Anda di halaman 1dari 3

Garisan setebal 5sm hendaklah dibuat merentasi balapan bagi menandakan jarak peringkat larian dan menentukan garisan

pembahagi (scratch).

Setiap zon sambut hendaklah sepanjang 20 meter dengan scratch di tengah. Zon sambut bermula dan tamat dari sisi garisannya yang menghala garisan permulaan, dari arah peserta datang.

Zon sambut kedua dan terakhir 4 x 400 meter ialah garisan 10 meter di keduadua belah garisan permulaan atau penamat.

Lengkuk yang merintasi balapan pada permulaan memotong masuk pelari kedua (4 x 400 meter) dan pelari ketiga (4 x 200 meter) di awal bahagian lurus seberang padang hendaklah sama dengan garisan memotong masuk bagi acara 800 meter.

Lari berganti-ganti 4 x 100 meter dan 4 x 200 meter hendaklah dijalankan dalam lorong sepenuhnya.

Dalam 4 x 100 meter dan 4 x 200 meter, pelari-pelari kecuali pelari pertama sesuatu pasukan itu, boleh memulakan lariannya tidak melebihi 10 meter keluar daripada zon sambutnya.Satu tanda jelas akan diletakkan pada setiap lorong bagi menandakan had luar zon ini.

Dalam 4 x 400 meter, pelari kedua yang akan memulakan lariannya masih di dalam lorong tidak dibenarkan keluar dari zonnya dan meyambut baton dari dalam zon tersebut. Sama juga bagi pelari ketiga dan keempat mesti menyambut baton dari dalam zon.

Pelari kedua setiap pasukan akan berlari di dalam lorong sehingga menghampiri garisan memotong selepas selekoh pertama di mana atlet boleh meninggalkan lorong masing-masing.

Garisan memotong hendaklah melengkung selebar 5 cm, merentasi balapan ditanda, pada setiap hujung dengan sehelai bendera. Sekurang-kurangnya setinggi 1.50m, terletak di luar balapan, 30 cm daripada garisan yang paling hampir.

Pelari ketiga dan keempat 4 x 400 m hendaklah mendengar arahan pegawai yang ditetapkan, menunggu untuk menyambut baton mengikut susunan pelari pasukan masing-masing setelah melepasi tanda 200 m balapan (dari dalam

ke luar). Setelah pelari-pelari diletakkan dalam susunan ini, mereka tidak lagi boleh berubah tempat di awal zon sambut. Sekiranya mana-mana atlet tidak mengikut peraturan ini, beliau akan menyebabkan pembatalan pasukannya. Dalam sebarang acara lari berganti-ganti, apabila lorong tidak digunakan termasuk bila sesuai, dalam acara 4 x 200 m dan 4 x 400m, atlet yang menunggu boleh masuk kawasan dalam balapan apabila ahli pasukan menghampiri, dengan syarat mereka tidak menghalang atau menggangu atlet lain. Dalam acara 4 x 200 m dan 4 x 400 m atlet yang menunggu hendaklah mengekalkan turutan. Tanda pengenalan (Check Marks). Sekiranya keseluruhan atau sebahagian lari berganti-ganti itu dijalankan mengikut lorong, seseorang peserta boleh membuat tanda pengenalan sendiri dengan menggunakan pita pelekat, maksimum 5 sm x 40 sm, berwarna terang yang tidak boleh sampai mengelirukan tanda-tanda sebenar di balapan. Bagi balapan bitumen atau rumput, tidak ada tanda yang boleh dibuat kecuali dengan menggariskan balapan. Baton mesti berbentuk tiub bulat bergeronggang dan berpermukaan licin diperbuat daripada kayu, logam atau apa pun bahan yang keras sebatang penuh, berukuran tidak lebih daripada 30 sm dan tidak kurang daripada 28 sm. Ukur lilitnya hendaklah diantara 12 sm dan 13sm yang beratnya tidak kurang daripada 50 gm. Ia wajar diwarnakan supaya senang dilihat ketika dibawa berlari. Baton mestilah dipegang sepanjang larian. Jika terlepas, ia hendaklah diambil balik oleh atlet yang menjatuhkannya. Beliau boleh meninggalkan lorongnya untuk mengutip baton tadi asalkan tindakan ini tidak mengurangkan jarak yang patut dihabiskannya, Asalkan peraturan ini diguna pakai dan tindakan tadi tidak menggangu atlet lain, terlepas baton tidak mengakibatkan pembatalan. Dalam semua acara lari berganti-ganti, baton hendaklah diserahkan di dalam zon sambut. Penyerahan baton bermula sebaik sahaja ia menyentuh pelari yang menerima dan selesai apabila baton telah benar-benar berada di dalam genggaman pelari yang menerima tadi. Peserta-peserta tidak dibenarkan memakai sarung tangan atau meletak bahan di tangan mereka supaya

memperolehi genggaman yang lebih baik. Dalam kawasan zon sambut, hanya kedudukan baton yang menjadi pemutus dan bukannya kedudukan tubuh atau kaki dan tangan peserta yang dipersoalkan. Pertukaran baton di luar zon penukaran akan mengakibatkan pembatalan. Sebelum atau setelah menyerahkan baton, peserta hendaklah berada di dalam zon atau lorong masing-masing sehingga balapan tidak berhalangan supaya tidak menghalang peserta-peserta lain. Sekiranya seseorang peserta itu secara sengaja menggangu peserta lain dengan melintas keluar dari lorongnya setelah selesai menyerahkan batonnya, tindakan beliau ini boleh mengakibatkan pasukan beliau dibatalkan. Bantuan dengan mendorong atau cara lain akan menyebabkan pembatalan. Sebaik sahaja pasukan lari berganti-ganti memulakan pertandingan, hanya dua orang atlet sahaja yang boleh menjadi pengganti (simpanan) untuk pusingan-pusingan berikutnya. Penggantian hanya boleh dibuat dengan atletatlet yang telah didaftarkan sejak dari mula, sama ada untuk acara berkenaan atau acara lain. Jika sesuatu pasukan tidak mengikut peraturan ini ia akan dibatalkan. Komposisi dan susunan larian peserta-peserta hendaklah diistiharkan secara rasmi tidak melebihi sejam sebelum masa panggilan pusingan pertama setiap pusingan pertandingan. Pertukaran selepas ini akan dibuat hanya atas sebab kecederaan ( dan ianya hendaklah disahkan oleh pegawai perubatan yang dilantik oleh Jawatankuasa Pengelola). Pasukan berkenaan boleh membuat demikian hanya sehingga masa panggilan terakhir untuk saringan pasukan yang bertanding itu. Apabila seseorang atlet itu telah digantikan oleh peserta simpanan, beliau tidak boleh berlari semula. Jika sesuatu pasukan tidak mengikut peraturan ini penyertaannya akan dibatalkan.

Anda mungkin juga menyukai