Anda di halaman 1dari 7

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERMAINAN BOLING TENPIN

MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA


1.

Undang-Undang Permainan
1.1

Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, maka pertandingan ini akan dijalankan
mengikut Peraturan Pertandingan Kongres Tenpin Bowling Malaysia (MTBC).
1.2
Sekiranya timbul perselisihan dari segi pentafsirannya, undang-undang dalam Bahasa Inggeris
yang terkini akan dipatuhi.
1.3
Kejadian di luar dugaan dan tidak terdapat dalam peraturan berkenaan akan diputuskan seperti
berikut :1.3.1 Semua peraturan am akan diputuskan berasas kepada PERATURAN AM MSSM.
1.3.2 Sebarang perselisihan teknikal akan diputuskan berasas kepada Peraturan MTBC.
1.4
2.

Semua keputusan diputuskan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan MSSM.


Jenis Pertandingan
2.1 Lelaki / Perempuan
Perseorangan
Beregu
All Event
Masters
Pasukan Berempat
2.2 Had Umur
18 tahun dan ke bawah
15 tahun dan ke bawah

3.

Pendaftaran Pemain / Pembentukan Pasukan


3.1 Penyertaan adalah terbuka kepada semua pasukan MSS Negeri .
3.2 Setiap pasukan hanya boleh mendaftarkan satu pasukan lelaki dan satu pasukan
perempuan.
3.3 Kategori had umur 18 tahun dan ke bawah lelaki dan perempuan boleh mendaftarkan
seorang pemain lelaki dan perempuan yang berusia 20 tahun ( Tingkatan 6 ).
3.4 Kelayakan Peserta ( Rujuk Peraturan Am MSSM bilangan 3)
Ketua Kontinjen
Pengerusi Teknik
Pengurus
Jurulatih
Pengadil
Peserta
JUMLAH

P
1
1
2

L18

P18

L15

P15

1
1
4
6

1
1
4
6

4
5

4
5

4.

Sistem Pertandingan
4.1

Acara Perseorangan
4.1.1
4.1.2

4.2

Setiap negeri / pasukan dibenarkan menghantar empat ( 4 ) orang peserta


lelaki dan ( 4 ) orang peserta perempuan bagi acara ini.
Pesertapeserta kategori 18 tahun dan 15 tahun ke bawah diwajibkan bermain enam
( 6 ) permainan (games) dengan menyeberangi enam ( 6 ) lorong berasingan dan
peserta dengan jumlah jatuhan pin keseluruhan tertinggi adalah pemenang.

Acara Bergu
4.2.1

4.2.2

4.3

Setiap negeri / pasukan dibenarkan menghantar dua ( 2 ) pasangan bergu


lelaki dan ( 2 )pasangan bergu perempuan bagi acara ini.
Pesertapeserta kategori 18 tahun dan 15 tahun ke bawah diwajibkan
bermain enam ( 6 ) games dengan menyeberangi enam ( 6 ) lorong berasingan dan
peserta dengan jumlah jatuhan pin keseluruhan tertinggi adalah pemenang.

Acara All Event

4.3.1 Setiap peserta yang telah mengambil bahagian dalam acara perseorangan dan bergu
4.3.2

4.4

layak menyertai dalam acara ini.


Jatuhan Pin yang diperolehi oleh setiap peserta yang telah bermain dua belas ( 12 )
games ( 18 tahun dan 15 tahun ) dan pemain dengan jumlah jatuhan pin keseluruhan
tertinggi adalah pemenang.

Acara Masters

4.4.1
4.4.2

4.4.3

Dua belas ( 12 ) peserta lelaki dan dua belas ( 12 ) peserta perempuan ( 18 tahun dan
15 tahun ke bawah ), dengan jumlah jatuhan Pin tertinggi dalam acara All Event adalah
layak menyertai acara ini.
Permainan akan diadakan mengikut sistem Match Play Round Robin di mana setiap
peserta dikehendaki bermain sejumlah dua belas ( 12 ) games ( 18 tahun dan 15 tahun
dan ke bawah ), tiap-tiap satu game dengan pemain yang berlainan di lorong yang
berasingan juga mengikut jadual yang telah ditetapkan.Game yang ke-12 ( 18 tahun
dan 15 tahun dan ke bawah ) adalah permainan kedudukan ( position play ).
Kedudukan dalam acara Masters akan dikira mengikut sistem mata berikut :a. Satu ( 1 ) mata untuk setiap jatuhan pin.
b. Sepuluh ( 10 ) mata untuk setiap perlawanan yang dimenangi.
c. Lima ( 5 ) mata untuk setiap perlawanan yang seri.

4.4.4

Pemenang akan ditentukan melalui stepladder , semua jatuhan pin


dan bonus sewaktu position play tidak diambilkira .
Pemain di tempat kedua dan ketiga akan bermain satu
permainan.
Pemenang akan bertemu dengan pemain di tempat pertama
sebanyak 2 permainan.

4.5

dikira

Acara Pasukan Berempat

4.5.1

Setiap negeri / pasukan dibenarkan menghantar satu ( 1 ) pasukan berempat lelaki


dan satu ( 1 ) pasukan berempat perempuan bagi acara ini.
Setiap pasukan akan bermain enam ( 6 ) games ( 15 dan 18 tahun ke bawah ) di atas
sepasang lorong yang sama. Setiap permainan di atas lorong yang sama.
Permainan dijalankan mengikut Baker Format seperti berikut :a.
Empat orang pemain akan bergilir-gilir membuat balingan mengikut susunan
frame.
b.
Pemain pertama akan membuat balingan di frame 1 , 5 , dan 9.
c.
Pemain kedua akan membuat balingan di frame 2 , 6 , dan 10.
d.
Pemain ketiga akan membuat balingan di frame 3 dan 7.
e.
Pemain keempat akan membuat balingan di frame 4 dan 8.

4.5.2
4.5.3

5.

Pemain yang mendapat jatuhan pin terbanyak


pemenang acara Masters.
Pemain yang tewas mendapat tempat kedua.

Cara Menentukan Keputusan


5.1 Adalah tanggungjawab setiap peserta untuk mengesahkan keputusan perlawanan dalam
skor yang disediakan.
5..2 Keputusan setelah disahkan hanya boleh diubah dengan kebenaran Pengerusi Teknik
Pertandingan atau wakilnya.
5.3 Individu atau pasukan yang membuat jatuhan pin terbanyak dikira sebagai pemenang.
Sekiranya seri, maka keputusan ditentukan berdasarkan jumlah jatuhan pin permainan
terakhir. Jika masih seri jumlah jatuhan pin permainan kedua terakhir diambil kira dan
seterusnya.

6.

Pakaian
6.1
6.2
6.3

7.

Alatan
7.1
7.2

8.

Semua pasukan dan peserta dari MSS Negeri mesti memakai pakaian seragam
pasukannya.
Pesertapeserta dikehendaki memakai seluar panjang slack ( jeans tidak dibenarkan) dan
baju berkolar ( tuck-in ) dan kemas untuk setiap MSS Negeri .
Baju dan seluar sesuatu pasukan haruslah mempunyai warna yang seragam.

Semua peserta diwajibkan mendaftarkan bola masing-masing bagi memastikan berat dan
spesifikasi lain mematuhi peraturan.Peserta yang bermain dengan bola tanpa daftar akan
mengakibatkan keputusannya tidak diiktiraf.
Sekiranya ada peserta yang membuat perubahan pada bolanya atau membuat Plugging
semula pada bola yang telah diluluskan sebelum ini, bola tersebut mesti didaftarkan
semula sebelum digunakan.

Kelewatan
8.1

Semua peserta mesti melapor diri selewat-lewatnya 15 minit sebelum sesuatu acara
bermula.Peserta yang lewat akan kehilangan kelayakan dalam sesuatu acara itu.

8.2
9.

Peraturan ini berkuatkuasa dalam semua acara.

Menarik Diri dan Menyerah Kalah


9.1
9.2

Pihak penganjur mempunyai kuasa untuk melantik seorang Pacer sekiranya ada Walk
Over dalam sesuatu acara atau bilangan peserta dalam sesuatu acara itu tidak
mencukupi.
Pemain yang Walk Over atau menarik diri atas sebab-sebab yang dibenarkan akan
diberi blind score.
Lelaki
B15
B18

10.

10.2

60
80

Pengerusi Teknik Pertandingan mempunyai kuasa muktamad untuk membuat arahan


permainan yang terganggu disambung pada sepasang lorong baru sekiranya lorong
di mana permainan itu berlangsung ditimpa kerosakan mesin.
Permainan ( game ) yang terganggu itu mesti disambung dari frame di mana gangguan
itu berlaku.

BERMAIN DI ATAS LORONG YANG SALAH


11.1

11.2
11.3

12

80
100

GANGGUAN PERMAINAN
10.1

11.

Perempuan

Bila seseorang pemain bermain di atas lorong yang salah dan kesalahan ini ditemui
sebelum peserta lain membuat balingannya, maka balingan itu dianggap sebagai Bola
Mati ( Dead Ball ) dan pemain tersebut dikehendaki bermain frame yang kemudiannya
pada lorong yang salah tadi.
Sekiranya kesalahan itu hanya ditemui selepas pemain kemudian membaling bolanya,
maka mata yang diperolehi itu akan diambil kira dan pemain tersebut dikehendaki
bermain semula frame yang kemudiannya pada lorong yang salah tadi.
Sekiranya kesalahan itu hanya ditemui sebelum pemain kedua membaling skor akan
dibatalkan dan pemain tersebut dikehendaki membaling semula pada lorong yang
sebenar.

MEMPERLAHANKAN PEMAINANAN ( SLOW BOWLING )


12.1 Seseorang peserta yang bersedia untuk membaling bolanya harus mengetahui tentang
hak dan obligasinya seperti berikut :12.1.1
12.1.2
12.1.3
12.1.4

Seseorang peserta untuk bermain terlebih dahulu ( right of way ) terhadap


pemain yang berada di atas lorong sebelah kirinya.
Mereka harus memberi laluan kepada pemain yang berada di atas lorong
sebelah kanannya.
Semua pemain harus bersedia untuk bermain bila sampai gilirannya dan
tidak harus melambatkan permainan itu.
Sekiranya didapati ada pemain yang tidak mematuhi peraturan di atas, dia
akan diberi amaran dengan isyarat kad Putih untuk kesalahan

pertama

( tiada penalti ),dan kad Kuning atas kesalahan kedua (tiada penalti).Untuk
kesalahan ketiga dan berikutnya dalam sesuatu blok permainan, pemain
tersebut akan diberi kad Merah dan sifar ( 0 ) mata untuk frame tersebut.

13.

KEHILANGAN SKOR SEMASA GANGGUAN ELEKTRIK


13.1

13.2
13.3

14.

Sekiranya berlaku sebarang black out dalam tv monitor di mana skor sesuatu permainan
yang sedang berlangsung itu hilang dan tidak dapat dipulihkan, maka pemain-pemain
yang berkenaan dikehendaki bermain semula game tersebut.Akan tetapi jika skor telah
dicatatkan, maka permainan akan bersambung dari frame di mana permainan tersebut
berhenti sebelum ini.
Mana-mana game yang mana skornya telah direkodkan itu akan dikekalkan.
Pasukan dan pemain tidak boleh mengambil kesempatan ini untuk meminta sesuatu
permainan itu dibatalkan atau dimainkan semula pada waktu black out seumpama ini.

NOMBOR KOD DAN PERUNTUKAN LORONG


14.1
14.2
14.3
14.4
14.5

Semua peserta akan diberikan nombor kod masing-masing mengikut MSS Negeri .
Semua peserta mesti mempamerkan kodnya di bahagian belakang baju.Peserta tanpa
nombor ini tidak akan dibenarkan untuk mengambil bahagian.
Peruntukan lorong akan ditetapkan terlebih dahulu secara undian.
Huruf dan nombor peserta :NEGERI
PERAK
SELANGOR
PAHANG
KELANTAN
JOHOR
KEDAH
W.P LABUAN
MELAKA
N.SEMBILAN
P. PINANG
SARAWAK
PERLIS
SABAH
TERENGGANU
W.PERSEKUTUAN
PUTRA JAYA

19.

KO
D

PEREMPUAN
15 THN
KEBAWAH

PEREMPUAN
18 THN
KEBAWAH

LELAKI 15
THN
KEBAWAH

LELAKI 18
THN
KEBAWAH

A
B
C
D
J
K
L
M
N
P
Q
R
S
T
W
E

A5 A8
B5 B8
C5 C8
D5 D8
J5 J8
K5 K8
L5 L8
M5 M8
N5 N8
P5 P8
Q5 Q8
R5 R8
S5 S8
T5 T8
W5 W8
E5 E8

A9 A12
B9 B12
C9 C12
D9 D12
J9 J12
K9 K12
L9 L12
M9 M12
N9 N12
P9 P12
Q9 Q12
R9 R12
S9 S12
T9 T12
W9 W12
E9 E12

A17 A20
B17 B20
C17 C20
D17 D20
J17 J20
K17 K20
L17 L20
M17 M20
N17 N20
P17 P20
Q17 Q20
R17 R20
S17 S20
T17 T20
W17W20
E17 E20

A21 A24
B21 B24
C21 C24
D21 D24
J21 J24
K21 K24
L21 L24
M21 M24
N21 N24
P21 P24
Q21 Q24
R21 R24
S21- S24
T21 T24
W21 T24
E21 E24

LARANGAN ( PROHIBITION )
19.1
19.2

Peserta-peserta adalah dilarang daripada merokok ,minum minuman keras atau di bawah
pengaruh alkohol semasa pertandingan.
Sekiranya didapati ada peserta yang melanggar peraturan ini, beliau akan dibatalkan
penyertaannya daripada kejohanan ini.

19.3
19.4

20.

Sekiranya berlaku perkara seperti ini, Pengerusi Teknik Pertandingan harus membawa
kes ini kepada Jawatankuasa Teknikal supaya peserta ini digantung daripada seluruh
pertandingan.Beliau juga akan dikenakan tindakan disiplin lain yang dianggap sesuai.
Minuman dan tepung serta sebagainya tidak boleh ditinggalkan di atas meja console.

BANTAHAN / TATATERTIB
Rujuk Peraturan Am MSSM ( Bilangan 13 )

21.

JURI RAYUAN
Rujuk Peraturan Am MSSM ( Bilangan 14 )

22.

Perkara Yang Tidak Dinyatakan


Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa
Pengelola Kejohanan yang berkenaan dan keputusan adalah muktamad.

23.

HADIAH

Pingat-pingat akan disediakan seperti berikut :ACARA


PERSEORANGAN LELAKI 18THN DAN KE BAWAH
PERSEORANGAN PEREMPUAN 18 THN DAN KEBAWAH
PERSEORANGAN LELAKI 15 THN DAN KEBAWAH
PERSEORANGAN PEREMPUAN 15 THN DAN KEBAWAH
BERGU LELAKI 18 THN DAN KEBAWAH
BERGU PEREMPUAN 18 THN DAN KEBAWAH
BERGU LELAKI 15 THN DAN KE BAWAH
BERGU PEREMPUAN 15 THN DAN KEBAWAH
ALL EVENTS LELAKI 18 THN DAN KE BAWAH
ALL EVENTS PEREMPUAN 18 THN DAN KEBAWAH
ALL EVENTS LELAKI 15 THN DAN KEBAWAH
ALL EVENTS PEREMPUAN 15 THN DAN KEBAWAH
MASTERS LELAKI 18 THN DAN KEBAWAH
MASTERS PEREMPUAN 18 THN DAN KEBAWAH
MASTERS LELAKI 15 THN DAN KEBAWAH
MASTERS PEREMPUAN 15 THN DAN KEBAWAH
PASUKAN BEREMPAT LELAKI 18 THN DAN KEBAWAH
PASUKAN BEREMPAT PEREMPUAN 18 THN DAN KEBAWAH
PASUKAN BEREMPAT LELAKI 15 THN DAN KE BAWAH
PASUKAN BEREMPAT PEREMPUAN 15 THN DAN KEBAWAH
Piala pusingan :a)
b)
c)
d)

Johan Keseluruhan Lelaki


Johan Keseluruhan Perempuan
Johan Keseluruhan Lelaki
Johan Keseluruhan Perempuan

E
1
1
1
1
1(2)
1(2)
1(2)
1(2)
1
1
1
1
1
1
1
1
1(4)
1(4)
1(4)
1(4)

P
1
1
1
1
1(2)
1(2)
1(2)
1(2)
1
1
1
1
1
1
1
1
1(4)
1(4)
1(4)
1(4)

G
1
1
1
1
1(2)
1(2)
1(2)
1(2)
1
1
1
1
1
1
1
1
1(4)
1(4)
1(4)
1(4)

18 Tahun dan ke bawah


18 Tahun dan ke bawah
15 Tahun dan ke bawah
15 Tahun dan ke bawah

K4
1
1
1
1
1(2)
1(2)
1(2)
1(2)
1
1
1
1
1
1
1
1
1(4)
1(4)
1(4)
1(4)

K5

K6

1
1
1
1

1
1
1
1

*** NOTA :pingat

Pemenang keseluruhan bagi setiap kategori akan ditentukan mengikut pungutan pingat.
Johan keseluruhan Kejohanan Boling Tenpin akan ditentukan melalui pungutan
setiap kategori.

DISEDIAKAN
AHMAD HARIDAN BIN HJ MOHAMMED
PTPS BOLING TENPIN MSSM

Anda mungkin juga menyukai