Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI INDIVIDU

NURUL AMIRAH BINTI HAZIZI


Buat pertamanya saya panjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan taufik dan
hidayah-Nya dapat juga saya menyiapkan tugasan bagi subjek Bola Tampar dan Bola
Baling PJM 3112 ini dalam tempoh yang ditetapkan. Sepanjang menyiapkan tugasan
subjek ini saya telah banyak menerima pengalaman baru sama ada secara langsung
atau tidak langsung. Tidak kurang juga cabaran dan dugaan yang saya terima
sepanjang menyiapkan tugasan ini. Namun berbekalkan semangat kecekalan, saya
tempuhi segalanya dengan tenang dan sabar.
Saya tidak menghadapi kesukaran untuk mendapatkan maklumat mengenai
kemahiran asas bola baling kerana saya dan rakan saya telah mencari rujukan di
perpustakaan dan meminjam beberapa buah buku. Namun saya menghadapi
kesukaran untuk mencari gambar dan ilustrasi permainan bola baling. Maka, saya dan
rakan saya telah mengambil sendiri gambar kemahiran asas bola baling walaupun tidak
sepenuhnya kerana hanya beberapa kemahiran sahaja yang tidak mempunyai gambar.
Rakan saya memberi kerjasama yang baik dan kami mampu menyiapkan tugasan ini.
Melalui tugasan ini juga, saya dapat mengetahui cara bermain bola baling dan
mendapat pengetahuan yang amat berguna apabila saya bergelar guru pendidikan
jasmani kelak. Saya dapat mengetahui kemahiran- kemahiran yang lain seperti jaringan
menggunakan sebelah tangan, hantaran dan cara menangkap bola dengan betul.
Tugasan ini juga memberi saya peluang untuk mempelajari cara membuat rancangan
pengajaran harian dengan betul. Disebabkan permainan bola baling dan bola tampar ini
adalah permainan dan melibatkan murid tahun 5 dan 6, maka kami perlu membuat
rancangan pengajaran harian KBSR (Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah).
Pensyarah saya tidak jemu mengajar kami cara membuat rph dengan betul dan
sememangnya amat membantu kami dalam menyiapkan tugasan ini.
Sekali lagi saya memanjatkan syukur kerana tugasan ini dapat disiapkan. Terima
kasih saya ucapkan kepada pensyarah saya Encik Yakcob bin mamat kerana tidak
putus asa membimbing dan menasihati saya dan rakan- rakan dalam menyiapkan
tugasan ini. Saya berharap tugasan ini dapat memberi manfaat kepada saya dan
menjadi seorang guru pendidikan jasmani yang berdedikasi pada masa akan datang.

REFLEKSI (NURUL AMILIANI BINTI AZMI)


Alhamdulillah, akhirnya selesai juga tugasan Bola Baling dan Bola Tampar. Sepanjang
proses penyelesaian tugasan ini, terdapat banyak cabaran dan dugaan yang terpaksa saya
harungi untuk menyiapkan tugasan ini walau apa-apa jua keadaan.
Yang pertama, saya terpaksa bersaing dengan rakan-rakan yang lain dalam
mendapatkan maklumat mengenai tugasan ini, terutamanya maklumat daripada buku. Kami
terpaksa bersaing untuk meminjam buku dari pusat sumber institut, disebabkan kekurangan
sumber rujukan yang berteraskan buku. Namun begitu, perkara sebeginilah yang banyak
mengajar saya untuk menjadi lebih fokus dan prihatin terhadap tugasan yang telah diberikan.
Disebalik kekurangan itu, rakan-rakan juga tidak terlepas dalam memberikan maklumat
tambahan kepada saya untuk dimuatkan ke dalam tugasan ini.
Seterusnya, saya mempunyai masalah dalam membuat rph. Pada mulanya, saya dan
rakan saya telah membuat rph kssr bola baling hantaran aras dada. Tetapi malangnya,
pensyarah pula menyatakan beliau inginkan tugasan rph kbsr. Hal ini membuatkan saya sedikit
pening, dan akhirnya kami tukar format rph kami kepada ksbr pula. Format kssr dan kbsr agak
berlainan dan kami perlu buat dengan teliti. Dengan bantuan pensyarah dan kawan, akhirnya
selesai juga masalah dan tugasan rph kbsr ini.
Justifikasinya, perkara yang banyak saya pelajari sepanjang menyiapkan tugasan ini
ialah bekerja secara individu dengan bantuan rakan dan pensyarah pembimbing. Di samping
itu, saya juga telah mempelajari cara-cara mendapatkan maklumat penting dengan lebih
sistematik dan strategik. Melalui cara inilah kita dapat mengurangkan budaya plagiarisme yang
sentiasa menyelubungi setiap pelajar institusi pengajian tinggi. Oleh hal yang demikian, kaedah
ini sewajarnya diteruskan sehingga ke generasi akan datang agar mereka dapat merasainya
seperti yang saya rasai. Banyak perkara yang dipelajari sepanjang tugasan ini disiapkan.
Sekian,terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai