Anda di halaman 1dari 20

PENYERAHAN DAN PENILAIAN TUGASAN

ASSIGNMENT SUBMISSION AND ASSESSMENT


________________________________________________________________________
HBSC 4103
FIZIK 1

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA


PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN

NO. MATRIKULASI
NO. KAD PENGENALAN
NO. TELEFON
E-MEL
PUSAT PEMBELAJARAN
PENSYARAH

: 751225036168001
: 751225036168
: 019 2706137
: mobile.wan.nordiana
: KELANTAN LEARNING CENTRE
: MOHD ANUAR BIN FAUZI

HBSC 4103 FIZIK 1


ISI KANDUNGAN
JADUAL KANDUNGAN

HALAMAN

ISI KANDUNGAN

1.0

Pengenalan
1.1
Sejarah gelombang elektromagnet
1.2
Ciri-ciri gelombang elektromagnet
1.3
Spektrum elektromagnet

1
2
3
3

2.0
3.0

Elektromagnet dalam kehidupan seharian


Pengaruh penggunaan gelombang elektromagnet ke atas gaya
hidup manusia

9
12

4.0

Cara mengubah gaya hidup bagi meminimunkan kesan

14

negatif gelombang elektromagnet


5.0

Kesimpulan

16

RUJUKAN

18

HBSC 4103 FIZIK 1


1. Pengenalan
Pencapaian teknologi sains yang terkini telah menyebabkan penggunaan gelombang
elektromagnet telah bertambah di dalam kehidupan kita. Gelombang ini secara tidak
langsung telah menjadi satu kepentingan dalam kehidupan manusia dan tanpanya ianya
boleh membataskan corak kehidupan normal. Antaranya adalah penggunaan telefon
mudah alih sebagai alatan komunikasi, televisyen sebagai media hiburan dan informasi,
radio sebagai media perhubungan dan hiburan, radar sebagai media mengesan dan
menjadualkan perjalanan sesebuah pengangkutan udara dan sebagainya. Secara tidak
langsung juga penggunaan gelombang elektromagnet ini menjadikan dunia hari ini
menjadi kecil di mana perhubungan di antara satu tempat dengan satu tempat yang lain
mudah dilaksanakan tanpa batas dan sempadan. Terdapat empat sumber utama bagi
gelombang elektromagnet iaitu sinaran matahari yang menghasilkan infra merah, lampu
merkuri yang menghasilkan sinar ultra violet dan tindakbalas electron dan kepingan
logam yang menghasilkan sinar X.
Gelombang merupakan suatu getaran yang merambat di mana ianya dapat ditafsirkan
sebagai satu perpindahan momentum dari suatu titik di dalam ruang ke satu titik lain
tanpa perpindahan materi dan tidak harus memerlukan medium atau perantara bagi tujuan
perpindahan tersebut. Ianya juga mempunyai panjang yang membolehkan penentuan bagi
frekuensi. Panjang sesuatu gelombang boleh digambarkan seperti gelombang ombak
seperti rajah di bawah. Jika di lihat panjang gelombang akan kelihatan berubah sekiranya
makin dekat dengan pantai.

Rajah 1: Gambaran panjang gelombang

HBSC 4103 FIZIK 1

Bagi memperolehi pengiraan gelombang mestilah mengetahui amplitude, tempoh masa


dan panjang gelombang. Amplitud merupakan jarak maksimum atau mnimum dari
keseimbangan. Tempoh merupakan masa yang diperlukan bagi membuat satu kitaran
lengkap dan panjang gelombang adalah jarak di antara puncak gelombang.

Rajah 1.1: Gelombang


Formula bagi mendapatkan persamaan gelombang adalah seperti di bawah:

Gelombang = halaju/frekuensi
Dua cara yang terpenting bagi membolehkan tenaga berpindah di dunia ini adalah dengan
penggunaan gelombang mekanik dan gelombang elektromagnet. Contoh bagi gelombang
mekanik adalah gelombang di air ketika batu dijatuhkan dan gelombang suara apabila
dilaungkan. Gelombang mekanik terhasil apabila wujudnya getaran pada unsur tersebut.
Sinaran elektromagnet pula merupakan kombinasi antara komponen magnet dan elektrik
yang merembat di udara. Ianya juga dikenali sebagai radiasi EM.
1.1. Sejarah Gelombang Elektromagnet
Sejarah gelombang elektromagnet dicatatkan telah bermula pada abad yang
kesepuluh di Iskandariah, Mesir. Pada ketika itu seorang ilmuan yang bernama Al
2

HBSC 4103 FIZIK 1


Hassan (965 1038) telah mengemukakan pendapat bahawa mata seseorang normal
dapat melihat benda-benda yang berada di sekeliling oleh kerana kewujudan cahaya
yang dipancarkan atau dipantulkan oleh sesuatu yang bersangkutan masuk ke dalam
mata. Pendapat ini akhirnya telah dapat diterima pakai oleh kebanyakan penyelidik
sehingga masa kini. Kesinambungan daripada teori ini ianya telah dipersetujui oleh
seorang penyelidik Inggeris iaitu Sir Isaac Newton (1642 1727). Sir Isaac
berpendapat bahawa sumber cahaya yang dipancarkan mengenai partikel-partikel
kecil yang sangat ringan ke segala arah dalam kecepetan yang sangat besar dan bila
mengenai mata maka manusia akan mendapat kesan melihat objek tersebut. Pendapat
beliau ini telah menghasilkan Hukum Pemantulan Snellius. Selain itu juga seorang
penyelidik daripada Perancis iaitu Jean Focault (1819 1868) telah menjalankan
kajian pengukuran kecepatan cahaya dan menyimpulkan bahawa kecepatan cahaya di
dalam air lebih kecil berbanding di dalam udara.
James Clark Maxwell (1831 1879) merupakan seorang penyelidik berbangsa
Inggeris yang berpendapat bahawa gelombang elektromagnet mempunyai kecepatan
rambat yang bersamaan dengan cahaya dan menyimpulkan bahawa cahaya adalah
merupakan gelombang elektromagnet. Beliau juga berpendapat bahawa jika sesuatu
medan magnet itu boleh menghasilkan medan elektrik maka sebaliknya perubahan
medan elektrik boleh menyebabkan medan magnet. Keberhasilan kajian ini telah
diteruskan oleh seorang penyelidik Oersted yang dapat membuktikan bahawa arus
elektrik dalam konduktor dapat menghasilkan medan magnet disekitarnya. Selain itu
Micheal Faraday seorang penyelidik Inggeris telah dapat membuktikan bahawa
konduktor yang menghasilkan gaya gerak listrik induksi pada bahagian hujungya bila
memotong medan magnet. Sehingga kini penyelidik masih lagi mengkaji gelombang
elektromagnet bagi memudahkan kehidupan kegunaan manusia secara amnya.
1.2. Ciri-ciri Gelombang Elektromagnet
Gelombang elektromagnet mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri iaitu:
a. memindahkan tenaga dari satu titik ke satu titik yang lain
3

HBSC 4103 FIZIK 1


b. boleh bergerak di dalam vakum (tanpa udara) dengan kelajuan cahaya,
c. merupakan corak gelombang melintang,
d. ianya boleh mengalami proses pembiasan (refraksi), pemantulan (refleksi),
pelenturan (difraksi), pengutuban (polirasasi) dan perpaduan (interferensi).
1.3. Spektrum Elektromagnet
Spektrum elektromagnet merupakan suatu pengkelasan bagi pelbagai jenis
gelombang elektromagnet berdasarkan panjang gelombang dan frekuensinya yang
berbeza di antara satu sama lain. Ianya boleh diringkaskan seperti di bawah:

Rajah 1.2: Spektrum elektromagnet


Sumber: http://id.wikipedia.org/wiki/Spektrum_elektromagnet
Berdasarkan kepada rajah di atas bolehlah disimpulkan bahawa di dalam spektrum
elektromagnet terdapat tujuh jenis spektrum yang mempunyai berlainan panjang
gelombang dan frekuensi. Ketujuh-tujuh jenis tersebut adalah:
a. Gelombang radio
Gelombang radio merupakan salah satu gelombang yang mempunyai panjang
gelombang yang terpanjang dalam kebanyakan gelombang elektromagnet iaitu 10 3m.
Kebiasannya skala pengiraan panjang bagi gelombang radio adalah berdasarkan
4

HBSC 4103 FIZIK 1


ketinggian bangunan dan frekuensinya bermula 30 kHz dan ke atas. Ianya juga
biasanya dikelompokkan berdasarkan lebar frekuensinya iaitu jika panjang
gelombang adalah tinggi maka frekuensinya adalah rendah. Gelombang radio
biasanya dihasilkan dengan osilator dan dipancarkan dari satu antenna dan diterima
oleh antenna yang lain dan pengubahsuaian tenaga gelombang kepada tenaga bunyi
membolehkan kita mendengarnya sebagaimana gambaran di bawah. Sumber bagi
gelombang radio adalah daripada menara pemancar samada bagi radio, television dan
komunikasi. Antara cirinya yang penting adalah membawa maklumat berupa audio
dan visual. Kegunaan yang amat besar bagi gelombang radio adalah bagi tujuan
komunikasi penyiaran dan komunikasi tanpa wayar.

Rajah 1.3: Gelombang radio


Sumber: http://id.wikipedia.org

b. Gelombang mikro
Gelombang mikro juga dikenali sebagai microwaves yang merupakan juga
gelombang radio tetapi mempunyai frekeunsi yang paling tinggi iaitu di atas 3 kHz.
Gelombang mikro mempunyai sifat kesan pemanasan sekira gelombangnya diserap
oleh sesuatu. Sumber bagi gelombang mikro boleh diperolehi daripada pemancar
radar ataupun daripada ketuhar gelombang mikro (oven). Ciri utama bagi gelombang
mikro adalah boleh menembusi atmosfera dan ianya amat berguna sebagai
5

HBSC 4103 FIZIK 1


komunikasi dengan satelit, sistem radar bagi tujuan pengesanan kapal udara, sistem
kedudukan global (GPS) dan alatan memasak.

Rajah 1.4: Gelombang mikro


Sumber: http://globalmicrowave.org/
c. Inframerah
Sinar infra merah merupakan cahaya yang tidak nampak dengan mempunyai
frekuensi 1011 Hz hingga 1014 Hz. Sinar ini dihasilkan oleh tindakbalas molekulmolekul dalam electron yang bergetar apabila dipanaskan dan menghasilkan pancaran
sinar infra merah sebagai contoh adalah badan manusia dan matahari. Ianya
bergantung kepada suhu dan juga warna benda yang diuji. Di antara ciri-ciri infra
merah adalah ianya tidak dapat dilihat dengan mata kasar, tidak dapat menembusi
bahan yang tidak tembus pandang, hanya boleh dihasilkan dengan bahan yang
menghasilkan panas dan panjang gelombangnya mempunyai hubungan yang
berlawanan dengan suhu sebagai contoh jika suhu tinggi maka panjang gelombang
adalah rendah. Inframerah boleh digunakan bagi tujuan memasak makanan melalui
perlatan seperti ketuhar, pemanggang dan pembakar. Selain itu alat kawalan jauh
(remote control) bagi mengawal peralatan elektronik, sistem amaran penceroboh
berdasarkan sensor pemanasan dan alat penglihatan malam bagi kegunaan tentera.

HBSC 4103 FIZIK 1

Rajah 1.5: Gelombang Ultra Ungu


Sumber: http://techno.okezone.com/
d. Cahaya tampak
Cahaya tampak adalah suatu cahaya yang apabila ianya mengenai sesuatu benda itu
makan ianya boleh dilihat oleh mata kasar manusia. Sebagai contoh adalah cahaya
matahari, api dan lampu. Ciri-ciri utama bagi cahaya tampak adalah ianya
mempunyai tujuh komponen warna iaitu merah, oren, hijau, biru, kuning, indigo dan
ungu. Antara kegunaannya adalah bagi tujuan proses fotosintesis bagi tumbuhan,
penghantaran data menerusi kabel gentian optik dan membolehkan manusia dan
haiwan melihat.
e. Ultraviolet
Cahaya ultra ungu merupakan salah satu spektrum elektromagnet yang mempunyai
panjang gelombang yang lebih pendek daripada cahaya tampak dengan frekuensi
yang lebih tinggi iaitu sekitar 1016. Frekuensi bagi ultraviolet tidak dapat dilihat oleh
mata kasar manusia tetapi boleh dilihat oleh sesetengah binatang (serangga dan
burung). Ianya dihasilkan melalui gerbang elektrik dan cahaya khas seperti cahaya
hitam yang menyebabkan tindakbalas kimia terjadi menghasilkan floresan dan tidak
berion. Sumber cahaya ultra ungu adalah cahaya matahari, lampu merkuri, percikan
api atau objek yang tersangat panas. Di antara ciri-ciri utama yang dikenalpasti adalah
ianya boleh diserapkan oleh kaca dan lapisan ozon di atmosfera bumi, pendedahan
yang berlebihan boleh menyebabkan penyakit kanser kulit tetapi pendedahan yang
7

HBSC 4103 FIZIK 1


minima amat baik bagi mendapatkan vitamin D untuk kulit. Kegunaan cahaya ultra
ungu adalah sebagai lampu pendaflour bagi bayi berpenyakit kuning, digunakan bagi
mengesan duit palsu dan digunakan bagi tujuan pengsterilan alatan perubatan bagi
mengelakkan kuman.
f. Sinar X
Sinar X merupakan salah satu spektrum elektromagnet yang mempunyai julat panjang
gelombang yang amat besar iaitu 108 hingga 1012 m dan frekuensi melebihi 1000 iaitu
Antara 1016 hingga 1021 Hz. Ianya bersifat menembusi benda-benda lembut seperti
daging ataupun kulit tetapi tidak dapat menembusi barangan keras seperti tulang,
logam dan sebagainya. Sinar X juga dikenali sebagai sinar Rontgen di mana sejarah
menunjukkan bahawa seorang ilmuwan darip Jerman yang bernama Wilhem Conrad
Rontgen (1845-1923) menemui sinar ini. Sinar X boleh diperolehi melalui tiub sinar
X dan di antara ciri-cirinya adalah bertenaga tinggi, mempunyai kuasa penembusan
tinggi terhadap benda lembut dan ianya juga sangat berbahaya. Di antara
kegunaannya adalah digunakan sebagai alat bagi memeriksa tulang bagi doktor,
digunakan oleh juretera bagi memeriksa impalan dan sambungan sesuatu logam,
dalam bidang perubatan digunakan sebagai alat bagi membunuh sel barah dalam
kimoterapi, bagi ahli saintis ianya digunakan sebagai satu sinar bagi mengkaji
susunan atom dalam pelbagai sebatian.

Rajah 1.6: Sinar X


Sumber: http://serba-serbiradiologi.blogspot.com
g. Sinar gamma

HBSC 4103 FIZIK 1


Sinaran gamma merupakan satu spekrum elektromagnet yang mempunyai julat
gelombang yang terpendek dan frekuensi yang paling tinggi sekali. Sinar ini juga
berkaitan dengan tenaga nuklear yang boleh merusakkan kesemua benda di muka
bumi ini. Sinar gamma mula ditemui oleh ahli kimia dan fizik Perancis yang bernama
Paul Ulrich Villard pada tahun 1900 ketika beliau menjalankan kajian uranium.
Menurut beliau zarah cahaya ini tidak dapat dipesongkan oleh medan magnet. Pada
tahun 1910 seorang ahli fizik dari British iaitu William Henry Bragg telah
membuktikan zarah itu sebagai sinar gamma dan mempunyai sifat yang sama seperti
sinar X iaitu mengionkan gas.
2. Elektromagnet dalam kehidupan seharian
2.1. Radio
Dalam kehidupan masa kini gelombang radio telah menjadi salah satu kegunaan yang
amat penting bagi manusia dalam bidang telekomunikasi seperti radio, televisyen dan
telefon. Dalam spektrum elektromagnet ianya mempunyai frekuensi yang paling kecil
dengan panjang gelombang yang terbesar. Komunikasi radio dan komunikasi satelit
merupakan salah satu manfaat yang digunakan oleh manusia. Selain itu juga ianya
boleh memancarkan samada dalam bentuk audio atau video. Berikut adalah kegunaan
gelombang radio:

Rajah 1.7: Kegunaan gelombang radio


Sumber: http://ranihdyt.blogspot.com/

HBSC 4103 FIZIK 1


Secara jelas bahawa gelombang radio digunakan bagi tujuan telekomunikasi yang
membolehkan manusia berinteraksi di antara satu sama lain samada dalam bentuk
satu hala ataupun dua hala. Frekuensi gelombang radio yang paling rendah digunakan
bagi komunikasi bawah laut sebagai contoh digunakan semasa mencari kehilangan
pesawat MAS MH370 di lautan Cina Selatan. Selain itu frekuensi sederhana
digunakan bagi siaran radio yang kebiasaan kita dengar di corong udara yang
dihasilkan oleh osilator dan dipancarkan dari satu antenna dan diterima oleh antenna
yang lain seterusnya pengubahsuaian tenaga gelombang kepada tenaga bunyi
membolehkan kita mendengarnya apa yang disampaikan. Bagi telefon dan televisyen
gelombang radio VHF dibantukan dengan penggunaan satelit bagi tujuan
memancarkan gambar.
2.2. Gelombang Mikro
Dalam kehidupan serba moden masa kini, perkembangan teknologi telah menjadikan
inovasi dan perubahan dalam hidup manusia. Jika dahulu untuk memanaskan sesuatu
makanan seseorang memerlukan untuk melalui pelbagai proses bermula daripada
mencari kayu dan seterusnya membakar bagi membolehkan makanan dipanaskan.
Dengan perkembangan teknologi gelombang elektromagnet, gelombang mikro dapat
dimanfaatkan dengan terciptanya ketuhar gelombang mikro yang menyenangkan dan
meringkaskan cara pemanasan sesuatu makanan. Selain itu juga ciri-ciri gelombang
mikro yang melangkaui atmosfera membolehkan penggunaan teknologi satelit di
samping dapat mewujudkan satu keuntungan kepada manusia iaitu sistem radar yang
boleh mengesan pesawat di udara bagi tujuan keselamatan negara masing-masing.
Selain itu juga juga system kedudukan global atau dikenali sebagai GPS banyak
membantu kita dalam memastikan arah perjalanan dan juga lokasi sesuatu tempat.
Rata-rata kenderaan di Malaysia telah dilengkapi dengan system GPS bagi
memudahkan perjalanan ke destinasi yang diingini.
2.3. Infrared
Cahaya Inframerah pada masa ini banyak digunakan dalam bidang perubatan. Di
antaranya adalah digunakan bagi tujuan untuk mengaktifkan molekul air di dalam
10

HBSC 4103 FIZIK 1


tubuh seseorang kerana dikatakan cahaya inframerah mempunyai getaran yang sama
dengan getaran molekul air. Getaran molekul tunggal yang terhasil secara langsung
dapat meningkatkan cairan dalam tubuh seseorang. Penggunaan cahaya inframerah
juga boleh meningkatkan metabolism seseorang melalui kitaran mikro di mana racun
dibuang melalui proses metabolism dan ini mengurangkan fungsi hati dan buah
pinggang. Kebanyakan daripada pengesan jangkasuhu bagi menguji kepanasan tubuh
pada masa kini menggunakan teknologi inframerah di mana alat termometer tersebut
dapat berinteraksi dengan kepanasan tubuh melalui sinaran inframerah.
Teknologi inframerah juga digunakan dalam bidang keselamatan iaitu penggera
keselamatan bagi tujuan memerangkap pencuri tanpa pengetahuan mereka. Penggera
akan dibunyikan sekiranya medan inframerah dicerobohi oleh tetamu yang tidak
diingini. Selain itu cahaya inframerah juga digunakan dalam bidang komunikasi
sebagai contoh adalah penggunaan alat kawalan jauh (remote control) yang dihasilkan
oleh Light Emiting Diod yang berada di dalam sesuatu peralatan seperti alat
kawalan televisyen, alat kawalan pintu pagar automatic, alat kawalan permainan dan
sebagainya. Di dalam sesetengah telefon tangan yang terdapat pada masa kini
teknologi inframerah digunakan bagi tujuan menghantar data di antara satu sama lain.
Manakala penggunaan iR PF yang berfungsi sebagai penerus cahaya inframerah
digunakan bagi mendapatkan gambar ketika menggunakan kamera pada waktu
malam.
2.4. Sinar X
Pada masa kini sinar X banyak digunakan dalam bidang yang berkaitan dengan
kedoktoran, perindustrian, penyelidikan dan penerbangan. Dalam bidang perubatan
sinar X digunakan sebagai satu medium bagi melihat keadaan tulang, gigi dan organ
tubuh seseorang pesakit tanpa memerlukan pembedahan secara langsung bagi tujuan
tersebut. Selain itu ianya juga boleh digunakan bagi mengambil gambar yang dikenali
sebagai radiograf yang digunakan oleh doktor bagi tujuan rujukan bagi mengesan
kerosakan tulang dan organ dalaman yang lain. Selain itu juga sinar X juga digunakan
sebagai pemusnah sel-sel kanser melalui alat yang dikenali sebagai radioterapi.
11

HBSC 4103 FIZIK 1

Dalam bidang perindustrian sinar boleh digunakan untuk mengesan keretakan yang
wujud dalam struktur samada plastik atau getah. Bagi bidang penyelidikan sinar X
digunakan bagi tujuan penyelidikan struktur hablur dan jarak pemisahan di Antara
atam-atom yang wujud di dalam sesuatu bahan hablur. Manakala dalam bidang
penerbangan pula sinar X telah digunakan bagi melihat samada sesuatu instrumen
pesawat mengalami kerusakan atau tidak. Ini memudahkan setiap proses
penyelengaraan yang diadakan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini.
2.5. Sinar Gamma
Kebanyakan gelombang elektromagnet banyak digunakan dalam bidang perubatan
berbanding bidang lain kerana ianya boleh mennghasilkan sesuatu yang diluar
jangkauan kita. Sinanr gamma banyak digunakan dalam teknologi menghapuskan
kuman seperti proses pengsterilan. Proses sterilisasi dengan sinar gamma dapat
membunuh bahkan menghancurkan sel-sel makhluk hidup termasuk kuman. Selain
itu sinar gamma juga digunakan bagi tujuan membunuh sel-sel kanser atau masalah
tumor dengan menggunakan terapi pisau Gamma (Gamma knife). Terapi pisau
Gamma menggunakan sinaran Gamma ke atas sel-sel barah atau tumor atau lain-lain
target di mana ianya akan menghancurkan sel-sel rosak tersebut tanpa merosakkan
sel-sel yang baik.
3. Pengaruh penggunaan gelombang elektromagnet ke atas gaya hidup manusia
Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
Malaysia (2004) menunjukkan bahawa kadar penggunaan telefon mudah alih bagi
penduduk Malaysia adalah 55.9 orang bagi setiap 100 penduduk. Ini bermakna sebanyak
14.4 juta pelanggan yang ada di negara ini mempunyai telefon mudah alih.
Bagaimanapun jumlah ini telah mengalami peningkatan yang amat mendadak sesuai
dengan keperluan dan perkembangan teknologi maklumat. Pada tahun 2013 ianya telah
meningkat kepada 143.8 orang bagi setiap 100 penduduk dan ini menunjukkan bahawa

12

HBSC 4103 FIZIK 1


penggunaannya telah meningkat melebihi 100% daripada jumlah asal pada tahun 2004.
Perangkaan ini boleh dilihat sebagaimana rajah dibawah:

Rajah 3.1: Jumlah penggunaan telefon mudah alih di Malaysia


Sumber: SKMM
Pengaruh penggunaan telefon mudah alih berkemungkinan disebabkan ianya salah satu
kemudahan telekomunikasi yang boleh menyenangkan kepada pengguna. Di samping
boleh berkomunikasi ianya juga membolehkan pengguna menikmati capaian internet
tanpa sempadan. Peningkatan perkhidmatan gelombang radio secara langsung telah
membuktikan bahawa komunikasi tanpa sempadan boleh diperkembangkan dan adalah
tidak pelik sekiranya pada masa hadapan pelbagai teknologi baru dipertingkatkan.
Penggunaan telefon mudah alih rata-rata masa kini telah menjadi satu gaya hidup yang
sukar digantikan malah telah berkembang kepada penciptaan tablet-tablet bijak dan
computer riba kecil tanpa wayar yang banyak memudahkan pengguna.
Dalam bidang pemakanan, penggunaan ketuhar microwave seolah-olah telah menjadi
satu kemestian bagi setiap rumah. Penggunaan ketuhar ini merupakan sebagai jalan pintas
bagi menyediakan makanan untuk keluarga dan pelanggan bagi restoran makan. Ianya
dikatakan boleh memanaskan segala makanan dengan sekelip mata terutamanya
penggunaan ketika bulan puasa. Selain memanaskan makanan ianya juga boleh
digunakan untuk memasak air, defrost makanan sejuk, membakar daging dan
sebagainya.
Kamera digital SLR telah menjadi kegilaan remaja masa kini kerana mempunyai
kemampuan bagi menonjolkan kemahiran atau skil dalam menghasilkan gambar yang
13

HBSC 4103 FIZIK 1


baik. Tidak ramai yang tahu di dalam kamera digital SLR ini mempunyai satu fungsi
yang menggunakan kaedah fotografi inframerah. Ianya merupakan salah satu teknik di
mana rakaman sesuatu gambar yang cahaya tidak boleh dilihat oleh mata kasar akan
melalui filter yang menyerap semua cahaya spektrum dan membolehkan cahaya
inframerah bertindakbalas ke dalam kamera dan menghasilkan gambar hitam putih yang
kontra, gambar false-color dan sebagainya. Dalam bidang rangkaian data mahupun
internet penggunaan kabel fiber optic telah menjadi satu kemestian bagi memperolehi
kadar capaian data yang tercepat dan di yakini. Kehadiran cahaya tampak telah banyak
membantu dalam memastikan teknologi ini dapat digunakan dan dipasang sehingga
melalui lautan luas di dunia ini. Bagi cahaya ultra ungu penggunaannya banyak boleh
dilihat di dalam kehidupan kita seharian terutama yang terlibat dalam sector perbankan.
Penggunaan cahaya ultra ungu digunakan bagi memastikan setiap transaksi duit adalah
halal dan bukannya wang palsu. Ini bagi mengelakkan berlakunya kerugian kepada bank
tersebut. Selain itu juga ianya banyak digunakan dalam sektor perubatan sebagai satu alat
bagi tujuan mengsteril peralatan pembedahan bagi tujuan membunuh kuman agar
pembedahan selamat dilakukan.
Bagi sinar X, penggunaannya dapat dilihat banyak di hospital-hospital bagi membantu
doktor-doktor yang merawat pesakit. Filem X-ray diperolehi daripada mesin rontgen
yang berfungsi bagi memeperolehi gambar tulang atau bahagian badan yang tidak dapat
dilihat oleh mata kasar. Dan ini secara tidak langsung dapat memebantu pihak doktor
dalam membuat keputusan rawatan berdasarkan gambar tersebut.
4. Cara mengubah gaya hidup bagi meminimunkan kesan negatif gelombang
elektromagnet
Selain daripada mempunyai kebaikan kepada manusia, gelombang elektromagnet ini juga
tidak lari daripada mempunyai keburukannya di mana ianya boleh memberikan kesan
negatif terhadap pengguna. Kawalan yang baik adalah bagi meminimunkan kesan tidak
baik terhadap gelombang elektromagnet dalam kehidupan seharian. Menurut Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia Malaysia penggunaan gelombang radio dalam radio,
14

HBSC 4103 FIZIK 1


televisyen dan telefon mudah alih secara tidak langsung mewujudkan radiasi radio
frekuensi (RF). Menurut Professor Ng Kwan-Hoong (2004), seorang pakar Fizik
Perubatan di Universiti Malaya berpendapat bahawa beberapa tindakan yang sesuai perlu
diambil bersesuaian dengan piawaian antarabangsa seperti ICNIRP (International
Commission on Non-Ionizing Radiation Protection), IEEE (Institute of Electrical and
World Health Electronics Engineers) dan WHO (World Health Organization) bagi
mengurangkan radiasi RF ini. Di antara kaedah yang dilakukan adalah meletakkan antena
pemancar gelombang radio pada kedudukan yang tinggi seperti di puncak gunung, bukit
atau pada menara yang tinggi dan jauh daripada manusia. Selain itu juga bentuk
pemancar mestilah berbentuk parabola atau hiperparabola bagi membolehkan fokus
kepada alat penerima. Pengguna juga perlu didedahkan dengan pengetahuan tentang
bahaya akibat kesan radiasi RF terutamanya penggunaan telefon mudah alih yang
terlampau kerap.
Pengguna telefon mudah alih senantiasa terdedah kepada medan elektromagnetik atau
dikenali sebagai EMF (elektromagnetic field). Menurut International Agency for
Research on Cancer (IARC) pada tahun 2001 telah membuat pengumuman bahawa
medan elektromagnetik dengan frekuensi rendah cenderung mengakibatkan kanser
kepada manusia. Bagi tujuan meminimumkan kesan EMF ini pengguna adalah
dicadangkan agar mengamalkan tabiat penggunaan telefon mudah alih secara bijak iaitu
dengan penggunaan secara berkala (bila perlu sahaja), penggunaan hands-free,
menggunakan mode speaker semasa bercakap dan mematikan telefon sekiranya tidur.
Selain itu juga pengguna boleh menggunakan teknologi terkini bagi mengurangkan kadar
EMF seperti Skalar ion atau teknologi nano yang dapat membantu mengurangkan radiasi
EMF.
Televisyen merupakan salah satu daripa keutaaman gaya hidup masa kini dan bagi
meminumkan kesan negatif adalah dengan menggunakan timer bagi mematikan
televisyen secara automatik ketika melihat televisyen di waktu malam. Selain itu
pengguna hendaklah menjarakkan posisi kedudukan dengan televisyen sehingga enam
kali jarak televisyen tersebut. Ini bagi memastikan medan elektromagnet dapat dielakkan
15

HBSC 4103 FIZIK 1


daripada pengguna. Pendedahan secara langsung kepada cahaya tampak (matahari) atau
cahaya ultra ungu boleh mendatangkan bahaya kepada tubuh badan. Pendedahan yang
berlebihan boleh menyebabkan berlakunya kerusakan kepada kornea mata dan hasilnya
boleh menjadi buta. Selain itu ianya juga boleh menyebabkan selaran matahari (sunburn)
dan selaran matahari berlebihan boleh menyebabkan terjadinya barah kulit. Bagi
mengurangkan kesan negative ini penggunaan kaca mata hitam dapat mengelakkan
kebutaan di samping penggunaan losyen atau krim penghalang cahaya ultra violet dapat
mengelakkan terjadinya perkara yang tidak diingini.
Bagi penggemar ketuhar gelombang mikro, penggunaanya hendaklah dikurangkan hanya
kepada keperluan yang utama. Penyelidik daripada Swiss Federal Institute of
Biochemistry iaitu Blanc dan Hertel dari University Institute for Biochemistry dalam
kajian mereka telah membuktikan bahawa memasak dengan menggunakan gelombang
mikro pada masa yang agak lama boleh menurunkan nutrisi makanan. Justeru itu
makanan yang diperolehi dengan pemanasan ketuhar gelombang mikro tidak
memberikan sebarang faedah yang lansung kepada tubuh badan. Cara penyediaan
pemakanan yang baik perlu diterapkan dalam gaya hidup semua rakyat di negara ini.
Penglibatan kerajaan dalam kesan rumah hijau patut disokong bagi menjaga persekitaran
alam ini. Sokongan ini juga akan meneruskan legasi bumi hijau dan secara tidak langsung
dapat mengelakkan kecenderungan terdedah kepada radiasi ayng boleh mendatangkan
keburukan kepada manusia.
5. Kesimpulan
Gelombang elektromagnet merupakan salah satu daripada keajaiban yang diciptakan oleh
ALLAH swt untuk manusia. Dengan kebaikan dan manfaat yang dapat diperolehi oleh
manusia telah dapat mengubah corak hidup dengan penciptaan teknologi-teknologi yang
membolehkan ianya digunakan. Setiap spectrum gelombang mempunyai peranan dan
fungsi yang berlainan dan ini membolehkan penggunaan yang optimum bagi kehidupan
manusia. Penggunaan bagi tujuan komunikasi, kawalan keselamatan, perubatan,
pertumbuhan hidupan dan sebagainya memberikan kemudahan dalam segala aspek
16

HBSC 4103 FIZIK 1


hehidupan kini. Di sebalik penggunaannya yang dapat memberikan kebaikan kepada
manusia namun terdapat juga keburukan atau kerosakan yang boleh diperolehi sekiranya
tidak digunakan secara berhemah. Sebagai contoh mpenggunaan telefon mudah alih yang
berlebihan telah dikenalpasti sebagai satu akibat yang boleh mendatangkan penyakit
kanser ekoran kesan radiasi elektromagnet. Bagi meminimunkan kesan ini pelbagai cara
telah disediakan dengan tujuan menjadikan manusia agar lebih berhati-hati dalam
mengoptimumkan penggunaannya. Namun secara tidak sedar gelombang elektromagnet
banyak membantu kehidupan ini dan sebagai contohnya bagi menyiapkan tugasan ini
saya telah menggunakan gelombang elektromagnet secara wajar agar ianya dapat
disiapkan. Penggunaan yang berhemah boleh memberikan pulangan kebaikan kepada diri
sendiri bahkan menjadikan rakyat yang saling membantu usaha kerajaan meningkatkan
tahap kesedaran dalam aspek keselamatan yang terjamin.

17

HBSC 4103 FIZIK 1


Rujukan
Applikasi Gelombang Dalam Sains dan Teknologi. Dicapai pada 26 Jun 2014 dari
http://www.pmm.edu.my/jke3/index2.php?
option=com_docman&task=doc_view&gid=151&Itemid=64
Baharudding Yatim, 1988, Pendahuluan Fizik Gelombang, Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur
Bridgmen, R. (1993). Electronics. Dorling Kindersley. London.
D. Withers, Radio Spectrum Management, 2 Edition, Wiley, 2003.nd. IEE
Telecommunication Series
Giancoli, D. C. (1998). Fundamental physics (1st ed.). Petaling Jaya: Pearson
Halliday, D., Resnick, R. and Walker, J., 2008, Fundamental of Physics, John Wiley and
Son Inc, New York
Hafshah Muhammad. (2008). HBSC4103 Physics 1. Meteor Doc. Sdn Bhd. Seri
Kembangan. Selangor
Hewitt, P. G. (1998). Conceptual physics (8th ed.). Reading: Addison-Wesley
Malaysian Communications and Multimedia Commision. (2014). Communications &
Multimedia Pocket Book of Statistic Q1 2014. Digital Perspective Sdn Bhd.
Cyberjaya
Malaysian Communications and Multimedia Commision. (2012). Hand phone uUsers
Survey 2012. Legasi Press Sdn Bhd. Cyberjaya
Ng Kwan Hoong. (2005). Radiasi, Telefon Mudah Alih, Stesen Pangkalan dan Kesihatan
Anda. Perpustakaan Negara Malaysia. Kuala Lumpur
Pencemaran Gelombang Elektromagnet dan Kaedah mengatasinya. Di capai pada 14 Jun
2014 dari http://www.majalahsains.com/2011/02/pencemaran-gelombangelektromagnet-dan-kaedah-mengatasinya/
Pencemaran electromagnet ancaman baru. Di capai pada 14 Jun 2014 dari
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0225&sec=Sains_
%26_Teknologi&pg=st_01.htm
Serway, R. A., & Jewett, J. W. (2002). Principles of physics (3rd ed.).Harcourt College
Publishers. Florida.

18

Anda mungkin juga menyukai