Anda di halaman 1dari 8

Ketahui Pantang Larang Yang Pesakit Buah Pinggang Perlu Tahu

Sakit buah pinggang bukanlah perkara yang remeh, yang boleh di pandang ringan.
Jika pesakit buah pinggang melanggar pantang-larang ini, silap-silap boleh
mengundang maut.

Sebagai ahli keluarga yang ada mengalami masalah ini, kita perlu memberi
sokongan kepada mereka, agar mereka tidak terasa terabai.

Jom kita sama-sama tengok pantang-larang pesakit buah pinggang, semoga ia


dapat membantu kita dalam memahami keperluan dalam menjaga kesihatan
mereka.

1. Kawal pengambilan air


Pesakit buah pinggang harus mengawal pengambilan air atau cecair
mereka dengan menghadkan jumlah air atau cecair yang diambil setiap hari
sebanyak 500ml sahaja.
Oleh itu, pengambilan air mereka perlu disukat setiap hari.
Pengambilan air yang terlalu banyak dalam sehari boleh menyebabkan
pembengkakkan pada bahagian badan akibat penakungan air dalam badan dan
boleh menyebabkan pesakit mengalami kesukaran untuk bernafas.
Cecair berlebihan juga boleh mempengaruhi tekanan darah dan akan
membuatkan jantung bekerja keras.
Bentuk air dan cecair yang perlu dikawal termasuklah apabila memakan
aiskrim, tembikai, dan makanan berair.
2. Pesakit buah pinggang juga tidak dibenarkan mengambil makanan yang
tinggi protein

seperti soya, kekacang, produk tenusu dan daging merah seperti daging
lembu.
Walaubagaimanapun, pesakit masih dibenarkan untuk makan daging ayam.
Hal ini kerana, makanan yang tinggi protein boleh membebankan buah
pinggang kerana kegagalan buah pinggang menyebabkan protein yang diambil
tidak dapat ditapis oleh buah pinggang yang bermasalah.
Pesakit disarankan pemakanan yang tinggi karbohidrat dan rendah protein.
3. Pesakit buah pinggang juga tidak dibenarkan melakukan kerja-kerja
berat
seperti kerja buruh dan sebagainya.
Walaubagaimanapun, pesakit boleh bekerja seperti biasa atau melakukan
aktiviti sukan biasa untuk kesihatan.
Jika pesakit melakukan dialisis, proses dialisis itu sendiri
menyebabkan banyak nutrien yang diperlukan tubuh turut tersingkir dan
tubuh pesakit akan cepat lemah dan tidak bertenaga.
Oleh itu, pesakit mungkin perlu mengambil vitamin tambahan untuk
menggantikan semula nutrisi yang telah hilang sewaktu dialisis.
Pesakit buah pinggang biasanya akan diberikan kalsium dan vitamin
seperti vitamin C dan vitamin B untuk membantu memulihkan tenaga
menggantikan semula nutrisi yang hilang setelah mereka melakukan dialisis.
4. Pengambilan garam perlu dikawal oleh pesakit buah pinggang.
Agak mustahil untuk mengelak dari mengambil garam memandangkan
garam terdapat secara semulajadi di dalam kebanyakan makanan.
Walaubagaimanapun, jumlah penambahan garam ke dalam masakan atau
makanan perlulah dikawal.
Makanan yang tinggi garam perlulah dielakkan.
Garam juga tersembunyi sebagai bahan pengawet di dalam makanan
terproses termasuklah dalam burger, keju, telur masin, ikan kering, dan bilis.
Oleh itu, pesakit digalakkan untuk membaca label dan memeriksa kandungan
garam sebelum memilih makanan yang siap dibungkus atau makanan dalam tin.
5. Mengurangkan sayur-sayuran dan buah-buahan yang tinggi kalium
(pottassium)
seperti bayam, kailan, brokoli, sawi hijau, petai dan ubi keledek, anggur,
nangka, ciku, durian, pisang, mangga, oren dan kurma.
Walaubagaimanapun, pesakit masih boleh mengambil sayuran dan buah-
buah tersebut dalam jumlah yang sedikit, ataupun mengambil sayuran dan buah-
buahan yang rendah kandungan kaliumnya seperti kangkung, kobis, petola, taugeh,
epal, jambu batu, pir atau nenas.
Kalium yang tinggi jika diambil boleh menyebabkan pesakit buah pinggang
boleh mengalami degupan jantung yang luar biasa atau berhenti dengan tiba-tiba.
Saranan kalium bagi pesakit buah pinggang adalah kira-kira 1500-2000 mg
sahaja sehari.
Bagi yang mengambil kurma, dicadangkan mengambil kurang daripada 5 biji
kerana 5 biji kurma mengandungi jumlah kalium yang melebihi 200mg.
6. Pesakit buah pinggang juga perlu mengawal kandungan fosfat

dalam pemakanan.
Apabila seseorang mengalami masalah buah pinggang, fosfat akan terkumpul
di dalam darah.
Fosfat yang banyak di dalam darah akan menarik keluar kalsium dari tulang.
Kehilangan kalsium dari tulang akan mengakibatkan tulang menjadi lemah
dan mudah retak atau patah.
Contoh minuman yang tinggi fosfat ialah teh tarik dan kopi susu.
Manakala mimuman yang rendah fosfat ialah air tebu, sirap ros dan teh cina.
Makanan yang tinggi fosfat pula seperti roti canai, mee segera, makaroni,
kacang dhal, soya, dan daging atau ayam.
Manakala makanan yang rendah kandungan fosfatnya adalah seperti putih
telur, bihun, kuew tiow atau laksa.

7. Makan pada waktu tetap


Memandangkan selera makan pesakit ginjal selalunya agak kurang, penting
bagi pesakit untuk cuba makan pada waktu yang tetap.
Sekiranya kuantiti yang dimakan terlalu sedikit, pesakit dinasihatkan untuk
cuba makan lebih kerap supaya jumlah pengambilan kalori harian mencukupi.
Dalam usaha kita untuk mengelakkan penyakit kegagalan buah pinggang
peringkat akhir dan rawatan dialisis, termasuklah kesan-kesan sampingan daripada
penyakit ini, kita harus mengamalkan budaya hidup sihat, menjaga pemakanan,
bersenam serta menjaga berat badan. Kita tidak sepatutnya memandang ringan
kegagalan buah pinggang dengan adanya rawatan dialisis kerana ketika itu,
semuanya sudah terlambat, kata Pakar Perunding Nefrologi dan ahli Lembaga
Pengurusan NKF, Dr. Goh Bak Leong.

Anda mungkin juga menyukai