Anda di halaman 1dari 30

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN

PERKEMBANGAN BADMINTON ANTARABANGSA


Pakar pengkaji sejarah sukan badminton menyatakan bahawa asal usul permainan
badminton merupakan satu misteri dan sentiasa menjadi topic kontroversi dalam
kalangan para pengkaji. Ramai penyelidik sejarah sukan badminton berpendapat bahawa
permainan ini boleh dikaitkan dengan Tamadun China, Greek, Jepun dan India.
Permainan ini mempunyai perkaitan dengan permainan primitif battledore

dan

shuttlecock. Dikatakan bahawa sebelum permainan ini, orang Cina telah bermain Ti Jian
Zi atau menendang bulu tangkis, iaitu satu permainan yang menggunakan kedua0dua
belah kaki.
Permainan tersebut menggunakan bulu tangkis, tetapi tidak jelas sama ada ia
mempunyai kaitan dengan permainan battledore atau shuttlecock, di mana permainan ini
telah diperkembangkan di Greek 2000 tahun sebelumnya. Permainan battledore atau
shuttlecock telah dimainkan oleh golongan pekerja di England pada lewat abad ke-16. ia
juga turut dimainkan oleh kerabat diraja dan pegawai atasan Eropah, di mana ia dikenali
dengan nama Perancis, Jeu de Volant pada abad ke-17. Permainan ini dimainkan oleh
dua orang pemain yang berusaha untuk memastikan bulu tangkis atau shuttlecock berada
di udara seberapa lama yang boleh dengan menggunakan sejenis alat yang dipanggil
paddle atau battledore untuk memukul bulu tangkis.
Permainan tersebut juga dimainkan oleh kanak-kanak di India dan askar-askar
British yang bertugas di sana pada tahun 1860. Pegawai-pegawai tentera ini telah
mengubahsuaikan permainan tersebut dengan menambahkan jaring dan memperkenalkan
permainan tersebut sebagai satu pertandingan yang dikenali sebagai poona. Pada ketika
itu, permainan poona dilengkapi dengan peraturan-peraturan permainan yang
didokumentasikan pada tahun 1867. Asal usul shuttlecock tidak begitu jelas. Walau
bagaimanapun, terdapat teori yang mencadangkan bahawa gabus atau corks digunakan
untuk menyimpan bulu tangkis, dan hasilnya membentuk objek yang menjadi kegemaran

peminat yang bermain secara membaling alat tersebut di sekeliling sehinggalah akhirnya
ia dipukul dengan sejenis alat pemukul.
Pada tahun 1873, permainan ini dimainkan di England, di mana ia dikenali
sebagai permainan badminton, iaitu sempena nama tempat permainan ini diperkenalkan
di Rumah Badminton, iaitu sebuah Residen Duke Beauforts di Gloucestershire. Pada
tahun 1877, peraturan-peraturan badminton yang pertama telah dibentuk oleh Kelab
Badminton Bath, England. Permainan badminton teleh menarik perhatian masyarakat
England sekitar tahun 1870-an dan 1880-an sebagai satu permainan sosial dan bukannya
sebagai sukan. Hanya pada tahun 1893, Persatuan Badminton England ditubuhkan dan
enam tahun kemudian pertandingan antarabangsa yang pertama dipertandingkan.
Pertandingan itu dikenali sebagai Kejohanan Seluruh All England. Pemenang enam kali
acara perseorangan lelaki Kejohanan Seluruh England, iaitu J.F. Devlin pernah melawat
Malaya pada tahun 1936, dan menggunakan kemahirannya bertanding dengan beberapa
orang pemain Malaysia. Pada ketika itu, beliau menyatakan bahawa pemain-pemain
Malaysia sangat baik dan lincah serta sangat cenderung untuk belajar permainan tersebut.
Pada abad 1920-an, permainan ini telah berkembang dengan pesatnya ke seluruh
negara Denmark, Amerika Syarikat dan Kanada menjadi pengikut setia sukan badminton.
International Badminton Federation (IBF) telah ditubuhkan pada tahun 1934

oleh

negara-negara ahli pengasas badminton seperti England, Ireland, Scotland, Wales,


Denmark, Belanda, Kanada, New Zealand dan Perancis, dengan India menjadi ahli
bersekutu pada tahun 1936. Pada ketika itu juga, permainan ini telah digemari oleh
masyarakat Malaya (Malaysia), Indonesia dan Australia. Semenjak itu, negara-negara
Asia dan ASEAN, terutama Negara China dan Indonesia telah menguasai sukan tersebut.
Pada masa ini, terdapat lebih daripada 140 buah negara yang telah mendaftar sebagai ahli
dalam IBF.
Undang-undang badminton moden adalah agak sama dengan permainan poona
dahulu. Permainan ini dimainkan dengan raket oleh dua orang pemain untuk
perseorangan atau empat orang untuk acara regu. Tujuan pemain adalah untuk memukul

bulu tangkis masuk ke sebelah gelanggang pihak lawan yang mempunyai garisan
sempadan terlebih dahulu sebelum pihak lawan dapat memukul balik ke gelanggangnya.
Untuk bermain badminton, seseorang perlu mempunyai gelanggang, raket, bulu tangkis
dan kasut yang sesuai untuk sukan ini. Walaupun gelanggang badminton kecil berbanding
gelanggang tenis, namun jarak yang diambil oleh pemain-pemain badminton dalam satu
permainan adalah jauh berbanding tenis kerana kelajuan permainan tersebut. Badminton
telah tersenarai dalam Sukan Olimpik pada tahun 1992 di Barcelona, Sepanyol, di mana
Indonesia telah menguasai keseluruhan acara tersebut dengan memenangi pingat emas
dalam perseorangan lelaki dan wanita, regu wanita dan campuran.
PERKEMBANGAN SUKAN BADMINTON DI MALAYSIA
Badminton mula diperkenalkan di Malaysia sebagai satu sukan sosial di mana
badminton dimainkan dalam perlawanan persahabatan dan antara kelab sukan di Malaya.
Selepas Perang Dunia Kedua, ia telah menjadi sat permainan yang amat digemari oleh
masyarakat Malaya dan menggugat kedudukan sukan bola sepak yang pada ketika itu
merupakan sukan untuk semua. Pada ketika itu juga, badminton mempunyai pengikutpengikut yang setia dan ramai di Singapura. Pada tahun 1950-an, terdapat sebanyak 50
buah kelab sukan badminton telah ditubuhkan di seluruh negara.
Negeri Selangor merupakan negeri pertama di Malaysia yang menganjurkan dan
mengelolakan pertandingan badminton yang pertama secara formal, iaitu pada tahun
1929. pemenangnya pad ketika itu ialah A.M. Samuel yang telah membayar sendiri
tambang pengangkatannya ke England pada tahun 1939 untuk mengambil bahagian
dalam Kejohanan Seluruh England. Di sana beliau telah mengejutkan pihak lawan
dengan melayakkan diri ke peringkat separuh akhir. Rakan sepasukannya dari Malaysia
iaitu Eddy Choong (kini bergelar Datuk) telah mengambil bahagian dalam 12
pertandingan akhir All England dan memenangi empat acara perseorangan, iaitu pada
tahun 1953, 1954, 1956 dan 1957. beliau merupakan legenda dalam sukan badminton
kerana beliau juga turut memenangi acara beregu lelaki bersama abangnya, David
Choong tiga kali berturut-turut dari tahun 1951 hingga 1953.

Malaysia yang diwakili oleh pemain-pemain seperti Wong Peng Soon dan Ong
Poh Lim turut mengambil bahagian dalam pertandingan pertama Piala Thomas di Queens
Hall, England pada tahun 1949. dalam pertandingan tersebut, pasukan negara telah
memenangi paila tersebut dengan kemenangan atas Denmark 8-1 semasa pertandingan
akhir. Persatuan Badminton Malaysai (BAM) telah ditubuhkan pada tahun 1934.
persatuan ini telah menjadi ahli IBF yang ke-13 pada tahun 1937. Pada tahun 1938,
dianggarkan terdapat lebih 25 000 pemain yang aktif bermain badminton di Malaya.
Seabad kemudian, pemain Malaysia telah mengejutkan dan menakluk dunia dengan
corak permainan pantas dan teknik menyerang yang menandakan bermulanya dominasi
pemain Timur dalam bahagian lelaki.
Sejak itu, Malaysia telah memenangi Piala Thomas sebanyak empat kali, iaitu
pada tahun 1952, 1955, 1967 dan 1992. Walau bagaimanapun, Malaysia belum pernah
memenangi Piala Uber, iaitu pertandingan berpasukan badminton dunia untuk wanita. Di
peingkat Sukan Olimpik, Rashid Sidek telah berjaya memenangi pingat gangsa yang
pertama untuk Malaysia dalam acara perseorangan pada tahun 1996, manakala pemainpemain regu lelaki, iaitu Cheah Soon Kit dan Yap Kim Hock serta Jalani Sidek dan Razif
Sidek telah berjaya memenangi pingat perak dan gangsa pada Sukan Olimpik yang sama.
Seterusnya pada Sukan Olimpik 2000 di Sydney, Choong Tan Fook dan Lee Wan Wah
telah mendapat tempat keempat dalam acara regu lelaki.

PIALA
THOMAS
Sehingga tahun 1937, IBF telah mempunyai 15 buah negara ahli di seluruh dunia
dan sukan ini mula menjadi satu sukan yang terkenal di dunia. Idea untuk mengadakan
satu pertandingan badminton dunia untuk lelaki telah dicadangkan oleh Sir George
Thomas pada tahun 1939. IBF telah menerima dan bersetuju untuk mengadakan
pertandingan tersebut dan Sir George Thomas, Presiden Pengasas IBF telah
menghadiahkan sebuah piala yang kini dikenali sebagai Piala Thomas. Akibat tercetusnya
Perang Dunia Kedua, pertandingan Piala Thomas yang pertama terpaksa ditangguhkan
sehingga tahun 1949. Pertandingan Akhir Piala Thomas yang pertama berlangsung di

Dewan Queens, Preston, England. Malaya pada ketika itu telah mengejutkan dunia
dengan mengalahkan pasukan yang diduga akan menang, iaitu Denmark dengan mata 8-1
untuk menjadi pemenang pertama International Badminton Championship Challenge
Cup. Sejak bermulanya Piala Thomas pada tahun 1948, piala tersebut telah berada di
bumi Asia Malaysia (4 kali), Indonesia (13 kali) dan Negara China (5kali). Pada 16 Mei
1992, Malaysia sekali lagi menjuarai Piala Thomas setelah kehilangan piala tersebut
selama 25 tahun dengan mengalahkan Indonesia 3-2 di Kuala Lumpur. Negara China
pula menjuarai Piala Thomas pada tahun 2004 di Stadium Senayan, Indonesia dengan
mengalahkan Denmark 3-1.
PIALA UBER

Pada tahun 1950, Puan H. S. Uber telah mencadangkan kepada IBF supaya
mengadakan satu pertandingan badminton berpasukan wanita bertaraf antarabangsa yang
setaraf dengan Piala Thomas. Walau bagaimanapun, pertandingan Piala Uber hanya
dipersetujui oleh IBF pada tahun 1953. pertandingan akhir Piala Uber pertama telah
diadakan di England dan Amrika Syarikat telah memenanginya setelah mengalahkan
pasukan Denmark 6-1 di Lytham St. Annes, Lancashire. Amerika Syarikat telah
memenangi Piala Uber sebanyak 3 kali, Jepun sebanyak 5 kali, Indonesia 3 kali dan
Negara China sebanyak 9 kali. Negara China masih memegang Piala Uber semenjak
tahun 1998 sehingga 2004.

UNDANG-UNDANG ASAS PERTANDINGAN BADMINTON


Pemain-pemain badminton perlu melengkapkan diri dan biasa dengan undangundang sukan badminton. IBF telah menerbitkan sebuah buku undang-undang

pertandingan badminton dan ia boleh diperoleh daripada persatuan badminton Malaysia.


Bab ini akan memuatkan undang-undang permainan badminton yang ringkas dan mudah
difahami oleh sesiapa yang baru menceburi sukan badminton.
Badminton boleh dimain antara 2 orang (acara perseorangan) atau 4 orang (acara
regu). Tujuannya adalah untuk memukul bulu tangkis melepasi gelanggang pihak lawan
sama ada bulu tangkis menyentuh lantai gelanggang sebelum pihak lawan dapat
membalasnya balik atau pihak lawan memukulnya keluar dari gelanggang atau terkandas
di jaring. Bulu tangkis tidak boleh melantun pada bila-bila masa apabila ia dimainkan.
Pemain hanya memperoleh mata apabila memenangi rali yang dimulakan dengan
serviksnya. Terdapat 5 jenis cara yang dimainkan dalam badminton, iaitu perseorangan
lelaki dan wanita, regu lelaki dan wanita serta regu campuran. Terdapat beberapa cara
pengiraan skor dalam badminton. Dalam permainan yang biasa, bentuk skor the best of
three games digunakan, iaitu 11 mata untuk perseorangan perempuan dan 15 mata untuk
perseorangan lelaki, regu lelaki, regu wanita dan regu campuran.
Dalam perlawanan perseorangan, pemain yang membuat servis, lazimnya
dipanggil dahulu dan skor kosong dirujuk sebagai love. Jika pemain yang membuat
servis mendapat mata genap dalam permainan perseorangan, beliau mesti mendapat mata
genap dalam permainan perseorangan, beliau mesti membuat servis dari sebelah kanan
kawasan servis gelanggang. Tetapi apabila di mata ganjil, maka servis perlu dibuat di
sebelah kiri gelanggangnya. Servis akan diarah ke gelanggang pihak lawan secara
melintang dan pihak lawan perlu berada di kawasan gelanggang tersebut sebelum servis
boleh dilakukan. Pemain hanya mendapat mata apabila beliau memenangi rali dari
serviksnya. Jika pemain menang rali pertama dengan serviksnya dari kanan servis
gelanggang, skor akan menjadi 1-0 dan beliau akan melakukan servis dari gelanggang
dan seterusnya.

Gelanggang badminton untuk acara perseorangan

S1

Kedudukan pembuat servis di petak kanak

S2

Kedudukan pembuat servis di petak kiri

R1

Kedudukan penerima servis di petak kanak

R2

Kedudukan penerima servis di petak kiri

ABCD Kawasan permainan perseorangan


Manakala dalam pertandingan perseorangan wanita yang diiktiraf oleh IBF,
pemain yang memperoleh 11 mata yang pertama akan memenangi perlawanan set
tersebut. Jika skor perlawanan tersebut sampai ke mata 10 sama (10-10), maka penerima
servis diberi pilihan untuk bermain secara terus ke markah 11 atau membuat set, iaitu
penambahan skor ke mata 13. jika pilihan adalah set, maka pemenang untuk set tersebut
adalah perseorangan yang mendapat tiga mata yang pertama, iaitu pada skor 13.
Cara bermain dalam acara regu adalah hampir sama dengan cara bermain acara
perseorangan. Perbezaannya Cuma kedudukan pemain semasa membuat servis dan
kawasan gelanggang yang lebih luas daripada gelanggang untuk acara perseorangan.
Walau bagaimanapun, pemain tidak dibenarkan membuat dua pukulan berturut-turut
untuk menghantar bulu tangkis ke gelanggang lawan. Serangan dan pertahanan pemain
adalah terserah kepada kebijaksanaan kedua-dua pemain.

Gelanggang badminton untuk acara beregu


Bilangan set bagi menentukan kemenangan dalam permainan badminton adalah
dua atau tiga set. Dalam set kedua, pemain akan bertukar gelanggang. Permainan akan
ditambahkan dengan satu set lagi jika kedua-dua pemain atau regu seri 1-1 dalam dua set
yang ditetapkan bagi menentukan pemenangnya. Dalam permainan badminton, tiada had
masa yang tetap untuk menghabiskan satu-satu permainan. Mana-mana pemain atau regu

yang berjaya memperoleh mata 15 dahulu dikira sebagai pemenang, namun untuk acara
perseorangan wanita mata 11 menentukan pemenang set. Pihak yang membuat servis
sahaja yang boleh menambahkan mata. Pengiraan mata untuk badminton adalah seperti
berikut:
a) penentuan mata kemenangan bagi perseorangan wanita adalah pemain yang
pemain yang berjaya memperoleh mata 11 dahulu. Jika kedudukan mata 1010, maka tiga mata tambahan akan diberikan.
b) mata penamat permainan regu lelaki dan wanita, perseorangan lelaki dan regu
campuran ialah 15. Mata tambahan sebanyak tiga mata tambahan hanya boleh
dibuat oleh pemain yang memperoleh mata 14 dahulu. Pemain itu juga berhak
meneruskan permainan tanpa penambahan mata.
Secara ringkas dan jelas, pengiraan mata yang terkini berkuat kuasa dari tarikh 15
April 2003 adalah seperti berikut:
Acara
Perseorangan
lelaki
Perseorangan
wanita
Regu lelaki
Regu wanita
Regu campuran

Mata untuk Mata setting


set biasa
15
14

Mata set
3

Skor terakhir dalam


set
17

11

10

13

15
15
15

14
14
14

3
3
3

17
17
17

Setelah tamat satu set permainan, pemain akan bertukar gelanggang dengan pihak
lawannya. Pertukaran gelanggang berlaku selepas tamat permainan set pertama dan
dalam set ketiga, apabila salah seorang pemain mencapai mata kelapan untuk
perseorangan lelaki, regu lelaki, regu wanita dan regu campuran, dan angka keenam bagi
acara perseorangan wanita. Jika semasa permainan didapati pemain-pemain tidak
bertukar gelanggang seperti yang disyaratkan, maka pemain hendaklah bertukar apabila
disedari dan mata kiraan mata dikekalkan pada ketika itu.

PERALATAN ASAS BERMAIN BADMINTON


PERALATAN ASAS BADMINTON
Sebelum belajar bermain badminton adalah perlu untuk membiasakan diri dengan
peralatan permainan ini. Peralatan asas permainan badminton adalah raket badminton,
bulu tangkis, pakaian dan kasut yang sesuai serta gelanggang permainan.
1. Raket Badminton
Raket badminton sangat penting kepada pemain. Oleh itu, pemilihan raket ini perlu
dibuat dengan sebaik-baiknya. Apabila memilih raket badminton, perkara-perkara
berikut perlu diberi perhatian:
a) berat raket. Berat raket adalah antara 95gm-115gm. Raket yang lebih ringan
adalah lebih mudah dikawal. Berat raket yang sesuai adalah sekitar 100gm.
b) Imbangan raket. Pilihlah raket yang seimbang atau dapat diimbang dengan baik
atau yang di bahagian kepala supaya lebih mudah dikawal berbanding yang berat
di bahagian kepala. Ujian imbangan boleh dibuat dengan meletakkan jari di
bahagian tengah raket seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.1.
c) Kelenturan raket. Raket yang dipilih mestilah boleh dilenturkan sedikit.
Contohnya, ia boleh melentur sedikit semasa pukulan dibuat. Untuk menguji,
pegang raket secara mendatar dengan sebelah tangan memegang bahagian kepala
raket, sementara sebelah lagi di bahagian pemegang. Lenturkan ke atas perlahanlahan dan bahagian tangkai sepatutnya melentur sedikit.
d) Pemegang raket. Saiz pemegang raket antara 8.6 cm- 9.2 cm. pilih pemegang
yang selesa dan pastikan genggaman adalah kemas walaupun semasa tangan kita
dalam keadaan lembap.
Kepala raket
pemegang

2. Tali
Bahagian terpenting pada raket badminton ialah tali atau gut yang menghasilkan
lantunan untuk pukulan bulu tangkis yang kuat dan pantas. Terdapat dua jenis tali,

iaitu pertama tali asli dengan daya pantulan yang terbaik, harganya agak mahal.
Kedua tali sintetik. Jenis terbaik ialah jenis multitek yang diperbuat daripada gantian
fiber yang halus dan dipintal. Sama ada anda menggunakan tali asli atau tali sintetik,
ketegangan tali amat penting. Ketegangan tali yang ideal ialah 18Ib.
Kadar
ketegangan

Kuasa

Ketegangan kurang
rendah
Ketegangan lebih
tinggi

Kawalan
bulu
tangkis
lebih

Titik
pusat

Gegaran

Kelesuan Hayat
otot
tali

Kelajuan

lebih

kurang

kurang

lebih

kurang

kurang

kurang

lebih

lebih

kurang

Lebih

Ujian ketegangan
-

dekatkan raket ke atas telinga anda dan jentik kuku anda pada tali. Anda
sepatutnya mendengar bunyi ping

pegang kepala raket dan tekan tali dengan ibu jari. Ia sepatutnya memeri dengan
sedikit sahaja.

3. Bulu Tangkis
Berat bulu tangkis adalah sekitar 4.8gm ( 75 grains ) dan mempunyai ciri
aerodinamik yang baik. Bulu tangkis mudah rosak. Terdapat dua jenis bulu tangkis,
iaitu jenis bulu yang asli dan jenis sintetik.
16 bulu itik
atau
gangsa
gabus

Kelajuan Bulu Tangkis yang betul


-

bulu tangkis jenis bulu asli digredkan dari 4.74gm-5.50gm (73 grains-85 grains).
Bulu tangkis paling bertahan ialah 4.75gm ( 75 grains ), manakala yang paling
laju ialah 5.50gm (85 grains).

Bulu tangkis sintetik dibezakan kelajuannya mengikut warna untuk perlahan,


sederhana dan laju. Bulu tangkis yang hendak digunakan mestilah diuji untuk
kelainan yang sesuai dalam yang hendak digunakan.

Ujian Kelajuan Bulu Tangkis


Seperti yang terdapat dalam Peraturan Badminton 4.4 Ujian Bulu Tangkis:
-

untuk menguji bulu tangkis, gunakan pukulan bawah untuk dipukul ke garisan
belakang. Bulu tangkis hendaklah dipukul ke atas dan selari dengan garisan tepi.

Bulu tangkis yang sesuai akan jatuh tidak kurang dari 530mm dari garisan
belakang dan tidak lebih dari 900mm. Jika bulu tangkis jatuh kurang dari 530mm
dari garisan belakang, bermakna ia terlalu laju, dan jika ia jatuh lebih dari 900mm
dari garisan belakang, bermakna ia terlalu perlahan.

4. Kasut
Pemain memerlukan pergerakan kaki yang pantas untuk bergerak, berhenti, menukar
arah, melompat dan mendarat semasa bermain. Oleh itu, kasut yang mempunyai alas
dan cengkaman yang biak ke atas permukaan gelanggang sangat sesuai untuk
permainan ini. Kasut yang sesuai adalah lebih penting berbanding pakaian bagi
pemain badminton. Kasut yang berat dan keras pada bahagian tapaknya tidak sesuai
untuk permainan badminton.
5. Pakaian
Pakaian adalah bergantung pada kehendak individu. Pakaian yang ideal untuk pemain
badminton ialah seluar pendek dan kemeja-T berkolar atau leher bulat yang boleh
menyerap peluh dan tidak mengganggu pergerakan pemain. Pakaian sebolehbolehnya berlatarbelakangkan warn aputih dan sarung kaki juga berwarna putih.
Jangan bermain badminton dengan memakai sut balapan ( tracksuit) kerana ia boleh
menghalang pergerakan pemain.

KEDUDUKAN DAN PERGERAKAN ASAS


POSISI ATAU POSTUR PERSEDIAAN
Ini merupakan posisi permulaan atau postur persediaan untuk semua pergerakan
dalam permainan badminton. Pemain sepatutnya:
1- memastikan berat badan mereka condong ke hadapan sedikit
2- Berada di atas bebola atau hujung kedua-dua kaki secara seimbang
3- Bengkok sedikit di bahagian lutut
4- Mempunyai kedudukan kaki yang bergerak dengan sedikit dan ringin
5- Jarak kaki selebar bahu
6- Raket di hadapan badan dan raket kepala atas
7- Siku dalam keadaan relaks dan jauh dari badan
8- Memerhatikan pihak lawan dan bulu tangkis ( membuat antisipasi pukulan )
Posisi dalam Fasa Pertahanan
Semasa pertahanan, raket dipegang melintasi bahagian perut atau abdomen dan
mempunyai jarak yang sama bagi pukulan hadapan atau forehand dan kilas atau
backhand.
Posisi dalam Fasa Serangan
Dalam serangan, kedudukan raket mesti dipegang di hadapan dan pada aras atas
kepala untuk tindakan serangan yang cepat ke atas hantaran pihak lawan yang lemah.
Posisi ini juga digunakan untuk menerima servis daripada pihak lawan.

Gerak Kaki dalam Badminton


Gerak kaki adalah kebolehan seseorang pemain badminton bergerak dengan cekap
dan lincah dalam gelanggang permainan. Pergerakan ini melibatkan banyak berhenti dan
mula, perubahan arah secara tiba-tiba, menjangkau bulu tangkis dan berbalik kepada

situasi asal bersedia (pusat operasi). Kebanyakan pergerakan asas adalah dari arah sisi ke
sisi, ke hadapan dan ke belakang. Pergerakan ke hadapan adalah lebih senang berbanding
pergerakan ke belakang atau ke sisi. Oleh itu, ramai pemain merasakan senang dan cepat
bergerak ke hadapan jaring berbanding ke belakang. Jika seorang pemain mempunyai
gerak kaki yang baik, imbangan pemain akan sentiasa kekal, keyakinan pemain untuk
bergerak ke seluruh gelanggang akan meningkat dan kelajuan pergerakan dapat
dipertingkatkan. Pergerakan ke sisi membenarkan pemain bergerak dengan cepat ke
hadapan dan ke belakang, menukar arah, kedudukan dan mudah untuk menukar rentak
atau pace yang cepat dan membantu pemain membuat jangkauan yang baik. Secara
amnya, pergerakan ini merupakan satu atau dua lompatan pendek (skip) dan diikuti
dengan pukulan atau strike yang panjang.

Pergerakan ke Hadapan
Dalam kedudukan bersedia, cara cepat untuk bergerak ke hadapan adalah dengan
berlari. Jika pemain tersebut tinggi, pemain itu hanya memerlukan satu atau dua langkah
untuk sampai ke tengah gelanggang dan dua langkah untuk sampai ke hadapan jaring.
Berapa langkah yang diperlukan untuk sampai dalah tidak penting, tetapi perlu diingat
bahawa apabila bergerak ke hadapan, kedudukan badan perlu betul dan raket mesti
dipegang dalam posisi bersedia. Apabila mengambil bulu tangkis ke hadapan, ingat
kepala raket yang akan menyentuh bulu tangkis. Oleh itu, keseluruhan badan tidak perlu
bergerak ke hadapan gelanggang. Pemain perlu menganggarkan jarak yang sesuai untuk
berhenti dan membuat satu langkah yang akhir ke hadapan untuk berada dalam
kedudukan membuat pukulan yang sepatutnya.

Pergerakan ke Belakang
Pergerakan ke belakang dari jaring boleh dilakukan secara berkesan dengan
berlari, skipping atau pergerakan mengejar. Walau apa pun yang dipilih oleh pemain,
mereka perlu memerlukan tiga tindakan yang asas iaitu:
-

sebelum bergerak ke belakang, raket perlu ditarik paras bahu ke belakang


dengan memutar bahagian pinggang dan badan sebanyak 45.

pastikan kedua-dua kaki berada rapat dengan lantai semasa bergerak.

Lakukan langkah yang besar pada langkah terakhir untuk membantu pemain
berhenti serta mengekalkan kestabilan dan imbangan.

Berlari ke belakang boleh dicapai dengan menggerakkan kedua-dua belah kaki


secara berselang seli ke belakang. Semasa bergerak ke belakang, pastikan bahagian atas
badan dan kepala tidak banyak bergerak. Ini adalah untuk mengekalkan imbangan dan
kedudukan badan yang baik. Apabila membuat skipping ke belakang, kaki yang tidak
mempunyai raket akan sentiasa berada di hadapan kaki satu lagi. Kaki yang mempunyai
raket akan menendang ke belakang setiap kali langkah dilakukan.
Pergerakan mengejar adalah hampir sama dengan pergerakan skipping, tetapi ia
dilakukan dengan membawa kaki yang tidak mempunyai raket sebaris dan bersebelahan
dengan kaki yang ada raket. Ini diikuti dengan kaki yang ada raket bergerak ke belakang
dalam pergerakan yang berikutnya.

KEMAHIRAN ASAS DAN LATIHAN


PENGENALAN
Cara raket badminton dipegang adalah sangat penting. Contohnya, semasa
membuat ayunan raket ke belakang untuk membuat pukulan. Jika raket dipegang dengan
salah ada kemungkinan besar pukulan yang dihasilkan tidak betul.
Genggaman
Berikut ialah cara-cara untuk memperoleh genggaman raket yang baik untuk pemain
tangan kanan:
-

Cara 1: raket dipegang pada bahagian leher raket di tangan kiri bersudut tepat
dengan lantai. Pemain meletakkan tangan kanan dengan jari-jari terbuka ke atas tali
raket. Pemain menggerakkan tangan kanan dari atas raket melalui tangkai atau shaft
raket ke bawah pemegang raket atau handle. Jari-jari pemain akan menggenggam di
sekeliling pemegang raket apabila bahagian bawah tangan kanan sampai ke
penghujung pemegang raket.

Cara 2: jurulatih atau seorang pemain memegang kepala raket dengan kedudukan
selari dengan lantai. Hujung pemegang atau handle raket dihulur kepada seorang
pemain yang akan menerima raket itu secara berjabat tangan.

Cara 3: raket diletak di atas lantai dengan hujung batang raket dalam kedudukan
sudut tepat dengan permukaan lantai. Pemain akan mengambil raket tersebut seperti
beliau hendak membuat potongan ke atas kayu dengan menggunakan hujung batang
raket.

Genggaman asas yang betul mesti mempunyai ciri-ciri seperti berikut :


-

pembentukan V oleh ibu jari dan jari telunjuk di bahagian pemegang atau handle
raket

jari-jari terbuka sedikit dan bahagian pemegang atau handle raket rehat di atas
bahagian bawah jari-jari

perlu diberi ruang antara bahagian pemegang atau handle raket dan tapak tangan
supaya raket digenggam dengan hujung jari-jari pemain

keseluruhan bahagian pemegang atau handle raket tidak melepasi tangan

pastikan raket adalah sebahagian daripada tangan pemain

Genggaman Kilas
Untuk memperoleh genggaman kilas atau backhand yang betul, pemain perlu:
-

pegang raket seperti genggaman asas

genggaman mestilah relaks dan pusingkan bahagian pemegang atau handle raket
dengan jari-jari dalam anggaran 30o ke kanan

letakkan ibu jari di atas bahagian pemegang atau handle raket di bahagian belakang
raket yang leper. Kedudukan ibu jari ini memberi daya kepada pukulan dan
mengawal raket

Kesalahan dalam Pegangan Raket


-

raket dipegang terlalu ketat

jari tidak terbuka dan pegangan pada tapak tangan ini menyebabkan kehilangan
penggunaan pergelangan tangan
KEMAHIRAN ASAS: MEMBUAT PUKULAN ASAS
Pergerakan membuat pukulan dalam badminton adalah serupa dengan pergerakan

membuat balingan secara bebas. Permainan pergelangan tangan memainkan peranan


penting dalam membuat pukulan asas dalam sukan badminton. Pergelangan tangan yang
boleh bertukar arah dari kanan dan kiri atau bengkok ke belakang atau ke hadapan
menentukan arah bulu tangkis akan bergerak di udara. Dengan memusing tapak tangan,
pergelangan dan forearm permukaan raket akan sentiasa bersudut tepat dengan bulu
tangkis. Pukulan atas kepala adalah sama seperti membaling bola kriket dari sempadan.
Pukulan sisi lengan adalah sama seperti membaling seketul batu supaya ia bergerak
meluncur di atas permukaan air di sungai. Pukulan bawah tangan pula adalah seperti
membuat lambung bola tenis kepada pemain yang baru belajar memukul bola.
Kawasan Membuat Pukulan
Kawasan pukulan atau stroke areas adalah berdasarkan posisi bulu tangkis dan arasnya
ketika ia dipukul. Pukulan dalam badminton boleh dibahagikan kepada tiga kawasan
pukulan iaitu:
-

pukulan atas kepala atau overhead stroke

pukulan sisi lengan atau sidearm stroke

pukulan bawah tangan atau underarm stroke

ketiga-tiga pukulan atau stroke ini boleh dilakukan secara:


-

pukulan hadapan (forehand): ini adalah kedudukan apabila bulu tangkis berada
lebih ke ruang di sebelah tangan raket

pukulan kias (backhand): ini adalah kedudukan apabila bulu tangkis adalah lebih ke
ruang di sebelah tangan bebas

Oleh itu, kedudukan pemain dan arah pergerakan bulu tangkis akan mempengaruhi
jenis pukulan dalam permainan badminton.

Pergelangan Tangan
1. sebelum melakukan sesuatu pukulan atau stroke, pergelangan tangan perlu
dibengkok ke belakang atau mencekah
2. 55cm hingga 65cm sebelum membuat sentuhan dengan bulu tangkis, pergelangan
tangan perlu berada dalam keadaan relaks dan tidak mencekah. Ini adalah untuk
menambahkan lagi kelajuan pergerakan tangan dan seterusnya kelajuan
pergerakan lengan memukul. Jika mengatur masa dengan betul tindakan ini akan
menghasilkan kuasa pukulan yang kuat
3. untuk pukulan yang ada kuasa, memperdayakan dan curam, penggunaan
pergelangan tangan perlu dibengkok dengan tiba-tiba dan betul serta tepat
mengatur masa
AYUNAN RAKET
Semasa membuat sesuatu pukulan atau stroke dalam badminton, terdapat empat
fasa penting, iaitu fasa ayunan raket ke belakang, fasa ayunan ke hadapan, fasa semasa
konteks dan fasa ikut lajak. Fasa-fasa ini merupakan keseluruhan pergerakan yang
dilakukan oleh semua pukulan dalam badminton. Baba ini akan membincangkan fasafasa ini supaya seseorang pemain dapat memperlihatkan kemahiran ini dengan lebih jelas
dan tepat.

Ayunan ke Belakang
Apabila bulu tangkis berada pada ketinggian yang paling tinggi, raket akan diayun
ke belakang secara teguh. Dengan membengkokkan siku, kepala raket akan dibawa ke
bawah tulang belikat bahu kanan. Pada masa yang sama, pergelangan tangan berada
dalam keadaan mencekah. Tindakan tersebut meletakkan pemain dalam keadaan posisi
dengan berat badan pemain di belakang kaki dan lututnya bengkok sedikit.
Ayunan ke Hadapan
Apabila bulu tangkis mula turun, kepala raket dibaling ke atas untuk menemui
bulu tangkis. Pergerakan di bawah akan menunjukkan bagaimana tubuh badan pemain
bergerak semasa melakukan ayunan ke hadapan.
1. pangkal tapak tangan akan mendahului dalam pergerakan
2. bahagian lengan akan diluruskan secara tiba-tiba
3. lebih kurang 0.5 m sebelum membuat sentuhan, pergelangan tangan tidak akan
mencekah
4. badan pemain akan ditolak ke atas supaya berat pemain akan digunakan dalam
pukulan
5. badan dan lengan adalah rapat dan dalam satu garis lurus. Ini bertujuan untuk
memberi kuasa dan kawalan dalam pukulan
Lengan kiri bergerak dalam arah yang bertentangan dalam tindakan ayunan ke
hadapan atau ke belakang. Ini bertindak sebagai mengimbang balas pergerakan. Lengan
kiri juga digunakan oleh pemain sebagai panduan memperlihatkan bulu tangkis semasa
melakukan pukulan hadapan atas kepala.
Kedudukan Semasa Konteks atau Sentuhan
Kedudukan semasa konteks atau sentuhan adalah di sebelah kanan dan di hadapan
kepala pemain. Pada ketika ini, lengan yang membuat pukulan perlu lurus untuk
memastikan konteks berlaku pada ketinggian yang paling tinggi. Kepala raket dipukul
menuju dan melalui bulu tangkis dan muka raket adalah bersudut tepat dengan pangkal
bulu tangkis.

Pukulan Ikut Lajak


Dalam pukulan ikut lajak:
1. kepala raket akan terus melalui garisan lurus penerbangan bulu tangkis selama yang
boleh
2. kepala raket dituju ke arah kawasan yang ditetapkan
3. raket di bawah melintangi badan sehingga ketinggian pada aras pinggang
4. bagi kawalan yang baik, bulu tangkis dan kepala raket berkonteks seberapa lama yang
boleh mengikut aliran bulu tangkis
Tindakan memindahkan berat badan ke hadapan kaki supaya tubuh badan
adalahbersudut tepat dengan jaring.
Pemulihan
Raket diayun ke bawah melintangi badan dan berat badan dipindah ke hadapan
kaki. Pemain yang mempunyai imbangan baik akan bergerak dengan licin dan lancar ke
tengah gelanggang atau pusat operasi bersedia untuk mengambil pukulan pihak lawan
sebelum pihak lawan dapat melakukan pukulan bulu tangkis.

SERVIS
Pukulan servis merupakan pukulan yang sangat penting dan para pemain
badminton mestilah menguasai kemahiran ini supaya konsisten dan tepat. Servis
merupakan kemahiran asas yang terpenting kerana setiap mata yang dipungut oleh
pemain bermula dari serviksnya.
Servis Tinggi
Kemahiran servis tinggi biasanya digunakan dalam permainan perseorangan.
Tujuannya adalah supaya pihak lawan terpaksa bergerak ke bahagian belakang
gelanggang untuk membalas servis dan sukar untuk melakukan serangan. Ini akan
menyebabkan gelanggang sebelah hadapan pihak lawan terdedah. Bulu tangkis dipukul
dari tempat permulaan biasa atau belakang sedikit ke belakang dan dihantar ke ketinggian
22 hingga 30 kaki ke belakang gelanggang pihak lawan.

Pemain memegang raket secara pepat ( forehand ). Bulu tangkis dipukul setinggi
22 hingga 30 kaki supaya ia jatuh tegak di garisan servis panjang dalam permainan regu
dan di garisan belakang dalam permainan perseorangan.
Lihat Rajah di bawah untuk melihat bagaimana servis tinggi dibuat:
1. dalam kedudukan bersedia dan raket diayun ke belakang, berat badan
dipindah ke kaki belakang. Bahagian kiri bahu pemain ( tangan bebas )
menghadap ke arah servis
2.

raket diayun ke bawah dan ke hadapan dan bulu tangkis dilepaskan serentak
semasa raket diayun ke hadapan. Berat badan dipindahkan ke kaki hadapan
jaring. Pastikan bulu tangkis disentuh di bawah aras pinggang

3. dalam fasa ikut lajak, raket terus diayun ke atas mengikut arah pergerakan
bulu tangkis yang dituju. Raket akan terus bergerak tinggi dan melepasi aras
pinggang dan bahu tangan bebas

Servis Rendah
Kemahiran ini amnya digunakan oleh pemain dalam permaian regu. Bulu tangkis
dipukul supaya ia melepasi aras ketinggian jaring dan jatuh di garisan hadapan
gelanggang pihak lawan.
Pemain memegang raket secara pepat atau forehand semasa melakukan servis
rendah.

Untuk kawalan yang baik dalam kemahiran servis

rendah, pemain boleh

memendekkan sebanyak enam inci bahagian pemegang atau handle raket untuk kawalan
yang baik.

Rajah dibawah menunjukkan cara-cara melakukan servis rendah


1. dalam kedudukan bersedia dan raket diayun ke belakang badan sedikit dan
berat badan dipindah ke kaki belakang. Pergelangan tangan raket dikuncikan.
2. semasa bulu tangkis dilepaskan, berat badan dipindahkan ke hadapan dan
seluruh lengan mengayun bersama-sama ke hadapan
3. bulu tangkis disentuh di bawah aras pinggang
4. ikut lajak adalah singkat dan tidak seperti dalam servis tinggi

Servis Flik
Servis flik adalah sama seperti servis rendah, tetapi pada saat-saat terakhir pemain
akan melakukan tindakan menguis atau pukulan flik. Pukulan flik ke atas bulu tangkis
secukup tinggi melepasi pihak lawan atau penerima. Servis ini selalunya digunakan
dalam permainan regu dan merupakan variasi kepada servis rendah. Ia digunakan sebagai
tindakan untuk memerangkap pihak lawan, laluanya adalah sama seperti servis rendah
sehingga kira-kira satu kaki sebelum raket menyentuh raket, pergelangan tangan
dilonggarkan untuk melakukan flik atau kuis.

Servis Kilas
Kemahiran servis ini dilakukan dengan memegang raket secara kilas. Servis ini
merupakan satu variasi kepada servis rendah pepat atau forehand. Ia digunakan dalam
permainan regu.
Untuk membuat servis kilas, sila rujuk Rajah dibawah
1. raket berada di hadapan badan dan siku ( tangan yang memegang raket
menghala ke garisan tepi ). Kepala raket dituju ke bawah di hadapan kaki kiri
2. tangan yang bebas memegang bulu tangkis di bawah sedikit dari aras
pinggang
3. apabila bulu tangkis dilepaskan, gerakkan raket ke hadapan dan tolak bulu
tangkis ke hadapan melepasi jaring depan
4. pastikan bulu tangkis disentuh di bawah aras pinggang
5. ikut lajak raket adalah singkat
Peraturan Servis
Servis adalah sangat penting dalam permainan badminton kerana setiap mata yang
dipungut oleh pemain bermula dari serviksnya. Oleh yang demikian, adalah penting bagi
setiap pemain memastikan bahawa cara melakukan servis adalah betul kerana ia menjadi
satu faktor untuk memenangi sesuatu perlawanan. Peraturan servis perlu diambil
perhatian oleh semua pemain. Perkara-perkara berikut boleh membatalkan servis pemain:
1. bingkai raket berada lebih tinggi dari aras pinggang semasa servis dilakukan
2. tidak keseluruhan kepala raket di bawah tangan pembuat servis

PUKULAN DERAS
Pukulan deras atau drive merupakan pukulan sisi bahu. Bulu tangkis dipukul
ketika ia berada dalam kedudukan antara atas bahu dengan pinggang pemain. Pukulan ini
digunakan sebagai satu pukulan pertahanan dan kadangkala digunakan sebagai serangan
dalam permainan perseorangan atau regu. Pukulan ini dilakukan lebih kurang di tengah
gelanggang di garisan tepi dan pukulan adalah laju dan nipis. Kegunaannya adalah
sebagai pengganti smesy kerana bulu tangkis tidak boleh dipukul dengan baik semasa

menyerang atau kerana bulu tangkis telah jatuh daripada ketinggian jaring. Pukulan ini
boleh dilakukan dengan dua cara, iaitu pukulan deras pepat atau pukulan hadapan
(forehand ) atau pukulan deras kilas atau backhand drive.
Pukulan Deras hadapan
Kemahiran ini dilakukan di sebelah kanan sisi badan pemain ( pemain tangan
kanan ). Perlakuannya hampir sama dengan pergerakan membuat lembaran dari sisi
badan dalam permainan sofbol.
Untuk membuat pukulan deras hadapan.
1. raket dibawa ke belakang dekat badan sebagai langkah bersedia
2. sambil membuat ayunan, kaki kanan ( sebelah tangan raket ) melangkah ke
hadapan dan badan direndahkan sedikit
3. semasa memukul bulu tangkis, lengan diluruskan dan sentuhan bulu tangkis
adalah kuat dan mendatar. Ketika itu berat badan dipindahkan ke kaki hadapan
4. sentuhan raket dengan bulu tangkis berlaku di hadapan sedikit dari kaki
hadapan pada aras ketinggian jaring
5. ikut lajak mengikut aliran bulu tangkis seberapa lama sebelum mengayun
raket di hadapan badan dan seterusnya kembali ke keadaan asal untuk
tindakan selanjutnya

Pukulan Deras Kilas

Pukulan deras kilas dilakukan apabila bulu tangkis menuju dari sebelah kiri
pemain antara bahu dengan pinggang.
Untuk membuat pukulan deras kilas, ikuti langkah-langkah berikut seperti dalam
1. raket dibawa ke belakang, bahu kanan diarahkan ke jaring. Siku menunjuk ke
arah bulu tangkis yang datang ke arah pemain
2. pada masa yang sama, kaki kanan bergerak ke hadapan menyilang dengan
kaki kiri. Ketika itu, berat badan adalah di kaki kiri pemain
3. semasa memukul bulu tangkis, ayun raket ke hadapan dengan tangan raket
lurus. Badan mengilas dan berhadapan arah jaring sambil memindah berat
badan ke kaki kanan
4. ikut lajak dan seterusnya kembali ke keadaan asal untuk tindakan selanjutnya
PUKULAN BAWAH LENGAN

Pukulan Bawah Lengan Hadapan


Secara asasnya pukulan ini adalah pukulan pertahanan dan digunakan untuk:
1. memberi masa pemain pulih semula
2. dipukul jauh ke belakang gelanggang supaya pemain mempunyai masa untuk
balik ke pusatnya
3. dipukul jauh ke dalam kawasan pihak lawan bagi mengelakkan pihak lawan
menyerang dari pukulan
Genggaman raket untuk pukulan ini adalah sama seperti genggaman asas.
Kedudukan kaki pemain semasa pukulan ini adalah seperti berikut:
1.

dalam kedudukan lunge dengan kaki kanan langkah ke hadapan kaki


kiri sebanyak 0.6m

2.

kaki kanan mengarah bulu tangkis yang akan diambil

3. lutut dibengkokkan
4. kaki kiri dikeluarkan dengan hujung kaki menyentuh lantai

Ayunan Raket ke Belakang

Raket ditarik ke belakang di sebelah sisi kanan dan di belakang badan. Lengan
dibengkokkan, pergelangan tangan dikunci dan raket melepasi aras bahu.
Ayunan Raket ke Hadapan
1. kepala raket dibawa dari bawah dan ke hadapan
2. lengan diluruskan, pergelangan tangan dilonggarkan
Sentuhan Pukulan
Sentuhan pukulan dilakukan bersebelahan dan di hadapan kaki kanan pemain
Ikut Lajak
Tangan mengikut pergerakan lurus penerbangan bulu tangkis sehingga kepala raket
mencapai aras ketinggian kepala pemain
Pemulihan
Dengan pukulan yang kuat dari kaki kanan yang bengkok, pemain cepat pulih dan dapat
balik ke posisinya
Pukulan Bawah Lengan Kilas
Genggaman kilas asas digunakan dalam pukulan ini. Pergerakan pukulan ini adalah
seperti berikut:
1. kedudukan lunge ke hadapan kaki kanan di hadapan kaki kiri dalam jarak
0.6m
2. kaki kanan mengarah ke buli tangkis yang dipukul
3. lutut dibengkokkan
4. kaki kiri diregangkan keluar dengan ibu jari kaki menyentuh lantai
Ayunan Raket ke Belakang
1. kepala raket ditarik ke belakang dan dibawa ke sebelah kiri sisi badan pemain dan
kepala raket berada melebihi aras bahu
2. lengan dibengkokkan dan pergelangan tangan dikuncikan

3. tangan kanan berada dekat dengan bahu kiri


Ayunan Raket ke Hadapan
Siku mengarah ke bulu tangkis, lengan diluruskan dan pergelangan tangan dilonggarkan
sebelum bulu tangkis disentuh
Sentuhan atau Konteks
Sentuhan dilakukan pada sisi dan hadapan kaki kanan
Ikut Lajak
Raket mengikut garisan penerbangan bulu tangkis, iaitu ke hadapan dan atas melepasi
aras bahu
Pemulihan
Dengan tolakan kuat kaki kanan yang bengkok, pemain dapat pulih dengan cepatnya dan
balik ke pusat operasi dengan lancar
PUKULAN JUNAM
Kemahiran ini merupakan satu pukulan perlahan dari belakang gelanggang.
Bulu tangkis dipukul dengan perlahan, tetapi merupakan satu pukulan menyerang.
Pukulan junam dilakukan dari garisan kedua belakang dan mendarat seberapa dekat
dengan jaring di sebelah gelanggang pihak lawan. Dalam permainan badminton, pukulan
ini digunakan sebagai gantian kepada lob bagi memaksa pihak lawan membuat lambung
dari bawah agar dapat melakukan smesy dan memaksa pihak lawan berada di luar posisi.
Cara-cara membuat pukulan junam seperti langkah-langkah berikut:
1.

2.

Ayunan ke belakang
a)

raket dibawa ke bawah dan ke belakang dengan lengan dibengkokkan

b)

pastikan raket dibawa antara tulang belikat

c)

siku di tangan bebas berada di atas

d)

lengan dibengkokkan dan pergelangan tangan diketatkan

Ayunan ke hadapan

a)

tangan ditolak ke hadapan dan atas dengan lengan lurus

b)

pergelangan tangan dilonggarkan dan berat badan diayun ke hadapan

c)

lengan diayun ke hadapan, tetapi diperlahan dan dihentikan semasa


menyentuh bulu tangkis dengan aksi memotong

d)

gunakan pergelangan tangan pada saat akhir

e)

jangan pukul bulu tangkis

f)semasa ikut lajak, raket terus mengikut arah pergerakan bulu tangkis ke hadapan
Jenis Pukulan Junam
Pukulan junam boleh dilakukan secara junam lurus atau junam silang.
Kemahiran ini boleh juga dibahagikan kepada berikut:
1. Junam lurus pukulan kilas
2. Junam lurus pukulan hadapan
3. Junam silang pukulan hadapan
4. Junam silang pukulan kilas

PUKULAN SMESY

Ini adalah pukulan berkuasa yang bertujuan untuk mematikan permainan


dengan cepat. Pukulan ini merupakan pukulan serangan dan yang menjunam dengan
cepat ke dalam gelanggang pihak lawan. Pada amnya, pemain melakukan smesy untuk
mematikan rali dan mengalahkan lawan yang sudah keluar dari posisi atau tidak ada
keseimbangannya. Ia juga

digunakan

bukan sahaja untuk mematikan rali, tetapi

mewujudkan ruang supaya pukulan berikutna dapat mematikan pihak lawan. Pukulan
smesy ini boleh dilakukan di mana-mana sahaja dalam gelanggang apabila diperlukan.
Untuk melakukan smesy yang tajam, pantas dan sukar diambil oleh pihak lawan, kerap
kali pemain terpaksa melompat untuk membuat smesy. Cara melakukan smesy yang baik
adalah seperti berikut:
1. untuk smesy pepat atau forehand pegangan pada raket perlulah pepat juga
2. pemain perlu bersedia seperti untuk melakukan pukulan atas kepala ( overhead
stroke ). Raket perlu diayun ke belakang seperti persediaan awal untuk pukulan
junam
3. ayun raket ke hadapan dengan pantas dan pukul bulu tangkis dengan kencang.
Pergerakan pemain semasa melakukan smesy mestilah eksplosif
4.

sentuh bulu tangkis di atas dan hadapan kepala dan badan pemain sebelah tangan
raket. Semasa melakukan smesy, pegangan mestilah relaks dan tidak terlalu ketat

Kesalahan-kesalahan yang ketara semasa melakukan pukulan smesy

1. memegang raket terlalu ketat dan jari-jari tidak relaks


2. semasa memukul dengan tangan dibengkok
3. tidak melentikkan tubuh badan semasa bersedia untuk memukul bulu tangkis
Pada amnya, pukulan smesy dapat dilakukan dalam tiga arah ke dalam gelanggang, iaitu:
1. Pukulan smesy lurus dengan garis tepi
2. Pukulan smesy silang
3. Pukulan smesy ke badan pihak lawan ( body smash ).

Anda mungkin juga menyukai