Anda di halaman 1dari 4

Pantun Remaja

Buah jambu tiga serangkai Bawa ke rumah bapa mertua Apakah ilmu yang kamu pakai Datang sekolah berlenggang saja Durian merekah kulit berduri Buah mengkudu pahit rasanya Datang ke sekolah setiap hari Tetapi buku tak pernah dibawa Sekolah ada bertingkat-tingkat Berlapis-lapis ijazah diploma Ilmunya tiada akalnya singkat Gagal menepis dugaan dunia Bawa pukat hanya sejengkal Haruan darat mahu diduga Ilmu syariat sebagai bekal Dunia akhirat aman bahagia

Pantun Dewasa
Pahit ditelan buah peria Kulitnya nipis bukan tebal Jalan-jalan memohon kerja Mencari pitis asalkan halal Ubi berisi dimasak sayur Gulai udang hidangan petang Cari rezeki ikhlas dan jujur Untuk orang yang tersayang Malam kelam bintang sedikit Tekukur hinggap di pohon kelapa Anak demam ibu yang sakit Tidur terlelap di hujung kepala

Bintang timur di hujung dahan Bintang kejora jauh sekali Mudanya umur bukan ukuran Anak dan bapa gandingan budi Turun ke lubuk menahan lukah, Lukah ku pecah ikan ku lari; Baiknya jiran sebelah rumah, Berkaraoke hampir setiap hari.

Pantun Ibu bapa


Turun ke sungai menahan lukah Menjerat sembilang si ikan keli Baiknya perangai jiran sebelah Kita bertandang tidak dipeduli Berkayuh mudik mengail gelama Dapatlah pula si anak tenggiri Berbuat baik sesama tetangga Jangan dilupa keluarga sendiri

Kalau upih katakan upih Jangan bunga jatuh melarat Kalau boleh katakan boleh Jangan saya terharap-harap Bunga putih diseri kumbang Bunga merah jatuh ke tanah Kalau boleh berkata sayang Ingin hamba datang ke rumah Pagi ceria sampai ke petang, Malam hari terang bercahaya; Di hari raya perantau pulang, Di taman seri hati berbunga.

Pantun Guru
Kalau pergi ke pengkalan kubor Singgah sekejap di rantau panjang Kalau bermegah nama tersohor Bakti yang banyak dikutuk orang Kalau pergi ke bandar jeli Singgah sekejap di tanah merah Waspadalah hidup di dunia ini Syaitan iblis sentiasa berhelah Kalau pergi ke bandar machang Singgah sekejap di kubang kerian Kalau terleka pegangan melayang Pulangmu nanti tanpa bekalan Kalau pergi ke padang pak amat Singgah sekejap di jeram linang Kalau tersilap segera bertaubat Allah pengasih maha penyayang

Pantun Nenek

Sayang saudara sayang kekasih Pilih satu di antara dua Cahaya mata penyeri kasih Semoga bahagia dalam bertaqwa Burung belatuk hinggap didahan Sambil mematuk membuat lubang Cahaya mata pemberian Tuhan Mengapa masih hendak dibuang

Balik kerja waktu petang Tunggang motor pakai topi Jumpa dia orang tersayang Hidangkan kuih dengan kopi

Balik kerja waktu malam Pandu kereta mata ngantuk Terpandang dia dalam kelam Masak gulai setengah periuk Balik kerja waktu pagi Naik bas bersesak-sesak Nampak dia tak bangun lagi Anak-anak tidur berselerak

Pantun Kanak-kanak
Buah jambu masak Masak tengah malam Apa kamu nampak Nampak tabung ayam Buah jambu jatuh Jatuh dalam paya Apa kamu taruh Taruh duit raya Buah jambu hilang Hilang dalam semak Apa kamu bilang Bilang duit banyak

Tengah hari mandi di sungai Air yang jernih sejuk sekali Kawan bermain sangat ramai Tiada duka tersimpan di hati

Apabila malam pergi ke surau Mengusik gadis pulang mengaji Hidup senang tiada nak risau Hanya gembira sepanjang hari

Anda mungkin juga menyukai