Anda di halaman 1dari 9

PERATURAN & UNDANG – UNDANG

ACARA PADANG
(REJAM LEMBING)
PERATURAN 187
(SYARAT – SYARAT UMUM)
LANDAS LARI REJAM LEMBING

9. Panjang hendaklah 30m – 36.5m serta ditandakan dengan dua


garisan selari selebar 50mm dan 4m di antara satunya.

- Rejaman hendaklah dibuat dari belakang lengkok yang


mempunyai jejari 8m.
- Lengkok hendaklah mempunyai jalur bercat selebar
70mm/diperbuat daripada kayu/bahan yang sesuai dan
diwarnakan putih dan separas dengan tanah.
SEKTOR MENDARAT

12 (a). Hendaklah ditanda dengan dua garisan putih selebar 5sm


pada sudut 34.92° supaya, sekiranya garisan – garisan tadi
dilanjurkan ke dalam, ia akan bertemu pada titik pusat
bulatan.

(b). garisan putih selebar 5sm menyerong ke dalam supaya,


jika kedua – dua pangkalnya dilanjurkan akan merentasi
dua titik rentas bahagian dalam lengkok dengan garisan selari
yang menandakan landas lari

Lengkok tersebut mempunyai sudut 28.96°.


PERCUBAAN
14. Hendaklah dikira gagal sekiranya atlet semasa membuat
percubaan:
a) Melepaskan lembing selain daripada cara yang
dibenarkan seperti peraturan 188.1 dan 193.1
b) Selepas memasuki bulatan untuk membuat
percubaannya, menyentuh dengan mana - mana
bahagian badannya atas rim/lantai di luar bulatan.
c) Menyentuh dengan mana – mana bahagian badannya
garisan yang menandakan landas lari atau lantai di
luarnya.
17. Atlet tidak boleh meninggalkan landas lari sehinggalah alat
telah mencecah bumi.

- sentuhan pertama dengan garisan – garisan selari atau bumi


di luar landas lari hendaklah sepenuhnya di belakang garisan
putih lanjuran lengkok yang bersudut tepat dengan garisan
selari itu.

- Kiranya atlet berada di belakang garisan itu dan di dalam


landas lari ketika alatan menyentuh bumi, dia dianggap sudah
meninggalkan landas lari dengan betul.
PERATURAN 193
PERTANDINGAN

1. (a) lembing hendaklah dipegang pada bahagian pemegang


dengan sebelah tangan sahaja.

(b) rejaman hanya dikira sah jika kepala


logamnya menujah tanah

(c) tidak dibenarkan sama sekali atlet berpusing


membelakangkan lengkok balingan melainkan lembing
telah dilepaskan
PEMBIKINAN LEMBING

3. Mempunyai tigabahagian utama: kepala, batang dan


pemegang tali.
- Batang boleh padu/rongga
- Hendaklah diperbuat daripada logam/bahan yang sesuai
- Batang hendaklah dipasang dengan kepala logam di
hujungnya.

4. Pemegangnya hendaklah tidak lebih 8mm daripada garis pusat


batang dan hendaklah mempunyai ketebalan yang seragam.
6. Lembing hendaklah mematuhi spesifikasi – spesifikasi berikut:

Lembing Wanita Wanita Lelaki Lelaki


Remaja Junior/Senior Remaja Junior/Senior
Berat minimum untuk diterima
dalam pertandingan dan 500g 600g 700g 800g
penerimaan mencipta rekod
Panjang keseluruhan 2000mm- 2220mm- 2300mm- 2600mm-
2100mm 2300mm 2400mm 2700mm
Jarak antara hujung kepala ke 780mm- 800mm- 860mm- 900mm-
pusat graviti 880mm 920mm 1000mm 1060mm
Jarak antara penghujung ekor 1120mm- 1280mm- 1300mm- 1540mm-
logam ke pusat graviti 1320mm 1500mm 1540mm 1800mm
Panjang kepala logam 220mm- 250mm- 250mm- 250mm-
270mm 330mm 330mm 330mm
Lebar lilitan pemegang 135mm- 140mm- 150mm- 150mm-
145mm 150mm 160mm 160mm
Garis pusat batang pada bahagian 20mm- 20mm- 23mm- 25mm-
paling tebal 24mm 25mm 28mm 30mm
7. Lembing tidak boleh mempunyai bahagian yang boleh
bergerak – gerak/alat lain, yang boleh mengakibatkan
perubahan pusat graviti atau ciri – ciri perejamnya.

8. Penirusan lembing ke hujung kepala logam hendaklah


hendaklah sebegitu rupa supaya sudut di hujungnya itu tidak
lebih 40°.

Anda mungkin juga menyukai