Anda di halaman 1dari 18

FOLIO

PENDIDIKAN JASMANI
DAN KESIHATAN

Nama : Muhammad Afiq Najmi bin Hasmadi


Kelas : 1 AL- FARABI
Cita cita : Juruterbang
Hobi : Bermain badminton
NAMA PERMAIN BADMINTON MALAYSIA

1. LEE CHONG WEI

Lee Chong Wei merupakan atlet badminton berasal dari Malaysia


yang lahir pada 21 Oktober 1982 di Bagan Serai, Perak, Malaysia.
Prestasinya tidak sehebat Taufik Hidayat, Lee Chong Wei hanya
berhasil meraih medal perak pada Olimpiade 2008 dan 2012 namun
beliau Berjaya menjadi atlet Malaysia pertama yang bertanding di final
tunggal putra pada Olimpiade bulutangkis.

Perdana Menteri Malaysia Najib Tun Razak menyematkan gelar


pahlawan nasional pada Lee Chong Wei dan memberi gelaran Dato
atas sumbangsihnya pada olahraga Malaysia. Lee Chong Wei menjadi
atlet nombor 1 di dunia dari 21 Agos 2008 hingga 14 Jun 2012.

Ia merupakan satu-satunya atlet bulutangkis asal Malaysia yang


berhasil memegang posisi teratas dunia lebih dari setahun.
Otobiografinya yang berjudul Berani Menjadi Juara terbit secara
rasmi pada 18 Januari 2012.

2.PengenalanBadminton

Badminton merupakan sejenis sukan raket yang dimainkan oleh sama ada dua orang pemain
bertentangan (perseorangan) ataupun dua pasangan bertentangan (beregu), yang mana posisi
pemain ialah bertentangan di dalam sebuah gelanggang empat segi yang dibahagikan oleh
jaring.
Pemain dapat memungut mata melalui pukulan bulu tangkis menggunakan raket mereka jadi ia
dapat melepasi atas jaring dan jatuh di kawasan pihak lawan. Pukulan rali berhenti selepas bulu
tangkis jatuh di atas lantai, dan bulu tangkis hanya boleh dipukul sekali bagi setiap sisi sebelum ia
melepasi atas jaring.
Terdapat tiga kategori iaitu perseorangan lelaki/perempuan, beregu lelaki/perempuan dan
beregu campuran.
Sukan badminton memerlukan penjagaan kesihatan yang cemerlang: pemain memerlukan
stamina aerobik, ketangkasan, kekuatan, kelajuan, dan ketelitian. Ia juga merupakan sebuah
sukan teknikal, yang memerlukan koordinasi badan yang baik, kemahiran teknikal, dan
kecanggihan kemahiran penggunaan raket

1. Sejarah Badminton

a. Sejarah Badminton Dunia

Badminton telah direka sejak zaman dahulu lagi iaitu satu bentuk sukan permainan dalam
Yunani purba dan Mesir. Daripada beberapa rekod sejarah terdapat sedikit keterangan
tentang permainan ini. Lukisan-lukisan yang terdapat dibeberapa tempat di Eropah
menunjukkan bahawa badminton sudah mula dimainkan pada abad ke 17 dan ke 18.
Badminton berasal dari sejenis permainan yang dimainkan di India, iaitu salah satu
permainan kanak-kanak yang dimainkan dengan sebatang bet kecil dan pelancar berbulu.

Permainan asli India ini telah menarik minat dan perhatian tentera British di Poona.
Permainan Poona yang dibawa balik ke England dan dipopularkan di Estet Badminton House
telah mendapat nama baru iaitu Badminton.Dalam tempoh 20 tahun diperkenalkan di
England banyak kelab badminton ditubuhkan di Wales, Scotland dan England. Pada tahun
1893 Persatuan Badminton England ditubuhkan. Pada tahun 1899 Pertandingan Kebangsaan
Inggeris pertama telah diadakan. Kejohanan ini merupakan kejohanan pertama di dunia
untuk permainan badminton.
Selepas Perang Dunia Pertama tentera asing yang mendapat pendedahan dengan permainan
badminton semasa bertugas di England telah membawa permainan ini balik ke negeri
mereka. Beberapa buah negara telah menubuhkan Persatuan Badminton Kebangsaan
seperti Kanada (1921) dan Amerika (1936).

Pada peringkat awal permainan ini, tidak ada sebarang undang-undang atau peraturan yang
boleh dijadikan panduan permainan. Mereka yang bermain hanya sekadar memukul-mukul
bulu tangkis ciptaan mereka itu. Namun permainan mereka itu telah berjaya menarik minat
sebahagian daripada penduduk di situ.Atas usaha seorang askar Inggeris iaitu Kolonel H.Q.
Selby yang bertugas di Karachi India pada ketika itu, telah menubuhkan pasukan
Badmintonnya sendiri yang diberi nama Bath Badminton Club dan undang-undang
permainan tetapi masih belum sempurna.

Seperti permainan yang lain yang mempunyai badan atau persatuannya sendiri di peringkat
antarabangsa, untuk menguruskan atau menyelaraskan permainan. Pada tahun 1934
Persekutuan Badminton Antarabangsa (IBF) ditubuhkan. Presiden pertama ialah Sir George
Thomas. Beliau menjawat sebagai Presiden IBF dari tahun 1934-1955. Pada tahun yang sama
(1934) Persatuan Badminton Malaysia ditubuhkan. Sukan Badminton berkembang dan pada
tahun 1992 Badminton menjadi acara rasmi dalam sukan Olimpik.
b. Sejarah Badminton di Malaysia

Badminton telah dimainkan di Malaysia seawal 1809. Permainan badminton yang dikenali
sebagai Poona pada ketika itu telah dimainkan buat pertama kali di Pulau Pinang oleh
pegawai dari Syarikat East India, di kediaman Kaptain Francis Light. Kesan sejarah ini masih
boleh dilihat di Methodist Boys School di Ayer Hitam. Di Muzium Pulau Pinang pula terdapat
gambar beberapa orang perempuan dan juga pegawai British sedang bermain permainan
Poona atau badminton.

Pada peringkat awal permainan ini, tidak ada sebarang undang-undang atau peraturan yang
boleh dijadikan panduan permainan. Mereka yang bermain hanya sekadar memukul-mukul
bulu tangkis ciptaan mereka itu. Namun permainan mereka itu telah berjaya menarik minat
sebahagian daripada penduduk disitu.

Pada tahun 1934 Persekutuan Badminton Antarabangsa (IBF) ditubuhkan. Persekutuan ini
bertindak sebagai satu-satunya badan khas yang bertanggungjawab kepada segala hal yang
bersangkutan permainan badminton di seluruh dunia.

Pada 11 November 1934, Persatuan Badminton Malaya telah ditubuhkan. Presiden


pertamanya ialah J.L Woods dari Perak. Pada masa yang sama Malaya terkenal kerana A.
Samuel berjaya ke peringkat separuh akhir dalam kejohanan All England. Pada tahun 1953
1957 Eddy Choong menjuarai empat pertandingan perseorangan All England dan menaikan
nama Malaya. Pada tahun 1949 dan 1992 Malaya menjuarai Piala Thomas. Sukan Badminton
berkembang pada tahun 1992 di Barcelona, badminton menjadi acara rasmi dalam sukan
Olimpik. Rashid Sidek telah memenangi Pingat Gangsa dan dua pasangan beregu mendapat
pingat perak dan gangsa di Sukan Olimpik tahun 1996.

Akademi Badminton Malaysia(ABM) ditubuhkan pada tahun 1992. Salah seorang pemain
yang berjaya dihasilkan ialah Dato Lee Chong Wei. Pada tahun 2000 ABM ditutup. Semua
pelajar dipindahkan ke Sekolah Sukan Malaysia, Bukit Jalil. Terdapat dua buah Sekolah Sukan
Malaysia (SSM) iaitu Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) dan Sekolah Sukan Bandar Penawar
(SSBP). Pelajar untuk sukan badminton ditempatkan di SSBJ.

2. Alatan dan gelanggang permainan


a. Gelanggang

Gelanggang badminton berbentuk segi empat tepat. Ukuran panjang iaitu 13.40 meter dan
ukuran lebar adalah 6.10 meter untuk acara beregu. Acara perseorangan pula, panjang
gelanggang badminton ialah 13.4 meter dan lebar sebanyak 5.18 meter. Tinggi tiang
badminton berukuran 1.55 meter. Jaring diperbuat daripada tali halus yang berwarna gelap
dan sama tebal dengan siratannya tidak kurang 15 mm dan tidak melebihi 20 mm. Labuh
jaring juga berukuran 760 mm. Bahagian atas sekali jaring itu hendaklah tingginya 1.524
meter dari lantai iaitu di bahagian tengahnya dan 1.55 meter di bahagian garis.

b. Raket

Raket diperbuat daripada kayu , besi atau gentian karbon. Bahagian badan raket terdiri
daripada tiga bahagian iaitu bahagian kepala , badan dan pemegang . Bahagian kepala raket
berukuran 25.4 cm serta mempunyai lebar sebanyak 20.3 cm. Panjang keseluruhan sebuah
raket ialah 66.1 cm. Berat raket adalah antara 99.2 gram sehingga 141.7 gram.

c. Bulu tangkis

Bulu tangkis diperbuat daripada bulu angsa atau bulu jenis plastik. Mempunyai diameter
bebola antara 25 sehingga 28 mm dan diameter bulu sebesar antara 58 sehingga 68 mm.
Tinggu bulu tangkis ialah 64 sehingga 70 mm. Berat bulu tangkis pula adalah sekitar 5.76
gram

d. Pakaian dan kasut


3. Teknik Permainan Badminton

Berikut teknik-teknik dasar dalam bulu tangkis.


Teknik Memegang Raket (Grips)

Teknik memegang raket dalam bulu tangkis dapat dibedakan menjadi empat macam.

a. American Grip

Cara melakukan sebagai berikut.


1.Tangan memegang raket di bagian ujung tangkai (handle) seperti memegang pukul kasur.
2.Ibu jari dan jari telunjuk menempel pada tangkai.
Keuntungannya sebagai berikut.
1.Jenis pegangan American grip sangat efektif untuk melakukan pukulan smes bola di depan net.
1. Mudah untuk memukul bola-bola atas.
2. Pegangan American grip bagi pemukulan mudah mengarahkan bola, baik ke
kanan maupun ke kiri. Kelemahannya adalah pegangan American grip kurang efektif
untuk melakukan pukulan backhand dan untuk bermain net yang bolanya berada di
samping kanan dan kiri.
b. Forehand Grip

Cara melakukan sebagai berikut.


1. Raket dipegang dalam posisi miring.
2. Ibu jari dan jari telunjuk menempel pada tangkai raket yang sempit.
3. Pada waktu memegang raket tidak boleh diubah-ubah.
Keuntungannya sebagai berikut.
1. Pegangan ini lebih mudah untuk melakukan pukulan bola di sebelah kanan dari
tubuh sehingga bola akan mudah dipukul dengan pukulan forehand.
2. Untuk melakukan pukulan forehand tidak perlu memutar pegangan raket.
Kelemahannya sebagai berikut.
1. Untuk melakukan pukulan backhand memerlukan kekuatan pergelangan tangan
dan kekuatan sendi bahu.
2. Mengalami kesulitan dalam mengembalikan bola yang ada di depan net.
c. Backhand Grip

Cara melakukan sebagai berikut.


1. Raket dipegang dalam posisi miring.
2. Pada waktu memegang raket ibu jari berada di bagian belakang tangkai raket,
sedangkan jari-jari tangan diletakkan di bagian depan.
Keuntungannya sebagai berikut.
1. Memukul shuttlecock dengan pegangan ini dapat menghasilkan arah bola yang
sulit diduga.
2. Bola yang dipukul dapat berjalan cepat dan keras.
Kelemahannya sebagai berikut.
1. Dengan pegangan ini pemain akan mengalami kesulitan jika mengembali bola
keras yang arahnya ke samping kanan badan.
2. Pukulan bola keras dari lawan yang arahnya ke tubuh juga sulit untuk
dikembalikan.
d. Combination Grip

Cara melakukan sebagai berikut.


1. Raket yang dipegang dalam posisi miring.
2. Jari telunjuk diletakkan di bagian depan menghadap ke ujung raket, ibu jari
memangkul di tangkai raket di sisi belakang dan jari-jari yang lain ditekuk di bawah
tangkai raket.
Keuntungan sebagai berikut.
1. Pegangan combination grip mudah mengubah tangkai raket menyesuaikan arah
datangnya bola.
2. Pegangan ini campuran antara jenis pegangan forehand grip dan backhand grip.
Kelemahannya adalah pegangan combination grip sulit dicermati. Sebab pegangan raket
combination grip mudah untuk melakukan pukulan bola yang datangnya ke arah tubuhnya
karena pegangan ini ibu jari mudah digeser.
2. Jenis-Jenis Pukulan
Pukulan dalam permainan bulu tangkis, antara lain sebagai berikut.

a. Servis
Pukulan servis, yaitu pukulan sajian bola pertama yang dilakukan pada awal permainan. Servis
merupakan pukulan untuk memperoleh nilai. Jika akan melakukan servis maka harus memahami
tipe permainan lawan. Kalau lawan mempunyai tipe permainan keras, sebaiknya tidak
melakukan servis tinggi. Seorang pemain bulu tangkis harus menguasai berbagai jenis pukulan
servis. Adapun jenis-jenis pukulan servis itu adalah sebagai berikut.

1) Servis Pendek (Short Service)

Servis pendek (short service) dapat dilakukan secara forehand ataupun backhand. Pukulan servis
pendek diusahakan bola serendah mungkin dengan ketinggian net sehingga lawan akan
mengalami kesulitan dalam mengembalikan bola.

Cara melakukan servis pendek forehand sebagai berikut.


1. Sikap awal berdiri dengan sikap kaki kuda-kuda.
2. Salah satu tangan memegang raket yang diletakkan di samping badan dan
tangan yang lain melambungkan bola.
3. Setelah bola dilambungkan, bola dipukul secara pelan-pelan dengan
menggunakan pergelangan tangan diikuti berat badan digeser ke depan.
Cara melakukan servis pendek secara backhand sebagai berikut.
1. Sikap awal berdiri badan condong ke depan dengan sikap kaki kuda-kuda.
2. Salah satu tangan memegang raket yang diletakkan di depan badan di bawah
pusat dan tangan yang lain memegang bola.
3. Bola dilambungkan kemudian bola didorong dengan raket secara pelan-pelan
diusahakan bola dekat dengan ketinggian net.
2) Servis Tinggi (Lob Service)
Servis ini dilakukan dengan pukulan yang keras dan bola diusahakan berjalan melambung tinggi
kemudian bola sampai di garis bagian belakang. Servis tinggi juga dapat dilakukan secara
forehand dan backhand. Cara melakukan servis tinggi dengan pukulan forehand adalah sebagai
berikut.
1. Sikap awal berdiri kaki kuda-kuda, salah satu tangan diletakkan di samping
badan bagian belakang bawah dan tangan yang lain memegang bola.
2. Bola dipukul melambung sekuat tenaga dengan ayunan raket dari belakang ke
arah depan atas dan diusahakan melambung tinggi ke arah garis belakang.
Cara melakukan servis tinggi dengan pukulan backhand adalah sebagai berikut.
1. Sikap awal berdiri dengan posisi kaki kuda-kuda dan badan condong ke depan.
2. Salah satu tangan memegang raket yang diletakkan di depan tubuh di bawah
pusat dan tangan yang lain memegang bola.
3. Bola dilambungkan kemudian dipukul dengan raket ke arah depan secara keras.
Usahakan bola berjalan melambung ke arah lapangan bagian belakang.
b. Pukulan Lob

Pukulan lob dapat dilakukan dari atas kepala ataupun dari bawah. Menurut caranya, pukulan lob
dapat dilakukan dengan forehand dan backhand.
1). Pukulan lob forehand overhead cara melakukan sebagai berikut.
1. Sikap awal berdiri tangan yang memegang raket diletakkan di atas kepala bagian
belakang.
2. Arah datangnya bola dari atas dipukul dengan ayunan tangan dari belakang atas
dipukulkan ke arah bola.
2) Pukulan lob backhand overhead cara melakukan sebagai berikut.
1. Sikap awal berdiri kaki selebar bahu dengan tubuh sedikit miring.
2. Raket dipegang diletakkan di sebelah kiri dari tubuh di bagian atas kepala.
3. Bola dipukul dengan cara raket diayun ke depan atas sehingga bola melambung
ke arah lapangan bagian belakang lawan.
3) Pukulan lob forehand underhand cara melakukan sebagai berikut.
1. Sikap awal berdiri kangkang selebar bahu dengan tangan kanan memegang
raket.
2. Bola yang datang dari arah lawan setelah turun dipukul dengan ayunan raket
dari bawah ke depan atas. Usahakan bola melambung ke arah garis belakang daerah
lapangan lawan.
4) Pukulan lob backhand underhand cara melakukan sebagai berikut.
1. Sikap awal berdiri kangkang tangan kanan memegang raket.
2. Bola yang datang ke arah bagian kiri tubuh dipukul dengan ayunan raket dari
bawah ke depan atas, bola diusahakan melambung ke arah lapangan lawan bagian
belakang.
c. Pukulan Drive

Pukulan drive, yaitu jalannya bola mendatar cepat sehingga lawan akan kesulitan
mengembalikan bola. Pukulan drive biasanya diarahkan ke arah samping kanan atau samping kiri
lawan dan pukulan ini lebih banyak digunakan pada permainan ganda. Pukulan drive juga dapat
dilakukan dengan forehand ataupun backhand.

Pukulan drive forehand cara melakukan sebagai berikut.


1. Sikap awal berdiri kangkang menghadap ke arah samping kanan.
2. Pukulan bola datar dengan ayunan tangan dari belakang ke arah depan.
Pukulan drive backhand cara melakukan sebagai berikut.
1. Sikap awal berdiri kangkang selebar bahu pandangan mata ke arah samping
kanan dengan tubuh sedikit miring ke kanan.
2. Bola yang datang ke arah kanan dari tubuh dipukul dengan ayunan raket dari
belakang ke arah depan, diusahakan bola jalannya datar.
d. Pukulan Smes
Pukulan smes, yaitu pukulan yang keras dan bola jatuh di daerah lapangan lawan. Cara
melakukan sebagai berikut.
1. Sikap awal berdiri kangkang selebar bahu tangan kanan memegang raket yang
diletakkan di atas kepala bagian belakang.
2. Bola yang melambung dari lawan dipukul secepatnya dengan mengayunkan
raket dari atas ke depan bagian bawah.
e. Pukulan Dropshot

Pukulan dropshot, yaitu usaha memukul bola yang


diarahkan ke area lapangan lawan dekat dengan net. Pukulan dropshot dapat dilakukan dari atas
kepala ataupun dari bawah.
Cara melakukan sebagai berikut.

1. Sikap awal berdiri kangkang selebar bahu, tangan kanan memegang raket yang
diletakkan di atas kepala.
2. Bola dari lawan dalam ketinggian puncak dipukul dengan raket. Usahakan bola
masuk ke lapangan lawan dekat dengan net.
B. Sarana dan Peralatan
Sarana dan peralatan yang dibutuhkan dalam permainan bulu tangkis, antara lain sebagai
berikut.

1. Lapangan Bulu Tangkis


Lapangan bulu tangkis yang sesuai dengan peraturan International Badminton Federation (IBF)
sebagai berikut.

Lapangan Bulutangkis

Panjang lapangan: 13,40 meter digunakan untuk partai tunggal (single) dan ganda
(double).
Lebar lapangan: 6,10 meter digunakan untuk partai ganda dan ukuran 5,18 meter
digunakan untuk partai tunggal. Ketentuan lain bahwa garis lapangan bulu tangkis
diusahakan yang berwarna jelas dan mudah dilihat, misalnya warna putih, kuning, dan
sebagainya.
2. Net atau Jaring
Net atau jaring dibuat dari tali yang halus berwarna hijau tua.
Ukuran net sebagai berikut.
a. Panjang net : 610 cm.
b. Lebar net: 76 cm.
c. Pita putih di sisi atas net berukuran 3,8 cm.

3. Tiang net
Tiang net dibuat dari bahan yang cukup kuat, misalnya besi. Tiang net bentuknya bulat dengan
jari tengah berukuran 3,8 cm. Tiang net dipasang di luar garis samping.

4. Tinggi Net
Net dipasang di bagian tengah lapangan dengan ketinggian 1,524 meter.

5. Kok (Shuttlecock)
Kok atau disebut shuttlecock terdiri atas kepala dan bulu kepala. Bahan untuk membuat kok
(shuttlecock), yaitu gabus yang berbentuk setengah bulatan yang dilapisi dengan kulit. Pada
gabus ditancapkan bulu unggas yang jumlahnya 14 sampai 16 helai. Garis tengah gabus, yaitu
2528 mm garis tengah diujung atas adalah 5456 mm. Bulu-bulu itu diikat dengan benang.
Ketinggian bulu dari permukaan gabus hingga permukaan atas, yaitu 6474 mm. Kok yang
standart beratnya antara 4,735,50 gram.

6. Raket (Pemukul)
Alat untuk memukul kok (suttlecock) dalam permainan bulu tangkis disebut raket. Raket
beratnya kurang dari 150 gram. Bahan yang digunakan untuk membuat raket yaitu:
a. kayu,
b. aluminium,
c. kayu dan aluminium,
d. fiberglas, dan
e. arang (carbonex).

C. Peraturan Permainan Bulu Tangkis

1. Servis
Peraturan melakukan servis, dalam permainan bulu tangkis sebagai berikut.
1) Pada waktu akan servis shuttlecock diletakkan di depan badan di bawah garis pinggang.
2) Raket yang dipegang untuk servis harus dalam keadaan miring.
3) Waktu melakukan servis harus hanya ada satu gerakan raket.
4) Penerima atau receiver tidak boleh memindahkan kaki dari lapangan (court) sebelum
shuttlecock dipukul dengan raket. Servis yang tidak memenuhi peraturan yang berlaku
dinyatakan suatu kesalahan (fault) oleh wasit. Jika ada server melakukan pukulan servis salah
(fault) maka nilai diberikan kepada pihak lawan dan pindah servis.

2. Menghitung Angka atau Nilai


Dalam permainan bulu tangkis baik putra maupun putri sistem penilaiannya menggunakan rally
point, yaitu dengan jumlah nilai setiap game 21 dan apabila terjadi kedudukan nilai 2020 maka
disebut deuce atau yus sehingga mencari kemenangan setelah kedudukan nilai 2020 harus
mencari nilai selisih nilai 2 lebih dulu harus diraih. Bulu tangkis adalah suatu permainan yang
setiap pemainnya memerlukan bantuan sebuah raket. Sebagai pengganti bola
dipergunakan sebuah kok (shuttlecock) yang dipukul secara bergantian oleh setiap regu yang
sedang bertanding. Teknik dasar memukul bola dalam permainan bulu tangkis adalah pukulan
servis, pukulan lob, drive, dropshort, smes, dan net

Peraturan Dan Undang-Undang Dalam Permainan Badminton

1. 1. BADMINTON PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG DALAM PERMAINAN


BADMINTON
2. 2. UNDANG-UNDANG ASAS Permainan badminton memerlukan:
Gelanggang Raket Bulu tangkis Boleh dimainkan dengan 2 orang atau
4 orang pemain. Berpasukan dan individu. Acara individu atau
perseorangan lelaki dan wanita serta beregu campuran. Acara
berpasukan dipertandingkan dalam pertandingan Piala Thomas/Uber dan
Piala Sudirman.
3. 3. PERMULAAN PERMAINAN BADMINTON Membuat undian sebelum
memulakan permainan. Bulu tangkis atau syiling boleh digunakan.
Pemenang boleh memilih untuk memulakan servis, menerima servis atau
memilih petak gelanggang. Pemain yang kalah akan menerima pilihan
tersebut.
4. 4. SISTEM PENGIRAAN MATA Sistem pengiraan mata dalam permainan
biasanya ialah 21 mata rali (The Best of Three Games). Mata akan
diberikan kepada mana-mana pemain yang memenangi rali. Perbezaan 2
mata akhir diperlukan untuk menang. Jika tidak, permainan akan
diteruskan sehingga mata 29-29. Pemain pertama yang mencapai mata 30
dikira sebagai pemenang. Servis akan dilakukan disebelah kanan jika
pemain mendapat mata genap dan disebelah kiri sekiranya mata ganjil.
5. 5. MASA REHAT Rehat selama 60 saat sekiranya mata rali mencapai 11
mata rali bagi mana- mana pemain atau pasangan. Rehat antara
perlawanan(game) selama dua minit apabila perlawanan tamat. Tidak
boleh melengahkan masa setelah mengayun raket ke belakang. Pemain
yang membuat servis atau menerima servis tidak dibenarkan memijak
garisan gelanggang. Kedua-dua belah kaki mesti menyentuh lantai
gelanggang dan dalam keadaan tetap. Bulu tangkis mesti berada di
bawah paras pinggang dan batang (shaft) mesti menghala ke bawah
semasa melakukan servis. Servis dilakukan setelah penerima dalam
keadaan bersedia.
6. 6. SERVIS BATAL Bulu tangkis disentuh atau tersentuh oleh rakan
sebelum penerima yang sepatutnya menerima servis. Bulu tangkis
melepasi bawah tangkis. Bulu tangkis melekat seketika di permukaan
raket. Bulu tangkis dipukul dua kali berturut-turut. Bulu tangkis
tersangkut di jaring setelah melepasi jaring semasa membuat servis.
7. 7. SERVIS SEMULA (LET) Diberikan sekiranya: Penerima belum bersedia.
Pembuat servis dan penerima melakukan kesalahan serentak. Bulu
tangkis melekat di jaring selepas melepasi jaring. Semasa permainan,
gabus pada bulu tangkis tercabut. Pemain diganggu oleh jurulatih pihak
lawan. Pemain tidak dapat membuat keputusan.
8. 8. LARANGAN UNTUK PEMAIN Sengaja melambatkan permainan.
Merosakkan atau mengubahsuai bulu tangkis untuk menukar kelajuan.
Memijak garis semasa membuat servis, menyentuh jaring atau pemain
menyentuh papan iklan. Berlaku kasar. Meninggalkan gelanggang tanpa
kebenaran pengadil.
9. 9. PERLAWANAN PERSEORANGAN Pemain akan membuat servis pertama
dari petak servis kanannya. Mata genap di petak kanan dan kiri bagi mata
bilangan ganjil. Pembuat servis akan membuat servis secara melintang
kepada pihak lawan. Pemain yang menang dalam perlawanan (game)
pertama akan memulakan servis dalam game berikutnya.
10. 10. PERLAWANAN BEREGU Pada permulaannya, pembuat servis pertama
akan membuat servis dari gelanggang servis kanan. Pasangan beregu
yang menang rali akan bertukar petak servis dan lawan kekal dalam petak
servis masing-masing. Jika pembuat servis itu kalah dalam rali, servis
akan diberikan kepada pihak lawan. Semasa membuat servis, rakan
pembuat servis dan rakan penerima servis boleh berdiri dimana-mana
tempat dalam petak tetapi tidak menghalang pandangan pembuat atau
penerima ser

Anda mungkin juga menyukai