara Mandi Wajib

1-Bersihkan tubuh dan hilangkan kotoran dan perkara-perkara
yang boleh menghalang air sampai ke anggota badan semasa
mandi hadas .

2-Duduk bertinggung bagi yang berkemampuan. Ini bertujuan
untuk membuka semua anggota yang zahir dan mudah untuk
menyampaikan air ke kawasan-kawasan sulit seperti qubul dan
dubur. Kalau berdiri pun tidak jadi masalah , yang penting ialah
air sampai kepada semua bahagian anggota badan.

3-Niat mandi wajib . Bagi sesiapa yang tidak pandai bahasa arab
boleh dalam bahasa melayu.

4-Sunat memulakan mandian disebelah kanan anggota badan
dan seterusnya disebelah kiri.

5-Gosok atau sapu disemua anggota badan , mengambil air dan
membasuh ke semua tubuh yang berlipat seperti tubuh yang
berlipat seperti kedua-dua telinga, lipatan-lipatan perut, dalam
pusat dan ketiak.(meratakan air keseluruh tubuh badan).

6-Selesai Mandi Wajib

Rujukan :

Buku "Indahnya Hidup Bersyariat"

Anda mungkin juga menyukai