Anda di halaman 1dari 3

BIODATA PENGARANG

Azmah Nordin dilahirkan di Kulim, Kedah pada 10 Januari 1958. Beliau


menerima pendidikan rendah dan menengah dalam aliran Melayu dan
Inggeris. Beliau ke Sabah pada tahun 1973 dan seterusnya menetap di
sana sehingga kini.
Beliau mula berjinak dengan dunia penulisan pada awal 1980-an, iaitu
dalam penulisan rencana. Kecenderungannya menulis dalam bidang
sastera bermula pada awal tahun 1986. Beliau meminati penulisan sajak,
cerpen dan novel.
Azmah sangat aktif menghasilkan karya. Banyak karyanya yang telah
terbit dan memenangi hadiah. Antara kejayaan yang telah dicapainya
termasuklah Hadiah Sastera Sabah dan Hadiah Sastera Malaysia
1988/1989 bagi cerpennya, Singkowoton, Hadiah Kedua Sayembara ESSOGAPENA VIII 1991 bagi cerpennya, Kuntum Perdamaian dan Hadiah
Pertama Peraduan Mengarang Cerpen Maybank-DBP 1991 bagi
cerpennya, Mikrotome.
Novelnya yang pernah memenangi hadiah ialah Kukui (1986), Noor Ainku
Sayang (1987) dan Dukanya Abadi (1988/89). Selain itu, novelnya, Dari
Dalam Cermin (1992) telah dipilih untuk memenangi tiga hadiah sastera,
iaitu Hadiah Pertama Peraduan Menulis Novel 1989 sempena 25 Tahun
Sabah Merdeka, Hadiah Sastera Sabah 1993 dan Hadiah Sastera Malaysia
1992/93. Sehingga kini Azmah masih aktif berkarya.

TEMA
Dalam novel Pantai Kasih,tema yang diuraikan ialah Ketabahan seorang
wanita menghadapi pelbagai rintangan dalam hidupnya.

BUKTI ;Raiha tabah menghadapi bangkangan ayahnya terhadap cita-citanya


hendak menjadi pakar bedah. Ayahnya berkeras agar Raiha tidak
meneruskan niat untuk menjadi pakar bedah sepertinya kerana
beranggapan bahawa tugas sebagai seorang pakar bedah hanya mampu
dilakukan oleh orang lelaki sahaja yang tahan dari segi fizikal dan mental.
Namun pandangan ayahnya itu dibangkang oleh Raiha dan meneruskan
ketekunan belajar untuk menjadi seorang pakar bedah yang berjaya.
Selepas berkhidmat dalam bidang itu di sebuah hospital kerajaan akhirnya
selepas beberapa tahun Raiha mengambil keputusan menerima pelawaan
untuk bekerja di Pusat Rawatan Pantai Kasih

Raiha tabah menerima tugas membedah Unong Siron walaupun tahu


sepatutnya pembedahan tersebut dilakukan oleh Doktor Uwang tetapi
atas kepercayaan yang diberikan menjadikan dia setuju untuk membedah
pesakit itu buat kali keenam. Dia melakukan dengan sebaik mungkin
supaya Unong Siron akan dapat mengakhiri penderitaan kesakitannya
selepas itu.Raiha juga tabah dalam membuat keputusan untuk membedah
Doktor Uwang yang mengalami kecederaan teruk pada pergelangan
tangan dan temurung lutut doktor itu supaya dapat menyelamatkan
doktor itu yang mengalami kemalangan selepas merempoh tembok Pusat
Rawatan Kasih . Beberapa peristiwa hitam yang dihadapi oleh Raiha
sebelum ini menjadikan dia seorang yang tabah apabila mengetahui
punca sebenar kematian anaknya selepas Sister Felicia Landosi
menceritakan perkara sebenar yang berlaku. Raiha tabah dengan berita
punca kematian anaknya itu dan menganggap mereka adalah mangsa
keadaan.

Anda mungkin juga menyukai